Jun 24, 2007

Mahu jadi muslim yang "cool" ?

(Nasihat dari seorang Kelindang lori yang cool kepada ummat islam yang suka berpolitik supaya menjadi lebih cool... mudah mudahan. : )

Apa yang aku tahu, sebarang percubaan korang untuk mengamalkan atau menghidupkan sunnah Nabi di zaman “nak berak kena bayar 50 sen” ini.., akan membuatkan korang menjadi tidak kool di pandangan mata korang yang lain…

Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!

Aku rasa dah lama orang islam di pandang tidak cool oleh orang kapir, terutamanya selepas tragedy 11 september, dan bagi orang islam sendiri, mereka yang berserban atau berjanggut juga sudah lagi tidak di pandang cool… mungkin sejak berita pak imam rogol budak kecik, atau sejak terdengar berita pak bilal menyodomkan budak tadika, atau kisah ustaz suruh pelajar buat oral seks.. itu ini, begitu begini..bla bla bla.

Tak kurang juga bila ada yang selalu berserban dan berjubah serta berjanggut terlibat dengan rasuah, gelapkan duit, tipu kawan, hutang tak bayar, kaki perempuan atau hisap dadah, maka korang semua seperti di dorong untuk rasa ‘muntah’ bila tengok orang lain pulak yang berserban dan berjubah serta berjanggut…, dan ada yang sanggup mengambarkan rupa iblis dengan perwatakkan: berserban, berjubah dan berjanggut… isk!

Kesimpulannya di zaman yang hampir monopuos ini : Sapa sape yang berserban, berjubah, bercelak, berkayu sugi, berjanggut, bersaprah, bla bla bla.. Langsung tak ‘cool’ mannnnn….

Kerana itulah ‘kot’ ada yang menjahui amalan sunnah nabi dan ugama semata mata kerana takut menjadi TIDAK KOOL.!!

Aku malas nak cerita pasal orang kapir yang bukan sahaja islam ni tidak cool 100% bagi mereka, malahan mereka amat benci dan menyampah serta nak muntah jika nampak orang islam…, dan aku juga malas nak cerita dengan ‘bekas’ orang islam yang tidak solat langsung dan hidup cara aetis yang cool dengan punk, hippies, rappers, anarki, dio, megadeth, metalicca, sex pistol, nirwana, beer, kondom, bla bla bla.. islam memang tak cool langsung dan terhina pada pandangan mata mereka, nak buat camne?, mereka sedang ‘mabuk’.., dan aku tak mampu nak dakwah orang mabuk.., orang mabuk ni kena mandi dulu baru boleh aku dakwah mereka..oh! (rujuk kisah saidina umar yang mandi dan baca surah taha..)

Namun, apa yang aku nak cerita hari ni adalah tentang orang islam yang solat, puasa, mengaku bertaqwa dan sering melaungkan kalimah jihad ukwah fillah lestari dan apa apantah tapi dengan sunah Nabi yang asal mereka tolak dan hidup dengan ‘sunnah’ yang di perbaharui..(new order-bidaah sebenarnya)

Atau senang cerita, aku nak cerita tentang orang islam yang tidak ‘kool’ di pandangan mata aku..
Baiklah, sebelum korang yang budiman semua terutamanya yang mengenali aku menkondem dengan ayat:

"hek eleh, kau pun bukannya cool.., diri sendiri pun tak betul, nak cerita agama konon, nak mengaku pencinta sunnah Nabi yang teragung, pergi mampos!".

Benar, aku memang akan mampos dan jadi mayat...
Dan kerana aku akan jadi mayatlah maka aku cuba sedaya upaya untuk menunaikan apa yang diwajibkan pada aku. Dan ini blog aku, apa yang aku percaya aku tulis dan yang baca kelak dah tentu bini dan anak anak aku, korang yang tak suka bolehlah berambus ke blog lain yang lebih kool..

Aku mengaku aku tak cool, dan aku peduli apa?

Hee hee hee hee hee (gelak di rasuk iblis)

Relex, jangan marah.., cool man!, bailklah, Sebelum aku cerita tentang fenomena orang islam yang tidak cool dan bagaimana cara-cara nak jadi kool, untuk meredakan kemurkaan korang, mari kita menyingkap nasihat dari seorang kelindang lori yang cool…

KELUHAN SEORANG KELINDANG LORI
(aku ler ni, sekarang jadi ‘kelindang kereta mayat’ he he he)

Dulu..
Lepas habis exam SPM dan sebelum result SPM..,
Aku menyara hidupku dengan menjadi seorang kelindang lori yang ‘agak’ berjaya..

Sebagai seorang kelindang lori, tugas aku adalah:-

  1. Membantu drebar lori merangkap tuan lori membawa barang dagangan naik dengan kudrat empat kerat ke dalam pagar belakang lori,
  2. Menghilangkan boring drebar lori memandu sambil mendengar ceramah ugama spontan (tuan lori agak alim)
  3. Membantu tuan lori membawa turun barang ke distinasi yang di kehendaki pelanggan juga dengan menggunakan kudrat tulang 4 kerat..(tuan lori miskin, beli lori buruk yang takde kuasa hydraulic untuk memunggah barang - kalau ada dah tentu aku kena buang kerja! - woha!)

