Jul 20, 2009

Kenapa berjalan terbalik?

(Orang yang berjalan secara terbalik itu, telah mati dalam islam-Micheal Jakson dalam kenangan)

Ada satu hari tu, ketika aku sedang berak dalam rumah syaitan atau nama lainnya tandas awam, tiba tiba aku terdengar bunyi suara orang gelak yang sungguh kuat lagi menyeramkan dari tandas sebelah, lantas akupun cepat cepat basuh berak dan keluar dari pemberakkan untuk menyiasat dari manakah akan asalnya suara gelak yang sungguh kuat lagi menyeramkan itu.., lagipun di rumah syaitan ini, macam macam perkara boleh berlaku..

Dalam keadaan tangan basah dan masih terkial kial menkancing butang seluar, terus aku menyiasat tandas sebelah yang masih tertutup pintunya, tapi suara yang sungguh kuat lagi menyeramkan itu masih lagi tidak berhenti dari tadi..,

Tiba tiba tanpa bunyi flush yang menyusul sewaktu pintu terbuka, terlihatlah aku akan satu lembaga manusia yang sungguh mengerikan sedang berdiri sambil ketawa terbahak-bahak dari muka pintu rumah syaitan itu..

Matanya merah, rambutnya terpacak ke atas macam tanduk syaitan, kukunya hitam, dan di tengkuknya ada rantai anjing, pakaiannya serba hitam dan bibirnya jugak hitam..

“kenapa ketawa bang?”

Tanya aku pada mamat Punk yang baru sudah berak itu..

“Ha ha, lawak betul tulisan yang orang conteng kat dinding tandas ni, ha ha”

Beliaupun berlalu dengan rantai anjingnya sedang aku terus masuk tandas itu dan terlihat ada banyak tulisan tulisan yang di conteng di sana sini..

Aku cuba baca, tapi tak gelak pun sebab tak paham kerana semuanya di tulis dalam bahasa English, aku yang berhati suci lagi murni, waktu tu tak tahupun apa makna tulisan “fuck”, “motherfucker”, “asshole” dan lain-lain.., begitu lebih kurang..

Sehinggalah berpuluh puluh tahun kemudian, (kejadian tu berlaku waktu aku sekolah rendah), aku mengalami motivasi berperingkat daripada mamat punk dan rantai anjing untuk lebih memahami Bahasa English bukan setakat grammar, tapi lebih kepada budaya..

Untuk itu, aku perlu start dari mana?

Tanya aku pada isteri aku pada satu hari selepas pening kepala baca tulisan pada dinding tandas hari ini yang lebih kepada luahan orang PAS yang tak puas hati kepada UMNO.., atau luahan budak budak Punk tak puas hati kepada ‘Abang besar’…

“Abang nak belajar budaya English dalam usaha menakluk dunia dengan lebih cepat, abang nak start dari mana wahai isteriku?”

Jawab isteri aku:

“abang boleh dengar lagu English yang abang minat, sebab lagu tu senang abang hafal, sebab dah lama hafal, kaji makna dan teroka budaya English melalui wikipidia”


Begitulah perbualan antara aku dan isteriku yang sungguh skema lebih kurang cerita..

Lalu akupun termenung, artis English manakah yang paling aku minat zaman aku budak budak dulu..

Lantas bekerjalah segala kenangan dalam mindaku membangkitkan segala memori tentang lagu dan irama, bayangan Metilicca datang, lepas tu Scorpions dan tembok Berlin, Smells Like Nirvana pun ada, Paula Abdulpun datang gak, Kriss kross yang pakai baju terbalik, Mc Hammer seluar besar, New kids on the road block, ice ice baby, soldier of fortune ..bla bla bla..

Eh?!, kan dulu zaman budak budak, aku minat Micheal Jakson? Apa susah sangat, Lantas aku terus berhenti termenung lalu berjalan secara moonwalker..

You Better Run, You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood, Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough, Better Do What You Can
So Beat It,
But You Wanna Be Bad..,
Just Beat It!!


Ok, sambung cerita, kita pergi pada babak lain..

Tidak jauh dari sebuah kedai DVD, terlihat seorang lelaki yang sedang bukak kopiah lalu simpan dalam poket, seluar di lipat tinggi untuk nampak stoking,(tipu, aku memang selalu lipat seluar dan tak suka pakai stoking sebab nak mudah ambik wudhu), Kemudian beliau bukak jubah dan pakai baju T shirt, dan pakai sarung tangan (tipu, tak de masa aku nak pakai sarung tangan), arghh, senang cerita, lelaki itu adalah aku..

