Sep 1, 2012

Benarkah Neil Armstrong ke bulan?


 (satu hari didalam Komuter-cerita sedikit diubah suai untuk menyedapkan jalan cerita, hihihi)

Komuter bergerak laju, dengan kerusi yang kedudukannya menyongsang, sukar untuk aku melelapkan mata kerana terasa lain benar ‘moment inertia’ setiap kali komuter berhenti dan bergerak.

Aku yang sedang berpeluk tubuh, dan kopiah mentutup muka macam koboi tutup muka dengan topi koboi lalu cuba lelapkan mata, tapi mamat yang membelakangi aku mencuri mindaku untuk berfikir dengan topik perbulan mereka..,

Ringkaskan cerita, perkataan dalam kurungan adalah kata kata aku dalam hati yang ‘menyampuk’ perbulan mereka...

“Orang pertama pergi ke bulan mati semalam” kata brother A.

(Neil amstrong dah mati rupanya..)

“Tapi betulke neil amstrong pergi ke bulan?” tanya brother B.

(Betulah, ada bukti saintifik beliau ke sana)

“aku tengok youtube, ada ustaz cakap, orang ke bulan tipu sebab waktu kapal angkasa mendarat, kamera dah ada dibulan ambil gambar, nampak sangat pembohong sebab jika neil amrstrong orang pertama turun ke bulan, siapa letak kamera di bulan?”

(apa punya bengap hujah kospirasi tahap tadika dijadikan bahan oleh ustaz untuk tolak sains? nak tolak gunalah hujah tahap cikgu sekolah menengah seperti, bayang berbeza arah, bintang tidak kelihatan dan lain lain.)

“aku tengok ada video mat saleh yang buktikan Neil Armstrong tu tipu pergi kebulan, mereka guna stadio, lagipun sejak hari tu, mana ada lagi orang ke bulan” kata pulak pemuda C

(ni lagi sekor malas membaca, dah 6 kali orang pergi ke bulan bang, ada fakta tentang ni, nak berhujah, tengoklah dokumentari yang berilmiah yang membuktikan dengan fizik sains, macam rancangan mythbuster, atau baca bukti dari negara lain seperti negara jepun yang teropong membuktikan manusia ke bulan, bukan cari bukti dengan emosi dan sentimen)

“tapi ada ustaz lain pulak cakap, Neil Armstrong masuk islam setelah mendengar azan waktu mendarat di bulan, telinga kanan dengar azan, telinga kiri dengar iqamat”

(Woha! Mana sumber berita tah di ambil oleh mamat ni, Neil Armstrong dah nafikan beliau dengar azan dibulan waktu ditanya wartawan malaysia beberapa tahun lepas, tapi kelakarlah jugak, sebab ada ustaz yang percaya orang ke bulan dah tentu berbeza dengan ustaz yang tak percaya, tapi yang percaya siap tokok tambah dengan berita neil amsrong masuk islam setelah mendengar azanlah pulak, nak tergelak aku)

 “korang semua ni malas membaca, cuba baca blog keretamayat, si penulis pernah buat ujian personaliti bab ni, dan jika korang ambil ujian ni, korang semua akan mendapat keputusan bodoh dan bangang ” kata perempuan A.

(eh, ada orang baca blog aku disini?)

“apalah akak ni, percaya sangat dengan blogger, blogger banyak menipu dalam blog, jangan percaya dengan blogger, kebayanyakkan blogger adalah agen yahudi atau geng ilmuniti yang cuba menggunakan jarum halus untuk menyesatkan akidah ummat islam”

(ha ha, aku ajen yahudi? Macam macam hal korang ni..)



Ulasan:

Peristiwa Neil Armstrong dan bulan adalah salah satu contoh betapa bodohnya manusia hari ni dalam bab menerima berita dan menyebarkannya.., arghh. tolonglah jangan jadi BODOH dan BANGANG dengan percaya semua berita berita tanpa bukti, tolonglah jadi pandai sikit...,

Korang ni suka benar menyebarkan cerita tanpa bukti, nabi dah pesan jika ada orang sebarkan berita, maka siasatlah, tapi sebab korang malas membaca dan berfikiran sempit, terus percaya dengan emosi beserta sentimen semua berita, memang bangang tahap gaban, tak percaya cuba korang borak dengan penyokong parti politik, akan ada cerita fitnah dan tuduhan tanpa bukti.., tak takut ke dengan dosa menfitnah? bulu kemaluan dah berubah lama dah tapi dalam FB aku tengok korang share macam macam berita tipu dan palsu, lepas tu pakat pakat Like, orang troll pun korang percaya tak ke bangang?!

