Apr 25, 2012

Woha?

(Encik Hamka, setiap kali menulis, ada perkataan : Woha, apa maksudnya?)

Kau pembaca baru gamaknya..., ni dah jadi kamus urban versi keretamayat ni, he he he...

Woha bermaksud:
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.

Contohnya, jika aku jumpa ustaz, tiba tiba aku tanya soalan berbentuk ‘Woha’, seperti;

“Ustaz, ketika saya mahu bersetubuh dengan isteri, tiba tiba terlupa doa bersetubuh, boleh tak saya gantikan doa lupa bersetubuh dengan doa masuk tandas?”

WOHA!

Itulah contoh woha yang mana jeritan itu menggambarkan betapa sengalnya suasana itu- woha!

DAN Tolong jangan tanya soalan di atas kepada ustaz, sebab jawapannya tak boleh!, ya, aku tahu korang nak relete masuk tandas dengan kemaluan isteri tapi dalam bab ugama, jangan nak pandai pandai guna fatwa kaum kera(reka fatwa) untuk tutup kejahilan kita, aku hanya bagi contoh suasana ‘woha’, harap paham.

*****

Ok, alang alang dah update blog,  

Aku nak buat sedikit pengumuman berkenaan buku dan tandatangan,

Oleh kerana jasad aku berada di belah pantai timur, sedangkan syarikat buku berada di Kuala Lumpur, maka ada sedikit ralat kepada mereka yang isi borang mahu aku tanda tangan kerana aku sedikit ‘perasan sibuk’, tak dapat turun KL baru baru ni, jadi buku korang akan sedikit lewat, penerbit sedang hantar buku kepada mereka yang order tanpa tanda tangan secara berperingkat, so harap bersabar, mungkin minggu depan baru dapat tanda tangan, dan hantar.., yang order tanpa tanda tangan, akan diproses macam biasa.

Jadi untuk hilangkan tension korang, apa kata kita layan video magic trick berusur Woha dari anak bungsu aku, semoga terhibur..

Ps: masa aku kecik, aku memang minat gila dengan ‘Suria perkasa Hitam’, naik basikal rasa macam naik motor ‘belalang tempur’, naik motor ayah, aku rasa macam naik motor ‘wira perkasa’.., akhirnya bila besar, aku menjadi, ‘pemandu’ keretamayat-Woha!

Ps2: Ada yang tanya, buku permata yang hilang berkenaaan apa?, jawab aku, buku ni adalah berkenaan orang bujang, orang bertunang, orang berkahwin, orang berpoligami, orang kahwin takde anak, orang bercerai, dan orang rujuk balik.., lepas tu ada yang tanya, buku ni halal tak?, jawab aku:  buku ni haram di makan...woha!

Ps3: Jika nak tanda tangan, tuliskan di ruangan "permintaan" dalam borang. Jika dah isi borang, tapi lupa nak buat "permintaan," emailkan butiran ringkas (nama, dll) ke keretamayat+pyh@gmail.com / afdal.pub+pyh@gmail.com

50 comments:

Anonymous said...

1st?

L.I said...

macam best je buku ni....

Anonymous said...

mana video nya..??

hamka said...

eh, mana pulak pergi video, aku check dulu

AJ Basboussa said...

Jangan gantikan doa masuk tandas dengan doa makan, sebab kedua2nya pun related jugak. "Masuk tandas" dan "masuk makanan dalam mulut".

Wadi AR said...

kalo wohi boleh dak

Yuyun said...

hmm..lepas baca posting ni..nk ckp WOHA! ;

hamka said...

ha ha ha, macam macam korang, aku nak tanya, video tu boleh nampak tak?

hamka said...

ha ha,

aku ulang, video tu macam tak boleh di tempek kat blog malam ni, link tu korang boleh nampak tak video tu, tolong bagitahu

ha ha

Tiara Fazlin said...

kite suka guna woha kat blog kite lepas baca blog ni! woha! jgn marah!

Azri said...

Hamka.

Dekat youtube tu, click dekat button share. Lepas tu klik dekat embed. Copy semua coding tu, baru letak dekat blog.

Masa edit post, edit guna html.

Mama Rocks said...

masih belum muncul video itu

azmanisma.com said...

saya sedang menunggu buku saya sampai dipangkuan...

Anonymous said...

Insan fakir iman

Salam Woha, siul ko hamka, video tu wat aku tergelak teringatkan zaman kanak2 yg masih tak mengerti kehidupan akhirat. Masih aku ingt waktu subjek pendidikan seni aku berjaya buat topeng suria baja hitam dengan mata transparent merah melangkaui pemikiran rakan sebaya. woha.

