Jul 31, 2011

Bila besar saya mahu jadi polis?

(Terpijak tahi anjing tidak membatalkan puasa kamu, air wudhu pun tidak batal)

Komen pembaca:

Saya tak pernah peduli ape yang bersih nak lakukan. bila diteliti balik, saya pun menyokong tuntutan pihak bersih. namun, bila keluar dari mulut-mulut insan yang tidak mempedulikan hati dan perasaan orang lain, (menuduh polis sebagai anjing) saya jadi benci dengan bersih. saya anak polis. selepas macam-macam kata nista yang dilemparkan kepada polis. saya rasa saya tak boleh berdiam lagi. soalan ini saya pernah tanya pada seorang rakan fb yang menjadi penyokong kuat bersih dan tak henti-henti mencerca polis.

Soalan saya:

1) Sekarang polis adalah "barua/anjing kerajaan". bagaimana kalau pembangkang ambil alih negara?adakah polis akan menjadi "barua/anjing" mereka pula?

2) Sekarang polis adalah "barua/anjing kerajaan"...bagaimana kalau pembangkang ambil alih negara?adakah SEMUA anggota polis akan dibuang lalu direkrut polis-polis yang baru serta merta?

3) ataupun...haruskah kita bubarkan saja polis ini dan biar negara ini tidak dijaga oleh sesiapa?

Soalan ini telah saya tanya pada rakan fb saya itu tapi tiada jawapan. disebabkan mulut-mulut anda( pengkomen di blog keretamayat) yang asyik menyalahkan polis. saya mohon tolonglah jawab soalan ini kerana saya nak tau juga nasib polis kalau pemerintahan bertukar tangan. adakah polis masih akan makan DUIT HARAM seperti yang sibuk diperkatakan orang sekarang?

Jawapan dari Hamka keretamayat.

Aku rasa polis Malaysia ni bagus dalam bab mencegah jenayah, buktinya, sepanjang aku duduk malaysia, takde pun gengster datang mintak wang perlindungan dari aku, tak macam sesetengah negara yang setiap kawasan peniaga kena bayar wang perlindungan kepada gengster sebab polis dah kena rasuah.

Dan soalan ini aku rasa bukan dituju kepada aku, maka tak perlulah aku jawab, tapi aku nak kongsi satu rahsia iaitu waktu kecik, cita cita aku adalah hendak menjadi seorang anggota polis.

Pendek cerita, Lepas habis belajar di IPTA, iaitu sekitar 90-an, aku susah nak dapat kerja, masa tu ekonomi gawat dan Anwar ibrahim ada buat demotarsi besar besaran di KL, bila susah nak dapat kerja, lalu aku di nasihatkan oleh kawan-kawan supaya pergi ke jabatan buruh, isi borang dan tunggu temuduga. Itu yang mereka lakukan dan sudah berjaya mendapat kerja walaupun dalam kegawatan ekonomi-tahniah.

Hmm, ini sudah bagus, aku pun nak ‘acu-cuba-try-test’ jugak, baik!, aku nak jadi polis! aku sejak bangku sekolah lagi sudah bercita cita untuk menjadi seorang polis, lagipun aku ada susuk tubuh yang tegap, dada yang bidang dan tulang belakang yang tinggi, aku jugak mempunyai raut muka yang garang, kucing yang sedang curi ikan di dapur jika tertengok wajah aku terus lari ketakutan. Biawak besar yang melintas jalan pun sanggup undur balik bila melihat kelibat aku, memang muka garang giler. Oh, tak sabar aku nak jadi polis.

Korang tahu apa punca yang buat aku beria ria nak jadi polis? Betul! Sama macam semua budak budak yang mudah terpengaruh dengan anasir Yin dan Yan dalam TV, aku jugak terpengaruh dengan filem watak polis yang sungguh hebat dan cool,, filemHong Kong yang berjudul Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung sungguh cool di mata aku, terus tak sabar nak jadi polis, dan filem ini bukan setakat cool di mata aku, malahan cool di mata pengarah Hollywood sehingga mereka buat balik ( remake) versi barat yang berjudul The Departed yang di kaonkan oleh Leonardo DiCaprio dan Matt Damon, pendek cerita, dua dua filem aku suka, walaunpun ending berbeza, dan dua dua filem tu buat aku semangat nak jadi polis.

Kalau boleh aku nak bergaduh dengan orang jahat dalam supermarket macam jacky chan buat dalam police story, mula mula bergaduh dekat pasaraya giant, biar habis bersepah orang jahat aku belasah, minggu depan pulak aku nak bergaduh dekat pasaraya maydin, lepas tu Tasco, lepas tu Kasino Genting highland, argh, bestlah dapat bergaduh macam polis John McClane dalam filem Die Hard!

Akupun terus menuju pejabat buruh dengan ‘roda roda kotaraya’, Sampai di sana, tergiang lagu ‘gerak gerak gerak khas’, terbayang wajah A galak, Ac mical dan Aby Abadi sebagai rakan setugas, argh aku dah tak sabar nak jadi polis, boleh minum the tarik dengan yusof haslam, best!

