Jul 22, 2009

Apa ada pada Ijtimak?

(Hamka, tulislah sikit pasal ijtimak, kata korang yang buat aku kata: yelah, aku tulislah ni, lalu jari menari di keyboard, Chewah..., gaya laksana seorang blogger yang perasan blognya ramai orang baca-apa-apalah!)

Satu hari tu, di zaman kubur Nabi masih merah tanahnya, bertanyalah Abu Bakar Ra kepada anaknya merangkap isteri nabi iaitu Aisyah R.aha. akan soalan:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang ayah belum amal?”

Perghh, dahsyat, soalan tahap tinggi macam ni memang sesuai sekali di tanya oleh orang macam Abu Bakar Ra, lantas Aiyah terpaksa termenung panjang fikir dalam dalam akan apa Sunnah Nabi yang ayah dia belum amal, susah jugak nak jawab soalan camni, sebab Abu Bakar dah ikut semua Sunnah Nabi, sekarang nak check, kot kot ada sunnah yang tertinggal…

Hmmm, aku pulak yang termenung panjang, bukan apa, Cuba korang bandingkan dengan ustaz ulamak zaman sekarang, dan cuba yanya mereka soalan yang sama, iaitu:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang Ustaz belum amal?”

Tak payah aku fikir panjang, zasss, terus aku bagi jawapan, janggut takde, misaim melintang, seluar labuh cecah lantai, serban takde ekor, mata tak bercelak, makan pakai sudu, solat berjemaah tak istiqamah, masuk tandas tak tutup kepala, dakwah rumah ke rumah tak buat, takut iktikaf di masjid, kayu sugi rasa jijik, arghhh, banyak lagi ler.., korang fikirlah sendiri.. itu baru Tanya ustaz, cuba Tanya aku, lagi teruk.. hampeh!

Sambung balik, maka Aisyah r.aha bagitahu ada satu sahaja sunnah Nabi yang ayah belum amal (satu jer! perghh) iaitu, Nabi sebelum subuh, akan bagi makan pada satu orang tua yahudi buta dihujung kampong…

Maka bertolaklah Abu Bakar RA ke hujung kampong dengan niat nak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, waktu bagi makan, orang tua yahudi buta tu Tanya, lebih kurang cerita:

“anak ni siapa?”

Jawab Abu Bakar: “orang sama” sebab Abu Bakar takut jika orang tu tahu orang lain yang suap makanan nanti panjang cerita pulak, tapi orang tua tu dah tahu rupanya, lalu jawab:

“kau bukan orang yang sama”

Pelik bagi Abu Bakar, camna pakcik ni tahu aku bukan orang yang sama?, lalu Abu bakar RA tanya pakcik tu camne pakcik boleh tahu eden ni bokan orang yang samo? Lalu menjawablah soalan akan pakcik tu dengan satu jawapan yang buat Abu Bakar RA menangis..

Kata pakcik tua yahudi buta tu:

Orang dulu, dihancurkan dulu makanan sebelum suap, ni kau suap seketul macam tu, dah tentu engkau bukan orang yang sama..”

Menangisnya Abu Bakar kerena belum berjaya ikut Sunnah nabi 100%, dan mengakulah Abu bakar bahawa beliau adalah khalifah islam yang baru, orang yang suap makanan kat Pakcik dulu tu adalah Nabi Muhammad SAW…

Menangislah pulak pakcik tu terkejut dengar jawapan Abu bakar RA lalu terbongkarlah segala cerita yang mana menurut pakcik tu waktu orang dulu sedang suap makanan, beliau selalu caci Nabi Muhammad sebagai gila dan sesat lalu menasihati ‘orang dulu’ supaya jangan ikut Nabi Muhammad SAW padahal orang yang di caci itulah yang menyuapnya makanan sampai pakcik tu kenyang dan dampai orang dulu tu wafat..

Maka di waktu dan ketika itu juga, terus pakcik Yahudi buta tu mengucap dua kalimah syahadah dan terus masuk islam..

Moral of the story, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Aku ulangi:
Dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****

Sekarang aku nak tanya pada korang semua, akan sunnah Nabi manakah lagi yang korang belum amal?

Jawab, jangan tak jawab!

Ada banyak! Tak perlu aku tulis kat sini, korang jawab sendiri waktu nak tidur karang, sekarang, aku nak tulis satu sahaja Sunnah nabi yang besar yang kita tak buat sebab tak perasan iaitu:-

Kumpul semua ummat islam di satu padang dan bagi khutbah serta kerja ugama!

