Nov 17, 2012

Hijrah, di mana kita?


(Kenapa Pendakwah Parti so call islamik ketuk pintu rumah aku berdakwah suruh pangkah parti mereka sambil bagi buah tangan hanya dekat pilihan raya? Bila ugama nak maju jika berdakwah rumah ke rumah dalam 5 tahun sekali  baru jengah? adohai..)

Khutbah jumaat minggu ini bercerita tentang hijrah, kenapa hijrah gagal bila pemimpin tak islamik, dalam khutbah juga ada mengkritik kerajaan kerana cegah seks bebas cara yang tidak islamik iaitu dengan membina sekolah ibu mengandung dan kondom percuma, akhir sekali, yang dapat aku simpulkan, Khatib bagi hint supaya berhijrah dengan menukar kerajaan sekarang yang berunsur yahudi kerana bergabung dengan MCA yang tolak hudud kepada pembakang yang lebih islamik kerana DAP mahukan hudud.

Aku bukan pro kerajaan, tapi bila bercerita bab hijrah, macam tak sesuai kita guna tafsir kepala otak lalu kaitkan dengan isu politik sempit, lebih baik pengertian hijrah di tafsir selari dengan sejarah islam, iaitu kisah Nabi dan sahabat.

Secara mudahnya, ada tiga jenis hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-

1.Hijrah ke Taif.
2.Hijrah ke Habsyah.
3. Hijrah ke Madinah.

Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.

Pertama yang kita kena faham, maksud hijrah adalah untuk majukan ugama demi menarik nusrah (bantuan) Allah, oleh sebab di Mekah ugama tak boleh nak di majukan kerana tekanan pihak kafir, maka Nabi dan Sahabat telah berhijrah ke tempat lain dengan harapan, mendapat kerjasama dari pihak yang ikhlas, yang mana apabila ada pihak lain yang membantu ugama Allah dengan ikhlas, maka sunnahtullah akan berlaku, iaitu akan turunlah Nusrah Allah. Sesuai dengan dalil:

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Maka apa yang berlaku di Taif bila Nabi berhijrah di sana?

Pembesar mereka telah menolak bantuan untuk menolong Nabi berdakwah di sana, malahan telah menghina Nabi Muhammad SAW,  tak cukup itu, mereka suruh orang kampung halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..

Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk terbalikkan bumi Taif sebab bukan sahaja tak nak bantu Nabi berdakwah, di halau pulak dengan cara yang biadab.

Kesimpulannya, hijrah di Taif gagal untuk majukan ugama, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat Bala menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..

Sebelum itu, bercerita tentang Nabi berdakwah, dan oleh kerana Nabi sudah tiada hari ini, maka kerja dakwah telah di wariskan kepada ummat kerana kita adalah Ummat terbaik..

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah kita jangan jadi macam puak Taif, yang mana melayan pendakwah dengan cara yang biadab, dalam surah yassin pun ada cerita kisah dua pendakwah datang berdakwah dan di kuatkan dengan pendakwah ke tiga, lalu muncul dihujung kampung seorang tua yang memberitahu: :ikutlah mereka yang tak mintak upah”..

Kesimpulannya, jika korang tak nak bantu hijrah para berdakwah sebab iman korang lemah kononnya, jangan pulak korang halau mereka dengan cara yang biadab yang mana karang jika datang Malaikat Bala untuk terbalikkan negeri kita, rugilah kita dunia dan akhirat. Nauzubillah..

Habis bab hijrah di Taif. Kita pegi pada Hijrah di Habsyah.

Di Habsyah, raja mereka hanya dengar ceramah sahabat, dan bagi perlindungan, serta makanan, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu ugama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik.

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Itu yang aku tengok, bila datang pendakwah berceramah, korang pun ke masjid bukan main ramai, penceramah buat lawak, korang gelak, penceramah beremosi, korang pun insaf, lepas tu korang layan penceramah makan sedap, tidur di hotel, bagi duit poket lagi, tapi lepas penceramah tu balik, masjid jadi kosong balik.. adohai.

