Apr 30, 2008

Siapa yang Rosak?

(Save the Cheerleader, Save the World)

Satu petang yang damai di sebuah kaferia…

Gelembung teh tarik pecah satu demi satu, isipadunya didalam gelas semakin berkurang, di sebelahnya gelas itu, satu pinggang kosong terisisa habuk habuk roti bakar bersama sehelai tisu,

Roti bakar berintikan peanut, lokasinya sekarang dalam mulut aku, di gigit aku akan roti itu sambil mengunyah perlahan-lahan, sesekali aku pindahkan gumpalan roti yang sedang dipenyek dengan gigi garaham itu kekiri dan kekanan pipi, aku gunakan lidah dalam proses pemindahan tersebut.., kalau takde lidah, nak alihkan makanan terpaksalah guna sudu, ye tak?

Hebatnya Allah yang cipta lidah untuk manusia, boleh guna untuk berkata-kata, boleh guna untuk merasa, boleh pula guna untuk alih makanan dalam mulut, boleh guna untuk jilat sisa sia inti kacang di luar bibir, boleh guna untuk jilat setem, untuk inzalkan pasangan, untuk itu ini begitu begini…

Kerana Lidah masuk shurga dan kerana lidah juga masuk neraka..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. manakala Mamat terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut menyampuk dan mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex.”

(Ini cerita lama, dan cerita minum petang ini pun dah lama, 2 ke tiga minggu yang lalu…, )

******

Bercerita tentang Shilpa Lee yang pandai matematik, Aku kadang-kadang terfikir akan beberapa soalan matematik yang tak mampu aku jawab, seperti berikut.



  1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,
    Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.


  2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?


  3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.


  4. Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?


  5. Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
    (Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)


  6. Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

Heh! Jika soalan berbentuk begini yang digunakan dalam pelajaran matematik, aku rasa mungkin akan insaf sedikit para pelajar kita dan mungkin, Shilpa Lee akan batalkan niat untuk mengajar matematik sambil buat hubungan seks, mungkin?

Kita balik kepada lokasi kaferia di awal cerita..

****

Rewind sikit..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. dia terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex. Rosak ugama macam ni”

Aku lap sisa serpihan roti bakar yang mungkin melekap di janggutku, lalu berkata..

“Yang rosakkan ugama bukan sufiah, sufiah rosakan diri sendiri, yang rosakkan ugama adalah ustaz ulamak yang bagi fatwa sesat.., macam ugama yahudi dulu-dulu, yang rosakkan ugama mereka bukan pelacur yahudi, tapi ahli kitab yang ubah maksud kitab demi kepentingan diri sendiri…, maka rosakklah ugama…”

“Di akhir zaman yang paling dahsyat, ulamak yang memandang dunia, tabiaatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium akan mati jiwanya”

Aku sempat pulak bermonolong dengan ciplak lirik lagu dari arqam-perstiwa akhir zaman.

“Jadi kau nak kata, rosakknya ummat ini kerana ulamak yang rosak?”

“Tak juga, sekiranya kita rosak, kita tak boleh salahkan orang lain yang rosakkan kita, kes sufiah yang kononnya masa kecik kena dera seks, bila besar balas dendam dengan brutal fashion. Arghh, aku malas cakap bab ni…"


Aku minum air, berlagak malas nak bercakap bab dunia yang rosak, tapi habis sahaja minum air, aku sambung lagi cakap…

“Dunia ni dah lama rosak…, Dulu kalau tak silap aku ada sorang ustazah yang comel dan jadi Mentari berkata,: sorang perempuan yang terdesak, boleh melacur untuk menyara kehidupan, tak pasti sama ada beliau sudah menarik balik kenyataannya atau masih berpegang teguh…, tapi bab darurat, pura pura murtadpun di benarkan, cuma... sejauh mana darurat boleh itu di mata kita dan sejauh mana darurat itu di benarkan dalam pandangan Allah.., yang penting kita doakanlah untuk mereka”

“Siapa? Sufiah Yusof atau Mashitah Ibrahim?”

“Aku, engkau, Shilpa Lee dan Dato’ Mashitah.., semua kita kena pakat pakat doa hidayat, terutamanya aku, aku sendiripun banyak rosaknya..oh”

Kata aku, sambil order lagi 2 set roti bakar berintikan peanut, Sedap pulak…, kata aku dalam hati..

“Banyak kau makan, ni nak rosakkan tubuhler nie, berapa berat badan kau sekarang hamka?”

Eh, apsal pulak tukar topic perbualan ni.., kenapa tiba tiba tanya berat badan pulak, macam orang perempuan kecoh kecoh. Bisik aku dalam hati.., tapi bagus jugak tukar topic, malas dah nak cakap bab ‘rosak-rosak’ ni..,

“Kau tahu mamat? Ini lagi bukti bahawa dunia ini dah rosak, kebanyakkan alat penimbang yang aku timbang, banyak yang dah rosak, tiap kali aku check berat badan, mesti angka penimbang tu makin naik.., tak kira jenama tempatan atau luar, sama sajer, hampeh!”

Mamat gelakkan aku dan kita habiskan cerita itu kat situ… Apa-apapun, kepada Sufiah Yusof, ada masa boleh kita minum teh tarik sambil borak panjang-panjang.., aku nak tanya soalan matematik, nanti aku belanja kamu roti peanut, heh!..
(Semoga Allah ampunkan dosa kita dan sentiasa bagi peluang untuk kembali)

Ps: Remember this... save the cheerleader, save the world ... OK?: )

Apr 25, 2008

Hilang dalam terang?

(Selamat hari bumi, selamat berbakti kepada bumi, LHDN dah isi belum?)

Bumi ini sudah terlalu tua untuk manusia hidup selama-lamanya disini, akrian, terdapat segelintir manusia cuba mencari bumi baru untuk manusia akan datang, tapi masih tak jumpa dan tak akan berjumpa kerana Allah telah siapkan dunia akhirat untuk semua manusia tinggal di sana, tiada satu orangpun boleh mengelak dari tinggal di dunia akhirat, baik orang jahat mahupun orang baik…

Dan di akhirat hanya ada dua tempat sahaja, dan semua tahu sudah…

Baiklah, pendek cerita.., Setiap 22 April dan bermula sejak Tahun 1969 lagi, manusia pakat-pakat menyambut Hari Bumi… dan aku bukan nak cerita tentang bumi, rimba dan lautan tapi aku nak cerita tentang cerita lain iaitu pada bulan april yang sama, sejurus sebelum Hari bumi, aku terima email ini…

**************
Assalamualaikum Hamka,

Dulu pernah saya email mengenai kawan saya yang bawa saya pergi belajar ilmu agama dalam bilik tertutup duduk berdua dengan lelaki muhrim. Hamka, saya rasa sekarang dia dah jadi orang kuat kumpulan tu. Ada saya tanya kawan serumah dia.. dia tak baca al-quran.. hanya baca tafsir. Teman lelaki dia pulak salah seorang orang kuat kumpulan tuh jugak... semalam jumpa saya tanya dia kata dia tak mahu bagi tau apa pon. Saya tanya lagi kawan serumah dia, kalau benar apa yang dia sampaikan pada sayalah, kawan saya ni dah pandai panggil kawan yang lain kafir pasal tak join kumpulan tuh.

Sekarang saya tengok dia lagi pelik, out of focus, Saya tak tau nak buat apa…
Kalo saya call kawan saya ni tanya dia dimana.. dia kata "kat langit", maybe dia buat lawak je kot. Kumpulan ni macam nak ikot sunnah nabi... ye la dulu awal-awal nabi dakwah cara tersembunyi, mereka pon buat cara begitu. saya ingat lagi, bila saya tanya kenapa tak buat kat masjid, macam macam alasan yang diberi.

Pls, Hamka, saya sayang kawan pompan saya sorang tuh. dia warak.. semayang tak tinggal tapi mudah terpengaruh. Banyak duit dia dah habiskan untuk kumpulan tuh.

Apa saya boleh buat sekarang?

******

(((Apa aku boleh buat sekarang? kejap, aku cari dulu email pertama yang kamu maksudkan, melalui search gmail, susah jugak nak cari, klik sana, klik sini, dan akhirnya jumpa jugak email pertama kamu, oh! Email yang aku tak jawab lagi sejak 6 bulan yang lepas rupanya, takpelah, ni kira remind aku balikler ni, aku cuba jawab lebih kurang…)))

******
Email terdahulu


Assalamualaikum saudara,

Kiranya tak mengganggu hari saudara memikirkan apa yang nak ditanya oleh otak kosong saya ni, pernah dalam 2-3 bulan lepas, saya di bawa kawan dengan penuh rahsia dan dia tak mahu diberitahu kemana arah tujuan. (Naik kereta-malam pulak tu). Hati sungguh bengang memberontak ingin tahu arah tujuan. Bila sampai. Saya di bawa ke satu rumah kedai. Terdapat 2-3 buah bilik. Terdapat seorang lelaki yang di tugaskan di dalam sebuah bilik. Berteman kan kawan saya ni, dia berkata kita akan mempelajari al-quran.

Terdapat sebuah meja, beberapa buah kerusi duduk mengadap, tafsir al-quran dan white board. Malam itu ada dua lelaki yang akan bercerita dan quote ayat-ayat al-quran dan mengaitkan tentang apa yg berlaku di zaman sekarang.

Apa yang di sampaikan tak nampak mana yang terpesong, tapi caranya,hrmm boleh tahan.., bagai setiap inci al-quran sudah dihafal. Dia akan mengambil isi darr al-quran dan membuat perbandingan/persamaan dengan zaman ini, banyak berkisar tentang ISLAM zaman sekarang dan dahulu, pekara yang sentiasa berulang sejak zaman nabi hingga sekarang.

Saya tak puas hati dengan cara penyampaian yang bersembunyi macam tu, saya nak tahu kenapa. mereka cuma kata saya akan tahu nanti. Selagi hati rasa ragu-ragu, macam mana ilmu nak lekat?.

Kata-kata yang keluar dari mulut kawan saya,:

"MANA YANG LEBIH PENTING?
CARA YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU TEMPAT YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU ILMU YANG NAK DISAMPAIKAN".

Banyak dia habiskan duit ke sana-kemari jemput/hantar kawan-kawan dia. Sampai lewat-lewat malam. Demi ISLAM katanya.

Tempat yang saya pergi tu somewhere in Klang Lama, tempat banyk penempatan orang cina dan india. Semacam tarikat yang saya sendiri tak jelas latar belakang. Sesi akan di adakan di bilik kecik, whiteboard, tafsir al-quran. kawan saya jadi peneman, sebab itu pertama kali saya pergi. Pintu bilik akan di tutup. Saya tidak di benarkan bertembung dengan kumpulan lain. Banyak lokasi-lokasi kumpulan macam ni.

Yang jelas, penyampaian secara tersembunyi. Di rumah kedai yang di hias seperti rumah keluarga, tetapi menjalankan kegiatan menyampaikan al-quran.

Saya bertanya sendiri kepada penyampai, kenapa perlu buat cara begini, bersembunyi macam ini, dan pulak kenapa tak boleh buat secara berkumpulan. Kenapa PERLU secara individu. Kenapa tidak saja buat di masjid atau surau. Saya nak berhujah setiap apa yang dia kata, ilmu maseh cetek dalam otak. Tapi dia tanya saya balik "berapa kali pegi masjid/surau?" dia kata lagi "banyak protokol nak guna masjid dan surau"

Saya akui memang jarang. Saya ingin tahu kenapa dengan cara begini. Memang saya jenis yang tak puas hati selagi saya ragu-ragu.

Dia kata nabi dulu sebarkan islam mula-mula, di buat secara individu, bukan sekali, ramai. Tapi setahu saya dulu nabi terpaksa buat macam tu untuk mengelak dari orang kafir. Wallahualam. Saya banyak buat rujukan tanya kawan-kawan yang belajar di al-azhar, tanya sana sini semua jawapan tidak menyebelahi cara penyampaian yang sedemikian.