Susah nak cakap, perkara ni berlaku di saat akhir sebelum wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul, khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para sahabat, ada riwayat 144 ribu..
Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan ugama, hingga sekitar 10 ribu sahaja kubur sahabat di sekitar Mekah dan Madinah, mayat sahabat yang lain, berselerak di dalam bumi di seluruh dunia.. menitiskan air mata dan darah di hujung hujung dunia atas maksud ugama…

Jadi aku nak Tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal sunnah ni?

Bila kita boleh amal sunnah ni, wahai Ustaz?

Jawab sorang ustaz tu, kita akan buat ni bila kita dah berjaya perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, waktu tu dengan pemimpin islam yang sejati, maka masyarakat akan jadi beriman dan kita akan buat Muktamar secara besar besaran, dan kita akab bentuk jemaah jihad ke Palestiin, Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena serang dengan FRU, lagipun sekarang tak sesuai berkumpul, sebab virus H1N1 sedang merebak.. blab la bla itu ini begitu begini..

Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak menyedapkan jalan cerita.., dahlah tu Ustaz, betul jugak apa yang ustaz cakap tu, Cuma saya nak cakap, tak payah rasanya kita nak tunggu vaksin untuk virus H1N1 ditemui atau nak tunggu Kerjaaan sekarang jatuh, sebab bulan julai ni, bertempat di kuaters KLIA, akan dibuat satu perhimpunan ummat islam sedunia yang mana ramai ulamak akan datang, dan di jangkan 144 ribu ummat islam akan datang, khutbah akan di bagi dan kerja ugama akan diajar, dan jemaah akan dikeluarkan ke seluruh dunia,

Boleh InsyAllah?

Ok, cerita ni ditulis selepas ijtimak, 1000 jemaah telah di keluarkan sebelum dan selepas ijtimak, kedatangan ummat islam pulak adalah 200 ribu lebih, melimpah ke luar khemah, ulamak dunia ramai yang datang dan turut hadir adalah PM najib, Timbalan PM, Mufti, Yang Di pertua, MB-MB, dan ustaz ulamak, blogger jugak ramai yang datang..alhamdulillah.. ramia ustaz ulamak bagitahu pada aku terasan macam duduk padang Arafah.., SubhanAllah..

Maka bersyukur pada Allah Tuhan seru sekalian Alam, kerana pada hari ini, Sunnah Nabi yang besar dan memerlukan kerja sama ummat islam dari seluruh dunia telah berjalan dengan jayanya..

Dan Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat.. dan dari tapak ijtimak itu aku telah lihat ramai yang dapat hidayat, sebagai contoh seorang doctor pakar di kawan peruamahan aku, lepas pulang dari ijtimak, semalam dia yang call aku ajak pergi berdakwah dari pintu ke pintu, SubhanAllah.. ada jugak orang PAS dan orang UMNO yang sebelum ni kutuk mubaligh dari India sekarang mulai mengubah paradigmanya..

Sekali lagi, Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****


Cerita cerita sekitar Ijtimak secara ringkas.

Ada sorang Hamba Allah ni yang belum pernah bermujahadah tidur di jalan Allah, mengadu pada aku akan cuaca yang panas, aku cakap kau doalah, lepas dia doa, terus angin datang buat dia terharu.., lepas tu dia mengadu pulak banyak debu, aku nasihat, supaya sabar sebab debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar jalan Allah, diharamkan api neraka berserta asapnya, tapi dia tak sabar, dan berdoa jika hujan turun sekejap, itu yang terbaik, lepas dia doa, tak lama kemudian, hujan turun sekejap, sekali lagi dia terharu..

Aku pulak teringat kisah sahabat di jalan Allah, yang mana apabila bertanya kepada Nabi adakah cuaca yang panas akan menambah pahala di jalan Allah, maka Nabi benarkan pertanyaan itu, lalu tiba tiba seorang sahabat yang lain berkata, oh, kenapa cuaca begitu panas? Lalu sahabat ini bagitahu, “aku yang berdoa kepada Allah, suapa cuaca lebih panas agar kita dapat pahala lebih” Wallahulam…

Cerita lain, Aku dah lama nak jumpa saudara islam dari Negara lain, aku solat kat khemah cina dan borak dengan mereka, seronok dan terharu sebab jumpa saudara seugama walaupun berlainan bahasa, paling terharu jumpa rakan rakan yang bisu, ada juka aku dengar khutbah dekat dengan khemah orang bisu, di situ ada kebesaran Allah dalam dunia yang sepi sunyi, SubhanAllah..