Produk ABC  tu haram sebab ada babi, 1000 ‘like’ dan ‘share’, esok keluar berita, maklumat tu palsu tapi korang cakap, alah pihak JAKIM dah kena rasuah, lepas tu keluar pulak berita produk ABC haram sebab guna pisau babi, 2000 ‘like’ dan ‘share’, lepas tu bila ada maklumat mengatakan itu hanyalah berita palsu, korang cakap, oh ye ke? sambil ‘like’ dan ‘share’pulak berita produk XYZ ada babi, tak ke babi?

Kita orang islam di ajar bercakap dengan bukti, guna dalil dan nas dari ayat Al quran atau hadith dari Nabi, bukan percaya kepada semua berita tanpa bukti, dulu sebelum zaman FB, aku dah lama maki orang yang suka foward email bodoh-bodoh, sekarang zaman FB, korang ‘like’ dan ‘share’ fakta bodoh-bodoh pulak..,  tolonglah jangan jadi malas macam lembu..

Islam dah ajar, apa apa berita, kena ada bukti, nak tuduh orang berzina, kena ada bukti, tuduh orang mencuri, kena ada bukti, Saidina Ali waktu jadi pemerintah, baju besi beliau kena curi oleh orang yahudi, bila pencuri di tangkap, dan bila masuk mahkmah yang mana hakim mahkamah di lantik oleh saidina Ali, dan bila hakim minta bukti, maka saidiana Ali panggil anak dia jadi saksi, tapi hakim tolak mengatakan bukti tak kuat sebab kanak kanak jadi saksi, dan dari keluarga sendiri pulak tu, mungkin akan bias, maka saidina Ali akur, dan baju besi itu jadi hak milik yahudi tadi, terus yahudi tu masuk islam sebab terkesan dengan keadilan dalam islam menilai fakta.

Maka, Aku pesan lagi sekali, jika tak tahu berita tu betul atau salah, lebih baik diam, tak payah berlagak pandai dengan bincang nampak berilmiah, tapi bodoh tahap gaban..

Kadang kadang korang akan nampak bodoh bila diam,  tapi apabila korang berkata-kata, dah tak nampak bodoh lagi, tapi memang Sah Bodoh! –woha!

Jadi, hentikanlah sikap dapat berita terus like dan share, tak ada faedah langsung aku tengokl nampak benar korang bodoh dan malas,

Aku rasa puak puak ni, jika terlibat dalam perang uhud di zaman nabi, lepas tu tiba tiba dengar berita nabi dah terbunuh, tentu korang ‘like’ dan ‘share’ sambil lari dan sebarkan kepada kawan kawan supaya lari dari medan perang macam orang munafik waktu mendapat berita nabi terbunuh, tapi sahabat nabi cool, bila dengar berita nabi dah terbunuh dalam perang uhud, terus siasat dengan merempuh barisan musuh sehingga nampak nabi masih hidup dan terus berjuang, pergi rujuk kitab bab perang uhud jika nak tahu detail,

Akhir kata, Hentikanlah sikap “like” berita sampah dalam FB, dan “Share” berita fitnah, jika tak nak masuk neraka..

Baru baru ni, gara gara berita palsu yang di sebarkan dalam FB dan di ‘like’ serta ‘share’ oleh orang bodoh yang mudah percaya semua berita dengan sentimen, telah membuatkan india 'hampir' menjadi huru hara.. (sumber)

Ok, dah sampai ke shah alam.

Akupun turun dari komuter dengan kesimpulan, orang kita ni mudah diperbodohkan sebab malas membaca dan berkawan dengan orang yang sama malas membaca, sebab tu ramai kena tipu dalam bab dunia (bisnes MLM) dan bab akhirat (politik so call islamik)..

