Dec 28, 2012

Tanya sama Abang Keretamayat?


 (Aku copy/paste beberapa soalan yang pembaca tanya di FB, khas untuk mereka yang tiada FB)

Sejak tulis blog, walaupun aku dah buat disclamer bahawa aku bukan ustaz, tapi soalan dalam ibox tetap melimpah ruah, adohai..

Pesan aku, jika nak tanya, elakkan bertanya soalan berbetuk peribadi, sebab aku lebih suka menjawab secara umum.

Pesan aku lagi, bila korang tanya aku, jangan harap aku jawab serta merta, mungkin paling cepat setahun atau tak jawab langsung, aku akui, aku menulis ikut perasaan, jika rajin aku jawab, jika perasan sibuk memang tak terjawab.hu hu..

Tambah lagi pesan, jika bertanya tu elakkan bertanya soalan hukum hakam atau soalan yang terlalu peribadi yang tak boleh orang lain share, juga jangan mengarang terlalu panjang atau guna bahasa terlalu ringkas perasan unik, memang aku tak baca, sebab tak faham..

Last, korang tanya aku secara personal, tapi aku lebih suka jawab soalan korang di blog atau FB secara umum, bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku untuk pamer soalan korang diinternet, dan jawab secara umum, jangan bimbang, nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.

Jika korang rasa soalan korang penting tapi aku tidak jawab selama setahun, boleh reply soalan dengan menulis, “Setahun kemudian.., saya ulang soalan saya, bla bla bla...”

Okey, cukup intro, kita jawab soalan soalan pendek sepanjang pemaduan keretamayat yang sempat aku jawab,


Tanya sama abang keretamayat part 1:
------------------------------------------------

SALAM ABANG HAMKA, APA PENDAPAT ABANG TENTANG SEMUA SAMAN EKOR AKAN DI HAPUS JIKA PR MENANG PILIHAN RAYA?

Hamka said:

Pada pendapat aku, kau tertekan Caps Lock-Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 2:
------------------------------------------------

"Bang, kenapa tak guna hujah Al quran sahaja, sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika blog keretamayat guna dalil Al quran sahaja dalam berkarya."

Hamka said:
kau ni anti hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah nak biar jer hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa dah semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok, dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau terjulur keluar?!


Tanya sama abang keretamayat part 1/2:
---------------------------------

Abang jangan main main, Saya tulis semula, apa pendapat abang tentang semua saman ekor akan di hapus jika PR menang pilihan raya?

Hamka said:

(Pada pendapat aku, berjanji itu mudah, nak laksanakan itu payah, takut menderita macam Aisyah bersama "JANJI MANISMU", atau macam Awie "di penjara janji" atau KRU "Janji tinggal Janji" he he, yang penting, jangan janji di taburi, tapi janji ditepati, sekarang masa balas budi-WOHA!)


Tanya sama abang keretamayat part 3:
------------------------------------------------

Abang Hamka, apa pendapat abang tentang kata kata Dr Mahadhir yang menanggap UMNO sebagai 'syaitan yang dikenali' dalam blog beliau.?

Hamka said:

Eh? bukan Dahulu pernah Tok guru Nik aziz cakap, boleh berkawan dengan syaitan?, eloklah UMNO dan PAS berbaik baik, kita semua orang islam-Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 4:
------------------------------------------------

"Apa pendapat Bro Hamka, tentang manusia ke bulan?"

Hamka said:

Pendapat aku, untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…

Renung renungkan, dan selamat beramal. :)


Tanya sama abang keretamayat part 15
---------------------------------------------

“Buku hang "Permata yang hilang kini dijumpai" boleh guna untuk taklim ker...?”

Hamka said
“Buku aku tak boleh guna untuk taklim.., tapi jika bagi hadiah pada bini, boleh guna untuk pujuk bini pergi taklim masturat-woha!”

Ps: taklim-majilis bacaan hadith Laki bini setiap malam.

Ps2:taklim masturat-bacaan hadth untuk bini bini setiap minggu di seluruh Malaysia pada hari minggu.


Tanya sama abang keretamayat part 10
--------------------------------------------

“cuma nak bertanya pendapat mengenai sesetengah golongan yang mengaku berjumpa dengan keturunan Rasulullah dan mendakwa golongan Ahli Bait ni akan dapat membantu mereka diakhirat kelak. terima kasih”

Hamka Said: 

“Pembantu Nabi yang bagi khidmat cemerlang, telah di beri pujian oleh Nabi dan peluang untuk minta sebarang hajat, maka kata pembantu tadi, aku mahukan shurga. Maka Nabi cakap, bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud..."

Moral: kabel kuat tapi diri sendiri takde qualiti, tak payah berangan. Adohai.


Tanya sama abang keretamayat part 11
--------------------------------------------

"Betul ke ada hadith jika suami berpoligami, isteri akan dapat payung emas di shurga?