Saya baca blog saudara dari entri pertama sampai terkini, banyk menitik beratkan jemaah di masjid, masjid kosong, banyak lagi. Nak tahu sangt pendapat saudara mengenai pekara ni. Sebab yang join aktiviti tu kawan baik saya sendiri. I may be wrong, in every way. Cuma ingin tahu pendapat saudara.

Sudi ya, beri pendapat. Amat-amat membantu saya ni.

Terimakasih bangat.

**********

Hamka said:

Walaikumusallam…

I

Tentang isu ini, sebenarnya aku dah tulis panjang lebar bawah tajuk “siapa benar”.

Pendek cerita, masalah sebanar yang kau nak tanya adalah,

AKU RASA PERKARA INI TIDAK BETUL, ENCIK HAMKA PULA, BAGAIMANA?

Jadi, aku mintak banyak-banyak sebab aku tak tahu sejauh mana kebenaran kumpulan itu.. , apatah lagi aku tak tahu apa yang mereka tafsirkan, maka aku tak boleh kata mereka salah dan sesat…

Namun, secara mudahnya, Sesatlah sesiapa sahaja yang tersalahTAFSIR AL QURAN..

Jadi acu cuba try test tengok cara mereka tafsir ayat ini:

“Wahai orang yang beriman, berimanlah…”

Secara mudah tamsilnya, ayat itu mengulang perintah atas apa yang telah di kerjakan, kira macam kalau korang sedang duduk, aku sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”

Tentu korang konfius dan marah bukan? Sebab korang dah duduk, kenapa nak suruh duduk lagi, baik aku berdiri!

Aku terus sound:
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”

Lagi sekali korang konfius dan marah kat aku, bilang aku bodoh, sebab korang dah berdiri, kenapa nak suruh berdiri lagi?, baik aku duduk!

Aku dengan tabahnya sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara kau duduk tu cara Berok duduk, cara Yahudi duduk, ikut suka engkau saje!!!

Jadi.., Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita sebenarnya masih belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman..

Beriman yang mana apabila mendengar nama Allah, akan gementar hati..
Beriman yang mana apabila di baca ayat Al quran, akan bertambah iman…

Jadi perkara pertama dalam nak mebenarkan satu satu ajaran ugama, cuba tengok tafsir mereka tentang solat berjemaah, bukak Al quran surah Al taubah ayat 18, atau ayat Al-Baqoroh:43 yang berbunyi: rukuklah bersama orang yang rukuk..

Jika Ustaz tu semua tafsir kita semua wajib(fardu kifayah) solat berjemaah, kira betulah, tapi jika ustaz tu tafsir tak payah solat berjemaah, maka mulalah aku akan ragu-ragu kepada mereka.., yelah?, dah kita di perintahkan agar beriman macam Nabi beriman, dan bersolat macam Nabi bersolat, tapi ada pulak ustaz-ustaz yang tafsir ini zaman permulaan islam nak kena dakwah sembunyi-sembunyi dan perintah solat masa tu takde lagi, lalu tak payahlah solat..

Maka, tak payahlah ikut mereka, dah ternyata kesesatannya…

Kesimpulannya,

Kebanyakkan manusia ini ada sikap buruk tersendiri yang nafsu suka seperti malas bersolat, suka mengumpat, malas mengaji, malas berdakwah, nak berzina dan lain lain..

Yang mana jika ada ajaran ugama yang benarkan dan halalkan tabiaat buruk mereka, suka sangatlah mereka, sehingga sanggup buat apa sahaja, dan sanggup mati untuk pertahankan ‘kebenaran’ ugama baru yang sesuai dengan nafsu mereka..

Macam contoh ajaran X yang kata kita tak payah solat dan tak payah puasa, just zikir.., ramailah yang ngikut sebab selari dengan nafsu mereka..

Atau ajaran Y yang benarkan mengumpat atau ajaran Z yang halalkan zina mencuci dosa, terus sahaja ramai yang ikut.., almaklumlah, nafsu suka..

Atau ajaran X yang kata kita tak payah berdakwah, cukup ibadat sahaja, jangan jaga tepi kain orang, seronok jer orang yang ngikut sambil perasan masuk shurga dan kata pulak orang yang berdakwah masuk nereka paling awal..,

Ialah tu, golongan pendakwah ni mereka pikir suka berdakwah macam mereka suka kumpul setem, ini perintah Allah!, adalah untuk uji iman manusia, untuk uji sejauh mana akal menguasa nafsu!

Sedangkan Ugama yang Nabi Muhammad SAW bawa adalah bertentangan dengan nafsu, sebab tu ada hadith cerita satu kaki pijak nafsu maka satu kaki lagi akan terus masuk shurga!

Jadi, sebagai mudah dalam membuat perkiraan dalam mengecam ajaran yang benar, tengok sahaja sama ada mereka solat berjemaah ke tak?, tengok perkara yang basic dalam ugama mereka langgar tak?, itu petunjuk yang paling jelas…

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya,

Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…
(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)

Pengajarannya di sini, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…,

Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!

Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!
Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!

Maka akhirnya aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! pendapat ini terpakai untuk aku dan untuk korang terpulanglah kepada hati dan akal sendiri..

Akhir sekali, jika guru tafsir kau itu tidak menolak hadith dah tentu tiada masalah, mereka akan faham hadith di atas, dan jika guru-guru tafsir Al quran tu masih solat berjemaah, langsung tak jadi masalah, kira mereka memang berada di JALAN yang LURUS…

Al, maklumlah, Setelah kita di wajibkan wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi-lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!!!

“JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..

Sudah tentu orang yang Allah cintai adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah seperti mana tertulis dalam Al Quran…

Dan antara jalan yang lurus adalah SOLAT BEREJAMAAH DI MASJID bagi lelaki, DAN SOLAT AWAL WAKTU bagi perempuan…

Begitulah lebih kurang…

Mat rempit yang mati di jalan yang lurus adalah cerita lain...

II)

Bab kawan kau yang sanggup habiskan duit jemput orang ramai ke sana, itu dah bagus, sebab bila Ustaz Ulamak dah malas nak pergi rumah ke rumah atas sebab perasan sibuk atau memang sibuk, maka menjadi kewajipanlah kepada kita untuk pergi ajak orang dari rumah ke rumah macam member kau buat tu, baguslah habiskan duit untuk perkara baik..

Cuma setakat ni, takde lagi member member yang semakna dengan member kau datang ketuk pintu rumah aku ajak pergi belajar tafsir sama, itupun jika aku tak perasan sibuk…

Cuma nasihat aku kepada pentafsir pentafsir itu, buatlah kelas secara terbuka, jangan buat secara sembunyi, macam ada benda nak sorok pulak.., jika kamu betul pasti Allah akan tolong kamu!

Jika kamu salah, biarlah masuk Warta dan semua orang tahu kamu bersalah, dan senanglah orang yang terpesong itu bertaubat… barulah tiada yang sesat dalam cahaya.

amin...

III)

Bab tak nak buat aktivit di Masjid sebab banyak protokol pula, ini satu lagi masalah ummat akhir zaman…

Ramai Ummat islam yang nak kemajuan, nak ekomomi kuat , nak ilmu tinggi, nak senjata canggih, dan nak Negara islam tapi lupa nak makmurkan Rumah Allah macam Nabi buat, masjid jadi tempat solat sahaja.., dan banyak aktiviti keugamaan mereka di buat kat balairaya, kat hutan, tepi pantai, rumah kedai dan sebagainya…

Macam mana Allah nak Bantu mereka jika tak ikut Sunnah Nabi dalam memakmurkan masjid?

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat… (at taubah:18)

Nasihat aku yang bukan ustaz ni adalah…Semua pertubuhan so call islamic kena ada dan duduk kat masjid 24 jam secara bergilir-gilir, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam.

Maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..Bila bomba dah duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam.. Bila polis dah duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak pulak ada duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain organisasi, buat ummat kat malaysia ni begitu ramai sekali yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!

Alasan: Banyak Protocol…

Bang! , nak masuk Shurga lagi banyak protokol tau?

Jangan jadikan masjid macam jamban, pergi bila berhajat sajer, bila nak guna tandas, bila nak kahwin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!

Kata Ustaz Tasauf, apabila kita tidak ke masjid, janganlah beranggapan bahawa kita sendiri yang tiada keinginann untuk ke sana, hakikatnya Allah yang tidak jemput kita ke masjid kerana dosa-dosa kita.., maka bertubatlah dan beristigfarlah setiap kali kita gagal ke masjid sebelum kita diusung ke masjid dalam keadaan jasad tidak berdaya untuk di solat jenazahkan..

Oh!

Akhir sekali bab kau takut kawan kau sesat, aku cuma mampu doa dari jauh (terukakan aku ni?..oh!),

Namun, sebagai tindakan segara, kau boleh call no ini:

Tel: 03-88864000

Atau kau boleh Fax pada no ini:

Faks : 03-88891993

InsyAllah, orang dalam No telefon tu boleh Bantu sikit-sikit.., sebab Nombor tu aku ambik dari halaman web Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang bertempat di Blok D7, Parcel D,62502 PUTRAJAYA.

Mereka dah banyak tangkap ajaran sesat..

InsyAllah..

Ps: Selamat Hari Bumi, dan selamat ‘menyalamatkan’ penduduk bumi….

Apr 22, 2008

Siapa Hamka ?

(Menyahut cabaran 'Blogger syok sendiri'- lagi entry bosan dari aku…)

Ada ramai pembaca blog ini yang mintak gambar aku, ehem, ehem, (perasan glamerlah pulak)

Apa korang nak buat dengan gambar aku?, tak cukupkah gambar tapak tangan aku sebagai rujukan bila kita ditakdirkan berjumpa?..

Senang bila korang jumpa aku, just tengok tapak tangan aku, jika ada corak no 16. itu adalah aku, sebab tapak tangan aku bukan ada corak 99 macam korang..
Dan cara itulah yang diguna pakai selama ini sebagai bukti aku adalah Hamka sepanjang tempoh menjadi blogger yang sekali sekala peminat datang belanja minum teh tarik…

Namun korang tetap nak gambar jugak, dan terpaksalah korang berpuas hati satakat ini sebab aku bukan nak bagi gambar tapi just bagi gambaran…, iaitu:-

Bayangkan seorang lelaki yang berdahi luas, muka banyak parut jerawat, hidung kemik, sejemput janggut, gigi sedikit jongang, dan seluar bersaiz 35, perut boroi, serta berbulu kaki jarang..

Tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata.., supaya kamu tak salah orang.., atau tak salah mayat…

Lalu melalui gambaran itu, korang pakat-pakat tafsirlah pulak..

Tafsir *Korang tentang Aku, yang di petik pada ruangan komen entry ini.

*****

SIAPA HAMKA?(tafsir korang)
Lelaki yang berdahi luas,..
Dahi luas seluas pandangan yang membenarkan antara logic akal dan penasaran rasa beragama

Muka banyak parut jerawat,...
Parut jerawat selaras pada dahulu punya angan-angan panjang terputus pada realiti terikatan bahawa kacak bukan segalanya

Hidung kemik,...
Hela nafas yang pendek-pendek adalah hati-hati yang selalu ingin menjuarai tumpuan usaha, namun batasan fizikal membuat sedar rasa diri

Sejemput janggut,...
Kehormatan lelaki pada kelibat air wuduk yang singgah pada janggut dan manisnya pandangan mata bila air tersisa masih lagi membasahi

Gigi sedikit jongang,...
Tersebut pada kalimah yang dikeluarkan pada tiap nafas yang keluar tiada menghalang utuhnya La iLaha Illah kerana asalkan lidah tiada yang jongang

Seluar bersaiz 35,...
Selalu exersice nanti boleh jadi saiz 33..Woha!
Boleh ker?

