Mar 24, 2008

'Special Request' lagi ?

(kepada Pakcik Technorati, kadang kadang kau buat aku senyum seorang diri...)

Hari ini aku bukak blog dan rasa sayu bila baca komen dari seorang pembaca setia blog ini.., rasa sayu sebab beliau guna ayat: "aku nak mati".

Patut beliau tulis “aku nak naik kereta mayat” yang akan membawa kepada banyak persoalan dan maksud yang boleh dibahaskan, yang mana mungkin maksudnya nak jalan-jalan ke kubur untuk belajar insaf, atau mungkin tak nak puasa, atau mungkin maksudnya nak melamar penulis blog kereta mayat,! Atau mungkin nak pinjam kereta pergi mencari ketenangan, atau jalan-jalan cari makan,.., so takdelah orang nak fikir yang bukan-bukan…

Tapi bila beliau tulis "aku nak mati".., rasa semacamlah pulak.

Kenapa sedih sangat ni?
Dah habis cerita kat Tuhan jam 3 pagi sampai subuh, belum?
Dah basahkan sejadah dengan air mata?

(Tanya aku sambil korek hidung..)

Baiklah, sebab dah terlanjur publish kat sini, biar aku cerita sikit tentang beliau kepada korang..

Beliau yang tulis "aku nak mati” pada komen entry yang lalu adalah seorang pembaca setia blog ini ketika awal-awal aku tulis blog, beliau adalah antara pembaca yang selalu bagi komen sehingga aku jadi ‘kenal’ dan 'mesra'.., beliau jugak selalu berlumba lumba nak jadi first komen, iaitu satu penyakit yang biasa di hadapi oleh pembaca pembaca blog yang ‘agak’ popular ini. Ehem! (tapi itu dulu)

Nak di jadikan cerita, Pada satu hari, kami di takdirkan bertemu secara live, secara tak sengaja.., dan selepas itu selalu jugaklah kami bertemu(berselisih) kerana tempat kerja kita orang dekat-dekat.., dan aku telah menjadi ‘ustaz’ di matanya, yang mana segala masalah ugama di rujuk kepada aku..,(melalui email)..

Untuk makluman, beliau adalah seorang perempuan bujang, dan aku telah kenalkan dia kepada isteriku, err, maksud aku.., aku yang kenalkan isteri aku kepadanya, pun secara berbetulan…

Sehinggalah pada suatu hari, beliau SMS cakap dia dah ada kat airport dan dah nak pergi ke luar Negara kerana urusan masa depan.. mintak aku doa selamat.

Begitulah lebih kurang ceritanya..

Namun setelah berbulan-bulan menghilangkan diri membawa diri, hari ini beliau muncul kembali sambil mengadu sedang berada dalam keadaan gelisah.., dan gelisah ini bukannya di sebabkan oleh hidayat nak masuk atau hidayat nak keluar katanya.., tapi nampak macam gelisah nak mati..oh!

Beliau mintak aku komen sikit tentang kegelisahan hati beliau..…

Akupun tak pandai sangat, lantas terus pergi tanya Pakcik Google sebagai rujukan terdekat, yang mana Pak Cik Google suruh aku tanya sama itu Pakcik Technorati pulak..

Melalui Technorati, yang mana memberi maklumat akan 219 blog telah reaction dengan keretamayat, aku dengan rajinnya pergi check link pembaca blog yang sedia ada dan terkini lalu merujuk entry-entry tentang masalah hidup mereka yang telah dapat di selesaikan asbab baca blog aku kononnya...

Terima kasih Pakcik Technorati, kerana aku dah jumpa entry ini. Harap dapat membantu.

Copy/paste.

Assalamualaikum all,

I guess the theme for last week would be ‘Facing test and adversity’. It’s not just me but to some people who play important part in my life too. 50 minutes before the clock turned to a new week, I decided to ask help from my dearest significant other with certain chore. My dsf did it but it was not up to my expectation. Pressurized with loads of markings to do and of course ample housework to be done, I was about to breakdown and cry but I know this is just teenie weenie bits of life to be burdened about.