Cerita lain, yang paling mujahadah kat tapak ijtimak adalah waktu nak berak, orang yang ramai dan air yang tak cukup yang mana kawan kawan aku dari kemaman terengganu yang bertugas khidmat di tandas terpaksa menghalau orang ramai yang mandi!!

“Tuan tuan, jangan mandi lagi dan yang mandi berhentilah mandi, sabarlah beberapa hari, air hanya untuk wudhu dan bersuci sahaja, jika nak mandi, mandi kat shurga, kat sana ada tujuh sungai”

Tersengih aku dalam tandas dengar kawan aku cakap macam tu..

Lepas tu keluar tandas, tiba tiba dari tandas sebelah keluar tangan manusia dari bawah pintu sedang memegang bekas yang kosong laksana pemintak sedekah, tapi ini real punya, cawan tu bukan nak mintak duit tapi nak mintak air…

Waktu makan, terharu sungguh apabila melihat kawan kawan aku yang pertama kali datang bermujahadah sanggup makan dalam satu talam, padahal mereka berbeza fahaman politik, UMNO, PAS, KEADILAN, bersetuh jari jari tangan menhabiskan sisa sisa makanan tanpa ada jijikpun.. oh terharu sungguh…

Ok, banyak cerita, cukuplah sebab aku rasa tak perlu reapeat apa yang blogger lain dah tulis..

Last, aku nak bagitahu pada semua orang surat khabar, contohilah Utusan Malaysia, sebab pandai betul mereka buat bisnes, bukan apa, bila dah ada perhimpunan melibatkan ribu ribu manusia, terus Utusan letak sebagai muka hadapan tajuk utama, kemudian ada pulak tulis, “lagi gambar kat dalam” maka banyaklah geng geng aku beli akhar Utusan hari tu (termasuk aku) sebab nak tengok gambar kot kot ada yang kenal atau ada muka sendiri, padahal sebelum ni jangan harap nak beli, tapi hampeh, dalam akhbar“lagi gambar kat dalam” tu hanya ada dua keping jer gambar, ada yang aku kenal, gambar Yang dipertua, tapi dia tak kenal aku..ish ish ish.. Apa-apalah..

Ok, last sebab tak puas hati dengan Utusan Malaysia letak gambar sikit sangat, aku post kat sini gambar yang aku ambik dengan kamera murah aku…





Ps: Gambar tangan dengan no 8 tu macam kenal kan?

61 comments:

faz said...

gambo tapak tangan!
give me 5!

(aku tak sempat baca lagik)

Peluncur Islam said...

heeee...aku memenangi tempat kedua dlm bab komen..

hamka2...

saye_pemalu said...

salam..
1st time komen.
tapak tgn tu unik.

azharjaafar said...

OK aku faham. Muka ko macam tapak tangan.

saye_pemalu said...

erm.. sy yg konfius ni nak tanye.

ijtimak itu ape sebenarnye.

Ummu Fatimah said...

Welcome back Hamka. Hari ni baru tergerak hati nk bg komentar. Apa yang anta tulis semuanya benar....

Anonymous said...

gimme five!

Fitriah said...

aah ijtimak tu pe?

Ismi Ijmi said...

camne leh masuk khemah cina??? bkn ada guard ke..

Ismi Ijmi said...
This comment has been removed by the author.
Ismi Ijmi said...

saya dah tanya kt n3 'kenapa berjalan terbalik' ... biasa dengar bayan maulana razali ke,haah,yg serban hitam..
quote doa die
"ya Allah,jadikanlah kami karkun2 kingkong"
haha,kalau ada mp3 bayan die leh ar tlg upload kt 4shared ye...

umie safwais said...

“Tuan tuan, jangan mandi lagi dan yang mandi berhentilah mandi, sabarlah beberapa hari, air hanya untuk wudhu dan bersuci sahaja, jika nak mandi, mandi kat shurga, kat sana ada tujuh sungai”

:) paling suka kalau ditegur mcmnie sejuk hati dengar,nak marah jauh skali...seminggu x mandi pun takpe...

patutlah ada org balik mcm kerbau berkubang... dah lama x jumpa air rupanyee...

systematiknyee khidmat lorry pun ada name tag...

Anonymous said...

hamka,
ada permintaan, senadainya tidak menyusahkan tuan, nanti dah dpt petikan bayan boleh tak lampirkan di sini boleh baca n print..

kami jauh di seberang kaut cina selatan ni susah nak dpt buku himpunan bayan IJTIMA Malysia nie..\

jazakallahukhairan

najmussobah

~Ummi Syaakirah ~ said...

terima kasih berkonsi nasihat...

