Aug 19, 2008

Bagaimana nak Bercerai?

(Entry khas cuti sekolah untuk mereka yang sedang makan bunga telur di hari perkahwinan)
Apa kejadahnya aku tulis entry tentang cara cara nak bercerai pula? Dah buang habitat ke apa?

Tapi, aku rasa tak salah, dan kadang-kadang, dalam sesetengah ehwal, penceraian adalah lebih baik dari berdamai dan lebih berkesan dalam usaha menyelamatkan dunia.

Rumah tangga adalah ibarat rumah yang kita duduk, yang mana sampai satu tahap, akibat tidak mencegah dari awal, maka rumah akan jadi buruk dan usang, seperti di makan anak-anai atau sudah retak disana sini, macam MRR2 misalnya, lalu akan menjadi bahaya pada ahli rumah untuk tinggal lama di situ, sebab bila bila masa saja rumah tu boleh runtuh.

Maka atas dasar keselamatan JKKP, datanglah puak bomba lalu meruntuhkan rumah itu dengan prosuder yang betul, gunakan bom C4 ke apa, lantaklah, janji rumah tu rebah sujud menyembah buni tanpa meruntuhkan rumah rumah yang lain..

Jadi dalam dunia rumah tanggapun sama, sampai masa dah tak boleh lagi duduk sekali, ibarat kata papatah, retak sudah menanti belah, belah tidak bertangkup lagi, chewah!, apa aku merepek ni, tak pernah aku dengar pepatah tu? Lantak ler..

Apa-apapun, yang penting kita semua kena ingat, walaupun penceraian adalah tidak baik dan di benci orang, tapi Allah tak letak hokum HARAM dalam bercerai, malahan hukumnya adalah HALAL.., yang mana setelah di rujuk atas dasar keselamatan, itu yang nak kena faham..

Lagipun, ada banyak kes yang kita sering dengar seperti isteri selalu kena pukul, kena lempang dan kena terajang, kena liwat dan sampai tahap ada yang kena lacur!, mana boleh tahan lagi bang? Silap silap kena simbah cuka getah pun ada, ni yang buat aku kadang kadang malas sangkut baju kat penyidai (takde kena mengena)

Ada jugak jenis suami kaki botol atau kaki betina, yang mana setelah dah lepas rendam kemaluan tak guna dalam kemaluan wanita yang haram, balik rumah nak pulak rendam kemaluan dalam kemaluan isteri yang halal, ye! aku tahu berdosa isteri menolak pelawaan suami bila di ajak bersetubuh, tapi bila dah banyak bukti yang kau tu jenis kaki betina, isteri mana yang tak takut-takut buatnya kemaluan yang dah salah rendam tu ada bawak penyakit AIDS ke apa, logic juga!

Jadi dah banyak sangat buruknya dunia rumah tangga bila ugama di belakangkan, semua tahu sudah, yang menderita kelak, si isteri jugak, bila mintak cerai, suami tak nak pulak lepas, dah jadi dayusler pulak, macam-macam hal korang ni?!

Maka isteripun duduk dalam dilemma, macam mana nak berpisah dengan laki aku tu? Kalau cerita mesti orang salahkan dia, tak pandai jaga suamilah, tak pandai inzalkan suamilah, itulah, inilah, apa kejadahlah..

Lalu keretamayatpun muncul dengan bergaya untuk bantu korang sikit sebanyak ‘kot’ akan beberapa langkah yang perlu di ambil untuk bercerai berai..

Straight to the point, sebab korang dah tak sabar nak bercerai..

Mula mula, ibu ibu sekalian, korang kena lari tinggalkan suami selama 4 bulan, lepas tu pergi jumpa Mahkamah syariah dan bagi seringgit, maka bercerailah, kan mudah tu?..

Tapi tidak semudah itu, nak lari tinggalkan suami tanpa izin dah jadi satu kesalahan, lepas tu nak menyorok pulak selama 4 bulan, payah jugak..

Itu yang aku tak dapat nak tolong, isk..

Walaubagaimanapun, jika korang berkahwin di Terengganu, benda ni akan jadi mudah sikit..

Sebenarnya aku tak pasti akan praktik ini di negeri lain, setakat aku tahu hanya di Terengganu, iaitu dalam lafaz cerai takliq, masa akad nikah sang suami ada sebut ayat “Jika dia atau saya tinggalkan bla bla bla, 4 bulan, bla bla, satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu”..

