Apr 20, 2012

Komen Terbaik?

(Berita terkini, Jika tiada mayat  melintang, Kerja-kerja penghantaran Buku "Permata Yang Hilang", karangan Hamka, akan bermula isnin (23/04/12) -insya-Allah)



Aku nak buat kenyataan sekali lagi, kepada semua perserta pertandingan teka tajuk buku pertama keretamayat pada tahun lalu yang telah mengisi borang penyertaan tapi tidak menang tiba tiba mendapati komen korang “saya suka baca artikel keretamayat kerana..” tiba tiba ada tersiar dalam buku, lalu membuat demotrasi serentak dengan perhimpunan Bersih 3.0 untuk menuntut hadiah, aku nak cakap biar jelas, terang  dan bersih: Bohlayan!


Aku dah cakap dalam syarat pertandingan, hadiah hanya untuk peneka/pencadang tajuk buku yang tepat atau kreatif, jadi.., sebarang Komentar/Testimoni yang dah selamat di isi korang, yang mana buat aku ketawa berguling atau menangis berguling guling ketika membacanya, aku pilih dah letak dalam buku, korang tak dapat apa-apa melainkan glamer dan sejarah, sebab tu aku mintak nama(nama samaranpun boleh), tempat tinggal dan pekerjaan yang sebenar.

Berikut adalah Komentar/Testimoni yang aku dan penerbit fikir sesuai dan telahpun di cetak di bahagian intro buku aku, semua komen korang bagus bagus, tapi aku pilih beberapa sahaja sebab penerbit dah limitkan muka surat (400 ms sahaja)

Tahniah kepada pengkomen yang nama korang terlakar dalam sejarah buku pertama aku, tahniah sekali lagi.

KOMENTAR TERPILIH (yang telahpun di cetak)



Artikel Kereta Mayat tidak pernah membosankan dan mampu membuatkan saya umpama kerang busuk apabila membacanya. Penyampaiannya juga santai tetapi sarat dengan mesej yang sangat mendalam dan biasanya terkena batang hidung sendiri.
— Ain, Pensyarah, Sepang


Garapan idea yang kreatif dalam artikel Kereta Mayat membuatkan saya berfikir bahawa pendapat Hamka sememangnya benar. Walaupun dia bukan ustaz, tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya ke arah yang lebih positif. Artikel kegemaran saya adalah “Rumahku Syurgaku” dan “Rumahku Nerakaku.” Luangkan masa untuk membacanya. Insya-Allah anda tidak akan menyesal.
— Mummy Batrisyia, Penjawat Awam, Putrajaya


Saya dan suami suka membaca artikel Kereta Mayat untuk mendapatkan kerukunan rumah tangga  di dunia dan akhirat,  serta menambahkan ilmu. Apabila kami bersama-sama membaca artikel Kereta Mayat, ‘wavelength’ kami jadi sama. Jika tidak, suami kata ayam, saya kata itik. Jom baca Kereta Mayat, sebelum jadi mayat!
— Cikgu Ketam, Guru, Klang


Pertama kali saya membaca artikel Kereta Mayat, terus terdetik dalam hati, “Wah, ada juga lelaki macam ini lagi!”
— Ju, Pelajar IPGM KPI, Parit Buntar


Hamka membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membaca artikel Kereta Mayat. Kami juga selalu sibuk berbahas. Kalau salah seorang membuat salah, seorang lagi akan menghantar artikel tentang kesalahan itu. Ceh, macam itu pun ada! Kami suka Hamka, sebab beliau kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri.
— Ahlia Razman, Penolong Penerbit, Damansara


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana Allah yang bagi suka. Hmm, dahulu penulis menulis sebab benar-benar ikhlas menulis. Terserlah keikhlasan penulis di situ. Penulis menulis nota untuk diri yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Tetapi sekarang penulis menulis dengan niat hendak mempromosi buku sendiri. Biasalah, jual buku dapat banyak duit. Siapa yang tidak mahu duit?
— Apek, Pencuci, Sungai Besi


