Mar 2, 2008

Kenapa orang mati ?

(Tujuh sebab atau asbab yang membuatkan seseorang manusia itu akan jadi mayat- panduan sebelum keluar mengundi, buatlah pilihan yang bijak)

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, err..., maksud aku, mengingati mati. Bijak kerana tidak takut mati atau sudah bersedia untuk mati lantaran telah buat usaha untuk hidup selepas mati.

Demikianlah maksud Hadith...

Namun kali ini aku nak cerita tentang "kenapa Kita jadi mayat” atau "kenapa korang mati”.., atau :- sebab serta asbab yang boleh membuatkan seseorang itu bertukar daripada rupa manusia biasa kepada rupa sebuah mayat yang biasa kita lihat di bilik mayat.

Setelah aku pecah kecilkan, aku dapati bahawa ada tujuh sebab atau asbab yang boleh membuatkan seseorang itu bertukar daripada rupa manusia biasa kepada rupa sebuah mayat yang biasa kita lihat di bilik mayat. Dan ketahulah bahawa korang semua(termasuk aku) pasti akan jadi mayat melalui salah satu daripada tujuh sebab yang akan aku senaraikan di bawah, sila baca betul-betul, jawab soalan dan kira markah..

Eh, apasal pulak kena jawab soalan dan kira markah? Alahai..., Ini kira macam 'kuiz' yang biasa di buat oleh majalah-majalah remaja dan wanita tu..

Selamat menjawab!

:)

*******

Kenapa Korang mati?
Sebab satu:

Tak makan.

keBiasaanya, perkara pertama sekali yang manusia selalu fikir bila bangkit dari tidur adalah tentang bab makan, tentang rezeki, tentang perut, tentang selera dan yang semakna dengannya lalu timbul istilah seperti berikut,:

“kalau tak makan, habis aku”

“kalau aku tak kerja? Siapa nak bagi anak bini aku makan?”

"hidup untuk makan”

"bla bla bla”

Bermakna di sini, setiap manusia itu paham bahawa, jika tak makan boleh bawa kepada kematian, insyAllah..

Mengikut kelas sains, seorang manusia perlu makan untuk dapatkan tenaga, dan ikut kelas perdagangan, manusia suka cari makan dengan kerja makan gaji, dan ikut kelas geografi, pendatang asing suka datang kat Malaysia sebab senang cari makan, dan ikut kelas automotif, minyak brek kena check takut brek tak makan, dan ikut kelas moral jangan jadi tak makan saman nanti makan hati dan makan penampar!..

(merepeklah pulak!-tak lawakpun...)

Balik kepada main topic, jika manusia tak makan, maka perut akan kosong dan tenaga akan hilang dan di jangka, sekiranya manusia tak makan dan minum mungkin hanya boleh bertahan selama seminggu lebih kurang…

Berikut adalah contoh kematian kes nombor satu ini, yang mana jika anda di takdirkan mati dalam kes ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • Kekasih anda terlupa ucap selamat hari V pada anda, andapun tak pasal-pasal takde selera nak makan, bila makanpun asyik muntah-muntah, selepas 15 hari, anda jadi mayat...
  • Anda sertai Mogok Lapar beramai-ramai kerana tak puas hati dengan Kerajaan lalu seminggu kemudian kelihatan burung ereng sedang terbang di sini sana.
  • Anda takut kepada gemuk, lalu diet melampau, kurus macam lidi masih rasa tak puas hati, dan anggap kurus itu cantik, makan sikit dan banyak berlapar, akhirnya jadi mayat yang tak cantikpun.., walaupun baru mati sepuluh minit.
  • Anda tersesat dalam hutan ketika turun dari gunung, letih dan tak ada makanan, lalu berjumpa tulang belulang sahaja setahun kemudian oleh ahli pengakap kembara.
  • Anda Di culik penjahat dan di kurung, penjahat pulak dah kena tembak polis dan takde orang tahu kat mana anda berada, dah bau busuk baru tahu ada mayat dalam almari bilik sekian-sekian..
  • Bot yang anda naik karam, ada satu papan kayu tempat berpaut, oleh sebab tiada makanan atau takde magee hanyut, selepas 25 hari, maka mayat anda tenggelam dan timbul balik dengan perut kembung..
  • Dalam perperangan, anda sanggup tak makan sebab nak bagi kawan-kawan lain makan..., dan anda sendiri mati kerana letih berperang campur tak makan..

Ok, itu sahaja contoh yang aku boleh bagi, ada lagi contoh boleh tambah…, dan tolong jawab kuiz dengan jujur..., moralnya di sini adalah.., sampai masa makan, kita makanlah! Sampai masa sembahyang, kita sembahyang Ok?!