Jadi, ayat ‘Jika dia atau saya…’ bermakna, isteri juga telah di beri izin untuk tinggalkan suami jika dah ‘tak tahan’ dah, bermakna dalam katogeri ‘lari untuk bercerai’, di sini bermakna bahawa isteri tidak perlu mintak izin lagi dan jika lari sudah tidak dikira berdosa jika suami rujuk isu berdosa keluar rumah tanpa izin kerana suami dah bagi izin awal-awal lagi dalam lafaz cerai talak khuluk yang lepas, jadi selamat berlari menuju abadi wahai semua ibu ibu di terengganu sekalian....,

Tapi itulah, Negeri lain camne? aku harap Jabatan Ugama tolong prihatin bab ni, sebab bila dah suami asyik bercakap dengan isteri guna tangan dan kaki, kadang kadang guna siku dan lutut, maka susah sikit isteri nak lari sebab takde izin untuk lari, maka bila mintak lari, suami pulak yang tak bagi siap pagarkan jalan keluar guna tangan kaki, siku dan lutut, malahan jika isteri lari gak, suami akan kejar dan sekali lagi kaki akan naik kemuka dan muka isteri akan mula bersua dengan lutut suami, , memang naya kalau nak cerita, ni yang buat aku kadang kadang malas sidai kain pelikat lepas pakai ni (Takde kena mengena jugak)

Itu satu hal, bila korang pergi Mahkamah Syariah, ingat senang ke nak bercerai? Korang nak kena bukak fail dulu, lepas tu nak kena fotostat sijil kahwin, IC dan surat beranak anak-anak.., nak mintak IC suami pergi fotostate tentu banyak soalnya, siap makan penampar lalu makan hati berulamkan jangtunglah gamaknya.., maka masa awal awal kahwin, pergi fotostate siap siap, stand by.., sediakan payung sebelum hujan, sediakan sampan sebelum banjir..
Nanti bila sampai masa, bolehlah berpantun begini:

Payung dan sampan telah ku sediakan , Cuma menanti hujan dilangit!
Chewah!,

Bila dah bukak fail, baca surat permohon penceraian depan Pegawai Pendaftar Penceraian, baca Akuan bersumpah, dapatkan reset, dan tunggu masuk mahkamah, bila dah suami isteri dapat panggilan masuk mahkamah, hah! Berperanglah korang depan hakim dan biar hakin buat keputusan..

Habis cerita..

Cuma yang tak bestnya bila korang nak bercerai di Terengganu, masa korang nak bukak fail untuk mendokomenkan penceraian korang, rupa-rupanya, borang penceraian takde di sediakan macam korang nak isi LHDN ke apa, tinggal isi tempat kosong sajer, takde gitu mudah,

Sebaliknya korang akan di beri dua contoh surat permohonan penceraian, dan mereka akan suruh korang karang balik, retype balik ikut format yang sedia ada, banyak tu, mahu cecah 4 muka surat..

Jika rumah korang takde komputer dan printer pulak, terpaksalah korang pergi Cyber Café.., susah pulak nak karang sebab semua orang nampak, nak tulis kat pejabat takut kantoi dengan bos..

Tapi aku rasa mungkin hikmahnya Mahkamah syariah dalam kes ini adalah mungkin nak bagi korang susah sikit, supaya korang malas nak bercerai dan senang kerja mereka, takpun sewaktu korang susah susah nak taip balik surat tu, lalu tersingkaplah segala kenangan indah yang lalu lantas air mata turun bak mencurah laju, terus korang tak sanggup nak siapkan surat permohonan penceraian..

Apa-apalah!

Tapi untuk pengetahuan korang semua, jangan sedih dan gundah gulana, sebab aku ada soft copy untuk semua surat tu, aku dah siap taip cantik cantik dan tinggal korang nak kena isi ruang kosong sajer, senang korang nak bercerai, ha ha !

Jika korang nak cepat bercerai, just email aku, dan aku akan hantar surat permohonan penceraian yang kemas dan tersusun rapi.

Selamat bercerai!

Woha!

update: Surat cerai dah hilang dalam softcopy, berhenti email mintak salinan surat cerai. Adohai..

Ps: untuk suami yang mintak format surat berpoligami, maaf, belum ada pengalaman..

: )

67 comments:

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Selamat pengantin baru buat

HAFIZBAR dan bakal isteri

30/08/2008 (sabtu)

(beliau adalah Pengkomen pertama blog ini)

Semoga berbahagia hingga ke kerusi belakang kereta mayat..

Anonymous said...

MasyaAllah! Brutal r hafizbar neh! Jgnlah begitu. Sesungguhnya, jgnlah begitu... (pesanan buat diriku yg lupa)

Anonymous said...

Ops! Lupa lagi... Selamat Pengantin Baru Fiz... Semoga Berkat Rumahtangga. Apo kono e jang?

Anonymous said...

Tak pe hamka, bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi satu...