Hamka said:
“bab hadith tu, aku ni bukan ustaz, errr, tapi jika dah masuk dalam shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dapat makcik oiiii”- Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 12
---------------------------------------------

“Bro, tak baik guna nama ulamak dalam bekarya jika asyik kutuk orang, apa bukti sebenar nama lu adalah Hamka? Tengok IC boleh?”

Hamka said: 

Kau bank in RM35 dalam akauan maybank 1630 2855 3448, maka akan terpampanglah nama “Muhammad Hamka”, tak kan lah Maybank nak tipu kot, he he, nanti jika dah bank in, jangan lupa email bukti bank in, dan bagi alamat, insya-Allah aku akan ‘hadiah’kan sebiji buku Permata yang hilang siap tanda tangan-Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 13
---------------------------------------------

Abang kereta, apa pendapat abang tentang bajet 2013 semalam?

Hamka said:
“Jika engkau salah sorang orang yang sokong pembangkang, dan bila mendengar dalam TV atau dalam paper atau di kedai kopi cerita orang puji kerajaan(benda yang betul), tapi korang tak rasa sakit hati, maka aku ucapkan tahniah...”


Tanya sama abang keretamayat part 14
---------------------------------------------

“Buku permata yang hilang ada jual yang hard cover tak ? Harap dipertimbangkan. Kerana hati rasa pilu bila kulit buku jadi lunyai asyik kene belek. Juga ingat kalau dapat yang hard cover mau dihadiahkan kepada potential husband dengan bab tertentu ditanda (oppss sipu2 malu). Jika dia tak paham2 lagi boleh la digunakan buku hard cover tu untuk diluku kapalanya tanpa mengakibatkan kecederaan parah @ kematian.”

Hamka said:

(tak tahu nak jawab apa, C.C ke penerbit jer lah, kelakar juga korang ni, he he he.)


Tanya sama abang keretamayat part 16
---------------------------------------------

"Salam saudara hamka.. erm..boleh tak cakap sikit pasal wayang..?
Menurut islam..dan opinion saudara sendiri.."

Hamka said:

"jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram."

(Woha!)

Ps: Tengok wayang ke, tengok bola ke, tengok konsert Maher zain ke, jika korang tengok sambil buat maksiat, dan sengaja melengahkan-lengahkan solat bagi perempuan dan meninggalkan jemaah bagi lelaki maka hukumnya berdosa dan boleh masuk neraka jika tidak bertaubat, harap maklum.


Tanya sama abang keretamayat part 18
--------------------------------------------------

“Bro, bagaimana kita nak buat orang di sekeliling kita selalu senyum dan ketawa?”

Hamka said:

“Kau pergi mana-mana, jangan zip seluar”

Woha!

Ps: Tip cover malu terbaik jika korang lupa zip seluar, adohai..


Tanya sama abang keretamayat part 19
--------------------------------------------

"Bro, lu tak like page FB "Kami Boikot Buletin Utama TV3" ke? lu kan suka fakta, sedangkan berita TV3 banyak yang auta."

Hamka said: 

Aku 'cuba menjadi lelaki beriman di akhir zaman', dah lama waktu maghrib hingga isyak aku duduk beriktikaf di masjid, jadi, semua rancangan TV waktu tu aku boikot, Naruto yang best pun aku boikot sebab tayang waktu maghrib, jadi tak payah ajak aku boikot TV3 sajer, kita boikot semua program waktu solat! woha!


Tanya sama abang keretamayat part 7
--------------------------------------------
"Boleh tak tanda tangan pada buku dan hantar kepada kawan saya yang bakal berkahwin di Malaysia, kami dari korea."

Hamka said: 

OK, (Masukkan lagu Sonata Musim Salju di sini.)



Tanya sama abang keretamayat part 9
--------------------------------------------

"Hamka, dulu masa sekolah bakat mung melukis, tak sangka bila dah tua, bakat mung menulis pula, boleh tolong lukis gambar aku sekeluarga dan tanda tangan dekat kulit buku mung, rujuk attachment"

Hamka said: 
Kemah Keming Saing Saing!


Tanya sama abang keretamayat part 19
--------------------------------------------------

“Bro pandai cari bini rasanya, boleh tak tolong adjust cari bini untuk saya?”

Hamka said:

“Adjust cari bini adalah di luar bidang kerja keretamayat, adjust cari lubang kubur koner lot mungkin boleh-Woha!”

Ps: Maaf, kerana tidak membantu. Jangan lupa ‘cari jodoh di shurga’ dengan solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan..

Tanya sama abang keretamayat part 20
---------------------------------------------------

“Salam bro, betul ke jika ketuk kepala lutut dengan tumpurung, zakar yang menegang boleh mengendur?.”