Tapi ramai yang makan dulu baru solat kerana takut solat tak khusuk sebab lapar.., tapi takde pulak yang tak kusyuk makan sebab tak solat lagi! Tak ke hampeh? Dan itu cerita lain...

Kenapa Korang mati?
Sebab Dua:

Anasir luar-'Racun’.

Jika tadi korang mati sebab tak makan, sekarang kita kaji kes orang yang mati kerana tersalah makan, atau senang cakap 'di racuni', kerana badan manusia ni ada tahap dan julat yang telah di standarkan oleh Tuhan, bukan semua makanan kita boleh bedal.. maka ramailah yang mati kerana salah makan, tersalah makan atau sengaja nak mampos!

Selain dari badan di cemari bahan yang beracun buat kita mati akibat salah makan, di gigit binatang berbisa juga di kira kes mati sebegini, iaitu mati kerana badan di cemari…

Berikut adalah contoh mayat dalam kes sebegini, soalan aku, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • kekasih anda tak bagi kek coklat pada hari V, pada15 hb Feb pula, terjumpalah mayat anda dengan sebotol pil tidur..
  • Anda ingat racun tikus hanya bagi kesan kepada tikus? Bukankah tikus itu mamalia seperti anda, kenapa jadi mayat dengan cara begini?
  • Anda suka makan belut?, nampak anak belut terus tangkap, sekali ular air daa.., 30 saat kemuidian, ada objek terapung dalam air dengan mulut berbuih..
  • Sebagai Raja masak yang terkenal, anda suka mencuba resepi baru, anda masak gulai biji getah campur dengan cendawan hijau, mati terus semua perasa resepi dan pengkirtik masakan kerana makan cendawan beracun.
  • Anda bekerja dalam industri oil dan gas, sekali ada gas Carbon Monoxide yang bocor, anda terhidu dan mati, anak bini dapat claim insurans.
  • Ayah anda bercerai dengan Mak anda, untuk sakitkan hati mak anda, ayah anda letakan racun dalam makanan anda adik beradik..

Ada banyak lagi contoh, kalau kat Malaysia biasa budak-budak keracunan makanan, air susu masam dan sebagainya.. ada yang dah lama hidup, dah lebih tua, banyak makan garam dan banyak makan manis, matilah jugak kerana darah tinggi dan penyakit kencing manis.., darah dah tercemar..ramai rakyat Malaysia mati kes ni, apa-apapun, itu sahaja contoh yang aku boleh bagi, ada lagi contoh bolehlah tambah…

Kenapa Korang mati?
Sebab Tiga:

Lemas.

Mati kerana tak bernafas, tak dapat udara atau oksigen, lalu lemas dan mati, kerana paru paru manusia perlu mendapatkan oksigen untuk di hantar kepada organ-organ mahal dalam badan.., sekiranya paru paru tak dapat oksigen, dalam masa seminit ke 5 minit, adalah mayat di sini sana..

Berikut adalah contoh mayat dalam kes sebegini, soalan aku lagi, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • Kekasih anda buat hal lagi, dahlah tak bagi kek coklat, telefon pun tidak, maka anda yang tak pandai beranang, ikat kaki dengan batu, dan terjun ke dalam sungai… apa hal ntah?!
  • Kawan anda takutkan anda pada suatu malam dengan menyamar menjadi Puaka Mak lampir atau hantu sundalbolong, anda yang ketakutan terus mencekik ‘hantu’ itu sampai mati..,
  • Anda seorang penagih dadah, ketika lentok tahap maksima dan sedang tidur, anda termuntah lalu lemas dalam muntah sendiri… buang karen betul..
  • Kapal anda karam, semua orang tenggelam termasuk anda.
  • Bini marah pada anda kerana nak kahwin satu lagi, selepas penat berasmara, bini anda tekup muka ke bantal.., anda pulak dah tua…
  • Tsunami datang melanda Kuala lumpur, ramai yang lemas dalam Lumpur..

Banyak lagi contoh, masa aku kecik dulu kat kampong aku ramai yang mati lemas ketika mendayung emas di Rusila, mati sebab tertimbus tanah… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Kenapa Korang mati?
Sebab Empat:

Mati berdarah, Darah haid tak kira.

Setiap manusia ada darah dalam tubuh yang mana jika badan kita bocor maka darah akan keluar, dan bila bawak ke hospital doctor akan cari darah yang sama jenis untuk masukkan balik darah yang habis tadi, jika tiada bekalan darah, maka anda akan mati kerana kekurangan darah…, moralnya jika ada luka, tutuplah luka itu.

Contoh kes mati berdarah.