Aku terus ambik borang dan pergi dekat kaunter pertanyaan lalu tanya,

“Errr, asalamualaikum kak, jika nak jadi polis, borang apa yang patut saya isi?”

Terus Akak kerani yang sedang sibuk asingkan borang berhenti akan aktivitinya lalu berceramah pada aku dengan ceramah: “jangan jadi polis kerana…”,

Aku tak ingat sangat apa yang akak tu cakap, tapi lebih kurang adalah ungkapan seperti: jangan jadi polis dik, orang benci, gaji kecik, nanti terlibat dengan rasuah, lepas tu jika ada demotrasi, adik akan menjadi anjing kerajaan. Senang dapat bala bila cukup 40 orang melaknat, Lepas tu cepat mati kena tembak, anak bini kena tangkap dan suruh datang sorang sorang lalu kena bunuh, susah nak solat sebab kena jaga trafik, kejar orang jahat sampai sempadan terpaksa berhenti, ramai gengster buru sehingga terpaksa buat pembedahan plastik, dan macam macam lagi lah! (Akak ni banyak sangt tengok filem polis versi hindustan kot..?)

Aku yang masih muda, malas nak bergaduh dengan kakak tu lalu bertanya:

“kalau begitu saya tak nak lah jadi polis, err, borang apa kena isi kak jika saya nak jadi pemandu keretamayat,?”

Woha!

Ok, serius, sikit, balik kepada soalan dari anak polis tadi, (aku harap kau seorang perempuan),

Cik adik, masalah ni berlaku disebabkan cara didikan rakyat Malaysia yang salah terhadap dua benda, iaitu anak anak di ajar takut kepada hantu dan polis.

Di barat, jika seorang ibu berjalan dengan anaknya yang masih kecik lalu terserempak dengan polis, si ibu akan cakap: anak, sila ucap hello pada Uncle polis, lalu anak pun cakap, Hello Uncle, How are you? Lalu Uncle polis dengan tersenyum menjawab: I'm fine, thank you, jalan elok elok, jangan terlalu jauh dari mak, dan polis itu pun melambai dan budak itupun melambai.

Tapi di Malaysia, jika seorang ibu berjalan dengan anaknya yang masih kecik lalu terserempak dengan polis, si ibu akan cakap: anak, jangan nakal nakal, nanti mak suruh polis tangkap hantar kamu masuk penjara Kamunting. Anak pun menggenggam erat tangan mak nya dan melihat polis dengan penuh ketakutan seperti melihat seekor 'German Shepherd'.(anjing pengesan polis)

Bila besar, teka anak tu jadi apa?

Jadi, lepas korang dah penat salahkan kerajaan atas semua kagagalan, jangan lupa untuk salahkan mak bapak korang yang ajar takut kepada hantu dan polis waktu korang kecik sehingga ketakutan korang kepada mereka lebih besar dari takut kepada Allah, buktinya: solat dan puasa selamba tinggal sebab tak takut kepada Allah, tapi bila polis datang tangkap korang yang tak puasa terus lari ketakutan.

Aku malas nak cakap banyak, sempena bulan puasa yang mulia ini, sama samalah mulakan azam baru untuk takut kepada Allah. Ambik kesempatan ini untuk mendekati ustaz ulamak, kerana mereka mungkin akan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid, mungkin mereka akan dirikan khemah untuk tidur, macam Nabi selalu buat di bulan ramadhan, maka bolehlah kita mendekati mereka dan bergaul dengan mereka. insyAllah bila kita bergaul dengan mereka, maka ketakutan dan ketakwaan kita kepada Allah akan meningkat, mudah-mudahan.

Akhir kata, selamat menyambut Bulan Puasa. (malas nak cakap banyak tapi cakap gak, he he)

Eh, jap Hamka!, kau cerita ni biar betul-betul, macam tipu jer, kau cakap kejadian di pejabat buruh tu tahun 90 an, sedangkan filem yang kau quote sehingga menaikkan semangat untuk jadi polis tu filem baru, Infernal Affairs lakonan Andy Lau, dan Tony Leung tu tahun 2002, The Departed tu tahun 2006, Gerak Khas, 2000, baik kau cerita kisah sebenar!

Err, betul, cerita kat atas tu separuh tipu dan separuh benar, sebab aku tak nak nampak terlalu loser, tapi sebab dah kantoi, terpaksalah aku mengaku, bukan filem filem tu yang buat aku bersemangat nak jadi polis, aku minat nak jadi polis selepas menonton filem polis jepun pada tahun 80-an. Aku nak tulis takut korang tak tahu pulak filem tu sebab dah lama.

Filem apa tu? Tanya korang garu garu kepala, tak salahkan kamu, jika korang lahir tahun 90-an memang tak sempat tengok filem tu, tapi jika korang tengok tentu korang akan bersemangat nak jadi polis macam aku.baik, tajuk filem itu adalah:

Polis angkasa Gaban.

Woha!

Ps: Selamat berpuasa kepada semua peserta perhimpunan bersih dan juga kepada semua polis yang bertugas, didiklah anak cara sunnah, dan ajarlah mereka takut kepada Allah, bukan kepada polis, akhir kata: selamat berpuasa dari keretamayat yang tidak dapat jadi polis tapi dapat hantar mayat kamu dan mayat polis ke kubur.( wakakau wakakau gaban!)