Kenapa aku jadi begitu? Ini semua adalah gara gara aku nak masuk kedai DVD nak beli DVD koleksi Micheal Jakson, segan pulak jika orang nampak mamat berjubah beli lagu yang lalai lagi lagha..

People Always Told Me
Be Careful What You Do
And Don't Go Around Breaking Young Girls' Hearts
And Mother Always Told Me
Be Careful Who You Love
And Be Careful What You Do
'Cause The Lie Becomes The Truth… Billie Jean, not my love..


Chech, menyanyilah pulak..

Tapi sayang, berpuluh puluh kedai aku pergi, satupun takde jual DVD Micheal jakson, errr, maksud aku yang cetak rompak, yang RM 10 satu., hampeh betul.. penat aku moonwalk dari kedai ke kadai..

Alasan mereka, tak de orang minat, lagipun micheal jakson ni banyak kes mahkamah, buat cetak rompakpun tak laku, orang Malaysia lebih suka beli movie yang rakam dalam panggung.., bla bla bla.., chech, hampeh betul..

Akhirnya aku putus asa dalam bab bab dunia (chehh) lalu tanggalkan sarung tangan,(tipu) pakai kopiah balik, pakai jubah balik, seluar kekal senteng, dan lupakan Micheal Jakson yang mengecewakan itu..

Nampaknya, takde dalam takdir aku untuk belajar budaya English dengan Jacko yang kecik hitam dan besar putih itu.., selamat tinggal Jacko..

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold


Tapi itu semua cerita lama, cerita zaman aku awal-awal kahwin dulu, zaman aku takde anak.., sekarang takde masa aku nak beli DVD Micheal jakson nak layan moonwalker, lagipun aku dan bungcit, tak sesuai nak nyanyi lagu “Bad”.., lagu “Fat’ sajer yang layak..

Arghh, lantaklah, tak pentingpun…

Cuma baru baru ni, sewaktu aku pergi beli barang rumah di Pasar raya bersama orang rumah, di setiap kedai DVD yang aku lewati, terlihat imej Micheal jakson dengan bermacam macam lagu yang masih kekal dalam ingatan di screen kedai, macam pesta pulak.., DVD yang cetak rompak jugak berlambak…. Itu semua berlaku sebab Micheal Jakson dah jadi arwah.., akupun baru tahu.., dah meninggal dah hamba Allah ni rupanya.. isk..

Bini akupun ingatkan aku kenangan cari DVD cetak rompak Micheal Jakson 5 tahun yang lalu, aku senyum, dan berhenti sejenak melihat aksi Micheal jakson menari di screen kedai, sedang kopiah masih di kepala, dan seluar kaki masih bersenteng, lalu aku berjalan moonwalk ke depan, lupakan Micheal Jakson, aku dan berubah.., aku dah tua, aku dah buncit, imej aku tak sesuai untuk breakdance.., lagipun kau dah jadi arwah jakco, tak sedap pulak dengar lagu kau sedang kau dalam kubur ada banyak soalan nak kena jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir..

Mikaeel, selamatlah kau di alam abadi, lahir kau hitam, tapi mati kau putih, semoga hatimu juga putih sebab masuknya kau dalam islam, maka segala dosa kau Allah ampun dan ganti dengan kebaikkan… Subhanallah..

Maaflah sebab aku tak jadi nak beli DVD kau sebab kaupun dah arwah, al-fatihah buat kau…

Ps: Err, Tinna Turner hidup lagi ke.., Woha!

50 comments:

budak lunas said...

aku lak no satu.....selamat kembali hamka...tak jumpa pon kat istimak...

bakalmayat said...

Assalamu'alaikum

Xde org jengah blog ni kot. So aku jadi org pertama. =)

bakalmayat said...

arghh

budak lunas said...

hee...

hamka said...

walaikumusallam..

aku khitta 9.., nanti aku tulis entry sikit pasal ijtimak

ps: aku baru baca email dan komen, bagi masa aku balas mana yang patut

Norulhuda said...

saya selalu baca blog ni, memang kelakar. but i did't dare to leave any comment. :) (saya cuma seorang isteri dan ibu) anyway, keep writing saudaraku!

Norulhuda said...

oppss, kelakar dan dpt membri peringatan

MZ said...

Semoga abang Punk itu telah mendapat hidayah.
Ntah apa yang lawak tulisan dalam tandas itu.

Anyway, al-Fatihah utk Jacko.

Peluncur Islam said...

hehe... nasib baik hamka xkutuk teruk2 m.j.. cz aku seorang yg peminat m.j.. alhmdulillah skrg m.j dah masuk Islam.. betul ckp hamka..InsyaAllah dia lahir warna hitam tp last sekali kulit dia putih.. hehe..tfikir plak hamka mcm tu..hehe..

ni..jgn lupa hmka tulis pasal istimak..aku dok kat khinta penang..