Penerangan dalam artikel Kereta Mayat amat mudah difahami. Penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. Daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya rakan-rakan, guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk penjelasan lebih lanjutDengan pengetahuan yang baru itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang-orang lain.
— Wawa, Guru, Sabah


Kereta Mayat tidak pernah gagal mencuit hati saya tetapi pada masa yang sama mendatangkan keinsafan. Dengan kata lain, hiburan yang amat menginsafkan. Setiap kali saya membaca artikel Kereta Mayat, rasa hendak cepat-cepat dirikan solat dan cepat-cepat kahwin. Mungkin saya patut hadiahkan buku Kereta Mayat kepada pakwe saya sebagai petanda untuk masuk meminang cepat-cepat.
— Wanis, Jurutera, Kuala Lumpur


Artikel-artikel Kereta Mayat membuatkan aku berfikir apa yang Hamka cakap, ada benarnya. Ayat-ayat yang  Hamka guna sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah perempuan yang berjiwa rock dan  kadang-kadang jiwa kacau seperti aku. Sedikit sebanyak dapat mengubah aku.
— Lady Diana, Pelajar UPSI, Alor Setar


Kereta Mayat  sentiasa buat saya ketawa, terkasima dan menangis sehingga teresak-esak. Terutamanya apabila artikelnya terkena tepat pada batang hidung sendiri. Saya rasa amat jauh dengan Allah SWT. Namun, Hamka berjaya membuatkan saya memulakan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.
— Imin, Pekerja Kilang, Kulim


Apabila Hamka membicarakan hal agama, beliau tidak menulis berdasarkan emosi dan budaya tetapi merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan meyakinkan. Namun, tidak pula bosan seperti sesetengah rancangan agama di televisyen. Nasihat-nasihat yang diberikan pula tidaklah tipikal dan sesuai dengan peredaran zaman.
— Suicide Park, Pelajar Seni Bina Landskap, Ampang


Hamka pernah membuatkan aku tersembur air 100PLUS pada monitor PC apabila aku membaca lawak Superman dalam artikel “Apa Hendak Buat Jika Tercekik.”
— Dzoelhakim Taib, Staf KPM, Putrajaya


Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya.

Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal.

Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal.
— Mohd Sa'atarinur, Jurubank, Bentong


Bahasanya seolah-olah bukan bahasa anak universiti tempatan. Bahasanya seperti anak lulusan madrasah, hasil didikan nurani ibu dan bapanya. Bahasanya adalah bahasa jiwa para sasterawan dan pujangga yang lahir daripada tarbiah dan mujahadah jiwa.
— Ron, Penjual Tempe, Putrajaya


***********************************************


Ps: Terima kasih kepada korang yang dah tempah dan bayar, Harga masih promosi Rm25, sila klik di sebelah kanan Blog untuk tempahan, terima kasih sekali lagi, Semoga Allah menerima dan memakbulkan niat baik kita semua.. Amin.

51 comments:

fuad ansari said...

ada kemajuan.. dari blog ke buku... tahniah.. (",)

hamka said...

kalau kau nak lagi maju, bagi modal buat filem, terus kau jadi hero, woha!

PemilikMataCoklat said...

fine komen aku takdek,penat je komen hari tu, sentap!!!

hamka said...

nampaknya, aku kena buat buku lain yang bertajuk, komen dari keretamayat, semua komen aku copy, dan semua pengomen wajib beli..

WOOOHA!!

Mummy said...

saya diantara yg akan jadi glamer dan sejarah...heheh...

