Feb 25, 2008
Perang POSTER?
(Malaysia sebuah Negara yang meriah menjelang apa jua perayaan, termasuklah Pilihan Raya.., ini barulah di katakan Kongsi Raya!)
Isteri aku tegur aku kerana bawak kereta perlahan sangat, dia jadi boring tak tentu pasal, "lambatlah tiba di kampung" katanya...,
Aku pulak sedang tersenyum tersengih tak pedulikan dia, kadang-kadang aku menjerit:- Woha!
Aku sepatutnya gunakan kamera kat handphone aku dan 'snap' sini-sana lalu publish kat sini untuk menggambarkan suasana 'Kongsi Raya’ ini.., tapi aku tak terfikirpun nak tulis pasal benda ni sehinggalah aku terilham untuk tulis hari ini, lalu tanpa sebarang bukti, dan dengan hanya ingat-ingat lupa.., aku tulis tentang perkara ini..
Iaitu tentang Perang Poster...
Ada Poster yang kelakar, ada yang buat aku geleng kepala, kadang-kadang aku menjerit Woha atau yang semakna dengannya... akibatnya, kereta aku di pandu perlahan-Kesan langsung keprihatinan aku nak tahu apa yang depa tulis di sini sana...
Baiklah, untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya, maka jika kat tempat korang ada Cogankata yang menarik sehingga mencapai tahap ’woha’, silalah bagitahu kat aku berserta lokasi poster tersebut, insyAllah, aku akan akan tapis dan post kat sini dan kita sama sama memeriahkan suasana PILIHAN RAYA..
Untuk itu, aku pecahkan Entry ini kepada 4 bahagian.
1- Poster yang aku telah lihat lalu menjerit Woha!
2- Poster yang korang lihat dan mungkin aku juga akan menjerit Woha!
3- Poster yang aku ingin lihat.(Poster cadangan dari aku)
4- Poster yang korang ingin lihat.(poster cadangan dari korang)
Tak perlu gambar, hanya perlu tulisan...,
Akupun terfikir mungkin patut ada kad kad yang indah dan cantik macam Kad ucapan selamat hari raya, Tapi kad itu kita namakan sebagai kad Ucapan Pilhan raya.., dan kita pakat pakat hantar kat kawan kawan serta sanak saudara, siap dengan Logo Parti masing-masing, maklumlah, biasanya waktu ni jugak ramai yang balik kampung mengundi, kemudian kita buat jamuan makan atau buat makan besar lepas Isyak sambil tengok keputusan Pilihan raya.., dah tahu siapa Menang dan kalah, kita terus bermaaf-maafan dan mulakan hidup baru mejayakan misi wawasan 2020..., boleh?!
Tak tahu nak tulis apa kat Kad Pilihan raya? Baca entry ini, mungkin boleh membantu serba sedikit...., he he he..
********
Bahagian satu.
POSTERS YANG AKU TELAH LIHAT DI JALANAN LALU BUAT AKU BERKATA "WOHA!”
Poster 1. (lokasi, Kuala Terengganu)
BN- BARANG NAIK!
Poster 2. (lokasi, Jambatan Manir Terengganu)
MEREKA MASUKKAN PELAJAR TAK LULUS SPM KE KUSZA, JANGAN BIARKAN SEJARAH BERULANG.(ada Logo BN)
Poster 3, (Lokasi, Felda Jengka, Pahang)
UNDI BN-MINYAK NAIK 70 SEN
UNDI PAS-MINYAK TURUN 30 SEN.
FIKIR-FIKRKANLAH
Poster 4, (lokasi, Chendering, Terengganu)
UTUSAN MELOYA (UTUSAN MALAYSIA), BERITA HAIRAN (BERITA HARIAN).
ANDA TAHU KE MANA PUTUT DI BUANG (lalu ada gambar tong sampah)
Poster 5. (Lokasi, Jerantut Pahang)
XXXXXX(tulisan China, aku tak paham, yang pasti ada Logo PAS dan Keadilan)
Poster 6. (Lokasi, Kemaman, Terengganu)
SERIK DOH WEI (sudah insaf.., ada logo PAS)
Poster 7 (lokasi, Sekitar Terengganu)
MOLEK DOH LENING...(Sudah puas hati.., ada Logo BN)
******
Bahagian 2.