90 comments:

from paka with love said...

first..


paka with love

Anonymous said...

hahah..tol 2 abng hamka...mngkin mereka x taw prsaan anggota polis yg jga kl smpai 3 hari x blik rumah,..

Amin007.Ledang said...

gaban ya???
yang ada ayat-ayat
"putaran angin" & "kuasa halilintar"

Anonymous said...

just nk cakap, ak tngh khatamkan sume entry2 Hamka dlm masa 2,3 hari ni. fuhh penat.

tetiba ada post terbaru :)

Anonymous said...

salam,,
btol la tue.. Sian polis2 nie.. Ade kwn saya sbb kna bertugas time bersih baby die x terbeli pampers..

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

salam saudata kereta mayat..wah mmg lama x singgah...sbb sy mnyepi sndri....

kesian juga polis2 tu...hmm....ntahla...x tau nak cakap dah...huhuhu

insyaallah akan aktif kembali..

Fahmi Jaafar said...

gaban bukan power rangers ke?? haha ke ultraman.. :P

Anonymous said...

di jepun polis ada jabatan yang incharge memulangkan barang orang yang hilang

PemilikMataCoklat said...

jadi manusia sekalian alam, ubah la persepsi anda pada polis, mereka hanya menjalankan tugas...

peace, selamat berpose=)

morsmode said...

heww sangat benar,

aku pun naik geram jugak dengan orang yang kutuk orang lain yang tak berdosa (sangka baik)..
tapi serius ah,
sikit punya salah kutuk bagai nak rak.
peace.

assalamualaikum

Inspektor Gajet said...

Ada good cop ada bad cop.

kalau jadi polis tu, jadilah polis yang baik. macam inspektor Alex pandian. (sila search ketiak basah kat youtube) :p

Anonymous said...

HAHAHAHAHA tu la,nanti rumah korang dimasuki perompak ke,kucing dibunuh anak jiran ke,ape ke,
kat sape kau report??

POLIS JUGAKKKK

azharjaafar said...

itu x puas hati.. ini x puas hati.. tapi diri sendiri kurang dari iman dan amal.. boleh puas hati pulak.. akhirnya nak melayan rasa x puas hati, polis pulak disalahkannya..
*aku tengok polis² yg jaga 200,000 org masa kat ijtimak di nilai, relak je.. boleh minum² kopi lagi..

Mummy Dot said...

benda yang aku suka kat entry ni,aku suka lagu gaban..seriuosly.

:)

Unknown said...

HAHA.
entah apa2 lah kau ni hamka.

Nani said...

Suria Baja Hitam... Belalang Tempur !!!

minahMenarik said...

anak polis jugak ! :D

alfindani said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku tengok lambang PDRM, dan sungguh aku kagum dengan terteranya perkataan Allah dan Muhammad. Whoa! logo jabatan lain ada?

Seperti yang aku tiupkan dalam ruang komen blog tertentu, fahamilah bagaimana polis bekerja- Mereka mengikut hieraki, terima perintah, tidak bantah. Kalau tak, sila tinggalkan jabatan kepolisian. Ini penting dalam pasukan keselamatan, tak percaya, cuba tubuh satu pasukan.

Mentelah itu juga tidak dapat tidak , ada fakta yang betul sepertinya kata kakak tersebut. Duhai, terkadang juga kalau rakyat cukup matang dan tidak memanjakan untuk menghulur atau mengikut tuntutan untuk memberi terutamanya sedar kerana Allah maha melihat dan akan mengadili, insyaAllah kita akan lebih bersyukur.

alfindani said...

"Gaban Z potong dua!"

arizWanmerahs said...

Aku masa sekolah rendah dulu brcita2 nak jadi polis gak, tapi rupa2nya dpt jadi 'penyagak' pula. Akhirnya abg polis la yg 'sedar'kan aku..
(karkun polis ni asal Kedah dan kini kembali brtugas di Kedah - lama xjumpa rindu la plak..)

hasny said...

ala, ak tak takut pun dengan polis..hantu ak pun x takut sgt..kih3..tabik pada polis yg jalan tugas dgn baik..tapi x if sebaliknye

Fazrol Bin Che Isa said...

Kenapa polis?
sebab polis banyak enter frame.

Jadi polis la best. glamer ooooooo.

eszol raar said...

semua kena tahu apa itu police brutality and not every police involve in it

Akim Iqbal said...

Saya sudah besar mau jadi ketua polis.. hahahaha

Unknown said...

wakatau wakatauuu kenangannn...

weeeehuuuuu~~~ gaaaabann!!!

farid ajir said...

lama pulak ceramah tarawikh ni.. hahaha.. sambung tarawikh kat umah je..

salam ramadhan uolss

Anonymous said...

Aku duk US...

Pnah skali ad siren polis, ak dgr mak ckp kat anak dia: "Those are policemen, honey. They catch bad guys and protect us."

Minggu lpas ak br blik New York, ak kene saman sbb speeding. Polis tu punya la baik dan berlemah lembut cara menyaman...siap ckp "Drive carefully, have a good day." sambil snyum...