Hamka said:

“jangan ketuk tanpa ilmu, salah teknik ketuk lutut, mungkin boleh mati pucuk.., cara yang berkesan untuk mengendurkan zakar adalah dengan membayangkan diri banyak dosa dan bayangkan sedang masuk neraka berpelukan dengan Abu Lahab, isha-Allah, akan mengendurlah zakar anda.”

Ps: Sejak bila driver keretamayat jadi pakar sakit tuan ni? Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 22
---------------------------------------------------

“Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini tanda kiamat? Apa pendapat abang mayat tentang berita ini?”

Hamka said:

“Aku sangat menyampah jika di tanya soalan berbentuk ramalan, tapi aku nak meramal masa depan hari ini, bahawa pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini, kelendar 2013 akan sangat laris di pasaran,"

Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 23
---------------------------------------------------

“Bang, bolehkah ummat islam berdoa bala kepada orang islam yang menzalimi dirinya?”

Hamka said:

“Bila di zalimi, doa sangat makbul, boleh berdoa mereka yang mengzalimi pada kita di timpa bala yang setimpal macam kita kena, tapi jangan pulak berdoa bala yang lebih teruk sebab itu menunjukkan kita pulak zalim, dalam hukum qisas pun bab balas hukuman, mestilah setimpal dengan kezaliman, Allah murka kepada mereka yang melampai batas,

Dalam kes perang sesama islam pula , yang melibatkan Aisyah r.ha dan Ali r.a , bila Aisyah jatuh dari unta waktu perang, Saidina Ali menantu Nabi sempat berkata, semoga Allah ampunkan dosa kamu, Aisyah isteri Nabi pula berkata, Semoga Allah ampunkan dosa kamu juga.. , ini contoh sifat terpuji sahabat Nabi yang mana masih sempat mendoakan keampunan kepada sesama islam walaupun mereka berbeza pendapat dan dalam medan perperangan.

Namun orang cerdik dan berfikir panjang lain tindakkannya, yang mana doa terbaik bila di zalimi adalah menggunakan doa makbul kita untuk kebaikkan ummat, contohnya Nabi Muhammad SAW bila di baling batu di taif, di zalimi hinga cerdera dan berdarah, baginda tidak doa bala walaupun malaikat bala dan datang, tapi Nabi mendoakan hidayat kepada pendufuk Taif. Itu contoh yang terbaik! Sunnah Nabi jika di ikut tak akan sesat”

Wallahu’lam.


Tanya sama abang keretamayat part 25
---------------------------------------------------
Pembaca: 

“Sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, MLM, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja).. Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...”

Hamka said:

"Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka"

Pembaca:

Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...Terima kasih banyak banyak.

Hamka said: 


“Any time...”

Sekian.

Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk ‘aididmuaddib.blogspot.com.’ Harap maklum.


Tanya sama abang keretamayat part 26
---------------------------------------------------

“Assalamualaikum..tuan. Apa pandangan tuan video arrivals yg Ada kat utube? perlukah saya menontonnya jugak?”

Hamka said: 
“Tak perlu buang masa, mungkin kena faham balik antara ‘whistleblower’ and ‘conspiracy theory’.., adohai.

Ps: pernah tulis kat blog dulu, sila google jika rajin.


Tanya sama abang keretamayat part 29
----------------------------------------------

“Salam Saudara Hamka, nak mintak saudara menulis/berkongsi pendapat mengenai meliwat isteri: bermacam2 pendapat yg telah saya baca,dengar. jadi apa kata saudara hamka menulis artike serta nas2 mengenai liwat isteri. Ada yg mengatakan tiada penjelasan jelas bahawa hukum liwat adalah haram dan ada juga berpendapat ianya boleh dilakukan"

Hamka said:

Perempuan ni ibarat motosikal, ada dua lubang, satu lubang minyak, dan satu lagi lubang exos, jika kita salah cucuk pump minyak, motor akan meletop.

Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 30
----------------------------------------------

"Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, boleh tuan nasihatkan saya bagaimana menjadi pendakwah melalui nasyid?"

Hamka said:

Dik, dakwah terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit ‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip? keretamayat juugak, adohai..

Ps: Dakwah terbaik adalah cara Nabi. Like.


Tanya sama abang keretamayat part 31
------------------------------------------------
saya ada sikit masalah kawan yang jarang menunaikan solat. walaupun sudah disuruh kadang buat tak tahu.. macam mana mahu buat? saya takut dia semakin terperangkap dalam dunia dia.. dia seorang yg baik, tapi itu saja lah masalah tak mahu solat.penat sudah. mungkin en.hamka ada jalan bantu?

Hamka said:

Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..

Yang penting, (baca dengan penuh semangat) Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar atau kami terkorban!

Chewah..


Tanya sama abang keretamayat part 32
------------------------------------------------
DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu. Abang kereta mayat setuju tak?

Hamka said: 

Aku nak tanya dua soalan sahaja kepada orang islam yang setuju bab ini...
1) SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DI UKIR PADA SALIB?

2) SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DITULIS PADA KERETA ATAU GEREJA ORANG KAFIR DENGAN TULISAN; ALLAH BAPA KEPADA JESUS?

Maka bila aku tanya balik soalan ni kepada orang islam yang setuju, mereka tak setuju pulak, kata mereka, kita bagi guna dalam gereja sahaja...

Kawan, orang ‘kapir’ ni sama jugak macam penagih dadah, jika mereka melilau sekeliling rumah kita cari besi, dan kita biarkan sahaja, lama lama mereka akan masuk cari besi bawah rumah, (pun kita biarkan)dan satu hari jika tuan rumah takde, terus jer mereka lompat masuk dalam rumah... habis semua harta korang kena kebas..

Jadi dari awal lagi, jangan bagi ‘orang “kafir” cari besi’ sekitar rumah korang..,

Faham tak?

Aku tak setuju, dan Aku memang peliklah dengan orang islam yang setuju, sebab.., cuba korang fikir balik, dah beratus tahun orang kristian guna nama ‘god’ dalam urusan ugama mereka, alih alih kat Malaysia, mereka ‘menjatuhkan maruah’ mereka nak guna nama tuhan orang islam dalam urusan mereka, tak malu ke?

Atau mereka dah buat kajian betapa dengan keputusan ini akan menguntungkan mereka, jika tak untung dah tentu tak mintak..., dan kita orang islam selama ni tak bagi lagi mana mana ugama guna nama Allah, tapi bila kristian Malaysia mintak, kita selamba bagi? Nak pancing undi ke?

Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”

Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..

Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah?

Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?

Adohai..

SEKIAN

Okey, cukuplah sampai sini dulu copy/paste, jumpa lagi dalam halaman keretamayat lain kali, Cuma aku nak mintak maaf sebab ada banyak lagi soalan sama ada di FB atau email yang aku tak sempat jawab, ada yang sudah bertahun dalam inbox, adohai..

66 comments:

firdaus aziz said...

Assalamualaikum w.b.t. KM

Unnihakimah said...

Like ..^_^

~fam~ said...

Salam bro...

tetibe teringat dulu pernah tanya soalan kat bro, dan lepas setahun baru dapat jawapan...keh keh keh

alhamdulillah, dipanjangkan umur sampai sekarang...

:)

coma titan said...

bagus betul... byk pencerahan...

HAFIZ HAMZAH said...

Assalamualaikum, terima kasih di atas semua perkongsian yang diberikan. Selama ni saya hanya baca dan tak pernah bagi komen. Pada saya apa yang baik elok dikongsi bersama untuk panduan orang lain. Mohon dikongsi dalam blog saya...baru nak cuba-cuba menulis....
thans again...

Anonymous said...

LAST PALING AKU SETUJU

Dictator or Democary? go read History said...

Allah adalah perkataan ARAB , terdapat dalam ALquran, hadith , Allah tiada sekutu sebab konsep agama lain menyekutukan tuhan , trinity etc,

christian sendiri confuse dgn agama diorang , christian diorang tak ikut scripture bible , instead diorg just follow apa yang church suruh.

kalau ikut kan bible, christian haram bagi mereka babi,arak dan perlu menutup aurat seperti muslim , dan jesus pon bersunat .

DR zakir naik dah ulas benda ni waktu dia dtg malaysia haritu

http://www.youtube.com/watch?v=dJ3vtQSESPQ

trust me even christian realized that they are strayed from the truth it still not easy for them to come to islam

hope rayuan ke mahkamah tinggi untuk tukar kembali kebenaran utk sabah serawak christian guna nama ALLAH berjaya.

Anonymous said...

Terbaik le bro. .demi undi semua boleh. .last2 tergadai

MyHeart said...

Aku dah lama xmasuk blog kau sejak aku tukar kerja baru. Dulu kerja aku sgt boring dan byk ms utk membaca d blog tp sekarang tidak lg....ermmm igt 5 sblm 5. :)

Anonymous said...

As usual, meaningful. Kaedah penjelasan yg sgt2 dekat di hati & segar di minda. Thanks a lot Hamka.
Drp,
RidwanLau

Anonymous said...

im and anonymous

Prince of Noob said...

"jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram."

haram bagi nyamuk tu hisap darah lelaki itu? hehehehe

- Noob

namakuamir said...

tanyaa sama abg keretamayat

abg, seat belakang banyak kosaong lagi tak?

Anonymous said...

" Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah?

Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan? "

thumb up..ni aku rasa jawapan paling genius

Hamka said...

firdaus aziz

Like ..

----------
~fam~

Orang sabar akan mendapat ketenangan.., : )

---------
coma titan

sama sama

----------
HAFIZ HAMZAH

Ok

------------
MyHeart

Aku masih ingat zaman kau memeriahkan halaman keretamyat, terima kasih dik.

