(Malu bertanya kawan, Sesat cari jalan pulang, Biar ia berkesan, Di lubuk hati terpendam-Mael XPDC)
Aku mengaku.., aku selalu kena tipu oleh syaitan dan itu cerita lain, hari ni aku bukan nak cerita pasal setan yang mengalir dalam darah tu, aku nak cerita pasal mangsa setan yang bertopengkan manusia.. aku baca paper, golongan yang kena tipu bukan setakat budak kampong yang bodoh alang dan baru nak baligh, atau orang tua kampong yang naïf lepas manopous, tapi yang kena tipu tu termasuklah budak universti, doctor, prof, malahan pakar motavasi pun kena tipu.. ish ish ish..
Maka aku buat kesimpulan, bahawa orang yang kena tipu bukanlah kerana orang tu bodoh bangang atau berotak slow , kerana yang ada degree phD pun berlambak kena tipu, tapi orang kena tipu adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.
Aku ulang: Orang kena tipu adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.
Contoh, seorang nelayan sejati, kita tak boleh nak tipu mereka berkenaan cuaca dan lubuk ikan, sebab mereka lebih berpengalaman, mereka tengok ikan dalam airpun dah tahu jantan betina, tapi jika kita cerita bab calculus matematik, yang mana jika nelayan tu matematik moden pun tak pass, lalu kita cerita tentang bagaimana nak selesaikan masalah untuk bezakan dy per dx sebelum membuat kamilan tahap ke tiga, jika kita kencing mereka, tentu mereka akan tertipu sambil ternganga macam mulut ikang kembung terlopong kekurangan oksigen.
Pendek kata: Orang kena tipu bukan kerana mereka bodoh, tapi adalah kerana mereka bodoh dalam bab mereka di tipu itu.
Aku bagi contoh lain yang lebih senang sikit, sebab contoh tadi terlalu metaforsis, baik, sekiranya kita pergi melancong luar negara, lalu naik teksi untuk pergi tempat sekian sekian, sekiranya kita bodoh dalam bab goegrafi, maka kita akan kena tipu dengan mudah oleh si pemandu teksi yang mana teksi tu akan sengaja lalu jalan jauh supaya korang kena cas mahal, kena tipu, bermakna di sini, korang kena tipu bukan sebab korang bodoh atau slow, tapi sebab korang bodoh dalam bab korang di tipu itu yang mana dalam kes ni, korang bodoh dalam bab geografi. Maka kena kencilah korang dengan pemandu teksi.
Contoh lain yang lebih mekanikal, korang ada terdengar bunyi tak sedap dari enjin kerata, bila hantar bengkel, maka mereka cakap, timing belt kendurlah, tali break berkaratlah, gasket bocorlah, compressor aircond jemlah, dan apa sahaja yang mana jika anda seorang Doktor sekalipun, oleh kerana anda tidak ada ilmu tentang injin kereta, maka kena tipulah korang.., bermakna di sini, korang kena tipu bukan sebab korang bodoh,(korangkan Doctor), tapi sebab korang bodoh dalam bab korang di tipu itu yang mana dalam kes ni, korang bodoh dalam enjin kereta. Maka hidup hidup korang kena cas repair kereta sampai ribuan ringgit padahal bunyi tak sedap itu datang dari masalah tayar sahaja. Contoh!!
Jadi bagaimana nak atasi masalah kena tipu ni? Aku rasa korang semua dah ada jawapan, iaitu belajar dari orang yang pandai dan ikhlas, jika tak belajar sampai mahirpun, tahu basic pun ok, tahu tengok peta jika merujuk kepada masalah geografi tadi, tahu kedai mana yang bagi servis dengan telus melalui bertanya pada kawan kawan yang pernah repair kereta. Dan lain lain.
Ok, aku sebenarnya tak rasa terkilan sangat jika korang cerita kisah kena tipu naik teksi atau kena tipu repair kereta sebab masalah tu bolah diselesaikan lain kali dengan cara belajar dan ambik tahu, tapi ada satu masalah besar yang aku sangat rasa terkilan adalah apabila korang kena tipu dalam bab ugama.
Mereka yang kena tipu dalam bab ugama bukan sebab mereka bodoh, ada antara mereka ambik degree, master dan Phd, tapi mereka kena tipu sebab bodoh dalam bab ugama.
