Aug 28, 2011

Bersetubuh di malam qadar?

(Walaupun arwah mak sudah tiada, meja makan di rumah arwah mak tetap meriah)

Pada 21 ramadhan baru baru ni, kami adik beradik lelaki telah berkumpul sekejap sempena lepas terawikh dan sempena balik kampung, berkumpul di meja makan di rumah arwah ibu.

Dalam ke se-eh an dan kesedapan melantak saki baki menu berbuka magrib tadi, abangku membuka cerita tentang lailatul qadar, dan mengikut ilmu beliau, malam ini adalah malam lailatul qadar.

Dan mana dia belajar ntah? Katanya, bersetubuh malam ini dengan isteri pahalanya sama dengan bersetubuh selama 1000 bulan.

Abang aku yang nombor dua terus berkata: “err, mintak maaflah, aku nak balik jap rumah mertua.”

Semua orang di meja makan ketawa.

Adik lelaki aku pula berkata: “Saya pun!”

Sekali lagi, Semua orang di meja makan ketawa.

Abang aku yang sorang lagi pulak berkata:

“Alhamdulilah, isteri saya baru habis Haid.”

Ketawa pulak sekali lagi kami adik beradik.

Akhirnya aku pula berkata.

Ada nampak kain tuala tak? Nak pergi mandi wajib jap!”

Woha!

(makanan tersembur di sana sini- habis)

Ps: Sunnah nabi di akhir ramadhan, adalah 'ikat kain', tidak bersetubuh dengan isteri dan sibuk beriktikaf di masjid, itu sunnah yang sebenar, tak payah nak gelojoh bersetubuh di malam lailatul qadar, faham?! Ok, aku pergi mandi dulu-woha sekali lagi!

59 comments:

asyrafazmin said...

hahaha

Unknown said...

yest...2nd!!

asyrafazmin said...

patut pun malam 21 langit biru - woha!

cekla said...

heheheheheheheh..

Anonymous said...

wow tajukkk..amat memberangsangkan..kah3

hamka said...

memberangsangkan? kena tukar tajuk ke ni? esh esh esh..

Anonymous said...

pahala bersetubuh selama 1000 bulan? LOL

-ARC

LS said...

HAHA! camharrr.

hamka said...

aku sajer lambat post entry ni supaya tak di salah gunakan, woha!

hamka said...

selamat hari raya.

hati hati balik kampung, tak perlu bawak laju laju kecuali korang orang yang tak penting, kerana orang yang penting, lambat sampai pun orang tunggu.

selamat hari raya dan selamat jadi orang penting.

Woha!

Den yang bukan Ustaz.. said...

Selamat Hari Raya juga buat Hamka..Malam raya afdhal ke "projek"?? hahaha..Lawak punya entry..:)

依之汉 said...

Projek yang bahaya!

Anonymous said...

Perg!!! x bleh bayang aku klau buat 1000 kali satu malam. Rosak pemikiran aku.

Anyway aku ucapkn "Samad Ali Arya" pada hamka. All the best

by kanda sateria

Anonymous said...

i just want to say,
aku teringin nak jd org first yg komen.

en_j

-Incek Fik- said...

Aku tak kahwin lagi.. dapat mimpi basah pon jadi la.




































Ehhh.. nak pi mandi wajib jap.

decapri9175 said...

tahun ini sy lupa psl mlm laila tul qadr,,sbb sy ada byk mlm2 spt mlm qadr itu,, tp mash rugi gak sbb mlm qadr rmdan lbh bermakna berbanding fadilat spt mlm qadr itu,,iaitu malam/hari tika kita di jalan Allah adalah sama mlm qadr...

Suria Arjuna said...

haha..adoi...sketsa menarik~~
masyarakat masih baik...:P

anakcikbob said...

mana dia belajar? ish3..

Anonymous said...

Begini, mengikut kitab bertajuk AlJanabah filLaili Romodon al mubarakah :malam 22 hungga malam 29 boleh Qadha '




ha ha ....

kundi said...

hahaha...tersembur nasi di sana sini. Kuatkan iman ku ya Allah....

p/s
selamat hari raya bro hamka.
semoga anda dah keluarga di rahmati Allah....

naqib faiz said...

hahahaha... terbaek post ni.. nice info.. tq!

HijabRockers said...

Boleh bayangkan cmana adik badik sama gelombang berkumpul cmni. Hehe... Like. Mekasih ar sbb bg aku ketawa memalam ni. Hehe...

emak. bukan penari tiang said...

aku tang malam qadar tu tak tau la plak

tapi malam sebelum raya memang tak buat..laki aku kata tak buleh..haram ka makhruh aku tatau tapi memang malam raya tak penah buat..

tapi malam ni bukan malam raya so *ehem*

Anonymous said...

