May 15, 2008
Shurga di bawah kaki ?
(Surat tidak rasmi di hari Ibu dari seorang ayah kepada anak-anaknya)
Assalamuailakum semua anakku…
Sebab kamu semua perasan sibuk, ayah terus straight to the point…
Dalam apa-apa keadaanpun, sempena hari ibu, tolong jangan jadi seperti dua golongan orang ini:-
Pertama, orang yang suka menceritakan segala penderitaannya supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.
Kasihan bukan?
Kedua, orang yang menceritakan segala kelebihannya supaya semua orang cemburu, lagi ramai orang cemburu lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.
Hampeh bukan?
Namun, kamu semua masih boleh di benarkan untuk menceritakan akan sebarang kesusahan kamu kepada orang yang memang dapat selesaikan masalah kamu, seperti doctor, polis, ustaz, kauter pertanyaan, penunjuk arah atau mereka-mereka yang layak…
Jika kamu cerita pada ayah pulak, tak banyak yang dapat ayah tolong.., serius.. , tapi ayah suka dengar cerita problem masalah kamu semua.., kira ayah tolong dengar ler...
Dan tempat yang paling baik untuk kamu mengadu akan segala kesusahan kamu adalah kepada Allah Tuhan sekalian alam semesta, sesungguhnya:
Hanya Allah sahaja tempat segala kesusahan menjadi kesenangan abadi..
Begitu juga dengan adab menceritakan kesenangan atau nikmat hidup, misalnya kamu suka sangat dengan keputusan kerajaan baru-baru ni yang naikkan had umur pencen, buat kamu ada banyak masa untuk bayar hutang lapuk bertimbung-timbung, maka ceritalah ‘nikmat’ itu kepada kakitangan kerajaan sahaja, kepada nelayan atau penoreh getah, tak payahlah kamu nak cerita lebih-lebih kerana:,
Hakikat nikmat hanya boleh diceritakan kepada orang yang dapat berkongsi nikmat…
Tak kan lah kamu nak bercerita nikmat di inzalkan suami dengan rakan sekerja yang andartu atau janda yang bercerai kerana suami mati pucuk? hampeh! , mengarut dan berdosa!
Namun jika kamu ada duit yang banyak dan ingin cerita pada ayah jumlah duit kamu, maka bolehlah dibenarkan untuk kamu cerita betapa banyaknya duit kamu, dengan syarat…, nikmat itu mestilah di kongsi bersama… he heh, bergurau dengan virus wahan ler pulak… oh!
Baiklah, sekarang ayah nak bercerita sikit sempena hari ibu…
Baru baru ni, ketika kami adik beradik sedang makan serapan pagi di rumah ibu bapa kami di kampong iaitu di rumah nenek kamu, dan ketika kami sedang asyik berborak tentang ekonomi Malaysia dan aplikasinya, tiba-tiba salah seorang dari anak saudara ayah merangkap anak adik ayah juga merangkap sepepu kamu, telah melakukan kesalahan yang biasa kami adik beradik lakukan sewaktu kecil dahulu…
tak perlu ayah detailkan tentang kesalahan sepupu kami itu dan siapa dia..
Namun, Emak ayah a.k.a Nenek kamu yang berada di tempat kejadian hanya menegur dengan kasih sayang…,
Daripada kejadian itu dan akibat dari tindakkan emak ayah merangkap nenek kamu itu, maka perbulan di meja makan yang berkisar tentang subjek ekonomi telah berubah menjadi perbualan tentang subjek sejarah… kami adik beradik pakat-pakat merujuk akan kejadian 20 tahun yang lalu yang mana jika ayah atau adik beradik yang lain buat silap yang sama atau lebih lagi, maka kami dah tentu kena rotan…
Tapi sekarang, Nenak kamu hanya tegur dengan kasih sayang…
Maka bermulalah cerita, adik beradik ayah yang lain terus menceritakan segala penderitaan mereka semasa kecik…,
Kepada anakku, Ingat tak masa kamu kecik dulu?, bila kamu tunjuk luka kat siku pada kawan kamu, maka kawan kamu akan tunjuk pulak parut kat lutut dia yang menunjukkan dia juga pernah terluka, lalu kawan kawan kamu yang lain pulak, pakat-pakat selak baju dan seluar untuk tunjuk parut, kesan lebam, bekas jahitan atau luka yang masih berdarah.., untuk apa?
Supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana manusia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian…, dalam simpati terselit jugak perasaan ‘aku hebat’ kerana berjaya mengharungi penderitaan yang lebih teruk dari orang lain kononnya..
Perasaan ‘aku hebat’ itu akan bawa masalah di akhirat.., rujuk ustaz.