Ps: sila like dan share entry ini, woha!.

66 comments:

utamaku said...

adakah aku 1st. woha.

nice2. walaupun da bagi penerangan org kita still sebegitu rupa.

like share n proud.

wahaha

heal man said...

memang bodoh kan..?

Ayiz said...

wohha~

pagi yang mulia ni ak terperasan pandai bila baca artikel ni...

Anonymous said...

haha... mudah sgt dikencing... cikgu aku pun ckp amstrong msk islam... hahaha...

LeLa HuSaiN said...

mmg btl kata hamka..
skrng byk sgt fakta diautakan..
huhu..risau sgt.
smpai hadis kdg2 diputarbelitkan..

tu la org kata,berguru biar kena dgn tuan guru,salah berguru..abisla anak murid..

so kena tgk2 sama bla dpt info,kena la gogggle sket..hehehe.

salam merdeka dr sy...

Unknown said...

1. dalam video NASA tu, bendera berkibar-kibar. cikgu Robiah yang ajar aku sains masa darjah 4 kata kat bulan takde oksigen dan udara.
2. dalam video tu lagi, kesan tapak kaki sangat jelas dan kekal. cikgu Robiah kata lagi,graviti bulan kurang dari graviti bumi sekitar 10x ganda.
3. video tu lawa, macam tengok filem takpun drama di TV. angkasawan kata gantung kamera di leher.

Shaari said...

salam...

aku banyak bersetuju dengan keretamayat dalam post ni. cuma satu je kemusykilan.... kalau tahun 1969 dah sampai bulan, aku rasa dengan kecanggihan ilmu sekarang ni, patutnya dah ada McD kat sana sekarang. dan apa yang ParaLoya tulis memang pernah aku baca. ataupun mungkin memang betul memang manusia dah sampai bulan, bukan sekadar photoshoot nak jaga air muka US yang tengah bersaing dengan USSR masa tu.

aku_ein said...

Dulu kalau cikgu cerita, kita dengar n percaya je..xkan cikgu nak tipu..lagi pun dulu, nak cari maklumat susah..kena gi library cari buku, cari jurnal etc..

Sekarang, kita kena rajin cari maklumat walaupun xsemua maklumat tu betul, kena pandai2 la cari..aku yakin ramai yang kat sini pernah wat tesis..so mesti korang tahu tahap "kesahihan" maklumat yang korang sertakan dalam tesis korang tu..

kalau ada McD kat bulan, mesti mahal giler kan..camne nak minum coke??kena tiub le jawabnya..wahaha..

Kita yang kat "darat" ni hari2 dengar azan pun xpenuh masjid..xcaya tanya Hamka..biar la sama ada neil amstrong tu islam ke x..yang penting dia dah xde..kita yang hidup ni teruskan la islam kita..xyah nak pening dengan benda yang xmenambah keimanan kita..satu pendapat dari aku yang lemah..

aDDy said...

yang pasti SM orang Malaysia pertama ke angkasa lepas..Kalau menipu si SM ni maka tertipulah kita

hamka said...

ParaLoya

cikgu Robiah yang ajar sains masa darjah 4 tu lebih bagus teori konspirasi dia dari ustaz youtube yang popular, apapaun, ustaz tu guna teori tahap budak tadika, cikgu rubiah guna tahap sekolah.., dan ada teori konspirasi tahap universiti, tapi bila dibuktikan dengan sains, semua teori kantoi dalam lab, tapi memang di FB sharing-woha!

------
Shaari

Kemusykilan kau tu simple sahaja, zaman dahulu upah engineer tak sampai dua ribu sorang, sekarang, upah technician NASA pun dah 10 ribu, sebab kos tinggi orang tak pergi lagi, belajarlah jugak ekonomi jika nak komplen bab sains.
Yang komplen tentang orang pergi ke bulan kebanyakkan orang yang bodoh bab sains dan ekonomi, tapi pandai bab politik so call islamik, kesian sungguh...

Anonymous said...