PemilikMataCoklat said...

kalau perlu buatlah:-P

saya dah order, kalau area KL agak2 senin ni dah sampai terus ke belum?? hehe

Anonymous said...

heh, punye bersengkang mata bercegang urat nak buat komen terbaik, siap tahan kencing takut idea hilang, tapi..
tapi sayanggg~~ (stail salem..)
harap boleh bro hamka lanjutkan lagi tarikh harga promosi tu, sbb nak tunggu gaji, baru boleh beli.. :(

Akulah.com said...

wah.. menarikk.....

Green Pashmina said...

Saya baru je baca blog keretamayat,bile tau ada nak keluar buku terus book,sy keje di Jertih,hrp cepatla sampai :)

ape yang terdetik kat hati masa baca blog ni sama mcm komen Ju, IPGM Parit Buntar tu :)

*sedang berusaha gigih baca dari 2006,hari tu baca lompat2,tak syokla pulak*

Semoga Allah selalu mengilhamkan Hamka dengan idea2 bernas dan lawak yg tahap tersembur air kt skrin pc (jenuh mengelap pulak kang),hehe..lebih utama jika ia menjadi asbab hidayah (Indahnya kembali ke pangkal jalanNya..sob sob..)

MyHeart said...

alhamdulillah akhirnya dlm proses delivery dah. Aku tunggu minggu depan.insyaallah. :)

err...nak sign...buleh? :p

Mohamad Bin Hassan said...

rugi xmasuk pertandingan teka nama buku Hamka tuu... kalu tidak bleh menang dah...(ceh..perasan!) sy ada tnya berkenaan buku tu melalui email bertarikh 20 Julai 2011, 11.47AM.

~fam~ said...

nampaknya aku tak dapat melakar sejarah dalam permata hilang kini dijumpai...

sebab komen aku adalah komen hilang yang langsung tak dijumpai...

woha!

aku kat shah alam. gerenti boleh dapat hari selasa kan?

hik hik...

kalau abang posmen tetap kerja walaupun hujan lebat...

dan kalau Allah bagi izin!

bravo bro!

farhan said...

nak tanya pasal buku permata yang hilang tu mengenai apa..cerita pasal apa dlm buku tu..

hamka said...

Buku ini adalah mengenai orang bujang, orang berkahwin, dan orang bercerai.

: )

hamka said...

Mummy

heheh...

-------
PemilikMataCoklat

Bos aku akan update dari masa ke semasa, terima kasih menunggu

-----------
Anonymous

harap boleh bro hamka lanjutkan lagi tarikh harga promosi tu, sbb nak tunggu gaji, baru boleh beli.. :(

(aku rasa bos aku takde masalah lagi kot, he he)

-----------
Akulah.com

jom

--------
Green Pashmina

Terima kasih doakan aku, semoga tertutup aibku di padang mahsyar asbab doa rahmat dari kalian, amin

---------
MyHeart

err...nak sign...buleh? :p

(Boleh.., err, ada tulis dalam kotak cadangan tak masa isi borang, kat situ aku sorting)


-----------
Mohamad Bin Hassan

sy ada tnya berkenaan buku tu melalui email bertarikh 20 Julai 2011, 11.47AM.

(nanti aku check balik, email yang mana ye?)

----------
...antikapel...

aku kat shah alam. gerenti boleh dapat hari selasa kan?

(insyAllah, takut berjanji, itu aku letak pepatah: jika tiada mayat melintang)

--------
farhan

nak tanya pasal buku permata yang hilang tu mengenai apa..cerita pasal apa dlm buku tu..

(Buku ini adalah mengenai orang bujang, orang berkahwin, dan orang bercerai.)

Anonymous said...

bggala hamka di pji mlmbg-lmbg..hahaha..

anyway hamka mmg terbaik..

Anonymous said...

Hamka aku kt amerika ni tolong la pos kt aku senaskhah dua..plsss..

Ain bintu Amir said...

saya terharu tahap meleleh air mata bile tgk entry kali ni, xsangka..hehe..

and already paid, waiting for delivery. cepat2 lah sampai & mintak2 adik or ayah ade la kat umah time posmen post buku tu :)

teruskan penulisan berilmiah & santai Hamka! semoga dalam keredhaan Allah ;) amin.