---------
RidwanLau

: )

----------
Prince of Noob

Ha ha

---------
namakuamir

jalan sehala, pergi penuh balik kosong, he he

Anonymous said...

Hamka. Saje nak tau pendapat ko psl mengundi. Hi3... Tp klau x nak jawab pun xpe. X kesah.

by cucu wak tadi

.:BBc Florist:. said...

Nk tambah sket bole?

Pasal hukum menonton wayang tu. Hamka ada ckp kalau korg x buat maksiat. So walaupon kita pergi bkn dgn couple(yg sah2 dating itu maksiat)kita kene pastikan jugak cerita yg kita tgk tu bkn termasuk dlm kategori maksiat. I mean, bkn cite x senonoh. (Imho, I just give a pass to cartoon/science fiction stories. Other than that, takut ade part2 yg 'mengujakan').

Anonymous said...

для взросленьких деток [url=http://aftertube.net.ua/tags/%ED%E0%E2%E0%F0%EE%F7%E5%ED%E0%FF/]навароченая[/url] Здесь [url=http://aftertube.net.ua/tags/Juggs/]Juggs[/url]
только для тех кому есть 18 лет

Anonymous said...

tok guru nik aziz bagi fatwa, boleh guna kalimah Allah utk org kafir.

siapa Hamka mahu lawan Ulamak?

Anonymous said...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

(hamka, kamu bukan ulamak, jangan hila pendapat ulamak)

Anonymous said...

pendapat haji hadi:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iR4Tg-cvzLE#!

Anonymous said...

lagi pendapat :

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JHBJBUBfSuM

Anonymous said...

Semak org pas nie. Bukan sume ulamak kate bleh. Ade gak yg kate x bleh. Benda ni kan pendapat masing2

by cucu wak tadi

Anonymous said...

Pendapat aku, kalimah Allah boleh je gune utk org bkn Islam. Pasal aku percaya Tuhan itu SATU. Tuhan utk org cina, kristian, india dan seluruh manusia adalah Allah. Cuma mereka sahaja yg tidak beriman kpd Allah. Dgn pnggunaan kalimah Allah, semoga hati mereka terbuka utk mngenali Allah dan Islam itu sndiri. Amin.

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

nak tanya sikit...

adakah ulama seorang yang maksum??

adakah ulama tidak akan berbuat dosa??

Hamka said...

by cucu wak tadi

hukum mengundi, sama ada sunnat, wajib, dan lain lain, hanyalah terpakai dari perlis sampai ke sabah, lepas tu dah takde hukum dah, adohai...

Hamka said...

Bakal Mayat Seri Kembangan.

Sabar, orang jika dah taksub, otak tak waras lagi, hu hu

Anonymous said...

Hamka lupe nak bg tau. Dari stail ko jawap soalan teringt aku kat profesor serba tau dalam komik gila2. hahahaa...

by cucu wak tadi

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Sekarang minta guna nama Allah....
Kita bagi...

Esok lusa minta guna nama solat/sembahyang plak (mungkin)...
Kita bagi jugak...

Akan datang....
gereja dan masjid orang tak boleh nak beza sebab dua tmpat ibadah tu ada "nama Allah" dan "boleh solat/sembahyang"..

#kejadian ini berlaku di negara jiran....
Kalau tak percaya boleh pergi bercuti ke Indonesia... selamat bercuti..

p/s: nak sangat ke negara kita jadi macam tu??

Hamka said...

di india, orang hindu panggil tuhan pun Allah juga, last last, Shah rukh Khan (islam) selamba kahwin bini dia ugama lain sebab tuhan kami sama..

adohai

WHYJ said...

cantik lukisan bro. :D kemah keming

Anonymous said...

bro. hihihi hatem ni. tak sangka pandai melukis rupanya. O.O

hatem ben arfa

Anonymous said...

[url=http://printerservis.ru/zapravka-kartridzhey]восстановление картриджей для лазерных принтеров[/url]

Anonymous said...

[url=http://dog-haus.ru/reznye_izdeliya_iz_dereva]скульптуры деревянные[/url]

Anonymous said...

entri ni dari 2012 sampailah tahun 2013,baru ada 30 komen.....

lepas ni kau kena buat topik politik jugak nampaknya.....

baru boleh cecah 200 komen.......

selamat bergembira dgn komen......

ha ha ha ha.....betul punya gila komen..dan gila romen jugak....kah kah kah.....

......selamat tahun baru.....

Anonymous said...

[url=http://teplo-park.ru/emkosti_dlya_topliva]емкости для дизельного топлива[/url]

aku dari pantai timur said...

ha ha ha ha ha

Ada orang cakap hamka gila romen.

Gila komen tu tak apalah jugak.

berguling aku kat lantai.

aloya said...