Islam pon ad ajar kte cre2 berkomunikasi.jgnla disebabkn kte pndi tntg ilmu sains n teknologi bagai(*pandai ke????) kte abaikn bnde2 yg basic dlm ISLAM....opsss!!!klu ISLAM la..

heal man said...
This comment has been removed by the author.
heal man said...

kat sini boleh tgk bukti bendera yg dipacak dibulan..

http://www.hq.nasa.gov/alsj/ApolloFlags-Condition.html

Shaari said...

hihiii... orang pandai politik so call Islamik tu aku pun tak berkenan.... woha!

menarik topik gi ke bulan ni. orang kita belum sampai bulan, pacak bendera bulan je hahaa.

Unknown said...

hamka kata org lain mls baca....mungkin hamka pon salah gak...sebab buat entri yg org lain keliru...

perlu ke entri ni?
mcm xmembantu je...

#aku keliru..

Anonymous said...

sekarang ramai nak tumpang naik ROKET kononya ke bulan (mengambang penuh ketika langit menghijau )tak kisah siapa kemudi janji sampai destinasi/puncak jayalah kononnya

Anonymous said...

1.At least cikgu tu da ad bekaln tok dibw ke akhirat..kte???

2.adakah nilai rm2k dulu kala sm nilainye dgn sekarng???ni pon including dlm economic...so pndi sgt ke????

P/s: Kadangkala kte terase dri kte serba tahu walaupon hakikatnye tadela tahu sgt.so what can I say...

Anonymous said...

kes kecik je nih bro..
Dak2 Jt yg ada azam akan sampai kesana..
Allah tau azam dak2 Jt nih..
Yg ckp benda ni bkn dak2 Jt 3 hari 40 hari 4 bln setahun..
Tpi semua ish ish ish..
Nk gi lak kerana perintah Allah..
Bkn sebab nak cover atau propaganda..
Berapa billion tafakutnya nanti pun xde masalah..
Ape pun cite dunia ni kecik je..
Macam mr Hamka wat kat blog dia ni..
Sekadar mengusik hati supaya kembali kepada fikir yg sama..
Ish ish ish.. Poyonyela bahasa aku..

hamka said...

Pada tahun 2008, jepun punya NASA yang dinamakan (JAXA) Japan Aerospace Exploration Agency telah hantar satelit ke bulan yang dinamakan Kaguya atau SELENE yang mana google moon tu ambik dari satelit inilah, lepas tu satelit tu ambil gambar tapak neil amstrong mendarat dan buktikan memang manusia telah ke bulan, lepas tu 2010, china pulak hantar satelit dan buktikan orang dah mendarat ke bulan.., boleh baca berita akhbar jepun atau china jika rajin.., jika malas dan hidup nak nafikan kelebihan orang sampai mati, tak dapatlah den nak nolong.., :)

Anonymous said...

mr hamka..
Apesal aku mcm x ambik port cite nih hahaha...
So prefer aku diam je la...
Janganla usik diorang kaw2 sgt..
Haha.. Hadoi..
Bulan..
Aku nak pacak bendera amerika kat bendera bulan..
Mana nk cari bendera amerika?

hamka said...

bang, beginilah yang berlaku dalam politik so call islamik, bagi bukti, tapi tetap sentimen, adohai..

Anonymous said...

2008 satelit parti songkok tinggi telah mengesan bahawa tapak kaki Juara Lengan Kuat benar2 wujud dipermukaan bendera bulan..
2010 plak satelit pakai baju kemeja ala2 bangladesh dhaka terkini telah mengesan bahawa tapak kaki Juara Lengan Kuat sebenarnya ada dipermukaan bendera bangladesh rupenye.. Gerhana bulan Hahaha...

Unknown said...

hamka memg betol2 dah kaji habis-habisan ke? or juz baca certain2 sumber je...

takot kita nak kongsi, tp org lain makin kompius...

#ramai yg dah xfollow blog hamka...sebab org kata dah xbest...
i don noe...