Berikut adalah Barang barang yang aku benci di muat turun ..

Simen,
1 pack 50 kg, kena 100 pack, tak patah pinggang punggung aku, boleh mati pucuk di buatnya!

Batu Bata,
Lagi sedih bila kejar trip dan ambik direct dari kilang batu bata yang di perolehi dari ‘dapur’ yang baru masak, panas menyegat!, pakai glove, sampai terbakar-bakar kain, tangan melecur, satu trip boleh bawak 1000 bijik, bayangkan berapa banyak aku kena bawak jika nak bina sebuah sekolah? Isk isk isk..

Lembu.
Aduh.. bukan senang nak pujuk seekor lembu yang tak pernah naik lori sambil memerhatikan dunia, kena menguasai ilmu psychology kelembuan yang tinggi, kemudian nak kena pulak pujuk lembu turun lori, aku rasa nak sembelih lembu lagi senang kot., tu belum masuk bab lembu berak dan kencing, aku jugak yang kena jadi indah water.. alangkan ‘indahnya’ hidupku bergelumang tahik lembu..!

Dan ini pulak barang yang aku suka di muat turun.. hehehe

Pasir
Tak kira apa jenis pasir, pasir halus, pasir garam, pasir kapur dan lain lain, pakai scope dah cukup.., tapi hampeh jugak jika hari hujan, pasir kalah dengan air, ingat sandman dalam filem spiderman3?, aku bukan lelaki labah labah..oh!

Arang
Walaupun arang akan mencoteng bajuku dan mukaku, aku suka arang, ringan dan tidak berbau.., siapa nak tempah arang?

Batu kerikil
Ok gak batu, senang di selenggarakan, batu yang bersaiz ¼, ½ pun ok gak, terasa ketul ketul di dada dan lengan bila bekerja, bila nampak awek, wajah bertukar menjadi macho dan serius, serta tindakan menjadi lebih tekun dan gigih.., tapi bila aku senyum kat awek awek di jalanan, takde yang balas senyuman aku.., aku tahu aku miskin, dan.. ya! Aku tidak cool..

Aku sedar siapa diri ini, seorang kelindang lori yang memakai seluar jeans lusuh dan koyak serta T shirt pagodda yang beli dari kedai bundle, apatah lagi rambut ikal mayangku yang mengerbang macam singa jantan.., aku tidak cool di pandangan mata anak anak gadis dan aku juga lelaki miskin, upah aku sebagai kelindan lori adalah RM 15 sehari, cukup untuk aku basuh baju dan alas perut sambil menjaga waktu solat-insyAllah.. (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya)

Ehm dah nak meleret nampaknya aku, best jugak kerja sebagai kelindan lori ni, walaupun kerja penat nak mampos dan letih gila babi, tapi banyak waktu rehat melalui selang masa trip penghantaran, terutama bila melibatkan trip yang jauh, boleh aku cuci mata lihat dunia dari tingkap lori.., tapi aku juga kena menghiburkan tuan punya lori merangkap drebar lori yang di selubungi beban bosan memandu..

Memandangkan tuan punya lori adalah seorang penceramah ugama spontan, maka aku banyak mendengar kuliah kuliah dan tazkirah-tazkirah ugama dari beliau yang seterusnya mendidik aku di sepanjang perjalanan hidup meniti lebuh raya menjadi seorang yang agak manusiawi..

Namun kadang kadang bosan gak dengar ceramah yang merepek dan hilang arah, apatah lagi lori buruk itu takde pemain kaset, nak dengar radio pun tak boleh.., huh!

Maka tahan telinga sahajalah aku menyambut lebat ceramah ugama seorang drebar lori yang di iringi kesesakkan lalu lintas dan deruan exos, dan tak kurang juga, aku di dapati tidur di tempat kerja aku tu..

Namun part yang paling aku suka dalam menjalani kehidupan sebagai kelindang lori adalah time makan, kerana hampir setiap trip kitaorang akan berhenti minum kat macam macam warung dan restoran..

Makan tak ingat, majikan aku tanggung sepenuhnya kos makan aku he he he

Dan kat sinilah aku rasa ketagih aku kepada teh tarik gelas besar bermula…

Dan kat sinilah bermula keburuk lantakkan aku dalam menketedarah makanan., senang ‘bela’ aku ni sebenarnya, semua aku makan, nasik sejuk aku makan, pulut lepa, nasi karabu, kaki ayam, nasi dagang, dan apa sahajalah tolak anjing dan babi yang lain semua aku bedal!!