Abu Umar

Unknown said...

adik lelaki ku antara anggota polis yg dikerah turun dr sungai petani tuk btugas semasa perhimpunan tersebut...3 hari 3 mlm stanby tanpa sempat nk jenguk mak ayah kt kg pandan nieee aar pdhal dh dekat jer pon...dia citer punyer laa kepenatan sgt smpi dia tlelap kt tepi jln bdepan ngn area Sogo tuu...isk3x....simpati ku mdengonyaa....demi tugas....demi negara....

iman haikal said...

memang betul laa.. realiti malaysia dengan negar luar tu kan..

Asfan Ash said...

WOHA! HAHAHHAHHA

Gaban rupanya. hampeh betul kih3
btw, aku suka point anak Malaysia dididik supaya takut pada polis dan hantu

SANGAT BETUL!

Selamat kembali hamka

p/s: aku dulu gila tengok CYBERCOP. Gila ah senjata kuar dari pili bomba weh! Sungguh badass

hamka said...

aku baca info wiki tentang gaban, lawak giler:

copy/paste:

Malaysia's screening of Gavan (translated as Space Cop Gaban) on local TV has gained itself a cult following, and the word 'Gaban' itself has become a meme. It's used after adjectives to give an image of epicness or bravery e.g "besar gaban" (epically big) or "gaban betul" (really brave).

ha ha.

apa apapun, selamat berpuasa, jika tidak aku suruh musuh gaban tarik korang ke ruang angkasa syaitan!-woha!

detective nie said...

very good entry....
hope another better entry for human especially for Malay people that doesn't realize that they didn't get out of the box of reality......

Afuan Shah said...

xleh blah...
aku pon anak polis jugak..
tp memang agak tak tahan bila org dok panggil anjing la babi la kat polis..
even bapak akau buka FRU waktu bersih tu.tapi..bapaka aku polis jugak..

serabot la..kalau pembangkang amek alih..kaedahnya sama jugak..

faraherda.razalan said...

Polis pun cari makan. Kan?

Skymatrix said...

salam,selamat berpuasa kepada semua.

hamkaaaaa...gaban Z potong dua!!!

ko penah mimpi ke naik naga gaban? ko penah ponteng sekolah tak sebab nak tengok gaban?

kalo terer jawab la 2 soalan tu dalam masa 0.001 saat...hahahaha!!!

wassalam.

Skymatrix said...

meh nyanyi sama2 lagu gaban ni, (istimewa buat Mummy Najdah)

----------------------------------

otoko nandaro! guzuguzu suru na yo
mune no enjin ni hi wo tsukero
ore wa koko daze hito ashi osaki
hikari no hayasa de ashita e dasshu sa

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

warui yatsura wa tenshi no kao shite
kokoro de tsume wo toideru mono sa
ore mo omae mo namonai hana wo
fumitsukerarenai otoko ni naru no sa

wakasa wakasatte nanda akiramenai koto sa
aitte nanda kuyamanai koto sa
gaban! abayo kinou
gaban! yoroshiku mirai
uchuu keiji gaban!

wakasa wakasatte nanda furimukanai koto sa
aitte nanda tamerawanai koto sa
gaban! abayo namida
gaban! yoroshiku yuuki
uchuu keiji gaban!

aku plak said...

polis laksana hang tuah..

MaRj said...

hahaha...nice!polis hy buat kerje dia orang...mungkin ada sebilangan juga yang buat taik...anyway,nice entry!

wildmans said...

huhu..

hamka said...

Drama sepetang di petang ramadhan.

kelihatan seorang makcik sedang bergaduh dengan anaknya:

"Siapa Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?"

tanya makcik Nyonya Mansoor.

Selamba Sabariah menjawab:

"Kasim selamat tu adalah..

polis angkasa gaban mak."

woha!

emak. bukan penari tiang said...

ada good cops ada bad cops

yang good pada aku ialah yang muda dan hensem dan boleh mengejar penjenayah dengan laju sekali..oh sexy

yang bad plak ialah polis boroi, duduk kat kaunter ambik report

tapi bad ka good ka, polis malaysia terbaik!

bersih? hmmmm talk to my hand..

Peace Yoh said...

aku secara peribadi tak setuju polis digelar anjing. kerana kita tak layak untuk samakan manusia dengan binatang. Polis memegang amanah menjaga kedaulatan negara. "Polis yang amanah", akan menjadikan negara kita selamat untuk diduduki, manakala polis yang "menyalahgunakan kuasa",polis tersebutlah yang sepatutnya dimarahi oleh kita.

[tak abes lagi rupanya penulis blog tulis pasal BERSIH, ingatkan nak post info tentang Ramadhan ke..nak naikkan balik bilangan pengkomen agaknya]

peace..

Peace Yoh said...

http://drmaza.com/home/?p=1494

Anonymous said...

sekadar pendapat:
jgn la sukahati mengutuk polis..kalau nak kutuk jugak, sila sebutkan nama penuh & no polis tersebut..
perkataan 'polis' tu terlalu luas
cuba bayangkan perasaan anak polis dan juga isteri polis..
seolah2 kerja sebagai 'polis' ini terlalu keji..

semasa perhimpunan BERSIH tempohari, ada 'polis' yang beberapa hari tak balik rumah jumpa anak & isteri..
ada 'polis' yg terpaksa batalkan percutian yg dirancang berbulan2 bersama keluarga
ada juga 'anak polis' yg mengharapkan cuti hujung minggu dapat keluar berjalan2..tetapi akhirnya hanya terkurung di rumah..

yoe said...

aku nyer favorite phrase.. "Gaban boleh menukar bajunya dalam masa 0.05 saat"

saleh said...