Aslina said...

teringat kata2 sorang kawan dari UK ni...

dia nampak rakyat malaysia ni suke betul caya berita share2, pastu ada sumber sahih pun tetap nak percaya khabar angin, gosip.

paling dia rasa sedih, dia melawat malaysia, tempat2 macam banyak informasi semua di dominasi oleh pelancong asing (cth; muzium/planetarium/etc) yang terang2 harga tiket 8-10 kali ganda lebih mahal dari pemegang mykad.

knape orang kita tak minat ek? terkedu jugak aku nak menjawap haritu...

hamka said...

Fendi

aku menulis untuk diri sendiri, tak ramai follow pun tak apa, aku tak pernah link mana mana blog ke blog aku walau blog aku di link oleh beribu blogger, sebab aku menulis untuk diri sendiri.

------------
aslina masjid

orang kita mudah kena tipu dalam bisnes MLM, dalam politik, dalam perniagaan, dalam percintaan , dalam ugama dan lain lain kerana sikap, "bodoh sombong"

apa itu bodoh sombong? menolak fakta yang pahit dengan emosi dan sentimen, insaflah.

Anonymous said...

Knp aku rase hamka pun sentimen? Hahaha..politik so called islamik ke xso called ke same je kt msia ni..so tinggal keputusan kt tgn kita je nak pilih. Kalo xpilih lgsung lg bodoh namanya..

Mindaberbisa said...

Belajar untuk menerima pendapat orang lain supaya orang lain menghormati pendapat kita.

Sungguh orang lain salah dan kita mengakui kesalahan kita bukankah boleh melembutkan hati orang lain tanpa perlu bertikam lidah.

Bertelagah bukan jalan yang terbaik dan walau kita menang sekalipun tak kan dapat mengubah pendirian dan hak orang yang kita perkatakan itu sampai bila-bila.

Peringatan untuk diri sendiri dan memberi inspirasi untuk membantu orang yang memerlukan. Apa yang encik Hamka minat dan mahu? Boleh saya tahu? :)

hamka said...

minat dan mahu?

minat membaca.

manu menulis.

: )

MG Hanan said...

woha!

betul. sikap orang islam yang melulu mempercayai satu berita...memang memalukan.

Anonymous said...

pencari allah..
Saya minat sangat dengan syurga Allah..
Bidadarinya.. Sungai2 yg masyaallah cantik terlalu cantik..
Sangat minat dengan syurga Allah..
Tapi saya mau semua umat ini bersama2 masuk syurga Allah.. Apa yang rasulullah mau kan dari umat ini itulah yg saya usahakan.. Saya mahukan umat ini sama kehendaknya dengan kehendak rasulullah.. Saya mahukan umat ini sama fikirnya dengan fikirnya rasulullah.. Sama risaunya dengan rasulullah.. Walaupun fikir risau yang ada dalam diri saya ini masih terlalu trelalu terlalu jauh dari fikir risau rasulullah tapi itulah yg saya usahakan.. Dan saya mahukan umat ini bersama2 berusaha untuk dapat fikir risau yg sama bagaimana fikir risaunya rasulullah.. Dan saya memang terlalu sentimen dalam bab ini dan saya memang terlalu emo tapi jika dibandingkan dengan para sahabat bagaimana sentimen mereka bagaimana emo mereka.. Emo dan sentimen mereka kerana allah dan rasul.. Bukan kerana satu pari kepada satu parti ia dah terlalu jauh dari maksud sebenar.. Ia dah terlalu jauh dari kehendak allah.. Dalam bab ini dan walaupun saya marah atau saya berdebat atau semua itu, itu adalah untuk umat ini faham..

Pergh..

Mr hamka ok tak jawapan aku?
Merdu x bunyi dia.. Ke mau kasi keras sket..

ibrahym said...

kupasan yang sgt2 menarik....tahniah...cuma aku xpaham apasai kebanyakan blog yang aku baca kurang adab dalam memilih kata2...perlu ka ada BANGANG, BODOH dan etc...(sedih gaya penulisan ulama` Islam dah dipinggirka orang Islam sendiri...kadang2 rasa orang bukan Islam itu lebih berakhlak seorang Islam daripada orang Islam sendiri...)

Anonymous said...