Kesimpulannya, jika korang bantu hijrah para berdakwah hanya dari segi material, jangan pulak korang rasa pelik tengok ugama kat tempat korang tak maju maju, masjid masih kosong, orang muda berzina dan perompak di sini sana, sebab bantuan Allah tak datang kepada mereka yang bantu ugama setakat macam Raja Habsyah. Sejarah dah buktikan, jangan nak berdebat pulak, lebih baik muhasahah diri, pesan jugak pada diri sendiri. Adohai..

Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke Madinah,

Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan dari punduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi bantuan mereka lebih daripada itu yang mana mereka telah bersama sama dengan Nabi berdakwah di seluruh tanah hijjaz.

Dalam perang badar, walaupun bilangan orang madinah sangat sikit yang membantu Nabi, tak sampai 300 orang, tapi janji Allah yang mana: "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya" maka 1000 malaikat telah turun membantu Nabi dan sahabat dalam perang tersebut.

Kesimpulannya, jika korang mahu ugama maju, maka bantulah hijrah para berdakwah dengan berdakwah bersama sama mereka,  bukan setakat gelak dengar ceramah, tapi jika mereka para pendakwah ajak ziarah jiran jiran 40 buah rumah kiri dan kanan, maka pergilah berjalan bersama mereka, jika mereka ajak beriktikaf hidupkan masjid, maka tinggalkan sekejap katil empuk dan beriktikaflah di masjid, jika mereka ajak berdakwah pada orang kampung yang jauh dari ugama, maka ringankanlah tulang mengembeling tenaga bersama sama mereka,  inilah maksud bantu ugama dalam islam, bukan setakat dengar ceramah dan hulur derma, tapi korang makan minum bersama mereka, bergaul dan tidur bersama mereka, berdakwah dengan mujahadah serta simpati bersama mereka. Macam orang ansar, bukan macam orang Habsyah, jika macam orang Taif lagilah celaka..

Kesimpulannya (berapa kali kesimpulan daa..) Jika korang seorang ustaz, lagi bagus, iaitu berhijrah dari berceramah dengan selesa di masjid kepada berceramah dari rumah ke rumah dengan mujahadah macam Nabi Muhammad SAW buat, al maklumlah, dah lama paderi kristian ketuk pintu rumah orang islam ajak masuk ugama kristian, apa salahnya, ustaz dan ulamak ketuk pintu rumah orang islam ajak mereka beriman sebagaimana orang terdahulu beriman..

Nabi pernah jalan jalan sekitar madinah lalu terjumpa sahabat sedang berkebun, kemudan Nabi bercerita tentang kebun shurga pada sahabat itu, ada jugak kisah saidina Umar ziarah orang islam yang tidak datang solat berjemaah dan bercerita kelebihan solat jemaah pada orang islam yang tidak datang ke masjid..

Panjang nak cerita bab hijrah ni,

Dalam Hadith pernah sahabat Wathilah bin Asqa r.a bertanya pada Nabi Muhammad SAW tentang Hijrah:

“Saya ingin berhijrah, tapi hijrah mana yang lebih afdal, hijrah battah atau hijrah badiyah?”

Jawab Nabi lebih kurang maksud: Hijrah Battah lebih afdal, iaitu tinggalkan kampung halaman sepenuhnya dan tinggal bersama Nabi memajukan ugama di Madinah,

Namun Hijrah Battah sudah berakhir semenjak Fatal Mekah, (Islam kembali ke Mekah) namun, jangan lupa, hijrah Badiyah masih ada dari zaman Nabi hingga sekarang iaiu tinggalkan kampung halaman sementara waktu dan pergi berdakawah dalam beberapa waktu sebelum kembali ke kampung semula. (Hadis riwayat Tabrani)

Bagi mereka yang baru masuk islam semalam dan mahu merujuk dalam sejarah tentang Hijrah Badiyah, bolehlah rujuk sejarah “peristiwa sedih di Bir Moona” yang mana sekumpulan pendakwah telah di hantar oleh Nabi ke satu kampung tapi dibunuh orang kafir dalam perjalanan. Panjang pulak jika nak cerita..

