Aug 15, 2008
Bersajak sebelum Sya'aban?
(Nak kata bukan sajak nampak macam sajak, kira sajak sambil membebel sehari sebelum esok sebab aku mahu doa kamu makbul..insyAllah)
Tajuk: Kerana Aku Tahu dan salahkan kerana aku tahu?..
Aku tahu,
Esok 15 Syaaban..
Aku tahu,
Esok kamu akan ke masjid…
Dan baguslah kerana setelah sekian lama tidak ke masjid akibat terikat dengan 'Izora' dan Bulutin Utama, Esok kamu akan ke Masjid akhirnya…
Aku tahu,
Esok 15 Syaaban..
kamu akan ke Masjid beramai ramai.
Aku tahu kamu ingin berdoa bersama imam akan tiga perkara yang penting!
Aku tahu apa yang kamu ingin doakan..
Iaitu, panjang umur, murah rerzeki dan tetap iman..
Aku tahu panjang umur dan murah rezeki itu penting..
Yelah, siapa yang sanggup jadi kaya dengan umur yang pendek?
Atau siapa yang sanggup jadi miskin dengan umur yang panjang?
Lalu esok kamu ke masjid,
Baca Yassin tiga kali
Dan setiap yassin di selangi dengan doa..
Panjang umur..
Murah rerzeki..
Tetap iman…
Aku tahu semua itu!
Dan Aku masih lagi tahu yang mana jika kita berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang mereka mahu?
Jawab mereka…
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..
Aku juga tahu jika kita berjumpa dengan golongan yang dah senja lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?
Jawab mereka yang tua-tua itu…
Kami mahukan anak cucu kami murah rerzeki..
Dan Aku masih lagi juga tetap tahu bahawa jika kita berjumpa dengan golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?
Jawab mereka pula…Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia…
Nampaknya..
Semua kamu di Malam Nisfu syaaban mahukan perkara itu, semua remaja, orang tua dan bijak pandai juga mahukan doa Malam nisfu Syaban mereka di makbulkan..
Dan pada malam yang selain dari Nisu Syaaban..
Aku masih lagi tahu
Bahawa kamu sering berdoa panjang umur dan murah rezeki..
Lalu aku bertanya
Benarkah apa yang kamu mahu itu baik?
Tahukah kamu bahawa saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya berkata:
“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?
Tahukah juga kamu bahawa saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan berkata:
“hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…"
Maka,
Tahukah kamu dan tahulah aku bahawa akan para sahabat nabi itu, yang telah di jamin syurga ketika masih hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Tapi aku kekal tahu apa yang kamu mahu di malam Nisfu syaaban itu..
Kamu mahu Panjang umur dan murah rezeki bukan?
Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Sesungguhnya,
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda Nabi Muhammad s.a.w., tapi Nabi menolak dan berkata lebih kurang maksud…
"Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…”
Dan aku tahu tentang adanya akan Doa dari orang Soleh supaya umurnya tidak terlalu panjang sehingga menjadi nyanyuk yang mana akhirnya mati tanpa sempat mengucap dan hidup menyusahkan anak anak mengurus najis di punggung…
Maka korang semua,
Akhirnya tahu sudah, bagi para kekasih Allah itu, langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya…
Apa yang korang mahu?
(-Panjang umur dan murah rezeki ler...)
Baik, kita tanya makhluk lain pulak..
Biar semua tahu!
kKta tanya pulak pada syaitan:
Apa yang syaitan mahu?
Syaitan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)
Apa yang firaun mahu?
“aku mahu panjang umur”
Apa yang Qarun laknatullah mahu?
“aku mahu murah rezeki”
Apa yang korang mahu?
“panjang umur dan murah rezeki”
Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
“aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu”
Apa yang Aisyah r.a mahu?
“aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!
Apa yang Umar r.a mahu?
“aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung”
Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini…
Sekarang mari kita tanya orang dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
“aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…”
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!Korang semua!!!
Apa yang korang mahu?
PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI…
Lalu terdengarlah akan riwayat tentang Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud:
Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit “wahan” yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…
Apa itu ‘wahan’?
Jawab Nabi saw:
“Cinta dunia dan takut mati!”