Perut boroi,..
Kurangkan manisan... pada titik perut 7 ke atas (hati,peparu, mulut,hidung,mata,telinga dan akal) dan pada titik perut 7 ke bawah (nafsu lebihan makan,nafsu lebihan minum, nafsu jimak,nafsu lebihan jimak, nafsu...,nafsu... dan nafsu....) terkalahkah kepala atas pada kepala bawah pada perut?
jawapanya YA!

Berbulu kaki jarang,...
Berbulu pada kaki satu tanda subur bagi lelaki, kalau bulu jarang-jarang tapi anak rapat rapat macam hamka.. itulah namanya rezeki...Woha!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Bagi lelaki memandang wanita, pandanglah pada mata kirinya kerana disitulah letak cantik dan ayu cintanya
Bagi wanita memandang lelaki, pandanglah pada mata kanannya kerana disitulah upaya akal dan cekal kata-katanya

Jika jumpa hamka jangan lupa lihat mata kirinya, ada tanda tahi lalatkah? hingga kritis sekali bait kata, noda pada akal telah jadi bual bicara dalam blog, tapi ramai yang suker kan.. kan? ahak!

Supaya kamu tak salah orang…
Salah mayat... larikkk jumpa mayat tanpa kepala!...wawawawa adegan yang tidak mungkin kita lihat tapi benar-benar berlaku apabila ramai antara kita tidak menunaikan solat!...

(*Tafsir daripada : Abu Adam, Sarah, dan RON)

******
Wah wah wah, suka hati korang jer tafsir tentang siapa Hamka, lalu aku pun pura-pura marah dan sempat pula melayankan komen korang , sebab aku suka jugak layan sesuatu yang ringan dan agak merepek…, layan.. (padahal malas dan takde idea nak menulis)

Tafsir sebenar Aku tentang Aku

*****
SIAPA HAMKA?(tafsir aku)
Lelaki yang berdahi luas,..
Luas tapi tidak botak, masa bujang suka tutup dengan rambut panjang, sekarang tutup dengan kopiah, walaupun dahi luas, kadang kadang masih sempat keluarkan jambul perasan macho.., eh?!, rupa-rupanya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berdahi luas, lagi sekali perasan macho dibuatnya..

Muka banyak parut jerawat,...

Ruang tamu dan kamar tidur rumah aku di hias lampu kuning, kerana di bawah lampu kuning, parut jerawat tidak kelihatan, muka gelap atau keruh nampak sewarna dengan alam dan mengujakan mata yang bertentang.., heh!,

Bagi yang dah berkahwin, bersetubuh di bawah lampu kuning lebih mengujakan dari bersetubuh di bawah lampu putih, lebih bagus tutup lampu terus! Dan Sunnah Nabi adalah berselimut bila bersetubuh,

Kepada mereka yang meletak jawatan dalam kerajaan kerana malu akibat rakaman curi video seks, ketahuilah, kesilapan anda bukan sahaja kerana bersetubuh di bawah lampu putih atau kuning, tapi kerana tidak berselimut!

Dan berselimut bersama bukan isteri juga adalah kesalahan walaupun sudah berselimut. Harap maklum.

Hidung kemik,...
Lalu mencari pasangan yang hidung mancung, dan bila diejek rakan sebaya, terus cover dengan pepatah,
“walaupun aku hidung kemik, tapi hidung bini aku mancung, walaupun aku tak hensem, tapi isteri aku cun,”

Apa-apalah!

Sejemput janggut,...
Kesan warisan keturunan baka kurang berbulu.., duhai anak-anakku, maafkan ayahmu, tidak banyak bulu-bulu yang dapat ayah wariskan, tapi walaupun sejemput janggut, simpanlah ia dengan sungguh-sungguh kerana itu adalah Sunnah Nabi,

Di petik dari kitab Ibni Hibban, Hadith dari Abu hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Di antara fitrah islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”.

Di tempat lain Nabi bersabda: “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum akan di anggap sebagai mereka”..

Wallahu’lam.

Gigi sedikit jongang,...
jika di perhati dari sudut sisi dan di ukur dengan jarak permukaan gigi lain, of course ada sedikit jongan, tapi masih dalam julat senyuman menawan.., bak kata P Ramlee ketika mengorat anak Haji Bakhil dalam Labu Labi,

“Pilihlah aku jadi temanmu.. Hensem tiada, manis ada…


Seluar bersaiz 35,...
Err, bersaiz 36 sebenarnya, tapi sebab aku terasa sedikit longgar, jadi aku anggap 35, sebab baru lepas berak kot…,

Perut boroi,..
Sudah lama 9 bulan 10 hari berlalu, tapi due tidak pernah berhenti, dan perut semakin membesar, tapi aku tak bimbang sebab isteriku telah mendahuluiku, perutnya makin besar buat aku rasa selesa, sebab ada lagi orang yang lebih besar perutnya.., woha!

Dalam Hadith Nabi bersabda yang lebih kurang bermaksud, akhir zaman ummat islam tidak akan jatuh kerana masalah makan, tapi akan jatuh sebab bergaduh sesama sendiri.., orang PAS yang boroi dan orang UMNO yang boroi, fikir-fikirkanlah!

Err, penulis blog ini juga seorang yang boroi.

Berbulu kaki jarang,...
Sesungguhnya Bigfoot itu berbulu kaki lebat dan mempunyai gigi yang jarang, sedangkan aku pula bergigi lebat dan berbulu kaki jarang, jadi aku adalah manusia biasa, jangan puji aku lebih lebih, masuk neraka aku nanti..oh!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Eh, macam mana tahu ini?, macam mana you tahu ada tahi lalat dalam mata I? eh, silap itu anak mata daa, macam mana you tahu ada tahi lalat kat mata I, tahi mata I memang ada di hujung mata I, eh silap lagi, tahi lalat I memang terletak belah kiri dalam cermin, tapi di dunia nyata tahi lalat I di belah kanan di bawah mata, saiz sama dengan tahi lalat dato’ Siti Nurhaliza…

Ada orang kata muka I ada iras-iras perempuan, ala ala feminim gitu, sebab tu kot dulu masa sekolah menengah, I selalu kena berlakon watak perempuan dalam drama pentas, benci betul I, mentang mentang I takde misai dan janggut, mereka suruh I berlakon sebagai perempuan dengan alasan mereka boleh pegang I masa berlakon tanpa berdosa, tapi I pulak yang terdosa kerana jadi lembut dan pakai baju perempuan, menyampah I..

Tapi kan, bila I tengok wajah I dalam cermin..

I dapati, wajah I memang macam perempuan…

I tengok lagi, ha ah!, ialah, betul betul macam perempuan..

Macam perempuan hodoh!!!


Arghh!

Apa aku merepek ni, apasal pulak tiba tiba aku jadi lembut, geli aku!

Sudahlah, habiskan entry bosan ini disini. Habiskan begitu sahaja..
Bye!

Ps: Harap ini entry bosan yang terakhir, dan sesungguhnya..., bersyukurlah dengan nikmat Allah, nescaya akan ditambah nikmat untukmu.. Dan.., Tuhan tidak memandang rupamu, tapi dihatimu…

Apr 17, 2008

Kahwin awal, salah ke?

(untuk Ibu Bapa yang ada anak remaja, mari bincangkan isu anak dan organ seks mereka yang bahaya)



Gambar di atas takde kena mengena dengan entry ini, sekadar memenuhi permintaan beberapa pembaca blog ini yang ingin sangat melihat gambar keluarga aku.., chewah..

Lagipun boleh jugak kot gambar itu merangsang muda mudi untuk berkahwin..apa-apalah…

Errr, tentang yang mintak gambar aku dan isteri aku, minta maaf. Tak akan aku publish.
Cuma sebagai rujukan:

Bayangkan seorang lelaki yang berdahi luas, muka banyak parut jerawat, hidung kemik, sejemput janggut, gigi sedikit jongang, dan seluar bersaiz 35, perut boroi, serta berbulu kaki jarang, Tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata.., supaya kamu tak salah orang.., atau tak salah mayat…

Back to the main topic,

Aku nak nasihat sikit pada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang ada anak anak remaja…

Nasihat tentang: anak dan organ seks mereka yang bahaya…

Straight to the Point!

Sebenarnya manusia ini ada tiga jenis, satu yang kuat seks, dua yang biasa-biasa dan ketiga yang bersifat dingin…

Dengan kehendak Allah, membiaklah manusia dengan sebiak-biaknya…

Lalu tidak terfikirkah kita wahai ibu bapa sekalian, akan kenapa Allah matangkan kemaluan kita seawal usia remaja?

Lalu, Nafsu nak bersetubuh yang dahsyat akan menyerang kelompok pertama yang aku maksudkan..

Dan tanpa iman yang kuat serta tanpa didikan ugama yang betul, melepaslah segala hangat hajat bersetubuh para remaja pada kangkang-kangkang si gadis-gadis yang baru mengumpul dosa..

Lalu bergeserlah pusat, dan bersentuhlah lidah, dan berlagalah akan segala lubang kencing di sini sana, adik orang, isteri orang, ibu orang, anak orang menjadi mangsa melepaskan air kepala…

Namun masih ada yang waras serta iman di dada, dalam usia muda, di uji Allah dengan keinginan bersetubuh yang dahsyat.., namun cuba mencari jalan untuk berkahwin awal.

Tapi, Ibu-bapa pula yang menghalang…

Hampeh betul…

ANAK NAK KAHWIN TAPI MAK BAPAK TAK BAGI!

Wahai para ibu bapa sekalian, ketahuilah, anak muda zaman sekarang berbeza dunianya dengan kamu, oleh yang demikian, boleh tak beri tunjuk ajar? dan pilihan kepada anak-anak kamu dalam mengatasi masalah air nak kepala meleleh ke telinga ini..

Wahai ibu bapa sekalian, anak anak remaja kamu yang sudah sebati dengan seks bebas di luar sana, sudah lama melepaskan hajat dengan cara yang salah, ibu bapapun tak tahu atau tak ambik tahu.., neraka dunia dan akhirat bukanlah pilihan yang bijak.

Namun, apabila ada antara anak kamu yang minta izin untuk kahwin, fahamilah keinginan untuk inzal mereka…

MEREKA DAH TAHAN YANG AMAT, RASA NAK BERSETUBUH AMAT SANGAT, AIR TELAH NAIK KEPALA, DAH MELELEH KE TELINGA, TAPI MEREKA MASIH BERTAHAN KERANA MASIH TAKUT DENGAN AZAB ALLAH….

Lalu mereka merayu kahwin awal, tapi kamu pula menghalang…

Maka, tanggunglah dosa dosa mereka yang mendatang wahai para ibu bapa sekalian…

Anak lelaki yang kuat seksnya, bila dah stim, kemaluan akan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ‘senak’, dan pada waktu itu keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur kadang-kadang.
Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, (bagus jugak perasan sibuk ni)

Namun kamu duhai si ibu bapa, terus marahkan anak kamu yang nak kahwin awal, mungkin sebab kamu tengok anak orang lain Ok, sahaja,

Ok sahaja?

Ok, jika dah bersetubuh dengan pakwe makwe masing-masing…, atau punyai nafsu seks yang dingin..

Tapi fahamilah orang yang ada penyakit ini, bukan semua yang kena gejala ini, iaitu:-

“gejala air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, sampai tahap, ada yang tak boleh tidur, dan tak boleh tengok TV, oh!!

Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Awas, anak perempuan-perempuan kamu yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol anak gadis kamu beramai-ramai-naduzubullah!
Perasan tak kamu akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu bersetubuh yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka rela mati rempit kerana itu!!!

Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?
ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!
Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ibu bapa semua tak kisah???

Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?
REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,
Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal, berlaga lubang kencing.., akhirnya masuk neraka..

Zaman sekarang wahai ibu bapa sekalain, anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks’, zaman kita muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket orang nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?