Anonymous said...

salam...
ni ada link bayan ijtimak..
http://www.esnips.com/web/muxzais-BAYAN

ahlia danial said...

seblm suami boarding utk khuruj 4 bln ke IPB pkl 2 tadi dia sempat text 'xde yg boleh satukan ummat selain usaha dakwah Nabi ni'.

sedih sgt..tak pernah dia p lama mcm ni.tp redha kerana ALLAH nk islah kami sbb tu DIA pilih kami utk hadapi ujian ni sbg asbab hidayat tersebar seluruh alam.

ALLAH tak perlukan kami utk sebar agama/hidayah tp kami perlukan ALLAH setiap masa. dan kali ni bila ALLAH pilih, terasa tak da ssuatu yg lebih berharga dr keluar ke jln ALLAH.

sunyi lah 4 bln tak dgr 'live telecast' karkuzari bila dia balik dr mesyuarat/malam markaz.

Unknown said...

tangan ko dah tutup muka aku hamka... habih org kampung aku tak nampak.

Anonymous said...

muka aku pung!

eksp said...

aposal ada tapak tangan pulak tuh?

hahaha..

tak sempat nak jumpa ko kat ijtimak, hamka...

Unknown said...

salam..
Nice story!!
sambil tengok gambar sambil tengok tapak tangan ku... kenapa hanya no 8 jer... tidak 81? gambar tangan kanan cik Hamka tuu no berapa yer? bukan ker 18? kiri 81 + kanan 18 = 99 :)

Syurga fakir dunia said...

Salam, terimakasih kerana mendedahkan yang bukan aurat sahaja... tapak tangan, tapi mukanya mana?

identiti dirahsiakan said...

gembira aku tengok gambar-gambar mereka yang berkumpul mcm ni. aku cuma dapat rasa perasaan begini bila pergi solat jemaah sekali sekala di masjid atau surau.

hamka,
kalau tangan kau no.8, kedua-dua belah tangan aku no. 88. (lawan tokey nampak, AHAHA)

anonymous said...

a'ah-lah. gambar muka takde ke?

Dr. Bentara said...

RUGI RUGI TAK DAPAT PERGI....!!!

mizie said...

Samalah tapak tangan kita...and them saya berdahi luas..dahulu,kalu terserempak awek di jalanan,pasti saya akan sorokkan dahi saya dengan rambut,tetapi semenjak mengetahui yg Rasulullah juga berdahi luas..saya rasa bahagia..

abuyusof said...

maulana ilyas pesan: pada orang alim kita kena sangka baik.. ikram sahaja dia, jangan dakwah.. jangan tasykil..
karkuzari sahaja.. dengar jangan tak dengar..

Ziarah76 said...

salam tuan,
menarik tulisan tuan. sekadar berkongsi, sebenarnya dalam utusan malaysia ada 2 orang karkun. Seorang karkun 4 bulan jadi pengurus kilang dan seorang lagi karkun 40 hari (yg dah keluar banyak kali) jadi reporter kanan.
Kalau nak tengok sebahagian gambar yg diambil press boleh check dalam blog saya, http://ziarah76.blogspot.com


wassalam.

hamka said...

faz

Pergi cepat baca!

-----------
Mat Khairil Bin Mohamed

(geleng geleng kepala sambil senyum)

-----------
saye_pemalu

Itu baru tapak tangan, belum tapak kaki he he

----------
azharjaafar

Tapak tangan itulah yang banyak disunakan untuk bersuci..

-------------
Ummu Fatimah

Mudah-mudahan..

----------
Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali

Woha!

-----------
fitriah

Ijtimak tu macam muktamar, yang beza takde perempuan jer.…

----------
Ibnu Mutalib

Aku nak solat saf depan, ok jerr, takde guard

-----------
Ibnu Mutalib

Dia kelakar, selalu tasykil aku minum air telaga..

-----------
umie safwais

Aku tengok polis dan badan suka rela asyik minum ngeteh jer, bukan apa, sebab takde kerja, semua tugas dah dimuasyaratkan dan lantik orang tanggungjawab

---------
Najmussobah

Kau rujuk Azharjaafar.insyAllah

---------
Ibrahim & Jihan

Sama-sama

----------
ahlia danial

Dalam dunia ni, masih ada suami yang mencintai Allah dan Rasul lebih dari isteri dan anak-anaknya..oh! hinanya aku.