Anonymous said...

assalammualaikum

bercerai senang bro, tapi masa depan anak2 yg pening kepala huhuhu..papon bercerai tuk kebaikan saya setuju =)

Anonymous said...

aku rasa kalau laki kaki pukul,senang sgt nak bercerai.. janji ada repot sepital + repot polis

tapi... ish ish ish.. kenapa nak bercerai wahai ibu-ibu..?

aku teringat kat satu petua dari seorg org yg mmg dah tua ganyut.. dia kata,`sesusah2 pompuan yg berlaki adalah lebih senang dari seorg mak janda @ andartu'

kalau setakat gila pompuan lain, bg je kawen.. cukupkan 4 trus! heheh

Anonymous said...

aku rasa entry ni bleh menyebabkan kontroversi dan mungkin ramai para2 wanita diluar sana terkejut ketogori terkejut berok baca entry neh .. (aku berbusuk sangka)... setuju gak ngan pandngan encik hamka.. kdg2 aku letih tgk para2 wanita yg nak berendam air mata dgn masalah rumah tangga dorg.. yg dorg tau cite masalah je.. tapi bila orang len bagi pandangan bukan nak dgr cakap... bg aku kenapa Allah halalkan penceraian mesti ada terselitnya kebaikkan kat situ.. klu idop teruk sgt cerai..mungkin ada kebaikkan............. mudah2 aku dilindungi dr perkara2 mungkar dalam setiap perbuatan dan kata2 aku.......

Anonymous said...

aku pengkomen terakhir...
Mula2 aku pun terkejut gak bace entry En. Hamka kali nih...tp aku berpikiran positif.(positive thinker)..dulu mak cik aku puas berendam air mata disebabkan suami yang kaki betina..die la yg penat lelah duk jamin suami dari dipenjara disbbkn kene tangkap basah..pas bercerai..dan berkahwin dengan lelaki yg jauh lebih muda dari mak cik aku, alhamdulillah skrg aku tgk die bahagia sgt..mak cik aku = 50 thn (tapi muke muda..hehehe) ..pak cik baru aku = 33 thn..mak cik aku bercerai mmg tuk kebaikn die dan ank2..pak cik baru aku tu mmg baik dan kuat solat..semoga mak cik dan pak cik aku bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak lupe buat mak ayh , nenek, datuk..bla bla bla..dah start mengarut...

atap_aje said...

nabi ibrahim pesan suruh nabi ismail tukar pintu. pintu lama tak elok, banyak komen. Tukar pintu baru, baru okay.

tinggi betul kiasan nabi ibrahim as

Adry said...

Salam ziarah...
huhu.... cerai walaupun Halal tetapi halal yang paling tidak disuka oleh Allah.... so masa memilih isteri atau suami tu kena berhati hati...

limaumaniss said...

pertama: en hamka aku teringin sgt nk tau komen2 yg didelete tuh...nape kene delete ek???sbb yg kene delete tuhla wat aku lg curious nk tau...ish..ish...apa la agaknya yg org tu nulih ye???

kedua: to adry<--
masa pilih tu mmg la habeh berhati2 dah...smpai tatau nk hati2 camne lg dah...pk itu ini...pk masa depan..siap istikharah lg..tp kt x leh lawan ketetapan ALLAH kan...dan kita kene ingat....manusia itu sntiasa berubah...iman naek turun..huh....

apa pon sentiasa la doakan kebahagian rumahtannga anda selalu...huuh...dan doakan la aku cepat dapat jodoh...huhu...aku x nk gak pilih org yg 'tangkap muat' je untuk jadi pasangan idup....so..bak kata en adry tuh..." masa memilih isteri atau suami tu kena berhati hati..."...huuhu...

p/s: tanak bercerai selepas kawen nanti...ameen!!!

piece...

zackzara said...

Salam,

Bab perceraian ni saya tade pengalaman sendiri (sbb masih belum berkahwin) TETAPI..sekiranya perceraian yg dicari atas alasan bahawa suami memudaratkan isteri, maka cerai itu dihalalkan. Isteri itu adalah anugerah Tuhan, maka hendaklah dilayan isteri itu dengan sebaik-baiknya. Ia suatu amanah. Andai amanah ini tidak dijaga dengan sebaiknya dan memudaratkan isteri, eloklah memilih jalan kehidupan yang baru.

Bagi kes-kes cerai taklik ni, kebanyakan negeri ada peruntukan yg tersendiri. Ada beberapa negeri yg meletakkan samada isteri atau suami boleh meninggalkan pasangan masing-masing dan ada juga yang mensyaratkan hanya suami je yg boleh tinggalkan isteri. TETAPI dalam keadaan kes yg membawa kemudaratan kepada si isteri, isteri boleh meninggalkan suami.