Sambung cerita, maka adik beradik ayah mulailah bercerita akan bagaimana mak kami dulu menjalankan kerja kerja menghukum mereka, rotan sampai pecah rotan, hantuk kepada ke dinding, kena baling dengan periuk, kena ketuk dengan buku teks, di cubit sampai berdarah, di lempang sehingga berbirat, dipaksa minum air sabun dan di pijak perut, ..err,.. bab minum air sabun dan pijak perut tu ayah tambah untuk lebih mendramatikkan cerita… heh!
Lalu apa dah jadi?, masing masing terus berlumba-lumba menceritakan penderitaan lampau dan terus ‘selak baju dan seluar’ untuk tunjuk ‘parut’, ‘kesan lebam’, ‘bekas jahitan’ atau ‘luka yang masih berdarah’.., untuk apa?

Lagi sekali, kata kunci untuk surat ini adalah tentang perasaan ‘aku hebat’ yang akan bawa masalah di akhirat.. sila rujuk ustaz.
Sambung balik, Maka bila masing-masing pakat-pakat bukak luka lama, jadi kasihan ler kat Mak.., kasihan nenek kamu.., kenapa perlu di ungkit kisah lama? Kenapa luka lama perlu berdarah kembali?, pleaselah.. …, Mak(nenek) jadi garang sebab mangsa keadaan.., Ayah(atuk) yang berkahwin empat, anak tiri yang tak dengar kata, lepas tu pulak nak kena masak nasik untuk 16 adik beradik, nak kena basuh baju yang berguni-guni, kain ampaian yang terhad, TV yang tak berwarna, air yang perlu di angkut dari telaga… bukan senang nak jaga kamu semua yang macam guni beras, macam tiang bank dan macam meja makan semua ni.. pleaselah!
Tapi ayah hanya kata dalam hati sebab ayah juga malas nak ungkit kisah lama, sedang mereka asyik cerita tentang penderitaan masing-masing, ayah hanya diam sambil makan, lagipun nasik penuh dalam mulut, macam mana nak menyampuk, ye tak?
Dah habis nasik ayah hancur kunyahkan, ayah telan dan mula berkata kata..
“Biar aku pulak cerita pengalaman masa kecik..”
Adik beradik yang lain terus berhenti bercakap dan mulai pasang telinga, sebab mereka tahu ayah adalah ‘kambing hitam’ dalam keluarga, mereka tahu hukuman yang mak ayah jatuhkan pada ayah masa kecik dulu-dulu selalunya hampir kepada hukuman mandotori,
Nenek kamu dulu sebanarnya seorang guru Al Quran kat kampung, semua budak kampung habis di tauliahkan oleh Nenek kamu, tapi ayah anak derhaka, ayah ponteng kelas mengaji dan tak peduli mak yang pukul ayah dengan tabah, itu belum masuk bab lain, pukul anak orang, malas sembahyang dan sebagainya… dan untuk makluman: ayah khatam Al quran ketika umur dah nak masuk 25 tahun, itupun sebab kawan dengan budak tabligh… (jangan tiru ayah bab lambat khatam Al Quran dan akhlak yang buruk, tapi tirulah bab kawan dengan budak tabligh)
Tapi dari meja makan, ayah tak bercerita seperti cerita di atas… semua cerita itu ayah dah delete lama dah dalam recycle bin, tapi kira masih ada dalam recycle bin…
Dari Meja Makan, Ayah mula bercerita:
“Kasihan kat korang semua sebab mak pukul kamu teruk-teruk untuk jadi manusia, untuk pengetahun korang, hanya aku sorang sahaja yang mak ‘tak pernah pukul’, malahan ketika nak tidur, mak ‘selimutkan’ aku, dan akan bacakan ‘bedtime story’, lepas tu mak ‘cium dahi’ aku..”
Ayah tak sempat habiskan percakapan, ayah dah ketawa terbahak bahak, semua orang kat meja makan juga turut ketawa terbahak bahak dan ada yang menangis sambil ketawa..
Menangis kerana kami semua memang tak pernah dapat akan nikmat itu… isk.
*****
Tapi hari ini, kami semua 'sujud' di kaki nenek, menyayanginya sepanjang hayat dan akan berebut untuk menjaganya...
Mengakhiri cerita..
Ayah menulis kesedihan ini kerana ayah ingin menceritakan penderitaan yang pernah di alami kepada orang yang dapat mengubati kesedihan ini..
Iaitu kepada kamu wahai anak-anakku…
Maksud ayah, ketika ayah sakit nak jadi mayat kelak, ketika ayah dah nak mati.., dan sebelum ayah tertidur buat selama-lamanya.., tolong selimutkan ayah…, buanglah bantal di kepala ayah, biarlah ayah mati dalam keadaan terdongak, agar Allah kasihan melihat ayah, dan sebelum ayah jadi mayat, bacalah buku dan ceritakanlah pada ayah tentang Rahmat Allah dan Janji Allah yang baik.., agar ayah mati dalam keadaan yang paling bersangka baik dengan NYa…
Harap ayah dapat mengucapkan kalimah Tauyibah lalu terus jadi mayat, dan bila ayah dah ‘tidur’, ciumlah dahi ayah ini buat kali yang terakhir…
Sekian, selamat hari ayah, eh? Silap.., selamat hari IBU…
Jangan lupa solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan…
Bye!