Aku akhirnya tahu bahawa Wahan… setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan bahawa:
Wahan itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!!oh
Tahukah kamu bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah syaitan!
Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!!
Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain LakNaktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!
Namun.. aku akhirnya tidak berkata kamu salah doa panjang umur dan murah rezeki..
Cuma nasihat aku untuk diri sendiri..
Janganlah berdoa dengan perasaan Wahan…
Itu sahaja..
: )
Dan aku tahu
Akhirnya doa kamu pada malam itu di makbulkan jua..
Aku tahu
Doa panjang umur kamu makbul kerana kamu masih lagi hidup keesokan harinya..
Aku tahu
Doa murah rezeki kamu makbul kerana kamu dapat makan banyak lepas solat isyak..
Aku tahu
Doa tetap iman kamu juga makbul kerana, esok kamu masih lengahkan solat dan selamba tinggal solat jemaah..
“Tahniah”!
Dan jumpa lagi pada Nisfu syaaban lain tahun!
Itupun jika kamu belum naik kereta mayat.
Dan itu yang aku tak tahu.
Ps: Sila baca entry ini sebagai rujukan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
aku yang pertama?? first time?? tak ku percaya?? ni pun penyakit wahan ke??
salam..
hasrat terpendam tercapai sudah..
penangan dari hamkah..ha..ha..ha
-ibn sabil sya'ban 1429H (di remang helaian akhir catatan amal...)
2nd!
salam..
Andaikata saranan ini menyinggung hati mu, maafkanlah diri ini yang tidak pandai berbahasa. Andaikata ada salah dalam saranan ini kau nyatakanlah kesalahannya dan perbetulkanlah ia, jangan biarkan ia semakin melebar. Andaikata engkau suka akan saranan ini, saranan ini hanyalah dari seorang manusia biasa, perbaikilah ia semoga kelemahannya dikuatkan,
kesalahannya diperbetulkan, kebaikannya dapat disebarkan……………
Panjang umur.. (lawan tuan/puan tetap macam lawan TUHAN?)
Murah rerzeki.. (rejeki on sale!)
Tetap iman.. (motif iman tetap!-cadanag tajuk next forum bar council)
hamka..
kadang-kala adalah benar bila kita tutup mata, satu benda apa pun depan mata tak nampak..
sama lah juga kalu buka mata pada waktu malam gelap gelita, juga satu benda apau pun tak nampak..
maka yang berikan upaya nampak bukanlah mata, tetapi CAHAYA..
dalam gelap gelita akan nampak semua benda bila ada CAHAYA..
tapi JIka ada mata, tetapi tertutup rapat, sengaja tutup, buat-buat tutup, malas nak buka, apabila dalam cahaya pun kita tak nampak..
LEBIH SANGAT BAHAYA, apabila kita buka mata dalam keadaan cahaya yang sungguh terang, kejutan sinar cahaya boleh merosakkan mata lalu buta.. kesan kornea mengecil mengejut menyebab saraf retina tercedera..
(tak percaya korang ambil lampu suluh, 'on kan' letak kat mata tertutup pastu buka..macamana?)
(cuba tengok matahari lama-lama?..boleh ker?)
berbanding bila tengok bulan..
tengok bulan yang penuh pada malam hari.. apa rasa yang datang..
maka, kita kena selalu lihat terang melalui gelap..
kena selalu anggap diri belum dapat amal agama sempurna...
selalu anggap apa juga kebaikan adalah yang pertama kali kita buat..
selalu anggap kita masih jahil dan jauh dengan Rasulullah SAW...
jadi kita akan tiada masalah untuk bersangka baik pada semua orang, berkasih sayang pada ummat...
selepas baca yasin nanti, ambil peluang tengok bulan,
hadirkan betapa besarnya KEbesaran Allah swt..
pada gelap dosa dan salah lah kita akan lihat terang pahala dan benar ..semuanya ada dalam agama islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.
Doaku..
'Ya Allah Berilah HIdayat pada HambaMU yang Hina dan Dina ini…
(Perkenankanlah..)'
'Iblis terlupa nak doa HIDAYAT untuk diri sendiri…
Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!'