POSTERS YANG KORANG TELAH LIHAT DI JALANAN YANG MUNGKIN BUAT AKU BERKATA "WOHA!”
Poster 1 (Lokasi: Edit)
Cogan kata: Edit(sila email atau komen)
*******
Bahagian 3
POSTER YANG INGIN AKU LIHAT (CADANGAN DARI AKU.)
Poster 1. (Lokasi, Ikut suka)
UNDILAH PART X, KAMI TIDAK MENAMPAL SEBARANG BENDERA KERANA KAMI SEDANG BERJIMAT UNTUK NEGARA KEBAJIKAN.
Poster 2 (lokasi, lantaklah)
KAMI TIDAK MENAMPAL BENDERA KERANA TIDAK MAHU MEMBAZIR, TIDAK MAHU MENJADI SAUDARA SYAITAN. UNDILAH KAMI, PARTI X.
***********
Bahagian 4.
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Edit)
Cogan kata: Edit (sila email atau komen)
******
PENUTUP
"Abang, kenapa bawak perlahan sangat, bila nak sampai bawak slow cam gini?””
Tegur isteri aku dengan muka konfius..
"Alahai awak ni, tak perlu bawak laju, jika kita penting, orang akan tunggu kita, jika kita tak penting, sampai awalpun tak de orang peduli...”
Pling!! Idea datang, aku patut letak satu lagi poster, tapi tak berkaitan dengan Pilihan Raya...
Poster 1. (Lokasi, Semua laluan utama)
ANDA TIDAK PERLU MEMANDU LAJU, JIKA ANDA PENTING, ORANG AKAN TETAP MENUNGGU ANDA, JIKA ANDA TIDAK PENTING, TIADA ORANG PEDULIPUN JIKA ANDA SAMPAI AWAL...
Aku teruskan perjalanan, sambil baca poster sini sana, Terengganu memang meriah..!!
Namun, bila lalu kat kawasan perkuburan, takde pulak poster pembakang dan Kerjaan,
Pling! Idea datang, aku patut letak satu lagi poster kat kawasan kubur.....
Poster 1. (lokasi, Tanah perkuburan)
DAHULU KAMI JUGA HIDUP SEPERTI ANDA!
Atau..
TERIMA KASIH KERANA ’SENYAP’ DI SINI.
Atau,,
SEMUA ORANG AKAN MENJADI MAYAT, ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA!!!.
Bila terkenangkan poster yang last-last tu, makin perlahanlah kereta aku bawak... oh!
PS kepada isteri, jadi tahulah kamu kenapa abang bawak kereta slow....
PS2: Aku tidak melobi mana-mana Parti-harap-maklum..
PS3: Entry ini akan sentiasa di edit..., (kot)..sehinggalah Piliharaya. : )

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Salam perantau..Selamat Hari Pilihan Raya buat emak dan ayah di kampung.Anakanda mohon ampun kerana tak dapat balik mengundi
Hmm,memang betul membazir amalan syaitan.Ada dalilnya dalam al-Quran kan??!
Amalan sunnah dipandang jelek/ ketinggalan zaman/ tak up to date/ selekeh.
Amalan syaitan pulak yang diamalkan...
XBox: Kat botol minyak atar pun ada tulis "di dalam sunnah ada kejayaan"
hoho.. 5thn merantau, ingat2 lupe la plok suasane ngundi ni..tp yg aku pasti, masa sek ren hingga ke sblom fly.. tiap2 kali ngundi mesti ade kereta kebal depang balai raya sek ren aku (nama sek dirahsiakan)..penuh tampal bendera UMNO.. nk lalu kena tunduk2.. takut kena tembak.. kueng2 (tak klaka)..
** jatuh hati bacaan pertama ngan kereta mayat.. dlm seminggu ni..aku bleh bace hampir semua entri slame 2 thn.. syabas2.. dok penoh2 aku beminat nk baca blog seserius aku bace blog nih.. **
saya suka ayat kt kubur tuuuu
"DULU KAMI JUGA HIDUP SEPERTI ANDA"
Kekekekekeekke. adedededeiiiii
lokasi: Bukit Rangin, highway lama KL-terengganu
PEMBANGKANG KUAT, RAKYAT TERBELA!