Huh! siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., tak percaya boleh bukak Tv internet, oh..oh..oh.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada cucu-cucu kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…

Maka wahai ibu bapa sekalian, ketahuilah bahawa anak kamu adalah sangat BAGUS kerana mintak IZIN nak BERSTUBUH melalui PERKAHWINAN yang HALAL.
SANGAT BAGUS!
Semoga anak anak aku dalam gambar diatas, akan mintak IZIN nak BERSTUBUH melalui PERKAHWINAN yang HALAL juga, insyAllah ayah izinkan…

Secara kesimpulnya, nampak macam ada dua masalah:-

1.
Ibu bapa yang tak faham ugama dan keperluan anak remaja, atau ibu bapa yang rasa malu anak kahwin awal atau ibu bapa rasa masa depan anak akan terjejas jika kahwin awal.

Tapi dosa mereka adalah tanggungan kita, anak nak kahwin, jangan halang, banyak kes depan mata bila ibu bapa halang, si anak ni kahwin lari, kita terus tak mengaku anak dan di hujung usia masing masing tunggu siapa mintak maaf dulu dan bila dah jadi mayat baru nak peluk dan cium dahi..oh!

2.
Masalah ke dua, Anak anak yang gagal meyakinkan ibu bapa kerana mereka si anak-anak kelihatan belum matang dalam buat keputusan, atau tak pandai nak tentukan masa depan.., atau anak sendiri gagal membuat permohan dengan betul, dan tak pandai pujuk ibu bapa, tahu nak salahkan ibu bapa sahaja..

Yakinkanlah ibu bapa kamu bahawa kamu akan habiskan study, akan cari rezeki yang halal, akan lahirkan cucu yang comel dan akan jaga hubungan dan nama baik keluarga..

Panjang cerita, aku habiskan di sini..

Akhir sekali, sebagai rujukan bersama, dalam Inbox Email aku bersepah soalan kes sebegini yang datang dari remaja nak kahwin tapi ibu bapa pula menghalang…, dan aku pula langsung tak boleh nak tolong..

Aku pilih sikit bebarapa email, nak paste semua tak larat pulak kamu nak baca,

Maka, wahai ibu bapa sekalian, bacalah email ini dan fikir-fikrkanlah…,
jangan biarkan diri anda di selubungi ..misteri..

***********
Email 1

Assalamualaikum bro hamka.

First time saya jumpa blog yang membicara isu seks secara terang-terangan( mungkin bagi saya) dan mencari jalan alternative yang baik.

Isu seks sekarang memang dasyat dan kita tak dapat nak elak walhal pelajar university (saya juga pelajar university). Dan saya mengaku bahawa ramai remaja sekarang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersetubuh. Nak salahkan sapa? Dunia dah terlampau terdedah.

Saya nak cerita kisah saya yang dihalang untuk menikah. Boleh disiar buat tatapan blog dan kalau ibu bapa yang membacanya Alhamdulillah.Saya minta nikah dari parents dari umur 19 tahun dan sampai sekarang tahun 2008 umur naik 21, ibu saya masih menghalang.Pada mula, saya minta nikah dengan niat ikhlas sebab nak elak maksiat. Tapi mungkin sebab terlalu awal dan baru satu semester masuk U, parents tak bagi. Disebabkan rumah jauh dari U (dipisah Laut China Selatan), saya tak da kesempatan banyak untuk berbincang. Saya selalu bermesej, telefon dan merayu agar diizinkan nikah. Ayah izinkan tapi ibu saya menghalang sekeras-kerasnya. Dia taknak saya jadi nasib macam dia yang kawin awal dan hidup susah. Bila saya merayu seteruk-teruknya, hantar surat menjelaskan keadaan U penuh maksiat dan dalil Islam agar suruh anak menikah, diorang setuju tapi dengan syarat nak tengok calon dulu.

Masalahnya, saya tak boleh dapatkan calon (yang dibantu rakan) selagi belum dapat keizinan ibu bapa sepenuhnya. Dan calon tu saya berani jamin elok agamanya kerana saya kenal dakwah dan tarbiyah mereka. Tapi ibu saya bersikap pelik. Dia kadang-kadang cakap setuju,kadang-kadang tak setuju kadang-kadang dia marah dan maki hamun pada saya. Anak derkaha, tak kenang budi, tak kesian mak bapak memang dah lali kat telinga.

Saya cuba tangguhkan niat untuk menikah kerana kesiankan ibu bapa tapi keadaan saya yang bertambah teruk. Mula-mula risau maksiat, sekarang diri pulak terasa nak buat maksiat. Masya Allah..sangat sukar nak bermujahadah dalam situasi pergaulan dunia sekarang. Jadi saya telefon seorang guru di sekolah lama saya dan tanya macam mana nak pujuk ibu bapa supaya diizinkan nikah. Dan saya tak sangka dia datang jumpa ibu bapa saya. Rasa malu jugak pada parents sebab melibatkan masalah dengan orang luar. Dan tak lama kemudian, ibu saya setuju dalam paksa.

Lalu saya ceritakan pada kawan saya tentang keizinan ibu bapa saya dan malangnya dia kurang percaya dan agak terkejut. Dan saya pun menunggu penuh sabar akan kedatangan calon tapi sekian lama tak kunjung tiba. Kebiasaannya, proses hanya tak sampai 6 bulan. Tapi saya dah lebih 6 bulan tunggu. Dalam penat menanti, saya dibatasi perasaan malu yang amat sangat.

Tahu tak, untuk mintak menikah pada ibu bapa pun saya rasa malu macam nak nyorok dalam gua bertahun-tahun. Saya malu dengan kawan-kawan yang tahu dengan keinginan saya untuk menikah tapi tak nikah-nikah pun. Banyak yang suruh saya bersabar tapi nak sabar macam mana.

Bila nafsu datang bergelora dan membuak-buak, kadang rasa nak bunuh diri. Saya ni tak pernah tengok VCD lucah.Nak belajar tak boleh, pegi kuliah tak semangat sebab rasa buat dosa, memaksakan diri beribadah pada Tuhan sebab rasa malu bertebal dan sampai keputusan exam jatuh terus. Saya pernah jatuh sakit seminggu sebab derita menahan perasaan ini. Saya tak suka tapi ia datang sendiri. Saya selalu terperap dalam bilik seorang diri, dengar lagu nasyid, baca buku Islam, baca Quran tapi stil tak dapat nak hilangkan. Saya terus dihantui perasaan berdosa. Emosi jadi tak stabil, cepat marah-marah dan kadang-kadang rasa berdendam pada mak yang menghalang saya menikah. Saya beristikharah, solat hajat dan saya buat keputusan untuk keluar Universiti.

Saya tak sanggup tahan perasaan ini dan saya nak cari biah yang boleh bantu saya menjauhkan nafsu dan sedikit harapan untuk menikah bila keluar u. Saya dah pasang niat, di rumah kalau ada orang berkenan dan masuk minang terus saya terima. Tapi hampir 7 bulan saya keluar u, tak ada orang meminang walaupun jiran sebelah rumah saya ni adalah tukang cari pasangan. Rupa-rupanya mak saya yang menghalang. Mak saya cerita pada jiran saya yang dia tak akan bagi nikah walaupun umur saya dah 21tahun.Dia nak suruh saya habis belajar dulu.

Memang saya di rumah hampir gila dan agak tertekan memikirkan tindakan mak saya yang dasyat menghalang saya untuk nikah dan antara perasaan saya yang gila dikuasai hawa nafsu. Malah mak saya pernah telefon beberapa kawan saya di university untuk tanya hal saya yang nak menikah sangat-sangat ni. Sangat memalukan dan saya hanya mampu bersabar dan berdoa.
Saya tak pernah cerita masalah ni pada sesiapa kerana saya dibatasi perasaan malu yang amat sangat. Saya menutup aurat sepenuhnya, menjaga solat, membaca Quran, menghormati orang tua, berwajah comel(orang kata) dan tidak bersosial kerana saya gadis kampung yang dijaga pergaulannya. Cuma satu je masalah saya: macam bro hamka selalu tulis dalam blog dia.-rasa nak bersetubuh( agak kasar) atau bahasa lembutnya dikuasai hawa nafsu yang menggila.

Ini adalah reality dan kepahitan yang diturunkan sebagai ujian oleh Allah buat saya. Benda ni banyak mencetuskan konflik saya dengan ibu. Saya dah tak tahu macam mana nak cari jalan untuk menikah sebab saya tak ada couple. Kawan lelaki pun tak ramai. Saya tak kisah untuk menikah dengan sesiapa asalkan berpegang teguh pada agama, tak merokok dan lebih tinggi dari saya(164cm). Kalau menikah dengan pelajar pun saya tak kisah.Orang pulak taknak tolong cari untuk saya dengan alasan saya masih muda dan kena fikir mak ayah yang selama ni hidup susah.Tambah lagi saya anak sulung dan berjaya. Adik lelaki semuanya agak hampeh. Teringin jugak nak cari jodoh melalui blog hamka ni tapi takut dan malu pulak. Kena tipu tak ke naya.

Apa pun doakan mujahadah saya dengan jalan Allah berjaya. InsyaAllah tak lama lagi saya akan memakai purdah: mungkin sebagai satu cara membendung nafsu dan mambantu menundukkan pandangan. Saya harap jangan kerana kisah saya ini membuat masyarakat pandang serong pada muslimah bertudung labuh dan berjubah yang lain. Sekurang-kurangnya saya tak menjebakkan diri pada benda haram dan tak menggoda lelaki.

Dan saya adalah seperti wanita lain yang ingin mengabdikan diri di jalan dakwah dan tarbiyah.Thanks pada bro hamka.Kalau sudi, balas email secepat mungkin. Panjang saya bebel. Maaf ye. Wassalam.

*****************
Email 2

Assalamualaikum..

Kehadapan Bro. Hamka.

Saya (muslimah)berumur 22 tahun, menuntut di U, tahun ke-3 dan berhajat ingin berkahwin. Tetapi, masalahnya, keluarga saya membantah. Ada yang kata:
-buat kerja satu demi satu (maksudnya, belajar dulu baru kahwin).
-yang dahulu didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan.
-kamu dah langgar amanah. Tujuan kamu ke U tu untuk belajar. Bukan untuk menggatal.
-nanti kalau kamu dah ada anak, siapa pula nak jaga?mertua?nanti mulalah dia tak kasi kamu bela dah...

Gurlp. Saya dah terlanggar amanah ker?

Ni yang macam tak puas hati ni.

Nampak sangat macam keluarga saya ni berfikiran tertutup dan terlalu memandang negatif.
Bukan itu sahaja, macam tak percaya kepada perancangan Allah.

Fenomena kahwin ketika belajar ni bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan warga U di sini. Contohnya, baru baru ni, kawan satu jurusan dengan saya (lelaki) telah berkahwin dengan seorang muslimah daripada jurusan lebih kurang, sebaya juga.

Nak lagi? Dis lepas, 3 orang telah bernikah. 2 perempuan (tahun ke-2 dan ke-3) dan seorang lelaki tahun ke-4.

Ustaz saya pun selalu cakap: tak ada pula dalam syarat sah kahwin cakap pelajar tak leh kahwin.
Sekarang ni, halangan semua daripada keluarga saya. Mereka takut/risau saya tak boleh nak tumpu 100% pada studi. Bukan itu sahaja, mereka takut saya termengandung dan akan mengganggu studi. Fuh, bro Hamka, berat ni..

Untuk pengetahuan brot. Hamka, calon saya tu berumur 25 tahun dan kerja biasa-biasa sahaja; bukanlah bergaji atau berpangkat besar. Tak berharta sangat orangnya.

so,macam mana yer...apa pendapat brot. Hamka yang byk pengalaman ni...

orang muda nak kahwin pun banyak halangan...