Menutup entry ini, aku mengucapkan selamat maal hijrah, dan selamat berhijrah kepada semua orang islam, berhijrahlah dari pada selesa mendengar ceramah kepada selesa mendengar namun mujahadah menyampaikan.., ketahuilah, melalui jalan mujahadah menyampaikan apa yang selesa di dengar, maka ugama akan tersebar, lebih lebih lagi jika korang sanggup berhijrah secara Badiyah yang mana korang tinggalkan kampung halaman sementara waktu dalam beberapa tempoh demi kerana Allah, dan apabila sampai di tempat untuk menyampaikan, jika kedatangan korang mendapat bantuan dari penduduk di sana sama seperti cara orang ansar melayan Nabi dan sahabat, maka akan turunlah bantuan Allah dari langit sebagamana bantuan yang sama telah turun 1400 tahun yang lalu.

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Jika korang perasan sibuk tak mampu nak tinggalkan anak bini untuk berdakwah (tapi boleh tinggal anak bini untuk kursus naik pangkat) maka andai kata pendakwah datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Layanlah pendakwah macam orang ansar melayan orang muhajirin. Bukan setakat memberi tempat tinggal, perlindungan dan makan minum, tapi korang turut sama membantu mereka berdakwah dengan penuh mujahadah.., dengan cara ini, barulah bantuan Allah yang sebanar akan datang pada kita..

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Ps: Siapa yang mampu bergerak tanpa bantuan Allah? Semoga aku dapat amal apa yang aku sampaikan, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..

Ps2: Agak agak, Boleh dapat tokoh Maal Hijrah tak jika berdakwah hanya melalui blog? WOHA!

36 comments:

Hamallee said...

first!!! nice article

WhiteLight said...


Salam Hamka....

Terharu aku baca artikel ko hari nie....
Sebab niat aku nak keluar berdakwah nie dah lama sangat tertanam dalam hati...
Dan selalunye tertimbus dengan alasan2 perasan sibuk yang aku reka2 sendiri.....

Walau bagaimanapun....
Aku sangat2 menghormati mereka2 yang membuat dakwah cara Nabi SAW...
Aku rasa diorang nie sangat hebat Tasauf...
Sebab diorang buat dengan cara Hands-On...
Allahuakbar...
Aku berdoa semoga diri aku dan mereka semua sentiasa kuat hati pada jalan Allah SWT...
Aku jugak harap ko tak berenti berdakwah...
Dengan cara apa skalipun....
Walaupun tak dapat jd Tokoh Maal Hijrah...hehehe
Semoga Allah lindungi ko dan seluruh keluarga ko....

P/S : Sakit hati dengar ustaz kata "menurut kajian, 90% dari geng2 tabligh hisap ganja sebelum sembahyang".....Semoga Allah bagi hidayah pada ustaz tu....

Wallahu alam...


Anwar Ibrahim said...

Semua ini hanya konspirasi dan fitnah jahat UMNO-BN!!

Egg Head said...

salam...malam nie jumpa kat markaz ok...belanja aq nasi lemak...bisneskan dah maju...woha2x

Anonymous said...

klu nk sme2 maju kn agama Allah brada lah dlm jemaah islam yg mampu melakukan itu. Cuba rnung sktika, plhak mane yg lbh kuat memperjuangkn hukum Allah. Walaupun ada yg menentang kta harus ingat, Allah tdk akan tnya berjaya atau tdak,tp Allah tnya kamu buat atau tdak. Ingat lah peristiwa nabi Ibrahim di bkar, ad sekor burung yg kcil sdang menungah air untk memadamkn api lalu ditgur oleh brung yg bsar,x usahlah kamu memadamknya, ia xkn pdam, lalu brung kcil itu menjawb, Allah tdak ak tnya aku brjaya atau tdak.,tp Allah tnya aku laku atau tdak. Berblik kpda soal kenegaraan, kita wjb dn menjdi fardu stiap muslim mendirikan negara islam yg sebenarnya, tdak kira lah dri sgi prundangan,muamalah,dh sbgainya. Justeru itu kta melhat mampukah kppinan yg ad menjyakn ini, kita smua yg menentukan.

Anonymous said...