Karkun perlu berlapang dada..... allahurabbi.. mane kite tau kn kite x duk skali..... politic so call islamik.. ape yg lu nmpk yg x bkenan di mate hati lu pade dorang ni ye...? Azam 40h bln 11 ni... tp ramai kite yg da makin menyombong org tu salah,org tu x iKUt sunnah.. org ni DUNIA...org tuh politik.. nmpk gayenye kene kuar 3 ari balik... belajar sifat.. doa umat..*marhalah segambut...

hamka said...

moral of the story:

untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…

renung renungkan, dan selamat beramal. :)

Anonymous said...

haha.. Kena kuar 3 hari balik belajar sifat? Ko dah jem ke hamka? Huhu.. Jangan bro.. 1 malaysia khususi ko nanti..
Malah 1 dunia semua turun khususi ko nanti..
Aku backup sket... Wahai bulan ko makhluk Allah, aku pun makhluk Allah.. Tuhan ko pun Allah, tuhan aku pun Allah.. Ko makhluk langsung tiada kuasa.. Bendera Bulan pun makhluk bendera Keris pun makhluk.. Sume mahkluk takde kuasa.. Yang berkuasa hanyaalah Allah.. Semuanya dari Allah.. Keris menang pun dari Allah Bulan menang pun dari Allah.. Lailahaillallah.. Semua dari Allah.. korang kempen la 24 jam sehari 1825 hari lima tahun korang kempen.. Tapi segalanya Allah dah takdirkan.. Jadi ape yang hamka dan tuan2 tulis atau pancung pun dari Allah..
Kalau ikhlas dapat pahala kalo nafsu Dapat Dosa.. Tapi kalau dah ikhlas gila babi punya Jalan kerja plak salah.. Ish ish ish Allah reject sume.. Contoh dia... Aku dah up ko Hamka ko bagi contoh dia plak..

Anonymous said...

Berlapang dada... sedie menerime... utk karkun i.t... amin insyaAllah... gua terime ape sahaje kate2 sahabat di atas.. lain yg gua musykil.len yg lu paham.mungkin, jauh sgt penerangan tuh... bole la bayyan maghrib karang... hehe... xpe la... gua tangguh..mungkin gua kene ngaji mengenai iktikad dalam hati ni...doakan la gua ye.. assalamualaikum ustaz..*marhalah segambut..

Anonymous said...

Berlapang dada dan gua sedia menerima.. lain yg gua musykil mungkin lain yg lu paham...gua tanye pasai sifat.. mungkin lu champion dalam 6point so x perlu belajo lagi..amin InsyaAllah .. jauh sgt peneranngan tuh.. bole la bayyan maghrib karang..hehehe... xpe la gua tangguh... mungkin nak kene ngaji pasai iktikad dalam hati gua ni.. hihihi... pade eldest2 karkun i.t di atas.. doakan la gua yeh... assalamualaikum ustaz.. :) *marhalah segambut..

Remaja said...

Huishh...

Satu lagi sifat orang melayu bila fahaman kite kena tegur da mula xnak mendekati orang yang menegur tu...

Sindrom menafikan...
Yang busuk2 kita tak mahu baca...
Nak baca yang manis2 je pasal fahaman kita
akhirnya tak dapat beza mana perlu ikut mana perlu tolak...

Anonymous said...

bila dengar ustaz azhar idrus komen orang pergi ke bulan tu tipu, terus terfikir, adakah semua orang PAS bodoh bab sains, sehingga tiada siapapun yang tegur ustaz azhar idrus, tak percaya cuba baca komen penyokong pas di sini.., kesian bukan?

http://www.youtube.com/watch?v=7DdbTx-qrlY

hamka said...

Orang yang buat teori konspirasi adalah penipu, orang yang percaya konspirasi adalah bodoh.

(pernah tulis dah dulu dalam blog)

Anonymous said...

Pendpt sy, kalau waktu dulu, mustahil, tipu pada saya memang ada bukti diorg tunjuk tp pada sy mustahil untuk waktu tu, tp sekarang mungkin tak mustahil, kadang2 banyak org ckp ada betul tp dlm masa yng sama dia campur adukkan benda yang tipu, 90% fakta memang betul tp 10% tipu, sy leh caya apa bukti nasa beri, tp bukan 100% fakta nasa beri tu boleh dipercayai~

p/s: ntah la tak kisah pun mana slg pun Allah S.W.T. tak tanya bab sapa pergi angkasa Yang Allah S.W.T. tanya perkara yang korang dah tau :)

hamka said...

saya nak bagi pendapat tentang sains, saya adalah anonymous, saya mungkin SPM sains tak dapat A, tapi nak bagi pendapat....