----------
Hasbullah Salih

Ada hikmah tu.. : )

-----------
eksp

bukti Alibi, tunjuk kat bini, karang tak caya abang pergi mana, he he

---------
Ummi Wafa (UW)

Nak tengok gambar tangan aku lagi sebelah, ada kat post, :
http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/sudahkah-anda-baikot.html.

Dan jumlah adalah 16.

-------------
A traveler looking for the right path dan ZHAF

Muka akan tunjuk pada mereka yang email dengan niat nak jadi isteri muda sahaja akan dapat, woha!

------------
identiti dirahsiakan

Perhimpunan ummat islam yang besar tanpa kerja ugama akan jadi fitnah..

----------
Abang Ben

Tahun depan FEB ada buat kat Tonggi, (rasanya)

----------
mizie

Sama macam ayat aku dalam entry “siapa Hamka”

-------------
abuyusof

Benar, aku sedang belajar, terima kasih ingatkan.

--------
mutakalim

Oh, patutler..,
: )

LokmanHakim said...

Salam... sesungguhnya aku sgt2 berkeinginan untuk berada dalam suasana ijtimak tersebut tiap2 hari...

Sepertinya lemah iman aku bila berada diluar suasana ijtimak tersebut untuk amalkan sunnah Nabi... Ohhh lemahnya aku... (Ya, Allah dimanakah Engkau nak letakkan aku kelak)...

Jangan ditanya apakah ada sunnah yang masih belum dibuat, tetapi mampukan aku istiqamah nak amalkan sunnah nabi SAW... (sambil mengeleng-gelengkan kepala)

X dapek den nak nolong ehhh...

MZ said...

Cerita pasal kawan Encik Hamka yang mintak angin tu kan, saya teringat beberapa pengalaman keluar di jalan Allah.

Alhamdulillah saya berpeluang khuruj sejak dari sekolah rendah sampai sekarang. Last keluar 3 hari tu di Hulu Langat.

Memang dalam keluar jalan Allah, setiap apa yang kita kata itu adalah doa. Mintak apa saje Allah bagi cash.

Masa umur 12 tahun, khuruj 15 hari di Kuantan, ada ahli jemaah cerita pasal durian, tak sampai seminit Allah hantar durian sebakul.

Macam-macam lagi lah pengalaman doa dimakbulkan.

Baru-baru ni sebelum makan ahli jemaah kata "Nasi Briyani ni sesuai minum ngan air Bandung ni"
Pergh.
Tak sampai 5 minit datang air Bandung ntah sape yg bagi.

Tu belum kisah Allah maha adil.
Masa saya tingkatan 5, khuruj ke Sibu, Sarawak. Rumah pertama bayan hidayat kat semenanjung besar gile. Rumah orang berada di Shah Alam. Tapi ada masalah air rumah dia hari tu, air takde.
Sampai di Sibu, rumah takde la besar mana. Tapi air melimpah-limpah keluar sebab ada masalah paip kat rumah dia.

Kesimpulannya:
i. Masa keluar doa mintak hidayat utk seluruh alam tu penting.
ii. Jangan risau apa-apa pada tempat nak yg diputuskan. Allah sentiasa ada bersama.

Usaha, Iman, Amal.
Peace no War.

sepohonkayu said...

salam tuan...

ade 30 orang calon 4 bulan IPB 2010 atas kertas dari UPSI...

doa untuk kami...

***

Norulhuda said...

adoih...macam mana ni??? aku yang kena puasa ganti ni duduk office beraircond pun rasa macam nak pitam. Macam mana ni, terlalu banyak sunnah yang belum dibuat. Macam mana ni!? orang2 disekelilingku masih ramai yang belum bersolat? macam mana niii?? solat aku sendiri cemana kualitinya?? suamiku? anakku??? arrgghhhhhh!!!!!!!!! tensionnya!

Acik fosilmitra said...

Salam...

Belum pape dah message yg ke-32... hmmm... terima kasih atas posting saudara...

Tak kesampaian nak ke sana... isk isk isk

mrstudent said...

cerita pasal doa,sebab tu la time kita masuk sesuatu kg @tempat,amir sab ingatkan,pebetulkan niat,jgn pikir makanan,nnt xpasal2 ada org hantarkan..

masa bayan taaruf lak,kita gtau org tmpatan yg jemaah xhrpkan makann @ pakaian pnduduk tmpatan,sebab msg2 bwk duit..
tp masa dan diri p.t.
bila2 masa bro hamka tlg post pasal air lak ye....
hehe

limaumaniss said...

en Hamka..tolong bagi pendapat, jawapan atau cadangan....