Anonymous said...

en hamka...lame dh tunggu..welkam welkam...

ps : aku suke mj tp anti care dia menari huhuhu

yanz

LokmanHakim said...

Salam... Semoga MJ yang dah jadi arwah selamat dari pertanyaan Munkar Nakir...

Aku pun duk khitta 9 juga, mmg ada niat nak jumpa Hamka, tapi x ada rezeki agaknnya... Bukan sonang nak jumpa 1 orang manusia dalam ratusan ribu manusia dalam tu... huhu...

Member yang datang sekali ngan aku pun time tido baru jumpa, tu pun da tidor...

Apa pun teruskan azam keluar, Insya-Allah...

azharjaafar said...

Selamat kembali. Masa ijtimak, aku di khitta 2. Maklumla, org KL.

Mat punk tu mungkin dah taubat skrg. Kau tak selisih ngan dia ke masa pergi tandas di tempat ijtimak?

aku yang banyak taktahu said...

bca paper kelmarin dlu. tak dkebumikan lg MJ. disimpan dlm tmpt sjuk beku buat smntra wktu.

agknya, sdh disoal oleh mungkar nakir ke camni?

INTAN RH said...

Kelako la..hehe. Welkam back.

atap_aje said...

aku duk khitta 8, kota bharu, kan khitta 9 kan kawasan pahang. kenapa tak duduk kat khitta kuala terengganu.

betul cakap bro luqiem tu. kawan duk sebelah bedding pun susah nak jumpa masa ijtimak, ni kan duk sebelah khitta. lain la ko pakai lencana khidmat bilik air ke, khidmat taam ke.

imtiazsofea said...

wah2x

welcome back incik hamka!

dah taubat kot abg punk tu

ameennn..

heheh

Anonymous said...

salam
lama xde g mane?

Anonymous said...

yes mung doh kembali hamka...skang ni heboh org kate kemungkinang akang berlaku tsunami 22hb ni.....pa kate mung kupas skek.aku nok dengor

limaumaniss said...

alhamdulillah.....ingtkan nk stat dengan cite2 ijtimak ...rupanya2 MJ jadi pilihan....naasib dia dah islam....boleh trime la entry nie....

Dida... said...

Salam.. Saudara Hamka..

Selamat kembali ke dunia blogger...
Saya dah lama link blog saudara di blog saya... tp baru sekarang nk tinggalkan comment...

Apa yg ingin saya nak kata disini.. semua artikel2 di sini saya suka baca.. walaupun agak kelakar dan kadang2 pedas.. tp byk terselit pengajaran... syabas..
Teruskan berkarya...

hamka said...

Norulhuda
Dah berani akhirnya seorang isteri dan ibu, tahniah!

--------
an2blur

ntah ntah, abang Punk tu yang khidmat cuci tandas kat medan ijtimak, mana tahu?
Amin..

----------
Mat Khairil Bin Mohamed

Mj jugak pandai buat tarian ‘corpse walker’, kan?

-----------
Yanz

Dulu masa bebudak aku tengok TV, olek jer MJ menari, tengok kat U tube, rupanya ada bab pelik pada tarian dia, tapi tu masa dia kapir lerr, sekarang dah islam, belum sempat buat konsert, Allah dah panggil, ada khir tu..

---------
Luqiem

Yelah, najib dan anuar ibrahim yang datangpun aku tak sempat jumpa, inikan pulak jumpa driver keretamayat.. oh..

-------------
azharjaafar

aku solat biasanya kat khitta satu.. senang duduk bayan. Kat tandas aku selisih dengan kawan lama yang bertugas menghalau orang mandi sebab air tak cukup.., sampai orang berak tak sempat basuh..

---------
aku yang banyak taktahu

bab ghaib tak selari dengan yang nyata, bak kata XPDC dalam lagu semangat yang hilang:

“Di dalam kubur manapun, jasad aku di tanam, aku, akulah jua..”

------------
INTAN RH

Kau kenal ke nenek Tina turner? Heh!

---------
atap_aje

sebab siti nurhaliza orang pahang, teet! Salah, sebab aku kerja di Pahang dan banyak masa di Pahang

-----------
imtiazsofea

masih hidup, syukur pada Allah untuk nikmat hari ini.

-----------
kelisa biru

pergi jumpa saudara islam.., ramai sangat, ada ramai lagi yang tak jumpa..

---------
Anonymous tsunami

22hb? Patut jika ada tarikh penting, kerajaan kena masukkan gaji awal sehari, kan?