So I decided to just take it easy coz I know there are people out there who face much worse problems than I do. Allah knows the best indeed. At least it has given me a chance to re organize certain things and come up with one good thing that might help me and him in the future.

Alhamdulillah. While surfing looking for ideas, I stumbled into Amy’s website and she mentioned about this great ideas posted by a blogger who I sometimes visit. He introduces the concept ‘Special Request’ which indeed has made me feel special in the eyes of Allah . Alhamdulillah.

So I’m just gonna re post what he wrote and hopefully it helps you the way it did with me. Alhamdulillah. Thank you Akhi. I love ya because of Allah .

The translated version from keretamayat blogspot ( I try my best to do so okay, so if those who read it has certain thought and wants to correct me, you are most welcome).

“The term ‘Special Request’ is mainly referring to those who are facing some bad lucks or test in their life or who are having such unfortunate moments. But all of these terms are dependent on how one perceives it, be it duniawi (mostly nafs or referring to materialistic view or in general Jahiliyah view) or Islamic way.

Then from here several questions would popped up:

Who is this request from? ….
It’s from Allah SWT

Reasons? ….
“don’t you ever admit or declare that you are of people with Iman until you are tested”

What does Allah request actually? ..
“patience, accepting qadha & qadar ( belief in devine decree of Allah ) and to always have good thoughts about everything that has happened to you”

If I don’t accept this request, what will happen? ……
“Life filled with misery, nervous breakdown, depression, anxiety for no apparent reasons, some of which could lead to suicidal thought and thinking of committing suicide and in the end if they did so, during the judgement day you will receive what you deserve, kufur is for those who commit suicide and hence they will go to hell during the judgement day. Na’uzubillah..

Why is this request so special? ….’
Because Allah has chosen us to face the test that He gives at that time and not all people face this test, and it is special because you are able to accept this test with open heart and full of patience, you will be happy to know to be able to enter His indescribably beautiful heaven’

Alright, in short it all comes to this:-

Special request means that one should not declare or admit that he or she is fill with Iman before you are tested, and that is why Allah test you, because Allah loves those who are ’special’ and thus ‘request’ that ’special people’ to be patience, and accept what is faced with open heart and no judgment against Allah which means to always think positively in whatever situation you are in. This is one of the ways that could save you from being in hell and to be placed in the heaven. So it’s like paying your dues in a way. Hence making whatever the test or adversity you are in to be such a beautiful thing in life and in addition to that sometimes there’s the blessing that you need that you haven’t seen. Therefore, because the term for this kind of event would need such a long explanation such as mentioned, the writer of this blog uses the term ‘Special Request’ in short.

The writer also thinks that maybe that is why the sahabahs (Prophet’s companions) and the pious ones love to be tested as they understand this term very deeply and clearly.”

End.

*********************

(Aku jadi teruja pulak, dan terus tanya lagi pakcik Technorati dan jumpa pulak entry ini…)

Creative Way For Enduring Tests


As individuals who are loved by Allah, there will be tests that we have to endure. We’ll feel sad, frustrated and utterly down in the dumps. Especially if the test is something bad, or worse. Like being duped, or being caught in the middle of an earthquake/flood/fire and losing everything, or being caught in an accident, or something similar.

We are asked to be patient and remain steadfast with our patience, as ordained by Allah in Al-Imran ayat 200. If we are not patient and accept the fact that we are tested by Allah, depression, hurt and prolonged sadness is bound to happen.

What’s so special about being tested, you might ask. Well, the very fact that we are tested is because Allah chose us, and thus because He chose us, He wants to test our faith, and if we endure this test with a sense of contentment, the heart feels glad and our lives became much better.

Special Request means: don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?

Jazakallah to Hamka who first had come up with this creative way.