Jawapan last tu memey terbaik Hamka! tq, senang aku nk bantai puak2 Liberal ni

Anonymous said...

kah kah kah........

hanya kaki romen je yang tulis pasal main ngan bini kat dalam nota untuk diri sendiri..ha ha ha....

dan hanya kaki romen jugak yang boleh kenal kaki romen...kah kah kah kah kah.......eerrkk....!

Anonymous said...

bro ..tolong komen pasal isu amanat hj hadi

Orang Endau said...

Sedikit laporan cerita untuk kawan-kawan.

Ada satu jemaah dari united kingdom telah datang selama 3 hari kat kampung aku.

Salah sorang ada bagi tau hal ehwal Islam di sana.

50% islam berkembang di eropah adalah berkat usaha pelajar pelajar Malaysia yang usahakan suatu ketika dulu. Amat sayang kalau Islam boleh terkeluar dari diri orang Melayu kat Malaysia ini. Sedih sungguh. Islam disana katanya bukan Islam Syiah atau Liberal tetapi islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Wanita memakai purdah sudah menjadi pakaian biasa. Kerajaan Perancis pun tak boleh nak halang wanita berpurdah.

Salah seorang dari mereka pula melaporkan dulu kampungnya penuh dengan gengster dan penjenayah. Sehingga semua orang takut nak ke tempat tu, malahan pemimpin dan pembesar pun tak mahu datang. Berkat usaha pendatang yang beragama Islam bersungguh sungguh buat dakwah dan imarahkan masjid. Tempat nya kini dah aman. gengster ada yang dapat hidayat dan ada juga berpindah ke lain. ini membuatkan pemimpin mereka menawarkan kawasan kediaman yang selesa dengan harga yang murah kepada pendatang-pendatang Islam.

Pernah dulu orang kristian dan Zionis nak jadikan Mekah dan Madinah menjadi satu tempat pelancongan dan pusat membeli belah. Supaya tawajuh orang Islam menunaikan haji teralih. Tetapi kini Allah telah terbalikkan pula Eropah menjadi seperti Mekah dan Madinah. Semua orang Islam lelaki wanita dan kanak-kanak hidup cara sunnah Nabi s.a.w secara sukarela bukan dipaksa. Itulah Hidayat.

Allah boleh ambil mana mana bangsa pun di dunia untuk menjadi pembela agamanya. Islam bukan menjadi hak mutlak sesuatu bangsa. Jadi untuk orang Melayu kat Malaysia khususnya sedarlah . Apa kah jaminan keturunan kita tetap dalam Islam.

Anonymous said...

woi hamka...

kau tolong nasihat kat budak tabligh kat atas ni,gunalah akal sikit nak buat cerita tu...buat cerita ntah hapa hapa...macam nilah mentaliti kebanyakkan karkun...buat malu kompeni jee.nak paham sesuatu kena guna akal...jangan guna perasaan....

tapi apa karkun cakap semuanya betul.... ye tak hamka?kalau dah taksub masuk geng mana pun sama....

Ali Imran , Pasir Gudang. said...

Salam Hamka.

Aku nak beri peringatan pada diri aku dan kawan kawan.

Jangan berdebat dan tinggalkan perdebatan.

Apa yang orang lama lama kita beri tahu kita perlu kuatkan DTI. Semua kebatilan Allah akan hancurkan. Insyallah.

Kepada pengomen dari Endau. Saya pun dapat karkuzari yang sama macam tuan. Tahniah kalau tuan dapat nusrah jemaah tu. Semoga kita sama sama dapat kekuatan memperbanyakan DTI. tak perlu dilayan orang menjurus untuk berdebat. Tiada faedah dan lebih baik buat DTI.

Anonymous said...

Thousands of people really are encountering payday loans debt in the us a result of the unfortunate economic climate. With the help of circumstances worsening regularly, there can be much more groups affected by the void of opportunities. Many own turned into cash loans, that demand amazingly excessive rates plus cause your routine from neverending bill. There's lots of who want to master how to shed a payday cash loan, and yet do not know the steps expected to complete the task. It is very important learn the way to lose a payday loan right away in order to save right from far more loss because of the low interest rates. This will provide you with a step-by-step direct to shed that online payday loan debts.
The way in which to reduce a payday advance loan Which includes a
[url=http://chwilowkiprzezinternet.org.pl]chwilówki przez internet[/url]

The first step that you need to take on to achieve outside cash advance loan financial debt is actually name a qualified payday loan consolidator straight away. These companies along with consumers frequently have any ability needs to bargain as a representative when getting the much lower charge. Lots of online payday loan loan companies realise that they often do not secure some of their own money back once they commonly are not even more lenient pertaining to apr. For some patients, the interest interest rates over a personal loan can be 100 % cut despite the fact that merely the actual home loan needs to be repaid.
[url=http://kredytbezzaswiadczen24.net.pl]chwilówki dąbrowa górnicza[/url]

