Oct 3, 2007

Apa itu Ikhlas?

(Dalam perjalanan balik kampung, sebelum mintak maaf di hari raya, masih sempat membebel pada orang kampong macam mak nenek)

Dalam solat tarawikh yang pantas dan cepat, akan selalu kita dapat dengar Pak Imam membaca surah- al-ikhlas.

Tapi yang mushkilnya, walaupun nama surah itu adalah al-ikhlas, tapi kenapa dalam surah itu tidak terdapat ayat yang berbunyi “ikhlas”, tak macam surah al nas, atau al falaq, yassin, taha, dan lain-lain surah yang mana nama surah itu ada kaitan dengan isi surah.

Sebagai menjawab secara ringkas (padahal tak tahupun secara panjang), mari kita rujuk soalan yang di tanya oleh para Tabien kepada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama, jika tak silap, Abu zar R.A

Abu Zar telah di tanya tentang satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham.

Maka Abu Zar RA mula menceritakan satu hadith yang mana, beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau ingin meneruskan pengucapannya, beliau telah jatuh pengsan.

Setelah di sedarkan dari pensan oleh orang ramai, beliau berkata,

“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”., lalu beliau pengsan buat kali ke dua..

Pun begitu, setelah keadaan pulih, beliau berkata:

“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”.

Kali inipun beliau tetap pengsan dengan mukanya terlangkup ke tanah!

Wah! Nampaknya begitu takut dan bertakwa sekali akan Abu Zar RA lantaran isi hadith ini mengandungi ancaman yang dahsyat, tapi aku ketika membaca hadtih ini, hafal dan cuba memahami, langung tak rasa takut atau gelisah..oh! air basuh kaki mereka (sahabat Nabi) jauh lebih mulia dari aku yang hina ini…

*******
Kali ini kita akan cerita tentang ikhlas, perkara basic dalam kehidupan berugama tapi teramat penting, kerana TANPANYA…

Segala kehidupan dan kematian serta kemayatan akan menjadi sia-sia..

*******
Apa itu ikhlas?

IKHLAS adalah, sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,

AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Lalu apa sahaja yang kita buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Dan apa sahaja yang kita tak buat kerana Allah, itulah ikhlas.

Senang cerita, apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!
Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.

Sebagai contoh dalam bab ikhlas. Aku bagi contoh solat hajat:

Jangan korang solat hajat kerana korang ada hajat, itu tak ikhlas namanya, tak makbul doa nanti kerana tak ikhlas, solat hajat di buat kerana perintah Allah.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang di buat hanya kerana Allah, atau kerana perintah Allah, maka korang buatlah solat hajat kerana perintah Allah yang menyuruh orang susah bersolat hajat, jadi korang buat solat hajat bukan kerana korang ada masalah, tapi korang buat solat hajat kerana perintah Allah yang suruh orang ada masalah buat solat hajat-, jadi buatlah solat hajat kerana itu adalah perintah Allah kepada orang yang ada hajat, bukan solat hajat kerana ada hajat, yang penting hanya kerana Allah!!!

Pening kepala? Rujuk ustaz lagi baik, aku tak pandai nak terangkan kot..

Namun, aku akan cuba terangkan serba sedikit tentang beberapa kekeliruan yang telah berlaku disekeliling kampong aku (kampong korang tak kot..) tentang ikhlas.


******
1. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?

Ramai orang kampong aku, bila di suruh buat sesuatu, contoh pergi solat jemaah, atau baca al-quran dan apa sahaja perintah Allah, mereka nak tunggu hati ikhlas dulu, baru boleh buat. iaitu hati suka untuk buat amal tu, jika hati tak suka dan mengerjakan dalam keadaan terpaksa, maka mereka faham itu adalah tak ikhlas.

Selalu ungkapan mereka:

“Kalau paksa, tak guna juga, sebab tak ikhlas”

Kesannya, begitu banyak masjid kosong dan al quran berabuk kerana hati belum suka untuk buat amal tu, bila hati dah suka, baru boleh buat.

Hampeh! Siang malam kena tipu syaitan.

Woi orang kampong!

Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya.

Adakah korang ingat mereka yang pergi masjid berjemaah tu dah hoby mereka pergi masjid macam korang punya hoby kumpul stem?

Adakah korang ingat mereka yang baca al quran tu dah hoby mereka baca quran macam korang punya hoby suka baca blog?

Adakah korang ingat mereka yang pergi berdakwah tu dah hoby mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hoby pergi mancing tinggal anak bini?

Padahal..
Mereka telah bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah..,

Moralnya disini, syaitan akan buat usaha untuk kita rasa beban dalam amal, bila rasa beban dan malas muncul, adakah itu tanda tidak ikhlas? Jangan jadi bodoh, teruskan buat amal baik, sama ada suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah kita buat, dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan bila dah istiqamah tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

Aku ulangi:

Taatlah perintah Allah sama ada suka atau tak suka, sama ada ringan atau berat.
dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan di waktu tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

2. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA IKUT SURUHAN ORANG?

Aku biasa ajak orang kampung aku pergi solat berjemaah atau pergi dengar ceramah, (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya-mudah-mudahan)

Lalu ada orang kampung yang menolak dengan alasan,

”aku nak pergi dengan rela hati aku sendiri, bukan terpengaruh dengan orang lain, nanti tak ikhlas.”

Hampeh, kalau aku ajak korang pergi makan keropok cicah teh tarik kat kedai pok de atau makan nasi dagang kat kedai mok ngoh, ikhlas pula korang makan..
Tapi bila bab ibadat, nak pergi dengan rela hati sendiri konon, tak nak ikut sapa-sape.

Padahal, ALLAH perintah kita IKUT orang YANG MENYERU KEBAIKKAN..
Maknanya walaupun korang ikut aku, tapi sebab aku ajak korang kepada Allah, maka ikut akupun adalah perintah Allah kerana ikut orang yang menyeru kepada Allah juga adalah perintah Allah.

Tak kanlah kalau aku azan, dan jerit, ”marilah solat” sebanyak dua kali, korang tolak sebab nanti datang masjid kerana aku, bukan kerana ALLAH, takke hampeh?

Rujuk Surah yassin ayat 21 juz 23

”Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar. ”

Woi, orang kampung, aku jadi bilal mana ada elaun???

Jadi moralnya adalah, kalau orang ajak kita buat baik, IKUT SAHAJALAH, lagipun orang tu tak mintak upah, yang mintak upah tak payahlah ikut..

Tapi korang terbalik pula, yang mintak upahtulah korang ikut.., tak ke hampeh?
Jemput artis menyanyi kat simpang depan rumah ketua kampung, lalu tinggal solat jemaah apa kes?

Oh! Mungikn sebab korang suka kat artis tu, tu kira ’ikhlas’ ler konon,,

Hampeh!!

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

3. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA ORANG NAMPAK?

Ada orang kampung aku yang tidak pergi ke masjid kerana takut riak, takut orang kata alim, buang tabiat dan sebagainya.

Aku rasa ramai orang islam yang ada masalah begini, kerana al maklumlah, menghidupkan sunnah nabi di zaman monopous ini, akan di cop sebagai tak cool..

Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!

Lalu korangpun tinggalkan amal.., solat jemaah kat rumah kerana takut riak.

Padahal, sesiapa yang meninggalkan amal kerana manusia, itulah riak.
Dan siapa yang buat amal kerana manusia itulah syirik!!

Hello!!!! woi orang kampung!,

Dalam ugama ada amal yang kena buat terang terang dan ada amal yang kena buat sembunyi-sembunyi.

Amalan yang di buat terang-terang di pangil SYIAR,
Dan sudah perintah Allah suruh korang SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan sunnat.

Contoh solat berjemaah, bila azan bilal pakai speker 12 watt, nak suruh semua orang kampung dapat dengar, nak riak ke?

Kemudian, korangpun ambik wudhu ke masjid, tak kan nak sembunyi sembunyi?, ini kena syiar, lainlah jika korang nak solat tahajjud ke qiamulai ke, itu memang patut kena sembunyikan.
Allah suruh kita SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan SUNNAT.

Contoh lain: Orang yang berpuasapun kena syiar, terutama puasa wajib, nabi bagitahu jika ada orang mengumpat cakap kat mereka :

AKU SEDANG BERPUASA!!!

Begitu jugak zakat, kena syiar, kalau sedekah kena sembunyi.

Begitu jugak haji, kena syiar, buat jamuan makan, hilang dari kampong 40 hari orang tahu ke mana korang pergi..

Begitu jugak kahwin, kena syiar, buat kenduri, bagitahu dunia dan seluruh warga kampung bahawa korang dah kahwin, bukan nak riak, tapi itu perintah Allah, nak kahwin lagi satu, pun kena syiar, tak lah orang tuduh korang khalwat ke apa,

Moralnya dah dengar azan, pergi masjid, syiar suasana ugama, lelaki berulang alik ke masjid, bersaksilah itu adalah ahli shurga..

Jangan biar setan tipu korang. Meninggalkan amal kerana takut riak konon, habis bila nak buat amal, nak tunggu hati suka baru buat?

Hampeh!

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

4. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA BUAT KERANA 'MAKHLUK'?

Ada orang belajar yang ilmu tinggi dari aku (tentunya) lalu berhujah denganku, shurga dan neraka adalah makhluk, sesesiapa yang beribadat kerana makluk, dia adalah orang yang tidak ikhlas.

Aku kata macam mana pulak dengan doa nabi senidiri yang selalu mintak masuk shuga dan mintak jauh dari api neraka dan di bulan posa begini suruh kita banyakkan mintak dua perkara itu, macam mana pulak?..?

Kata mereka: Nabi berkata secara tersirat, dan kita kena faham maksud hakikat, kena ikut tarikat, baru faham makrifat.

aku kata :terangkanlah pada aku yang jahil ini.

Kata mereka: dalam beramal, kena niat kerana ALLAH, jangan buat kerana syurga atau neraka, kerana pahalapun jangan!!

Kalau niat buat amal kerana shurga, Allah akan haramkan masuk shurga, kalau buat amal kerana takut neraka, Allah akan campak dalam neraka, buatlah amal semata-mata kerana Allah.

Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. oh!

Sedang semua Nabi membawa berita gembira pada ummatnya, (fadhail) dan al quran banyak cerita tentang kelebihan amal, laliatul qadho yang lebih baik dari seribu bulan, pahala haji mambrul, ganjaran untuk hafiz dan sebagainya, lalu korang muncul dan peningkan kepala aku tentang ikhlas.

Teringat aku satu hadith dari hazrat Abu hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahului.

Apakah itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran...

Kalau korang ibadat serta tak nak pahala, bagi sajer kat aku, aku nak!!!, mana ada orang buat dosa tak nak dosa?, dosa akan datang bila kita buat dosa dan begitu jugak pahala, akan datang bila kita buat amal, lupakah korang dengan sahabat baginda yang gementar dengan neraka dan melangkah kaki ke masjid pendek-pendek mengharapkan pahala..

Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerena percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!!!

Apa-apapun, aku tengok kat kampung aku, ustaz yang tak suka guna hadith fadhail dalam berceremah sebelum ini, tapi bila masuk bulan ramadhan, asyik cakap pasal hadith fadail pulak, kelebihan tarawikh, kelebih lalatul qadha dan sebaginya..

Barangkali bila syaitan dah di ikat, maka merekapun senang hati guna ilmu fadhail.., Alhamdulillah, memang betul, shatan memang tak suka mendengar kelebihan ganjaran untuk ummat, sampai tabur kepala dengan pasir, tapi syaitan dah di ikat, maka berlumba-lumbalah manusia mencari kelebihan di bulan ramadhan, masjid penuh dan ada yang iktikaf di sini sana… alhamdulillah.

Biar aku terang sikit guna hakikat marifat, mudah-mudahan korang semua paham.

Memang benar, buat amal kerana makluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik.

Dan memang benar, shurga dan neraka adalah makhluk Allah.

Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.

Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam shurga”

Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam neraka”

Makannya di sini, Allah boleh bagi nikmat dan azab tanpa shurga dan neraka, maka JANJI ALLAH untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.

JANJI ALLAH adalah SIFAT ALLAH.

ALLAH berjanji akan azab bila manusia buat sekian-sekian.
ALLAH berjanji akan beri nikmat bila manusia buat sekian-sekian.

ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.

Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata.

Tapi di situ terletak JANJI ALLAH. Untuk azab dan bagi nikmat.

MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH!!!
Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH!!!

JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!!

JANJI ALLAH adalah GHAIB.
YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.

Maka berdoalah aku semoga kita semua dapat masuk shurga dan bertemu nanti di sana di tingkat lapan.

Dan tidakkah hati ini bergejolah mengharap kepada nikmat melihat wajah Allah di dalam shurga?.

Dan tidakkah hati ini bergetar takut kepada azab neraka kerana di sana langung tak dapat melihat wajah Allah ..

Aku nak pahala, aku nak shurga, aku nak lihat wajah Allah..

(amin-ya rabbil alamin)

Tapi aku tahu.. aku tak layak…

Lalu terngiang member aku yang bertahajud jam 3 pagi tapi bila doa menyanyi lagu ni sambil menangis dan seluruh masjid boleh dengar.!!.

Tuhanku..
aku tidak layak masuk shurgamu,
namun tak upaya menghadapi, api nerakamu,

terima taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya engkau mengampun kan dosa hambaMU

moralnya di sini, dalam setiap amalan kita, berikhlaslah, tanpa ikhlas, segala amal menjadi sia-sia..

dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah..

Manakala orang islam yang tidak iklahs, Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kkritian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad.. OH!

Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidatyat kepada dua UMAR, satu adalah anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

Orang yang berjuang dalam parti XYZ ke, ABC, apa ke jadah ke, periksalah niat masing-masing...

Di sini amat penting bagi kita, sebelum buat amal, Tanya hati.
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Begitu juga ketika sedang buat amal, Tanya hati:
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Pun begitu juga bila dah lepas buat amal. Tanya lagi hati
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Bukan apa, syaitan akan buat usaha habis-habisan, mati-matian untuk rosakan niat dan keilklasan kita.

Maka sebagai jawapan,

aku buat kerana Allah.
Untuk dapat keredaan Allah
Dan aku nak buat sampai aku jadi mayat!!
Aku akan buat habis-habisan sampai habis
Aku akan buat mati-matian sampai mati.
Sampai jadi mayat!!!

******


BAGAIMANA NAK DAPAT IKHLAS?

Berbalik kepada surah al ikhlas yang tiada lafaz ikhlas di dalamnya, setelah di rujuk kepada tafsir ulamak, dan Buznama,

Yang menyatakan bahawa.

Walaupun dalam surah al-ikhlas tiada ayat tentang ikhlas, tetapi kesuluruhan ayat dalam surah itu menceritakan tentang tauhid kepada Allah yang mana merupakan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya.

Abu bakar ra berkata bahawa asas pada ugama adalah kalimah tauhid, iaitu kalimah La-ila-ha-illah, dan ini adalah kalimah ikhlas.

Bermakna di sini, jika kita nak dapatkan sifat ikhlas, kena banyak baca surah al ikhlas. Atau dalam kata lain kena banyak ulang-ulang cakap tentang tauhid, kena buat dakwah membesarkan Allah. Kena banyak cerita tentang KeEsaan Allah, bahwa Allah itu tempat pergantungan. Allah pentadbir, selain dari Allah semua di tadbir, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta. segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.

Allah tidak perlu pada keturunan dan tidak diturunkan, tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan Tiada yang setara denganNya, seorang pun!.
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlak kuasanya, tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan.

Itu adalah contoh ucapan tauhid dalam kalimah dakwah, kena banyakakan cerita lagi dan lagi akan kebesaran Allah, maka ikhlas akan datang, insyAllah.



*******
PENUTUP
Berbalik kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar RA, yang mana membuatkan beliau pengsan adalah, kisah tentang 3 lelaki yang awal-awal masuk neraka.

Mereka adalah Qari(pembaca al-quran), Dermawan (orang kaya) dan Syuhada (pejuang berani mati).

Yang menakutkan, Qari itu masuk neraka bukan kerana kesalahannya terhadap al quran, seperti menhina al-quran, memijak al quran, atau malas baca quran atau mengubah ayat al quran, bukan!
malahan amalan qari itu adalah selalu membaca quran dengan tartil dan merdu.

Tapi beliau telah di campakkamn ke dalam neraka kerana dosanya adalah.. TIDAK IKHLAS..

Beliau membaca dengan niat supaya orang panggil dia Qari..oh!

Yang mana akhirnya membuatkan beliau telah di azab kerana kesalahan tidak ikhlas baca Al quran!!

Begitu jugak dermawan, begitu menakutkan, penderma itu bukan kedekut, atau suka hina orang miskin, atau tak peduli kepada fakir, bahkan dialah yang selalu bagi makan, buat jamuan itu ini, sana sini, selalu derma cek besar-besar, Tapi akhirnya beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.

Beliau menderma dengan niat supaya orang panggil dia dermawan...oh!

Dan beliau telah di azab kerana kesalahnaya adalah TIDAK IKHLAS menderma!!

Dan begitu jugak pejuang islam, begitu menakutkan, dia adalah orang yang sentiasa tinggal anak bini, malahan sentasa bermujahadah di jalan Allah, akhirnya beliau cedara dan terluka kesan tetakan musuh demi mempertahankan ugama Allah, telah banayk musuh di bunuhnya, sehingga akhirya beliau sendiri mati sayaid, Tapi di akhirat beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.

Beliau berjuang dengan niat supaya orang panggil dia beranai mati, (pengebom berani mati? Wallau’lam..)!

Dan beliau telah di azab kerana tidak ikhlas berjuang!!

Dosanya bukan kerana engga berjidad..
Tapi dosanya adalah TIDAK IKHLAS dalam berjuang..oh!

Maka, Walaupun aku dan korang buat amal yang baik dan hebat-hebat, tapi bila niat tidak ikhlas, maka ALLAH akan azab kita, walaupun amal kita itu ‘baik-sangat’, baca quran, derma, berdakwah, berpolitik, berdebat dan sebagainya.. semuanya akan menjadi asbab di azab di akhirat kelak..oh!

Oh aku kena belajar menangis, dan belajar pengsan!!

Ketahuilah, tanda orang yang ikhlas adalah:-

-Dia tidak akan tinggalkan amal kerana takut riak.
-Dia tidak akan sesekali mengsyirikan Allah dalam amal
-Dia akan sentiasa takut dan harap kepada Allah.
Takut amalannya tidak di terima, dan harap Allah menerima dengan kasih sayang..
-Dan yang pastinya, orang yang iklas itu akan tetap beriman dan bermamal, walau banyak manapun ujian.
-Dan Dia akan selalu istiqamah taat perintah Allah sampai jadi mayat.

(buat-buat pengsan)

Ps: aku sedang pengsan, sedang bersaudara dengan mayat.

Tambahan:
Ada cerita yang sedih kat kampung aku tentang ikhlas, dulu parti ABC telah memerintah selama berpuluh tahun sehinggalah pada suatu hari parti XYZ pulak memerintah.

Namun satu penggal sahaja, parti XYZ telah kalah dan parti ABC pula memerintah.

Yang paling mehampehkan adalah bila parti ABC menang di kampung aku dan pengerusi masjid terpaksa ditukar dengan orang ABC, maka AJK-AJK masjid yang sebelumnya orang-orang XYZ semua pakat-pakat letak jawatan, Padahal yang kena tukar cuma pengerusi sahaja, tapi yang lain-lain AJK semua ngikut sama letak jawatan. Dan lebih haru dah tak pergi solat kat masjid tu just solat di rumah..

Kita boleh nampak kat situ masalah ummat. Nampak macam sia-sia saja khidmat dan amal bakti mereka terhadap masjid selama ini bila mereka lakukan semuanya semata-mata kerana parti. habis gitu je kesemua pahala mereka yang dah 5 tahun mereka tinggal kat situ dan berkhidmat kat masjid itu, kerana berkhidmat bukan kerana Allah, tapi kerana parti.

Hanya Allah yang Maha mengetahui... wallahulam.

Ya Allah berilah merika pengampunan dan pertunjuk hidayahMu.

Kemudian (eh, ada lagi) bila ustaz XYZ mengajar kuliah kat masjid tu, maka ada ustaz ABC dan pengikutnya takkan duduk. Begitu jugaklah sebaliknya, bila ustaz ABC mengajar kuliah, ustaz XYZ pula dan pengikutnya yang akan balik lepas solat maghrib.

Beginilah masalah ummat bila tak belajar ilmu ikhlas, yang mana ilmu ini akan dapat bila kita belajar buat usaha atas iman, kerana tanpa ilmu ikhlas, walaupun dia seorang yang beragama, tapi dia tak akan dapat belajar sifat merendah diri, sifat tawadduk, sifat sabar dan sebagainya.
Hanay usaha agama cara Nabi SAW yang akan terus berjalan seperti biasa, tak kira mana-mana parti yang menang sebab kita lakukan bukan kerana makhluk tapi semata-mata mengharapkan keredhaanNya...
Semoga kita semua di beri ilmu ikhlas dan beristiqamah dalam amal sampai jadi mayat.., amin..

(masih pengsan)

Kepada Allah aku yang hina iin mengadu, semoga aku terus menulis dengan ikhlas .

Amin.

Nota: ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

70 comments:

Anonymous said...

sila rujuk hadith pertama dari hadith 40 yang dikompolkan oleh Imam Nawawi..pokok segala amal adalah niat..jika dunia tujuan kamu, maka dunia lah yang kamu dapat..jika akhirat tujuan utama kamu, maka insyaAllah akhirat lah yang Allah dapat..teringat pesan kawan aku masa sesi usrah hari tu, nikmat twerbesar yang lagi best dari syurga adalah MELIHAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA SENDIRI..subhanallahh..

Anonymous said...

nurzaiti...

((jika akhirat tujuan utama kamu, maka insyaAllah akhirat lah yang Allah dapat..)) ???

:) correction please.hehe

Anonymous said...

salam..

ikhlas baca blog..
tandanya
-tetap membacanya walau apa pun topic,
-tetap membacanya walau tak bagi komen,
-tetap membacanya walau komen kena delete, (siapa delete?)..kelebihan delete supaya elak keresahan agama
-tetap membacanya walau malu pada diri sendiri belum dapat amal apa-apa kebaikan yang disarankan dan belum dapat tinggalkan apa-apa keburukan diri sendiri..

Ya Allah.. penghujung Ramadhan ini.. bakal berakhir.. oh.. alangkah ruginya diri ini kerana tiada bersungguh untuk beramal ...wawawa (pengsan kejap.. pinjam lakonan ikhlas .. pengsan tapi tersengih sebab tak pandai berlakon)

-doa untuk ambo jua dan seluruh ummat. wawawa pengsan lagi..

Anonymous said...

Pada pendapat aku, org kat kampung kau tu ada sebab dia buat mcm tu. Yang aku tahu politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Jd apabila parti yang berpolitik tak ikut agama islam, atau dasar dia tak selari dgn agama islam adalah tidak relevan. Mungkin sbb itu dorang tak nak joint parti yang tak selari dgn agama islam. akupun kadang terasa mcm kurang berminat nak gi dengar ceramah ustaz yang sokong pemerintah yang tak ikut syariat islam ni. aku rasa ustaz ni mcm menyembunyikan kebenaran apabila dia tak beritahu perkara yang sepatutnya. Dia ada ilmu tetapi kerana sayang kedudukan, gaji, atau elaun atau ada kepentingan tertentu yang diberikan oleh kerajaan, dia sanggup mendiamkan diri daripada memberi tahu org kampung yang pemerintah hari ini tidak ikut syariat Islam sepenuhnya. Pemerintah hari ini cuma ikut islam dlm bab ibadat aje(solat,puasa, haji dll), bab lain seperti sistem kehakiman atau undang2, sistem pemerintahan dan ekonomi masih guna sistem org kafir ( british dan lain-lain yg dorang pikir lebih baik daripada islam). Perkara2 inilah yang tak diterangkan oleh ustaz2 dan alim ulamak dalam parti yang en Hamka sokong tu. Kalau lah ustaz2 , ustazah2 dan para alim ulamak mereka berani tegur pemimpin mereka yang tak ikut syariat dan pemimpin mereka boleh dengar dan patuh, aku rasa dua parti ni akan bersatu kerana dasar sudah sama(iaitu mengamalkan al-quran sepenuhnya, bukan sebahagian aje). Aku pernah dengar Nik Aziz berkata dlm ceramah dia kat tempat aku satu masa dulu, katanya dia akan jadi org pertama yang akan bersatu dgn umno sekiranya pemimpin umno mengamalkan syariat islam sepenuhnya dalam pentadbiran negara. Dia bejuang bermati-matian lawan umno adalah tidak lain dan tidak bukan kerana umno tidak mengamalkan syariat islam sepenuhnya. Tanyalah mana2 alim ulamak dlm umno dan aku rasa en Hamka sendiri pun tahu kebenaran dan kenyataan ini iaitu pemerintahan di Malaysia ini tidak amalkan syariat Islam sepenuhnya. Contoh yg senangnya ialah, Islam kata zina kena sebat 100 rotan, pemimpin hari ini buat denda rm 2000 atau penjara. Mencuri potong tgn dia buat hukuman penjara jugak. Tutup aurat wajib, bini dia dedah jugak, tak boleh bersalaman dgn bukan mahram dia pegang jugak, arak haram, kilang arak makin besar kat shah alam, judi haram, kasino ada, kedai ekor pun ada. Kenapa ustaz dan alim ulamak dlm UMNO masih redha dgn benda ni semua? kenapa? sedangkan kita semua tahu ini jelas bertentangan dgn hukum Allah. Kita kena ingat, bumi Allah buat, kita manusia pun Allah buat dan al-Quran pun Allah buat untuk kita ikut/amalkan sepenuhnya. Siapakah kita untuk mengenepikan hukum Allah dan guna hukum ciptaan manusia. Ini yang kita kena renungkan bersama en hamka.

Akun said...

assalamualaikum semua.. n bro hamka..
Aku ni penuntut Malaysia kat USA,, aku ni tengah ade masalah yang kurang menyihatkan aku baik dari segala hal.. Aku kat sini dahla xder melayu( ada 2 orang, tapi belum dibukakkan hati nak wat usaha atas iman).. aku skang ni tengah duk fikir macmane nak keluar buat usaha atas iman.. masjid sini pak arabla yang pegang (aku malas nak ngumpat pak arab yang xbleh blah!! -diornag makan ayam xsembelih, pastu cakap2 agama kat masjid, ape ke hal!!) aku skang ni xtau nak wat ape, nak gash xdapat, nak dakwah xdapat, dakwah dinding je dapat. kesannya aku jadi makin lemah dan lemah. pastu aku ingat sape2 yang bleh tolong aku tanye syura apa yang patut aku wat untuk kuatkan iman, blehla email aku kat talamiz87@yahoo.com( aku xmengharapkan korang, tapi Allah je) aku keluar dulu pun Allah pilih.. setakat 40 hari, hmm.. xmemadai...(aku nak balik Malaysia!!!!!!!!!!!!!! aku nak usaha atas iman!!!!) tolong!!!

hamka said...

nurzaiti/ananimus

terima kasih.
Selamat bersahur..