Sis AI said...

Perghh.. Kemain lg komen.. Mcm2 komen ada. Tp Alhamdulillah, byknya positif. Mudah2han brader Hamkak [Woha!] ni makin smangat nk mnulis bnda2 yg elok utk dkongsi sma2! Hehe!

Shukery Azizan said...

Hamka! aku ashik lupa nak bank in duit..grr..tarik tamat tempoh promosi buku sampai bila? T_T

detective nie said...

yeaaaaahhhhhhhhha!

Anonymous said...

malas nak bace entri nie..dah ade dalam buku kan..?tunggu dah dapat buku then bace direct je dr buku...

Anonymous said...

MyHeart

err...nak sign...buleh? :p

(Boleh.., err, ada tulis dalam kotak cadangan tak masa isi borang, kat situ aku sorting)

p/s: harap2 en.Hamka sign coz dah request dlm kotak cadangan tu.
kalu x tersign boleh x pos kat en.Hamka kembali serta kos pos en.Hamka tanggung.

WOHA....

my beloved diary said...

hehheeee..... terbaik...!! kalu nak buku ngan signature en. hamka yg baik hati, boly dapat tak???

Green Pashmina said...

Meh aku tlg ingatkan Hamka:

Bila dipuji kejayaan kitaa..
Sebenarnya bukan milik kitaa..
Oleh itu, sedarlah sentiasaaa..semuanya dari Allah... :)

hee..nanti kalau Hamka bangga tahap terkoyak suar,bahaya..sian bini dia asyik kena jahit suar jer..hihi..

Lagi satu, kalo dihisab nanti takut org yg memuji pun terheret sama disoal nanti..oh..

Aku suka blog ni salah satunya sebab ko ajak org laki solat berjemaah di masjid, dan org prmpn solat di awal waktu which aku jarang dgr ustaz ckp secara berulangkali dan dgn confident nya.aku jugak terkeliru ingat laki kena berjemaah ngn bini kt umah..hmm..bagus2..byk menggerakkan hati aku nk siap2 g solat bila nk dekat masuk waktu..
lagi satu, td gigih pegi cari buku Hadith 40,Alhamdulillah dgn mudahnya jumpa..Indahnya..

Lastly,ktorg doakan ko,ko doakanla kami jugak,hihi..pembaca blog ko ni..

PemilikMataCoklat said...

saya nak buku saya ada sign jugak, kt form hari tu rasa macam lupa nak cakap, huhu.

fikrijumiran said...

hamka, saye baru jumpa blog hamka. hari tu serach la blog ape yg best utk dibaca, dan ade la orang cadangkan blog ni. dia kata blog ni kalau baca kekadang rase mcm nak insaf tapi kekadang tu mcm nak lari je dari topik asal tapi at last ape yg mula2 kita ingat hampir tak dapat, lebih kita dapat daripada yg sepatutnya.
paham tak hamka?

woha!

saye baru je baca 2 3 4 entri hamka, terus terasa macam nak beli buku tu.

hebat hamka. siapa sebenarnya hamka? saye akan cuba tulis buku untuk bongkarkan identiti hamka.mesti ramai yang akan lebih berminat kan untuk beli?hehehe

Car Meng said...

Baca komen2 pun boleh tesembur hingus aku nih.. hamka, lopeh ni kau buek kompilasi komen2 terlawak, bukukan lopeh tu jadikan buku hadiah utk den sorang buleh ko?

zAr said...

banyak2 komen yang dibagi dalm contest tuh, aku paling suka komen apek. pergh~

hamka said...

-----------
Ain bintu Amir

and already paid, waiting for delivery. cepat2 lah sampai & mintak2 adik or ayah ade la kat umah time posmen post buku tu :)

(Amin..)