Aku ni pemakan orangnya… : )

Cuma satu perkara yang aku betul betul dapat belajar tentang DUNIA semasa singgah di mana mana kedai kopi atau warung.., aku dapati di kebanyakkan gerai atau warung dan kedai kopi yang aku singgah, akan adalah ‘pendakwah’ yang mencegah kemungkaran dengan kata kata, maksud aku mereka akan memburuk burukkan pelbagai pihak yang mereka rasa tak betul, (aku rasa semua tak betul kecuali dia)

Mereka akan menunding jari kepada orang lain, meraka mampu mengumpat tanpa rasa bersalah, dan mereka jugak mempunyai keajaiban untuk membongkar segala keaiban pihak musuh walaupun sebesar zarah!.. selain mempunyai suara yang lantang, mereka sedikitpun tak segan dengan orang yang lalu lalang atau mereka memang nak tunjuk bakat mereka sebagai wakil rakyat?, (bini suruh beli gula dah beli belum bang?..) dan jika di layan, mereka akan bercerita pulak apa yang mereka akan buat jika jadi pemimpin, (hek eleh.. bini suruh beli gula dah beli belum bang?..)

Aku masih muda waktu tu, sekali aku menyampuk cakap mereka, menyampuk sambil menyokong kononnya, sebab aku nampak mereka macam cool, tapi pak cik aku yang merangkap drebar lori telah menyepak kakiku dari bawah meja.., tak sakit, tapi menusuk di hati, aku tiba tiba rasa maluuuu sangat kat diri sendiri., terima kasih pakcik kerana ajar aku jadi manusia.. ajar aku menjadi kelindan lori yang cool..

Sejak itu aku beryukur kerana aku tidak menjadi seperti mereka dan aku bersimpati kepada mereka..

Bagi aku, mereka yang menjadi ‘Pendakwah jarak jauh’ (PJJ) ni memang tak cool…, dan mereka ini bukan hanya wujud di kedai-kedai kopi, tapi ada di seluruh dunia! Golongan ini ada banyak kat opis aku dan bertambah hebat bila bersembang waktu makan, selain itu golongan PJJ ini juga ada di universiti, di pejabat pejabat kerajaan, di masjid masjid, di balairaya, di lorong lorong dan mereka ‘membongkar rahsia dunia’ di mana sahaja asal ada peluang,! di internet, di poster, di dinding tandas, dalam lirik lagu, di akbar, di T shirt, dalam blog, dalam bentuk kartun dan yang paling aku benci bila mereka muncul dalam email aku dan dalam komen box keretamayat!

Cis!

Korang semua ni janganlah menyemak dalam blog aku, aku tahu korang mempunyai daya sensitivity yang tinggi dalam mengesan kelemahan sistem dan amat berkebolehan pulak dalam mencadangkan system baru yang dapat menyelesaikan segala masalah.., wah wah wah, hebatnya ko?, kemudian korang dengan lantang dan tegas membatah segala bentuk isu semasa, menyanggah dan mengkritik dengan urat merih yang timbul, sampai satu tahap yang aku sedih bila masuk bab mengaibkan sesama islam, buat lawak, lukis kartun menghina, dan ada yang hina ustaz ulamak semata mata berbeza fahaman politik, aku malas nak tulis dosa orang yang mengutuk ulamak, dan yang lebih dahsyat bila masuk bab kapir mengkapir… (ini kat tempat aku ler ni, tempat korang tekde kot)

Dan aku tahu korang buat semua itu adalah demi MENCEGAH MUNGKAR DENGAN TANGAN DAN LIDAH!! Korang tak nak cegah mungkar dengan HATI sahaja, itu tanda lemah iman..., korang nak buktikan iman korang tinggi dan sempurna, baik,! Bagusler tu, dan cool..
Tapi aku hairan.., bila kawan-kawan sefahaman politik korang buat dosa, atau bila wakil rakyat dan ustaz ulamak korang buat salah, apa pulak reaksi korang?..

Huh! Korang hanya diam membisu, isu itu tak timbul pulak al maklumlah, dalam dunia politik jika korang tegur dosa kawan sefahaman parti, dah tentu akan memberi keuntungan moral pada pihak musuh..

Korang pun senyap!.

Barangkali korang mencegah maksiat itu dalam hati.., hmm, dah jadi iman lemah ler pulak?, dan bagus jika korang tegur senyap-senyap kerana itulah adab menegur, korang tak nak menyinggung perasaan. Itu perbuatan yang cool..

Tapi cuba kawan korang yang buat salah tu tiba tiba tikar parti?, huh masa tu pulak korang akan ungkit balik dosa mereka kepada dunia, korang akan cerita aib kawan korang yang berpaling parti tu dalam akhbar, internet, poster, ceramah ceramah, dinding tandas, dan dalam doa!!

Tak cool langsung!!

Itu satu hal, satu lagi adalah demi kepentingan politik, tindakkan kawan sefahaman politik yang salah tu bukan setakat korang tak menyuarakan pendapat ataupun sekurang-kurangnya cuba membetulkan silap sini sana, tapi yang lebih haru dan menyedihkan, bila korang cuba menghalalkan pulak perbuatan salah kawan-kawan korang.

“Eh betul apa dia cakap, dia kan ulamak, semua betul!”

“Eh dia lebih berpengalaman dalam politik dan islam, ijtihad yang dia keluarkan seseuai dengan isu semasa,”

“Tak salah adakan konsert yang penting sebelum tengok konsert solat jemaah”

“Alahai kawan aku tak solat berjemaah takpe, sebab yang penting Negara islam, tak guna solat jemaah jika tak sokong Negara islam!”