Semalam waktu menonton klip2 video Yusuf Estes, tersangat kagum dengan dakwah yg dibuatnya. Dalam satu majlis ilmu di Germany, 1250 diIslamkan sekaligus. Belum lagi di majlis2 ilmu yg lain. Berkoyan-koyan masuk Islam melalui penerangannya tentang Islam dengan izin Allah. Penerangannya simple, logik, rasional dan disampaikan ikhlas dari hati. Masalah kita, hakikat sebenar Islam pun kita tak faham, apatah lagi nak terangkan kepada orang. Apa yg diajar di sekolah, hanya setakat hafalan dan ritual. Tak sampai ke hati. Tapi, yg penting kita sampaikan ilmu Allah walau 1 ayat.
Marilah kita belajar dari barat tentang bagaimana nak berdakwah. Ada yg kata mereka ni muallaf sampai wujud riya dan kibr & enggan belajar drpd mereka. Tapi mereka ni hebat sebenarnya. Ada yg dlm 9 bulan terus pandai dan boleh berbahasa arab sbb syg agama.
Kita ni jauh sgt drpd sygkn agama. Jahil tu ada la. Pergilah ke hospital kerajaan. Dijamin setiap hari di setiap hospital dalam Malaysia ada kes anak luar nikah. Malah lebih dari 1 kes sehari itu biasa. Banyak lagi kerja kita kene buat untuk agama. Terutamanya memahamkan orang Islam dulu. Sebab kata Yusuf Estes dia difahamkan tentang Islam oleh orang yg amalkan Islam. Kebanyakan kita ni jadi fitnah pada Islam. Nauzubillah.

Anonymous said...

oh.., 40 tahun dengar ceramah, hari ni baru faham apa itu hijrah, terima ksh Hamka.

simple tapi mujahadah.

raja kecil said...

insaf lak...
rupanya selama ni aku umpama raja habsyah je dalam mendengar ceramah...

Anonymous said...

setakat nak dakwah pakai air liur basi dan ikut tabligh KAPIR tu..xpayah la..baik duk umah jaga anak bini...

adri said...

Aku hanya mampu kluar 3 hari je tiap bulan. Niat nak buat ghast hari hari blum mampu lagi

Anonymous said...

wahh...senang je ko jatuh hukum ye anonymous?

Anonymous said...

Ana rasa jika dakwah golongan 'hijau' berkesan tentu tiada kisah gadis bertudung menyeru agar dihalalkan Muslim menukar agama sesuka hati berpandukan 'La ikraha fid-din'? Dan sebaliknya jika golongan 'biru' juga berdakwah dengan berkesan, adakah rakan baik dari keturunan Siin akan memperlekehkan hukum agama kita?

Marilah kita sama-sama fikirkan, adakah kita mengenali Mad'un kita betul-betul? adakah kita fikir mereka tidak perlu disentuh kerana mereka 'sahabat'?

依之汉 said...

Woha! Dakwah itu perlu berjalan seiring dengan masyarakat. Bermula dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Jadi perlulah muhasabah diri niat utama berdakwah. Betul tak en Hamka?

Anonymous said...

