Aug 5, 2012

Bagaimana didik anak berpuasa?


(Kisah aku, bini, dan keretamayat part 3, : Sahur Oh Sahur...)

Jam hampir 12 tengah hari, belum masuk waktu zohor, tapi aku rasa bibirku sedikit kebas, dan perut ada mengeluarkan sedikit bunyi kelaparan.., tapi ia tidak lama, sekejap sekejap sahaja datang menguji hamba Allah yang berpuasa, terutama orang yang pernah terkena gastrik macam aku, dan terutamanya lagi bila puasa tanpa sahur..

Untuk pengetahuan mualaf yang baru masuk islam semalam, Sahur adalah Sunnah Nabi Muhammad S.a.w, lagi lewat kita bersahur lagi bagus, lagi banyak berkat dan pahala, malahan yang membezakan puasa orang islam dan orang kapir adalah sahur.., jadi jika nak puasa yang berkat, eloklah bersahur...

Tapi aku bukan sengaja tak nak bersahur, kami sekeluarga terjaga lewat hari ini, tersedar sebaik azan berkumandang, nak salahkan bini tak timingkan jam, tidak patut juga sebab sebelum tidur aku terajak bini berasmaradana, walaupun bini aku dah cakap, : “ jika “enjoy the silence” lewat sangat bang, saya takut terlajak sahur”, tapi aku dengan konfident cakap,: “nanti abang bangun solat tahajjud, abang kejut ler awak sahur..”

Rupanya rupanya, Hempeh!, Tahajud entah kemana!, sahur entah kemana!, seluarpun entah ke mana! sedar sedar azan subuh di dengar  dalam keadaan berhadas besar, Cis!!

Aku dan bini boleh jer puasa tanpa sahur, tapi aku kesian pada 3 orang anak aku yang berazam tak nak tinggal puasa, umur mereka baru 5 tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun..,

Pesan aku kepada isteri, jika anak menangis nak makan sebab lapar(al maklumlah puasa tanpa sahur), bagi jerlah makan, karang mati pulak budak budak tu.., pendek cerita, sesampai aku di rumah tengah hari ini, terus aku dengar suara anak perempuan yang berumur 5 tahun menangis..

“bini aku tak bagi makan ke”, bisik hati kecilku sambil mematikan suis keretamayat.

Anak perempuan aku sebaik tahu aku balik, terus berlari dan bertambah kuat pula akan tangisannya..

“lapar ke?”

Anak aku angguk..

“jomlah makan roti”

Ajak aku, tapi anak aku geleng kepala tak nak lalu bini aku muncul bagitahu dah puas suruh berbuka puasa tapi tak nak kerana alasan si anak, takut azab api neraka walaupun dah bagitahu budak budak tak wajib puasa, tapi si anak bagitahu, kawan kawan cakap jika tak puasa tak boleh raya dan tak masuk shurga.., murni sungguh kawan kawan mereka..

Aku tersenyum mendengat penjelasan bini aku, lalu dengan isyarat mata aku suruh bini aku siapkan roti dengan inti coklat dan air milo ais, lalu aku dukung anak aku tu menuju ke dapur, sebelum itu aku sempat jengah bilik anak lelaki aku dapati dua orang anak aku selamba tabah berpuasa sambil baca buku (komik), aku tanya, puasa OK?, mereka angguk sambil tersenyum, mereka orang lelaki lebih kuat dan tabah.., akupun tutup pintu bilik mereka dan terus ke dapur.

Di Dapur, bini dah siapkan roti berjem coklat dan milo ais, aku terus bawa anak perempuan aku ke meja makan, aku lihat matanya teruja, tapi aku tahu dia tak nak bukak puasa walaupun dia kelihatan menderita.., tapi tetap tak nak berbuka.

Lantas aku pun berceramah,:
“Adik.., budak budak jika nak puasa wajib bersahur, nanti puasa tak sah! Sia sia tahan lapar tak dapat pahala, jadi sebelum azan nanti (azan zohor), baik adik bersahur dulu, nanti baru boleh puasa!”

Mendengar bohong sunnat versi keretamayat, terus anak aku ceria ber ‘sahur’ dengan lahapnya, dan masih ceria sepanjang hari itu kerana masih ber ‘puasa’..., bolehlah beliau berhari raya dan masuk shurga, hihihi..

Aku senyum dan bini akupun senyum...

Tanya bini aku, dari mana belajar tip bohong sunnat ni bang?, jawab aku, dulu masa kecik, abangpun berlagak tak nak bukak puasa, sehinggalah ada driver keremayat bohong sunat sama macam ni-woha!

Pendekkan cerita, dari Pengalaman puasa yang lepas-lepas, anak aku memang masuk sekolah tadika jer dah berjaya puasa penuh, lalu ada antara korang yang bertanya, bagaimana anak engkau yang tadika pun dah puasa penuh?, rahsianya, waktu sahur aku suruh mereka mandi, maka makanlah mereka dengan penuh berselera, dan semua anak aku berjaya puasa penuh sebab kurang lapar kerana makan banyak waktu sahur..

Sahur itu Sunnah Nabi, Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka nasihat aku, makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan berselera makan macam makan tengah hari, (aku ler ni) dan bila korang jumpa rambut aku basah waktu solat subuh, maka janganlah sangka aku mandi wajib tapi sangkalah aku mandi untuk menambah selera sahur..

Woha!

Ps: Mandi sebelum sahur tu kononnya nak lahap makan.., cheh, sempat cover line tu! Woha sekali lagi.

29 comments:

Peter Imranovich said...

Hadoi.. camtu pown boleh ae..haha

hamka said...

first komen dengan akaun, tahiah si pujangga,

: )

Merok said...