Ini Bukan MLM atau Skim Cepat Kaya.. Ini adalah kerja!!

Anda mampu menerima RM300-RM500 seminggu dengan hanya mengambil sedikit masa dan usaha. Namun anda boleh mendapat lebih banyak jika berusaha lebih.

Kriteria kerja:
- Kerja yang mudah
- Perlu tahu menggunakan email.
- Teknik akan diajarkan dan mudah difahami
- Kos yang murah
- Tiada tekanan dan tiada risiko
- Kerja yang flexible
- Kerja menaip dari rumah yang menguntungkan tanpa risiko

Bagi yang berminat, silalah hantarkan:
Nama,
No Kad Pegenalan,
Alamat
Kepada type_bzns@yahoo.com.
Semoga anda terus bahagia dan maju didalam hidup anda.

saleh said...

Ini Bukan MLM atau Skim Cepat Kaya.. Ini adalah kerja!!

Anda mampu menerima RM300-RM500 seminggu dengan hanya mengambil sedikit masa dan usaha. Namun anda boleh mendapat lebih banyak jika berusaha lebih.

Kriteria kerja:
- Kerja yang mudah
- Perlu tahu menggunakan email.
- Teknik akan diajarkan dan mudah difahami
- Kos yang murah
- Tiada tekanan dan tiada risiko
- Kerja yang flexible
- Kerja menaip dari rumah yang menguntungkan tanpa risiko

Bagi yang berminat, silalah hantarkan:
Nama,
No Kad Pegenalan,
Alamat
Kepada type_bzns@yahoo.com.
Semoga anda terus bahagia dan maju didalam hidup anda.

Sa'atarinur said...

the departed tu tersangat cool encik hamka. sebab yang ori terlalu kool, terjumpalah yang ori.

kasihan polis, tapi polis pun kadang2 saja buat muka garang, nak jaga profesion, tu mungkin faktor orang takut nak tegur2 manja

oh info gaban dalam wiki sangat kool, betul walaupun tak meluas penggunaannya. gila gaban betul

Sa'atarinur said...

*sebab yang remake terlalu kool, terjumpalah yang ori.

Zackyun said...

pakcik hamka.

aku nak tambah sikit...

"jangan naakal2, nanti doktor cucuk bontot kamu".

"jangan nakal2, nanti ustazah/ustaz rotan kamu!tak pun paksa kamu puasa sepanjang masa blablabla"

"jangan nakal2, nanti polis tangkap kamu"

"jangan nakal2, nanti askar tembak kamu"

sekarang, kalau budak sekarang nak bercita2, baik masuk akademik fantasia, nyanyi dan nangis dan wohaaa~kaya!~

tak pun, jadi pyangak. senang maa!~

Anonymous said...

aku pernah kena peras dengan polis ! come on hamka. masih ada lagi corruption. nampak bias la kau

boyarque said...

haih...

those who accuse others as biased are often biased themselves..

Your experience kena peras with a policeman, and you terus 'mark' the whole police force as corrupt?

And yet, you tuduh Hamka biased?

Go figure....

mny said...

entry yang menarik, cuma bila ko masuk bab space cop gaban, aku pun teringat la kat si mimi assistant gaban.. hehehehe

tagline gaban: bertukar dalam masa o.oo5 saat dgn gaban Z potong 2.. hahaha... tapi sebelum tue orang jahat akan cakap mcm nie " Tarik Gaban Ke Ruang Angkasa Syaitan"..

hahahaha.. tetiba aku ter'refresh' pulak pasal gaban nie..


Tips Beli Belah Part 2

mny said...

oh boyarque,

sungguh tajam menikam kata2mu itu... hehehe.. x pe kalau dia kena tangkap atau kena rampuk dia xkan panggil polis pun sebab dah ader bad history dengan polis.. lalalalala

Tips Beli Belah Part 2

Anonymous said...

ada polis merisik..nasib x jadi..aku x suka org pakaian seragam..hahaha..

PutriesNoora said...

xsemua polis tu jahat,xsemua polis amik rasuah,semua ade baik dan buruknyer,kalau xde polis,dok dlm uma pun xsenang,apetah lagi luar uma.woohhhhhaaa!

Anonymous said...

bila polis sembur gas pemedih mata pada mereka yg melaungkan 'BERSIH' terus digelar anjing...

motif POLITIK semata-mata...

sedangkan kakitangan kerajaan yang lain pun ada yang buat kerja tak betul..
contoh: guru merogol murid & pegawai imigresen yg makan rasuah
kenapa tak diberi apa-apa gelaran yg sesuai ???
emmm...mungkin kesalahan yang mereka lakukan itu tidak ada kaitan dengan POLITIK...