-ibn amin
Doa panjang umur dalam amal dan mati di hujung-hujung dunia sebab sebarkan agama,
Murah rezeki untuk diguna pada jalan Allah,
Hidup dan mati dalam iman sempurna.
*Tapi kalau tak but usaha agama, mana ada terfikir nak doa macam ni. Ada orang pergi haji, pegang kelambu kaabah dan doa supaya ditambah harta. Bila harta banyak, kepit kat celah ketiak.
assalammualaikum....
thanks bro......aku sedar satu perkara =)
assalamualaikum,
ni nak share...dua minggu lepas dengar seorang ustaz beri ceramah..ceramah dia kelakar dan mengisafkan gak...ustaz ader sentuh mengenai amalan 15 syaaban, dia kata x der jumpa hadis yang kaitkan amalan nisfu syaaban yg diamalkan org di Malaysia...hadis lemah mengenai nisfu syaaban pun x der jumpa...yang pasti kata ustaz tu...buku catatan amalan akan naik setiap hari...betul...sebab setiap hari ada dua malaikat yang tukar syif, yakni satu syif siang dan satu syif malam, satu naik dan satu turun...so x timbul isu kene tunggu setahun sehingga 15 nisfu syaaban baru buku amalan nak naik ke langit...betulkan saya jika tersalah...jangan sebab dah jadi amalan nenek moyang kita macam tu so kita pun jawab, dah nenek moyang macam ni so buat jer ler...
satu lagi teknik bacaan Yasin tu..bacaan pertama mungkin ler dibaca slow dan tertil...tetapi bila dak masuk bacaan kedua dan ketiga...mahkraj hilang dan tajwid lintang pukang sebab semua baca laju2...takut2 di laknat quran kerana x hormat padanya...sedangkan kita semua dikehendaki membaca quran secara tertil..waallahulam...
ps: malam esok nak berjemaah dan lepak kat surau mana yek...harap2 ada ler masjid x buat majlis tu...kat mana yek..
aku yg terakhir memberi komen...
aku dpt tambah pengetahuan baru hari ini...semoga bertambah ilmu di dada ku..amin..
Aku lebih suka cara doa macam bro kata dulu;
Ya Allah, aku mohon di berkatkan umur ,
Ya Allah, aku mohon di berkatkan rezeki
Ya Allah, aku mohon di pertingkatkan iman …
cantik kan bulan terang penuh di bulan Syaaban...
rasa sayu je bila tgk dari jauh
*insafdah*
aku nak mohon cepat dpt anak..
lps tu mohon pnjg umor sbb nak didik anak aku,dan lihat anak aku membesar..
hamka,betulkan aku kalau salah..
salam..
ps: Hamka cuti sampai hari selasa, die keluar 3 hari kot..
hmm nak join jugak lah..
-erfan
aku pun tak doa panjang umur + murah rezeki everytime doa.. sbb aku dipengaruhi oleh doa makpak yg aku dengar sejak kecik.. errr.. yg ada cuma `hidup & mati dlm islam, diberi rezeki yg halal, etc'
ayah aku cakap kene tau beza antara `baca doa' dan `berdoa'
Subhanallah..walaupun trgelak juge baca entry ni..
tp dapt menyedarkan diri betapa amalan bidaah sudah sebati lam diri masyarakat kite..susah nak kikis..
huh..takutnye kalo beribadah bnyk2 tp tak diterima Allah..nauzubillah~
spot on!!
semalam gerhana bulan. kebesaran Allah ada padanya..
salam...
bidaah ada 2, 1 bidaah hasanah=bidaah yg baik. dan 1 lagi bidaah dolalah=bidaah x baik
selalu doa..."Ya ALLAH..berilah apa yg terbaik untukku"....ameenn!!
oh...
bagus blog awak ni lain dari yg lain teruskan...
akuaktuari
lebih kurang mungkin penyakit wahan kot.. heh
-----------
ibn sabil
sorang lagi..
-------------
ibn amin
bila kau cerita pasal bulan, cahaya dan sesat..
aku teringat lagu search, “hilang dalam terang”
dan juga drama “sesat dalm cahaya”
dan itu cerita 10 tahun yang lalu
oh, apa kejadah benda yng aku ingat ni? Hampeh untuk diri sendiri..