“Takpe kita lantik wanita jadi pemimpin, senang nak pancing undi demi Negara islam”

Bla bla bla..

Aku malas nak tulis semua contoh, bukankah jika kita diam terhadap maksiat itu tandanya kita lemah iman?, tapi jika kita sokong maksiat pulak dan cari dalil dan Nas untuk sokong tindakan rakan separti, itu bukan tercabut iman namanya?, aku malas nak letak hadith, ‘pagi beriman petang kapir’, Cuma nasihat aku kalau nak berjaya ikutlah orang yang dah berjaya, macam Nabi SAW dan sahabat RA, kemudian ada sepuluh sahabat yang di jamin masuk shurga ketika mereka belum jadi mayat lagi, kan senang nak buat contoh?, tak payahlah nak taklik membuta tuli, taksub gila babi dengan orang yang belum ada jaminan shurga!!!

Kalau aku tanya korang nama 10 sahabat ini dan apakah amalan sahabat ini yang membolehkan mereka mendapat jaminan shurga, boleh korang cerita?

Huh! Tapi jika aku Tanya 10 tokoh yang korang kenal yang mendapat jaminan masuk neraka tentu korang tahu bukan?, dan korang boleh cerita detail pulak apa dosa mereka yang buat mereka masuk neraka sedangkan mereka masih hidup dan belum jadi mayat lagi!!

Aku dan korang semua patut menangis dan belajarlah jadi cool..

Bila aku cakap kita kena berjuang ikut cara nabi yang asal, ikut sunnah yang asal, korang akan cakap aku tak kool, ketinggalan zaman dan tak memahami isu isu semasa serta gagal mentafsirkan ayat al quran ikut peredaran zaman..

Ya, aku tak cool.. aku ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban.. atau apa sahaja..

Dan aku peduli apa?!

AKU TAK PERLU PEDULI KEHENDAK MANUSIA DALAM URUSAN UGAMA..
TAPI..
AKU PERLU PEDULI KEHENDAK AGAMA DALAM URUSAN MANUSIA!!

Bagi aku, Nabi Muhammad SAW adalah contoh manusia yang paling cool dalam meyelesaikan masalah ugama.., kemudian sahabat Abu bakar RA mencontohi beliau ketika menjadi khalifah islam, lihat betapa cool nya Abu bakar Ra dalam menyelesaikan masalah ummat islam zaman itu..

(rujuk kitab)

PENUTUP..

Sebagai orang islam, kita semua kena solat bukan? Dan orang yang solat dia ada sifat sifat dia.., dalam Al quran ada cerita sifat orang yang bersolat dalam ayat 19 surah Al maarij..

Dalam surah tu cerita orang yang bersolat, tidak terkesan dengan kesusahan dan kesenangan dunia, pendek kata orang yang bersolat mempunyai sifat yang 'cool'..

Maka moralnya di sini, bila korang di timpa kesusahan, sebagai seorang yang bersolat, tak payahlah korang nak terpekik terlolong, nak keluh kesah, bukankah orang bersolat percaya dengan takdir? Return to the source., Dan begitu jugak bila dapat kesenangan duniawi jangan kita perasan Allah sedang sayang kat kita, orang kapir pun Allah bagi nikmat, firaun dan qarun berapa banyak mereka punya harta?, arghh, pendek cerita, korang semua sebagai orang yang bersolat tentu tahu bahawa apa apa yang berlaku dalam dunia ni, samada kesenangan atau kesusahan itu semua dari Allah dan semua adalah ujian.. Untuk test iman..

Maka nasihat aku jika korang sedang dapat kesenangan dunia, tak payahlah nak cerita kat semua orang, tulis dalam akhbar korang ni sedang bahagia itu ini begitu begini, buat seluruh dunia tahu korang sedang bahagia, bukan apa, semua dalam dunia ni bersifat sementara dan fana, nanti bila kebahagian itu hilang, korang jugak yang malu, sedih kecewa.., dan jadi satu beban pulak pada hati nurani korang untuk ‘paksa’ orang lain percaya bahawa korang sedang bahagia, tak payah..!!, jadilah orang islam yang cool.., dapat kesenangan hidup, relexlah, tak rugipun orang tak tahu.., dan sebenarnya adalah salah korang cerita nikmat hidup korang pada orang yang tak dapat berkongsi, sebagai contoh korang naik gaji 3 kali ganda, korang pun cerita pada orang yang dah berpuluh-puluh tahun kerja tapi masih tak naik gaji, nanti bila dia putus asa dengan tuhan, korang jugak yang berdosa sama, sebab tu Nabi pesan kalau nak makan makanan yang ‘mahal’, jangan makan kat luar rumah, takut jiran nampak dan kecik hati, lainlah korang niat nak kongsi nikmat tu..,

So moralnya kat sini adalah kalau nak cerita nikmat, pastikan bercerita kepada orang yang dapat kongsi nikmat tu, contoh korang kerja government dan dapat kenaikan mendadak, bolehlah korang cerita kat mak bapak korang kerana of course mereka akan dapat tambahan ‘sedekah’ dari korang, atau korang cerita kepada pasangan hidup korang bahawa zakar korang makin besar dan panjang, tak salah dan baguslah, sebab bini korang boleh kongsi, tapi bila korang cerita pada dunia, apa jadi? Dah tentu ada orang cemburu dan putus asa dengan tuhan! Sebab tu orang kaya tak di galakkan berjiran dengan orang miskin, dan jika nak berjiran kena bina rumah dan perhiasan yang lebih kurang sama dengan jiran, korang paham tak?