1 lagi, mana eh nak dapat koleksi cerita tu?? tak abis tengok, yg ingat last masa di nk lawan bayang hitam (mata hijau & kaki ada taji) woha...

Muhammad said...

Salam Hamka, macam mana kita nak hilangkan rasa malas ya?

Syukran jazilan....

hamba yang lemah said...

kepada muhammad..

seorang syeikh dri mekah pernah bgtwu untuk hlgkn rsa malas jgn tgglkn doa ni Allahuma inna a'uzubika minalhammi walhazan....smpy hbs..mnta maapla aq ni xbp pndai sgt nk eja dlm tlsn rumi..hehehe..bc doa 2 tiap hri lps sbh dan asar..

tpi mahu ykinla..InsyaAllah Allah pmudahkan..

PemilikMataCoklat said...

sampai aku pun terikut guna woha ni, ciss!!

err buku saya pastikan ada sign ye, lambt ckt pn xpe blh tnggu, hehe

hamka said...

Tiara Fazlin

woha!

-----------
Azri

Dekat youtube tu, click dekat button share. Lepas tu klik dekat embed. Copy semua coding tu, baru letak dekat blog. Masa edit post, edit guna html.

(semalam aku buat tak jadi, pagi ni dah jadi, terima kasih di atas tunjuk ajar, pakcik ni lembab sikit bab ilmu keduniaan, Woha!)

-------------
Mama Rocks

masih belum muncul video itu

(refresh! Dan alamai perbezaannya)

--------------
azmanisma.com

saya sedang menunggu buku saya sampai dipangkuan...

(semoga buku sampai sebelum keretamayat-Woha!)

-----------
Insan fakir iman

1 lagi, mana eh nak dapat koleksi cerita tu?? tak abis tengok, yg ingat last masa di nk lawan bayang hitam (mata hijau & kaki ada taji) woha...

(cerita tu ada dalam youtube, aku dah tengok habis, episod last, Suria perkasa hitam lawan dengan abang dia yang dah jadi jahat, bayangan bulan, abang dia kalah, tapi sempat bunuh belalang tempur, lepas tu hero ambil pedang abang dia yang warna merah dan bunuh raja gorgom, (raksasa jantung), lepas tu buang pedang tu ke sungai, cerita pun habis..)

----------
Muhammad

Salam Hamka, macam mana kita nak hilangkan rasa malas ya?

(cuba gunakan perasaan malas tu kepada malas buat dosa, okey juga-woha!)

---------
hamba yang lemah

bc doa 2 tiap hri lps sbh dan asar..

(take noted)

-----------
PemilikMataCoklat

err buku saya pastikan ada sign ye, lambt ckt pn xpe blh tnggu, hehe

(engkau ni, aku suruh email, tak emailpun, bos aku pun pening, mungkin dah post tanpa tanda tangan)

Mummy said...

sy nyer buku pun nk ada sign gak...1st time beli buku online nih...WOHA

hamka said...

nak sain, lambat sikit ler.., isk,

daa said...

woha..!!
miahahahahaha X-D

Anonymous said...

tu la, tunggu buku smpai ni....

MyHeart said...

patut la aku tak dpt2 lg buku tu. lambat tak pe janji ada sign. aku ada request dlm kotak cdgn ms order ari tu.

p/s - err agak2 en.hamka berapa lama kena tunggu...seminggu? dua minggu?

hamka said...

untuk menanda tangan, insyAllah, kerja penghantaran bermula isnin depan sebab hujung minggu ni aku cuba lapangkan diri tanda tangan buku itu di KL.

Amin, terima kasih bersabar menunggu..

: )

Anonymous said...

kalau aku pergi ROB daftar WOHA sebagai nama perniagaan bolehke?

Sis AI said...

Woha! Entri semat! Wakaka! Bku tu mcm2 ada la ni ehh.. Takpe, takpe.. Bwk brsabo mana yg beli. Jgn lupa mntak tnda tngan tukang bwk kreta mayat ni, woha!

hamka said...

Anonymous

kalau aku pergi ROB daftar WOHA sebagai nama perniagaan bolehke?

(patut kena cas ni, he he he)

------------
Sis AI

Woha! Entri semat! Wakaka! Bku tu mcm2 ada la ni ehh.. Takpe, takpe.. Bwk brsabo mana yg beli. Jgn lupa mntak tnda tngan tukang bwk kreta mayat ni, woha!

(terima kasih kerana bersabar)

Sall Atli said...

Saya juga nak buku yang bertandatangan...

Saya dah email ke afdal pagi tadi..

Adakah saya telah terlambat??

skar said...