Ps: Bab alihkan bantal tu, rasanya tak perlulah, kasihan pulak ayah tengok mayat ayah mati terdongak… woha!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
“AKU ADA ASBAB KAU ADA”
----------------------
Mak aku seorang perempuan, sebab tu mak aku cantik he he he, awal karangan dah start merepek..? Aku nak cakap bahawa semua orang setuju bahawa mak dia cantik bukan? Siapa tak setuju mak dia cantik sila angkat tangan??!
(Si tanggang tak termasuk)
Baiklah, hari raya korban dah lepas, tapi aku macam lupa dengan pengorbanan seorang ibu yang telah meneran aku dengan nyawanya.., mengusung aku sembilan bulan ke sana ke mari, mengusung aku ke tandas dan ke surau.., menyusu aku dengan kasih sayang, terpaksa makan lada hitam halus dan nasi kepal sahaja.., malam malam aku tidur berpelukkan di celah celah kasih sayang mak dan ayah, ..oh!
Aku sempat tengok bini aku meneran akan anak aku, melihat bayi yang keluar dengan posisi tidur Nabi SAW.., itulah kedudukan Normal kata doctor, kemudian dengan selambanya doctor tu gunting bibir kemaluan untuk memudahkan kepala yang sebesar penumbuk aku ini keluar..
AUWW!!!
Aku tanya doctor tu,
“Mak saya beranak kat kampong dulu, bidan gunting macam ni jugak ke?
Kata doctor:
“Tak lah, zaman dulu orang biar bibir kemaluan itu koyak sendiri.,”
Oh! Terharunya!! Aku kena peluk mak aku sekarang!!
Terima kasih mak kerana sudi membesarkan aku dengan kasih sayang…
Merotan aku bila tak solat..
Merotan aku bila tak pergi surau..
Merotan aku bila tak duduk dalam ceramah ugama..
Merotan aku bila tak tengok ehwal islam..
Merotan aku bila memukul anak jiran..
Merotan aku bila tak pergi mengaji
Merotan aku bila tak bangkit solat subuh
Merotan aku bila mengorat anak dara orang…
Tapi mak, aku tak pernah jadi manusia, inilah kali pertama jadi manusia, aku tak pernah di ajar menjadi manusia, sebaliknya aku di bebankan tugas menjadi manusia,!!!
Aku nak bermain mak suruh aku mengaji
Aku nak berseronok mak suruh aku bersolat
Aku nak mengurat mak ugut nak sunnat lagi sekali!!!
Kalau tak!! Mak akan pukul, lempang, rotan, belasah dan paksa aku minum air sabun lalu pijak perut…
Tapi mak perasan tak?
Walaupun mak seorang guru kelas Al Quran di kampong, tapi anak mak ini lembab dan tak khatam Al-Quranpun.., tingkatan satu masih merangkak membaca Al-Quran, mak malu, semua anak mak yang lain dan khatam Al-quran.., mak dan pukul dengan tali timba dan rotan sudah pecah, tangan mak sudah melecur dan air sabun telah habis, tapi aku bukan saja tak pernah pandai mengaji, malahan akulah pelajar cemerlang dalam katagori ponteng kelas mak..ha ha ha!
Sebenarnya mak, aku jadi begitu kerana protes konon, tak suka di pukul, nak tunjuk macho, akhirnya makpun berhenti pukul aku, lantaklah anak sorang ni nak jadi apa…
Lalu aku menjadi pemain gitar yang tegar dan menyimpan rambut yang panjang, memakai baju t shirt hitam dan berseluar jeans koyak…, dan aku keluar merantau..
Mak kecewa, sedih dan naik angin melihat aku..
Lalu Mak gunakan kaedah lain,
Mak gunakan benda yang kadang kadang panjang, kadang kadang pendek untuk ubah aku..
Mak gunakan benda yang kadang kadang kering, dan banyak kali basah untuk ubah aku..
Dan benda itu amat mujarab di gunakan di akhir malam…
Lalu ASBAB benda itu aku berubah…
ASBAB Doa mak yang kadang kadang panjang, kadang kadang pendek, akhirnya aku berubah…
ASBAB Doa mak yang kadang kadang kering, dan banyak kali basah, akhirnya aku, dengan izin Allah berubah…
Di perantauan..., aku belajar sesuatu iaitu:
Apabila aku rangcang sesuatu perkara, tapi perkata yang lain terjadi, di situlah aku belajar mengenal Allah…, dan doa mak nak jadikan aku seorang manusia telah di makbul oleh Allah Yang Menyayangi kita berdua....