For many who get different fast payday loans that will various organizations, it is an immensely very important have mainly because it definitely will reduce the credit card debt pressure significantly. Furthermore, the particular payday loan consolidator will often handle that financial loan so that they can start out any coalescence to your money for.
Cleaning away an easy payday loan by simply Saving
[url=http://szybkie-pozyczki.info.pl]pożyczki bez bik od ręki[/url]

The next measure essential help elliminating pay day loan bill should be to complete several considerable introspective spirit looking around about your special paying lifestyle. Advantages for choosing about reasons why you may be through payday advance debts, however substantial just spending is most probably an enormous contribute to to get concern. When you are eating at restaurants, despite the best way bargain, everyone are usually just spending excess amount. If you would like discover how to avoid a payday cash loan, it's good to first discover how to spend less.
[url=http://kredytbezzaswiadczen24.net.pl]kredyt bez zaświadczeń[/url]

You can do this kind of by going to all the grocery so that they can load all of the cuisine demands. Obtain just the requirements, for example loaves of bread, offspring, fresh fruits, and greens, avoiding each and every sodas or even meals that might be risky for your personal expense plan. Employing discounts can also be an alternative tool for cutting back which you can use so that they can pay up that loans much quicker.
[url=http://pozyczka-przez-internet.net.pl]pożyczka przez internet[/url]

Finally, seek to slashed outside the entire entertainment you ought to purchase through the entire week. This can suggest that anyone prevent drinking alcohol, refrain from cinemas, or all other style of pleasures which is being a person funds. It truly is time and energy to create forfeit to recieve any payday loans credit debt addressed without delay.
[url=http://szybkie-pozyczki.info.pl]szybkie pożyczki[/url]

zie marziah said...

bagus..sy suka sangat.banyak ilmu yg sy dapat

Umat Akhir Zaman said...

SALAM, HAMKA. AKU RASA KAMU NI,JANGAN BANGGA DIRI SANGAT BILA BANYAK ORANG PUJI2 KAMU. ELOKLAH KAMU BERSEDIA MENJADI BANDUAN YANG MENDAPAT HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP. KAWIN DALAM PENJARA, DAN DIJATUHI HUKUMAN MATI MANDATORI. KETURUNAN KAMU YANG LAHIR DALAM PENJARA JUGA AKAN MENDAPAT HUKUMAN YANG SAMA. SETUJU TAK ?

Yong Is My Name said...

Salam Hamka,

Cik Yong bila buka jea blog Hamka
confirmed guling-guling gelak..
belum buka nak scroll jea udah pusing-pusing gelak..

waduhhh
wahoooo..

Congrats bro

Anonymous said...

TANYA SAMA ABANG KM

CUBA ULAS SIKIT PASAL BUKU BIBLE ORG KRISTIAN YANG DITERJEMAHKAN DALAM BAHASA MELAYU DAN HARI INI DIEDARKAN DI NEGERI PEMBANGKANG KEDAH DAN KELANTAN.

WALAUPUN AKU ANTI PILIHANRAYA TAPI AKU HARAP PEMBANGKANG KALI INI BUNGKUS DAN KEPARIT.

Anonymous said...

bro, haji hadi yang lebih tinggi limu ugama lu nak lawan? cermin diri bro, ulamak pewaris nabi.

hari ini, haji hadi, anuar ibrahim dan DAP sudah setuju kalimah Allah dikongsi. Harun din mungkin akan tarik balik fatwa tiga tahun lepas.

kita tunggu.

Komeng said...

Salam bos corpse car,

Tolong post panjang lebar sikit pasal isu kalimah Allah ni. Nak pinjam hujah nak tembak si pencemar nama Allah yg suci ni, aku geram ni. Aku bukan terer nak berhujah, ilmu cetek, tapi aku tau aku sayang Allah.

Tolong sikit bro, tq.

aku yang rahsia said...

SALAM BRO HAMKA.

AKU SETUJU DENGAN BRO KAT ATAS.

BUAT LAH ENTRY PASAL KALIMAH ALLAH SUBAHANHUWATAALA.

AKU MEMANG PENYOKONG PAS YANG SEDIKIT EXTREEM. TAPI DAH MULA TAK SEDAP HATI SEBAB ISU KALIMAH NI.

HATI KECIL AKU TIMBUL KEGUSARAN.

BIAR BETUL TOK GURU NI. AKU TAK MAHU NASIB KITA MACAM INDONESIA DAN SINGAPORE.

AKU TAK BERANI NAK BINCANG ISU NI DENGAN KAWAN-KAWAN TAKUT DIA ORANG TUDUH AKU NAK BERPALING TADAH.

TAPI HATI KITA TAK BOLEH NAK TIPU SEBAB KITA YANG RASA.

KOMEN SIKIT BRO HAMKA.

Anonymous said...

kepda bro kat atas.

kalau kau betul penyokong tuan guru.
kau tak perlu gusar. tok guru kan ulamak tersohor ikut sajalah apa dia dah putuskan. dia lebih berilmu dan lebih tau.

kalau tahu diri tak berilmu ikut saja ulamak.