aku di opis diapit oleh 2 orang non muslim di meja sebelah kiri dan kananku...jarak pon dekat2 jer...nak bersembang tu memang senang la....tak payah jerit2, memang boleh dengar....tp masalahnya dua2 lelaki...

sebagaimana yang ko tulis tu...
kalau kita buat sunnah nabi pasti ada yg dapat hidayaat...maka dengan itu ada apa2 tak yg aku bleh buat/ sunnah apa lg yg aku bleh buat....mudah- mudahan mereka ni dapat hidayat ALLAH...aku tringin sangat nak berbaik dengan mereka ..sedaya upaya berbuat baik...sebab dakwah paling mudah adalah dengan akhlak kita sendiri kan...?hmm...ada jugak yg nampak berminat dengan hukum hudud sbb dia ada tanya aku tentang hukum hudud..tapi aku x abeh xplain lagi (bab hudud ni pon kalu nk bg pandangan atau nk tambah info..silakan la yer..)

jadi perkara utama nya kat sini apa lg yg bleh aku buat..untuk bawa mesej agama islam ni kepada non muslim tersebut...sesungguhnya memang sangatla banyak sunnah nabi yg aku masih belum buat...oh!!!

aku juga dalam proses membawa mereka ni join program "Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk" yg aku tengah handle ni...harap sangat mereka dapat p...moga2 beroleh hidayah dari ALLAH...

so..whats ur opinion n suggestion bro Hamka?

promo sikit Seminar tu..

JEMPUTAN KE SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK

Tarikh: 1-2 Ogos 2009.
Tempat: SK 2, USM.
Yuran: RM 5 untuk pelajar / RM 10.00 lain-lain
Tarikh tutup 30 Julai 2009.
penyertaan:

Aturcara Seminar Dakwah pada 01 Ogos dan 02 Ogos 2009.
1 Ogos 2009

08:30 – 09:00 Pendaftaran
09:00 – 09:10 Bacaan Quran
09:10 – 09:30 Ucapan Pengarah Dan Perasmian
09:30 – 10:15 Sesi 1: Liku-liku pengalaman saudara baru – Joannes
10:15 – 10:45 Kudapan
10:45 – 11:30 Sesi 2: Bencana meninggalkan dakwah – Kamarul zaman
11:30 – 12:15 Sesi 3: Tangan-tangan mengubah dunia – Syaikh Abdullah
12:15 – 01:00 Sesi 4: Slaid renungan...
01:00 – 02:15 Solat, Makan tengahari.
02:15 – 02:45 Sesi 5: Selingan .....Kisah benar. – Kamarul zaman.
02:45 – 03:30 Sesi 6: Komunikasi berkesan dalam dakwah. - Joannes.
03:30 – 04:15 Sesi 7: Cabaran permasalahan saudara baru – Kamarul zaman
04:15 – 05:00 Sesi 8: Cara dakwah kotemporari – Nadir.
05:00 Minum petang dan bersurai

SLOT KHAS
09.15 – 11.00 mlm Ceramah umum: "Mengapa ISLAM pilihanku?" Johannes

*********KEMASUKAN PERCUMA, SEMUA DIJEMPUT HADIR******* ***

2 Ogos 2009

09:30 – 09:45 Sesi 9: Persiapan seorang da'i. – Kamarul zaman.
09:45 – 10:15 Kudapan
10:15 – 11:00 Sesi 10: Menelurusi perjuangan Ahmad Deedat - Kamaruddin
11:00 – 11:45 Sesi 11: Soalan lazim - Joannes
11:45 – 12:45 Sesi 12: Soal-jawab
12:45 – 01:00 Penutup dan bersurai.


Wassalam,

Yusni
019-5266677

Ab Razak Hj Ahmad said...

Was there masa ijtimak. Takkan tak pergi coz buat at my Halaqah (Labu/ Nilai. Halaqah yang dicemburui oleh beribu halaqah di Malaysia kerana dipilih sebagai tempat ijtimak.... Memang ajib....

anonymous said...

nampaknya, tak dapatlah. :( kata handsome.

anonymous said...

oh ye bro hamka, saya nak tanya. waktu ijtimak ni, ceramah ke apa ke disampaikan dalam bahasa apa?

(saya nak tahu,please. maaf la. saya ni jahil. )

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Alhamdulillah, ijtimak telah berlangsung dengan baik... insya Allah. Semoga Allah terima ijtimak untuk jadi asbab hidayah kepada kita dan seluruh umat, serta Allah ampunkan segala kelemahan dan kekurangan yang ada.