Akhirnya pendek cerita, balik dari merantau..
Maka Akhirnya aku pulang ke pangkuan emak di kampong di iringi lagu teguh dari Search….
---------
Kekayaan akan hilang
Biar bertahun di kumpulkan
Perjalan ini amat jauh untuk mencari cinta
Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu
Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya ku tanggung semua
Berikan aku rahsia keteguhan cintamu!!!
---------
Rambutku potong pendek.. seluar koyak ku lipat.. wudhu ku ambik..
Aku bukak Al-quran dan menyerah diri pada mak dengan mengatakan aku nak belajar mengaji sampai khatam..
Mak mana yang tak gembira bila anaknya nak berubah, lalu setiap hari lepas magrib aku akan habiskan masa belajar mengaji dengan mak aku dan dalam masa dua bulan setengah sahaja(berlagak) aku khatam Al- quran jugak akhirnya walupun sesudah berumur 20 tahun lebih!!! (tak jadi nak berlagak)
Terima kasih mak kerana mengajar aku menjadi manusia, mengajar menukar beban ugama kepada nikmat ugama.., mak meeeeeeeemang cantik..
Terimalah mak sebuah lagu untuk mak, walaupun mak tak suka aku bermain gitar, tapi hari ini mak dengarlah seminit dua lagu dari anakmu ini..
-------------
Aku Ada Kerana(asbab) Kau Ada - Radja
Cinta adalah anugerah yang Kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu..
Andai kubisa akan kubalas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku
Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
------------
Aku pun goreng gitar dengan solonya, aku gunakan kod gitar yang mudah, iaitu kod vocal, kod vokal adalah di mulai dengan kod A minor, lepas tu E minor, kemudian I minor, lepas tu pulak O minur dan akhir sekali U minor.., ha ha ha, semua huruf vocal aku dah beli ha ha ha!!!
Sedang aku asyik memetik gitar, anakku yang baru nak kenal dunia, berumur 2 tahun menegurku..
“Ayah!! apa tu?”
(sambil jari telunjuknya menuju ke arah ketiakku, aku hanya pakai singlet waktu tu..)
Aku jawab dengan macho, “itu tali..”
“Oh..banyaknya tali..” kata anakku.
Arghhhh!!! Sambung balik!!
-----------
Cinta adalah anugerah yang Kuasa
(Syukur pada Allah..)
Yang bila terasa betapa indahnya
(Tak boleh nak cerita..)
Sungguh lemah diriku
(Syurga itu di bawah tapak kakimu..)
Tak bererti hidupku
(Aku tak nak jadi si tanggang..)
Bila tak ada dirimu..
(Nabipun marah kepada mereka yang mengabaikanmu ibu..)
Andai kubisa akan kubalas
(InsyaALlah)
Semua yang pernah engkau berikan
(Mintak halal segala dosa)
Terima kasih dariku
(di tapak kakimu aku ‘tunduk’ mintak redha..)
Atas ketulusanmu
(terima kasih atas segala doa dan harapan)
Menyayangi diriku
(Akupun sayang padamu lebih dari sayang kepada isteriku..)
Aku ada karena kau pun ada
(Aku ada asbab kau pun ada)
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
(semuanya dengan izin Allah)
ulang korus sehingga masuk tahun hijrah..
---------
Sekian kelas hari ini, sebjek rehat dan sebjet balik dah sampai, bye!!
Ps: Peluk dan ciumlah ibu kita puas-puas sebelum mereka jadi mayat yang sejuk dan dingin….
Assalamualaikum,
alhamdulilah...satu entry yang menarik...memberi keinsafan...Ya Allah Ampunilah Segala Dosa Kedua Ibu Bapa Kami...
Aku ni ego sikit...susah nak peluk mak bapak (sejak baligh ni x penah lg kot)...semoga terbuka pintu hati suatu hari nanti untuk buat begitu...
keredhoaan Allah adalah keredhoann kedua ibu bapa...
Semoga Pak cik terus dikasihi oleh kedua ibu bapa...K, nak gi solat zohor...adiosss
saya cukup tersentuh..
tak sedar pun airmata dah menitis ke pipi....
entry ni amat 'touching my heart'
tak sabar tgu entry utk hari bapa plak
Salam,
Besar sungguh pengorbanan seorang Ibu utk anak-anaknya.
Menjaga dari besar tapak tangan hingga sudah pandai berangan.
Menyusukan dgn susu badan utk sihat tubuh badan.
Menyuapkan nasi ke mulut agar dapat beralas perut.
Menyisirkan rambut dgn lemah lembut.
Kalau tak solat, hati ibu jadi gawat.
Bila malas belajar, ibu pesan jgn jd kurang ajar.
Jgn buat benda jahat, Allah Maha Melihat.
Hormat org tua, kerna kita xselamanya muda.
I love my bonda!
(Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl-78)
bukan menyentuh tapi telah memijak jiwaku utk memaksa aku sedar betapa besarnya kuasa orang tuaku
*jiwa luluh*
w0ha! Slmt hr ibu.. ^-^
van qif sa
waalaikumuslam..
selamat solat zohor, 1.28 minit.., hmmm
: )
------------
farina ariffa/kafur /penoreh getah /jiji, 25/valsa nine
hari ni, dah peluk mak belum?, dah cium belum pipi mak?
(Tanya aku yang dah lama tak peluk mak tapi selalu gak cium..)
ps: selamat datang pembaca baru, selamat naik kereta mayat...
owh terharu sungguh..kalau kita hitung jasa mak kita mmg tkkan terbalas,..i luv u ammi,..
mcm sama je ngan kisah aku..aku pun khatam quran umur 20 lebih, itu pun lepas berkawan ngan org tabligh..samalah..ini suratan atau kebetulan nie..
baby baru boy ke girl?
dah bagi nama?
bro hamka.. cerita hidupmu ibarat drama melayu, xsangka ianya realiti hidup, xsangka how ppl can change and mmg xsangka yang bro hamka lalui smua itu..
kalo cerita bab ungkit mengungkit, ayah dan makku selalu gak cerita kesusahan hidup mereka spy kami anak2 sedar akan pengorbanan dan kesedaran to strive for the betterment fiddunya walakhirah.
setiap kali makku buka cerita mcmana hidupnya slps ibunya meninggal mse makku darjah 2 lg, dipukul arwah ibu tiri, diambil wang pemberian skolah oleh arwah ayahnya utk beli baja padi dan bertanggungjwb menanam padi dan menyediakan makanan, mengambil air kat perigi, menoreh getah dan menjaga 2 lagi adiknya (xtermasuk adik2 tiri yg ramai yg menyusul kemudiannya) sambil bersekolah.. mmg akan nangis.. betapa sukarnya hidup tanpa kasih syg ibu di saat dirinya masih kecil..
jadi, kami(anak2nya) knelah bersyukur ade mak bapak nk refer and depend on di kala susah walaupun slps kawen.. hutang di sana sini, mak bapaklah tolong coverkan.. anak buat silap, mak bapak yg akn perbaiki..
senang kata, kasih syg mak ayah xde penghujungnya.. walau nnt mrk takde, doa2 yg dipanjangkan utk anak2 sentiasa menemani hidup anak2 mrk.. sedalam mana kasih dan cinta pd anak2, hanya ALLAH yg tahu..
ya ALLAH, ampunkan dosa kedua ibubapa kami dan masukkanlah mrk di kalangan ahli2 syurgamu (doa ahmad *adik aku umur 6thn* utk our parents) mmbuatkan kte semua (8 adik bradik) dan mak ayah aku terharru..aminn
smoga ALLAH mmberkati semua ibu2 di dunia ini dan tabahkan hati mrk dalam mengharungi dunia ini..
amin..
Hihihi selamat hari ibu.
Baru2 ni ade ingatkan member psl suruh die appreciate mak die dgn cara wish slamat hari ibu, tp die cakap "HAH?? HARAM TU HUKUMNYA!!!!"
Hadedededeh~
Salam bro hamka motivator online. =D
Ibu.
Nikmat.
No woman no cry.
asbab
no woman no babies cry.
nikmat
boleh diceritakan untuk menjurus kepadaNya...syaratnya..
Allah s.w.t pemilik hakikat nikmat-nikmat itu (nikmat pun dugaan..bukan hanya mehnah itu dugaan)
hikmat dan hikmah
tapi tak best juga cerita pencen. penoreh getah tak tahu bila nak pencenkan.. ermm..tapi anak2 penoreh getah banyak A sekarang ni dalam exam.. asbab apa wallahua'lam
hari ibu..hari kelahiranku..hari-hari
hari lahir itu asbab ibuku.
waktu nak beli hadiah untuk ibu, ada kereta mayat lalu... harap2 masih sempat berbakti pada ibu.. walau tidak terbalas jasanya melahirkan..
DUNIA SEMENTARA
DARUL ASBAB
dengan IZINNYA.
maaf jika ada salah dan silap ya. nak minta maaf depan2 susah nak cari..harapnya tidaklah susah mencari disana..akan ku cari disini!
selamat hari raya!
maaf.celah sikit lagi. lupa nak post yang ni.ermm..pelupa rupanya aku.
kena diingatkan 5 kali sehari oleh bilal..terima kasih bilal..
http://youtube.com/watch?v=ZsUzcbHw0Qw
SANG MURABBI. you tube.
TETAPLAH..
sampaikan FIRMAN TUHANMU dan SABDA NABIMU..
nak jadi "abi" nak ada "ummi"
tak ada duit pun boleh senyum pada suami..
duit habis? minta pada ilahi.
itulah iman sejati..
eh..pantun pula.. =D
amin!
Salam semua....