********************

Tambahan:


Terima kasih encik technorati, sekarang aku ada cerita yang agak menarik tentang ‘special request’ ini, kisah benar, iaitu jika korang perasan dalam entry aku tentang ‘special request’ yang lepas, aku ada tulis akan satu watak yang telah beli handset dengan harga yang murah, tapi takde guarantee certificate, yang mana bila pakai tak sampai seminggu, HP tu tiba-tiba rosak..,

Setelah bersedih, akhirnya beliau tak jadi nak sedih bila faham konsep special request, beliau faham bahawa jika satu syarikat keluarkan production dia satu juta sehari, dan bila di pasarkan baru perasan satu dari produk itu out of spec, bila dah masuk pasaran susah nak trace, jadi siapa yang terbeli tentu sedih... Tapi tak jadi sedih akhirnya kerana tahu konsep ini lalu beliaulah orangnya yang paling sesuai beli barang dalam katogori "special Request”. Allah yang takdirkan dia beli barang itu, and Allah knows best!,

Yang menariknya akan cerita beli Hanset ini, rupa-rupanya penjual Handset itu juga adalah seorang yang selalu baca blog aku, bila baca bab jual handset beliau terperasan bahawa beliaulah watak 'jahat' dalam cerita tu lalu jumpa watak yang bersedih tapi dah tak sedih malahan tak mengadupun pada dia sebab takde surat jaminan.., tapi sebab penjual tupun paham konsep special request, penjual tu bagi dia handset yang baru dan bagi lagi RM 50 sebagai diskaun..

Tak ke special kes??

Jadi begitulah cerita special request telah berjalan ke seluruh dunia, mudah-mudahan.., (Macam riaklah pulak, oh! semua dari Allah) Namun yang penting kita dapat point dari ‘special request’ dalam kehidupan kita sehari hari..

Sesungguhnya, ‘special request’ itu telah di tulis 50 ribu tahun sebelum Allah jadikan kita.., apa lagi nak di kata?

Tak gitu cik adik linanilza?

Oleh yang demikian, wahai cik adik yang 'aku nak mati' .., jika ada masa bolehlah tengok filem "Pay It Forward". Yang telah di edit oleh MFR.

Dan baca ulasan filem itu di sini, dan sini.

Sekian.....

Ps: Err, masih “Nak mati” atau dah tukar kepada “nak naik kereta mayat”?

: )

29 comments:

Anonymous said...

aku teruja nak jadi pengkomen pertama dalam bahasa inggeris :

the shortest distance between a PROBLEMS and it's SOLUTIONS is the distance between your KNEES and the
FLOOR. The one who Kneels to Allah (Ta'ala) can STAND UP TO ANYTHING INSHAALLAH..;)

ps: thanks Dr Bashir for enlighting up my life bi iznillah ;)

Anonymous said...

lupa pulak..kepada cik adik "yang nak mati" :

"Don't tell Allah, how big your problem is, just tell your problems, how Big Allah is"

Anonymous said...

Hmm.. Problem ape la tue ek?
Tapi, mg betul..
Kalu kita ngadu kat Allah, rasa tenang..
Dan masalah selesai.. InsyaAllah..
Doa!!! Doa tue senjata umat Islam..
Rugi tak doa..
Rugi kalu tak mintak kt Tuhan..
Isk3..
Cik Nurziti, ayat di atas menarik!
=)

Anonymous said...

cik azira comel,

aku rasa cik adik "yang nak mati" mesti ada masalah..kalau tak masakan sampai nak minta mati? (ohh..aku dah berburok sangka..ampuni aku wahai cik adik "yang nak mati")

tu sekedar secebis perkongsian dari sahabat saya..;)

Mohd Hazreen Rashid said...

masya Allah. Special request.
Terima kasih banyak2.


Saya tak paham sangat pun siapa yang mengadu kat siapa, technorati tu mai mana pulak, tapi apa2 pun terus saya catit konsep Special Request ke dalam buku nota saya.

Semoga Allah memberi hidayah kpd kita semua. iA.

zulfadhli said...

Kehadapan cik adik yang 'aku nak mati', bagaimanakah perasaan anda sekarang?

kerna...