bro magrib aritu gua kat sri petaling mesyuarat k.l... Walaupun gua tak ada masa muhajir gerak pergi madinah.. Walau pun gua xde masa semua ansar tengah menunggu2 kedatangan rasulullah.. Gua takde masa masa sorang sahabat ansar tengah teropong dari atas pohon kurma dimadinah menunggu kedatangan rombongan rasululullah.. Tapi gua ada kat sri petaling kena pancung ngan maulana hamid.. Haha.. Dia bagitau dulu ansar semua bagi.. Sedia masa harta nusrah tak ingat.. Bini ada dua pilih mana lu nak.. Tapi muhajir plak tak meleleh pun air liur dgn ape yang ansar tawarkan.. Sebab diorang paham ansar mau kena nusrah muhajir.. Skang ni banyak jemaah bergerak sempena cuti sekolah ni.. Jadi kita kena nusrah jemaah2 ni.. Dah la bini pun kita xleh kasi harta semua kita x mampu nak wat camtu.. Ape yang perlu kita wat ialah nusrah jemaah.. Bukan jumpa amersaf bisik2 pastu blah.. Bukan belasah makan jemaah.. Jemaah ikram... Ikram memang ada dalam muhajir dan ansar tapi dalam diri kita ni mau ada la ikram gak.. Haha.. Maulana hamid bagitau mau kena bawak beding.. Dok ngan jemaah.. Barua hidayyat tersebar.. Macam mana ansar nusrah muhajir pergh kita dapat agama.. Xde usaha yang dapat betulkan umat selain usaha ini.. Xde usaha yang dapat bawa kita dan seluruh umat datang kepada allah selain usaha ini.. Agama ini hanya bergantung dengan usaha ini.. Bila usaha ini maju maka agama pasti dan pasti maju.. Agama ini hanya bergantung dengan usaha ini.. Agama ini hanya bergantung dengan usaha ini.. Kita kena yakin.. Macam mana sahabat yakin hanya dengan usaha ini dapat sebarkan agama.. Sahabat yakin dengan usaha ini agama tersebar sahabat yakin dengan usaha ini umat ini dapat selamat, sahabat2 yakin hanya dengan usaha ini cita2 rasulullah akan tercapai.. Dengan saki baki fikir risau sahabat yyang yakin hanya dengan usaha ini maka kita dapat agama... Mereka yakin!! Hijrah ini kita dimana? Jeng jeng jeng.. Hahaha... Hanya dengan usaha ini.. Dan usaha ini makhluk!! Bukan bilangan tuan2.. Sejarah islam menang segala semua peperangan bukan dengan bilangan... Pergh dah la cukup... Haha..
-aku yang panggil lu bro-

Ahmad Arba'in Ali said...

alhamdulillah. entry yg menambah kefahaman dan pengtahuan tentang agama. :)

Anonymous said...

walau ditentang dan terima penghinaan nabi doa hidayat untuk orang taif tapi kita la ni org islamkita doa kemusnahan dek kerana kuasa dan politik


ni contoh doa yang dimaksudkan

http://www.youtube.com/watch?v=um0P063lkyw&feature=player_embedded

Anonymous said...

walau ditentang dan terima penghinaan nabi doa hidayat untuk orang taif tapi kita la ni org islamkita doa kemusnahan dek kerana kuasa dan politik


ni contoh doa yang dimaksudkan

http://www.youtube.com/watch?v=um0P063lkyw&feature=player_embedded

Anonymous said...

suke2 ko je kapirkn org...esok ko mti kapir baru nyesal kt akhirat..

Anonymous said...

gila la bro.. Jgn promote youtube tu kat sini.. Gila sume ni.. Tolong la.... Penin....

-aku yang panggil lu bro-

Anonymous said...

Semoga ko x mati kafir mcm aku

Prince of Noob said...

terima kasih atas pencerahan ini ya hamka... ana mohon share

Anonymous said...

patutlah ustaz azhar idrus bercermah bkn main hebat tapi gagal, jenayah makin banyk, masjid masih kosong, sebab orang PAS layan ustaz azhar macam Raja habsyah,

lepas ni hbs cermah aku nak tidur sama sama dengan UAI di hotel, makan sama di hotel, dan sama sama berdkawah dari rumah ke rumah.

tepuk dahi!

aku di pantai timur said...


Salam sume.

Semalam aku baru nusrah jemaah masturat 2 bulan dari sri lanka.

Mereka bagi laporan dalam bahasa inggeris, di sri lanka sekarang 45% ahli parlimen adalah terdiri dari orang islam. orang tamil sana lebih percaya kepada orang islam.

Aku pun tanya macam mana boleh dapat macam tu?. Ustaz disana selalu buat ceramah ke? atau selalu buat refofasi atau ada buat perhimpunan aman?