Ok, buku sudah diterima.
Syabas Afdal & Hamka!

yaya said...

bku pew???
lama xbce blog en. hamka..

ayumi said...

saya tak request signature, tapi nape tak sampai2.. :(

ayumi said...

address kat PJ je kot... :(

akmar said...

publisher buku perasan sibuk, tu yg lambat sampai kot...

Anonymous said...

Tula, kat shah alam pub belum sampai lagi ni, xde request ape2 pon

ayumi said...

sedih ni..:( :( :(

hamka said...

Sall

Boleh bagi nama dan alamat, nak

check.

skar

Syukur, Alhamdulillah

--------
yaya

klik sini: http://permatahilangdijumpai.blogspot.com/p/borang.html

---------
ayumi

saya tak request signature, tapi nape tak sampai2..

(sabor ye, tak menang tangan ni.., oh.., sddang di ushakan)

---------
ayumi

Hari isnin ni bermula hantar yang bertanda tangan, insyAllah..

-------
akmar

publisher buku perasan sibuk, tu yg lambat sampai kot...

(bukan perasan dik, memang sibuk..)

----------
Anonymous

Tula, kat shah alam pub belum sampai lagi ni, xde request ape2 pon

(kita buat ikut susunan tempahan, sekarang bulan march dahulu, lepas tu baru april.)

--------
Ayumi

sedih ni..:( :( :(

(aku tumpang sedih.., aku memahami perasaan orang menunnggu)

Sall Atli said...

Nama: Salasiya binti Atli
Alamat untuk menghantar:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Perkembangan Perubatan
Unit Sumber Perubatan
Blok E1, Kompleks E, Presint 1,
62590 Putrajaya

CikTeddyCorner said...

eh cik biase whoa!ekeke

hamka said...

sall, dah checjk, dah hantar, esok cuti umum, lusa baru sampai, insyAllah..

Belajar blogging said...

Hahaha.. Sengal nyer soalan. Jawapan pun sengal. Woha!

Sall Atli said...

wahhh!!!! bestnyerrrrrrrr
tak sabar rasenyer nak tunggu lusa.
buku tu ada tandatangan pak cik mayat kan kan kan??

rase macam nak buat pengumuman satu kampung

"ORANG KAMPUNG SEKALIAN!!! SAYA ADA BUKU KERETA MAYAT SIAP ADA SIGN LAGI!! KORANG ADA KE??"

Anonymous said...

Salam En.Hamka,
Saya Mohd Ridwan. FYI, buku tlh diterima, tlhpun katam dlm masa 3hari. Mmg hebat,mantap,lazat & berbaloi. Syabas!

Car Meng said...

ok hamka, ulas cerita pasal anuar berahim solat pakai kasut waktu bersih aritu, mcm2 dalil keluar dari 'ulama2' facebook ni, kasi xplainnnn sikit leh? topik hot jugak tuh

Yuyun said...

ENCIK HAMKA.nak tanye.buku dah stat di pos ke?

Sall Atli said...

Assalamualaikum..

Hamka, buku telah selamat sampai tengah hari tadi. Siap sign dan ucapan lagi... wah.. like2..

"TERIMA KASIH SALASIYA..
SEKIRANYA BEGINILAH CARANYA ALLAH MAHU AMPUNKAN DOSA SAYA, ALANGKAH RINGANNYA PENDERITAAN INI"

HAMKA KM -30/04/12

ayumi said...

nape buku kite tak sampai2 lagi..? :( :( :(
da 2 minggu da.... :( :( :(
kite order 2 buku tau... :( :( :(
address PJ.. :( :( :(
hmmm..hmmm..hmm :( :( :(

ayumi said...

buku dah sampai dengan selamat..

terima kasih! lawo tulisan :)

dah tak sedey lagi :) :) :)

hamka said...

tumpang gembira.. : )

Anonymous said...

Salam..

Hamka,
Alangkah cemburunya kepada pemilik buku terkini tuan..
Sungguh cemburunya sy kepada rasa penantian yg menghadirkan perasaan suka berbunga-bunga..
Walhal keinginan beragama dan mengamalkan agama sempurna yang tinggi hanyalah permulaan kpd pengorbanan diri, harta dan masa yg begitu mujahadah..
Andailah mereka tahu, permata yg hilang seperti gambar kulit buku hamka iaitu 'kematian' pasti dan pasti rasa berbunga td akan beransur ansur menjadi
-diam diam, dia demam, dengar dengar, dia dekah tapi rupanya dia duka derita dosa-dosa dahulu belum dapat dilupa dan tiada tanda2 ampunan diterima,
Doa dan dakwah dan alangkah indahnya mujahadah ini sekiranya beginilah caranya Allah swt mahu ampunkan dosa saya, alangkah ringannya penderitaan (menunggu buku hamka) Wohaa!!

-Rom

hamka said...

:)