WHATEVER IT IS YOU ARE FEELING,
IS A PERFECT REFLECTION
OF WHAT IS IN THE PROCESS OF BECOMING...


So... you get exactly what you feeling about,
not so much what you thinking about.


Keep up the FEELING GOOD MOOD...
dlm situasi apa2 pun lah..

=)

Anonymous said...

hamka,

semoga anda mendapat balasan dari Allah atas usaha murni sebegini untuk mendekatkan manusia kepada Allah Taala.

aku dah copy paste n bagi kat 2 org teman yg sedang di request oleh Allah.

semoga bermenfaat untuk kita semua.

amin ya rab

tun teja said...

salam bro hamka

tun pun teruja gak lepas baca special request bro yg lepas. dulu tun pun ala ala linanilza tapi xde lak nk mati.. nk mintak koma 100thn je. sbb dh tahu dh.. kalau tun mati akan disumbat ke mana. amalan sgtla x cukup.
since tun dah paham konsep special request , tun tak rasa berat dh dugaan yg dihadapi.

terima kasih bro..

Anonymous said...

salam bro hamka, ade bagusnye gune bahase standard Negara penjajahan komenwel ni.. you ought to like it for dak'wah.. don't ya?

Anonymous said...

bro hamka, seronok aku dgr hafizbar masih disana,, hafizbar klu ko baca komen ini, aku juga mungkin ingin bertentang mata dgn ko di sana satu hari nnt..

bro hamka.. aku masih bujang dan aku tidak mencari.. itu yg aku pasti.. dan aku rasa crita bab cari mencari ni pun aku pernah bgtau kat bro hamka..

hmmm.. aku harap, tak ade pengkomen lain yg menggelarkan aku "cik adik nak mati" selepas ni..sbb aku ade nama, dan tak ade yg berburuk sangka atas sbb musabab aku berkata begitu..

takde alasan lain yg menyebabkan aku menyebut ayat itu, sbb utama hanya bila aku berdepan dgn masalah pengajian.. bila aku tak dpt result yg aku nak, dan bila aku rasa lost dan takde org nak bantu..

aku cari bro utk memberi sedikit nasihat dan pandangan supaya mungkin aku boleh jdi sedikit tenang, tpi nampaknya.. ade pengkomen yg seakan nak mempersenda.. atau mungkin aku yg cepat terasa krn aku mmg berada dlm keadaan stress amat.

apapon Bro Hamka.. panjang umo kita berjumpa lagi..

Anonymous said...

Tuan Hamka,

Idris Jusoh kesayangan tuan, bagaimana ?

Sepanduk kurang hajar kepada sultan tu tulisan penyokong dan hamba-sahaya dia ke?

hamka said...

nurzaiti

A Man is not hurt so much by what happens, as by his opinion of what happens..
“La joie de virre”

-----------
AziRa

Menarik tertarik kau memang the bom!

---------
Mohd Hazreen Rashid

Eh? Rupanya kau adalah tuan punya blog ‘kura-kura yang berpura-pura’..
Aku ada baca blog kau sekali sekala.., macam best.

---------------
zulfadhli
=)

--------------
Ansar @ Bungamelur

Amin..

-----------
tun teja

kau nak koma 100 tahun? Jenuhlah orang tukar lampin kau..

-----------
Sir Wan

Tapi aku juga menyahut cabaran memalayukan blogesfera..

: )

-------------
linanilza

Tak tahu nak kata apa lagi, pendek umur jumpa pusara sahaja..oh!

----------
Anonymous

Aku juga sayang Haji Hadi, dan aku ada azam nak peluk dia jika ada peluang..
: )

hafizulidham said...

cakap soal mati ni, even yang nak masuk syurga pun takut nak mati oo. hehe

Zackyun said...

Life is indeed beautiful.