  • kekasih anda tak ucap selamat hari jadi, kecewa dengan kes ini, anda potong pergelangan tangan, darahpun mencucur keluar.. apa kes kau ni?
  • Mati kemalangan. Stereng tercucuk paru paru, dan penumpang belakang menghempas anda, kesan langsung akibat tak pakai tali pinggang keledar, Hari hari masuk surat ahkbar. Semua tahu sudah..
  • Wanita yang beranak, ada banyak luka, darah banyak keluar dan mati.
  • Puntianak mengamuk, satu kampong di hisap darah…
  • Ada rusuhan, kena pukul, sepak dan terajang, luka dan mati.
  • Rumah kena pecah, perompak mintak duit, tak bagi kena parang…
  • Terbunuh dalam perperangan.

Itu sahaja contoh yang aku nak tulis, soalan dari aku, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

Kenapa Korang mati?
Sebab Lima:

Mati kerana perubahan pada Haba dan tekanan.

Allah telah buat semua manusia sesuai untuk hidup pada suhu bilik dan pada tekanan atmosphere sahaja. Jika luar pada suhu bilik dan luar pada tekanan atmosphere pada nilai maksima atau minimun yang tertentu, maka manusia akan mati. Suhu Normal manusia adalah 37 darjah C, jika suhu dalam tubuh naik ke 40 darjah ke atas boleh jadi sawan dan ramai jugak bayi yang mati kerana demam panas.., manakala tekanan atmosphere yang sesuai untuk manusia hidup adalah 14.7psi bersamaan dengan 1.033 daya per cm squre. Jangan bimbang kerana Allah telah tetapkan tekanan ini untuk manusia hidup dengan selesa dan sejahtera. Bersyukurlah pada Allah...

Untuk pengetahuan bersama, Suhu dan tekanan adalah saling berkaitan anatara satu sama lain kerana sebarang perubahan pada kedua-dua medium ini akan menggangu nilai sebenar kadar aliran untuk gas di sesuatu tempat walapun halaju gas itu sama pada luas satu kawasan (jangan ponteng kelas sains)

Moralnya di sini, manusia akan mati jika suhu di sekeliling sejuk sangat, atau panas sangat, kalau terbakar apatah lagi? Tapi jika yang terbakar itu hanya tangan dan kaki, masih lagi boleh hidup., tapi jika yang terbakar adalah organ penting, maka jadi mayatlah kita..

Berikut adalah contoh mati kes sebegini.

  • Anda Tak puas hati kat kekasih yang tak beli hadiah hari jadi, anda bakar diri sendiri dekat stesen petrol yang berhampiran dengan rumah anda.. kau ni apahal?
  • Dalam misi mengharumkan nama Negara, anda telah pergi bertapa di kutub utara. Dan mayat anda masih elok ketika di temui walaupun telah mati selama beberapa tahun.
  • Anda masih kanak-kanak, kulit masih nipis dan perlu kepada perlindungan. Banyak kes Negara misikin, ramai rakyatnya mati kerana tak tahan dengan cuaca yang panas. Andalah tu!
  • Sebagai Ahli Bomba, anda telah terkorban dalam kebakaran ketika nak selamatkan orang ramai, terima kasih
  • Di Filipina, hukuman untuk perogol secara tak rasmi oleh orang kampong adalah di bakar hidup-hidup…, jadi tolong jangan rogol orang walau di mana anda berada.
  • Anda masih kecik, satu hari tertidur dalam van sekolah, kerana cuaca panas dan pintu van pulak terkunci, anda mati, semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
  • Kekasih anda tak puas hati sebab kena belikan hadiah harijadi untuk anda, sekali di simbanhya asid ke muka anda..oh!
  • Menurut bedah siasat, ramai bayi yang di buang mati akibat kesejukkan..
  • Bekas simpan air panas bocor dan tertumpah pada anak anda, bayi itu mati, apa lagi nak di kata? Hanya pada Allah kita kembali.
  • Anda pergi ke luar atmosphere dan baiki something kat angkasa, sut anda bocor dan badan anda meletup kerana perbezaan tekanan..

Itu sahaja contoh aku bagi, ada jugak yang mati kerana tekanan mental... dan itu cerita lain.

Kenapa Korang mati?
Sebab Enam:

Anggota badan yang penting rosak.

Apakah anggota badan yang penting yang mana tanpanya kita akan mati? Pernah tengok hantu penanggal? Kira logik juga orang melayu gambarkan hantu tanpa badan tapi terbang siap dengan perut.., sebab perut adalah antara organ badan yang penting.

Sebagai mudah faham, organ yang paling penting adalah dari lubang mulut ke lubang buntut, jika terputus hubungan antara dua lubang ini, maka mudahlah manusia itu jadi mayat.., dari mulut pergi ke paru paru yang menerima oksigen seterusnya buat janung bergerak.., lalu darah yang ada oksigen akan di pam ke seluruh tubuh maka organ lain akan dapat berfungsi... bla bla bla (jangan ponteng kelas sains)

Pendek cerita, Aku rasa ini kes yang paling banyak sekali melibatkan kemayatan.., organ dalaman bila dah rosak bermakna dah tak lama akan jadi mayat ler tu.., buah pingang tak berfungsi, paru paru berair, jantung berlubang, barah otak, kanser buah dada, ketumbuhan hati, dan macam macam lagilah penyakit…, dan penyakit ini biasanya menyerang bila dah separuh umur atau orang gemuk, atau orang yang tak jaga makan, tak jaga kesihatan.., kuat hisap rokok, hisap dadah apatah lagi..