Pengikut ayah pin, pengikut Rasul palsu si kahar dan segala ajaran sesat adalah contoh yang semua orang faham bahawa mereka telah ditipu kerana mereka bodoh dalam bab ugama.
Pengikut ugama lain, adalah contoh mereka yang telah tertipu oleh ahli kitab mereka yang telah ubah kitab mereka kerana mereka bodoh dalam bab ugama.
Pengikut Syiah, tarikat tarikat sesat, Al-Ma`unah, Al arqam, MLM, skim cepat kaya ala islamic, dan banyak lagi ajaran sesat, juga termasuk contoh mereka yang mudah kena tipu sebab mereka bodoh dalam bab ugama.
Orang yang taksub dengan fatwa ustaz politik, juga termasuk contoh mereka yang mudah kena tipu sebab mereka bodoh dalam bab ugama, aku malas cakap banyak sebab kejap lagi fatwa kaum kera akan berdengung dengung dalam ruangkan komen untuk benarkan ‘dosa’dan kebodohan mereka.
Kerana itulah ada term dalam islam, bila belajar ugama, belajarlah dengan guru yang murysid, yang ihklas, hanya kerana Allah, bukan kerana harta, pangkat, populariti, wang ringgit dan lain lain.
Siapa guru yang Mursyid? Dan bagaimana nak mengenali mereka?, senang jer, ada empat tanda, pertam: mereka istiqamah solat berjemaah, (tiang ugama), kedua mereka berdakwah cara Nabi (tulang belakang ugama), ketiga mereka banyak duduk di masjid(Hati ugama) dan ke empat mereka tidak mintak upah(ganjaran ugama). Klik sini jika nak tahu cerita detail.
Orang yang kena tipu dalam bab ugama, bukannya nak mengaku tertipu macam korang kena tipu oleh pemandu teksi atau bengkel kereta, sebaliknya orang yang kena tipu dalam bab ugama ni akan gunakan fatwa kaum kera untuk benarkan kebengongan mereka, ni yang setan suka, mati tanpa bertaubat sebab sangka diri sedang buat amalan ugama padahal sesat lagi menyesatkan. Bodoh satu hal, sengaja membodohkan diri ni yang aku tak tau nak cakap apa-Bengong!
Ketahuilah, Syaitan telah hampir berputus asa kerana dengan bertaubat, maka semua dosa manusia di ampunkan, lalu syaitan telah tipu manusia untuk buat dosa yang di sangka amalan ugama, maka matilah manusia tanpa bertaubat dan masuk neraka. Nauzubillah.
Aku malas nak cakap banyak, bulan puasa pun dah nak dekat, silalah ambik kesempatan ramadhan ini untuk renung diri dan belajar ugama dengan ikhlas daripada guru yang Mursyid.
Penulis juga berpesan kepada diri sendiri.
Sekian.
Ps: Semua orang tak nak kena tipu, Pagi tadi, Kereta aku ada bunyi pelik sikit, siapa tahu pasal enjin kereta, atau bengkel mana yang ‘mursyid’, tolong? - Woha!
49 comments:
jangan kene tipu.... T_T
betul tu! bila orang tertipu tak bermakna dia bodoh secara keseluruhan. Dia bodoh dalam spesifik domain je
tapi still orang nampak dia bodoh, sebab yang sedang dibicarakan ialah spesifik domain tu hahahaha
Perlawanan Bola Malaysia Menentang Singapura
mudah-mudahan selamat dari di tipu...
"Ketahuilah, Syaitan telah hampir berputus asa kerana dengan bertaubat, maka semua dosa manusia di ampunkan, lalu syaitan telah tipu manusia untuk buat dosa yang di sangka amalan ugama, maka matilah manusia tanpa bertaubat dan masuk neraka. Nauzubillah"
-- yup.. great point!! moga kita semua diberi hidayah utk sentiasa berada di jalan yg betul dalam kehidupan yg penuh tipu daya ini. amiin...
Tak tipu, dapat top10... wohaaa!!!
Tapi kan encik Hamka, ade sesetengah orang tu, bila kita cakap "benda ni tak betul, aku rasa kau dah kena tipu" dia akan cakap : 'aku dah buat sembahyang tahajjud, istikharah dan segala bagai sampai bengkak dahi, dan dah nampak kebenaran benda ni',padahal kalau dikaji2 balik perkara ni memang dah terang-terang tak betul(contoh: MLM & Skim piramid). macam mana tu encik Hamka?