Allah loves us more than we know. seriusly..life is difficult,but then,cuba senyum time tgh nangis (ok,mcm org giller,tp healing process lagi cepat...)...dan lg satu,jgn letakkn hati pd dunia,suami,isteri,kerjaya,keta,jam rolex...letakkn hati pada Allah..tak ada benda yg superior to HIM..dah laa Allah mmg Maha pgasih,mmg syg kat kita wpun kita yg comot ini..hehe...ada ke org mnerima kita mcm Allah terima kita...huhuhu

eh,hamka..kalau aku nk pinjam keta mayat kau kejap boleh?lebey kurang seminggu dua minggu...mn tau boleh didik jiwa aku ni...tp kau xpayah teman aku laa,nnt bini kau marah aku..

Anonymous said...

To Linanilza,
Owh.. Rupanye itu masalahnya..
Hmm.. Pasal jodoh?
Err.. Saya xde pengalaman..
Sile tanye Bro Hamka =)
Pasal result?
To tell u the truth, result saya pun makin jatuh..
Saya adalah sorg anak yg jarang cite masalah kat parent.. Mb sebab anak sulung.. Ego? Ntahla..
Tapi, once cerita, Alhamdulillah..
Lega.. Dan mcm ade semangat sket sem baru nie.. Harap2 semangat tue tak luntur.. Huhuhu.. Kalu linanilza juga adalah seorg yg seperti saya, cube cite masalah kat parent.. Mb diorg dapat bantu.. InsyaAllah..
Usaha sebaek yg mungkin.. Mungkin sebab kite terleka.. tue yg Allah jentik kita sket dengan result jatuh.. Allah nak ingatkan kita balik agar sentiasa ingat Dia.. Mb?

Yo Bro Hamka!
Ku memang d bomb!!
Bro Hamka plak kebabom!!
Hahaha.. =P

hamka said...

hafizulidham

tapi yang nak masuk neraka, ada juga yang berani bunuh diri..oh!

----------
zackyah fimiyun

ambiklah, kunci ada kat pejabat ugama kariah kematian..

---------
AziRa

Linanilza adalah seorang lecture yang sedang melanjutkan pelajaran dalam PhD..
Harap maklum..

Unknown said...

lari dari topik...

saya peminat blog ini, hamka taknak tukar template ke? susah baca warna kelabu, kita dah la mata rabun. hikhik, orang ganu kitew ni :D

Anonymous said...

Owh.. pHD ke?
Hehehe..
Kalu org laen ley wat, mesti Linanilza pun ley!
Caiyok2..

Mungkin kata2 'aku nak mati' tue cume perkataan yg terkuar sebab tensen yg teramat?

Owh.. Sedang cube bersangka baek..

Semoga berjaya!!

SpEkmATaKu said...

erm hot jgk topic nie...
aku phm aper yg linalniza raser..
maybe dier bkn nk mati pn...
just tertulis perkataan tu..
dek terlampau stress...
unintentional...hanya Allah y
lebih tahu maksd mu itu...
kiter pembace myb tersilap interprate...

kdg2 nie tula masalah penulisan nie...
org tulis lain..kiter phm lain..
lots of misunderstanding la...
kdg2 certain2 benda better face to face
[learn from experienced]
btw br hamka congrats
konsep special request mu itu
tersebar..moga2 ilmu mu itu
menambahkan lagi amal jariah mu...

hamka said...

blogmenjerit

dulu aku buat warna hitam, orang komplen sakit mata, aku buat putih, orang komplen gak, aku buat biru, orang PAS komplen, aku buat HIjau, orang BN komplen, last aku buat kelabu tahik anjing..

woha!

--------------
AziRa

Itulah, nak tukar ayat jer, dari
'aku nak mati' kepada ‘aku nak naik keretamayat’..

He h!

----------
SpEkmATaKu

Akupun nak mintak maaf kat linanilza sebab perbesarkan hal ini, padahal aku patut tulis dua patah ayat sahaja..

“special request”
: )

Unknown said...

hamka, lawak ahh... lagi lawak dari entri... cuba try template yang premium ckit, baru cun melecun macam mayat

oh...

rossees said...