YA ALLAH...teguhkanlah imanku utk menghadapi godaan ini...

en. hamka hmpir2 berjaya membatalkan puasaku hari ni

-tukang besi-

detective nie said...

btol....ader yg mcm2 pada malam lailatul qadr......menari,minum arak...dan pelbagai lagi....dan paling byk org yg tdr smpai 93 tahun setiap tahun

Zul fattah said...

hoho..dalam maksud tu.. haha,,
sepatutnya malam lailatul qadar kita beribadat. mendekatkan diri kpd Allah.. bukannya mendkatkan diri kpd NAFSU.. tak gitu en. hamka..?

p/s: saya nk ucapkan selamat hari raya aidil fitri buat en. hamka sekeluarga, maaf zahir dan batin..

Ummi_R❀salici❀us said...

haha.. pasal ni pun boleh timbul jugak... aduyai~~

selamat hari raya aidlfitri en.Hamka :D

hamka said...

Ok,selamat hari raya,

eh? kenapa kurang komen?

mereka semua dah balik kampung.

ohh, jadi seblum ni mereka baca blog aku kat opis lah ye?

ha ha, jangan marah, guray sahaja.

selamat hari raya sekali lagi, maaf zahir batin, kosong kosong.

ps: aku baru dengar, tak boleh setubuh malam raya? biar betul, jangan mengharamkan benda yang halal, aku akan rujuk Buznama. Tapi aku rasa macam takde masalah jika nak setubuh malam raya, aku rasalh, tapi aku akan rujuk jugak buznama lepas raya, maknanya?-woha!

Ismi Ijmi said...

hehe. betul, malam lailatul qadar dgn amal khusus!

semutsengal said...

takyah nak setubuh sgtlah.


wakakakakaka!

Skymatrix said...

assalamualaikum,

errr...isteriku disahkan mengandung anak ke-2 ketika puasa menjelang hari ke 26 puasa...alhamdulillah...

dan tahun ini beliau dapat puasa penuh...alhamdulillah sekali lagi...

selamat hari raya untuk semua, ampun maaf dipinta andai ada ayat2 dari komen aku selama ini menimbulkan rasa kurang senang kepada kalangan pembaca dan juga pemilik blog ini...

didoakan agar kita semua dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun2 yang akan datang...

wassalam.

musafir hina said...

abg hamka...
boleh x tuliskan kisah tariq bin ziad bakar kapal kt spain 1st syawal?

mangsibersamajabatanku said...

Alamak...rugi la aku! wife masih cuti time tuu! heheeh

nurmisnan said...

hik3....

azharjaafar said...

Salam aidilfitri dari azharjaafar & family..

hamka said...

terima kasih sebenarnya kepada yang ucap selamat hari raya, kerana malam ini sudah masuk raya ke empat, dan semuanya selamat. Alhamdulillah.

Eh?, Semua orang ucap selamat hari raya, aku sorang jer ucap selamat puasa enam. (perasan baik)

Woha!

hidayahjaiman said...

kehkeh gelak sopan je.

NothingnessEd said...

salam,hamka.tolong hilangkan syubhah aku nie,dok lama sangat pkiaq sampai migrain.dalam bidang memasak,arak ada digunakan...first...second,after cook alkohol dalam makanan tu hilang dah disebabkan pembakaran...so,the thing here is adakah makanan itu diklasifikasikan haram jugak?klau hamka kasi jawapan spesifik lagi thrill nak baca.

#dakwahitucinta [Dunia_Sementara. Akhirat_kekal_Abadi] said...

hamka, dalam fikiran anta bile lailatul qadr untuk ramadhan yang lepas nih..

Anonymous said...

terbaekkkk!!!!!

Anonymous said...

Apa mksd ikat kain? Xphm.huhu

PemilikMataCoklat said...

Assalamualaikum...
Sebab kau pun update blog masa opis hour tu yg ramai baca time opis hour. woha!!

Mohon maaf zahir batin & selamat puasa 6 di bulan syawal yang mulia ini =))

Repost la tuk kali ke 3 pasl pose 6,hehe

Mohd Azril said...