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Depan Setiap Masjid & Surau)
Cogan kata: (JANGAN MENGUMPAT/MEMFITNAH DI SINI)
Poster 2 (Lokasi: Setiap jambatan)
Cogan kata: (INGATLAH,ANDA AKAN MENITI SIRAT DI AKHIRAT)
Poster 3 (Lokasi: Setiap jamban)
Cogan kata: (JIKA ANDA BENAR2 CINTAKAN ISLAM, JANGAN KENCING BERDIRI)
Poster 4 (Lokasi: Setiap Jalan)
Cogan kata: (TOLONG KAMI, KAMI SESAT JALAN)
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Pintu Pagar hospital Besar KT yg sekarang tukar nama bini agung yg aku tk ingat nama..ampun tuanku, jgn tulah dakuu)
Cogan kata: (Untuk Penyokong BN shj..penyokong PAS sila balik cari tokbomoh kampung)
p/s: sbgmana masjid ada biru hijau.. pas nih rumah tok bomoh kg pun same...
POSTER 2(Lokasi: Surau ****, Kg Aku)
Cogan kata: (surau ini mengalu2kan anda berjemaah, tak kira anda org PAS atau anda org BN)
p/s: tak phm aku.. tetiba org BN xleh smayang kat surau PAS.. org PAS xleh smayang kat surau BN.. apa kess! (pjm ayat en hamka)
peringatan.. sbg cth shj. aku tidak menyatakan pendirian aku di belah mana2 pihak...
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Kedai-kedai kopi)
Cogan kata: (MASJID LEBIH UTAMA)
Poster 2 (Lokasi: Taman-taman bunga, air terjun, dan tepi pantai)
Cogan kata: (AWAS, IZRAEL MEMERHATIKAN ANDA)
Poster 3 (Lokasi: Setiap tandas)
Cogan kata: (ASAP MAKANAN JIN)
Poster 4 (Lokasi: Mesin ATM)
Cogan kata: (BERSIHKAN HARTAMU DENGAN ZAKAT)
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Setiap simpang)
Cogan kata: (MINYAK NAIK, IMAN TAK NAIK-NAIK)
Poster 2 (Lokasi: Setiap lampu isyarat)
Cogan kata: (JANGAN FIKIR DENGAN MELANCARKAN ROKET UNTUK MELETAKKAN DACING DI BULAN BOLEH BAWA KEJAYAAN, KERANA BULAN PASTI GERHANA)
Poster 3 (Lokasi: Tempat mengundi)
Cogan kata: (TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB HAMBA 5 KALI SEHARI ITU LEBIH PENTING DARIPADA KEWAJIPAN 5 TAHUN SEKALI)
Poster 4 (Lokasi: Setiap kenderaan)
Cogan kata: (DOAKAN HIDAYAT UNTUK KAMI)
lokasi: semua tempat..
kalau pilihanraya mampu membawa perubahan,udah lama ia diharamkan!
UNDILAH ROSAK!
bakalmayat
You get my point..
Selamat Hari Pilihan Raya buat para pelajar di perantauan..
-------------
sakuragiRL
aku tulis selama seminggu dan kau baca hanya selama 2 minggu..
tentu kau tak baca komen-komen sekali bukan?
He he he
-----------
feerhan
Suka?
Ketawa sambil menangis..isk!
-------
HambaAllah/azharjaafar/sakuragiRL/pit /AFIF dll
setelah fikir-fikir, aku tak jadi nak update blog dengan masukkan cadangan korang, (tak sempat) maka komen korang publish kat sini sahaja, ok?!..
: )
Kepada komen yang tak tersiar, aku paham perasaan korang, sabarlah, semua ada hikmah di sebalik kejadian..
: )
----------
Naim
Aku dah lama reset dengan gostat.com. sejak bulan 6 tahun lepas, dulu aku teruja nak tahu berapa ramai yang baca, dah tua begini- lantaklah…, jika dia counterpun, aku punya IP sahaja kot.. entah, akupun tak faham
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Tepi Jalan)
Cogan kata: (AMAL ANDA AKAN DITIMBANG!)