--------
Anonymous

Jangan pengsan time puasa sudah..
He he he (juga tersengeh)

----------
Semut Mayat

Blog ini hanya satu sumber hiburan, dan mungkin tempat berkongsi sedikit ilmu.

Jangan jadikan blog aku seperti harakah, atau gelenggang putera umno.

Aku suka Pak lah, Nik aziz dan haji hadi.

Dan kepada mereka yang juga suka pada tiga saudara islam ini, tolong turunkan gambar pemimpin dan ulamak dari dinding rumah kamu.

Lalilatul qadar dah dekat, nanti malaikat tak masuk rumah.

Sekian.

Aku bukan umno, pas, atau tabligh.dan undi anda adalah rahsia.

----------
Wan Mohd Faiz

Aku kenal sorang pelajar islam di USA, ini email dia:
hafizbar@gmail.com

mungkin dia boleh Bantu ko..

Anonymous said...

En Hamka,
Aku tulis ni bukan nak cari aib org atau ada maksud yang bukan-bukan, aku tulis ni sekadar untuk memberi sedikit peringatan kepada diriku dan siapa saja yang terbaca tulisan aku ini. Aku tak kata semua yg pemimpin hari ini buat salah, aku cuma kata sebahagian daripadanya tak ikut syariat Islam. itu yang aku nampak dan kita semua sedia maklum. aku bukan nak kempen org tapi cuma nak bg tau apa yang aku nampak tak betul dan mungkin kita semua tak perasan yang benda2 ni semua kena diperbetulkan. Ini merupakan perkara pokok atau asas bagi setiap yang mengaku Islam. Tak kira apa parti atau bangsa sekalipun, jika dia Islam dia kena ikut Islam sepenuhnya, bukan sebahagian saja. Terima kasih pd en hamka sebab reply komen yang diberi. Sekian terima kasih.

Akun said...

hmm. terima kasih bro hamka... kalau korang nak tahu, aku disingkirkan dari menjadi pegawai masjid kat USA ni atas alasan aku ni 'kuno' sebb amal sunnah.. ada ke patut! tapi aku x kisah janji diorang suka, aku pun suka..!!yeah! (aku bagitahu ni suruh korang doakn hidayahla... bukan saje2 atau bukan suruh korang ngumpat orang kat USA ni..ok?!!) fastabikul khairat..

Mak Su said...

terima kasih ler cerita kisah kat kampung awak tu... kat kampung kami pun ada gaks mayat... terima kasih...kami ni pun bakal bergelar mayat gaks.... sudah janji

Anonymous said...

Salam,
Hai sume...
Kalu rajin, tgk2 lah link nih.
Bkn ape, saje nk kongsi je. Hamka jgn maroh deh. Ambe numpang nyepel sining.

1).http://www.youtube.com/watch?v=SodcXT-PlWc&mode=related&search=
2).http://www.youtube.com/watch?v=lDlgZn6fNrU
3).http://www.youtube.com/watch?v=d72WzyeWtHQ
4).http://www.youtube.com/watch?v=NP8e9n7HJes&mode=related&search=
5).http://www.youtube.com/watch?v=9lY7tGS1FOw
6).http://www.youtube.com/watch?v=dHsX5F359VM&mode=related&search=
7).http://www.youtube.com/watch?v=BzcMU_xTDUk&mode=related&search=

TQ.
Mang,
Made in Belara

Azlan Zed said...

bang, kalau ikhlas tapi jauh. camner tue bang ?

Anonymous said...

assalamualaikum...
bro hamka..ingat lagi saya hamba ALLAH..yang dah kawen ngn gadis pilihan hati saya tu..yang penah tnya soalan hot kat bro hamka..hehe

Act..isteri saya bakal melahirkan anak pertama kami dalam masa 4 bulan lagi..terlewat sket..:)

Semoga di penghujung ramadhan ini..Allah beri kita kekuatan dan kerajinan untuk beribadah banyak2..semoga kita ikhlas lakukannya kerana ALLAH...

Ok bro..insyaALLAH balik mesia nnt nak contact bro..adalah dalam 2tahun lagi..semoga ada rezeki bertemu..

Teruskan menulis dengan ikhlas..niat kerana DIA


wassalam

Anonymous said...

salam..

telah bangun dari pengsan yang lama..
sambil teringat bahawa kiranya ini adalah amalan akhir dari bulan ramadhan pada baki usiaku..

..doaku 'apa sahaja yang Nabi SAW doakan untuk kebaikan ummat, itulah yang daku minta, danapa sahaja yang Nabi SAW doakan utk dijauhkan dari ummat, itulah yang daku minta..' Amin Ya Rabbal'Alamin

hamka said...

En Semut

Engkau tulis ni bukan nak cari aib org atau ada maksud yang bukan-bukan, engkau tulis ni sekadar untuk memberi sedikit peringatan kepada diri engkau dan siapa saja yang terbaca tulisan engkau ini. Engkau tak kata semua yg pemimpin hari ini buat salah, Engkau cuma kata sebahagian daripadanya tak ikut syariat Islam. itu yang engkau nampak dan kita semua sedia maklum.engkau bukan nak kempen org tapi cuma nak bg tau apa yang engkau nampak tak betul dan kena diperbetulkan. Ini merupakan perkara pokok atau asas bagi setiap yang mengaku Islam. Tak kira apa parti atau bangsa sekalipun, jika dia Islam dia kena ikut Islam sepenuhnya, bukan sebahagian saja.

Jadi lain kali jika engkau nampak keburukkan parti engkau, engkau tulislah di sini, bukan nak cari aib parti engkau atau ada maksud yang bukan-bukan. engkau tulis tu sekadar untuk memberi sedikit peringatan kepada parti engkau dan siapa saja yang terbaca tulisan engkau ini. Engkau tak kata semua yg pemimpin parti engkau tu betul, dan ada sebahagian daripadanya tak ikut syariat Islam. itu yang engkau tak nampak dan kita semua sedia maklum.aku bukan nak kempen org tapi cuma nak bg tau apa yang engkau tak nampak betul dan kena diperbetulkan. Ini merupakan perkara pokok atau asas bagi setiap yang mengaku Islam. Tak kira apa parti atau bangsa sekalipun, jika dia Islam dia kena ikut Islam sepenuhnya, bukan sebahagian saja.

Terima kasih pd en semut sebab sudi. Sekian terima kasih.

He he he

---------
Wan Mohd Faiz

Amin..ya rabil almain..

-------
Mak Su

Dah ada mayat, dah tentu ada tahlil, err, lauk apa malam ke tiga?

--------
Mang,
Made in Belara

Kau bagi link betul betul, tak dapat pun..oh!

------
alan zed

dik, ikhlas tapi dekat pun abang tak tahu.
camner tue dik ?

-------
hamba ALLAH..

Alhamdulillah, tahniah.
Dah nak dapat anak rupanya, kalau kau nak bagi nama anak engkau dengan nama hamka, aku tak kisah
He he he..

2 tahun lagi..

Kalau umur pendek, boleh siram air bunga mawar atas kubur aku..

wassalam

----------
Anonymous
salam..

Amin Ya Rabbal'Alamin

(pengsan sambil tersenyum, pengsan dalam iman..)

Anonymous said...

Hamka,

Cuba bagi tips nak istikhamah zikir kalimah ikhlas tu. Ada yg kata, bila berzikir nie mesti nak jaga adab2 zikir.Tak boleh zikir sambil lewa aje. Kena tawajuh & duk ngadap kiblat. Aku ngak ketemuan masa sih.

Nak abiskan zikir harian yang 300 pagi & 300 ptg memang cukup hebat beratnya. APalagi nak ditambahkan dengan zikir kalimah ikhlas. Oh...aku nie mmg persan sibuk.

Tapi aku takut, kalau tak jaga zikir...hati akan berkarat...amalan akan jadi tak ikhlas.

HazuraHamzah said...

suka dgr ceramah parti A suka gak dgr ceramah parti B... kita semua dianugerahkan otak mata dan telinga...

sendri pikir mana baik mana buruk
sendri lihat mana kena mana yg tak kena
sendri dgr mana kebaikan dan mana keburukkan


aku pinjam brand ko skit utk entry aku bln lepas sorry aaa...

Kavalera Hexalera said...

"Yang aku tahu politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Jd apabila parti yang berpolitik tak ikut agama islam, atau dasar dia tak selari dgn agama islam adalah tidak relevan." - Semut Mayat.

Setahu aku tak wujud politik dalam Islam.. mana kau dengar pasal politik tak boleh pisah dari Islam?

Dalam Islam ada Taat dan tunai hak aje.. Kau tahu tak politik tu apa? kau tahu tak betapa kotor dan hinanya permainan politik? kenapa kau sanggup pakaikan baju politik pada agama Islam yang agung? secebis pun dari politik itu tak layak berganding dengan Islam. Tolonglah, sesiapa yang baca comment aku ni.. Janjilah tidak akan satukan politik dengan Islam.

Seperti aku beritahu tadi.. Dalam Islam tidak wujud politik. Yang ada hanyalah Taat dan Tunaikan Hak. Itu sahaja. Kau dapat perintah dariNYA, kau taat. Kau ada kawan, sedara mara, anak isteri, keluarga, musuh dan sebagainya sekeliling kau.. dah kau tunaikan hak mereka? Dalam Islam tidak wujud menuntut hak. Hanya ada menunaikan hak. Hanya orang bongkak dan sombong dan tak bersyukur yang suka menuntut hak.

Dalam politik kau tu, kau biasa dengar tak ayat menuntut hak dalam ceramah atau kempen? kalau biasa, aku cadangkan kau tinggalkanlah parti politik kau tu walau apa jua nama, cap dan bendera.

"Tidak Islam sesorang itu selagi ia mencaci maki" - Nabi SAW.

Ada lagi ke parti Islam atau parti orang Islam dalam politik kau sekarang nih? Kau dah tunai dah ke hak musuh politik kau? tau tak apa hak mereka? jika mereka salah, hak mereka ialah kemaafan...

Maafkan aku Hamka.. Selamat berpuasa.

Anonymous said...

bro, lama giler aku tak singgah sini.. dulu ko ade post entry "bagaimana nak hilangkan mengantuk".. ade tak doa yg aku bleh amalkan utk hilangkan mengantuk??

Anonymous said...

Asssalamualaikum..astaghfirullah..

Sebelum tu, saya mengingatkan tuan2, jgnlah dok tafsir enam sifat tu ikut hawa nafsu..Kalau tak mau ikut elders di Nizhamuddin pun takperlah, tapi jgn putarbelitkan apa yg elders cakap..

Memang dalam ikramul muslimin, kita diajar tunaikan hak jgn tuntut hak, tapi ini sebenarnya atas org2 yg berada dalam tanggungjawab kita..Misalannya suami, kita dah bagi nafkah pada isteri, isteri tak taat kita sepenuhnya, maka betulkan dengan cara hikmah, bukan kekerasan, ungkit2 hak..kalau bapa, memang kita yg besarkan anak2 kita ni harap depa akan jaga kita masa tua, tapi tup2 ditakdirkan Allah depa susah, jgnlah kita susahkan mereka dengan tuntut hak kita..tetapkan hati kita, asalkan anak2 kita dapat jadi muslim karkun pun dah cukup baik..

Pemerintah, dah buat jasa, jgn dok harap org puji ke, org bagi hadiah ke..Even gaji pun kalau boleh jgn berharap..Mcam Sayyidina Umar, dia ada hak dapat gaji lebih tapi dia tak nak..Anak dia layak jadi khalifah, dia tolak, jgn ada dua org Umar..Dia tersilap rotan org, dia suruh org rotan dia balik..

Maulana Zakariyya rah.a dia layak terima gaji dari madrasah dia ngajar, tapi di akhri hayat dia kembalikan semua duit gaji tu semula..

Maka maksud tunai hak tak tuntut hak tu, ialah bila kita buat satu kebaikan pada org2 Islam, maka jangan kita mengharap apa2 balasan meskipun kita layak..

Bukan maksudnya dalam Islam langsung tak boleh tuntut hak..Kalau gitu kenapa sayyidina Ali ra pergi bawak kes baju perang dia kena curi ke mahkamah? Tu tuntut hak lah tu..Kenapa Nabi saw minta jizyah pada org2 Nasrani Yaman? Sebab jizyah tu memang hak org2 Islam..

Kalau kita kata dalam Islam takdak tuntut hak, bertentangan dengan akal yg sihat..ISlam bertentangan dengan akal yg sihat ka? (Bertentangan dengan akal yg pemlit tu lain nyer..jgn tertukar)..

Misalan, perempuan yg dirogol, takkan dia tak boleh tuntut hak untuk diadili dalam Islam? Nak maafkan jer perogol tu?

Kisah Sayyidina Umar ra dengan seorang ibu tua, ibu tua tu mengeluh sebab Sayyidina Umar pemerintah di kala tu seolah2 tak tahu kemalaratan hidup dia..dia ancam akan mengadu pada Allah di hari akhirat..Takder pulak sayyidina Umar ra kata, hei perempuan haram kau mintak hak..

Lojik akal, kalau kita kena rompak, atau anak kita kena raba, takkan taknak lapor polis? Itu hak kita kan? Takkan nak kata, alah biarlah budak rempit tu raba, bukan raba depan, dia ramas skit jer buntut anak aku..maafkan jerlah..Islam macam tu ka? Nanti bukan setakat org Barat, org Asli pun ketawakan kita..