**************
Email 3

Assalamualaikum saudara Hamka,

saya adalah seorang pelajar di luar negara. saya ingin mendapat sedikit nasihat dan mungkin juga bantuan dari tuan.

saya mempunyai seorang kawan perempuan dan sama-sama belajar satu universiti, juga berasal daripada malaysia. kami sangat rapat, dan berharap dapat berkahwin secepat mungkin. kami bimbang akan terlanjur. kami amat sukar untuk mengelak daripada berjumpa kerana belajar dalam jurusan yang sama, semua kelas pun sama. tambahan pula rumah kami berdekatan. hanya iman senipis kulit bawang sahaja lah yang menahan kami sekarang.

kami telah bertanya kepada ibubapa kami tentang hajat kami, tapi telah ditentang. mereka mahu kami menghabiskan pelajaran dahulu. mungkin tuan dapat membantu kami?

Terima kasih.

***********************
Email 4

bro hamka:

memang masalah anak remaja sekarang tenatng kahwin,. Kawan-kawan kite pun, ada yang minta permission nak kawin, tapi mostly parents tak yakin nak kasi kawin. dia dah kuarkan semua hadis-hadith nabi yang ada, pasal perempuan kena cepatkan kawin bila dah sampai jodoh, n etc.. tapi still tak dapat permission.. kan ke sedih tuh.
biasanya excuse yang di bagi ialah, tunggu habis study, then tak kerja and tak stable lagi, macam mana nak tanggung family (duit scholar banyak..huhu), macam-macam lagi laa.. tak pun, awal sangat laa nak kasi kawin ( kiteorg dah 22- 23 tau, awal sangat eh? )

Tolong!

****************
Email 5
Salam bro Hamka,
Boleh bro berkongsi idea untuk memujuk parents yang menghalang perkahwinan semasa belajar? Aku nak kawin bro,belah perempuan dah kasi, tapi mak ngan bapak aku berkeras tak nak kasi aku kahwin. Duit insyaAllah tak mnjadi masalah sebab kitaorang dua-dua dapat scholar,cukup untuk menampung keperluan bulanan dan siap bole beli tiket balik melaysia tiap-tiap tahun. Pening kepala aku bro,awek aku tu dah la satu kelas ngan aku, umah pun dekat giler. Tolong aku bro!

*************
Email 6

salam bro hamka,:-)
aku ada cket masalah ler,..aku nak sangat kahwen ngan sorng awek nih,..tapi masalahnyer sekarang dia tengah belajar..camner aku nak buat?? parent dia lak jenis cerewet.aku ni sayang giler kat dia. dia pun setuju bernikah ngan aku.tapi family dia lak maslah,..ish apa nak buat nih???,.nak tunggu abes belajar, 2 3 tahun lagi tu,..aku kan lelaki,.. walaupun gaji aku ni tak lah banyak cam anak raja tu,tapi sekadar hidup senang boleh r.tapi alamak,..kantoi kat parent lak,.aku lom pernah jumpa parent dia.tapi dia bagitahu parent dia tu memang pentingkan pelajaran anak-anak..aku confiussss,...tolong ler bro,..kami nak bina masjid ni,...bantulah orang yang tengah buntu ni...:)
*************
Argghh, memang banyak jika nak copy/pste semua ini, dan aku perasan sibuk tak mampu nak tolong jawab untuk mereka semua, lagipun apa sangat aku boleh tolong???
Akhir kata:-

Sekali lagi, Aku tak dapat tolong mereka, hanya Allah yang dapat tolong mereka dunia dan akhirat, dan wahai ibu bapa sekalian, kamu ada ASBAB untuk tolong mereka, tolonglah anak anak kamu yang nak sangat kahwin itu!.

Alangkah besarnya pahala dan ganjaran untukmu..
Syaitan menangis bila anak adam berkahwin….

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..

*******
Ps: Jangan pulak yang tak sabar nak kahwin mintak anak aku pulak, anak aku belum habis belajar lagi, tadikapun belum start! heh!

Apr 14, 2008

Writer’s block?

(aku tak de idea nak menulis di atas 5 page A4 Microsoft Word ini, harap maklum.)

Aku termagu di depan program Microsoft Word yang terpapar ruang kosong berbingkai biru seolah-olah sebuah lukisan berwarna putih yang menunggu untuk di coretkan seribu maksud dan isi hati..

Aku ingin berlagak seperti ‘Isaac Mendez’ dalam drama ‘heroes’ kononnya..

Tapi sayangnya, hari ini ‘writer’s block’ telah berlaku (kot) kat diri ini,..kerana aku hakikatnya ada banyak benda nak ditulis tapi tak tahu bagaimana nak mulakan…,

Bolehkah ini dipanggil writer’s block’? Adakah aku seorang penulis yang layak mendapat writer’s block’?

Padahal, ini mungkin datang dari kemalasan, kerana aku tahu bila aku start menulis, ianya tentu akan menjadi karangan yang panjang berjela dan meleret-leret.., dan kerana ada jugak aku terfikir nak jimat masa nak tidur awal maka secara langsung idea jadi takde, ilham terus hilang di sebalik keyboard dan mouse..

Namun, dalam keadaan menghidapi writers block ini kononnya, aku tetap berdegil nak tulis sesuatu yang ringkas, sebab aku masih dalam keadaan separa rajin (atau separa malas…)

Bila aku baca komen komen korang yang baru pada entry-entry yang lama, sedikit sebanyak, aku jadi teruja dan bersyukur pada Allah…, ialah, dah korang puji aku itu ini, lambung aku tinggi-tinggi, cakap dapat jodoh dan dapat hidayat, cakap tak jadi nak murtad, tak jadi bunuh diri dan ada yang makin dekat dengan tuhan lalu terus galakkan aku menulis, lalu aku macam rajin nak menulis malam ini, tapi itulah.., korang kena doa aku sama agar maju dalam ugama, dan maaf, dua tiga hari ini, aku menghadapi writers block.. (alasan)

Apa aku nak tulis?

(Tuliskan tentang filem terakhir yang ditonton)

Ada suara berbentuk perintah dalam benak aku…, aku patuh dan jari jemari mulai menari di atas keyboard.., chewah!

*****


Filem terakhir yang aku tonton

Pada malam minggu yang lepas, kerana ada sedikit urusan, aku pulang ke rumah jam 1 pagi, isteri aku dengan rupa bangun tidur bukak pintu dan cuba memberi layanan yang sepatutnya…

Nak minum?

Tanya dia macam mat saleh yang selalu offer minum dengan ikhlas bila tetamu datang rumah..

“tak payahlah susah-susah, I baru minum kat kedai tadi”

Ayat biasa yang di ucapkan oleh tetamu melayu yang bermaksud:, ‘saya nak’!

Tapi itu hanya berlaku dalam minda melayu yang lain, aku pada malam itu secara spontan jawab:

“Milo kosong..”

Lafaz di ucapkan dengan penuh gaya laksana mat saleh yang tak pernah belajar adab malu..

Sedikit senyum gembira dari bibir bini aku, sebab senang sangat nak buat milo kosong kerana bini aku tahu kegemaran aku akan teh tarik kaw dan kecerewetan aku terhadap aroma teh tarik..

Aku sekali sekala, belajar minum air lain yang tak manis..,

Sedang bini aku bancuh milo kosong, aku bukak almari dapur, keluarkan satu bekas Tupperware yang berisi biskut kering, iaitu biskut jagung…

Aku duduk bersila depan TV, bukak TV3, ada cerita mat saleh..

Ada watak lelaki muda dan gaak hensem sedang bermusyuarat kat opis..

Tak lama kemudian, habis mesyuarat, dia dapat call dari seorang wanita yang tak beberapa cantik dan tanya dia ada kat mana?

Katanya masih kat New York.

Babak seterusnya, lelaki itu masih pegang telefon, sedang berborak dengan wanita dalam telefon, sambil di tangannya ada bunga warna biru dan lelaki itu berdiri di kawasan perkuburan..

Melalui petunjuk dari dalam telefon, lelaki itu kelihatan sedang menjejak kubur yang di petakan oleh wanita yang masih berkomunikasi melalui telefon..

Bini aku letak Milo kosong depan aku, bersama segelas minuman susu untuknya, aku rasa itu minuman untuk ibu-ibu yang mengandung..

Bukak tudung Tupperware dan kami masing-masing basahkan biskut jagung dalam gelas masing masing dan makan.. nyam nyam nyam..

Bini aku cuba berborak tapi aku angkat tangan yang bermaksud,

“kejap, abang sedang tengok babak ni,”

Bini aku faham perangai aku, lalu terus makan biskut jagung cicah susu untuk wanita mengandung..

Dari babak dalam TV tadi lelaki itu akhirnya tiba di kubur yang di maksudkan, duduk bersila sambil letak bunga biru atas kubur..

Dan wanita dalam telefon menangis berkata bahawa biru adalah warna yang perfect, dan bagitahu lelaki itu bahawa hari ini adalah hari jadi mayat dalam kubur itu..

Aku tak tahu siapa punya mayat dalam kubur, anak ke, bekas suami dia ke, siapa ke.. tapi wanita itu menangis dengan sungguh-sungguh dan suasana sunyi sepi..

“cakaplah sesuatu”

Kata wanita dalam telefon kepada lelaki yang bersila depan kubur..

Lelaki itu sambil buang daun-daun yang menutup kubur lalu bercerita..

“pada suatu hari ada seorang budak menggali lubang kubur di belakang rumah jirannya, lalu jiranya datang dan bertanya kenapa gali lubang kubur di sini?..

Budak itu menjawab, ikan emas kesayangan saya dah mati.

Jirannya berkata dengan lembut, oh, kasihannya, tapi lubang ini terlalu besar untuk seekor ikan emas.

Lalu budak itu menjawab, lubang ini besar kerana ikan itu berada dalam perut kucing bodoh kamu!”

Aku gelak dan isteri aku gelak, wanita dalam telefon cerita itu juga gelak, mamat dekat kubur itu jugak gelak, dan mungkin korang jugak ada yang tergelak..

Aku abaikan babak seterusnya dalam movie itu, lalu mula bercerita tentang dunia rumah tangga dengan isteriku..

Malam kian larut, biskut jagung menjadi saksi, sekali sekala isteri aku gelak dengan cerita-cerita aku..

*******

Habis satu cerita tentang filem terakhir yang aku tonton, nak tulis apa lagi?

Tanya aku pada paparan Microsorf Word.

(Tuliskan tentang anak-anak kamu)

Ada lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…

Aku patuh, buka folder My picture dan download gambar anak aku kat blog buat pertama kali, terpengaruh dengan bapa-bapa blogger yang lain yang suka taruk gambar anak kat blog..)

Cerita anak aku.

Anak aku di ajar membezakan jantina dengan istilah “baby boy” untuk lelaki, dan “baby girl” untuk perempuan..

Dalam kereta minggu lepas, aku tanya anak aku, adik Najiha ‘baby’ apa?

“baby girl”

“pandai, abang Haikal?”

“baby boy!”

“Bagus, Abang Adha pula?”

“baby boy jugak”

“Bonda?”

“baby girl”

“Ayah?”

“Baby Boy!”

“salah, ayah bukan ‘baby boy’..”

Aku sanggah anak aku, dan anak aku dengan konfiusnya bertanya,.. ayah ‘baby girl’(perempuan) ke?

Tak, ayah ‘Baby Face’..

Dan aku gelak besar siang tadi bila isteri aku main-main teka jantina dengan anak anak, semua jawapan adalah betul tentang perbezaan jantina saudara mara, tapi bila masuk pengenalan jantina ayah dia, anak aku dengan konfident jawab…

‘Ayah adalah Baby Face!”

Woha! Anak-anak cepat belajar…

A child is like a blank canvas; Its up to the parents to create a masterpiece…, sebab tu kot ada yang sanggup iron anak dengan iron elektirk..oh!

******
Habis lagi satu cerita, nak tulis apa lagi?

Tanya aku pada paparan Microsorf Word pada muka surat 4.

(Tuliskan tentang kawan-kawan kamu)

Lagi-lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…

Cerita kawan aku.

Baru baru ini, aku dan rakan sepejabat ada lawatan ke Kuala Lumpur, pada mulanya nak sewa bas tapi sebab jumlah yang layak pergi hanya 6 orang, maka kawan aku bersedia gunakan kereta Avanza MPV nya sebagai kenderaan tak rasmi syarikat, claim kemudian..