Terimalah puisi yang aku tulis masa kat oversea setelah mak aku meninggal tahun 2000.
Aku edit2 skit supaya ada sedikit kaitan dengan blog ini..
Layan.....
IBU AKU DIKUBURAN
(Kamu ada ibu?)
Oh Ibu,
Daku hanya kerana kamu,
Tiada kamu. Tiada jejak bumi.
Oh Ibu,
kamu matahari.
Kamu bulan.
Kamu bintang.
Aku sakit hati.
Aku sakit badan.
Aku bukan binatang.
Oh Ibu,
aku di perantauan,
engkau di mana? Engkau di kuburan.
Aku kesepian. Tiada berteman.
Hanya satu jalan pilihan.
Memberi UBAT mujarab.
Kadang pendek.kadang panjang.
Kadang basah. kadang kering.
Tapi aku jarang.
On Ibu,
Kasih ibu membawa ke syurga.
Tiada tandingi.Dunia yang pendek.
Aku akan ketemumu jua.
Apabila badan ini, ada bau tanah dan ada bau rumput. Macam Ibu sekarang.
Ibu makhluk yang akan mati.
Aku makhluk yang akan mati.
Hamka makhluk yang akan mati.
Semua makhluk.
Dia sahaja bukan.
Dan itulah aku, si anak ibu.
Aku sayang Ibu. Ibu aku dikuburan.
Nukilan:
Puteri Santubong
Melati 2.
"Dirgahayu Tuanku MIzan" (^^)
Assalamualaikum...
1:28 tu lambat ke Pak cik hamka...kat surau tempat kerja saya setiap hari ada ceramah sebelum zohor tu yang solat zohor sini lambat...kadang2 kat pukul 2..
Ada macam2 ceramah...Ceramah Panas pun ada...kadang2 saya pun rasa berasap telinga dengar...x pe ikhlaskan hati...syukur la tu...at least dapat pedoman hidup...ada ustaz kata kalau dalam masa 40 hari tak dengar ilmu agama atau pesanan agama hati akan jadi gelap gulita...Adiosss amigosss
entry ini membuatkan aku berhati2 untuk bercerita... hurm...
amr
tapi aku lebih hensem dari kau, tak sama..
he he he..
----------
an-nisa
bulan sembilan ini, lahrilah baby boy atau baby girl itu ke dunia.. insyAllah
ayah dia tak kesah baby boy ke, baby girl ke, yang penting mesti baby face macam bapak dia..
woha!
----------
valsa nine
ibarat drama melayu?
Anak tiri kena pukul, lepas tu hidup sedih, tapi bila besar kahwin dengan anak raja..
Tak gitu?
Heh!
----------
Feerhann
Cuba kau bagi hadiah atau duit, tentu terus tak haram…
-------------
ZULHAFIDZ
motivator online yang perasan sibuk…
komen baru korang untuk entry yang lama, ada yang masih tak di jawab oleh aku..
email pulak ada berlambak yang tak di balas..
itu yang kadang-kadang aku copy/paste kat sini suruh korang balas..
eh? Dengar cerita halaman tranung kita dah link dengan aku…
baguslah jika orang PAS pun baca blog nih…
-------------
Puteri santubong
Kau tak jaga gunung serawak ke hari ni?
:)
---------------
van qif
kalau satu qariah pakat lambatkan solat berjemaah untuk beri lalauan kepada majils dakwah atau ilmu, itu di benarkan dalam islam, Cuma aku takut korang lengahkan solat kerana asyik baca blog aku...
maaflah aku, jika tersangka buruk..oh!
ps: 3 hari tak dengar ilmu ugama dah melekat satu titik hitam adik oii.. Adiosss amigosss
--------------
alan zed
itulah namanya:
SAYANG MULUT.
: )
Subhanallah...menariknye sehingga dpt sambutan hangat....
tp bro bukan ke arini HARI GURU...
tp ye gak kan...tak salah hari guru kite citer pasal IBU...
...ntahlah tak terkata "banyak" setelah membaca entry ni(w/pun aku byk scrool down je mouse...heheh)...
tersentuh beb...
ok lah bro,aku br balik dr kerja luar penat dong mahu komentar...
RON
Bro, lepas nie topik hari guru lak. sy pasti mesti banyak yg nk berkongsi pengalaman2 manis dan pahit zaman persekolahan dulu
alhamdulillah.
perasan.
bro hamka motivasi diri sendiri sebenarnya
tapi alhamdulillah orang lain pun perasaan bro hamka motivasi diri mereka. termasuk saya =D
makanya, ini sudah husnuzon!