Gambar Poster: Dacing
Poster 2 (Lokasi: Tepi Jalan)
Cogan kata: ("Sekiranya BULAN diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam(Da'wah) ini."-maksud Hadith)
Gambar Poster: Bulan
Poster 3 (Lokasi: Tempat-tempat maksiat & hiburan)
Cogan kata: ("BERILAH KAMI SATU PELUANG LAGI")
Gambar Poster: Api dan manusia sedang tersiksa
masa pilihanraya kat ostolia yang tak lama lepas macam tak pilihanraya. Takde pun perang poster ni. Ada la sikit2 tapi tu orang yang tak popular kot. Aku rasa la, rakyat kat sini nak memilih tak terkesan dengan berapa banyak poster dok tampal dan berapa banyak bendera berkibar tetapi pada ISU SEBENAR.
Isu besar kat ostolia ni antara lain; Iraq, aborigines dan ekonomi. Minyak ni rasa takde sebut pulak sebab depa tau yang depa bukan kontrol harga minyak ni.
Adapun nak mengatasi masalah harga minyak, kerajaan ostolia promote guna gas. Kereta takde tong gas, gomen sini kasi bantuan AUS$2K tak salah aku untuk masukkan tong gas dalam kete. Amacam?
Kat Malaysia lain gamaknya, lagi banyak poster/bendera, lagi banyak peluang nak menang?
Sedar-sedar esok, pembangkang menang... heheheh... macam takde apa2 je kat sini.
HEHEHEHE....
CUMA MAMPU GELAK JER PAKCIK HAMKA...
:)
Anonymous,
sapa cakap pembangkang boleh menang???
KEPALA KOROK MUNG!!!!
kelantan belum tentu dapat dipertahankan kali ini.
mung toksoh jadi buduh hamka!!
adalah menjadi tanggungjawab mung untuk sokong dan berjuang untuk BN kali ini!!!
sila sedar sikit mung hamka.
komputer, talian tepon, internet, duit gaji mung, kereta, termasuk barang2 dapur mung semua adalah jasa-jasa BN untuk mung.
Mung dan keluarga mung tak boleh hidup tanpa BN.
Kalau tak ada BN, mung adalah pencacai hina dina di muka bumi ini Hamka. Mung jadi peminta sedekah.
usaha biar molek skit!!
jadi sedar sikit yer!!!
HIDUP BN!
BN MENANG 100 PERATUSSS!!!
HIDUP BN!!
HIDUP BN
ALLAH SAYANG BN!!!
ALLAH REDHO BN!!!
sebab itu BN menang sokmooooo...
BN kekasih ALLAH!!!!
BN parti orang-orang berIman di Terengganu Darul Iman
Jangan gadai iman mung untuk mengundi hok parti lain.
undilah BN!!!!
BN...senyum sokmooo weeiihhh !!!!
ekekkekeke
aku rasa `poster' pembaca blog ko lebih best ler hamka..
Poster 1
Lokasi: Luar pagar masjid
Cogankata: Barang Naik (BN), Pastikan Amalan Sempurna (PAS) jugak.. baru Datang Ampunan yang Perkasa (DAP)
Gambar: Gambar mayat Haji Hadi, Paklah dan Lim Kit Siang.
Poster 2:
Lokasi: Tepi bilik gerakan
Cogankata: Masjid: dibuka 24 jam untuk anda, tapi apasal tak datang?
Gambar: Mayat2 pemimpin KEADILAN.
Poster 3:
Lokasi: Tepi kedai kopi.
Cogankata: Membangun bersama mayat di mahsyar, sedia gempur!
Gambar: Gambar mayat pemilik blog ini.
Poster 4:
Lokasi: PWTC
Cogankata: Barang Naik(BN), berehi nawok(BN.... kami serik.. Serik kepala jotak ko.. mengundi cara yahudi.. banagang
Gambar: mayat2 pembaca blog ini
Masih ada lagi... Tunggu..
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT (CADANGAN DARI KORANG.)
Poster 1 (Lokasi: Van2 Jenazah seluruh malaysia) *sbb van jenazah uia je pnah nampak.
Cogan kata: (Kullu nafsin za ikatul maut: 'semua akan merasai saat kematian')
Poster 1
Lokasi: Luar pagar masjid
Cogankata: Barang Naik (BN), Pastikan Amalan Sempurna (PAS) jugak.. baru Datang Ampunan yang Perkasa (DAP)
Gambar: Gambar mayat Pra pemimpin.
Poster 2:
Lokasi: Tepi bilik gerakan
Cogankata: Masjid: dibuka 24 jam untuk anda, tapi apasal tak datang?