Assalam
pheh!...tarangkat beb
7 petala bumi
setiap ilmu kita perlu cuba untuk ambil tahu, tapi kalau boleh dah tahu, jangan pula nak mencuba...
kALAU kena tipu bab hal berkaitan Multi Level Marketing tu cmna pulak?? tu kes tertipu sebab xtau ke or tertipu sebab dah memang tahu tapi atas nampak duit-duit berlonggok2.. terus ikut.. hahahahkk..
Macam tadi la saya nak kena kelentong dgn org jual insuran.. ape yg dia lobi tu mcm best je, tp saya dah masak ngan tipu helah org2 insuran ni... tak jalan de...
salam
orang yang menipu tak bodoh pada perkara yang ditipu je. :
pasal kereta rosak tu sy selalu gak kena bohong...entah bengkel mana la ok..p kat bengkel melayu pun kena bohong, p kat bengkel cina pun kena bohong, p kat bengkel india lg2 la kena bohong....rasa2 kena blajar juga pasal bab enjin keta ni....
Yang bahaya orang yang tak perasan dia dah tertipu...akhirnya, tipah tertipu lagiii...WOHA.. (^___^)
Kepada En. Aku Pengayuh Beca,
Ha.. saya pernah jgk berada dlm situasi camni.. Diorang akan cakap yg diorang dah solat tahajud/istikharah dan nampak bahawa itulah benda yg betul (walaupun dh terang2 ramai org lain dah tahu yg ianya tak betul). Rasanya sebab dlm hati dan minda diorang tak benar2 free masa buat solat tu, diorang tak perasan yg diorang sebenarnya mahu percaya yg benda tu betul.. that's why bila solat pun, benda yang dimahukan tu lah keluar.. sekadar opinion saya la..
tapi ramai jugak yang ego dan tak mau mengaku yang mereka ditipu kerana bodoh...
Pendapatan dari Kerja Sambilan
bagaimana kalau jenis yang tak makan nasihat punya orang? dah kena tipu. orang lain bagi nasihat, bagi bukti, bagi segala penjelasan, tolong tunjukkan jalan lagi, tapi masih tetap dungu piang. adakah ini boleh di kira bodoh di tipu atau bodoh di sebabkan diri sendiri?
apakah cara terbaik untuk tangani? orang macam ni lah yang buat masyarakat mundur akibat ego sendiri. seterusnya semua berpecah belah
jadi lepas ni jgn la pnggl org yg kena tipu ni bodoh ye dak???
:-)
berlagak pura2 jadi bodoh
hanya kerana ingin memilki ilmu
itu...
aku suka post ni. balik pada basic,
yang ditipu tu bukan bodoh 100%, mereka yang ditipu cuma mereka yang bodoh dalam hal tertipu tu.
nice :)
Jika tak nak di tipu dalam bab agama, diri selalu kena dekati agama. Rajin mencari info dan selalu dengar ceramah agama Ustaz yg Mursyid.
jgn belajar agama berdasarkan fakta kat internet atau sampai menyampai. yep cari guru mursyid. dah berguru pun jangan seorang je..jadi boleh dapat atasi ketaksuban
woha! saudara kereta mayat. kenapa x menang wwwow award? hoho jk.
haha siap la..jgn smpai kena tipu...
Penipu =Memperbodoh
ditipu =diperbodohkan
tertipu= tak sengaja jadi bodoh.
Wa ma hayawatud dunya illa mataa'al ghurur
saudara nak minta emel boleh?nak tanya something
ramai guru yg mursyid, jangan taksub pada kata2 guru yg sorang tu jer. semua yg dia kata mesti betul. sedangkan ramai lagi alim ulamak yg mungkin tak sependapat. taksub = bodoh.
Masalahnye skng ni ramai ustaz2 yg mcm ala2 ulamak, bawak fatwa kaum kera..kejap Ada jambang, kejap ciput je janggut, kejap clear terus mcm org yahudi, pastu yg bestnye ajar bab sunnah, fiqh, dll..
Pastu halalkan bnde2 ideology yahudi..
Org mcm ni patut syukur sbb org pggl die 'ustaz'..