Masalahnya bila part suami yg kadang2 tak nak lepaskan isteri sebab nak tgk setakat mana isteri ni mampu bertahan. Suami pulak hilang entah ke mana dan masih lagi bermaharajalela dgn perempuan2 lain di luar kawasan 'halal'. Tak ke menyeksa isteri namanye?

..sekadar pendapat..

Anonymous said...

*insafdah*

slmt pngtn baru hafiz

best oo kawin..aku pun baru tau
kalau tidak aku srh mak aku kawinkan aku umo 18..senang

hehe

semoga rmhtgga aku kekal bhgia hingga akhir hayat..biarlah hanya maut yg pisahkan kami-AMIN-

Anonymous said...

Hamka, cmna plak klu kes suami yg nak ceraikan isterinya sbb isterinya plak ada peel rendam ke****an dia dlm ke****an haram lelaki lain?

apa2 pun, im interested to get a copy of surat cerai tu...Ganu kite weh...hehe ;)

atap_aje said...

selamat pengantin baru kat hafizbar. hari pertama ko kawin, mesti ko akan diselubungi rasa menyesal. Isk..isk..






p/s: menyesal sebab tak kawin awal. kalau tahu best macam tu dah lama kawin.. woha.. menyesal betul

van qif said...

assalamualaikum,

Selamat Bakal Pengantin Baru buat Hafizbar dab bakal isteri...mmm apsal dah dekat benor Ramadan baru kahwin...tapi kira okey ler dari aku yg tak kawen2 lg...huhuhu

adioss amigoss

ENCIK SELIPAR... said...

Saya orang mengaku bangang dalam agama ingin bertanya. Bagaimanakah pandangan hukum dalam Islam, apabila seseorang Muslim itu telah berniat ingin berpuasa qadha'/nazar/kifarah pada malam hari, tetapi esok harinya dia tidak jadi puasa tanpa ada sebarang alasan. Minta sesiapa yang tahu dalam hal ini tolong beri penjelasan.

Sekian, terima kasih

( Mintak maaf la bro hamka sebab mempergunakan ruang komen kat sini utk tanya soalan )

ENCIK SELIPAR... said...

Saya ada terbaca pendapat yg mengatakan begini...

Jika telah berniat utk berpuasa qada'pada esok hari, kemudian tanpa sebab telah membatalkan puasanya pada hari tersebut, maka hukumnya berdosa...dan kene pulak mengqadha' puasa qadha' tersebut..maksudnya double qadha'..(aduh!!)

Minta maaf la, saya ni memang bangang yang sedang belajar supaya tak jadi bangang lagi dalam agama..

Semua respon dari sahabat2 sume saya ucapkan terima kasih..

ENCIK SELIPAR... said...

...kerana ada pendapat mengatakan puasa qadha' yang telah diniatkan utk esok, maka dia telah menjadi wajib sebagaimana puasa ramadhan yang mesti ditunaikan amalan itu pada esok hari. Maka apabila tak puasa tanpa sebab akan puasa qadha' tersebut, ia juga akan dikenakan puasa ganti baginya sebagaimana puasa ramadhan..(boleh faham ke sahabat2 semua?..minta maaf kalo tulisan saya berbelit-belit...)

Terima kasih kalau ada yang sudi respon..saya memang bangang tapi try tak nak jadi bangang lagi.

Yusry Rosly said...

(Smua ucap slmt pngantin baru..aku pun nk juge!)

Slmt pengantin baru pd saudara Hafizbar & isteri. Dgn ucapan, slmt melayari bahtera perkahwinan, moga kekal di dunia utk dibawa ke akhirat.

Terimalah lagu yg aku pilih utk kamu...

Bahtera Merdeka.

Skian.

Unknown said...

Teorinya mmg lah mudah, tapi praktikalnya amat payah.

Walaupun telah ada peruntukkan2 undang2 berkenaan cerai taqlik seperti yang telah dilafazkan oleh si suami pada waktu di nikahkan, tetapi apabila si isteri membuat permohonan untuk bercerai di bawah peruntukkan in, beliau masih lagi perlu mengemukakan saksi bagi menyokong aduan2nya itu.Talaq tidak secara otomatiknya tersabit dengan aduan semata-mata.

Manakala dalam peruntukkan perceraian di bawah fasakh pula, si isteri perlu membuktikan bahawa perkahwinan tersebut telah mendatangkan darar syarie kepadanya, i.e kemudharatan dalam bentuk fizikal ataupun emosi dan mental. Ini juga mengambil masa yang panjang, untuk mengemukakan saksi2 yang menyokong alegasi2 si isteri.

Kesimpulannya, nak kawin tu lagi senang daripada nak bercerai! Especially if you are a woman.

hamka said...