Ridhwan bin mohd yunus said...

ingat dulu jaman budak budak.. main polis sentri.. heh

polis sentri one to jaga
polis mati perompak jaga..

time tu kalau boleh aku tak nak jadik polis.. susah nak tangkap perompak perompak..

hehehe gaban

Kolek Kecil said...

Peace Yoh, sebenarnya ada jugak polis yang tegur orang atasan, macam apa yang diketengahkan dalam blog Dr Maza. Apakan daya, manusia ni tak sempurna, masing2 buat silap. Manusia jugak bukan boleh ubah umat. Belum tentu polis bawahan ni tegur orang atas terus bos2 dengar kata. Sedangkan Allah pun dah berpesan ke Nabi Muhammad saw yang dia tak boleh mengubah seseorang supaya beriman pada Allah.

Menusuk Hati said...

ada juga polis yang best..jackie chan,tacklebarry,mahoney,high tower,a galak,AC mang,Hooks,peace yoh...

hamka said...

selamat mendengar kuliah selang 4 rakaat tarawikh

: )

Unknown said...

Polis sentri one two jaga, polis mati perompak jaga..

Dari dulu kita dah didedahkn dgn benda2 mcm nie camne?

Polis dunia pun dikaitkan dgn Usa yg kejam..

Jadi x kira kita polis ke, cikgu ke, ustaz ke, bomba ke, doktor ke, ulamak ke, pm ke, semuanya akan dipertanggung jawabkan di Mahkamah Agung di Akhirat kelak. Sendiri jawab la.
' kita tak sama nanti disana.. Baikkah atau sebaliknya'..
(Rabani).

Anonymous said...

#boyarque #mny
kenapa aku panggil hamka bias sebab totally no such fallacy about police in his article. out of 7. seorang je yang betul dan saksama. come on. You the one that have to make a figure, hamka you are biased. corruption sgt teruk la der~

ingat satu perkara, yang taksub itu adalah bodoh dan celaka.

fa_izzah said...

Entry kali ni nampaknya xberapa best. Ada emosionaltu. Logikker nak buang seme polis hehe.
Bila pemimpin betul..polis pun akan ikut peminpin yg betul.
Bukan semua polis teruk. Bnyk polis yg mmg sakit hati sgt dgn kjaan. Kawan sy suami dia polis tugas khas lagi(komando).
Mmg benci betul dgn mainan BN menggunkan polis seme ni.
Tp mereka terpaka. Xsakit hati ke klw tugas mereka patutnya menjaga keselamatan
Rakyat jelata, tp kat sini tpaksa mjaga pemimpin BN yg durhaka pd tanah melayu tu.dan terpaksa berperang dgn rakyat jelata(yg patut dijaga itu!!)
Sy rasa pihak polis pun suka klw PR menang nanti. Xperlu mereka buat kerja2 dosa lagi.

Pemimpin kotor, pengikut pun akan terpalit. So pilih baik2 lah'

Kpd en hamka..polis2 dan staff2 SUK negeri2 PR yg 5 tu kene berenti ke semenya?? Tak ada bacakah?
Di selangoe, some of the yb..assitant dia sendiri pun tak tukar tau.tu yg jadi letak camera seme tu.
Supply infomation etc. Tp atas dasar kemanusiaan. N beleieve mrk boleh dididik balik..alhamdulillah
Ramai yg dah lihat n berubah :)


Oh ya, siapa belum lihat perpustakaan baru selangor silala:. Gempak!
Beginilah hasilnya bila negeri diperintah dgn betul. Pabila Rakyat didahulukan, cincin rosmah di ketepikan!

Yutaka Mushimura said...

dah besar saya nak jadi PM tak pun menteri besar...woohaa...boleh tak cite2 tuh...

Anonymous said...

Assalam

Hamka bias pun...ramai orang follow blog dia kan?

Orang-orang yang berani kata Hamka bias...buatlah blog sendiri lawan dengan Hamka yang bias ni....kalau ada kemaluanlah..he..he..

Khalid

bard said...

saya minat flashman ngan maskman..

uan609 said...

"AKU TELAH LAMA KELAKAR..."

dan kau memang masih kelakar.. baiklah "Gaban bertukar hanya dalam masa 0.00006saat.."

Insan Fakir Iman said...

Salam Ramadan

Ending yang xleh blah, rupe2nya polis angkasa Gaban, hamka, ko memang pandai cungkil balik memori silam yang kian aku lupekan, tergelak seketika aku. Ada lak yg comment pasal Cybercop. Sume tu kisah2 silam yg lucu yg tersimpan dalam lipatan sejarah.

Pasal polis, adik aku pun seorg inspektor polis, dari sentul pindah ke taiping. Baru sebulan dua bertugas, ada yg cuba nak beli. Pendek kata kerja polis adalah kerja yg susah fizikal & mental, jadi baik susah, jadi jahat xpandai simpan lagi la susah. WOHA!!!

SS said...

fa izzah bias !

mungkin bnyk sgt bace milosuam

Aoran said...