Ikut hati nak pggil kera je..
cuba tanya orang arqam, kenapa boleh jadi sesat?
jawapan mereka, sebab terlalu taksub dengan ketua mereka.
taksub bermula bila setiap rumah orang arqam mulai gantung gambar abuya, di baju ada gambar abuya, dalam beg duit pun ada..
so, kepada sape sape yang minat pada ustaz ulamak, tak perlu sampai tahap gantung gambar pada rumah, kereta, baju. Nabi tak suruh buat macam tu.
aku dah tulis bab ni pada akhir ramadahan tahun lepas bawah tajuk, jahil atau sesat.
akhir kata: tak payah nak 'tunjuk' diri tu islam, sebaliknya cuba amal amalan islam.
cuba try baca blog uncle seekers. biarlah org yg lebih mngetahui yg bercakap, bila org yg jahil bckp umpama org yg sesat lg menyesatkn.
-cahaya pemelihara-
like.
Insha Allah, berhasil.
Insha Allah, berhasil.
betul tuh bro..setuju dgn bro jugak...malu tak tanyer sendiri sesat...jangan salahkan orang len...wooohaa...
sesat dalam utan sampai mati..akhirnya kereta mayat jugak yang dinaiki....eehhh...merepek sudah
Assalamualaikum brader hamka.hehe,sy ni bukan sape2,student uia n baru nak mengundi 1st time pade pru13 nanti.sy dah lama gak follow blog ni n sy nampak brader hamka ni selalu wat perception n melabel yg
1)semua pengikut pas taksub dgn ketua mereka.
2)ulama pas suka keluarkan fatwa kaum kera n salah guna hadis n ayat quran.
sy cuma nak tanya.dr mana brader hamka tahu ke 2 2 perkara tersebut sampai brader hamka begitu yakin sekali melabel org len begitu,,adakah dengan membaca akhbar utusan melayu/menonton tv rtm/mndengar cakp2 org atau saudara sendiri berada di tempat yang mana fatwa kera itu sedang dikeluarkan?
truth can be twisted.
sekian,peace bro.jgn butthurt dgn sy,sy budak baru blajar.haha.
sempena bln puasa yg makin hampir jom la layan lagu see sharp minor- berkat ramadhan. cube la cari dlm youtube...
-iss-
Salam,
Untuk 'student yg keliru'...LETIH la ko ni!!! Apa2 je la...Adeiii...
Hamka, ni tak tipu, kawan aku pomen kereta yang nama dia dalam IC adalah Mursyid tapi nama manja Mat Rosid...hahaha!!!
OK, selamat berpuasa kepada semua, jom beribadat...tahun depan belum tentu dapat berada dalam rangkulan Ramadhan Al-Mubarak.
Wassalam.
Assalam
Student baru belajar...
Ko nak ngundi ni....solah jemaah 5 waktu paras tak?...
Kalu dok...dok payah ngundilah. Tanggungjawab pada tuhan tak lepas lagi....nak pening kapla otak kau pasal tanggunjawab nak pilih kerajaan....
Tuhan tanya solah dulu dik.....baru yang lain-lain. Kalau solah tak lepas...ko pilih osama laden pun jadi PM ko tak tentu lepas azab Tuhan...
Suliwatang
Aku butthurt budak poyo...bukan lu.
kepada anonymous
oh ye ke?sy baru tahu yg tuhan tanya solat dulu,(sarkastik).
terima kasih saudara mengingatkan sesama islam,tp lebih cantik rasanye kalau bahasa tu elok sket,sy cume bertanya sahaja,hehe.bukan sy sokong pas pn.
Assalam
Adikku yang disayangi dan dimuliakan oleh Allah swt....
Maaf. Aku silap, terima kasih.
Suliwatang
P/s: dah terbiasa jerkah adik sendiri....terbawa-bawa dalam blog. he..he..wa rasa lu cam adik wa beb!
Selamat ari pose
Satu kisah menarik telah diceritakan oleh Maulana Rumi.
Seorang lelaki berjalan mengheret kambingnya. Tiba-tiba ada seorang pencuri mengekori dari belakang lalu memotong tali yang mengikat leher kambing tersebut lantas membawanya pergi.