Balik pada tajuk utama mengenai tindakan muslim yang tidak cool..

Maka nasihat aku bila korang sedang dapat kesusahan hidup, tak payahlah nak cerita kat semua orang, cerita hanya kepada orang yang dapat selesaikan masalah tu..., dan paling baik cerita kepada Allah.., jadilah orang islam yang cool, yang tidak terkesan dengan suasana, itulah ciri orang yang bersolat..

Jangan pulak bila suami korang sering tewas dalam hubungan seks, cepat pangcut lalu korang cerita pada suami orang atau rakan lelaki seopis, tak jadi haram tu?! Dan biasanya dalam bercerita kesedihan, banyak keaiban yang akan terdedah.., naduzubillah

Aku tahu korang sedih dengan maksiat ummat, dengan system, dengan kerajaan, dengan dunia dan apa sahaja, tapi bila korang luahkan ketidak puasan hati, bila korang lepas geram dengan kata kata, tidak dapat tidak akan terbukak aib saidara islam yang lain, di sini kesilapan bermula..

Korang sebagai orang islam yang bersolat, yang cool dah tentu tak akan cerita aib saudara islam atau jatuhkan maruah saudara seagama, banyak hadith yang melarang dan mengecam sape sape yang dengan sengaja jatuhkan maruah dan hina saudara seugama, bukan semua nikmat boleh di cerita, bukan semua kesedihan boleh di cerita dan SEMUA KEAIBAN tak boleh kita cerita..,! Paham tak?

Dan yang paling teruk, bila halalkan dosa kawan kawan demi kepentingan politik, macam mana nak jadi muslim yang cool kalu beginilah dilemma ummat islam dewasa ini?..oh!

Ingatlah, Orang bersolat itu cool, bila membawa ketaatan dalam solat ke luar solat, insyAllah….

Tapi kita semua sedar, ramai umat hari ni yang hidup menjauhi amalan agama kerana bagi mereka, semua itu tak cool, tak moden, tak canggih, di zaman ini bercerita tentang kayu golf lebih asyik daripada bercerita tentang kayu sugi, membaca blog hiburan jauh lebih asyik dari baca al quran, mendengar aib saudara seugama jauh lebih asyik dari bertaubat di sepertiga malam..

Maafkan aku kerana tak sporting dan tidak cool..

Biarlah korang nak panggil aku, ‘ustaz’ atau ‘shekh’atau ‘kambing tua’.,

Aku mengaku aku tidak cool..

Dan sekali lagi, aku peduli apa?!!!

Andai kata akhirat kelak, di takdirkan oleh Allah *aku masuk shurga dan **korang masuk neraka, dan korang bertanya: kenapa engkau masuk shurga?

Aku kata:

Sape suruh korang tak cool?

Ha ha!

Ps: Orang yang cool adalah, orang yang tidak cerita semua NIKMAT hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh berkongsi NIKMAT tu… juga tidak cerita semua KESEDIHAN hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh tolong selesaikan KEDUKAAN itu.. juga tidak cari salah orang dan tidak cerita AIB orang, barulah jadi mayat yang cool…!

* Doakan aku sama masuk shurga wahai sahabat..
**Aku juga doakan korang masuk shurga wahai sahabat…

40 comments:

Anonymous said...

huhu.. pembaca senyap dapat post yg pertama..setelah siap membaca.. cam tak cayer jer..

Anonymous said...

* Doakan aku sama masuk shurga wahai sahabat..(aku akan doakan)
**Aku juga doakan korang masuk shurga wahai sahabat…(terima kasih bebanyak) sesunggunya semuanya adalah qadaq dam kadar..

Anonymous said...

bertaubatla..

Anonymous said...

assalamualaikum

aku suka sgt2 jika nmpak org yg pakai jubah putih terutama masuk masjid...nmapk ketenangan kat situ...

la ni aku cuba jd cool..sedang berusaha..sb aku sedang ditimpa musibah

p/s: mari berfikir

dr aku yg trpenjara dlm hutan dunia

wassalam

Anonymous said...

btol2.. sokong2
supaya lebih cool.. hehe
mat kool pun xyah berserban pun claim dia cool sbg maskot eskrem kan .. so rilek2 sudah.. mungkin nak kool di mata tuhan kot haha ermmm ramadhan dah dekat .. mereka2 xpenah didiskriminasi dari tuhan untuk bertaubat .. termasuklah aku hendaknya.

* err bukan nirwana .. nirvana

Anonymous said...