Lalu timbul masalah, iaitu masing masing pakat pakat tak nak duduk seat paling belakang, tak selesa, rasa pening nak muntah dan macam-macam alasan lagi, akhirnya aku yang dah siap bawak bantal telah rela hati duduk seat paling belakang..

Kata aku:

Macam manapun korang tak suka duduk belakang, bila naik kereta mayat tetap kena duduk belakang jugak..

Woha! Semua ‘gelakkan’ suasana kematian masing masing!

Akhir kata, orang yang paling bijak adalah.., arghhh sambung sendiri.., malam dah makin larut.

Sekian cerita dari Writer’s block hari ni..

Ps: Entry macam ni pun boleh kah?

Apr 9, 2008

Belajar Ugama dari buku?

(Tanya sama Abang Kereta Mayat, - lagi Email dari perempuan...)

****

Assalammualaikum....

Afwan kalau menganggu kao...(sori aku pakai istilah 'aku' & 'ko' je. Utk pengetahuan ko aku baru berumur 22 tahun...Aku tau ko pangkat abang...heheh.Mungkin nampak kasor kot..)

Bro,
sebenarnye aku ade masalah bro...aku nak tanye pendapat ko ni. Aku tau ko bukan ustaz, kiai, ulamak, ahli fatwa kebangsaan..Tapi aku rase ko musti ade pendapat yang bernas kalau aku tanye pendapat ko yang banyak pendapat aku rase...(arghh.. lantak la pusing-pusing)

sebenarnye bro, aku nak mendalami agama...Tapi susah betul aku nak jumpe para ustazah kat tempat aku belajar ni (aku belajar kat selatan malaysiaku gemilang)...Aku bukan ambik kursus agama. So, disebabkan aku jahil bab agama ni banyak la persoalan yang tak terjawap...Aku nak le tanye para ustazah ni kalau ade masalah. Tapi masalahnye ustazahnye susah nak jumpe...Takkan aku nak jumpe ustaz. Ish... leceh la kalau tanye ustaz. Kalau jumpe kene ade kawan, soalan pun limit-limit je, pandangan pun kene jage (cehhh...)

Ko tau bro?, kalau aku musykil ape-apa soalan aku just rujuk buku je...Mcm tak besh jek kalau rujuk-tujuk buku ni. Orang kate kalau nak menuntut ilmu kene ade guru..Nak-nak bab-bab agame ni...Ape pendapat ko bro..????
Perlukah aku jumpe ustaz jugak?? Perlukah aku cari ustazah sampai dapat?? Macam mane pulak kalau ustazahnye susah nak jumpe?? Perlukah aku hanya membaca buku @ blog ko?? (ee..perasan la tuh..heheh)..Ko pon cakap jangan just bace je, musti rujuk ustaz, tapi aku pening sehhh nak tanye kat sape..??

Ko tau?.. (ni bab melepaskan perasaan terpendam ni...)
Aku selalu-selalu la gak ke masjid (ish..aku tak suke cakap ni) jemaah time maghrib and isyak. Aku harap-harap ade la tazkirah antara maghrib ke isyak...Aku tunggu punya tunggu harammm...takde langsung...Sedehnye...Aku penah gak email kat pak imam (pak imam tu lecturer aku,dulu laa) tu cadangkan wat tazkirah..Takkan aku nak gi kat dewan utama masjid gi jumpe imam tanye ade wat tazkirah tak?..wehhh sume pandang aku nanti, maklum aku ni lain jantina (pompuan lah!!).Aku rase care terbaek email pak imam lah...Tapi ntah, agaknye pak imam bizi kot gi ceramah sane sini (berbaik sangke..oh..) tak sempat nak bace email aku yang merepek tu...Hahah.. ko tau aku rase cam nak bagi je tread ko yg tulih "Tazkirah untuk ulamak" Pastu aku nak ganti ustaz tu jadik ustazah...hahaha..jahat tak aku..?? Tp tak ler...saje-saje je...cume dalam hati..isk..

So bro, ape pendapat ko??? hmm tak pe je..Kalau ko rase-rasa malas nak layan email aku ni, ko gi print email aku ni,pastu ko terus gi bilek air, ko buang kat lubang jamban and then ko flush...Heheh aku tiru ko...(oh..)...

Aku tau ko bizi, kalau lambat ko nak balas pun takpe...kalau tak balas pun tak pe, aiman tak kesssah...

Jazakillah khairan khatiran...


*******

Walaikumusallam...

Sebab kamu dah mintak maaf kerana mengganggu aku yang perasan sibuk ni, maka aku maafkan kamu, namun,..kadang-kadang best jugak baca masalah ummat yang di luahkan kepada aku, cuma yang tak best bila time nak jawab balik, jika aku jawab terus faham takpe, tapi manusia itu berbeza beza, macam super hero jugak, ada yang boleh terbang, ada yang badan kebal, ada yang boleh bend the space time, ada yang boleh baca otak, ada yang boleh teleport dan sebagainya..

Maka begitu jugaklah manusia yang bukan superhero macam kamu dan aku, kerana bukan superhero ni ada yang perasan pandai, ada yang perasan bagus, ada yang perasan betul dan aku pulak termasuk dalam perasan sibuk.. (aku ler tu)

Oleh sebab aku perasan sibuk, maka lantak aku ler nak jawab email kamu ni bila-bilapun, ye tak?

Tapi sebab hari ni aku ’macam’ rajin, iaitu dah masuk berbulan-bulan, baru aku reply, maka tak ke rajin seorang aku?

Jadi aku bukak entry khas sempena soalan kamu itu.., dan macam biasa, meleretler sikit..., sebab aku nak cerita sikit kisah aku dan orang melayu..

Akrian, Ceritanya begini, iaitu kebanyakkan rumah orang melayu yang aku singgahi atau lawati, kebanyakan dalam rumah orang melayu itu akan ada almari di ruang tamu yang bercermin transparent...,

Itu takpe, tapi yang mushkilnya bila cermin almari dah transparent, maka ternampaklah set pinggang mangkuk berjenama arcoroc, arcopal, Corningware, milamin dan sebagainya..

Aku tak paham apa motif mereka simpan pinggan mangkuk yang mahal-mahal dalam almari, dan apa bestnya jadikan pinggang mangkuk sebagai tatapan mata..

Lagipun bila aku di jemput makan, mereka guna pinggan yang biasa sahaja sebagai hidangan, dan pinggang mangkuk yang mahal kekal sebagai hidangan mata..

Jadi bila nak pakai pinggang mangkuk tu?

(Tanya aku sambil tambakan nasik dalam pinggan...)

Time kenduri pulak, aku nampak mereka pinjam pinggang plastik dari kelab kebajikan surau..,apa faedahnya simpan benda yang mahal tapi tak di gunakan?

(Tanya aku lagi sambil tambah lauk ikan patik masak tempoyak..)

Maka, oleh sebab aku rasa macam tak best tengok almari transparent yang ada set pinggang mangkuk kat dalam, maka aku cadangkan agar almari itu di kosongkan, dan korang gunakanlah pinggang mangkuk yang mahal lambung tak pecah, jatuh pecah itu sebagai harta yang mengelilingi kehidupan, barulah kemewahan itu mengalir dan dapat di nikmati bersama tetamu yang datang... namun hakikatnya, walaupun kamu makan gunakan pinggang emas, tapi nasi yang kamu makan berasal daripada padi yang sama.., cheh, bersalfasahlah pulak!

”Habis, tu Almari yang kosong nak isi apa?”

(tanya tuan rumah sedang biarkan nasi tambah tak di top up.., hampeh!.)

Wah! Bagus soalan ni, inilah soalan yang di tunggu-tunggu!

Apa lagi, isi set koleksi figura Transformerlah,. Heh! Melawaklah pulak!

Sebenarnya, ruang yang kosong dalam almari telus itu hendaklah di isi dengan BUKU itupun jika korang tak nak jadi mangkuk.. (aku sedang marah pada siapa ini? yang pasti bukan isteri aku..heh!)

Dan Pinggang Mangkuk tu jika sayang nak di gunakan, boleh simpan bawah katil dan sekali sekala boleh suluh dengan lampu tengok bagi melepaskan rindu, atau takut hilang..

Dan Almari yang kosong itu penuhilah dengan BUKU ILMU yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat...

FAHAM?!

Sesungguhnya, (ini satu lagi falsafah),

Resit beli pinggang mangkuk tak boleh claim apa-apa, tapi resit beli buku boleh tolak cukai LHDN yang akan ditutup pada 31 April ini..(cheh!, sempat pulak promote)

Apa-apapun, belilah buku dengan Ikhlas, kerana akhir zaman ini, Nabi dah tak ada, Ustaz Ulamakpun sibuk tak de masa nak ziarah kamu bagi nasihat, maka ketahuilah, bahawa ugama itu tidak masuk ikut pintu depan atau pintu belakang, juga tidak masuk ikut tingkap, tapi ugama akan masuk ke rumah kamu melalui BUKU-BUKU UGAMA yang di baca di rumah-rumah kamu..

Jadi berbalik kepada email di atas, masalah nak belajar ugama dari buku.., belajar sahajalah, TAK SALAHPUN!

Jangan kena tipu dek setan sebab nak baca buku mesti ada guru jika tak jadi sesat, maka kamupun tak mahu baca buku dengan alasan tak ada tuk guru dan takut jadi sesat, apa kes?

Moralnya adalah,, jangan baca buku yang susah kita nak faham, buku tajul muluk misalnya, cuba cari buku yang faham dan senang kamu baca, jangan cari buku jawi jika kamu pandai sikit sikit, atau baca buku kitab arab, dan baca sambil bukak kamus, tak payah, (kecuali kamu memang terer arab)

Baca sahaja buku bahasa Malaysia, ada banyak sekarang., tapi berhati
hati sebab ada penulis yang tak ihklas, (harap duit royalty dan salah
tafsir..., hanya Allah yang tahu)

MAKA, kesimpulanya adalah bila baca buku, Bab TAFSIR itu yang di larang, jadi sila beli Tafsir sekali, aku rasa setiap rumah orang islam kena ada buku TAFSIR AL QURAN, baca dan hayati.., baru tak salah tafsir..

Jika dulu satu rumah satu calculator, eh, silap.., satu rumah satu computer, sekarang kena buat satu rumah satu almari BUKU ugama siap dengan Tafsir, boleh?

Kenapa aku cakap tak boleh tafsir sesuka hati?

Sebab Al quran itu ada KONTEKS di sebalik TEKS, al quran itu turun berperingkat-peringkat, turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir kena tengok kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir produser Fitna ,Wilders berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka, Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir...”

[QS Muhammad 47:4]

Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik TEKS!!

Sebagai contoh jika korang bukak kitab BIBLE,

"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law; …

[Matthew 10:34-39]

Bila aku terbaca ayat ini, sekali fikir macam nampak Jesus nak rosakkan muka bumi ini, lalu aku terfikir secara positif iaitu pergaduhan ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum keluarga sendiri.., itu takde masalah,

TETAPI, boleh ke aku terus tafsir BIBLE berdasarkan ayat semata-mata dan buat pulak filem pendek paparkan babak ganas dan qoute ayat dia atas?
Tentu tak boleh!, sebagaimana mereka tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran kita, begitu jigaklah kita tak boleh TAFSIR suka hati kitab mereka...

Maka bila nak TAFSIR barulah betul korang kena berguru dengan guru yang Murshid atau BACA KITAB TAFSIR yang TERANG dan JELAS... yang juga di tulis oleh Ustaz Ulamak yang Murshid...

Cuma kadang kadang, dosa kita sehari-hari akan buat kita salah TAFSIR walaupun benda yang dah tulis tu betul..oh!