Kebanyakkan kes organ rosak ni di sebabkan olen virus.. tapi banyak jugak kes seperti kemalangan, kena bunuh, kena bom dan lain lain..

Walaubagaimanapun, matinya kita semua adalah di tangan Allah, tujuh perkara tersebut di atas adalah asbab sahaja, Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan.., Nabi Yunus dalam perut ikan tak de udara dan takde makanan, 40 hari 40 malam hanya makan zikir, masih tetap hidup kerana Allah yang berkuasa mutlak.., Nabi Ibrahin dalam api tak terbakar, Pemuda gua kahfi 500 tahun tak makan tak mati.., Nabi ismail di sembelih tak mati dan banyak lagi kisah kisah yang menujukkan Allah berkuasa dan makluk langsung takde kuasa..

Berbalik kepada mati kerana organ badan rosak tadi.., aku rasa dah tak payah aku bagi contoh lagi, semua tahu sudah..., kita tamatkan 'kuiz’ ini secepat mungkin.

Senang cerita, jika jawapan korang banyak pilih 'point nombor satu’ maka korang adalah ahli Neraka!

Ketahuilah, tujuh perkara di atas tak akan mematikan orang dalam Neraka..

Dalam neraka orang tak akan mati kerana kelaparan, walaupun lapar tetap hidup dan terus tersiksa kelaparan...

Dalam neraka juga orang tak akan mati kerana salah makan, bila dah lapar orang neraka akan di beri makan buah zakum, yang mana bila makan perut akan berkecai.., tapi masih tak mati malahan terus hidup tersiksa...

Dalam neraka juga tiada orang mati kerana lemas, lemas asap api neraka ke, lemas lautan darah ke, lemas lautan nanah ke, tak mati.., terus hidup tersiksa...

Dalam neraka juga anda tidak akan mati terbakar, walaupun seluruh badan anda terbakar, tapi masih tak mati, Allah akan terus menerus ganti kulit anda dengan yang baru dan anda akan terus hidup tersiksa..

Seorang alim bila pergi pasar malam telah menangis bile tengok pengjual ayam golek.., di tanya kenapa menangis tengok ayam golek? Katanya aku menangis sebab ayam golek ni telah mati lalu di bakar dalam api, tapi manusia dalam neraka di bakar api dalam keadaan hidup-hidup... dah nak magrib ni, tutuplah kedai tu sekejap dan pergilah sembahyang.., nak masuk neraka ke?

Dalam Neraka juga orang tak akan mati berdarah, dalam riwayat menceritakan ahli neraka bila menangis air matanya akan keluar dalam bentuk darah..., tapi tetap tak mati walau macam mana seriuspun luka mereka..

Dalam Neraka juga anda tak akan mati walaupun organ penting telah hancur semuanya, lidah di gunting, kepala di hempap batu, binatang bisa menggigit, dan sebagainya, anda akan terus hidup.., kenapa?

Kerana pada waktu itu 'maut’ telah mati...

Di akhirat kelak, Allah telah perintahkan malaikat maut supaya sembelih 'maut’ yang telah di jelmakan dalam bentuk seekor kambing, lalu malaikat mautpun sembelih 'maut’ itu.. lalu menjeritlah ahli neraka menangis kerana faham sudah bahawa tiada lagi kematian selepas ini, ahli neraka akan tersiksa buat selama-lamanya...

Maka moral daripada kuiz ini adalah. orang mati kerana 'maut' masih hidup dan:-

JANGAN sekali- kali MASUK NERAKA!

Jadilah orang yang bijak dengan mengingati mayat, ingat kepada tujuh sebab jadi mayat dan ingat juga bahawa ketujuh tujuh asbab ini tak akan memayatkan ahli neraka...

Setelah ahli neraka tersiksa sekian lama, mereka minta pada Allah untuk jadi tanah.., tapi Allah tolak permohonan mereka dan tersiksalah mereka dalam api neraka buat selama-lamanya...

Berbalik kepada tujuh sebab kematian kita tadi, sebenarnya tiada masalah sedikitpun jika kita mati kebulur tiada makanan, atau tersalah makan, mati lemas atau mati terbakar, mati kena bunuh atau mati kena serangan virus dan sebagainya.. kerana kita semua pasti akan mati, pasti akan jadi mayat.., dan mati kena bunuh ke, terbakar ke, lemas ke bukan lah kegagalan sebaliknya yang penting kita mati dalam keadaan beriman betul pada ALLAH Ta’ala..