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci mukasaudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Anonymous said...

maaf yer panjang sikit...
Aku sentiasa berfikir bagaimana untuk menyedarkan umat Islam seluruh dunia untuk bersatu hati, jiwa, tenaga dan fikiran untuk bangkit kembali menegakkan Khalifah Islamiah. Jika jeritan suara hati aku ini dapat mereka dengar dan faham pasti mereka akan lakukan.

Ketahuilah, segala penyelesaian kepada semua masalah, penindasan, pencabulan maruah agama Islam adalah bersatunya umat Islam seluruh dunia terutamanya di benua Arab, "Wahai orang yang mendengar, tegakkan balik sistem Khalifah Islamiah"

Wahai MANUSIA, sumbangankanlah sesuatu untuk wujudkan kembali sistem yang diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini hatta berdoa selepas SOLAT... Mana tahu dengan berkat amalan anda Allah Ta`ala perkenankan.

Sekarang kita di sini aman tenteram tetapi saudara kita di sana menjerit kerana disembelih, meraung kerana keluarga mereka mati dibom dan ditembak. Takut-takut situasi ini kita pula yang kena. Anak-anak dan keluarga meraung sekuat hati tetapi saudara Islam yang lain tak mampu buat apa-apa akibat tiada kesatuan hati dan tiada pembelaan dari mana-mana negara Islam lain seperti pencabulan yang berlaku keatas bumi suci Islam Palestin, bumi para Ahlullah Afghanistan, bumi gedung sejarah umat Islam Iraq, tanah Maluku, Pattani dan banyak lagi, mereka tak dapat pembelaan dari mana-mana negara dunia Islam untuk selamatkan maruah mereka, jika setakat buat protes di jalanan adakah cukup buat mereka, mana keberanian kita? kehebatan dan taring keagungan umat Islam?...

Adakah anda sedar kesemua diatas adalah negara umat Islam? apakah yang anda lakukan untuk mereka? Hati-hati, inilah yang akan berlaku sekiranya tiba giliran kita. Dunia Islam sepi tanpa suara membela, apakan tidak, mereka juga sama-sama ditindas, disembelih dan dibunuh setiap hari, entah ada atau tidak kekuatan Islam yang bangkit memimpin selamatkan kita.

Inilah natijah selepas jatuhnya Khalifah Islamiah. Maka hendaklah kita berusaha bina kembali kerana disitulah KEKUATAN KITA dan umat Islam yang lain. Penyelesaian kepada semua pencabulan dan kebiadapan orang-orang kafir keatas saudara kita. Maka nescaya akan terbebasnya Tanah Palestin dari dihina yahudi.

Orang-orang kafir merancang memusnahkan kita, tapi kita biarkan diri dimusnahkan. APAKAH USAHA KITA?

Mereka berjaya hancurkan IRAQ, AFGHANISTAN, ketua negara Islam SADDAM HUSIEN kena hina dengan digantung sampai mati dalam keadaan diejek. Orang kafir dan ketua mereka tergelak puas kerana orang Islam tak mampu buat apa-apa, apatah lagi menggugat mereka. Lihatlah selepas ini mereka akan berani menjahanamkan kita sambil bersorak gembira.

BANGUNLAH !!, Gerakkan segala usaha kita untuk Khalifah Islamiah. Sebarkan kekuatan dengan risalah, ceramah, pengaruh, gerakan usrah dan doa demi doa...

Anonymous said...

assalammualaikum..kepada en hamka.. saya tahu anda seorang yang banyak ilmu allah dan terima kasih yang teramat sangat kepada en hamka kerana berjaya menyedarkan sedikit sebanyak supaya menjadi MAYAT yang berjaya didalam kubur dan akhirat.. saya doakan en hamka sentiasa dirahmati allah dengan ape yang en hamka buat... sebenarnya saya memang suka mengkaji... kebetulan saya search kat google pasal pasal islam ni untuk berdakwah solo tetiba terjumpe blog yang hebat hasil karya en hamka yang banyak menggunakan akal,logic dan hadis. disini saya ingin memberi en hamka link blog blog ustaq supaya boleh menambahkan ilmu en hamka , saya dan semua org islam supaya berfikir menggunakan akal yang diciptakan allah yang maha hebat dan agung...
http://www.mohdzaki.blogspot.com/
http://menguakmisterimuhammad.blogspot.com
http://www.myzaidakhtar.blogspot.com/
http://www.syababulislam.blogspot.com/
http://www.3ain.blogspot.com/
http://www.typeace.blogspot.com/
http://www.muthaqqafazhari.blogspot.com/
http://www.alzinki.blogspot.com/
http://www.mantera87.blogspot.com/
http://www.ishaqhanis.blogspot.com/
http://www.mujtahid-islam.blogspot.com/
http://www.al-farabie.blogspot.com/
http://www.hafizullah-perindusyahid.blogspot.com/
http://www.firdaus-sulaiman.blogspot.com/
http://www.permataaqiq.blogspot.com/
http://www.afais.blogspot.com/
http://www.damunique.blogspot.com/
http://www.kalam-ummah.blogspot.com/
http://www.ibnu-ummi.blogspot.com/
http://nizam-iltizam.blogspot.com/
http://www.raudah.com/
http://www.harunyahya.com/
http://menganalisiskristen.blogspot.com/
http://zahir-aris.blogspot.com/
http://media.isnet.org/antar/Deedat/index.html
sekian kekadang itu semua sebagai sumber rujukankan.. maklumlah nak cari ustaq skrg ni susah ni.. nak kena buat temu janji.. nak jumpe awek pun senang.. dan saya pernah terbaca article en hamka.. bahawa nak jumpe nabi saw pun senang kat masjid je..tapi nak jumpe ustaq alahai.. payahnya..