Akhir kata, sebagai kemudahan kamu bersama, Aku cadang kamu baca buku ini:-, (insyAllah semuanya jelas dan benar)
  1. Kitab Muktakhad Hadith, dalil 6 perkara karangan maulana Yusof.
  2. Kisah sahabat, jilid 1 hingga jilid 10, karangan maulana Yusof
  3. Fadhilat sedekah, jilid satu dan dua, karangan maulana Zakaria
  4. Fadhilat amal, (himpunan kitab kelebihan al quran, solat, zikit,
    dakwah) karangan maulana Zakaria.

Aku rasa kitab tu dah cukup kot.., baca 30 tahun pun belum tentu dapat amal semua yang di tulis.. oh!

Nak lebih lagi, cari suami yang rajin solat jemaah, rajin dengar
ceramah dan suka berdakwah., bila balik ambik pen dan kertas dan dengar ceramah dari suami, lepas tu hafal dan berdakwahlah pulak dengan Muhirm yang lain...

Boleh?

Tapi, jika kamu di takdirkan bermadu dengan orang yang macam aku, jangan terkejut kerana bawah katil bilik aku bukan ada pinggang arcoroc, arcopal, Corningware, milamin dan sebagainya, tapi ada berlambak buku komik Dragonball, GTO, One piece, Pedang Setiawan, Naroto, Hot Dog, Pendekar laut, Get Backers, Cowa, Kreko, dan juga ada majalah seperti Gila-Gila, Ujang, Galaxie, Gempak, Starz, dan apatah lagi..oh! oh!

Sekarang aku dah tak langgang semua tu, tapi kesan semangat masa muda-muda dulu, dah penuh jugak satu almari.., dan lebih banyak dari kitab ugama kat rumah aku..oh!

Jangan cerita kat orang ye?

(ummat menderita membuang masa...)

*****

Ps; Bagus jugak jadi penulis blog tak rasmi ini, yang mana setiap kali aku nak tulis entry, 4 jenis kitab kat atas akan selalu aku bukan dan belek, maka bertambahlah ilmu aku secara tak langsung… tak gitu? (cover linelah pulak) ..Cuma tinggal nak kena jaga niat…

Apr 3, 2008

Nak Boikot lagi?

(Kami tak akan minum Heineken lagi, mereka hina islam- kata seorang budak mabuk…)

****


Aku terima komen pembaca blog keretamayat pada waktu hampir nak masuk maghrib pada 31 March 2008 yang lalu..:

“Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli UMNO ajak kita semua boikot barangan Belanda. Tak salah saya, banyak susu-susu yang produk dari Belanda. Adakah patut kita ikut saranan Dr. Mahathir itu ?”

Aku malas nak jawab bab ni, sebab aku dah tulis dulu pasal boikot Denmark dan Yahudi,,. Hingga cecah ratus-ratus komen yang pro dan kontra, sehingga di alihkan ke bahasa Indonesia.., tapi korang masih tanya gak lagi macam tak faham, mungkin pembaca baru kot, aku bersangka baik, lalu aku jawab gak lebih kurang, dengan harapan si pembaca puas hati apatah lagi aku beranggapan beliau adalah seorang ahli UMNO.

Maka, pada waktu tengah hari 1 hb April semalam.., aku jawab komen tersebut dengan tergesa-gesa, (perasan sibuk)..

“Selain dari perintah Allah, boleh ikut asalkan tiada mudarat untukmu.. “
.
Aku anggap kes itu selesai pada tengah hari dan tak perlu nak berhujjah lagi, Tapi dia nak jawapan lain rupanya, lalu jawab balik komen aku pada petang 1 April yang sama..

“Saya keliru dan ragu-ragu dengan bro Hamka pada kali ini., Dulu bro Hamka kata lain, Kali ini lain, Kali ini apabila TD Mahathir mengajak memboikot barangan Belanda, jawapan Bro Hamka seolah-olah merestui, Ada banyak lagi tulisan bro Hamka yang saya fikir meragukan dan mengelirukan.”

Woh ho, baru aku faham maksud soalan kamu..

Who ho, ku sangka tak payah basuh kereta sebab guruh di langit sedang berdentum, tapi rupanya hujan di senja hari lalu terdengarlah bunyi marah pelanggan astro, Woh ho..

Ku sangka kamu pembaca baru, rupa-rupanya… engkau adalah pembaca tegar blog ini!
Terima kasih sebab sudi habiskan baki hayat baca blog aku yang di tulis oleh bukan Ustaz ini, lalu agak merepek dan meragukan serta mengelirukan dirimu?

Setelah kamu baca entry aku yang lalu, dan timbul pulak isu ini, dan kamu tanya lagi, Maka, Jawapan yang bagaimana kamu mahu? Yang dapat memuaskan kemahuan kamu? Yang bagaimana?

Aku malas nak berdebat bab ini sebab dah cecah ratus-ratus komen dulu, dan tak larat aku nak delete..., dan lepas ni apa yang aku tak nak adalah, kata-kata aku akan di jadikan Sri Petaling sebagai sasaran FITNA, walhal blog aku tak de kena mengena dengan Masjid Sri Petaling…, itu yang aku malas..

Ini blog peribadi, ini blog nota ugama untuk aku sendiri, aku tulis mana yang aku rasa betul dan jika salah silalah tegur, dan terpulang untuk aku terima atau tidak kerana belum tentu setiap teguran itu betul dan belum tentu setiap entry aku itu salah...

Baiklah, Back to the Future, aku masih berpendapat, tak perlu ‘tergesa-gesa’ boikot semua barangan Belanda…, jika kita buat kerana Allah, masih ada cara penyelesaian lain yang lebih berkesan, mungkin? ‘

Aku tahu bahawa ada ulamak yang bersetuju boikot dan tentu ada jugak ulamak yang tak setuju boikot..

Tapi Ulamak yang setuju tu tak kata pulak Wajib boikot dan berdosa tak boikot, kalau tak jadi dilemma pulak orang islam yang kerja kilang produk Denmark, dan lain-lain, nak kena berhenti ke tidak.., Cuma baguslah bila orang kafir nampak orang islam ini tak lemah, ada semangat nak tegakkan ugama, mungkin inilah masanya Allah meletakkan kembali kegerunan orang kapir terhadap islam,

Namun ‘Kegerunan’ ini tidak sama dengan kegerunan yang mana Allah letak pada Panglima tentera Rom apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW, atau ketakutan yang Allah campak kepada Maharaja Cina untuk membantu Kaisar memerangi orang islam dan juga kebimbangan yang diletakkan pada rahib-rahib nasrani semasa dikepung oleh Tentera Saidina Umar r.a di Baitul Muqaddis.

Kerana jika kita fikir balik, orang islam sendiri yang lebih menghina ugama sendiri, menghina Sunnah, mmeperlekehkan solat Jemaah, perasan masuk shurga lalu nak hapuskan semua ahli neraka iaitu orang kapir, yang mana melalui akhlak buruk ini, mereka orang kapir sakit jiwa, lalu meluahkan kemarahan dalam bentuk buku, filem dan sebaginya…

Maka dalam bab boikot ini..

Jika kamu seorang Ustaz,
Izinkan aku berbeza pendapat..,
Dalam masalah ibadat banyak tak sependapat,
Inikan pulak masalah akhir zaman punya ummat..


Cheh, bersajaklah pulak..

Lalu kamu berhujah dari segi hokum ugama, kamu bukak kitab dan hadith, untuk menrelevenkan hujjah-hujjah kamu…

Aku tak kata kamu haram bila nak boikot, baguslah sebab sensitif, Cuma apa yang kita buat kena faham akan alasannya…, alasannya, kita kena tengok balik..

Sebelum tu aku nak bagitahu, kerana kamu dah bertanya juga, dan nak aku jawab dari sudut pandangan ugama, walhal kamu tahu sudah bahawa aku bukan Ustaz, aku ulangi, aku bukan ustaz, sila rujuk kepada yang lebih pakar..

Apa apapun, Aku suka belajar ugama dengan cara begini, iaitu, dalam setiap tindakkan kita, perlu ada ilmu, dan ilmu ini aku pecahkan dalam bentuk 4 soalan, iaitu..
  1. Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)

  2. Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?

  3. Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)

  4. Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Dan sebenarnya, 4 soalan ini hendaklah kamu tahu jawapannya untuk setiap ibadat kamu!!

Dalam solat kamu kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.Begitu jugak dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Malahan perkara ini tidak tertakluk pada yang wajib sahaja, yang sunnatpun begitu.Sebagai contoh solat tahajjud, berzikir, baca Al quran, semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang mengambarkan bagaimana Nabi melaksanakan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing..

Namun hari ini, telah banyak muncul pembaharuan yang di anggap baik, walaupun banyak keburukkan. Pembaharuan adalah bila bukan perintah Allah dan sudah tentu Nabi tak buat dan bertentangan dengan Sunnah Nabi, lebih buruk apabila kamu mengistiqamahkan pulak pembaharuan itu dan bermati-matian mempertahankannya. Aku tak maksudkan isu boikot sebagai bidaah, namun, Balik kepada isu boikot, mari kita buat kes study daraipada 4 soalan di atas..

Soalan pertama.:Adakah kamu boikot kerana Allah? (IKHLAS)

Ya, , kami buat semua ini kerana Allah, kerana seorang warga belanda sudah biadab, maka kami boikot seluruh Belanda, biar mereka rasa tertekan, baru mereka tahu kekuatan islam...

Soalan aku,

Adakah kerana sebab seorang buat silap, maka satu negara kita hukum?" kalau dulu agak logic alasan boikot yahudi tapi yang ini, oh.. please, bagaimana jika negara-negara lain pakat-pakat memboikot barangan Malaysia, hanya disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen di Malaysia? sedangkan rakyat Malaysia tidak pernah setuju akan ucapan ahli perlimen tersebut, tak ke zalim?

Itu yang aku tak faham, betul ke cara sebegini boleh mengajar mereka? Apa yang kita nak ajar pada orang kapir, jangan biadab dan kekal dalam kapir? Aku tak faham..

Itu satu hal, bagaimana pulak dengan orang islam di Belanda? Kita kat sini mengelilingi orang kapir, takde masalah nak boikot dan berdemotrasi, tapi mereka yang islam di Belanda pula di kelilingi orang kapir.., adalah kamu buat semua ini kerana Allah?

Dulu masa Salman Rushdie hina Islam tak timbul isu boikot ni, Rushdie bersembunyi selepas Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan umat Islam membunuh penulis berkenaan disebabkan novelnya, The Satanic Verses yang didakwa menghina Islam. masa tu (bebarapa) orang islam nak bunuh Salman seorang sajer, sebab yang buat salah adalah Salman, dan aku masa tu kecik lagi, kenal Salman pun sebab berita itu keluar kat majalah Gila-Gila ruangan Panaurama.., tapi aku faham, Salman nak kena bunuh sebab hina islam, tapi jika sebab marah pada Salman lalu Malaysia Boikot negara India kelahiran Salman, aku tak paham.., seperti mana aku tak paham member aku yang bergaduh dengan seorang brother, tak puas hati lalu pukul adik brother tu.., dan anggap ahli keluarga tu setan.., aku tak paham???

Dan antara amalan orang jahilliah sebelum zaman nabi dulu, akan berperang hanya kerana kesalahan seorang dari satu kaum.. woh ho!

Aku tak faham tolong beri tunjuk ajar dan jangan kelirukan aku yang hina ini..oh!

Dan baru-baru ini, akhir tahun 2007. Penganugerahan gelaran ‘Sir’ oleh Queen Elizabeth II dari Britain kepada Salman Rushdie dengan anugerah darjah kesatria telah di lakukan, atas sumbangan beliau dalam bidang penulisan, dan semua tahu sudah, bahawa Menteri Luar Iran, Mohammad Ali Hosseini, berkata keputusan memberikan anugerah kehormat tertinggi Britain kepada Rushdie yang menulis novel kontroversi, ‘The Satanic Verses’ adalah satu penghinaan terhadap dunia Islam.