-----------
azharjaafar
bila jadi mayat, apa yang ada di celah ketiak itu perlu di kosongkan, harap maklum.
----------
secret
satu jer?
----------
van qif
di surau, aku baca yassin sekali, lepas tu ketika orang lain baca yassin kali ke dua dan ketiga, aku baca tafsir surah yassin, dan semuannya cerita tentang dakwah.., oh, hati al quran bercerita tentang dakwah rupanya..
----------
shidah
bukan yang terakhir,
: )
----------
atap_aje
Amin..
---------
akulelakiitu
dan ketika aku melihat bulan syaaban itu, rupanya bulan itu melihat kita berdua, chewah!
---------
*insafdah*
Nabi Ibrahim juga berdoa dapat anak, dah tua baru dapat, sabar jer ler..
--------
Erfan
Aku dan isteriku pergi belajar imun-iman, bulan depan dah nak bersalin, lagi dua tahun pulak baru isteri aku boleh sambung belajar imun-iman, ni kira last kopek ler.. hihi
------
along
janji kau bahagia
----------
Norzi
Biar sikit tetapi sunnah…
Daripada banyak tetapi bidaah
biar sedikit tetapi istiqamah..
daripada banyak tetapi tak istiqamah
ps: pantun mudah dari aku,
he he
-----------
Nor
:)
--------
limaumaniss
ameenn!!
-----------
Tirai Hidup
Lain daripada yang lain? Kitakan berbeza!
Woha!
salam...
Ye..ye..ye.. hamka dah kembali..
Alhamdulillah syukur.. semoga imun-iman menjadi semakin imun - kebal - hah?
hamka naik kete kebal... fuhyoo?
keta mayat dah jadi second car...
-lana.. superman nyer makwe
ye Hamka, sume dah terjadi pada hari nisfu sya'ban.
last kopek apa tu hamka (sambil garu kepala)...
Aku penah baca entry ko mengenai ikutlah dakwah orang yg tak minta upah...dan bila aku makna surah yasin tu ada diceritakan seorang lelaki (dah lupa nama dia) yang nasihat kaum dia supaya ikutilah nasihat dan dakwah utusan-utusan nabi Isa...kisah yang dirakamkan dalam al-quran tu sama macam ko sampaikan dalam entry...so supaya kita semua boleh ikut dakwah orang yang tak minta upah..kalu lepas ceramah orang tu dapat upah macam mana yek??
adioss amigoss
Lana,
Lana yang kahwin dengan lex ke?
----------
intan
sejarah yang berulang untuk cerita akan datang..
----------
van qif
kau kopek buah kelapa, yang last tanggalnya sabut dari kelapa kira last kopek ler, lepas tu kau sesuaikanlah ideology tu dengan apa apa yang last
bab ulamak mintak upah, kau Tanya ulamak, aku tak pernah mintak upah lagi
err, nak no akuaun Maybank 2u aku ke?
He he
mati... seronok
mati... seronok
mati... seronok
(belajar dari ESQ165 hari tu.....)
sungguh, manusia mempunyai suara hati yang sama... suara hati yang bersifat universal... suara hati yang berpunca dari asmaul husna =)
salaam
hamka,
oo be my pleasure, kasi la ni akaun maybank ko yer...dan jangan lupa no pin/password ATM skali...mana tahu boleh gak aku top up kan duit simpanan kahwen aku...huhuhu...ooo duit kenapa ko tak beranak pinak cepat2....x pun nak buat loan ngan hamka jer...boleh en. hamka?
jangan mengharap kepada makhluk
he he
jangan mengharap kepada makhluk he he
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose hybridge[/url] This bra is light, stretchy and comfortable without any hooks, clips or underwires. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats cheap[/url] Smpgga
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet online[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Jacken outlet[/url] Zuhtss [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]cheap pandora[/url]
Aku lebih suka cara doa macam bro kata dulu; Ya Allah, aku mohon di berkatkan umur , Ya Allah, aku mohon di berkatkan rezeki Ya Allah, aku mohon di pertingkatkan iman …
Post a Comment