-----------
limaumaniss

kawan Tanya, kenapa tak update blog?, aku cakap, internet takde line, dia hulur broadband, aku bukak blog terus tulis peristiwa selamam di kedai DVD.., terus post, sori tak sempat tulis pasal MU tapi tulis pasal MJ, sori..

----------
Dida.

Da di du da di du da dam terima kasih daun keladi.., eh menyanyilah pulak

Ro Zhaf Zeck said...

mantap sungguh setiap tinta yg ko catitkan bro. tp sygnya kisah mj ni lagi dpt liputan meluas berbanding kisah Marwa Al-Sharbini di jerman 2.kenapa jd cmni bro.ak xnampak pon org malaysia wat demonstrasi kutuk peristiwa ni..alih asyok cite perkabungan mj je..

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum.. alamak,saya dok kt khitta 8(KB) sebelah khitta pahang ... ada maulaa razali .. kenal x??

a said...

abangHamka,
salam alaik
semoga abang sihat selalu

1. terima kasih atas perkongsian kisah mj dan rumah syetan tu
2. nak tanya sikit. apa maksud khitta? ijtimak?

p/s: maaf ya. ilmu ugama saya masih cetek walaupun bersekolah ugama dahulu.

bakalmayat said...

khitta = khemah
ijtimak = perhimpunan

p/s= kalau salah tolong tunjukkan

Anonymous said...

salam..

Eldest, (orang-orang tua dalam usaha agama).. telah menyampaikan nasihat-nasihat kepada alam nusantara Malaysia, Indonesia dan akan datang ke Singapura, (23-26 Julai 2009)..

kedatangan mereka bagaikan awan yang bergerak dan menurunkan hujan ke kawasan-kawasan tanah subur mahupun kering kontang..

pada mereka yang berakal, datangnya mereka adalah satu berita yang cukup gembira, apatah lagi kehausan 26 tahun yang tidak tertanggung oleh umat di Malaysia, namun, pada mereka yang berhati, datangnya mereka adalah sebagai penyambung sejuk hati untuk lebih menambah pengorbanan secara total, kerana usaha agama ialah sejumlah pengorbanan harta,jiwa dan masa seluruhnya kerana Allah SWT..

apapun yang bakal mendatang, usaha mengikut pesanan eldest seharusnya kita teruskan..
pada baki masa yang masih ada..
pada sisa jiwa yang belum sempurna taubatnya..
pada harta yang meluputkan keinginan akhirat lebih dari segalanya..

kenapa berjalan terbalik?..
ya, seharusnya kita berpatah jalan menuju sejarah yang paling dekat dengan Nabi SAW, kerana kehidupan zaman itu penuh dengan keberkatan agama dan penuh dengan keyakinan iman dan amal yang menarik bantuan dan rahmat Allah SWT..

-ibn sabil

Anonymous said...

salam..

selamat pulang hamka..
'glad to have u in peace..'
did we chat while at istimaq?.. maybe
-woha!

-adam

Anonymous said...

hati dah hitam la
cmne nk putih kan ek

suka mencarut said...

aku ada masalah dengar orang mencarut. kalau mood baik, aku rasa nk tergelak. kalau mood tak baik, aku rasa nak bagi penampar. *pang*!

suka mencarut said...

bro,
please tengok email keretamayat. ada soalan private yang saya tanya. pasal dot.dot.dot, dan ibadah fasihah.

:(

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fitriah said...

haha kelaka :)

hamka said...

Ro Zhaf Zeck

Mantap atau ‘mampan’?

-----------
Ibnu Mutalib

Kenal, suka pakai serban hitam, kahwin dua, yang tu ke?

-----------
Shahrul

Dah di jawab bakalmayat..

---------
Bakalmayat

insyAllah betul..

------------
ibn sabil

Benar.

----------
adam

: )

------------
suka mencarut

apa kata lepas ni, jika mood tak baik, moonwalk pulak.., he he

ps: sedang baca email..

----------
fitriah

:)

kartini said...

assalamu'alaikum

bro Hamka, apa khabar? abang dan pakcikku juga pegi ke ijtimak tu. dengar kata ramai gila yang pegi. ok, aku menunggu posting terbarumu tentang ijtimak nanti ;)

oh ya, pasal Michael Jackson tu, apakah sudah confirm dia mati dalam Islam? aku rasa kita perlu berhati2 untuk sedekahkan al-Fatihah kepada orang yang masih belum confirm agamanya saat dia meninggal. wallahu 'alam.

Anonymous said...

Salam saudara Hamka. Dah lama saya ikut blog saudara ni. Dalam bersahaja ada mesage dan ilmu yang baik yang boleh diambil panduan.