“Menganugerahkan seseorang yang bersifat paling dibenci dalam masyarakat Islam jelas membuktikan perasaan anti Islam pegawai atasan Britain,”

Demikan marah Menteri Iran..

Tapi, pada waktu itu kita di Malaysia tak pulak boikot Britain dan India, kenapa ek? Mungkin sibuk dengan pilihan raya kot?..

Jadi, adakah kamu buat semua ini kerana Allah, atau sebab ini keputsan ‘popular’, atau sebab Malaysia dah maju, atau kerana kamu nak marah sebab Belanda pernah menjajah dunia dulu, aku tak tahu, kamu lebih tahu apa yang ada dalam hati kamu.., aku tak tahu!

Tapi jika kamu memang benar buat semua ini kerana Allah, semata-mata kerana Allah, hanya untuk menyukakan Allah, maka itu yang terbaik, kamu ada hujjah kamu, semoga Allah ampun dosa aku kerana tak mampu nak berniat seperti kamu..


*****

Soalan kedua: Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?

Syarat amal di terima ada dua, satu ikhlas dan satu lagi adalah perintah Allah, jika kamu ikhlas pergi cium bini orang, tak kena pelempang? Berdosa dan masuk neraka walaupun ikhlas.., Maka setelah kamu ikhlas nak boikot, maka tanyalah iman, adakah ini perintah Allah?

Bukaklah Al Quaran dan Hadith, Allah bagi tahu bahawa Allah cipta orang kapir bukan sia-sia, bukan hanya nak jadikan bahan bakar api neraka semata-mata.., bukan nak boikot sahaja, tapi ada tugas besar untuk orang islam..,

Orang islam kerja utamanya adalah ajak orang kapir masuk islam, tanya diri, sepanjang hidup sebagai seorang islam, dah berapa ramai ajak orang kapir masuk islam?, dah berapa ramai orang islam yang keluar ugama depan mata kita..?, tapi kita masih perasan sudah menjadi muslim yang baik, kita perasan kita sensitif pada ugama, walhal.., apabila orang islam tak buat benda yang patut di buat,(jaga akhlak sepaya orang kapir masuk islam) akhirnya orang islam akan buat benda yang tak patut di buat,(akhlak buruk buat orang kapir makin benci) dan telah korban pada benda yang tak patut di korbankan (berhimpun untuk tunjuk perasaaan tapi tak berhimpun untuk solat jemaah) dan takut takut akan mati pada tempat yang tak patut ia mati (isi sendiri) lalu di bangkitkan bersama-sama dengan orang yang tak patut ia dibangkitkan (isi sendiri) dan akhirnya duduk di tempat yang tak patut orang islam duduk (iaitu neraka), tak ke patut??

Jika orang kapir tak faham ugama, dan hina ugama, hina Nabi, macam kes seorang yahudi buta dan tua tapi masih hina dan caci Nabi, walhal nabi hari-hari menyuapnya makanan, sehingga Nabi dah wafatpun beliau masih mencaci Nabi, dan akhirnya beliau masuk islam di zaman Khalifah Abu Bakar ra, itupun selepas beliau tahu orang yang suap makanan padanya adalah seorang Nabi yang beliau caci siang malam…, Oh! apa lagi nak di kata?.

*******
Soalan ke tiga.: Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?

Kata kamu, Nabi juga boikot orang kapir bla bla bla, itu ini begitu begini...

Benar, nabi ada boikot orang kapir, aku ada baca sejarah perperangan di zaman Nabi, bila Nabi dah kepung kubu musuh, orang kapir berlindung dan bertahan dalam kubu yang kuat dan sukar di ceroboh, lalu Nabi sekat saluran air ke kubu itu buat musuh tak senang duduk, tak senang berdiri, dengan cara ini merela lemah, lalu menyerah, bila dah menyerah, senanglah Nabi dan sahabat buat dakwah di sana, jadi, Nabi perang atau ‘boikot’ air dengan niat nak kembangkan ugama, jika itu tujuan kamu, alhamdulillah, bila orang belanda dah lemah dan rasa tertekan sebab ekonomi jatuh, bolehlah kita pakat-pakat pergi berdakwah di sana.. Tak begitu?

Alhamdulillah, jika itu niat kamu, boikot supaya dapat berdakwah di sana..

********

Soalan ke empat.: Bagaimana kamu akan meng'istiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit, Oleh kerana kamu dah anggap ini adalah perintah Allah, dan mungkin Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!,maka kita kena buat secara istiqamah, jika solat kamu buat 5 waktu sehari, puasa sebulan sekali, dan berzikir pada waktu pagi dan petang, atau mengundi 5 tahun sekali..Maka, kamu juga kena boikot setiap Negara yang hina ugama islam,

Kita akan ugut kepada mana mana Negara yang sayangkan ekonominya, agar jaga mana-mana rakyat mereka yang membenci Islam, supaya jangan biadap dengan Islam, jika tidak kita akan memusnahkan ekonomi mereka, kita boikot mereka..

Namun aku nak tanya kepada Ustaz yang sokong boikot ini, nak boikot sampai bila? Sampai mereka mintak maaf? Sampai mereka menangis ketakutan? Atau sampai mereka masuk islam? atau sampai bila bila?, sampai kita semua jadi mayat?, itu aku nak tanya, sampai bila nak boikot?

Aku suka jugak dengan alasan Ustaz Zaharuddin supaya boikot hanya selama 2 bulan, sebab niat kita bukan nak binasakan mereka, Cuma nak ‘ajar’ mereka sahaja..

Hmmm, jika begitu, aku nak bagitahu akan satu Negara X yang ada jugak buat filem yang mengina ugama, menurut seorang Ustaz Zaharuddin, filem yang bertajuk "AKHIRAT" menghina nama ‘akhirat' dengan cerita bertunjangkan seks, zina, dan raba, aksi wanita tak tutup aurat dan isteri orang berlakon aksi ranjang ,

(aku tak tengok lagi, bersyukur zaman aku muda-muda dulu, tak pernah terlanjur tengok wayang cerita melayu..,)

kata Ustaz Zaharuddin lagi dalam blognya, adalah tidak wajar sama sekali mereka menggunakan nama "Akhirat" sebagai tajuk filem kerana Akhirat adalah satu lafaz yang penuh makna tersirat yang sentiasa disebut di dalam al-Quran. Ini perbuatan yang biadab!

Nampaknya mungkin orang islam dari Negara luar akan boikot Malaysia jika benar Biadab filem ‘Akhirat’ di ambil kira.. (aku tak tengok lagi dan tak nak tengokpun)

Walaubagaimanapun, sebagai kemudahan untuk kamu, aku akan listkan beberapa barangan keluaran Belanda yang aku telah tanya pada Pakcik Google sebagai rujukan untuk memudahkan boikot kamu bersama, berikut adalah produk Negara yang mana Rakyatnya menerbitkan Filem Fitna..

Shell, Barangan Eletrik, Philips, Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady, Coklat Forrero Roche, Van houten, dan lain lain.. (boleh rujuk email forward terkini dalm inbox masing-masing)

Secara kesimpulannya, anggap sahaja ini sabagai satu perbezaan pendapat, apabila kamu ada hujjah yang kamu yakin, go on, dan aku juga ada hujjah yang aku yakin, aku juga akan go on…

Dan memang produk orang islam kita kena beli dari dulu lagi, dan produk orang kapir kita kena boikot dari dulu lagi...., tak payah tunggu mereka hina ugama kita baru nak boikot, Cuma akhir zaman ni, yang kerja dengan orang kapir ramai orang islam, kerja kat Kilang Dutch Laddy Petaling Jaya misalnya.., kamu nak ‘susahkan’ Geert Wilders, tapi akhirnya orang islam yang jadi mangsa? Oh!

Semoga Allah bagi hidayat pada aku, kamu dan Geert Wilders….

Akhir kata:
Mana mungkin burung yang berbeza distinasi dapat di ikat kakinya untuk terbang bersama?
Mana mungkin askar yang berbeza musuhnya dapat duduk dalam battalion yang sama?

*******
Tiba tiba muncul lagi komen, dari seorang pembaca blog kereta mayat..

“Sebenarnya Hamka, kita kena sensitif terhadap orang yang hina ugama kita.., kita kena boikot mereka, tunjuk perasaan, tunjukkan kemampuan kita ke atas mereka, buat mereka takut.. kita kena SENSITIF”

Woh ho, now I see you're reasoning. Oh, that is why.. SENSITIF…

Bagi aku, nak sensitive biar betul dengan caranya, biar bertempat, ikut keutamaan, dan aku tak kisah bila kamu nak sensitive dengan seorang warga Belanda yang jahat lalu baikot seluruh negara Belanda, itu hak kamu…, Cuma aku nak tanya, tak sensintif ke tengok 660 kakitangan rakyat tempatan yang bekerja di kilang Dutch Lady Petaling Jaya, sedangkan Tan Sri Kamarul Ariffin, Pengurusi Dutch Lady juga membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Di ketahui juga, Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia,

Maka, sejauh manakah tindakan kamu memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang kamu nak hukum? Atau apakah kesanya kepada orang islam di Malaysia dan Di belanda itu sendiri? Tak sensitifkah jika kamu yang kerja kat situ?

Atau nak lebih sensitif lagi, aku nak tanya..,

Pagi tadi berapa ramai orang yang solat subuh berjemaah kat kampong kamu? 6 orang? 3 orang? Berapa ramai yang tak datang? Kamu tak sensitif ke tengok Masjid kosong? Yang tak datang tu kamu nak boikot tak?, cikgu besar sekolah tak datang, tak yah lah hantar anak sekolah, mamak jual roti canai tak datang, tak yah lah makan roti canai lagi, Pak Ahmad tukang gunting rambut tak datang, tak payahlah nak gunting rambut lepas ni, menteri besar tak datang, tak payahlah undi parti menteri tu lagi, tak gitu?

Kamu tak sensitif ke tengok masjid kosong?, Nabi Muhamamd SAW dulu cukup sensitif bab tinggal solat jemaah sampai tahap nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah, kamu pulak sensitif sampai buat panggilan palsu ada kebakaran, lalu kena tangkap di bawah kesalahan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lalu dikenakan denda sehingga RM50,000 atau tidak lebih setahun penjara atau kedua-dua sekali, dan itu cerita lain..

Ada sahabat Nabi Muhammad SAW punya sensitif sampai nak tuang timah yang mendidih ke telinga orang yang dengar azan, tapi lebih suka solat di rumah, tapi walau bagaimanapun mereka sensintif, tapi mereka tetap bersabar dan tetap berdakwah dengan cara berhikmah..

Sepatutnya, Banyak benda lain yang patut kita lebih sensitifkan tapi tak disensitifkan secara komprehensif, sebaliknya kita aktif mengsensitifkan dengan benda yang menyahaktfikan perkara yang lebih pengsensitifan dan tidak innovatif serta tak kreatif, macam mana nak jadi produktif, tentative, kompetentif, inovatif dan kreatif, jika ummat isla tak berintegritif?, huh!.. berbelif lidaf akuf..

Apa-apalah..

Oh ye, sebelum aku jauh merepek, sebab mata dah mengantuk, dan sebelum korang email aku tanya apakah produk Negara X yang buat filem “akhirat’..

Sebagai rujukan untuk memudahkan boikot kamu bersama, berikut adalah beberapa produk Negara yang mana Rakyatnya menerbitkan Filem “Akhirat” iaitu:-....

Kereta Proton, Produk Zaitun, Minuman Tongkat Ali, Kapur Barus, Kemenyang, Kain Kapan, Keranda, Batu Nisan., Kain Batik Mayat, Kapas Mayat., Cangkul Penggali Kubur., Pelana Keranda., Tafsir Surah Yassin., Buku Panduan Tahlil-Talkin dan Kereta Mayat!

Ps: Nak boikot, boikotlah, tapi jangan sampai menyusahkan orang yang tersayang.., dan akupun nak tumpang boikot gak setakat yang aku mampu…., insyAllah..