1) Sekarang polis adalah "barua/anjing kerajaan". bagaimana kalau pembangkang ambil alih negara?adakah polis akan menjadi "barua/anjing" mereka pula?

jawapan:

Ya, sudah pasti polis akan menjadi barua mereka(pembangkang) pula. Mengapa? Anuar ibrahim, ketua pembangkang Malaysia, bakal PM Malaysia jika PR menang PRU13 nanti, pernah ditahan dibwh ISA kerana kesalahan mengguna kuasa sbg Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan mengarah Unit Cawangan Khas PDRM menangkap Ummi Halfidah si plantif tanpa waran dan unsul periksa.

Dulu semasa berkuasa pernah menunggang polis, mengapa tidak apabila berkuasa kembali kelak.

fa_izzah said...

He he.. Sy xsuka baca milosuam. Munum milosuam pun xsuka.Dan juga mana2 berita2 paper alternative
Baut sakit pala je. Berita tv3 pun lagilah. Xtahan nak dengar.

I,Ve been in the system (serving the govt).
Dan polis khas tu kawan sy. Xsuka rosmah pula sbb
Hari tu sy pergi kursus perniagaan di china. Ada satu kedai tu, org negara cina
Tu kata rosmah beli furniture dia smpai 20 juta..what the hell? Dlm waktu yg sama
Hospital kerajaan tpaksa diberi ubat murah..
Xpayah milosuam kita boleh pk sendiri

Sy suka tuntutan bersih cuma klw xyah buat demo tu lagi bagus. Silent war lagi bagus n berkesan.
So...sy xbaca milosuam ya hoho~

Sy xbias dgn polis..cuma sgt bias dgn kjaan BN..apasalah nya kan
Sy juga sgt suker baca kereta mayat ni dah bertahun2 dah..mmg best

So.u judge lah sendiri sapa ntah nama tadi..xsalah pung
..

Ehh ada ke org yg xbias?? Woha~ (tiru hamka, I like!)

Suhaibah said...

Betul.. sapa2 yang lahir akhir 70an dan awal 80an mmg tahu Polis Angkasa Gaban... akan bertukar 0.05 saat.. hehee.. Saya lahir tahun 1979, ingat lagi kartun2 dulu.. best, terasa muda kalau ingat balik, hehee.. paling suka kapten future.. kapten planet, toriton dan mospeada.. (tak padan ngan pompuan, suka katun perang.. hehee..)

laila majnun said...

drmaza ni bukan ulamak pon..

dulu aktif wahabi..

skng ble da kantol xde kelayakan jd mufti, die ek mcm ulamak bsr pulak..

dr asri xbtul pon..

bukannye ulamak..

nas2 dalil2 sume xtepat...

nak tipu budak2 bulan yg sokong bersih boleh la wey...

peace yeah!!

Aoran said...

x molek kata begitu laila !

hamka said...

AKU YANG BIAS:

Sejak aku dah berumur sebaya dengan Superman dan ahli shurga, (32 tahun) aku dapati kehidupan ini telah mengalami sindrom ‘bias’(cenderung) dengan aku...

Kenapa?

Faktor ‘bias’ ini adalah disebabkan oleh orang yang memerintah dunia ini atau mentadbir organisasi-organisasi tertentu adalah rata ratanya terdiri dari orang yang baya baya aku.. Tu yang jadi ‘bias’ tu..

Sebagai contoh mudah, kartun kartun yang aku tengok dalam bentuk 2D waktu aku kecik-kecik dahulu, setelah tiga puluh tahun, telah menjadi 3D dan di filemkan secara besar besaran, (Contoh: Transformers, Gi Joe, Spiderman, Dragonball, dan lain lain..) kenapa sekarang baru nak diterbitkan?

Sebab para penonton puratanya adalah orang yang baya baya aku, dan juga mereka mereka yang mentadbir industri itu sekarang adalah orang orang yang baya baya aku.. tu yang ‘bias’ tu!

Begitu jugak bila aku bukak radio, kebanyakkan DJ radio putarkan lagu yang popular pada zaman 80an dan 90an, iaitu lagu popular zaman aku masih kanak kanak dan remaja, zaman kemaluan masih belum tumbuh bulu, yang mana di zaman itu, lagu tersebut menjadi siulan dan selalu aku dendangkan, hafal lirik dan dapat bermain gitar dengan baik, buat kaki aku tiba tiba terhentak hentak sebaik terdengar lagu memori tu, atau tiba tiba aku ikut menyanyi rangkap korus dengan baik buat bini dan anak aku ketawa, kenapa lagu tu kembali popular?

Sebab DJ tu ‘bias’ dengan aku, sebab rata rata orang yang menjadi DJ adalah orang yang baya baya aku.. (Khairil Sinar FM, Faizal Ismail Hot Fm, Kiran Era, Linda Onn, Kak Engku.. dan lain lain..)

Ok, itu contoh sahaja, ada banyak lagi contoh lain yang lebih baik, aku sajer guna media hiburan sebab nak bagi mudah faham tentang batapa ‘bias’nya kehidupan ini dengan orang yang baya baya aku…Tapi bila masuk bab ugama, bab politik, kat sini aku rasa ‘fail’, sebab?