Matchip2

Selamat merdeka..

-----------
Secret

=)

----------
Along

Ada pulak yang takut bercerai bila kahwin, tapi tak takut pulak berzina sebelum kahwin..
Oh!

----------
aku yg takut tersalah cakap

kontroversi jika ‘slow’

: )

----------
shidah_wacha

‘mengarut’ tapi masuk shurga takpe, alhamdulillah

: )

----------
atap_aje

Aku lupa bait ni, jika tak dah tentu aku masukkan dalam ruangan ‘ps’

-----------
Adry

Ingat lagu P ramlee..

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadang-kala terdapat si isteri memerintah suami
O disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu handsom
Rambut panjang dah jadi botak
.
U la la, kalau memilih isteri ala abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala abang
Kena queen control
La la la la ...... Kisah rumahlah tangga, ada-ada saja
.
O kadang pula terdapat
Suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami (Ya Allah) macam syaitan Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau didepan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati
.
U la la, kalau memilih suami la adik
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala adik
Kena kaki botol
La la la la ..... Kisah rumahlah tangga ada-ada saja
.
Rumahtangga yang cantik
Suami isteri hidup aman
Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan
O perkara kecil kecil
Jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh
Kita perlu buat pedoman
.
U la la la, kalau memilih pasangan ala sayang
Biarlah berpadan
Supaya hidup aman ala tuan
Di sepanjang zaman
O La la la la .... kisah la rumahtangga
Itu semestinya

----------
limaumaniss

aku delete komen aku sendiri, sebab tersalah taip nama Hafizbar, dan tersalah tarikh kahwin

harap maklum,

---------------
zackzara

dan ada jugak lagu sekadar di pinggiran..

--------------
*insafdah*

Atau, biarlah hanya keretamayat yang pisahkan…, sebab keretamayat hanya boleh naik satu mayat sahaja.

-------------
intan

lelaki nak bercerai senang jer, lafaz luar mahkamah jatuh talak, tapi kena denda sebab tak ikut prosedur..

aku bagi sajak:

pedang penceraian itu telah bersarung sepanjang perkahwinan, sekali suami menghunus, pasti ada talak yang putus

maka, janganlah bergurau dengan pedang itu, kerana tajamnya adalah sentiasa kekal..

faham?

------------
atap_aje

lepas ni banyak nak kena belajar, demam kuning, lamping, susu tepung, buaian, maianan, kencing merata dan sebagainaya..

selamat belajar…

juga belajar bagaimana buka coli isteri, jika tak tahu, memang potong stim..

-----------
van qif

sebab cuti sekolah ler..

tapi orang bercerai tak pulak ikut cuti sekolah, kan?

-------------
ENCIK SELIPAR

Ni fatwa, aku bukan mufti, maka sila email Mufti perlis dan lain lain Mufti..

Dan soalan aku, apsal kau sajer jer tak nak puasa lepas niat?

--------------
Kafur

Atau lagu “kurnia” dendangan slam

“kita renangi bersama lautan nikmat, sampai ke puncak segala keramat”

-----------
VersedAnggerik

Yup! Setuju!

Sokong sokong!

Kerana itulah adanya Menteri Hal Ehwal wanita.

Lalaki belum ada, jika ada, lantiklah aku’ ha ha!

Cool said...

Hish.... Mintak Allah merahmati keluarga dr kes kes gini...


Sedih pulak tgk isteri isteri yang kena pukul.

Bodoh punya jantan!

*emo*

*pregnant*


hohoho@!~

Anonymous said...

.uhh..apasal cerita cerai-berai nih.. SELAMAT PENGANTIN BARU utk saudara HAFIZBAR dan bakal isteri

Anonymous said...

ulangkaji ckit utk org dah kawen.. perkara yg dibolehkan ketika posa: Mencium isteri, memegang tangan dan memeluk isteri asalkan DAPAT mengawal nafsu syahwat..

Anonymous said...

..kalau seseorg brsetubuh pd siang hari bulan Ramadhan wajib atasnya qadho puasa diluar bulan Ramadhan dan membayar kifarat iaitu memerdekakan seorg hamba sahaya (mana ada hamba sahaya skrgnih)..so kenalah kifaratnya posa 2bulan berturut-turut (sanggup?)..kalau tak sanggup juga, kenalah bagi makan 60 org miskin..

rossees said...

oh..rajinnya encik hamka menaip balik surat permohonan cerai...4ms...

dan juga...

Selamat pengantin baru buat
HAFIZBAR dan bakal isteri

semoga selamat segalanya

salaam

hamka said...

Jiji said

Masa pregnant tak baik bercerai kan??