Baik Sungguh Pak cik Hamka kepada anaknya.

Wadi AR said...

amboi hamka, kemain dgn bini. tahniah berjaya didik anak macam tu

hamka said...

Afif Rohizan

sayang anak tangan tangankan.., :)
Tapi tak boleh pukul anak yang puasa..

------------
Wadi AR said

10 tahun pertama, layan anak macam anak, 10 tahun kedua, layan anak macam kawan, 10 tahun ketiga layan anak macam sahabat, chewah..

Althafunisa said...

nice one.. tapi, jgn sampai yang tua pon nak sahr sbelum zhor udah lah.. hee~

Mummy said...

salam...tak pernah lagi mandi seblom sahur untuk menambah selera makan...tak mandi pun selera makan tetap macam biasa...sebabnya sbg org yg menyediakan sahur..masak dr kul 4.00 pagi...bila nak sahur tuh otomatik selera dtg...jadi kalo nak sahur dgn berselera sila lar tolong bini masing2 masak sahur....woha!!!!

hamka said...

Althafunisa

ha ha

-----------
Mummy

Bukan bila dah masak, takde selera ke, hihihi

Mass said...

bolehla tiru ayat bohong sunat tu ;)

hamka said...

skill tu!

Unknown said...

tips berguna 2 nak didik anak..and nak cover kenapa rambut basah di subuh hari..hehehe

Oranje Boi said...

semalam aku berbuka makan kurma + air suam je.. pagi tadi pun makan kurma + teh o.. pastu pukul 8 dah gigil kelaparan..
sumanya berpunca dr xdak mood nak mkn..tq la encik hamka sbb dah bgtau tips nak bg selera makan..

aku_ein said...

Budak2 ni biasanya sangat percaya apa yang diceritakan pada dia..

aku teringat masa aku umur 6 tahun, sehari sebelum raya, aku dengar tazkirah kat radio..lebih kurang macam ni la ayat dia, "..barangsiapa tidak pose ramadhan, maka xmasuk syurga.."

memandangkan hari tu dah ari last, xleh wat pape..umur aku 7 tahun, aku cuma kantoi 1 hari..pastu aku tanya arwah bapak n mak aku, aku kena masuk neraka ke sebab xpose penuh, arwah bapak aku hanya senyum je..arwah mak cakap, xlarat xpe..

tapi sekarang aku cukup sedih, orang yang dah akil baligh masih ada lagi xpose..alasan biasa, keje berat..dulu aku pernah keje kontrak lepas SPM..syukur, aku dapat pose penuh, cuma xpenuh terawih je..

sekarang ni orang yang keje pejabat pun masih ramai yang xpose..alasan diorang, "..aku xmakan xpe, xisap rokok xble.."

xmalu ke kat budak kecik yang ble pose penuh, tapi yang dewasa, macam2 alasan..

hamka said...

fadhli

: )

---------
Oranje Boi

Tip selera sex, harap tak di tanya, woha!

----------
aku_ein

hisap rokok adalah perbuatan mengahimpiri api.., dekat dengan mulut apinya, dan asap meresap ke hati..oh!

Best Business Brands said...

Ebook Panduan Mendidik Anak adalah sebuah ebook yang memberikan tips & panduan kepada ibu-bapa muda untuk mendidik anak-anak mereka yang ...

Anonymous said...

jom singgah sahur dibelakang keretamayat..

:-)

_wan calon mayat_

Lensa Cahaya said...

satu taktik peng-cover-an yg baik di situ. thanks bro. hahahaha...

hamka said...

:)

LokmanHakim said...

Ko pun terlepas sahur ke tadi Hamka, aku pun sama lah.. Orang rumah dah set jam, tapi xde rezeki nak sahur sebab terkunci jam 5.40.... woha!

hamka said...

sempat lagi makan kurma tuh.., belum azan

ZF said...

saya nk tnye, td en. hamka ckp ms azan, en hamza dgn wife msh lg berhadas besar. so boleh ke ms subuh mandi wajib dan puasa di bulan ramadhan seperti biasa.

p/s: kurang arif ahl2 agama2

hamka said...

Boleh.

(pergh, dah macam ustaz rasanya-woha!)

Anonymous said...

wah..kecik2 lgi da pose budak2 tu

ibnu taj said...

Boleh ambik tips hamka ni utk anak2 nti..tp anak baru umur 2 tahun..

Anonymous said...

rugi la hamka...
kalau malam tadi malam Al-Qadr;walaupun malam ke 19.
aku pun rasa mengantuk pelik sangat malam tadi..rasa malas aje nak terawih.

detective nie said...

Terbaik!

Anonymous said...

utk latih kami pose wp umo br 5 thn, arwah ayah x bagi sesaper yg x pose mkn sama waktu bbuka tu.siap srh kami tggu kat ruang tamu lg.kami hanya mampu mnelan air liur jer..(nasib la kalu lauk dah abis gak.huhuhu..)
esknya kami semua akan pose coz nak mrasa lauk pauk yg enak tu..

Pemikir Sunnah said...

PERHATIAN SEMUA!

MALAM INI ADALAH MALAM LAILATUL QADAR!

HEBAHKAN PESANAN INI KEPADA KAWAN2.

PASTIKAN HEBAHAN INI BERTERUSAN PADA

SETIAP MALAM HINGGA MALAM TERAKHIR

RAMADAN !

hamka said...

ibnu taj

didik anak cara sunnah bermaksud kita buat dulu, mereka akan ikut..

---------
Anonymous

kalau malam tadi malam Al-Qadr aku mendapat pahala berjimak 1000 bulan. Woha!

----------
detective nie

Terbaik!

---------
Pemikir Sunnah

Baik!