=D
segala puji bagi Allah s.w.t
tranungkite?
wallahua'lam tak tahu la pulak.
untuk melahirkan generasi panglima tentera mcm salahuddin al-ayubi,
perlu ada mak dan ayah mcm ayah salahuddin al-ayubi...
diri, keluarga, zuriat, anak-anak,
masyarakat, dan negara, serta dunia sementara.
harapan anakku tidak tinggal solat tahajjud sejak baligh..sudah tentu ayahnya pun kenalah begitu kan? maknye pun kan?
doa,usaha,ikhtiar, tawakkal..indah!
tapi masih tak mampu tersenyum
sbb hari2 ada kes Agamaku dipijak2.
=(
bro.hamka. saya minta maaf..saya tak doakan orang pas baca blog ni
saya doakan orang pas, orang umno,
orang abim, jim, mim, wau, ha, lam alif, hamzah, ya, ca, nun, pergi berjemaah di masjid dan beramah mesra serta berkasih sayang dalam tautan satu akidah......satu rasulullah.....
perlu masjid besarlah yek? berseri-seri.
sedihnyaa umat buih.
ramai, tapi mcm buih.
mcm spongebob pulak. buih2.
sedih..
pedih..
wallahua'lam.
Assalamualaikum,
Time aceh sebab ingatkan supaya kita semua x lalai baca blog pak cik hamka sampai lewatkan solat ...insyaallah semoga kita semua termasuk dalam golongan yang memelihara solat berjamah plus di awal waktu...
blog...blog juga...semayang jangan lambat weh!!!
Pak cik esok saya balik kampung, nak cium tangan mak bapak...
adioss amigoss
oh bro... yang namanya ibu, tiada 2... beruntunglah kau masih menjadi insan pilihan...
menyentuh hatiku yang paling kecil... kisahmu buatku insaf... oh betapa ibuku sangat menyayangiku...
cis lu bro.. buat wa home sick neh!!
to zulhafiz..
time kaseh igtkan sy bhw umat islam hari ni macam buih.. isk
td baca paper, kat maghribi org islam bangga kaya dgn hasil ternakan babi. siap nk besarkan lagi bisnes spy blh supply kat pelancong2 yg dtg ke sana.
ape kate ibu mrk? isk.. org islam sdiri yg supply daging HARAM.. aku masih gusar dgn ETIKA mrk sbg MUSLIM.. (sory salah tempat tye, Hamka kne bukak kaunter pertanyaan la pulak eh) hehehhe
mak..sy takut..
ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan.. ^-^
To v9.. i wish to have v6.
Rasul kita hanya berapa ketika mengenal ibunya Aminah.
.........................
A'laikassalam warahmatullah ,
Allah s.w.t akan memindahkan pembelaan Islam kepada sesiapa yang mampu dan kepada sesiapa yang Allah s.w.t suka.
jika ikut PIAGAM MADINAH, perlembagaan bandar/negara pertama di dunia..isu babi dan benda2 haram adalah seperti berikut (mungkin ramai sudah mengetahui tapi nak tulis jugak)
ARAK,BABI, DAN BENDA2 HARAM UNTUK KAFIR ZIMMI tidak dibenarkan diproduce dalam negara..
Untuk memenuhi keperluan KAFIR ZIMMI.. arak dan babi dan benda2 haram diimport dari luar negara sekadar MEMENUHI keperluan KAFIR ZIMMI, ditanggung oleh pendapatan CUKAI kafir zimmi...
bukan produce dalam negara banyak2, siap import, pastu untuk pembangunan negara, campur2 pula dengan perbendaharaan negara.
macam mana nak berkat?
itu yang buat jalan kejap je berlubang.
buat bangunan cantik2 kejap je bumbung runtuh.
buat highway lawa2, pun goyang.
RUJUKAN PIAGAM MADINAH: ISLAM ABAD PERTAMA: PENULISAN MOHKTAR SYAFIE: TERBITAN NURIN ENTERPRISE: ISBN 967-984-002-6
MUKA SURAT? 137-166:
ADA 47 FASAL PIAGAM MADINAH:
RASULULLAH BUAT.. perlembagaan dari Rasulullah s.a.w
mengapakah masih pakai PIAGAM ORANG AJAM?
BACA FASAL 23. BEST!
ermm..singapore pakai piagam madinah ke eh? diorang takde kandang babi..diorang import jek..
import dari siapa tak tahu...
PERLEMBAGAAN MADINAH ATAU PIAGAM MADINAH NI NABI TANDATANGAN SENDIRI!!
nak ikut magna carta? konstitusi amerika? perancis?
Ya Rabb...teguhkanlah iman kami pada jalan kekasihMu..
ada pepatah arab mengatakan:
"Tarjun naja wa lam tasluk masaalikaha
Inna safinata la tajri 'alal yabas."
Engkau berkata mahukan jalan kemenangan tetapi engkau tidak berjalan padanya..
Sesungguhnya kapal itu tidaklah belayar di atas daratan..
note:
1. kafir zimmi=kafir bawah pemerintahan islam, kafir tapi baik.
2. kafir harbi=kafir yang jahat dan memusuhi islam secara terang-terang tang-tang
3. kapal = bukan hovercraft.