Islam itu syumul, menyeluruh..bukan separuh2..cara politik yakni mentadbir masyarakat ada dalam Islam, mu'asyarat tu politik la, hak rakyat, hak pemerintah, hak org Islam, hak kafir dzimmi, hak tawanan perang, hak anak yatim, hak janda2, hak anak cucu cicit Nabi saw, hak org alim..Ada cara pembahagian harta, hukum jinayah, cara pendidikan (dari mesjid), pembentukan jemaah dakwah, perang, kebebasan beribadat dan lain2..

Masalahnya sekarang, hari ini kerana kita faham/tafsir politik tu dari kacamata org2 kafir, tak mau tafsir mengikut kacamata Islam, kita tak mau dengar kata2 ulama, mesti nak ikut sedap tekak sendiri..Sebut politik ya ia mesti demokrasi..sebut demokrasi ya ia mesti kena ada rasuah, tipu menipu..Ini tafsiran yg salah..Politik tak semestinya demokrasi..komunis juga politik..dinasti juga politik..politik adalam satu sistem mentadbir masyarakat..Kotornya politik org2 Islam hari ni sebab ramai yg dok kat atas dan bawah rosak cara berfikir..mereka berfikir mengikut cara sekular - Bak kata Maulana Saad, org2 kafir mencanang dengan harta dan kekayaan kamu akan berjaya - ini cara utama yahudi merosakkan org2 seluruh dunia..Dengan sebab duit, manusia makan riba, buat insurans nyawa yg dah difatwakan haram, pandai2 ubah dan tafsir hukum terutama bila bab muamalat, menteri2 dan org2 kaya khianat dan tindas golongan lemah yg baru nak naik, org2 bank songlap duit org ramai, tabung amanah, duit zakat pun boleh songlap, apatah lagi PTPTN..

Selagi mana org2 Islam pegang moto ni dalam politik, selagi tulah org2 Islam tak ke mana..

Sebab tu kena buat usaha iman, bila suasana iman kuat, baru kekuatan datang..org2 yg lemah iman, insyaallah jadi kuat iman, org2 yg dah kuat iman bertambah2 hakikat iman..org2 kat pasar meniaga dengan cara syariah, urusan bank plih cara syariah, sembahyang azan saja semua tutup kedai..hari ni bank Islam ada, takaful Islam ada, tapi dok gak melabur dalam bank riba, insurans nyawa..sebab bila usaha atas iman tak dibuat sungguh2/atau buat sambil lewa, maka amalan2 lain hilang roh/kekuatan/takder tarikan..org tak rasa kenapa dia perlu memilih cara Islam, cara Nabi saw

Anonymous said...

Seronok aku membacanya... kerana banyak sungguh sumber ilmu yang masih lagi aku tak tahu... tq bro and tq so much... hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.... aku sentiasa mengedarkan karangan En. hamka atas tujuan memberi kesedaran kepada org lain termasuk untuk aku sekali.... (apabila mati anak adam salah satu perkara yang diwarisi adalah ilmu yang bermanfaat)

Anonymous said...

kavalera hexalera...

nampaknya ko yg tak paham apa itu politik...GOOGLE IT!as easy as that...

ko ckp politik itu kotor...tau takpe...

sebab itulah ulama' menegaskan bahawa politik dan islam tidak boleh dipisahkan supaya politik itu tidak jd kotor...


ko cakap dlm islam takde politik...mungkin sbb ko kaji kitab2 islam dlm bahasa arab(wah wah wah)...of course la takde sbb dlm bahasa arab politik disebut sbg 'siyaasah'...setakat ni belom pernah lg ada ulama' yg ckp politik tiada dlm islam...kalo ko baca kitab2 ulama' salafus soleh ko akan jumpa istilah cam 'siyaasah syariyyah' etc...harap maklum...

politics bukanlah benda yang kotor...manusia yang mengotorkannya...

sekian terima kasih

Akun said...

hmmm... apelah orang melayu ni gadoh2 pasal politik...(aku rindu Malaysia sebenarnya..) aku cadang korang pergilah keluar negara2 jauh (mcm negara kafir ke..) aku segan nak cite kat korang, pasal muslim USA ni.. Orang kelahiran arab saudi yang ade duk madinah dulu pun ade yang x puasa.. korang tau x, tu tanggunggjawab siapa nak "usaha" bagi hidayah kat die? Kita semua lah!! (Aku dan korang duk sibuk2 gaduh2 pasal politik ni ade membuahkan hasil ke..?") dan satu lagi aku nak komen pada diri aku khususnya.. Bukak kisah sahabah chapter 5 xsilap aku pasal 2 orang pass by Rasulullah, 1 orng kaya (ade kekuatan duniala), 1 orang miskin (yang baik)..mana lebih dekat ngan Allah? jawab2!! dan jugak mase solah Terawikh (orang Arab) ramai orng teriak2 nangis2.. korang ade ke mcm tu??(aku pun x..) nak cakap pasal mcm2, tapi solah pun x nangis...ralat sungguh..gi lah taubat.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Aku nak cakap banyak pun malas sebab posa. Korang baca ni dahlah. Tak puas hati kalu, boleh gi Mesir jumpa Al Qaradhawi or boleh contact ustaz yang kupas benda ni:

Perbincangan Ringkas Berkenaan
Islam & Demokrasi


Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net




Persoalan semasa yang setersunya adalah berkisar berkenaan Demokrasi iaitu adakah Islam menerima demokrasi atau ia bertentangan dengan Islam secara total?


Sebuah Hadith menyatakan :

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

Mafhum : "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu dimana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya" [1]


Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap pekara-perkara baru, penelitian yang terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Antara dalil sokongan yang membuktikan bahawa Islam menuntut penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru (sebelum menerima dan menolaknya), walaupun ia datang dari luar Islam adalah seperti berikut :-

1) Pengakuan dan pengesahan Nabi SAW terhadap anjuran Syaitan kepada Abu Hurairah r.a agar membaca Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari gangguan Syaitan. Nabi bersabda :

صدقك وهو كذوب ذاك الشيطان

Ertinya : “Ia telah berkata benar, pdahal ia terlalu amat banyak berbohong , itulah Syaitan” [2]

Saidina Ali KW pula pernah berkata : “Ilmu adalah barang hilang dari mukmin, ambillah ia walau dari si musyrik “ [3]

2) Kisah Nabi Allah Sulaiman yang menerima maklumat dari burung Hud Hud [4] dan lain-lain.


Justeru, dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakkannya mestilah merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:


CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA


1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :


خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)


Begitu juga dengan hadith [5] :

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم..( رجل أم قوما وهم له كارهون) - رواه ابن ماجه

Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya”


Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.


2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.


Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum.” [6]


Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu” [7]

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti urusan kamu”


Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :

السلام عليكم أيها الأجير

Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”


Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.


Sabda Nabi SAW :

عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) [8]


Sebuah hadith lagi menyebut : الناس على دين ملوكهم

Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka” [9]


Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.


3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.


Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan…” ( Al-An’am :116)


Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ’ [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.


Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.


4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.


Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13] :


i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.


Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.


5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.


Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”


Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim”


Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].


Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].


Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan senjata) adalah haram dengan Ijma’ al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?


Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)


Ad-Dawudi pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)


Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : “As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber’syura’ bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB” [25]


Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.



Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]


Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a’lam.




--------------------------------------------------------------------------------

[1]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2687 ; Hadith ini lemah dari sudut sanad ; Syeikh Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sangat lemah ; bagaimanapun menurut Al-Qaradhawi, maksud hadith adalah tepat dan disokong oleh dalil-dalil shohih dari al-quran dan hadith lain. Justeru, ini boleh dipegang (Lihat : Thaqafatuna ; Bayna al-Infitah wal Inghilaq , hlm 41)

[2]. Riwayat al-Bukhari , no 3101

[3]. Riwayat Ibn Abd Barr, Jami’ Bayan al-Ilm , 1/121

[4]. Surah an-Naml : ayat 20-22

[5]. Al-Bushairi berkata di dalam ‘al-zawaid’: sanadnya shahih dan para rijalnya thiqah, juga riwayat Ibn Hibban. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas ra

[6] Misykatul al-Masabih, At-Tabrizi , no 3925 ; Kanzul ‘Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi , no 17516 ; Tarikh Bagdad, Al-Khatib, 10/187 ; Arbai’en as-Sufiyyah, Abu Nuaim ; Kasyful Khifa’ , Al-‘Ajlouni , 1/561 ; Albani mengatakan hadith ini Dhoif, ms 487

[7]. Musykilatuna al-Dakhiliyyah fi Dhaw I al-Nizam al-Islami, Imam Hasan al-Banna, Darul Andalus, Beirut, hlm 360

[8]. Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan no 1200 hlm 469

[9]. Al-Asrar al-Marfu’ah , Ali al-Qari , hlm 367

[10]. Ia adalah perkara2 yang dinaqalkan secara qat’ie dr nusus al-quran dan sunnah serta thabit dengan ijma’ seperti perkara aqidah, ghaibiyyat, amar makruf nahi mungkar, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu, menjaga 5 perkara dharuriyat Islam dll.

[11]. Ia seperti mengumumkan peperangan, menentukan cukai, isytihar darurat, had tempoh Presiden,peraturan jalan raya, pembinaan kilang dsbagi. Begitu juga dalam hal menggunakan pilihanraya, demontrasi, dalam menegakkan dawlah Islam. Jelasnya ia tiada nas syarak yang melarang secara qat’ie.

[12]. Iaitu kumpulan berkelayakan seperti ahli majlis syura di zaman Nabi yang dilantik dr kalangan mereka yang berkelayakan ilmu dan pengalaman. Imam Hasan al-Banna meletakkan 3 kumpulan manusia yang layak menduduki jawatan ini iaitu Ulama’, Pakar dalam sektor awam dan ketua-ketua qabilah, kampung atau pemimpin kecil masyarakat.

[13] Al-Muwafaqat, As-Syatibi ; Al-Mustasfa, Al-Ghazzali ; Qawaid Al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Izzuddin Abd Salam

[14]. Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11

[15]. Minhaj as-Solihin, hlm 444

[16]. Ma’alim al-Dakwah al-Islamiyyah, hlm 290. Beliau merupakan seorang Profesor di Universiti Kaherah suatu ketika dahulu.

[17]. Abu Hanifah, Muhd Abu Zuhrah, hlm 9-10

[18]. Al-Jami’ li ahkam al-Quran, jld 1, hlm 232

[19]. Ihya’ ulumiddin, hlm 179

[20]. Nailul awtar, Jld 7, hlm 185

[21]. Min Fiqh ad-Dawlah fil Islam, Dar as-Syuruq, Beirut, 1997, hlm 126

[22]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Yu’la al-Farra, Mustapa bab al-halabi, 1987, hlm 22 dan lihat juga Imam Ahmad Ibn Hanbal oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah

[23]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 27

[24]. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqolani, Dar Al-Fikr, Beirut, 14/498

[25]. Tafsir Al-Qurtubi, 4/249

[26]. Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836

Anonymous said...

Ni lagi...

Fiqh Siyasah Syar'iyyah : Fokus Terhadap Beberapa Isu Kontemporari

Oleh :

Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net



MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang menuruti jalannya dengan haq.


Penulisan ini menyentuh beberapa aspek siyasah dalam sudut pandangan Islam, antara aspek yang disentuh :


Kewujudan Politik di dalam Islam.
Cabaran Pemisahan Islam dan Politik.
Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam.
Hak wanita sebagai pemimpin dan politik dan lain-lain.
Hak bukan Islam di dalam Pemerintahan Islam.
Demokrasi serta pendirian Islam terhadapnya.
Sikap Islam terhadap Pilihanraya, Demonstrasi dan Parlimen.
Syarat Penggunaan Maslahat.



Demikian beberapa persoalan yang cuba disentuh secara ringkas.



Persoalan Fiqh Dawlah dan Siyasah Syar’iyyah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden. Benarlah sabda Nabi Saw :



ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر

الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به



Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang, Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun, kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” [1]




Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti Syeikh Prof. Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, , Syeikh as-Syahid Abdullah ‘Azzam (1989 m), Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Mustafa As-Siba’ie (1964 m), Syeikh Syahid abd Qadir ‘Awdah ( 1954m), Syeikh Muhd Qutb, Dr Hammam Said, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang sebenarnya.

Kalau dahulu, kita dapat melihat dengan jelas peranan ulama besar dalam melakukan pembaharuan. Imam Abu Hanifah an-Nu’man (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan kaedah mengeluarkan hukum Islam terhadap isu-isu baharu yang tidak terdapat nas khusus, iaitu melalui menggunakan kaedah ‘analogy’ hokum baru kepada hokum asal yang terdapat nas, ia dinamakan Qiyas. Jelasnya itulah keperluan utama di zamannya iaitu menyelesaikan isu-isu baru hasil perkembangan masa dan zaman. Manakala Imam Malik Bin Anas (93-178 H) pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith. Ia tepat di zamannya yang menyaksikan timbul pelbagai hadith-hadith palsu tatkala itu.




Imam Muhammad Bin Idris al-Syafie (150-204 H) dengan peranan utamanya iaitu berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah SAW agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan kelak, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Peranan mereka semua amat bertepatan dengan kalam Rasulullah SAW yang menegaskan : Dari Abu Hurairah ra.



إن الله يبعث إلى هذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها


Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap permulaan seratus tahun, seseorang yang melakukan tajdid bagi Agama” (riwayat Abu Daud)[2]




Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven, tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan utama dalam Islam hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :


لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”



Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada system Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.




TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)


Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :


نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”




2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. [3]

Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khlaifah Umar Al-Khattab ra pula pernah mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” [4]



Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :



كانت بنوا إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وانه لا نبي بعدي انه سيكون خلفاء فيكثرون



Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…” [5]




DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan.



Dalil Pertama : Dari Al-Quran

Firman Allah SWT :



الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر

(ولله عاقبة الأمور ( الحج:41



Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)




Ayat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia secara langsung menyentuh isu politik.



(ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين (النحل:89



Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)




Ayat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya.




Dalil Kedua : Dari Al-Hadith

1. Sabda Nabi SAW :



إذا كان ثلاثة في سفر فليؤمرو اعليهم أحدهم (رواه ابو داود والطبراني عن أبي سعيد و أبي هريرة وإبن مسعود بإسناد صحيح )



Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorang darinya sebagai ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih) [6]




2. أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر (النسائي وصححه النووي )



Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”



3) سيد الشهداء حمزة ثم رجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله



Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan melarangnya dari kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)




4. رواه مسلم) من مات وليس في عنقه بيعة فإن ميتته جاهلية


Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim) [7]




5. Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, merupakan intipati sebuah perlembagaan negara. Antara lain isinya menyebut isu-isu politik kenegaraan, pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi. [8]




6. Berikut beberapa contoh tindakan siyasah syar’iyyah yang dilakukan di zaman Baginda SAW :-

• Nabi SAW bersungguh-sungguh mengecam untuk membakar rumah mereka yang tidak bersolat jemaah. [9]

• Menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukuman sebat sebagai pengajaran. [10]

• Merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat. [11]

• Memecahkan bekas-bekas arak dan juga periuk-periuk yang dimasak di dalamnya daging yang haram..kemudian dinasakh hukum memecahkannya kepada basuh.[12]

• Memerintahkan wanita yang mencaci dan melaknat untanya, agar melepaskannya.[13]

• Memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak bagi kali ke 4, hukum ini dinasakhkan selepas itu. [14]

• Memerintah agar ditangkap Yahudi yang menghentak kepala seorang hamba wanitanya dengan batu, Nabi menerima dakwaan wanita tadi lalu menghukum memukul kepala si Yahudi. [15]

Semua sunnah qawliyah dan fe’liyah baginda SAW di atas, menjurus kepada hal ehwal pentadbiran dan politik Islam.




Dalil Ketiga : Dari Athar Sahabat & para ulama mujtahidin



1. Berkata Saidina Umar al-Khattab : لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة, ولا إمارة إلا بالطاعة



Mafhum : Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada Jemaah kecuali dengan Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan.[16] (Lihat)




2. Imam As-Syafie berkata : “ لا سياسة إلا ما وافق الشرع “


Ertinya : “Tidak diiktiraf siyasah kecuali pentadbiran yang menepati syara’” [17]




3. Berikut adalah contoh amalan siyasah syar’iyyah oleh para sahabat [18] : -

• Saidina Abu Bakar membakar para peliwat.

• Saidina Umar membakar kedai-kedai arak dan membakar kampung yang menjual arak di dalamnya.

• Saidina Umar mencukur rambut Nasar bin Hajjaj serta dibuang daerah kerana ketampanannya terlalu memikat wanita hingga ramai yang berhajat melakukan maksiat dengannya.

• Saidina Umar memukul Sobi’ bin ‘Asal kerana bertanya soalan yang tidak sepatutnya.

• Mengarahkan sahabat tidak memperbanyakkan meriwayat Hadith ketika mereka sibuk dengan Al-Quran.

• Saidina Uthman mengumpulkan Al-quran dengan satu qira’at.

Berdasarkan beberapa ayat, hadith serta athar tadi, jelas bahawa aspek siyasah (politik pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi Ketua Negara di Madinah. Penulis merasakan adalah tidak perlu untuk memanjangkan bahagian ini kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.




ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN




Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara-perkara umat Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji), manakala antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.

HAKCIPTA TERPELIHARA. Pusat Pengajian At-Tibyan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.



--------------------------------------------------------------------------------


[1]. Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini Shohih menurut syarat al-Bukhari & Muslim, ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.

[2] Riwayat Abu Daud , no 4291 ; Hadith Shohih menurut Syeikh Albani.

[3] As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

[4] Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104

[5]. Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871. Hadith Shahih

[6] Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608

[7]. Shohih Muslim dengan Syarh Imam Nawawi, 12/240

[8]. As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shohihah, Prof Dr Akram al-Umari, 1/282 ; Lihat juga analisa keshohihan piagam ini dari sudut sanad dalam kitab yang sama. Kesimpulan:- Sirah Ibn Ishak : tiada sanad ; Sanad oleh al-Bayhaqi : Terdapat perawi maqbul sahaja; Sanad oleh Ibn Abi Khaithamah , terdapat perawi mawdu’ ; Sanad oleh Abu Ubayd ; Terputus ; Maka secara keseluruhan piagam Madinah tidak mencecah darjat shohih, kecuali terdapat beberapa fasal yang diriwayatkan dalam sunan sittah termasuk Bukhari dan Muslim mencecah darjat Hasan.

[9]. Riwayat Muslim (no 652)

[10]. Riwayat Abu Daud (no 4390) dan At-Tirmidzi ( no 1289)

[11]. Riwayat Abu Daud (no 1575 )

[12]. Riwayat Bukhari (no 5496 ) , Muslim (no 1930 ) , At-Tirmidzi ( no 1293)

[13]. Riwayat Muslim (no 2595)

[14]. Riwayat Abu Daud (no 4482 ) , At-Tirmidzi (no 1444)

[15]. Riwayat Bukhari (no 2413) , Muslim (no 1672)[16]. Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyyah, Ahmad Syalabi, 2/29

[17]. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim , hlm 41 ; tafsiran erti kalam As-Syafie tadi, adalah menurut tafsiran Ibn qoyyim.

[18]. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim, hlm 45-47

Anonymous said...

Lagi..

Baca ringkasan ijtihad Dr Yusof Al Qaradhawi di bawah:



Isu Pilihanraya & Ahli Parlimen Dalam Islam : Pandangan Ringkas

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pilihanraya Ia adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan seseorang pimpinan dipilih mengetuai sesebuah negara atau kawasan-kawasan tertentu atau organisasi-organisasi tertentu. Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau “Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-SUnnah” menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir ). Lalu dalam hal ini maksud pilihanraya yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas menerima dan sememangnya Rasulullah SAW di permulaan dakwah juga melakukan kempen serta lobi bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.

Mengenai kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang, perlu difahami kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi ertinya : “Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma’ani (maqasid)”. (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302). Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.

Bolehlah di katakana secara ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :


وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2


Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dr kalangan kamu”

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut Islam, kebaikan dan kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian atau kesaksian tidak boleh kerana lain dari Allah sebagaimana firman Allah :


وأقيموا الشهادة لله ذلكم يوعظ به من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ومن يتق الله يجعل له مخرجا (الطلاق : 2)

Mafhum : “Berikanlah penyaksian kerana Allah….”

Maka tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi apabila berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan penyaksian sbagimn firman allah

:ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه والله بما تعملون عليم (البقرة : 283)

Mafhum : “Juganlah kamu enggan memberikan penyaksian, barangsiapa yang menyembunyikannya maka berdosa hatinya …”


Amat jelas terang lagi nyata, sikap Islam dalam hal penyaksian (yang boleh meliputi undian dan pilihanraya) adalah harus malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin melaksanakan Islam.

Manakala sekiranya Islam memerintah, sistem tersebut boleh diteruskan, cuma perlu diletak beberapa syarat dan panduan, insyaAllah ia akan bertepatan dengan Islam sepenuhnya.Ahli Parlimen & Konsep ‘Al-Hakimiah Lillah’ ( Suatu Komen Ringkas )Ahli Parlimen adalah seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam,

Cuma bezanya ahli parlimen akan berkumpul di Dewan Rakyat bagi mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii. Mengawasi undang-undang yang digubal.Kedua-dua perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam.

Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai ‘ahli al halli wal aqd’ iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, Ahli Parlimen yang ada hari ini mungkin bertindak menafikan ‘al-Hakimiyah Lillah’ iaitu menafikan kuasa undang-undang utama dan asas adalah hanya dari ALLAH. Inilah titik yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang mengharamkan penyertaan pilihanraya. Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus menyertainya bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudarat terhadap Islam.. DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH. [1]

Anonymous said...

Untuk yang faham bahasa Arab, contact aku untuk aku bagi satu salinan softcopy Fiqh Siyasah dan juga artikel "As-Siyasah 'Inda Al Fuqaha' " ...

Kesimpulannya, BELAJARLAH. JANGAN BERHENTI BELAJAR. Kalau belajar asa sedikit then terus nak buat hukum or kata itu tiada dalam Islam dan ini tiada dalam Islam, bimbang2 kita sendiri jadi fitnah kepada Islam dan menyebabkan orang kafir ingat Islam ini terlalu jumud dan tidak sesuai diamalkan sekarang...

Wan Mohd Faiz,

Aku setuju dengan ko. Nak atau tak, kita MESTI dan WAJIB mendekatkan diri dengan Allah melalui apa cara sekalipun. Seluruh kehidupan kita MESTI diarahkan kepada mendapat mardhatillah..

Baguslah mencari perasaan kecil dan hina di sisi Allah sampai menangis dan mengalir air mata kerana air mata yang mengalir kerana takutkan Allah itulah yang akan digunakan untuk memadamkan bakaran api neraka kita nanti...

Namun, hidup kita tidak harus terhenti setakat di situ. Kita dapat beramal, dapat zikir, dapat solat sepuas2nya, dapat menangis dalam solat, dapat halawatul ibadah, memang sangat bagus! Memang menjadi idaman setiap mu'min...

Tapi itu untuk diri kita. Untuk keluarga bagaimana? Untuk masyarakat bagaimana? Untuk negara bagaimana? Untuk dunia bagaimana?

Mahukah kita seronok mendapat halawtul iman dan ibadah, tapi masyarakat sekeliling kita terus terumbang ambing dilanda gelora maksiat?

Mahukah kita seronok berzikir tetapi masyarakat berterusan terkinja2 menari dan menyanyi?

Adakah kita nak tunggu kita dapat menangis dalam solat barulah kita boleh dakwah?

Cukupkah kalau kita hanya membawa perkhabaran2 gembira kepada semua jika melakukan ibadah, tapi tidak pernah membawa amaran2 Allah kepada yang ingkar?

Bukankah ayat Allah itu sendiri bercampur2, ada yang berbentuk perkhabaran gembira dan bersifat memujuk, tetapi ada juga yang bersifat keras dan amaran serta celaan (cthnya celaan ke atas Abu Lahab). So kalau kita hanya tumpu kepada ayat2 yang satu sifat sahaja, macamana dengan ayat2 lain? Adakah kita nak tinggalkan...??



Selamat Mencari Al Qadar...

Anonymous said...

Aku nak tambah sedikit:

Ada orang kata pilihanraya ni ciptaan yahudi, zaman Rasulullah tak ada so tak boleh ikut, jadi macam sembah berhala..!!

Aku kata:

1) Sila rujuk artikel yang aku bagi, bagi aku dah cukup untuk menerangkan hujjah dari sudut ilmiah. Jika ada tahkik / perbahasan DARI SUDUT ILMIAH, maka bolehlah dikongsikan di sini buat manfaat semua...

2) Dari sudut Aqal: Aku bagi contoh berus gigi. Berapa ramai dari korang yang guna berus gigi dalam kehidupan seharian. Tapi berus gigi tu kan ciptaan yahudi? Zaman Nabi hanya ada siwak (tanpa ubat gigi) so kalau korang guna berus & ubat gigi, adakah korang dikira tak ikut sunnah, ikut yahudi, confirm fail???

Itulah yang boleh membuatkan kita kembali kepada ijtihad Al Qaradhawi.. Kita guna tapi dengan syarat, ia hanya sebagai alat untuk kita mencapai matlamat (membersihkan gigi supaya mudah buat ibadah etc.), tanpa iktikad bahawa ini kaedah terbaik dan berusaha bersungguh2 amalkan juga siwak dalam kehidupan seharian.

Banyak lagi perkara yang kita buat dan amal di dunia ini berbentuk baru dan tidak dibuat pada zaman Rasulullah dan dicipta oleh Yahudi. Hatta kita guna untuk dakwah (cthnya laptop, kereta etc) yang kita hanya guna sebagai alat untuk mencapai matlamat.

Sebab itu Al Qaradhawi kata "Maqasid itu lebih penting dari naz yang zahir." .. Sila fahamkan statement ini sejelas2nya...

Oh! Brother membawa hujjah ulama'2 politik yang bertujuan menghalalkan tindakan mereka...

Jika demikian, aku amat gembira jika korang boleh bawakan hujjah ulama'2 yang tidak politik dari pandangn korang supaya dapat dikongsikan untuk manfaat kita semua yang masih belajar...


Selamat Mencari Al Qadar

Akun said...

Dear brother..
I never mentioned to neglect society and dakwah ila Allah... you might want to respond to me in assiduous way, but the virtues of paramount here is earning Allah's favor and blessing. As for me, to make Allah choose myself to work under his term of soldier, we need to have a right imaan and amal which are completely clear from any unfavorable dogged disturbances. Needles to mention, these are not only postulated but have already been manifested to be true in the real life of eminent and non-eminent sahabah. Imaan and as-sohihul amal only can be obtain by means of dakwah. If u undertstand what i meant behind every sentences in my last post, you will probably do good in responding it. By the way, it is essential for all of us in the society, ourself and everybody to develop standard that leads Muslim towards the better life goals. A palatable standard will guarantee Muslim their constitutional right, responding for their need for Imaan, guidance,knowledge, muasyarah, muamalah, akhlak and acting in the best interest of the community all over the world. Respond OFF for this entry because i don't need that. May Allah be pleased with every Muslim

hamka said...