Mati dalam keadaan yakin soheh pada Allah dan Rasul.., mati dalam keadan buat usaha atas iman.

Aku dengar sekarang ini ramai orang islam yang murtad di sini sana, ini perkara yang menakutkan sebab mereka telah terlepas peluang untuk selamat dari azab api neraka buat selama-lamanya. Aku takut kerana alpa dengan nikmat iman dan kerana gagal buat usaha atas iman, Allah tarik nikmat iman dalam diri aku. oh!

Doakan aku sahabat, mati dalam iman, mati dalam keadaan buat usaha atas iman, mudah-mudahan dengan sedikit pengorbanan kita buat usaha atas iman, lalu Allah yang Maha Melihat tahu siapa kita, Allah yang Maha Mendengar tahu apa yang kita bisikkan, dan Allah yang Maha Mengetahui tahu keinginan kita, mudah-mudahan, Allah matikan kita semua dalam keadaan beriman pada Allah..

Amin...

Walaupun ketika itu aku mungkin mati dalam keadaan lapar, atau di racuni, atau di bunuh, terbakar, lemas, , kemalangan, di jangkiti barah dan sebagainya...

Doakan aku sahabat... Doa aku lagi dan lagi.... walaupun aku sudah menjadi mayat..

”JAUHILAH KAMI SEMUA DARI AZAB API NERAKA”


****

Ps: kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita mengundi lagi...

31 comments:

mim said...

Insafnye..
Time kasih pakcik.. ;)

Kalau ader sumur diladang
Boleh kami menumpang mandi
Bile nk keluar entry akan datang
Kami semua ternanti-nanti..

Ahai...

bakalmayat said...

”JAUHILAH KAMI SEMUA DARI AZAB API NERAKA”

Amin Ya Allah

Baca 7 asbab kematian, teringat pulat 7 golongan yang dapat naungan Arasy Allah SWT bawah panas terik 12 biji matahari (12 biji ke??Kalo salah tolong baik...) yang jaraknya sejengkal je atas kepala (depend atas amal masing2). Moga Allah Ta'ala pilih kita untuk masuk dalam salah satu golongan tersebut... AMIN..

"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENEMUI MATI"

XBox2: Kalo kita jadi mayat esok pagi, terbentangkah syurga dihadapan kita???

Ansar @ Bungamelur said...

oh!

mayat apakah aku nanti?

:(

alshadid said...

amin...semoge diperkenankan...entry beshh!!!

adar said...

entri yg bagus. dah lama tak baca/dgr cerita mengenai neraka. gerun bila dgr bagaimana ahli neraka diseksa.

Amiene R.ev said...

Kematian, kegelapan... Insaf.

Hamka said...

mim

aku tulis jika free, seminggu sekalipun ok, gak bukan?
Tapi korang tak setia, mengikut technorati, kuasa blog aku dah makin menurun.., dah tak sampai 100authority.. 90 lebih ajer..

Tu yang buat aku tak semangat nak menulis tu…

Ps: bukan tak ihklas, tapi tak semangat..hmm

---------
bakalmayat

takut-takut, yang terbentang itu neraka… oh!
sesungguhnya neraka itu sehasta sahaja jaraknya bagi orang yang.. (sambung sendiri)

---------------
Ansar @ Bungamelur

Mayat perempuan cantik…

----------
alshadid

best jika menang ‘kuiz’!

-----------
adar

komen yg bagus. dah lama tak dgr komen yang bagus.

-------
Amiene R.ev

Kekalkanlah keinsafan.., (itu yang payah bukan?)

Wan Mohd Faiz said...

Aku sangat takut bila teringat pasal diri aku yang langsung macam tak layak masuk syurga...Oh!

Doalah sahabat2 semua

Ansar @ Bungamelur said...

tapi aku mayat lelaki dong..

mayat hensemkah aku nanti?
oh!

capoeira said...

Apa pun cara aku mati, biarlah aku mati dalam imannn...

Hamka said...

Wan Mohd Faiz

Hamba yang paling kuat adalah hamba yang paling takut kepada penciptaNya..

----------
Ansar @ Bungamelur

Aku ingat kau perempuan…, he he .

----------
Capoeira

Yang nipun aku tak tahu jantan betina.., takpe, asal mati dalam imannnn..

tunteja said...

tolongla jgn berhenti menulis.
byk tun belajar dr blog nih. skrg ni tun tgh baca bulan april 2006. baru jumpa je blog ni minggu lepas.
nak ckp.. terima kasih byk byk pada encik hamka.

bakalmayat said...