Si lelaki yang kemudian menyedari kambingnya hilang, bergegas mencari semula kambingnya. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang lelaki sedang termenung sambil bersedih di tepi sebuah telaga tanpa menyedari itulah pencuri kambingnya.
Si pemilik kambing lalu bertanya: "Apakah yang membuatkanmu bersedih?"
"Dompetku telah terjatuh ke dalam perigi ini. Di dalamnya berisi 500 dinar. Jika tuan dapat menolongku mengambilnya, saya akan berikan tuan 100 keping daripada dinar itu", jawab lelaki tersebut.
Si pemilik kambing segera berfikir:
"Jika satu pintu telah tertutup, seratus pintu akan terbuka".
Dia lantas bersetuju dan terjun ke dalam sumur setelah menanggalkan bajunya.
Segera si pencuri kambing bangun lalu membawa pergi bajunya.
selamat menyambut bulan ramadhan semua=))
moga ramadhan kali ini akan lebih baek yang yang sebelumnya, insyaallah..
kepada student yang keliru, truth can be twisted, or already twisted?
satu hari nanti, bila kau rasa nak ucap terima kasih kepada aku, tak perlu email atau komen, kata dalam hati dah cukup, no problem.
: )
untuk student yg keliru.....
jgn keliru sgt dgn perkara yg mengelirukan...
klau boleh....pilih org yg dapat memberi manfaat kepada anda dari segi dunia dan akhirat...
senang jerr nak tahu sape yg bagus....
pilihlah pemimpin yg memimpin kerana dia mahu memimpin tetapi terpaksa memimpin untuk kebaikan sejagat...
x semestinya penyokong pas itu baik....
dan begitu juga penyokong bn...x semestinya dia baik..
tetapi dye kompem baik klau dye buat perkara yg baik....
dan mengamalkan perkara yg patut diamalkan.....
kita memilih bukan kerana parti...tetapi kerana pemimpin tersebut....
walaupun calon bebas sekalipon klau dye bagus undijelah...
jgn termakan hasutan manusia yg memburukkan org lain...
tetapi apa yg baik perlulah diterima.....
contohnya....klau pemimpin itu mengutuk pemimpin lain....dia tidak layak menjadi pemimpin....
tetapi pemimpin yg mengutuk dirinya sendiri layak menjadi pemimpin kerana dye sedor sape diri dye.....
n....untuk pilihan raya ni......jgn ikutkan parti kerana parti x menjamin pemimpin yg baik...
tppemimpin yg baik akan menjamin hasil yg baik...so pikirkan lah....
kekadang....org yg memakai serban org yg baik...dan org yg pakai songkok juga x menjamin dye org yg baik....tp org yg selalu mengajak org kepada perkara yg baik pastinye org yg baik....heheheh....so...baik baik lah.....jgn ditipu kerana bodoh...(maksudnya...klau kita ditipu kita bodoh,..nabi x ske umatnye yg bodoh dan memperbodohkan dirinya dan org lain..)
Kehadapan student UIA yang keliru, semoga tak sia sia puasa.
Dengan keadaan keliru macam mana UIA terima anda?
Dengan keadaan keliru bagaimana anda tanyakan pandangan politik kepada HAMKA, dan bukan kepada ahli politik.
Dengan keadaan keliru kenapa anda ambil berat apa yang HAMKA perkatakan? dia bukan lekcerer pun. Whoa!
Dengan anda yang keliru, siapa yang bodoh dan ditipu? Whoa!
Whoa!
tok berlagak
TERIMA KASIH hamka dan detective nie.sebenarnye sy byk setuju dgn hamka terutama 1 post die dulu pasal teori konspirasi yg btl2 menyedarkan sy,tp sy selektif n xla menyokong hamka seratus pertus sebab sy ikut ajaran Allah yg hamka tulis bukan worship HAMKA mcm certain2 pembaca yg mempertahankan hamka bulat2.haha.sy xkisah pn.kalau sy salah sy admit,sy cume bertanya je pada hamka since hamka pon tulis pasal politik,hehe,dan hamka xjawab pn lg soalan sy,dan pada anonymous yg butthurt,thanx juge.haha,woha!
pertahnkan kan la agama hamka,bukan hamka,
aku kritik hamka bukan agama hamka,
sekian,
jom solat jumaat!selamat berpuase hamka,aku suka discussion begini.haha
ha ha
Post a Comment