Anonymous

Kalau tak dapat zikir jenis yang ngadap kiblat, buatlah setakat mampu..

Dan zikir itu terbahagi kepada 4.

1. Baca quran.(2 kali setahun mimina)
2. Bertasbih. (300 pagi dan petang minima)
3. Doa masnun (sebelum dan selepas perbuatan)
4. Majlis fikir (perbanyakkan percakapan La ila ha ilAllah)

Wallauhu’lam..

----------
HazuraHamzah

Takpe, aku kira halal jer, lain kali aku nak buat lessen lori, kau bagi diskaun sikit, he he he..

-------------
linanilza

ada ke doa hilangkan ngantuk?

namun, untuk info:

NAFSU akan kalah pada AKAL, AKAL akan kalah pada MABUK, MABUK akan kalah pada TIDUR, TIDUR akan kalah pada FIKIR RISAU UMMAT…

Ps: waktu kau di airport tempoh hari, aku tak sedar kau sms aku, bila di baca pada menjelang malam, aku ada suruh bini aku reply, tapi dia lupa pulak.., baiklah, aku doakan kau berjaya dalam dunia yang kau ceburi itu., jumpa lagi jika belum jadi mayat..

----------
AkuInsanKerdil

Akupun seronot bila kau seronot..,

kau dah mintak no phone aku, tak call pun..
Jangan malu dan segan, aku manusia biasa..

-------------
Kavalera Hexalera/
watashi /
aku/
Wan Mohd Faiz/
Brother..

Dah banyak puak pembakang kutuk kerajaan dan cuba betulkan kerajaan sini sana..
Bagus jika kita menegur dengan ikhlas..

Jadi aku pun wujud untuk menegur pembakang yang so call islamic kerana of course korang ada silap dan banyak hampeh..

Aku tegur dengan seikhlas mungkin(walaupun aku tak tahu takat mana ikhlas tu..oh)..

Maka dah ada otak, silalah pikir dan renung bersama..

Nabi bagi orang kapir pikir selama 4 bulan untuk masuk islam..

Aku pula bagi korang masa seumur hidup untuk pikir benda ni..

Jangan jadi hampeh..

Cth hampeh 1:

Aku: Eh, kau tak gi masjid tak bagus, tak ikut sunnah.

Korang cakap: apsal kau tak tegur si B, dia langsung tak solat, aku kira ok dan lebih baik dari dia..

Cth hampeh 2:

Aku: Eh, kau berjuang tak ikut sunnah, nabi tak caci mencaci..

Korang cakap: apsal kau tak tegur si B, dia tak laksanakan hukum hudud, aku kira ok dan lebih baik dari dia sebab aku nak hukum hudud..

Moral: aku tegur kau punya dosa, apsal pulak kau nak libatkan dosa orang lain pulak, semata-mata untuk membenarkan tindakan korang? hampeh!!..

Cth hampeh 3:

Aku: Eh, kau tak gi masjid tak bagus, tak ikut sunnah.
Korang cakap : alahai, Ahli masjid tu bukan betulpun, baca al fatihah pun salah..

Cth hampeh 4:

Aku: Eh, kau berjuang tak ikut sunnah, nabi tak caci mencaci..
Korang cakap : alahai, orang tabligh walaupun tak caci mencaci tapi tinggal ank bini lapar..

Moral: aku tegur kau punya dosa, apsal pulak kau nak libatkan kesalahan orang lain pulak, semata-mata untuk membenarkan tindakan korang..

Tak ke hampeh?

Ps: bersambung selepas raya..

Anonymous said...

Salam Semua warga Kereta Mayat,

Selamat Hari Raya, Semoga Selamat pergi dan pulang ke kampung halaman masing2.

Huah...huah...huah...eseh tak dapek balik kampung.Semoga Allah tabahkan hati dan hilangkan rindu...huah..huah..huah.

Hamka, kami nak pesan kepok lekor Terengganu sebakul...Boleh ?

Anonymous said...

Sorry bro Hamka,

Aku tak rasa kita cuba cari siapa salah siapa betul di sini. Kita bukan nak ngempen undi parti abc or parti xyz. Just nak straighten up the truth.

Bukan nak cari gaduh or saja2 nak membangkang, cuma blog ini berbentuk umum dan ramai pengunjung. Maka bila ada sesuatu statement yang kelihatan bercanggah dengan fakta, aku rasa tak salah jika kita perbetulkan dengan memberi fakta sebenar. Lainlah jika ada orang yang taknak terima fakta tapi hanya berdasarkan pemikiran sendiri sahaja...

Jika kita nak nilai sesuatu pertubuhan / jamaah hanya kerana lihat ahli yang banyak salah, maka sudah tentu tak adil.

Maaf aku ckp, aku sendiri dah banyak sangat tengok kesalahan para ahli jamaah T.

Ada yang ngaku nak ikut sunnah tapi isap rokok sampai misai jadi kuning sebab asap rokok. Apa kes?

Ada yang ngaku nak ikut sunnah tapi tipu duit adik sendiri yang cacat sebab accident. Apa kes?

Ada yang ngaku nak ikut sunnah, keluar 3 hari, tapi mandi bogel dalam tandas masjid, then selamba badak bogel dalam walkway tandas untuk tukar baju. Pastu orang lalu lalang (lelaki lah) buat derk je. Apa kes?

Yang paling hampeh tapi ramai tidak sedar adalah, ada yang ngaku nak ikut sunnah dan tinggal ciptaan yahudi tapi dia keli keta, beli rumah, pakai kad kredit, semua guna sistem kewangan konvensional yang berasaskan riba (yang dicipta oleh kapitalis yahudi). Pastu dengan selamba kata "darurat lah".. Apa kes??

Walaupun banyak nampak kelemahan dan kesilapan ahli jamaah T, kita tak boleh anggap jamaah T hampeh. Sebab yang hampeh adalah ahli dia, bukan jamaahnya.

Dan kita still mesti raikan majlis2 dan penyampaian ilmu jamaah T kerana mereka pun nak Islam. Takkan sebab ahli2nya yang hampeh yang tak faham betul2 macamana nak buat Sunnah (walaupun dok berdegar2 bagitau dialah champion pengikut sunnah), kita taknak terima langsung apa yang betul yang dibuat oleh jamah T?

Saidina Ali KW pernah berkata : “Ilmu adalah barang hilang dari mukmin, ambillah ia walau dari si musyrik “ [ Riwayat Ibn Abd Barr, Jami’ Bayan al-Ilm , 1/121]

So kalau dari puak musyrik pun kita kena ambil ilmu jika ia bermanfaat, kenapa kita taknak ambik ilmu2 dari ulama2' parti xyz or abc or jamaah T hanya kerana ahli2nya banyak yang buat salah? Sampai label ulama' ni politik, tak boleh pakai. Apa kes?? Bukankah kita dituntut menghormati ilmu?

Wan Mohd Faiz,

Sorry for still giving a respond although you didnt allow to...

I cant say anything with your words other than aggreeing with it. However, what I wished to compel was that despite our conquest to find Allah's good deeds towards ourselves, we still can't deny the obligations that we have towards others.

Don't get me wrong here. I'm not saying that you are wrong when saying that we need a lot of upgrades in ourselves in term of our iman, amal, muamalah, muasyarah etc. I just added to what you said, that we need to concurrently upgrade the society in parallel as well. It is very unjust to the society if they have a group of people whom only seek for iman and amal perfections only for their group. This covers all groups or jamaah be it from a political party or from other jamaahs. The world is in our hands to be governed because we are the khalifas...

Selamat Mencari Al Qadar

Kavalera Hexalera said...

assalamualaikum Hamka,

Maafkan aku Hamka, aku mmg dah agak sebenarnya respon diorang macam ni. Macam biasa la.. Standard Operating Procedure diorang mmg macam tu. Habis la semua kitab hadis, Quran dan sirah dia bukak dan copy paste sebab nak tegakkan benang yang basah. Nak puaskan nafsu. nak menang. nak betul.

Takde langsung ciri ciri muslim yang sedia mendengar teguran, sabar, memaafkan, hikmah dan berbagai lagi. sedangkan mereka ni la so called Islamic. Ada perjuangan la konon.

bagi diorang, negara akan Islam jika pemerintah Islam. Bagi aku, negara akan Islam jika semua orang dapat amal agama Islam.

Aku menunggu sambungan ko tu Hamka. Jazakallah.

Anonymous said...

Kavalera Hexalera ,

"Habis la semua kitab hadis, Quran dan sirah dia bukak dan copy paste sebab nak tegakkan benang yang basah. Nak puaskan nafsu. nak menang. nak betul. "


So macamana cara untuk tahu kebenaran kalau tak selak kitab hadith atau kitab feqah? Nak guna aqal pemikiran? Kata NAK IKUT SUNNAH, tapi kitab hadith taknak bukak?? Adakah kalau kitab kata ko yang betul baru ko terima, kalau kitab kata orang lain yang betul ko kata tegakkan benang basah..??

Memang ko lebih hebat dari ulama' lah kalau macamni sebab ulama' pun rujuk kitab tapi ko tak nak rujuk kitab...

Please, nak berhujah biarlah ada fakta berdasarkan ilmu, bukan main hentam keromo berdasarkan pemikiran hanya kerana kita tak suka sesuatu kumpulan....

Bagi aku Negara akan LEBIH TERJAGA Keislamannya jika golongan nak Islam yang memerintah. Maka jika Islam lebih terjaga, mudahlah korang nak ajak orang beramal dan tingkatkan iman.

Anonymous said...

hmmmm...tak payah le berdebat kepada perkara yang tidak membawa kepada amal.. - pesan kat aku sendirik sebenarnya..

hamka..slamat menyambut lailatul jaizah dan selamat menyambut aidilfitri ;)

HazuraHamzah said...

syaitan memang suka melihat umat muhammad berpecah belah...

dah nampak dah...

slamat bermaafan dihari raya semua!!!


p/s : den parti gerakan, tak gorak... tak makan...

Anonymous said...

Assalamualaikum...kita org2 Islam, jgnlah jadi seperti wahhabi, lebih2 lagi karkun..mudah menghukum dan membidaahkan org..kita perlu takut, sepatah kata kita yg memecahbelahkan ummah boleh jadi asbab untuk Allah campak kita ke neraka Jahannam..

Tugas usaha agama ni tugas untuk setiap org..bukan tugas org2 tertentu..sebab maksud usaha agama ialah usaha atas keadaan agama melalui amalan dakwah, taallim, dzikir ibadat dan khidmat..semua org Islam perlu kepada perkara2 seperti ini...24 jam perlu..hingga hari kiamat..

Usaha2 lain yg tertentu ada kebaikan dan insyaallah membawa agama ke tahap tertentu, kita tak boleh menafikan jasa2 ulama lain/usaha lain..Seorang ahlullah yg sangat terkenal - Hadraji Maulana In'amul Hassan rah.a pernah berkata jgn perkecil usaha lain, al-Mujaddid Hadrat Maulana Ilyas rah.a pun ckp usaha tabligh bukan nak ganti semua usaha yg dah ada, tapi beri ROH kepadanya..

Tapi perlulah kita faham, kalau kita nak gunakan usaha tertentu ni untuk islahkan seluruh keadaan agama, ia adalah satu kesilapan..

Misalannya komik, buat komik islam tu bagus, tapi bergantung/mencukupkan diri secara maksima dengan usaha komik satu perkara yg diketawakan org..

Kemudian insurans, bank Islam..masyaallah, usaha ni besar sangat jasanya..menjaga hal haram halal muamalat org2 Islam..tapi usaha ni tak boleh digunakan untuk naikkan Islam sepenuhnya..manusia, jika ada duit yg halal sekalipun tapi hatinya ada benih munafik, perbelanjaannya akan menyalahi syarak juga..

Begitu juga usaha politik..terutama demokrasi..demokrasi memerlukan suara teramai..habis kalau yg ramainya bukan kaki masjid, banyaknya kaki duit, bagaimana mahu menang? Cukupkah sekadar kita berkempen di majlis2 parti? Kenyataan yg berlaku hari ini bisa menjawabnya.. Mahu tak mahu kena balik kepada cara asal, yakni mujahadah dari bawah..jumpa org bertentang mata..beranikan diri, dan tebalkan muka..buat kerja dakwah harian, bermesyuarat bagaimana nak jumpa semua org dalam taman,kampung dan bandar kita..

Tujuan penubuhan daulah Islam bukanlah semata2 nak tegakkan hudud untuk hukum penjenayah, nak bangunkan sistem duit Islam, tapi untuk sambung tugas nubuwwah, yakni sebarkan dakwah, taallim dan tazkiyyah dengan harta diri dan masa ke seluruh alam..

Ya,benar sekali dengan pembentukan kerajaan, sistem kewangan syariah, hukum hakam syariah etc dapat ditegakkan tapi ini bukan maksud..ini manfaat yg kita dapat..macam sedekah dengan hadiah, itu berbeza..Nabi saw makan hadiah tapi tak makan sedekah..sebab sedekah maksudnya untuk membersihkan harta, hadiah maksudnya untuk merapatkan sillaturrahim..merapatkan sillaturrahim itu lebih besar di sisi Islam..walaupun sedekah akan bermanfaat juga untuk merapatkan sillaturrahim, tapi itu bukan maksud asalnya..