Lama saya tunggu cerita baru kerana saudara bercuti.

Hanisumayyah said...

Assalamualaikum


Saya pun menanti tulisan pasal Ijtimak....

Hanisumayyah

pinkyFaten said...

salams,
good writing..i like to read it always ;)

mizie said...

syukurlah pada Tuhan,abg hamka xjadi mayat lagi...kalu x..tentu x dapat baca tulisan yang best lagi..moga Allah sentiasa merahmati anda,keluarga anda..& saya.

hamka said...

Wardatul Shaukah

Dulu ada gak kisah orang yang tersalah bersedekah pada pelacur, pencuri dan orang kaya, beliau susah hati, tapi akhirnya hokum berkata, sedekahnya sah dan diterima yang mana akhirnya pelacur, pencuri dan orang kaya itu dapat hidayat…

Wailaikumusallam

------------
Kunang-Kunang

Terima kasih

------------
Hanisumayyah

:)

----------
Re-Young

: )

----------
Mizie

: )

suka mencarut said...

thank you sooooo much bro hamka. ehehe. lega saya mendengar jawapan tersebut.

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah bahana ijtimak 2 masih terasa sehingga sekarang..
dan lebih hepi sbb fmly saya yg mslimin pn sume g..
smg mereka dan org lain sme2 dpilih oleh Allah utk sme2 bt usaha agama...

ameen.^_^

kartini said...
This comment has been removed by the author.
faz said...

tahniah kerana selamat kembali!!!

satu pagi, waktu aku berjalan dari tempat parking ke ofis, aku berselisih dengan seseorang..

yang berjubah putih senteng atas buku lali...dengan serban saiz xxl..dan berkaki ayam..serta mata yang bercelak ala gothic..

serta merta aku teringatkan kau..

kartini said...

bro Hamka,

pelacur, pencuri dan orang kaya: jikalau mereka Islam maka benarlah kata bro Hamka, kerana mereka tetap seakidah dengan kita. tapi dalam situasi Michael Jackson, kita masih belum pasti sama ada dia seorang muslim atau tidak. sama halnya juga kita sebagai muslim, tidak boleh memberi salam atau menyambut salam non-muslim kerana kita dilarang untuk mendoakan non-muslim. bukankah begitu bro Hamka? perbetulkan kalau salah.

wallahu 'alam

Unknown said...

Hamka,

Aku klik jadi follower blog ko... pas tu dia kuar;

'Congratulations, Hasbullah Salih
You are now following Kereta Mayat'

Ah sudah...

Anonymous said...

wah, lama tak menulis, balik jaulah ker?

Anonymous said...

aku di khitaa 4, borneo...
markaz sandakan

MJ,IM,MU = 3 suku kata berbeza tapimendapat liputan meluas dan publisiti.

MJ = Michael Jackson @ MIkaeel ( w/pun tanam cara bukan islam, takda masalah...yg penting kt dlm kubur n bila bangkit nanti)

IM = Ijtima Malysia ( kurang lebih 200,000 hadir... punya susah nak bg pemimpin2 hadir dlm 1 majlis yg menjurus 1 malaysia..asbab ijtima pemimpin2 ni hadir tanpa dipaksa.. pilihan ALLAH --- rugi dan kesal yang amat andai aku tak termasuk dlm 200,000 itu, bayangkan kemaij ramai yg hadir , tetiba kite takde..sedih maa..huhu..ahaks)

MU = manchester united..( takde komen coz aku tak minat sgt... yg pasti 90,000 hadir tak dpt challege ijtima n itu pelbagai agama ., bangsa ..1 malaysia boleh kot...tapi 90% pakai merah sokong MU..)

penat..
Najmussobah

hamka said...

suka mencarut

Rujuk ustaz lagi lepas ni untuk mantop!

-----------
faz

Mesti dia handsome kan?

-----------
Wardatul Shaukah

Siapa yang dapat pasti benda yang ada dalam hati orang? Apatah lagi orang tu dah mati..

Baik kau sedekah yassin pulak..

----------
Hasbullah Salih

Ye betul, sekarang dah ada 500++ bakal naik kereta mayat yang berdaftar dengan aku, he he

-----------
Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali

Baru balik dari cuti memblogger yang panjang. : )

--------------
Najmussobah

Kalau MJ datang, khitta berepa beliau?, kalau MU dating, khitta apa pulak?

~fam~ said...

aku baru taw ape itu ijtima' pas aku bace kat blog ni...
misti best...tok perempuan ade ker?
teringin nak g...gugu

hamka said...

takde dik..