---------
Sis AI

Tp Alhamdulillah, byknya positif.

(he he)

------
Shukery

(tarik tamat tempoh promosi buku sampai bila?)

Jika habis cetakan pertama, cetakan kedua terus harga RM 29 ha ha !

-----------
detective nie

: )

---------
de' facto

kalu nak buku ngan signature en. hamka yg baik hati, boly dapat tak???

(pastikan isi permintaan tu dalam borang, senang aku edit)

----------
Green Pashmina

Lastly,ktorg doakan ko,ko doakanla kami jugak,hihi..pembaca blog ko ni..

(okey)

----------
PemilikMataCoklat

saya nak buku saya ada sign jugak, kt form hari tu rasa macam lupa nak cakap, huhu.

(alamak, iyo ko? Tolong request dalam email, senang aku cehck)

---------
fikrijumiran said...

hebat hamka. siapa sebenarnya hamka? saye akan cuba tulis buku untuk bongkarkan identiti hamka.mesti ramai yang akan lebih berminat kan untuk beli?hehehe

(Siapa Hamka, aku adalah makluk asing yang cuba menakluki bumi-Woha!)

---------
Komeng

Baca komen2 pun boleh tesembur hingus aku nih.. hamka, lopeh ni kau buek kompilasi komen2 terlawak, bukukan lopeh tu jadikan buku hadiah utk den sorang buleh ko?

(kalau kau bagi aku RM 100 ribu, aku sanggup buat, ha ha )

-------
zAr

banyak2 komen yang dibagi dalm contest tuh, aku paling suka komen apek. pergh~

(aku sajer pilih komen apek, supaya aku sedar niat menulis, terima kasih apek!)

Anonymous said...

aku cam kenal je sape, RON, Penjual Tempe, Putrajaya. huahaha3...

gelaran RON dan NAS aku cipta untuk 2 sahabat qarqun yg sangat2 obses dgn blog Kereta Mayat.

Staf KPM, Putrajaya

PemilikMataCoklat said...

dah email. Thank you very2 much kalau sudi layan., hehehe

Anonymous said...

x sabar tggu turn buku dipos kat rmh.. (err,cam malas g kijo jer coz nak tggu tiap2 ari sampai la en.posmen dtg anta buku yg siap ditandatangani en.Hamka)...

WOHA....

-Puteri Lindungan Bulan-

Mohd Aslam said...

komen dalam blog kereta mayat melebihi jumlaha perkataan entri yg hamka tulis.. memang terbaik. aku silent reader je.. blog ni mampu membuatkan anak muda tertarik dan terus mengikuti.. woha!!

Mohamad Bin Hassan said...

email yg bersubject -Nak Tanya Berkenaan buku "PERMATA YANG HILANG"-

darkcoco88 said...

isi kandungan dalam buku ni same macam dalam blog ke?

cuma edit jadi bahasa baku ke.. ? or ade topik2 lain yg spesel?

hamka said...

buku ini ada entry baru, ada entry lama yang di perbaharui, dan setiap entry ada kesinambungan, maka jadi cerita berdokumentarai... : )

AkuMuzikFilem said...

Mohd Sa'atarinur tu sayalah. haha

hamka said...

oh, ye ke.., tahniah! : )

Observer said...

Assalamualaikum tuan, saya salah seorang yang bakal menerima buku tuan untuk dibaca dan diambil manfaatnya. Saya juga salah seorang peserta,pemerhati dan penilai untuk BERSIH 3.0 semalam.

Saya tak tahu nak komen kat mana pasal benda ni, saya harap tak keterlaluan untuk saya komen di sini dan saya mohon maaf kalau ada mana2 pihak yang tidak berpuas hati dengan komen ini.