Hari ni kita letak pengorbanan dalam dakwah iman dan islam tu seperti sudah jatuh second class, "fardhu kifayah- ada org buat dah cukup"..ini fikir yg sangat2 salah..Yang betulnya ialah kita galakkan seramai boleh org2 lelaki membentuk jemaah di masjid2 dan pergi keluar jauh2 kalau boleh hujung2 dunia buat pengorbanan..wanita2 pula kita ajar supaya hidupkan suasana dakwah, taallim dan dzikir di rumah2 mereka..

Tapi malang sekali sebahagian sdr2 kita yg tersesat jalan menulis dalam blog,berceramah dalam majlis, fitnah saudara2 kita dan keluarga mereka yg buat kerja agama..bila akhbar Perancis melaporkan 50 ribu org Perancis masuk Islam dalam masa 50 tahun, kita bangga, padahal itu adalah hasil kerja siapa?

Islam hanya naik dengan berkorban dari bawah..Kita lebih tertarik kepada cerita2 kejayaan Ibnu Sina yg mahir dalam perubatan, al-Falaki yg mahir ilmu bintang dan beberapa lagi, padahal mereka ni bukan pelopor, mereka org2 terkemudian..jasa mereka kita akui, tapi meletakkan kajian kebendaan di tempat pertama dalam mengislah ummat adalah menanam pohon tembikai dari isi buahnya, bukan biji..

Iktibar yg paling besar ialah kisah2 sahabah, merekalah pelopor2 Islam yg sejati - seperti Saad bin Abi Waqqas yg buat pengorbanan ke China, Khabab al-Arat yg diseret atas bara2 api, Sumaiyyah raha yg syahid disula, Mus'ab bin Umair yg tinggalkan kekayaan dan pilih kemelaratan hidup demi agama, Fatimah raha yang sedekah roti dalam keadaan sekeluarga kelaparan, ahli2 suffah yg sanggup kerja kuli semata2 untuk infak kesemua upah yg diperoleh untuk perang Tabuk, Nabi saw sendiri yang lapar sampai ikat perut dengan batu2 - cerita2 ni semua sepatutnya jadi usul islah dan dakwah org2 Islam..

Anonymous said...

salam

Cth hampeh 1:

Aku: Eh, kau tak gi masjid tak bagus, tak ikut sunnah.

Korang cakap: apsal kau tak tegur si B, dia langsung tak solat, aku kira ok dan lebih baik dari dia..

-----------------------------------

maafkan aku hamka.bg aku itu adalah contoh hampeh untuk kedua2 pihak...

si 'korang' tu mmg hampeh sbb taknak mengaku kesalahan...

tp ko harus sedar bahawa si 'korang' itu juga sedang menegur ko...
"kenapa ko tak gi tegur si B, dia tak semayang" - ini juga adalah teguran.

kalo ko tetap taknak tegur si B maka ko juga adalah hampeh kerana engkau tidak adil dlm menegur...ko tanak tegur si B sbb ko 'bias' dgn dia sbb dia selalu sokong ko, tak pernah halang ko buat iktikaf, dakwah etc...tp ko harus sedar kesalahan adalah tetap kesalahan...
dan kalau ko ikhlas dlm menegur ko patut juga tegur si B...

kalo ko taknak tegur maka kedua2 pihak adalah HAMPEH...

tapi kalau ko tegur kesalahan org,tak kira sama ada org tu org yg ko suka atau ko benci maka ko tergolong dlm "sebaik2 ummah"
-(kamu adalah sebaik2 ummah yg dikeluarkan kpd manusia menyuruh kpd kebaikan dan menghalang dr perkara mungkar)

p/s: aku yakin ko tergolong dlm "sebaik2 ummah" maka tegurlah kedua2 belah pihak...kerana pada pandangan aku kedua2 pihak itu ada buruknya yg perlu ditegur...

sekian terima kasih

Anonymous said...

nk tmbh sikit...

entri kali ni hamka ckp pasal ikhlas..dan entri ni indeed adalah satu entri yg best...

dan hamka sentuh jugak pasal parti abc dan xyz kat penutup...tp kali ni hamka tegur kedua2 pihak tak seperti entri sebelom2 ni yg nampak gaya cam sebelah pihak je kena hentam...

so harap semua dpt terima teguran dgn baik ya...

jgn gaduh2 ya adik2...kita ni kan org melayu yg mmg dah terkenal dgn pemalas dan bangsat...jgnlah membangsatkan lg bangsa kita dgn berpecah belah ya...

mari kita sama2 istighfar...

oh ya aku harap apa yg hamka tulis ni kita bkn setakat baca...dan sapa2 yg komen kat sini cam brother tu pun kita amik perhatian jugak...

--> mungkin pandangan ulama' yg dicopy paste oleh beliau itu lebih tepat dr pandangan kita...

dan kita analisa semuanya dgn aqal bkn dgn nafsu...

Akun said...

Baik aku sibuk2 kan diri aku dengan benda yang patut aku sibukkan..

so, korang doakanlah aku dapat khuruj fi sabilillah( aku bukan orng tabligh ok?!) tapi aku blajar nak wat kerja agama, aku xtahu, so aku ikut ulama' yang tahu, so aku akan keluar 40 hari, aku ikut sunnah, bukan tabligh.. jemaah tabligh bukan sape2 bagi aku.. kalau sape2 ikut sunnah, aku akan ikut die..aku xakan ikut orang xikut sunnah, walaupun die jemaah tabligh...dan aku xpandai dan jahil, so, aku akan ikut ape yang ulama' gariskan.. tu je..simple je..mati nanti aku rase malaikat xtanye... "ade ikut jemaah tabligh?" tapi malaikat tanye, ade ikut sunnah? kalau aku ikut sunnah atas dunia ni(xkiralah aku join tabligh ke x..sebab malaikat xkan extend question "ko ikut sunnah ngan tabligh ke x?") so dengan ini aku mengisytiharkan aku bukanlah orang tabligh walaupun aku blaja ilmu fadhail, duduk mesyuarat, gi dakwah, gi khuruj, pakai kurta, pakai miswak, pakai celak, pakai minyak attar.. so semua orang janagn panggil aku sape2.. aku ni ummat nabi

Contoh mudah:
orang 1 : mengaku pengikut jemaah tabligh tapi --> xamal sunnah, xbuat dakwah, xikut mesyuarat, xjaga amal.

orang 2: xpernah mengaku orang tabligh(so bile orang kutuk2 tabligh die xterkesan, die doa je..cool je) tapi amal sunnah, ikut mesyuarat, ikut sunnah ape sahaja, siapa saje bagitahu, akhlak die baik je..bak kate Allah pilih dielah.

Orang 2 adalah lebih aku suka... sebb die amal sunnah, walaupun die xpernah ngaku dalm hati die ni puak tabligh. (die cume kate aku ni ikut sunnah)

Aku nak jadi orang 2.
Winter in USA will be my school of learning Sunnah Dakwah (40 days), not going khuruj with Tablighi jamaat brother.

aku beraye 2 orang je orang melayu sini sob...sob...

kirimlah kuih raye kat aku woi!!!!!! aku nak nasik dagang woi!!! aku orang ganu nak nasik dagang!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Keluar 40 hari tu Sunnah ke?

Keluar tu mungkin Sunnah, tapi 40 hari..??

Husnu-dzan, ko memang ikut sunnah sebab keluar, bukan sebab 40 hari...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Firstly aku nak mintak maaf jika apa yang aku buat ditafsirkan sebagai mencari gaduh.

Aku taknak cari gaduh, cuma nak cari kebenaran. Aku harapkan perbincangan2 dari kawan2.. Bukan nak cari siapa menang, tapi nak cari kebenaran.

Setiap manusia mempunyai pandangan berbeza mengenai sesuatu benda. Imam As-Syafi'e sendiri banyak juga berbeza pendapat dengan tok guru beliau sendiri Imam Ahmad dalam perkara2 ilmiah (Feqah). Mereka berbincang, mereka berbahas. Adakah ia dikira perpecahan?

Bagi aku, perkara ilmu di zaman sekarang adalah perkara "tergantung". Banyak perbezaan pendapat dek perbezaan interpretasi tentang sesuatu perkara.

Dan zaman sekarang kita tiada sumber rujukan maktub yang boleh nilai keadaan semasa, melainkan yang tinggal hanyalah ulama2. Kalau dulu boleh refer Rasulullah direct tanya, tapi sekarang kita hanya ada pewaris2 (ulama') yang mempunyai pendapat berbeza2.

Sebab itulah diwujudkan sesi2 muzakarah, musyawarah, bahas, tahkik etc. Supaya semua diversity of thoughts dapat dibincangkan dan kemudian dikeluarkan satu resolusi berkenaan hal berkenaan.

So dalam kes orang awam (kita lah), kita boleh jadi agen dalam perbincangan ini. Sebabtulah aku pastekan kat sini pendapat seorang ulama' yang dikupas oleh seorang ustaz. Dengan harapan korang pulak boleh amik pendapat tu and bawa pegi bincang dengan ulama'2 yang korang kenal dan percaya. Jadi dengan hal begini, kita boleh cambahkan lagi pengetahuan kita, dan perkembangkan lagi ilmu itu sendiri.

Pendapat seorang ulama' tidak semestinya tepat. Boleh dibahaskan lagi. Cuma cara bahasnya perlu betul. Ilmu mesti dibahas dengan ilmu, bukan dengan aqal or nafsu.

Aku agak terkejut bila ada keluarkan statement kata ada ulama'2 yang rujuk kitab2 dan Al Quran untuk membenarkan tindakan mereka. Untuk menegakkan benang basah.

Sedangkan kitab2 yang dirujuk tu bukan calang2 kitab, dan ulama' yang merujuk tu bukan calang2 ulama'. Kita pulak suka2 hati su'u dzan kat dia, seolah2 tidak menghormati pengorbanan dia menelaah kitab untuk mencari jawapan kepada persoalan2 semasa, yang kebetulannya jawapannya adalah bertentangan dengan pendapat korang.

So dalam kes sebegini, apa yang korang harus utamakan?Pendapat korang atau pendapat ulama' yang mengkaji kitab? Kalaupun korang rasa doubtful, atleast kena hormati dulu pendapatnya (sebab ia adalah didasari ilmu), then korang telaah lah pulak kitab2 cari betul ke apa yang ulama' tu kata? Atau bawak jumpa ulama' yang korang percaya then tanya dia betulke apa yang ulama' tadi bahas?

Menolak bulat2 hujah2 ilmu dari mana2 ulama' hanya kerana dia bukan dari jamaah korang atau dia adalah dari jamaah yang pernah halau korang beriktikaf atau korang memang tak suka dia, maka dibimbangi seolah2 korang menolak ilmu itu sendiri...

Sedangkan semua patut hormati ilmu. Ada seorang ulama' yang aku kenal, kalau time dia baca kitab, dia takkan bergerak di tempat duduk dia kerana cintanya kepada ilmu dan bimbang bergerak itu menandakan seolah2 badan dia tak suka kepada ilmu tersebut. Sampai macamtu sekali ulama' mencintai ilmu!

Tak salah kita cinta dan nak amal sunnah. Memang bagus sangat! tapi jangan sampai memperlekehkan orang yang korang nampak seolah2 tak amal sunnah. Sebab Sunnah ni ada yang berbentuk Ma'ani, ada yang berbentuk Zahir. Kalau korang nak amalkan yang Zahir, bagus. Tapi ada orang yang amalkan yang ma'ani, pun bagus. Sebabtu Al Qaradhawi kata Maqasid lebih penting dari Nas yang Zahir.

Satu lagi, bagi aku amal dan ilmu itu sama penting. Cuma berhati2lah kepada yang terlalu ghairah nak beramal tanpa ilmu tentang amalannya, bimbang ia mudah disesatkan oleh syaitan (ni nasihat ustaz aku dulu..)

Selamat mencari Al Qadr dan Selamat Menyambut 'Idul Fitr..

Kavalera Hexalera said...

yeaahhh mari kita lebak lebuk kan blog hamka dengan hujah hujah perdana yang hangat, sensasi, tepat dan betul! woohooo..!

astarghfirullah.. hehehe

Hamka, selamat hari raya. Dan juga kepada semua saudara/i yang lain yang membaca posting ini. Maafkan saya.

p/s: Orang tabligh ni bodoh tau. sebab aku dengar masa dia doa dia ulang banyak2 kali.. "aku bodoh ya Allah.. aku bodoh." Aku rasa tak sampai level ilmu diorang dengan yang hebat2 yang ada kat sini.

Anonymous said...

salam.
bro.
hafizbar da tade blog ke?
kekekeke.

;p

bes ah entry kali nih!
troskan usaha!

slamat ari raya!

Akun said...

hmm.. asal setiap kali aku nak study aku asyik nak bukak blog ni n nak baca ape yang korang tulis ha..? opps.. 40 hari x sunnah ke?? opss.. mcmane ni habislah aku... (berpeluh-peluh..) hmm. xperlah, oklah aku xletak aimlah, aku keluar je lah, pastu bile orang tanye, how many days? i will just simply respond to them.. hmm, Allah knows best! sambil jari aku angkat buat no. 40 tanda aku mampu setakat tu je... ok x mcm tu??? jom ke houston, texas ade markaz la... sape ntah diornag ni.. macam xbanyk ilmu je.. ntah2 orang sesat mane ntah.. xkesah la, aku pun bukan pandai sangat, layak kawan ngan orang2 biase je... so aku nak pergi winter ni..ok? (jangan marah aku..) hmm. kepada sesiapa yang menyumbang pada minyak PETRONAS, aku akn guna duit korang la untuk keluar kali ni.. haha. jangan bagitau PETRONAS dah la kat KLCC tu.. (PETRONAS maju jaya, aku je yang xmaju2..) Aku memang hampeh, xdapat menyumbang banyk pada agama, hampehnya aku.. haha. orang khuruj sampai mati, xder limit, aku 40 hari je? sesatlah aku ni kan..? (adoi...ape aku nak jawab ni..) woit sape2 yang star dalm agama ni ajarlah aku, aku xpandai ni..!! boleh? aku memang memerlukannya.. amin.. ya Allah, aminn

Anonymous said...

erm yg due umar tuh lagi satu abu jahal bkn abu talib kalo x silap...
aper2pon keep up the good work,may Allah bless us all

hamka said...