4. NEGARAISLAM= mahkamah syariah dok atas....civil pecahan kecil sbb nak tentukan hukuman kepada bukan islam.
aku dhaif..tak makan nasik arini. beras takde.. nak gi mintak kat baitulmal, malu.. baik mintak pada Allah s.w.t.
tiba2 kawan2 baru pulang dari kerja dah belikan nasi..alhamdulillah =D
............................
sampaikan salam pada ibu-ibu kamu yang tentunya sejuk perut melihat kamu-kamu membesar dalam keredhaan Allah s.w.t.
............................
skali lagi aku minta maaf pada
empunya blog..dan lain2 pembaca..
atas kapasiti tertentu..
aku minta maaf.
dan aku takkan ulangi lagi disini.
semoga ramai menjadi mayat tidak reput. jgn jadi al-Qomah!
Wallahua'lam..
wassalam.
hamka,soal ensem atau x biar pembaca tentukan,..hehe
hamka
-berbulu kaki jarang
-berjanggut sejemput
-dll
aku,
-berbulu kaki lebat (boleh selitkan RM 50 kat bulu kaki aku)
-dahi jendol berkilat
-Rambut ikal mayang
-bibir tebal (mcm negro)
-kulit hitam manis (dibawah cahaya lampu kalimantang)
-ada tahi lalat sebesar kismis di atas bibir sebelah kiri (dengan bulu)
-muka ada parut 4 inci (kesan torehan)
-janggut lebat (mcm singa)
-perut boroi (ada muscle tp 1 jer)
-Alis kening hampir bercantum
hehehe
PENGUMUMAN!
Blog ini tidak akan di update selama 2 minggu lebih kurang…
Maaf dan harap maklum.
Apabila sudah sampai masanya aku kena pergi, maka pasti aku akan pergi, lalu janganlah di tanya kemana aku pergi, dan kenapa aku mesti pergi…, walaupun hakikatnya aku boleh menjawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi, namun pasti akan tiba satu hari nanti dimana setelah engkau dan aku pergi, maka diwaktu itu permergian kita sudah tidak boleh di jawab lagi akan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, kerana kemana kita pergi dan kenapa kita pergi sudah ditentukan Ilahi yang menentukan segala jawapan berkenaan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, yang pastinya, yang pergi tak kan kembali lagi …
Ingat ni!, Semua orang akan menjadi mayat dan Anda pasti tidak mampu mengubahnya! Kalau korang kaya, korang akan menjadi mayat orang kaya, kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin dan Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang! Ha ha ha!
Ps: Jumpa lagi insyallah andai engkau dan aku belum ditakdirkan naik kereta mayat!.
Abg hamka mahu pergi ke mana?
Xpe, kami doakan agar abg hamka selamat pergi & selamat pulang.
InsyAllah.
Jgn lupa bawakan ole2 dari sana. Hehe.
Yg aku mahu hanyalah sebotol air..
jazakAllah atas peringatan itu bro hamka.
saya tumpang belajar.
p/s:di tranungkite.net memang meng-link-kan website bro hamka.
insyaAllah makin ramai orang boleh ambil manfaat.
Assalamualaikum wbt...
setelah sekian lama menziarahi dan melayari blog ni, ni kali pertama aku postkan komen kat sini...
Nak mintak dua benda...
1) Kalau nak copy paste apa2 dari blog ni...bleh tak?? Boleh la...supaya lebih ramai dpt baca dan amik manfaat.. [insyaAllah akan disertakan dngn sumber bhw dr blog ini...]
2) Nak tahu, mana artikel Hamka ttg diri hamka yang lalu sebelum berubah kpd diri skrg... [nak kenal dan amik pengajaran...ada org gtau penah baca dr blog ni...]
Tu je 2 permintaan...
Moga Allah SWT terus memberikan kekuatan untuk Hamka untuk terus thabat pada jalan yg DIA redhai... Amin...
[Aku menanti kepulanganmu selepas 2 minggu...umph...]
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum
to zulhafiz..
tenkiu for d info..
it was truly meaningful to me and others, too.
hurm, hope u continue to spread ALLAH's ilmu..
btw, smoga tercapai cita2 dpt v6.. haha..
v9 masih mencari cita2 dan cinta..
p/s: cinta dan ilmu ALLAH takkan EXPIRE, insya-ALLAH.. ^-^
terima kasih..
ya..perlu sentiasa bersangka baik!
hmmm...terharu aku baca entry saudara nih(dlm proses nak abihkan smua tajuk2 dlm blog nih)...aku hampir2 nangis tp lam hati dah nangis dah(cover skit coz dlm opis nih)... : ). Rasa mcm nak blk kg skang jugak g cari parent n peluk cium diorang puas2 sblm diarang jadi mayat yg sejuk dan kaku.(tp skang masih keja la)
Post a Comment