------------
نيني

Aku bukan sajer-sajer rajin, baru lepas tolong sorang hamba Allah bercerai, sebab aku ada computer dan dia pulak hanya ada calculator, , aku tolong taip balik surat tu, dan simpan soft copy, dia dah bukak fail di Mahkamah..

Begitu ceritanya..

Cool said...

Tak baik or tak bole?

Rasanya kalo bercerai jugak.. suami still kena kasi nafkah sampai abis iddah.

rasanya laa.

x ingat.

(Kes time kursus kawen dok belakang)

azharjaafar said...

Elok lah kalau dapat setahun sekali bercerai dengan isteri. Bukan bercerai betul-betul tapi keluar 40 hari untuk buat usaha agama. Bila balik macam pengantin baru.

Hafizbar kawin 30 Ogos? Ohh.. mujahadah sungguh. Pastikan sepanjang siang hari ramadhan jangan balik rumah. Aku yang dah 13 tahun kawin pun mujahadah... inikan... ohh..

azharjaafar said...

Terutama lepas zohor... ohh lagi...

attyfir said...

mmg betui pun..kekdg penceraian itu lebih baik..dr asik bergaduh..anak2 tgk..semua..perkataan kesat jd mknan harian..

affendik? said...

adus hamka..
niatmu murni..tapi bahaye neh!!!

Anonymous said...

Salam...

Kes cerai semakin meningkat... tak kira samada salah isteri atau salah suami. mmg sedih sbb itu tanda keruntuhan akhlak umat akhir zaman... Kenapa banyak kes cerai ye? Mungkin salah satunya adalah sbb solat yg menjadi tiang agama tidak lagi terjaga.

Anonymous said...

manusia datang atas dunia mungkin sebenarnya untuk berak, lepas nabi adam as makan buah khuldi, dia terasa nak berak, tapi dalam syurga takde tempat berak. ALLAH TAALA hantar ke dunia untuk baginda berak. sebab itulah semua bayi2 yang baru lahir tak boleh keluar dari hospital lagi selagi tak berak. kalau dah berak, baru boleh keluar hospital.

kesimpulannya. dunia ni sementara, seumpama masuk dalam jamban untuk berak. tak perlu la masuk jamban lama2, melukis rumah, lukis duit, lukis pangkat tinggi2, tulis macam2 lagi. Tak perlu la di dunia ni angan2 macam2. usaha macam macam, sebab kita akan tinggalkan dunia ni. sekejap je duk sini. pasti balik semula ke akhirat. sekejap je duk dalam jamban untuk berak, pastu keluar.

Anonymous said...

hafizbar dah nak kahwin???
tahniah.. masih mempunyai hasrat utk bertemu Incik Hafizbar, dan barangkali bersama isteri..IinsyaAllah

hamka said...

Jiji

Aku dulu kursus kahwin, sempat lukis gambar isteri dalam buku perkahwinan tu, kira rindu gila bayan ler he he (konon)

-----------
Azharjaafar

Aku banyak nak kena belajar dengan kau akan tata cara sayang isteri tinggalkan-timggalkan..

Dan bila malaikat maut datang lalu menjemput salah seorang, maka tinggallah untuk selamanya..

-----------
atty's

makan perkataan kesat kuruskan badan, ajaib sungguh

-----------
affendik

BAHAYA hanya kepada bot bot kecil..

-----------
suara

banyak kes cerai adalah sebab penduduk Malaysia yang semakin bertambah, dengan itu banyak juga kes beranak dan kes kematian, nampakanya keretamayat tak menang kerusi belakang di buatnya

sekian berita dilaporkan dari bilik mayat..

----------
siti sifir

dan ada jugak yang pergi masjid sebab nak berak sahaja, malang sungguh!

----------
Linanilza

Aku bagi klu,

Muka hafizbar ada iras-iras Yassin senario

Lagu: “untuk apa kita bertemu, jika hanya menambah luka…”

Anonymous said...

mmmm...aku pun hampir2 bercerai gak..tp ALLAH kurnia anak dlm perut bini aku...so sayang balik..ini gara2 ustazah yg beri kursus kawin hasut bini aku minta cerai hanya kerana aku lelaki lembut yg tak pernah meliwat atau diliwat...

mmg bodoh n setan ustazah tu...aku kenal sangat dia..n dia slalu gak kuar tv seperti forum islam n lain2 lagi...moga ALLAH ampuni aku n dia..walaupun mulut boleh kata maafkan dia tp hati tak boleh menipu..