ANAK MERDEKA said...

AKU TERFIKIR-FIKIR, SIAPALAH AGAKNYA YANG MENJADI DALANG YG MENYEBABKAN ORANG2 MELAYU BERPECAH BELAH DALAM NEGARA SENDIRI. KALAU MELAYU PAS, UMNO DAN KEADILAN INI BERSATU, TENTU NEGARA KITA INI AKAN DI KUASAI OLEH ORANG2 MELAYU SAHAJA... BILA MELAYU BERPECAH, MAKA CINA DAN INDIA JUGA YANG RAMAI JADI PEMIMPIN DALAM NEGARA.. AGAK2 DALANGNYA YAHUDI KUT ? MELALUI TINGGALAN SISTEM PEMERINTAHAN PENJAJAH LA KUT...? APA KOMEN ABANG HAMKA ?

Anonymous said...

aku dah lama tak percaya hadi awang dengan nik aziz sejak mereka join anwar ..minta maaf le cakap ..sejak isu hina nabi isu maulud ..isu taja haji ..isu berkawan syaitan ..jadi perisai anwar ..orang kafir guna ayat quran dan macam2 lagi ..baik aku layan ustaz kazim elias

Ahli Surau said...

AKU PULAK SUKA SANGAT DENGAR USTAZ KAZIM ELIAS BG CERAMAH. DAN BIASANYA USTAZ KAZIM MEMANG SANGAT2 MENGHORMATI TOK GURU NIK AZIZ. BAGI AKU, ORANG YANG TAK SUKA PADA TOK GURU NIK AZIZ, ADALAH ORANG YANG BODOH SOMBONG !

INGIN TAHU said...

Abang Hamka. Allah sangat murka kepada orang2 yang mensyirikkan Allah. Tapi adakah Allah murka kepada orang2 kapir yang menggunakan nama Allah dalam kitab bibble mereka yang versi melayu ? tolong jawab dengan ikhlas.. ini khusus kepada amalan guna nama Allah. Dalam bab kekafiran, memanglah Allah dah lama murka pada mereka.

ahli masjid said...


Aku pun dulu sangat respek TOK guru
Nik Aziz. Tapi bukan kini.

Ada banyak lagi tok guru lain yang kita boleh ikut untuk jadi contoh.

Walau pun dia ketua dalam parti islam belum tentu dia betul sume. Dia kan manusia biasa.

geng surau dan masjid said...

khusus untuk penyokong parti pas dan PKR.

Pemimpin ko orang memang tak sensetif terhadap perasaan orang islam kat negara sendiri.

mari lah berdoa beramai ramai semoga sesiapa yang bersengkokol dalam membantu mencemarkan kalimah Allah akan di balas dengan balasan yang setimpal oleh Allah. Amin..

JaM sAtu PAGi said...

bro Hamka,

esok ada Himpunan Kebangkitan Rakyat.

join ke? hehe

Hamka said...

aku sibuk tak sempat nak jawab semua komen, semoga korang selalu ceria dan murah rezeki.

: )

Anonymous said...

Cuba tengok ustaz kazim tibai nik aziz pasal isu maulud nabi. .nilai le sendiri boleh ke nik aziz kata nabi sebelum umur 40 macam mat2 kat kampung. .. Ahli surau ketinggalan zaman. .nik aziz tu dah merapu kena air liur anwar dgn guan eng. .kesian

Ahli Usrah said...

Barang siapa yang melakukan dosa mengumpat, dosa mengeji dan mencela... Maka ia juga perlu tahu apa kesannya terhadap pahala amalan korang. Yang aku tahu ialah, pahala amalan2 ibadat korang, akan dipindahkan dalam buku amalan orang2 yang kamu umpat itu. so, berhati2 bila mengata orang lain. lebih2 lagi jika amalan kita sendiri pun serba kekurangan...

ahli warung pak utih said...

hu hu hu..

Undi punya pahshal tok tok lebai pun sarung t shirt kuning.

Buruk betul aku tengok rupanya. Elok elok pakai gamis dan berserban alih alih pakai t shirt kuning.

Itu baru Dajjal bagi baju kuning. Belum bagi mas berketu-ketul terus mata kuning mata hati apatah lagi.

jangan nak marah la bro sume ini kenyataan bukan gosip

Anonymous said...

Pelik kan..kenapa israel kebal.....

Anonymous said...

Abg. Hamka...setahu saya kedatangan islam di terengganu lebih awal dari kedatangan islam pada zaman ksultanan melaka melalui penemuan batu bersurat tapi kenapa x ada perkataan ALLAH sebaliknya perkataan DEWATA..lebih nya sy lupa..ruj. Batu bersurat. tlng jelaskan sedikit...

Hamka said...

nanti aku melawat mezium losong terengganu, adohai..