Mereka jawab kami dulu selalu didatangi jemaah tabligh dari Malaysia. Awal awal kami cuba praktik bacaan hadis dirumah bermula dari 5 minit sekarang dah 1 jam. Kemudian kami cubah imarahkan masjid setiap 5 waktu. sekarang kami boleh bagi masa imarah di masjid 8 hingga 12 jam sehari.
Mereka lagi cerita, kami dulu seorang hafiz Qraan pun takde. kemudian kami hantar anak anak kami ke malaysia untuk belajar hafiz. sekarang lebih 6000 hafiz dikalangan anak anak kami. ramai juga mereka dilantik menjadi imam imam di masjid di eropah.

nanti kita sambung cerita

qwerty said...

bile diajak baca hadis,,mereka kate 'hadis tu palsu',, 'kite x boleh asyik nk berguru dgn buku'

bile diajak kluar mereka kate...'nabi mane ade sepanjang mase duduk masjid?',,,'mcm mane dgn nafkah batin nye?',,, mcm2 hal....

Anonymous said...

bile PRU 13??

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR..

kuatkan iman kami, dan bantulah saudara2 kami di palestin dan syria Ya Allah

doakan aku utk keluar, bro Hamka..

SUNNAH ORG BERJUANG~NADA MURNI
*** http://www.youtube.com/watch?v=bAW6QiwrUUc&feature=related

detective nie said...

jom sama2 kita berusaha untuk berdakwah dan berusaha untuk memajukan islam....

walaupun kadang kala saya leka dengan dunia....tp tetap berusaha sedaya yang boleh...

bila kita mampu...buat yang terbaik...
bila kita tidak mampu...istigfar dan berdoa agar suatu masa nanti kita mampu untuk melakukannya...


saudara kita di palestin xkan dapat diselamatkan selagi kita x memajukan islam di Mlaysia...


sekarang tengah sibuk tentang gaza dan boikot israel...

tp adakah anda sedar betapa anda tidak sedar yang anda tidak berusaha sepenuhnya....

untuk menewaskan gajah memerlukan gajah yang sama kuat...ataupun harimau yang lebih kecil tetapi garang...bukan musang yang hanya menunggu untuk menaguk air yang keruh....

hamka...teruskan berkarya...
sesungguhnya...saya bersama anda untuk memajukan islam....dengan cara saya sendiri....

-detective nie-
-saya bukan orang jahat-
saya hanya berkongsi-

nana said...

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)

Hamka said...

salam.

jemaah yang betul adalah jemaah yang berdakwah dari rumah ke rumah.

sebab, jika mereka salah, orang boleh tegur, dan jika mereka betul, orang boleh ikut.

dulu Nabi dan rasul selalu ketuk pintu rumah jiran jiran semata mata kerana Allah..

Hari ini, jemaah mana yang datang rumah kita ketuk pintu?

PAS? UMNO?

okey, dekat pilihan raya nanti, mereka datang bawak buah tangan ketuk pintu rumah aku..

5 tahun sekali daa, adohai..

aku_ein said...

Salam Hamka n rakan semua..

Lamanya aku xkomen kat sini..xpe, aku perasan sibuk..

Kalau nak cerita hijrah pada diri aku, aku rasa, takat mana je la hijrah aku..nak join tabligh, xdenye..dengar kuliah agama sekali sekala, pergi masjid kadang2.. tapi berdasarkan pemerhatian aku, jemaah yang datang dari rumah ke rumah ni mungkin ikut kawasan..

dulu masa dok bandar jb, selalu budak tabligh ajak gi surau, dengar tazkirah dll..siap cakap ada makan lagi, tapi masa tu aku hanya gi sekali je, hampeh tul..

masa kecik, selalu orang tabligh datang kat kampung, lepak kat masjid, aku join..sebab malam kena ngaji kat masjid (adakah ini terpaksa?..hohoho)..

sekarang, xde lagi orang tabligh datang ke rumah, mungkin tabligh secara maya macam ni...err..dakwah dengan tabligh lebih kurang sama kan..sori la kalau salah..

p/s: kali ni xde lagi komen "Hamka, ko dah xbest macam dulu", "blog yang ntah pape"..woha!

Anonymous said...

In the current financial wording, that online payday loans really are becoming more and more famous. And this is mainly for the reason that these kinds of [url=http://quickcash77.co.uk]quickcash77.co.uk[/url] mortgages support individuals to protect unpredicted budgetary emergencies. If you additionally experience capital problems, it is important to help think about regardless if any such loan is all about the best option for yourself [url=http://quickcash77.co.uk]bad credit loans contact number[/url] or simply never. So as to take on the most likely verdict, you'll have to identify a handful of significant particulars that always understand all the payday advances on the net.