Dan, jangan kita lupakan ijtimak mingguan umat Islam di Masjid Jamek Bdr Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. Bermula Asar hari Sabtu dan tangguh Isyraq hari Ahad. Semua kaum muslimin dijemput hadir.

Kepada yang tinggal diluar kawasan Lembah Kelang - Tjg Malim - Bentong -Semenyih; boleh semak ijtimak mingguan di kawasan tuan2 di http://tugashakiki.info

Mohon... sudi-sudikan doa untuk saya yang faqir ini...

Wassalam.

abU.NawasT said...

Aku masih tak faham.

syafiqa salim said...

ijtimak ni..
apa yang korang buat semasa ijtimak eh?
macam kem zaman skolah dulu ke?

Anonymous said...

Aku dengar dari orang yang pergi sendiri ke ijtimak tu. Dia kata ijtimak kali ini tak capai matlamatnya. Sekadar berhimpun & beli-belah krn ramai peniaga berniaga kat situ. Tolong saudara komen sikit

atap_aje said...

yang pergi ijtimak tak duk dalam amal memang la tak capai matlamat, lari maksud.

kawan ko ke camtu? baik takyah pergi kalau duk lepak kat khemah, dan beli belah je.

matlamat hadir ijtimak akan tercapai apabila duk dalam setiap amal yang ada.

saudagar said...

salam,

hakikat pengorbanan akan timbul sayang, yakin dan fikir risau. Dlm usaha dakwah & tabligh, ketiga2 sifat ini akan hadir pada agama dgn asbab korbankan diri, harta dan masa di jln Allah.

Aku tak berkesampatan p ijtima, huhu. masih yakin(iman) pada masa dan harta. Doakan aku kawan supaya jadi mayat dgn bawa iman yakin yg betol pd Allah & diberi kebaikan dlm bentuk kefahaman agama.

azam 4 bulan setiap tahun. Belajar2 beri masa 1/3 utk agama.

Salah seorg karkun tempat sy, Hanzalah, mati syahid smsa keluar 4 bulan route tempatan, Sandakan. Nasihat dia, jemaah yg tangguh awal supaya jgn balik dulu sblm mati syahid di jln Allah sebaliknya dialh yg 'pergi' terlebih dahulu. Mayatnya seperti org hidup dan tampak senyuman di bibirnya.

Selepas atuk dan nenek, ayah dan ibu, keluarga jauh dan terdekat, org2 dikenal & tak dikenal, kini kita sedang menunggu giliran utk jadi mayat. Nak jadi mayat reput atau nak jadi mayat hidup di sisi Allah? Heh?

duniasementara said...

aku kalu ustaz x amal sunnah tu aku x hairan sangat... tapi yang tak singkat seluar tu aku hairan... banyaknye la hadis2x ancaman kalu x singkatkan...
ustaz2x tu x tahu ke hadis2x tu sebab tengok diorang pun bagus2x dan baik2x gak... ke tak pe tak singkat seluar... dah yang ancaman tu... cube bro hamka komen skit...

hamka said...

Luqiem

X dapek jugak eden nak nolong ehhh...

---------
an2blur

aku masa ijtimak nak minum teh tarik, sekaliteh tarik free daa, lepas zohor pulak jemaah khdmat buat the tarik ais pulak.., (mungkin yang belah pagi tak habis-jangan membazir…)

---------
sepohonkayu

alhamdulillah..

------------
Norulhuda

Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, err, ingat yang macam mana?ingat bahawa usaha itu kerja kita tapi hidayat itu kerja Allah…
Dah habis belum puasa ganti?, dah dekat nak puasa pulak ni..

--------
Acik fosilmitra
isk isk isk

---------
mrstudent

pasal air? Tak paham? Air apa? Air kelapa? Air kepala?

---------
limaumaniss

Dakwah orang kafir yang paling ‘bagus’(bermunasib) dibuat oleh para Mua’alaf, jadi alang alang kau dah jumpa saudara baru dalam seminar, pandai pandailah kau adukan mereka..

---------
abikhsan

Kuantan ada mintak untuk jadi tuan rumah, tapi dengar khabar tak layak dari segi tenaga kerja, dan aku duduk kuantan, oh, tahulah sudah bahawa akulah antara orang yang buat kuantan jadi tak layak.. isk

-----------
ZHAF

Ceramah disampaikan dalam bahasa penceramah, sekiranya pencermah berbahasa urdu, akan berceramah dalam bahasa urdu, Cuma ceramh akn berhenti dalam 5 minit, dan pengalih bahasa akan alihkan bahasa ikut khemah, yang aku dengar, bahasa Malaysia, English, arab, india, myamar dan yang aku Nampak pulak bahasa bisu.