Walapun rata rata ustaz ulamak, atau orang yang memerintah dunia ini adalah orang yang baya baya aku.. tapi kenapa mereka yang aku kenal atau tidak kenal, selalunya jatuh dalam kategori “Pak Pandir Moden”

Adakah kerana cerita “Pak Pandir” yang selalu kita dengar waktu kecik-kecik dulu membuatkan ianya menjadi ‘bias’ dalam umur 30 an sebegini ? Tolonglah, bila korang dah jadi “Pak Pandir Moden” dan gunakan kePandiran korang dalam dunia ugama serta politik, maka rosaklah zaman kelakian sempurnaku ini.., oh..

Zaman 30an adalah zaman sebaya ahli shurga, kita ‘patut gembira’ dalam menjalani umur 30-an sebelum mencecah umur bijaksana(40-an) kelak, maka untuk itu aku tulis entry ini agar dapat menjadi bimbingan kepada semua Pak Pandir di luar sana dalam mencari erti sebuh kehidupan.., juga agar korang sempat membuat persedian sebelum korang kelak merosakkan zaman 40an orang lain pulak!

Ok, sebelum tu mari kita kaji sikit akan asal usul Pak Pandir…

baca selanjutnya di:

http://keretamayat.blogspot.com/2009/11/siapa-pak-pandir.html

ruang angkasa setan said...

Ah, gaban itu memang nostalgia. Itu saja yang penting..

Lagu tema Gaban

Anonymous said...

satria baja hitam...

Anonymous said...

aku pernah kena peras dengan polis ! come on hamka. masih ada lagi corruption. nampak bias la kau

1:11 AM, August 02, 2011

anon....ko ckp kene peras dgn polis.lps tu ko buat ape. ko pun rasuah polis tu kan. sbnrnya msalah bkn sekadar polis tu saja. tp dgn ko skali.knp kita bila mcm tu, kita tanya mcm mana mau setel. knp xckp, ok lah, samanla cik, sy ok. berani buat berani tanggung, go n get some balls bro...then bila mcm tu, ada kah rasuah??jgn cpt slalahkan org lain bila kita pun slh jgk.TOLOL!

Ummu Sakinah Muhammad said...

Pak cik aku 2 orang polis.

less point

hmm

Tapi


kat akhirat nnt tak de sape boleh tulun kita hatta mak pok sekali pun!

Anonymous said...

kah kah space cop gaban...(gaban hanya perlu bertukar hanya selama 0.05 saat)...keh keh keh

Mr X said...

Iman Mutiara

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

--> Sememangnya kita x akan nampak cahaya iman dalam setiap jiwa manusia. Tetapi adakah kita lebih baik dari orang yang kita kutukkan. Terima kasih lah kepada Polis kerana pengorbanan hanya mereka, keluarga mereka yg tahu dan Allah Taala.
Benteng pertahanan utama orang awam adalah tubuh badan Polis2, kerana majoriti mereka xpernah dibekalkan baju kalis peluru dari dulu hingga kini.(Abi)
Tp xtahu pulak tentang Benteng pertahanan negara iaitu askar2, samada diaorg senasib atau tidak.Panjang kalau nak taip, better Lu orang ngaji Alquran dan fikirlah sendiri.

p/s: Selain polis angkasa Gaban, ada citer lagi best selepas tu, CYBERCOP....

David Muhammad said...

Aku duk US... Pnah skali ad siren polis, ak dgr mak ckp kat anak dia: "Those are policemen, honey. They catch bad guys and protect us." Minggu lpas ak br blik New York, ak kene saman sbb speeding. Polis tu punya la baik dan berlemah lembut cara menyaman...siap ckp "Drive carefully, have a good day." sambil snyum... Abu Umar

Kengbpa said...

"Gaban Z potong dua!"

hamka said...

aku kena saman, terus aku caci diri aku depan polis.

saya salh cik, saya bawak laju, saya dah lah takde banyak duit, bawak laju pulak tu, salah saya ni cik, saya memang kejam, salah saya salahs aya!

terus polis tu tak jadi saman..

he he he

Anonymous said...

[url=http://thomassaboc.co.uk/]thomas sabo[/url] cjexo [url=http://abercrombiex.co.uk/]abercrombie uk[/url] xriai [url=http://moncleruko.co.uk/]moncler uk[/url] fakic [url=http://jkpoloralphlauren.co.uk/]ralph lauren[/url] peejz

Anonymous said...

[url=http://www.storeabercrombiefitchuk.co.uk/]abercrombie[/url] rsuhn [url=http://www.louboutinnow.co.uk/]louboutin shoes[/url] nxkyu [url=http://www.louboutinnow.co.uk/]christian louboutin[/url] fsunq [url=http://www.louboutinnow.co.uk/]http://www.louboutinnow.co.uk/[/url] dwjlk

Anonymous said...

[url=http://chaussureslouboutinfr.com/]http://chaussureslouboutinfr.com/[/url] vwnzi [url=http://abercrombiefrancebuy.org/]abercrombie[/url] lmhdv [url=http://chaussureslouboutinfr.com/]christian louboutin[/url] xytus [url=http://monclerfemmefr.org/]moncler doudoune[/url] fkdfu

Anonymous said...

Hurrah, that's what I was exploring for, what a data! existing here at this blog, thanks admin of this website.

Also visit my page: visit for golden retrievers breed facts