Azlan Zed said...

amalkan 4 kul, insya'allah jiwa akan cool ;)

Cool said...

*Pecah rahsia*

Aku realise sepekara, bapak aku cool. Susah sangat aku nak suka kat bapak aku. Tak ngam langsung aku ngn dia. But slowly, lately aku baru sedar bapak aku cool orang nya@!~

*tgh bodek bapak soh kawenkan aku cepat*

dia cool jah@!~


HIDUP ABAH!! YO!

Abu S.H said...

akuinsankerdil...bunyi lain je penulisan yang 'panjang' tu..
ada nak promote apa2 ke yang terbuku di hati?

aku terbau sesuatu....tapi mungkin aku salah.

suatu 'keikanan' di sini

UmmuSarah said...

Susah betui nak jadi orang yg cool nie...memang menentang arus. Macam mengenggam bara api yg panas. Kadang rasa macam nak lepaskan aje sebab tangan dah nak terbakar. Itulah gunanya kalau ada sahabat2 yg baik...bila jumpa kawan2 yg saling mengingat2kan...terasa ada semula kekuatan. Ya Allah, lemahnya Aku...Semoga Allah beri kita istikhamah dlm amalan.

hamka said...

AkuInsanKerdil
walau di mana kau berada dan siapapun engkau, gua caya sama lu bro..

-----------
Anonymous

kau suruh aku bertaubat ke? betul! aku kena bertaubat, terima kasih tolong bagi ingat, aku insan hina..

-----------
aku yg trpenjara dlm hutan dunia

bila tengok mereka ingat Allah.., :)

-----------
parhy

nirvana? oh.. maafkan aku..

ps: mat cool! mat cool, kawanku, marilah ikut maat cool, ayoh ayoh selalu! ikut rentak mat cool, (iklan aiskrim) woha!

-----------
alan zed

he he he, walau di mana kau berada dan siapapun engkau, gua caya sama lu bro..
4 kul, sebelum tido...

-------------
Jiji, 24

oh Bapak aku mahu kahwin..
kahwin dengan sapa?
kahwin dengan mat cool..
HIDUP ABAH KAU!! YO!

----------
abu_harraz

apa yang kau terbau?

-----------
UmmuSarah

he he he, sorang lagi, walau di mana kau berada dan siapapun engkau, gua caya sama lu! keretamayat akan selalu menyokongmu!

Mak Su said...

jangan banyak cakap gitewwww

Anonymous said...

Aku pon ader gak nk membangkitkn issue nih dgn topic yg berbunyi islam-nye(ke) korg../*gah..strikeout tag tabley gne utk 'nye'*/

apepepon akan aku usahakn lpas abes xm..neway ke-coolan post nih membantu gak membunuh ke-hawtan xm..

lalala...

akira said...

assalamualaikum

saya paling suka kata2 "kalau inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya"

saya ambil kata2 tu, wokey. mana2 dan bila2 diperlukan insyaAllah.

kalau sy ada apa2 masalah, mesti sy teringat kata2 ustaz sy. "kenal siapa diri? diri ini hak siapa?"

bila teringat, rasa macam semua soalan dah terjawab. lagi satu slogan ust saya: tepuk dada tanya iman. letak alQuran dan sunnah di depan. akal berfikir ikut skop alQuran dan sunnah.

terima kasih, tolong ingatkan dr saya. doa2 Allah beri petunjuk pd saya dan pak hamka. (sy muda lagi, betull...ni tanda hormat ni...)

wassalaam.

demonsinme said...

Al Akh Hamka:

Den tuleh duo puisi ni tak lamo dulu. Raso-raso macom kono jo ngan post shiekh ni. Harap-harap shiekh baco la.

RINTIH

bertelekuk di balik tabir,
bergetar mendengar syair,
dendang lunak yang memaku mata bertitis air,
menjatuhkan si kaya menjadi fakir,
hanya kerna semangkuk nasi berlauk pasir,
dibiarkan terlondeh persalinan Amir,
hingga ternampak sang sulit hanyir.

bersilat berkeris makrifat,
makrifat tertanda ibu maksiat,
bagai kera hilang keringat,
dibiar diri dipikat pisang nan sesikat,
menjadi pak sanggup dengan tengkuk terjerat,
dibuat dari emas bertingkat.

dibiar telanjang bayang yang suci,
demi senyuman hamba menteri,
agar dikapan si kain sari,
moga hidup tatkala mati.

STAILO SAID WAL SEKSI SERIPAH

Stailo Said wal Seksi Seripah,
pemuda tampan dan pemudi indah,
asal dari Si Darah Merah,
yang dikukuh dengan debu Kaabah,
namun alah dek bayang Penafi Titah.