Saya agak terkesan dan terkilan di hati kerana setibanya saya di jalan menuju Dataran Merdeka(2PM) semuanya dalam keadaaan aman dan tenteram cuma kedengaran para peserta melaungkan slogan BERSIH dan takbir, saya tak dapat bayangkan ketika itu kami semua bersatu untuk menuntuk keadilan tapi apa yang berlaku tidak kurang seperti kita lihat video2 di Palestin.

Saya tak boleh cerita banyak, nanti banyak pulak tisu atas meja. Saya mohon jasa baik tuan Hamka untuk mengulas serba sedikit pasal BERSIH 3.0 ini.

Tak kisah la tuan berada di pihak yang mana. Tapi apa yang penting kita semua sayang negara kita dan sayang agama kita iaitu Islam. Kita kena pilih pemimpin yang baik, yang betul2 memperjuangkan Islam.

Mohon maaf atas komen saya jika ada yang tidak senang. Tapi ini adalah luahan seorang anak muda yang tak sanggup melihat anak2 bangsa terlalu moden tanpa didikan agama yang sebaiknya. Wallahualam.

Allahu Akbar!

Observer said...

p/s : tolong follow-up komen ke email saya ya tuan, sbb saya tak ada blog. Terima kasih.

Observer said...

Oh, saya nak tambah lagi. Kami semua pergi ke BERSIH 3.0 bukan atas dasar desakan Ambiga, bukan atas dasar dapat duit poket dan nasi bungkus seperti diperkatakan ramai pihak TETAPI kami FREE WILL tuan.

Ulamak2 pun bersama dengan kami, mohon maaf sekali lagi dan tak sabar nak baca buku tuan. Ada hikmahnya kenapa komen2 saya boleh sampai ke sini. :)

Anonymous said...

syukran2...baru je smpai opis buku ni =D tenkius

The Me said...

assalamualaikum bro hamka

kalau buat bayaran pki online banking mayban2u, nk kene hantar bukti transaction x?

ke guana,,ritu bace lambat paham skek

hehe

timekaseh
:)

The Me said...

lupe nk oyak,

hamka,,sy nk yg ade sign gop, order 2 bijik buku ritu.

he he

Anonymous said...

sy dah dapat buku tu n siap sign lg. TQ..

err, cuma keterujaan sblm & selepas mdapat buku sgt bbeza. tah knpe rs kurang "myengat" jer isi buku tsebut.huhuhu..

tp, oleh krn pnulis sempat bpesan yg ni adalh buku 1st beliau, maka sy "maafkn"... (oh, maafkn sy stulus hati atas komen berani mati ni..)

Anonymous said...

Salam..

Hamka, tatkala buku masih belum mendapat pasaran meluas sy syor sertakan beberapa rujukan dalam bibliography tuan kpd buku2 yg memang patut dirujuk oleh pembaca, dan kalu boleh bersama komentar anda :-D

-&parsi

Anonymous said...

Salam..

Hamka, mana gimik pelancaran buku mung nie.. Buat la dalam bentuk video yg mana actor-actornya ialah anak2 mung, ahliah n all props eg kain putih si naruto dan ultromen pun boleh join!
Woha!!

-Ron

Anonymous said...

salam tuan..

saya sebenarnya komen tanpa niat dan harapan pun utk jadi pengomen terbaik..haha..pada mulanya dan secara jujurnya saya komen adalah utk perli tuan yg asyik promote buku jer..pikir macam lari jer..sbb entry pun dah mcm tak best..hee..

tpi apa2 pun tahniah la buku dah siap..dan saya harap tuan bahagia bersama keluarga diakhirat dan dunia..hee..teruskan menulis

apek,pencuci,sg besi

hamka said...

video tu nak buat jugak tapi perasan sibuk.., jor pun dah dekat..


Apek, kau sorang jer yang perli aku, dan aku komen kau untuk sedarkan aku agar tidak lupa diri..

bab kata pepetah keretamayat:

Marah itu hak pembaca, sabar itu hak penulis- Woha!

zai said...

tapi bersikap ramah dan tidak marah adalah sikap bijak