Hamka said "Tapi korang tak setia, mengikut technorati, kuasa blog aku dah makin menurun.., dah tak sampai 100authority.. 90 lebih ajer.."

Mungkin ada yang suka komen je kot pasal komen dorang akan dibaca oleh orang lain.

Takpun mereka rasa tak semangat bila TERPAKSA TUNGGU untuk melihat komen dorang dipublishkan. Dorang kalo boleh nak komen terus dipublishkan dalam blog yang famous ni (chewah).

Tapi mungkin ada makhluk yang sabotaj pulak. Allah Maha Mengetahui

feerhan said...

encik,
tkpe kalo blog en tk smpai 100 tu,
tp yg penting ada yg terusik hati bile membace entry2 encik.. hehehe

insyaAllah saye setie bsame blog encik. ;-)

moge semuanya dipanjangkn umur dn dmurahkan rezeki.

Sir Wan said...

kalaulah hasil tulisan ini kuar dlm majalah remaje, hei, urtivi, mangger, interend.. Oh~.. indahnya~

Hamka said...

Terima kasih atas sokongan korang semua…

Cerita Tambahan.

Member member cakap aku kena balik cepat untuk tengok perang poster.., dengar berita sangat meriah di terengganu..

Akupun apply cuti kat ‘bos’ aku..

Jika Bos aku tanya apa reason cuti awal sangat?

“Err, nak dengar khutbah jummat topik pilihan raya boss..”

Dan bos aku terus bagi cuti..

: )

Seamat bercuti!

Ps: tapi aku masih update blog, insyAllah..

abu_ammar said...

Oh...
Alangkah bahagianya jika jadi mayat
di jalan Allah swt dalam usaha membaiki iman & amal. Semoga Allah swt beri taufik & hidayahNya kepada kita semua. Aminnnn..
Doakanlah untuk ana...

Anonymous said...

salam..

sehari ku rasa bagaikan setahun..
menunggu oh bilakah tibanya..
masa untuk.. meng..un
.............menghembuskan nafas terakhirku

dengan kalimah...
bila resah..
ingat saat pilihanraya...
bila rindu..
ku nyanyikan lagu..
'bila izrail datang memanggil...'

kenapa aku ingin mati...
kerana hidupku untuk selama-selamanya bukan 5 tahun sekali..
dan mati hanya menghalang/menghadang/mempermain-mainkan/melengah-lengahkan/melalaikan/dan sewaktu dengan tempoh kempen sekarang ini untuk untuk teruskan hidup buat selama-lamanya..

alangkah bagusnya kalau kiter dapat mati dan hidup kembali..
ala2 test gittew kan..

-sailasaloma-

capoeira said...

Hanya aku... seindah hiasan adalah mayat WANITA solehah.

abrar said...

Terima kasih hamka.cerita yag bersahaja yang menyentuh perasaan.teruskan usaha anda

Hamka said...

abu_ammar

Ada satu jemaah pendakwah yang sedang naik kapal terbang.., tiba tiba berlaku seuatu keadaan di mana kapal terbang hilang kawalan dan macam nak terhempas.., semua orang dalam kapal terbang susah hati dan panic, tapi jemaah pendakwah ini nampak tenang dan tidak panic..

Bila keadaan reda dan selamat, lalu ditanya kenapa tidak panic?

Jawab mereka, di sudut hati kami, kami ingin mati di jalan Allah, terkorbannya kami disini, adalah jalan Allah bagi kami, tapi kami tahu, kami masih banyak dosa dan mungkin kami tak layak mati di jalan Allah.., bila kapal terbang nak jatuh rasa macam mustahil kami akan mati di sini sebab kami banyak dosa, jika betul mati, baguslah.., tapi sekarang.., lihat! Kapal terbang ini Ok kembali.., kami masih jauh dari Allah.. oh!

Ps: kena baca ulang kali kalau nak paham maksud abang pendakwah tu.

--------------------
Sailasaloma/ capoeira -

itu macam lirik lagu, tapi aku tak tahu siapa penyanyi asalnya.
: )

-----------
abrar

sama sama.
Yang Hak dari Allah, yang Batil dari aku yang hina!

selu4rbunga said...

semoga dipermudahkan proses sakaratulmaut kite.. amiinn...

azharjaafar said...

Aku nak jawab pantun yang last tuh..

Boleh kita menumpang mandi,
kalau ada sumur di ladang,
Bila balik dari mengundi,
kena istighfar panjang-panjang.

mim said...

"Tapi korang tak setia, mengikut technorati, kuasa blog aku dah makin menurun.., dah tak sampai 100authority.. 90 lebih ajer..

Tu yang buat aku tak semangat nak menulis tu…"

kami bukan tak setia pakcik..
tapi kami dh paham blog nie..kalau ari nie dh ader entry..lepas 3-4 hari baru ader yg baru..jd selang masa tu baru kami jenguk balik..setia tetap setia.. ;)

pisang emas d bawa berlaya
masak sebiji d atas peti
jgn la ilang smgt pakcik hamka
kami semua setia d sini..

ekekeke..

alongcute said...