-----------
Gunawan Aziz

Walikumusalam
Kat kuantan di Batu %, masjid mat kilau, di Terengganu di Kubang Bujuk

----------
abU.NawasT

bila tak faham, hendaklah sampaikan kepada orang yang lain sehingga mereka lebih faham dari apa yang kita tak faham

------------
SYAFIQASALIM

Tak, macam zaman sababat dulu dulu (harapannya begitulah)

-------------
atap_aje

kirim salam kepada kawan yang kau jawab komen ni

----------
saudagar

: )

-------------
duniasementara

Allah yang bagi faham, ni semua nak kena kaji balik perbezaan antara FATWA dan TAKWA
Wallahu’lam

Ps: Kepada karkun atau yang semakna dengannya, iaitu yang komen kat blog aku, sila elakkan istilah yang orang awam tak faham, nanti mereka tak selesa... terima kasih beri kerjasama.

: )

pokcik_mat said...

bilala aku nak merindui mati...?

nuril iman said...

Salam,..
erm hope sihat sejahtera
sy nk mintak izin link kan blog bro hamka ke blog sy,..
err..salah2,..sy nak bgtau bro yg sy dah link kan blog kereta mayat ni ke blog sy,..sbb dah link kan pun...huhu

jgn marah haa..

~fam~ said...

ape jer aktvt ijtimak 2?
seyes...aku x pernah taw pasal ijtimak hinggalah aku bace blog hamka ni...
dah r lame gler nk tnggu baru ade posting baru....huhu

AFITI said...

garisan tapak tangan kita sama...sy pun straight juga...sejibik..

org tua kata..sedap jer kena penampar tangan garis macam ni..

org tua kata...buat apa2 perkara mmg kena dan berjaya..

org tua kata...kalau nak baling batu pada ayam..sure tepat sasaran..hehehe...

orang tua kata...telus..dan encik keranda mayat ini ank sulung kah???

Tapi Tuhan kata..orang y tapak tangan spt ini...???HANYA Allah yang tahu..keunikan setiap hambanya...

kumbang said...

tumpang lalu..tabik ar pengisian blog ko..mm..

van qif said...

tangan sape tu..sibuk jer...hahaha.. satu malam tu masa ambil air minum lalu khitta Kuantan & Jerantut...terdetik nak cari ko, tapi batalkan niat sebab dah pukul 12 lebih..

Aku pun tersesat masuk khemah foreign masa solat asar..Lepas maulana pesan suruh orang tempatan ikram foreigner baru aku berundur ke belakang..

hamka said...

...antikapel...

Aktiviti ijtimak boleh search blog Azharjaafar punya link

----------
AFITI

Tak suka tampar orang, suka siku dan lutut, sekarang musim ong bak.
Tangan dalam gambar tu, tak Berjaya makan nasi melaluinya

Tak pernah baling ayam, baling tulang ayam ke dalam tong sampah kadang kadang tercicir ke luar, nasib baik orang rumah rajin kutip

Aku bukan anak sulung…

Sekian

------------
Mr.LO

Keretamayat ni orang tumpang lalu dik, orang tumpang terus ke kubu,heh!

-----------
van qif

takde rezeki ler tu.

: )

ahmiez said...

gamabr yg ko ambik tu mmg guna kamera murah..huhuhu..

charisteas86 said...

aku khitta 12..bsme2 jemaah jitra sbb bru blk tasykil..nak sgt jmpe en Hamka..

hamka said...

aku guna kamera handpone daa..

Sha-na.Szied said...

AKU lambat bace.

enttry nih sgt best... terharu nye.
aku mmg la x byk wat sunnah nabi, nmpak nye bukan aku je..sumer org kot hehe!

ijtima' = berkumpul kumpul kan.
bayan = ??

nak bace entry baru..tengs :)

p/s: tapak tgn kawan aku jugak.. haha!!

hamka said...

bayam: sejenis sayur

bayan: ceramah

bayang: lembaga hitam yang mengekori

bayang lepas: isi sendiri

barang: isi sendiri

barang yang lepas : jangan di kenang

Fatimah Taib said...

ya Allah terus menitik air mata baca kisah usaha sahabat besar Rasulullah saw Abu Bakar tuk mengikut sunnah baginda...Subhanallah
selanjutnya belum sempat nak baca...

hamka said...

(aku hulurkan tisu dan sapu tangan)

Trina said...

salam.. 1st time komen. tapak tgn tu unik.