SpEkmATaKu said...

entry y unik kali nie..wlaupun pahit untuk d telan haha..btw dolu2 pernah msk n komen page hafizbar kt blogdrive..skrg blog tue dh xujud lagi ker??per add baru yer??sesape y tau..

van qif said...

assalamualaikum,

saja nak menyibuk...stuck kat opis, hujan lagi kat luar tu...siap banjir lagi kat sini...brother tu cakap ader seorang driver siap pengsan lagi sebab panik air naik..kesian kesian..

hamka nak tanya, di bulan romadhan biasanya ko berjaya istiqomah x solat jemaah maghrib di masjid..maklumler kan bila dah kekenyangan...ohh

adioss amigoss
vanqif

limaumaniss said...

haha...jawab hamka jgn tak jawab...aku dah slamat konvo..heh..saje nak bagitau..kiki..mana pergi en hamka ni..x de entry baru ke...pergi wat preparation utk mujahadah di bulan Ramadhan kot...hehe

Anonymous said...

..eh..tak susahlah nak solat berjemaah time Ramadhan. Bawakler bekal siap2 ke masjid. Berbuka kat masjid..pastu solatler dgn Pak Imam.

Hendak, seribu daya.
Mahu, sejuta usaha..

najmussobah said...

kalo susah gak berjanjilah dgn kengkawan solah jemaah sama2..sbb ada yg nak berbuka ngan isteri tersayang n anak2 kat umah..
mcm yg aku duk buat saban tahun ialah berbuka = 6.11ptg(sandakan)...solah jemaah = 6.30ptg..sape dtg lambat tu masboq ler...rasenye 19 min tu dah cukup banyak..lainlah ade yg nak "lebih2" ngan isteri..bawa2 ler bersabor cik abang ooiiii..tak lari gunung dikejar...

hamka said...

Anonymous lembut.

Allah know best!

---------
SpEkmATaKu

Aku tak tahu, maaf!

--------
van qif

aku mesyuarat dengan orang kampong dan semua setuju iqamat maghrib 20 minit selepas azan, jadi masih dapat istiqamah solat berjemaah magrib sampai mati, insyAllah..

dan sedih, magrib yang paling ramai ahli jemaah dalam bulan lain, akan berkurang pada bulan ini… setan dah dirantai bukan?

----------
limaumaniss

dan bini aku bersalin tak lama lagi, kira tak nak menyusahkan bini aku, sebulan aku akan bukak puasa di masjid, (macam tahun-tahun yang sudah) confirm tak tinggal jemaah, selamat berjaya untuk diri sendiri dan korang semua..

----------
najmussobah

ya, samaler kita

:)

van qif said...

mesti pak imam surau tu cakap sorang2...asyik2 muka hamka ni jer berbuka kat masjid...hahaha...jangan marah yer..tahun ni nak try berbuka kat surau gak ler..

selamat menyambut ramadan kepada hamka dan semua pembaca yer (perasan macam blog sendiri plak...ohh...aku dah mula terasa keindahan ramadhan...Ya Allah panjangkan lah umur ni...

adioss amigoss

PelangiBonda said...

ahaks... best plak jadinye topik cerai nie.. sory yer sbb aku x baca ntry ni smpai abs.. cme aku nak perbetulkan sikit..

en hamka.. lam entry tu ade ckp yg pompuan nak cerai byr singgit da bley cerai..
skang ni..
proses tuh da kene bayar 10rm.. bkn lg singgit.. n aku baru tau.. rupenye di sebalik proses tuh ade lg yuran2 yg pelu dibayar.. 100 plus2 tuh.. haha... (mentang2 br lpas kursus kawen.. byk ckp plak..)

heho...

tp biarla bercerai utk kebaikan.. n klo bleh ble da bercerai jgnla ptskan hubungan camtu jer.. bersahabtla. jgn smpai anak2 jd mangsa sudah... byk yg camtuh aku tgk.. cian anak2 jd mangsa..

ingtla 1 menda.. bahawa cerai adalah perkara halal yg plg Allag x suka... n bergegar tiang arasy tu bila seorang isteri mintak cerai dr seorang suami..

INTAN RH said...

moral of the story sebenonya, pompuan dan lelaki zaman ni 2x5 peelnya.

hamka said...

van qif

aku tak maintain satu masjid sahaja, jadi imam tu tak sempat boring.. he he

-----------
,,,

Oh ho, baru aku tahu, bagus!

--------
INTAN RH

Apa apalah..

limaumaniss said...

en hamka...artikel ttg bagaimana nak berkahwin tak dak ka?heheh...aku dalam dilema nih...aduh!!!

Anonymous said...

salam..nk buat pembetulan kpd ayat ko bleh x?

Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu “You are the Key to My Love in Your Heart” ialah sebenarnye "You've locked my love in your heart"

di sini, key dan lock ialah dua maksut yg same iaitu kunci.hehe

dan

there's no such word as that's mean...the real word is that means

p/s: aku bz dz skang ni..x smpat nk email ko.miahn ne yo.hamka oppa.

hamka said...

limaumaniss

aku rasa macam dah ada banyak, cuba kau jejak balik, akupun dah lupa pasal banyak sangat tulis tentang kahwin..

---------
kakashi_sensei

nanti aku edit, dan jangan lupa email lama dah tak aktif. Email baru
keretamayat@gmail.com

Anonymous said...

Apprесiating the commitment you
put into youг blog and ԁetailed
informаtion you present. Ӏt's great to come across a blog every once in a while that isn't the ѕame old геhashed infoгmаtіon.
Fantastiс reaԁ! І've bookmarked your site and I'm adding уour RSS
feeds to my Gоoglе acсоunt.
My website > car loans company

Anonymous said...

Consiԁer running a conteѕt or οffering a freе prοԁuct tip
sheet that accomρanies the intеrviеw.

The line comes off the boat automaticаlly once іt hits a fish, which mеans that the usеr can catch a
fish of virtually any size. The Public Rаdio Tuner from Amеrican Public Media maу be one of the best radіo applicаtions уou can get.


Check out mу hοmеpage ::
internetradio

Anonymous said...

Then a splash screen that is not present on the purchased version "nags" for several seconds, and the background from the desktop is displayed on the laptop.
Thus professional firms for web development
in London are better got in touch with. Still, Lich King is
not devoid of its flaws. you ask with softness coming back into your voice as you sit on the sand beside me.
Overall I'll say the game isn't that re playable. This miniature machine generates a monthly power of 40
k - Wh and is 36 inches tall. Talcahuano. Nevertheless, we're now moving on and talking about the top Xbox 360 games for 2012. * You're realistic about what you
expect from others. For people from non technical background these things look like
rocket science.

Here is my blog; http://www.c-rv.de/wiki/index.php5?title=Benutzer_Diskussion:OlenWoo

Anonymous said...

The application also offers some freebies like ID3 tagger and audio trimmer.

I wanted to know, since we have gotten so intimate,
if you are seeing or having sex with other partners (so we can keep this
relationship honest and not play games). The key is to have a clear understanding of the market so the money spent on broadcast advertising
isn't wasted.

My homepage :: internet radiosender

Anonymous said...

And then, you'll probably see that the battery's charge
won't be as durable as before. Their producers imagine this can make the user a lot more mindful in the should change the batteries, lessening the prospect of the discover program failing through ability loss. Mobile computing is continuously getting better with best performance, smarter processors, light weight and handy designs, but as we all know, the main power of the mobile computing device (weather it is laptop, mobile, PDA or e-book reader) resides in it's battery capacity.


My webpage :: gratis spiele spielen

Anonymous said...

Excellent goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're just too fantastic.
I really like what you have acquired here, certainly like what you
are saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still
care for to keep it smart. I cant wait to read much more from you.
This is really a great site.

Here is my page - squeeze page design

Anonymous said...

If you decide to pursue SEO as a way to generate revenue, you must beware that you will
open yourself up to a host of new scam products. However,
the MP3 player doesn't have an impressive volume buttons and the quality of sound is also not good. The key is to have a clear understanding of the market so the money spent on broadcast advertising isn't wasted.


Here is my site - Discover More Here

zulhilmi said...

wahai abg hamka..
sguh baguih dok ada la entry mike kali ni, bukan apa disebabkan kedangkalan ilmu dan memang pemalas nak mampos belajar bab2 agama banyak jantan2 yg dah berbini perasan hensem dan terus melanggan ayam2 diluar.. dok puas berendam nak pulok bagi bini rase anunye yg xsenonoh tu puih!.. lafaz cerai, taklik, dan seumpama dengannya perlukan ilmu.. banyak doh kes2 cerai tanpa sengaja berlaku la ni sebabnya xdok ilmu... jadi kita geng2 suami yg baik kena la belajo ilmu nikah cerai ni.. kekdang aku pon takut kot2 nak bergurau senda di pasiran pantai bersama2 kawan2 takot2 le terkeluar ayat2 yg bisa menghancorkan hubungan suami ister.. dah jatuh nak tanak kena la ruju balik, sian bini.. dah le byk jasa kat kita..

Anonymous said...

Cmne nk borng tu..ape email

hamka said...

borang dah habis

Unknown said...

Borang ade lg ke?

Unknown said...

Ape email u ye?

hamka said...

borang dah hilang, huhuhuhu

heartTOheart said...

Napelh awak kelakar sgt, sy tngh stress nangis ni pun boleh ketawa...

heartTOheart said...

Napelh awak kelakar sgt, sy tngh stress nangis ni pun boleh ketawa...