Gambar: Mayat2 pemimpin KEADILAN.
Poster 3:
Lokasi: Tepi kedai kopi.
Cogankata: Membangun bersama mayat di mahsyar, sedia gempur!
"edit*
Poster 1:
Lokasi: depan masjid.
Cogankata: UMNO membina masjid ini.. kepada penyokong PAS sila guna jamban masjid lain. (orang kita selalu berhenti masjid nak berak jer..)
poster 2:
Lokasi:Semua sekolah2
Cogankata: Anak beranak PAS, sila sekolah di sekolah pondok Marang.
poster 3:
Lokasi: Masjid sri petaling
Cogankata: sila jaga kebersihan kawasan luar masjid
poster 4:
Lokasi: Bank Islam
Cogankata: orang UMNO, sila jangan main judi di Genting.
poster 5:
Lokasi: Pejabat Haji Hadi
Cogankata: Mengumpat itu berdosa, janagn makan daging saudara islam.
poster 6:
Lokasi: Pejabat Nik aziz
Cogankata: Menuduh orang sebagai orang Utan itu tidak baik, sila minta maaf.
poster 7:
Lokasi: Rumah urut
Cogankata: Orang UMNO, sila janagn buat maksiat
poster8:
Lokasi: sekitar bandar raya KL
Cogankata: sila buat perhimpunan di masjid sahaja, perhimpunan halal
poster 9:
lokasi: semua university
Cogankata: Sila study dan dapat 4.00 (1st class), kerajaan tidak mengenakan AUKU untuk dapat 4.00.
poster 10:
Lokasi: Pejabat persatuan ulama' malaysia
cogankata: sila buat dakwah pintu ke pintu
poster 11:
Lokasi: kelantan
cogankata: sila belajar english untuk jadi PM atau pemimpin.
poster 12:
Lokasi:Rumah calon BN
Cogankata: Rasuah itu dosa
poster 13:
Lokasi: Rumah calon PAS
cogankata: perjuangkan islam tanpa unsur bidaah.
sekian
IKLAN ULANGAN
setelah fikir-fikir, aku tak jadi nak update blog dengan masukkan cadangan korang, (tak sempat) maka komen korang publish kat sini sahaja, ok?!..
:)
Kepada para komen yang tak tersiar, aku paham perasaan korang, sabarlah, semua ada hikmah di sebalik kejadian..
: )
Cheh.
Aku juga ada buat entry Perang Poster. Tapi entry aku ada gambar.
Anda mampu mengubahnya.
Pling!
1. Aku MASIH tak suka bendera dan poster muka calon.
2. Tapi kan, kalau tak ada poster dan bendera, rasa tak Meriah pula PRU
3. Apa kata bro Hamka pulak tentang IKLAN? Tak kesahlah di TV, di jambatan, di radio. Yang saya tahu sbg manusia berpendapatan sederhana, iklan itu menelan belanja juta juta.
Akhir kata:
Apa saja yang sudah terpampang, di poster, bendera hatta di TV atau media massa, yang penting ALLAH lihat HATI kita. Dari HATI lahirnya Perbuatan (Mari Cari Redha Allah).
Itu sedikit ilmu yang aku belajar. Aku mahu belajar lagi.
Komen ku ini bukanlah berkenaan dengan poster atau cogankata...tapi lebih menjurus kepada "manifesto" yang patut ditekankan oleh ustaz2 dalam SETIAP ceramah2@majlis ilmu mereka:
"KERJA DAKWAH NI BUKANNYA KERJA KAMI (USTAZ-USTAZ) JE TAPI INI PUN PUN KERJA KAMU JUGAK...! KAMU PATUT RUJUK AYAT2 DALAM AL-QURAN PASAL AYAT DALAM TU ADALAH SECARA UMUMI. SEMUA UMAT MUHAMMAD (SAW) KENE BUAT. AYAT2 AYAT DALAM AL-QURAN BERKENAAN DAKWAH BUKAN DITUJUKAN KEPADA GOLONGAN KAMI JE...!"
Amacam?? Cantik tak kalo ustaz2 cakap macam tu dalam setiap penghujung majlis???
IKLAN ULANGAN lagi
Kepada para komen yang tak tersiar, aku paham perasaan korang, sabarlah, semua ada hikmah di sebalik kejadian..
: )
Post a Comment