`Tapi korang tak setia, mengikut technorati, kuasa blog aku dah makin menurun.., dah tak sampai 100authority.. 90 lebih ajer..'

hamka, walaupun pembaca berkurang, aku harap ko akan terus menulis.. errr.. tapi.. kalo ko dah taknak menulis, apa aku boleh buat.. walaupun kecewa, aku takkan jadi mayat atas option pertama

Hamka said...

selu4rbunga

kena masukkan dalam doa (dipermudahkan proses sakaratulmaut) harian tu!
Peringatn untuk aku sama..isk.

---------
azharjaafar

Orang lepas solat kena di ajar supaya istigfar dan taubat, kerana mungkin ada tak kusyuk dan cacat sini sana..

Itu ibadat yang sunnah, yang tak sunnah serta banyak ‘bidaah hasanah’ itu lagi-lagilah kena taubat..

-Wang pertaruhan hangus.
-Belanja berlebihan untuk poster dan bendera.
-Termengumpat.
-Tercaci
-Terhina
-Terlengah solat..
-Tertinggal baca Quran dan Zikir
-Ter itu ter ini..

-Oh!

-------------
mim

sory min, dan korang semua..

bila takde idea nak tulis, guna alasan perasan sibuk atau authority menurun.. hampeh untuk diri sendiri..

Cuma memang sejak aku guna system ‘block komen’, maka hitsnya dah turun, dulu cecah 400 hits ke 300 hits sehari sekarang aku dah reset dengan gostat.com.. (dah tak boleh riak lagi, bagus jugak)

Cuma aku tahu, la ni tinggal 90 lebih-lebih (berubah dari hari ke hari) aku punya authority dan report terakhir, 217 sahaja yang link dengan aku sehingga hari ini..

err, akupun tak paham apa maksud authority..

tengok blog korang yang link dengan aku, authority lagi teruk, purata bawah 50 (riaklah pulak)..

walau camnepun aku tulis bukan nak kejar hit atau authority, tapi bila kita tahu ramai yang respond, secara automotik jadi lebih rajin dan semangat nak menulis gitu..

lagilah bila korang siap email dan bagi cadangn itu ini..

Lagipun aku perlu sedar bahawa aku menulis blog yang ada banyak cerita “ALLAH-RASUL”.., atau orang panggil blog “asalamulaikum”.., jadi memang tak beberapa popular.. apatah lagi aku tak joint mana-mana freindster/multiply/yahoo group/ atau link blog korang dan pergi komen di setiap blog yang aku link, dan korangpun terhutang budi lalu paksa diri untuk komen, bla bla bla.. aku bukan begitu..ok?!

Tapi yang aku tahu, bini aku, (dan anak-anak aku kelak,) suka baca, begitu jugak kawan-kawan yang duduk berjauhan, walaupun kita dah tak boleh sembang rancak di kedai kopi, kat sini aku masih setia ‘membebel’..

Lagipun ini adalah blog ‘nota ugama’ untuk diri sendiri..

Maafkan aku tuduh korang tak setia..

*kenyit mata*

---------
Alongcute…

He he he, insyAllah.., selagi tak jadi mayat.., tapi aku akan bersara juga jika umur panjang…

ainohikari said...

Entri yg mengisafi diri ini.

jazakAllah

Anonymous said...

salam bro...
aku slalu promote blog ang kat member2 aku...
cume xde kesempatan nk mengkomen...
huhu...
nk mntak tolong....
sory sket kt blog ni tnda2 kematian bg org islam....
yg aku taw 100 hr b4 kematian org islam, malaikat maut dh dtg menjenguk....
kiter spt rase ade org dtg memerhatikan kiter...
tp x taw sape...
pas 2, kalo org2 beriman, dia paham tnda2 2...then die buat amal tok persiapn kematian dia...
org2 yg lalai plak anggp bnda tue cm biasa n trus enjoy cm biasa...
aku baru balik dr wt partme tusyen...cr duet lebey...
huhu...td mase aku tgh dok ngao student2 aku, aku trase ade org memerhatikan aku n lalu lalang kt luar bilik tusyen 2....
aku xtaw sape,,,,
antu ker?
hukhuk
ataw ini lah tnda kematian aku?
hati aku x keruan mase ondaway balik tusyen td...
aku menangis....
sepanjang jalan aku nangis...
nasib bek pengguna2 jln raya yg lain x prasan,,,,
aku naik moto...sambil mencilok2 aku menangis....
aku x nk jd golongn yg menyesal kt akhirat nnt...
sebab 2 la penyesalan yg terbesar....
aku ade bace entry ang yg pasal bnda2 ni....
aku jd takot...
kepada bro hamka n semua...
kalo nnti aku dh x mengomen dlm blog ni....
ntah2 aku dh jd mayat...
doakan kebahagiaan n kejayaan aku kt kubur nnt...
waktu aku jd mayat, aku keseorangan....
huhu...
maafkan aku wahai kawan...
maafkan aku wahai makhluk tuhan..
maafkan aku wahai bakal mayat sekalian...

p/s: bro hamka, tolong penuhi permintaan aku yer...
abg bekalan utk semua insan....
thnx bro...