Bro, Sains ni orang tak bagi pendapat, orang buktikan ujikaji, jika ujikaji belum 100%, ia akan jadi teori, dan jika 100%, ia akan jadi hukum.

tak payah bagi pendapat bab sains. baik bagi pendapatan kepada sains supaya mereka boleh buat ujikaji dan selamatkan ummat manusia dari kejahilan.., chewah, : )

Anonymous said...

Anta kebulan?.. US nya kapal angkasa nk nak langit pun bape kali meletup! Pastu yg best nya batu yg kononnya diambil dr bulan n diserahkan ke 1 muzium di eropah rupanya bungkah kayu.. hehehehe

Menda ni ni derang nk lawan dgn Russia sebenornya.. bilamana Russia anta Yuri gagarin kt angkasa lepas wat pertama kalinya.. US pn nk gak.. kalu betul la da sampe bulan, mesti la ada cita2 lgi mau anta kebulan.. kata kos mahal.. US duk serang Afghan n Iraq lg mahal kos dier wehhhhh....

beat said...

ustaz saya bgtau dia x p pun

Pemikir Sunnah said...

SESIAPA YANG TAK PERCAYA ADA ORANG PERNAH NAIK KE BULAN DAN KEMUDIAN IAD MATI DALAM IMAN, MAKA IA TELAH BERJAYA. TETAPI SESIAPA YANG PERCAYA ADA ORANG TELAH NAIK KE BULAN DAN KEMUDIAN IA MATI TANPA IMAN, MAKA IA TELAH GAGAL.

hamka said...

sesuai dengan nama. :)

Anonymous said...

haha.. Sangat cantik bagai pinang dibelah dua..

Anonymous said...

knape mesti ade unsur2 politik kt sini..bosannnnnnn!!!!!!

Anonymous said...

1 lg kalu betul Neil Amstrong tu da pacak bendera USA tu.. kompom la dia akan bior bendera tu terpacak kt bulan! Bangga jd org yg pacak bendera US n org pertama sampe ke bulan.. bila org pertikaikan ada bukti.. senang je dier tunjuk bendera yg dipacakkan kt bulan tu! gali kasi dalam skit then pacak lah. apa ada hal?!!

Yg baik punya kencing da mendarat dgn kapal kecik tu.. then balik bumi pn dgn kapal kecik tu.. ingat blh lepas ke? lepas ke? Tu blm makan lg?.. berak lg? nama mau buang?...berbulan nk pegi n balik.. US kencing jer, kita percaya..Org naik angkasa ramai ikut Russia la bukan US.

kalu betul derang mmg da naik bulan, mmg derang akan bangga2 n sebut2 menda ni selalu.. hahaha

Mindaberbisa said...

Encik hamka, saya suka cerita permata yang hilang itu, banyak mengajar kita perkara yang tidak diketahui semua orang. Penulisan dengan gaya sebegitu dapat membantu. :)

Anonymous said...

-yang pertama aku malas nak bercakap pasal cerita2 bulan ni kerana aku mengaku aku xarif..erti kata lain aku bodoh!
-yang kedua aku nak bangkang ayat Hamka kadang2 diam nampak bodoh..
nasihat aku,xsemua yang diam kelihatan bodoh!Dan xsemestinya orang banyak cakap pandai sangat!
-last sekali aku nak kata terima kasih sebab membaca!

By : Tanpa NAMA

hamka said...

pencari Allah, terima kasih kerana menghargai, :)

Anonymous said...

kalaula kat blog pun boleh like, aku nak like juga entri ko ni....

DT

alhamdulillah, buku dah sampai atas meja. terima kasih banyak2. copy buku yg lama akan di katalog dan masuk dalam sistem library nextweek...