UmmuSarah

Pesang kepok lekor? Hari raya orang tak buat keropok lah dik..

Apa-apapun, Selamat Hari Raya walau di mana anda berada..

----------
Brother

Kau mintak sory, aku maafkan..
Aku memang begitu..

Semoga kau quote dengan ikhlas apa sahaja cerita kau..

-------
Kavalera Hexalera

Walaikumusallam…

Tunggu sambungan cerita aku lepas raya kelak, kita tunggu setan terlepas, pada waktu dan ketika ini, kita habiskan quran /zikir harian/iktikaf dan lain lain so call islamic, insyAllah..

--------
nurzaiti

best jugak kan pempuan yang ada nama lailatul jaizah? Mesti cun.., atau hitam manis, he he he

---------
HazuraHamzah

Mereke bukan apa, lapar.., tu yang meroyan sikit tu.., dah bukak karang redalah tu..

---------
Watashi

Aku sokong kau seratus peratus, kalau kau ada parti, aku nak undi, aku nak undi parti dari bawah he he he

--------
aku

kau memang hampeh, aku tak habis lagi cerita kau dah sampuk, hampeh betul!

Kan aku dah cakap, bersambung selepas raya, sabar, tunggu setan terlepas baru kita cakap bab ni..

Aku umpama seorang yang sedang membina reban beruk, lalu kau sampuk dan marah kerana ku buat reban beruk tapi beruk takde, dah reban belum siap, on progress, aku kenalah ikat beruk kat tiang belakang rumah pok de, karang kau jugak kena gigit..
Akuuuu jugak yang susah..

Sudah!

Walaupun kau hampeh, aku tetap love u.

Dan jangan lupa..
Love me!
He he he

---------------
Wan Mohd Faiz

Panjang jugak penerangan kau, pening aku baca tapi aku faham, kau nak cakap kau suka kat aku bukan?
Kan? Kan ? kan?
He he he

Bab kau nak keluar 40 hari tu, pergilah, pergilah sayang.., aku sokong 100 peratus!(walaupun aku bukan budak tabligh)

Nanti bila dah 40 hari kau dapat jaga takbir pertama bersama imam, kau dapat jaminan tidak di azab api neraka dank au bebas dari senarai orang munafik..

Lepas tu setiap malam kau beriktikaf di masjid, akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, satu parit berjarak langit dan bumi… dah 40 malam, 120 parit sudah kau dapat…

Dan ketahuilah bahawa, air tujuh lautan tidak boleh memadamkan api neraka, angin tujuh benua tidak mampu memadamkan api neraka, angin tujuh benua tidak mampu memadamkan api neraka.. tapi debu-debu yang menyuentuh badanmu, di haramkan api neraka..oh!

Kirim salam kat orang putih islam amareka..

-----------
ntah

kalau kau kena telan dengan ikan dan lepak dalam perut ikan selama 40 hari, itu adalah sunnah nabi yunus.. (tapi aku rasa tentu kau dah jadi tahik)

kalau gi pergi belajar ugama atas gunung selama 40 hari, itu adalah sunnah nabi musa.(aku bimbang kau mati kesejukkan)

Kalau kau kena bakar dengan orang kapir selama 40 hari, itu adalah sunnah nabi ibrahim.. (tapi aku rasa tentu kau dah jadi abu)

Tapi jika kau dapat jaga takbir pertama selama 40 hari bersama imam, kau dapat jaminan tidak di azab api neraka dan kau bebas dari senarai orang munafik..

--------
Anonymous

Oh ye ke?., jika betul aku kena edit, sape boleh tolong, brother PAS boleh bagi dalil sikit pasal abu jahal ke abu talib?

Aku jahil..oh! (dan perasan sibuk..isk, sedang buat reban beruk)

hamka said...

ruffsakura

tertinggal pulak komen untuk kau.

Aku rasa hafizbar ada kat sini, tapi nickname dia lain…

Kavalera Hexalera said...

Hamka.. hahaha. kau buat reban beruk? hehe aku syor ko lepas je beruk tu biarr dia gigit orang orang yang dia tak suka.. abih tuh reban tak siap lagi dah kena komen hehe.. buat reban batu kena komen, buat reban kayu kena komen, tak buat reban kena komen... nak senang ko rebankan je orang yang komen tuh biar beruk lak dok kat luar hahaha.. termasuk aku la pulak heheh oh..

Anonymous said...

salam...

aku cuma ingatkan saja

kalo ko taknak tegur maka kedua2 pihak adalah HAMPEH...

aku tak kata pon ko hampeh...kan aku dah ckp dlm entri tu ko dah tegur kedua2 pihak...maka ko bkn hampeh...

aku mmg hampeh...sbb aku tak tegur kedua2 pihak...

p/s:ko punya analogy buat kandang beruk itu adalah sgt irrelevant dgn apa yg aku komen...harap maklum.

hamka said...

Kavalera Hexalera

Kalau aku lepaskan berok tu, dengan ‘aku-aku’ sekali dia gigit..

Woha!

--------
aku
salam...

aku mintak maaf mana yang terkasar nahasa,
akupun hampeh jugak..

tapi dalam bab ‘tegur’ kedua-dua pihak, tu memang kita kena buat..

Cuma dalam blog, mungkin aku tak ‘kutuk’ sangat abc sebab dah banyak pentas untuk itu..

Sekali sekala aku akan komen/’kutuk’ xyz sebab mereka so called Islamic, mana yang tak Islamic tapi mereka kata Islamic, itu yang aku ‘kutuk’..,

Begitulah lebih kurang.., dari entry pertama lagi aku dah highlight benda nie..

ps; aku pun banyak yang HAMPEH...

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Kita sesama yg ada hati untuk meninggikan syiar sepatutnya berbaik-baik. Kalau tak nak bantu usaha masing-masing, tak mengapa yg penting maintain sillatur rahim.Kalau dapat ambil manfaat ilmu antara satu sama lain, ini perkara yang sangat-sangat besar.

Saya pernah duduk dalam khutbah Jumaat di Kelantan; Mesjid Besar Pengkalan Chepa (mungkin ni lah namanya kot, dekat dengan MRSM Pengkalan Chepa); Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada masa itu yg memberi khutbah. Alhamdulillah saya mendengar ucapan-ucapan beliau adalah ucapan keimanan, kebesaran Allah, keyakinan kepada akhirat dan keteguhan memegang sunnah yakni syariat Muhammad saw.

Seorang syura sendiri pernah menceritakan pada saya, Tuan Guru Haji Hadi sendiri pernah menyambut jemaah dari Pakistan/India yg datang ke Kuala Terengganu sebelum pilihanraya tahun 1999.

Org-org tua kita begitu beradap meskipun berbeza pandangan. Tiada sebab kita mesti bersikap kasar sesama kita. Tegur menegur dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang insyaallah bisa menyelesaikan banyak masalah.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Ooh baru perasan, tentang 40 hari.

Ehehe..tuan2, masalah ni adalah masalah remeh dan tak perlu nak bimbang pun.

Ringkasnya, yang salahnya, kalau iktikad, wajib kena tetap 40 hari.

Tapi kalau nak mendisiplinkan diri dengan 40 hari itu tidak salah; apatah lagi diambil IKTIBAR daripada nas-nas yang ada (Fadhilat solat jemaah dgn takbiratul ihram selama 40 hari, suruhan Umar ra pada seorang askar untuk cukupkan 40 hari berjaga di perbatasan dll). Sebab khuruj ni gabungan amalan dakwah, taallim dan dzikrullah serta khidmat.

Lagipun perkara ni terbit daripada hasil mesyuarat dengan org-org tua kita di Nizhamuddin. Terdapat satu hadith dalam Muntakhab Ahadith (saya tak ingat bab mana, tapi rasanya bab akhir), mafhumnya lebih kurang " Bermesyuaratlah dengan para ulama tentang hal agama kamu". Mana afdhal, buat amal dengan nafsu atau dengan taat mesyuarat?

Jadi, jangan segan-segan, beritahu saja, saya keluar 40 hari untuk belajar tunaikan maksud hidup dengan buat 5 amal masjid. Ini adalah tanggungjawab saya dan tanggungjawab tuan serta org-org Islam seluruh alam.

Di Pakistan, org keluar sampai setahun setengah, tujuh bulan, bukan org-org alim pun, org-org biasa jer, bezanya diaorang makan roti nan lebih sikit daripada kita. Ehehehe..

Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam..

Saya rasa saudara tak sedar apa yg saudara sendiri tuliskan.

Anonymous said...

salam..brot Hamka

Kalau nak cakap pasal agama, pastikan kesahihan fakta tersebut.
Rujuk org alim dulu.
Kalu, tak tahu, lebih baik diam.
Jangan jadi org yg tak tahu, dan tahu dia itu tak tahu.

Nanti bila jadi mayat, blog kita, tulisan kita akan dihisab di hadapan Allah.

Insaflah sedare.

Anonymous said...

Brot Hamka bila menulis meleret2.

Bila dah panjang, ade la yg salah.

Bila banyak salah, banyaklah dosanya.

Bila banyak dosa, ..bertobatlah.

Jgn tulis panjang2. Jgn singgung perasaan orang lain. Nanti susah nak minta maaf di akhirat.

hamka said...

watashi

selamat hari raya..
semalam jumpa jemaah Pakistan keluar 40 hari, mereka di kenali sebagai jemaah miskin,
kerana hanya bagi 40 hari pada ugama..oh

jika mereka miskin, aku adalah fakir…

-------
Anonymous

terima kasih..

kalau aku salah dan diam, tiada siapa nak tegur aku.., akhirnya aku mati dalam keadaan bersalah..
lalu aku bising dan ada banyak salah, terima kasih kerana tegur aku..
semoga aku mati dalam keadaan tidak bersalah..

terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum..bestnya dapat jumpa blog pakcik(pakcik?) hamka nih. Alhamdulillah...

Saya masih tak paham tentang usaha atas iman...tolonglah beri penjelasan...trimas..

Semoga Allah campakkan niat tulus ikhlas dalam diri saya gaks...Amiin.

hamka said...

pakcik dah tulis dalam tajuk:

Bagaimana meningkatkan iman...

boleh rujuk.

ps: boleh panggil pakcik sebab saya selalu guna bahasa tua dan menjaga adab dalam perbualan..he he he

Anonymous said...

rasenye pade permulaan,cara pembukaan topik dah betul,tapi penerangan selepas tu tak menerangkan pun maksud kenape surah al-ikhlas itu menerangkan tentang ketauhidan Allah.dapat tak Abu Zarr menceritakan ttg rahsia kefahamannye dalam surah tersebut?
Doa salah seorang ahli sufi Rabiatul Adawiah:ya Allah,sekiranya aku beribadah kepadaMu kerana mahukan syurgaMu,kau jauhkanlah daku dari syurgaMu.dan seandainya aku beribadah kepadaMu kerana takutkan nerakamu kau dekatkanlah nerakaMu kepadaku.tetapi seandainya aku beribadah kepadaMu kerana cintaku padamu,balaslah cintaku dengan cintaMu!!
mana satu awek yang kamu pilih?yang nakkan duit kamu atau yang nak kamu?mana satu yang lebih afdal?islam itu luas.rasenye saudara tersilap persepsi ttg orang yang belajar hakikat.Diharap saudara dapat rujuk kembali kepada para ulamak tasawuf atau orang yang pakar dalam bidang kesufian dan pembersihan hati.wallahu'alam.

hamka said...

ok,

jika silap, tolong betulkan. aku sedia belajar, insyAllah

: )

Anonymous said...

Salam....
Maaf mencelah..Takut tgk korang sembang2 pasal ikhlas!! sbb ikhlas DIA yg punya...sy x brani nk ckp pasal bnda ni kalau x rujuk btol2 pd org yg betol n x brani kerana sy bukan guru...tp aku respek korang berbincang pasal ikhlas!! Moga kita semua berada dalam rahmat dan redhaNya amiiin!!

AKM said...

Salam...
maaf lagi mencelah...soalnya...Ikhlas tu dr siapa yah!? Adakah dr kita!? sy musykil gak? Tuhan itu Maha memberi petunjuk kepada hambaNYA...moga kita dirahmati dan dbimbing DIA slalu...aminnN ya Rabbal Alamin!!

hamka said...

ok,

jika silap, tolong betulkan. aku sedia belajar, insyAllah

: )

AKM said...

salam...
sy pon...btolkan dan tegur diri sy jugak, sy perlukan org yg tegur sy...same2lah bertukar2 pendapat, ...Rahmat DIA sentiasa bersama org2 yg berada dlm keadaan berasa diri lemah tanpa DIA, maka teguran saudara adalah ilham dr DIA yg MAHA BIJAKSANA...;D~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam wahai admin, minta izin gunakan link ini.. utk dipautkan ke blog saya..

hamka said...

apa link blog anda?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Satu soalan.. Apakah musibah yang paling dahsyat yg 'Kereta Mayat' alami sepanjang hidup ini?

hamka said...

cuba baca bab "siapa yang paling menderita".

aku dah cerita kat sana