A person came crying and weeping to Shaikh Shiblee Rahamatullahi alayh and said, ‘O Shaikh, I have destroyed myself; make du’aa for me that may Allah take me away from this world.’

People, whose relationship with Allah is strong, will never ever dream of committing suicide. Those people who enjoy the pleasures of this world; alcohol, drug, women, dubbing, etc., they are the people who will ultimately, want to commit suicide because they will get sick of this world. Those who enjoy the pleasures of this world by committing sins will be surrounded by problems from all four sides. They ...

Article taken from Qisas.com-Inspire yourself - http://qisas.com
URL to article: http://qisas.com/stories/303

hamka said...

:)

Anonymous said...

salam..

just nak share..
dalam mase 3mgu, aku telah kehilangan gelang emas pemberian emakku yg berharga 1K, hp n70 ku yg berharga kurang rm50 dr 1K, and motor EX5 yg blom abes byr pun lagi.. semua terjadi berturut2 and aku bimbang.. adekah semua ini kerana ALLAH marahkan aku? aku berasa takut.. tak tau nk menyorok kat mane, malu ngan Allah.. takut ALLAH nk tarik rezeki-Nya dr ku.. aku takut aku mati dlm kemurkaan ALLAH.. aku takuttt sangat2.. tiba2, hati aku rase kecik.. aku takut sgt2.. takut ALLAH marah aku..

pastu mak aku ckp.. cuba reflect diri.. ape kesalahan yg aku buat spi ALLAH nk test aku.. ape bende yg xbaek aku da wat.. isk.. setahu aku, aku xde wat mende jahat and da agak berjaya dlm buang tabiat2 yg xbaek (aku rs).. aku rs aku da xmudah melenting ble ditegur, xmudah marah xbersebab, redha dgn ape yg org wat kat aku bla bla bla..

cuma bende yg ketara byk aku wat ialah.. gi tgk wayang.. isk.. kuantiti wayang yg aku g tgk meningkat 70% drp before.. adakah aku telah bersubahat dlm perlakuan maksiat di dlm wayang yg aku tonton bersama kwn2 pompuan aku tu?? adakah??

tp.. sblm aku fall lagi jauh dgn pemikiran yg nk di hasut satan..SpekmataKu berkata "Special request, special request".. terus aku nangis.. ya ALLAH betulkah?

Special request? layakkah aku? kuatkah aku? ya ALLAH...

hati aku happy tp ade gusar.. gusar.. kalo di test dgn bende yg lg hebat.. tp aku tekad.. ALLAH Maha Mengetahui Segala Sesuatu Sehingga Sekecil2 "angin"..

So, Allah da tau aku mampu menerima penangan itu dgn baek.. dan aku rs bersyukur aku special.. patutla aku xberdebar dan mudah redha dgn dugaan tu.. rupanya Allah nk test aku..

ya ALLAH chentailah aku.. aku rindu sama Kamu..

hamka said...

Antara ujian besar dalam hidup adalah, kecacatan pada anggota badan dan kehilangan orang yang di sayangi...

selain dari itu, boleh 'pulih'kan seperti biasa, INSYALLAH...

ps: apa khabar mak syalini? apa khabar peda lelaki pokok yang nak berkahwin, apa khabar orang yang di potong tangannya kerana tak bayar hutang?apa kahabar orang yang di rogol ayah sendiri?

sesungguhnya dunia ini bukan di penuhi bunga dan rama-rama, di celah celah kehidupan, tidak berhenti air mata dan darah manusia.

aku juga akan mati.
adik kamu si ahmad juga akan mati..

selamat tinggal dunia.

dunia yang sungguh 'special request'.

Karsiah said...

i hate my life and i hope that i will die as quick as possible because the longer i live i will hate God more and and plus my sin.

hamka said...

dah mati belum? jika belum, even you hate youself, but i love u..

Chenta_Ina Mohamad said...

sangat terkesan dgn kisah special request tu... huk..huk..huk..

hamka said...

30!