Anonymous said...

sepatutnya tiru akhlak nabi.
bukannya tiru akhlak ustaz azhar idrus.

kalau ustaz azhar makan taik.
takkan encik hamka makan taik juga.


sekadar beri pandangan.

kalau macam tu, 2x5 jer lah kot.

awat hang pandai tahap gaban ka? said...


hang Tulis

atas pendirian hang mempercayai ada orang naik BULan

itu kalau betul...

LAGUMANA pulak kalau takda orang yang mendarat kat bulan...
bukankah ini kerja BODOH...



lagipon kes ni bukan sama macam NABI sa.w naik ke langit....
NAK KENA PERCAYA 100%

p/s:kalu NA pi bulan ... takde melayu nak dengki punya

Anonymous said...

Salam semua. Belum pernah manusia sampai kebulan. Neilamstrong tu bukan sampai ke bulan, tapi hanya dikaki langit sahaja. Ingat senang ke nak naik kebulan. Awan pun ada 7 lapis, itu pun belum tentu lepas. dan kau ingat bulan tu apa. jgn jadi bodoh la.

macam pak hang cerdik HAMKA said...

hamka memang bodoh

sebab dok kata sapa2 yang tak caya
NA naik ke bulan tu BODOH....

dia tak sedaq diri ...hamka telah diPERBODOHKAN oleh sains fiksyen mat salleh...

senang2 kata kat orang bodo...

dei hamka!!! LU la BODOH, jenis buta TULI.... percaya sangat ngan barat...

macam pak hang cerdik HAMKA said...

hang tau tak hamka, syed muzafar baru ni bukan pergi ke ISS, bapak aku cakap, itu semua dalam stadio, kesian satu malaysia kena tipu termasuk hamka, mana boleh tembus angkasa, satelit tu tipu, interent ni pakai cable dan antena atas bukit, apalah bodoh. bapak aku kerja celcom yang cerita.

ilee said...

macam-macam komen reader untuk encik hamka pasal manusia sampai ke bulan ni ye.. banyak pulak tu yang buatkan saya terketawa sorang-sorang.. hehe..

sekalipun ilmu yang kita ada cuma bagai setitis air di lautan, tak bermakna manusia mendarat di bulan satu perkara yang mustahil..

kalau NA ngan NASA kelentong dulu-dulu, sekarang mesti takle kelentong dah..

lagipun internet kan kita boleh akses 'tanpa wayar'? maknanye takde kabel segala bagai pun boleh..

asal ada 'gelombang'nye, semua tersedia..

kalau tak, rugi la oarang berlumba-lumba beli smartphone mahal-mahal kalau tak dapat akses 'wi-fi'..

kan encik hamka? kan? kan?

Unknown said...

sebab ade orang komen pasal internet tanpa wayar maka aku nak tambah sikit selingan...maaf ye cik hamka

alkisah member ak citer kat universiti dia dulu time wifi baru nak naik ada la port disediakan untuk student nk gune wifi free..
dan kat port tu ade bunting tulis besar2...

"KAWASAN INTERNET TANPA WAYAR"

jadi budak2 pon derduyun la bawak laptop ke situ untuk main internet..siap sambung dgn charger n bawak extension..

pada satu hari..datang sorang pak guard dan marah2 bebudak ni...

sambil menunjuk pd bunting tersebut...pak gad ni berkata

"korang tak nampak ape dia tulis ni...TANPA WAYAR...ni kenapa korang pegi bawak wayar ni sume kenapa..tanggal cepatt!!!"

suma orang terpinga sebab xtau samada pak gad tersebut serius atau bergurau...

hamka said...

benda sains, jika di layan dengan kejahilan akan akan jadi merepek..

tapi benda merepek jika di layan dengan sains akan jadi common sense. he he

Unknown said...

Nenek aku da penat gi bulan sampai bulan da x kunjung tibe di usia emas nyer...

Unknown said...

Nenek aku da penat gi bulan sampai bulan da x kunjung tibe di usia emas nyer...

hamka said...

putus head atau haid?

Anonymous said...

islam mengajar menegur orang dengan baik .. bukan denagan makian ..

Anonymous said...

adoi...penin aku..

Anonymous said...

Aku rasa budak Hamka ni datang bulan agaknya...