That payday advances within 60 minutes ordinarily produce a tiny volume, which in turn will not [url=http://cashloans-247.co.uk]payday loans harlow[/url] go above £1, 500. Hence, when you need in excess of £1, 500, it is advisable to undoubtedly take into consideration another bank loan replacement. And also, what you can do will be to get this personal loan together with borrow on the cost coming from loved ones members or simply acquaintances. Some other primary subject is definitely the possibility that typically the payday advances happen to be mortgaged for one special interval, which unfortunately ends when you will have your salary.

Furthermore, it is extremely imperative to realize that unless you have a very good reliable task, it's not possible to find in either of the payday advance solutions. The scientific explanation for it is due to the fact you never offer a guarantee, that in this instance could be a limited wages. Thereby, so, the bank won't say yes to your application certainly because he can not be confident to the fact that you can actually settle this mortgage loan. But, when you have a comfortable employment and also the loan merchant approves everyone practical application, it's possible to have [url=http://quickcash77.co.uk]quick cash[/url] money relocated in your accounts around in relation to 1 hour.

A few other matters that you have to bear in mind could be the low interest rates and additional rates, your credit profile plus the keywords belonging to the mortgage loan. Through taking into account every one of [url=http://instantcashloans4u.co.uk]unsecured loans people bankruptcy[/url] characteristics, you are able to consider whether or not the accessible fast payday loans via the internet really are appropriate for you will or not likely.

Anonymous said...

tabligh kapir??? hahaha..menyampaikan tu kapir ke? ape ke bangang la orang kate gitu..engkau telah mengkapirkan sifat nabi..barua betul

Anonymous said...

kapir mengkapir, laknat melaknat murtad mermurtadkan sesama islam..that their best skill eva!,bajet yakin mereka sahaja yang islam dan confirm masuk syurga lain group, siapwar-war scra "berkhikmah" dalam ceramah murni sbg ahli neraka n tempahkan tiket konon wajib masuk neraka. ya ALLAH lindunglah umat ISLAM dari sifat bebal dungu dan sifat yang merugikan semata kerana gilakan kuasa dunia dan dari fitnah dunia yang berleluasa.berila kesedaran dan keinsafan kepada hati kami semua amin

Anonymous said...

A

from paka with love said...

6 tahun aku di sarawak ( saratok dan bakun) baru aku tahu nilai erti sedikit pengorbanan... sedikit je nak banding dengan salfusolehin yang terdahulu....

Anonymous said...

aku di pantai timur said...

Salam sume.

Semalam aku baru nusrah jemaah masturat 2 bulan dari sri lanka.

Mereka bagi laporan dalam bahasa inggeris, di sri lanka sekarang 45% ahli parlimen adalah terdiri dari orang islam. orang tamil sana lebih percaya kepada orang islam.

Aku pun tanya macam mana boleh dapat macam tu?. Ustaz disana selalu buat ceramah ke? atau selalu buat refofasi atau ada buat perhimpunan aman?

Mereka jawab kami dulu selalu didatangi jemaah tabligh dari Malaysia. Awal awal kami cuba praktik bacaan hadis dirumah bermula dari 5 minit sekarang dah 1 jam. Kemudian kami cubah imarahkan masjid setiap 5 waktu. sekarang kami boleh bagi masa imarah di masjid 8 hingga 12 jam sehari.
Mereka lagi cerita, kami dulu seorang hafiz Qraan pun takde. kemudian kami hantar anak anak kami ke malaysia untuk belajar hafiz. sekarang lebih 6000 hafiz dikalangan anak anak kami. ramai juga mereka dilantik menjadi imam imam di masjid di eropah.

nanti kita sambung cerita...MasyaAllah..semoga Allah swt merahmati dan memberi ganjaran surga pada tabligh malaysia yg educate mereka kt atas..alhamdulillah kan..bangga jd rakyat malaysia yg de jemaah tabligh berjaya camni...