..antikapel...

Anonymous said...

salam.

sungguh menginsafkan.dan memang 2-3 kali baca.terima kasih kerana mengingatkan tentang kematian.

er..hamka,sama ada aku tersilap kira atau kau memang letak 6 sebab je.aku tercari2 sebab ke-7,

nak tambah,kalau mati dipukul objek keras,kena hempap benda berat,atau terhantuk kat bucu katil lalu mati nak masuk sebab nombor berape?atau boleh jadi point baru ke.(maybe boleh consider point berkaitan darah kerane kes pendarahan dalaman)

maaf sedikit merepek.
salam.


yg benar,
nina

Hamka said...

tak perasan pulak ada ruquest dari "antikapel"...

so, sekarang, bulan feb 2009 ada tanda nak mati, dan la ni ogos 2010 belum mati lagi? nak percaya ke benda cam tuh?

ada hadith soheh ke?

atau ilmu dari wali tarikat?

kita buat macam biasa.., anggap mati esok..

-----------
ok, untuk nina pulak,

kau memang best, sebab kau sorang jer yang perasan aku tulis 6 sahaja, aku tunggu jugak kot kot ada yang tanya...

jadi jawapan yang ke tujuh.., adalah mati kerana tua, satu sebab yang doktor pun tak tahu.., bila tulis kat report polis, akan guna alasan tua..

bab terantuk tu, check sama ada, anggota penting rosak, atau pendarahan yang teruk..

sekian.

sekian.

Singh said...

selu4rbunga kena masukkan dalam doa (dipermudahkan proses sakaratulmaut) harian tu! Peringatn untuk aku sama..isk. --------- azharjaafar Orang lepas solat kena di ajar supaya istigfar dan taubat, kerana mungkin ada tak kusyuk dan cacat sini sana.. Itu ibadat yang sunnah, yang tak sunnah serta banyak ‘bidaah hasanah’ itu lagi-lagilah kena taubat.. -Wang pertaruhan hangus. -Belanja berlebihan untuk poster dan bendera. -Termengumpat. -Tercaci -Terhina -Terlengah solat.. -Tertinggal baca Quran dan Zikir -Ter itu ter ini.. -Oh! ------------- mim sory min, dan korang semua.. bila takde idea nak tulis, guna alasan perasan sibuk atau authority menurun.. hampeh untuk diri sendiri.. Cuma memang sejak aku guna system ‘block komen’, maka hitsnya dah turun, dulu cecah 400 hits ke 300 hits sehari sekarang aku dah reset dengan gostat.com.. (dah tak boleh riak lagi, bagus jugak) Cuma aku tahu, la ni tinggal 90 lebih-lebih (berubah dari hari ke hari) aku punya authority dan report terakhir, 217 sahaja yang link dengan aku sehingga hari ini.. err, akupun tak paham apa maksud authority.. tengok blog korang yang link dengan aku, authority lagi teruk, purata bawah 50 (riaklah pulak).. walau camnepun aku tulis bukan nak kejar hit atau authority, tapi bila kita tahu ramai yang respond, secara automotik jadi lebih rajin dan semangat nak menulis gitu.. lagilah bila korang siap email dan bagi cadangn itu ini.. Lagipun aku perlu sedar bahawa aku menulis blog yang ada banyak cerita “ALLAH-RASUL”.., atau orang panggil blog “asalamulaikum”.., jadi memang tak beberapa popular.. apatah lagi aku tak joint mana-mana freindster/multiply/yahoo group/ atau link blog korang dan pergi komen di setiap blog yang aku link, dan korangpun terhutang budi lalu paksa diri untuk komen, bla bla bla.. aku bukan begitu..ok?! Tapi yang aku tahu, bini aku, (dan anak-anak aku kelak,) suka baca, begitu jugak kawan-kawan yang duduk berjauhan, walaupun kita dah tak boleh sembang rancak di kedai kopi, kat sini aku masih setia ‘membebel’.. Lagipun ini adalah blog ‘nota ugama’ untuk diri sendiri.. Maafkan aku tuduh korang tak setia.. *kenyit mata* --------- Alongcute… He he he, insyAllah.., selagi tak jadi mayat.., tapi aku akan bersara juga jika umur panjang…