Assalamualaikum wbt...baru singgah di blog tuan...memang sempoi :) banyak entri yg buka minda. setiap yg tersurat pasti ada yang tersirat.semoga Allah merahmati kita semua. insyaAllah.

hamka said...

salam,hamka.tolong hilangkan syubhah aku nie,dok lama sangat pkiaq sampai migrain.dalam bidang memasak,arak ada digunakan...first...second,after cook alkohol dalam makanan tu hilang dah disebabkan pembakaran...so,the thing here is adakah makanan itu diklasifikasikan haram jugak?klau hamka kasi jawapan spesifik lagi thrill nak baca.

----

hamka said:
Ni bab hukum tak payah aku nak bagi fatwa, tapi untuk kes perubatan yang mana syarat formula untuk sembuh kena letak benda subhah di 'boleh'kan.., tapi jika untuk bagi makanan lagi sedap, baik tak payah letak...

Ingatlah, buah zakum dalam neraka, baca entry puasa tahun lepas bab “apa pilihan yang kita ada”

mungkin membantu.

hamka said...

hamka, dalam fikiran anta bile lailatul qadr untuk ramadhan yang lepas nih..

-----------
Hamka said: mengikut dua tanda dahi lebam pada anak bongsu aku yang sangat nakal dan suka melompat dari tempat tinggi sehingga dahi menjadi hitam seperti lutut kambing yang mana, satu berlaku pada 20 ramdahan, dan satu lagi pada 29 ramadhan. Mungkin membantu.: )

hamka said...

Apa mksd ikat kain? Xphm.huhu

-----

kau baca ulang ulang p.s aku tu, baca sambil angguk angguk tanda paham.

Nerzhul said...

makan sampai se-eh tak elok juga..hehe

Anonymous said...

Assalam

Bagaimana kalau kita mati di malam lailatul qadar.....

Kereta mayat ......sibuk beriktikaf, oh lupa....jika batalkan iktikaf untuk penuhkan keperluan seseorang karana Rabb..dapat 10 tahun pahala iktikaf.

Pheh!...ada kosong lagi tak untuk kelindan kereta mayat?

He..he...next entri bro.
Ramai rakyat mehran tunggu nie..

Khalid

hamka said...

ok, next entry siap!

AkuMuzikFilem said...

ni sama cam konsep dalam inception, einstein, kan? relatif masa. kenapa seribu bulan, sebab malam qadar, pergerakan masa sangat-sangat perlahan, jika dinisbahkan 1 malam itu lebih kurang 83 1/3 tahun.

hamka said...

errrrrrrrr.., hmmm.., ok..

Anonymous said...

Suami sy siap bg cuti pd 10 mlm ramadhan yg terakhir...i like it...woha. Tp kadang2 dia terlupa gak yg dia bg sy cuti tu... wohu ;-D

abah khalisha said...

Mmg pun 10 malam terakhir Rasulullah mmg mengasingkan diri baginda daripada isteri-isteri Baginda
Wanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini

SAUJANA HIJAU said...

salam.nak tanya satu soalan, kalau bro hamka busy x dapat reply, sesapa yang nak bg pendapat pun amat dialukan....
soalannya, jika kita solat, kadang terasa teresak sedikit, ( sebab takut dengan Allah atas dosa2), dan kadang tersedu macam nk nangis sangat dah, itu tandanya dapat khusyuk dalam solat atau ada gangguan syaitan.

terima kasih,
kundi.

SAUJANA HIJAU said...

salam.nak tanya satu soalan, kalau bro hamka busy x dapat reply, sesapa yang nak bg pendapat pun amat dialukan....
soalannya, jika kita solat, kadang terasa teresak sedikit, ( sebab takut dengan Allah atas dosa2), dan kadang tersedu macam nk nangis sangat dah, itu tandanya dapat khusyuk dalam solat atau ada gangguan syaitan.

terima kasih,
kundi.

Ismi Ijmi said...

SAUJANA Hijau ,rujuk ustaz2 yg ada blog dibawah..its better.maaf mencelah abg HAMKA

Ustaz Rahim

Ustaz Zamihan

Ustaz Din

Ustaz Zamri (Timb Mufti Perak

mushroom said...

hahah sempoi.. baru tahu ni.. thanks ^^

hamka said...

sama sama

hamka said...

jika kita solat, kadang terasa teresak sedikit, ( sebab takut dengan Allah atas dosa2), dan kadang tersedu macam nk nangis sangat dah, itu tandanya dapat khusyuk dalam solat atau ada gangguan syaitan.?

jawapan:

solat jika tak dapat cegah mungkar, maka itu gangguan syaitan atas kelemahan diri, menangis dalam solat itu bagus, riak itu bahaya.

adakah membantu?