Hai Stailo Said wal Seksi Seripah,
mengapa dibiar kancing pantelon tercapah,
mengapa dibiar puting merah mengadah,
mengapa dibiar kangkang bapamu diludah,
mengapa dibiar pusat emakmu diredah,
mengapa dibiar ubun abangmu dipecah,
mengapa dibiar tundun kakakmu dicicah.
mengapa dibiar bibir adikmu dirancah?


Aduhai Stailo Said wal Seksi Seripah,
tidak mengapa jika rambutmu merah,
tidak peduli jika langkahmu bersepah,
namun,
jangan dibiar daulatmu jadi pariah.

hamka said...

Mak Su

Aku banyak cakap ke? Aku seorang pendiam sebenarnya.., nampak cool sikit..
: )

---------
mAdMiKe

apa bahasa kau tulis, aku tak paham?

Oh!

-----------
aqilah amir jamalullail

(jawab salam)

Terima kasih dik, doakan pakcik..
I love u

----------
demonsinme

Aku bagi pulak dua syari yang aku copy paste dari blog “that thing I do”

Bernafas Dalam Lumpur
Lagu Asal: Wings

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku

Relax apa lagi
Hendak ku katakan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Asal kita beza
Sama pada gaya
Itu cara sesat kau yang ajar

Memang kejadian
Kita yang berbeza
Yang penting kita saling musuh memusuhi
Kau Syaitan

Kita tak dapat bersama
Walau kita juga hambaNya
Kita punya beza citarasa
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Tak kan ku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana hasutan
Semoga aku dilindungi dan diredhai Allah
Oh Syaitan


Di Ambang Mati
Lagu Asal: Wings

Yang putih bersih
Dalam suatu kamar
Si Khaliq yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insaffffff…….

Di ambang mati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru syahadah
Sehangat nyawa bergelora.

Terbuka hendaknya segala pintu syurga,
Bukan lubang neraka, naudzubillah….
Kembali mengharap redha Penciptanya
Mengotakan janji silam…..

Sang Iblis kejar mengejar
Mengganggu sepanjang hari beredar
Sang Iblis kejar mengejar
Mengajak selain Allah

Sang Iblis kejar mengejar
Mengganggu sepanjang hari beredar
Menunggu panggilan Ilahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Meraung dalam kesunyian.

Ps: ulang korus sehingga 25 hb julai, (gaji baru untuk kakitangan awam-semua dah tahu)

Anonymous said...

assalamu'alaikum wrbt encik hamka,

wah wah wah..menyembang politik pulak dalam posting ni..ha ha ha..

aku ni tak cool encik hamka, sebab dulu pernah ada orng kutuk kawan aku berjanggut macam kambing..aku sound baekk..sampai skarang dia takmoh tegur aku..adekah aku tidak cool?

cool as ice...he he he..

Anonymous said...

as'salam'kum... tn. hamka...
bagi laa.... saya contact number
tn. boleh laaa kito berdiscusss...
kalo tak nak bg tau kat org lain
masukkan je kat email ambo...
mgz@email.com tq...

rukiah mahmood dan anak-anak said...
This comment has been removed by the author.
akira said...

saya harap tak ada orang jeles. hikhikhik

i love you too.

kim salam umi ya. take care.

Anonymous said...

assalamualikum.... terlebih dahulu aku mintak ampun bebanyak... jadi lah muslim yang cool yeah.. kepada en mgzalie.. kadang2 sebagai muslim gak anda kena tau privacy seseorang.. kekadang dia sibuk.. (bukan ayat bodek) tapi kat sini kalau kau nak tanya soal jawab agama.. silakan ke web http://www.bicaramuslim.com .. tanyalah baper banyak soklan kau nak tanye.. openminded semua... cume biasalah kekadang ade emosi sikit manusia ni... seperti yang en hamka cakap.. jadilah muslim yang cool.. yeah..

Anonymous said...

abu_harraz said...

akuinsankerdil...bunyi lain je penulisan yang 'panjang' tu..
ada nak promote apa2 ke yang terbuku di hati?aku terbau sesuatu....tapi mungkin aku salah. suatu 'keikanan' di sini<---- ayat ni memang betul lah firasat kau ni....kerana aku kagum dengan "MAN WITH ONE MISSION" iaitu en hamka dan aku kagum dengan "KEHEBATAN" Allah yang maha agung kerana semua itu kadaq dan kadar(rukun iman wajib percaya) iaitu takdir.. kerana aku selalu terfikir takde ke insan yang kat malaysia ni sehebat ahmad deedat(pendebat dan penyebar islam alaf baru),yusof ester (paderi yang masuk islam),dan banyak lagi org yang kat luar negara tu sanggup berjuang kerana allah... tapi allah tu maha hebat.. aku search kat google, bleh plak terjumpe article cam ni.. sesungguhnya allah swt amatlah mengetahui... tapi bila en hamka bagi huraian kat sini.. ade plak yang perasan bagus nak pertikaikan nya.. huh.. jadi yang peliknya kat sini diaowang ni semua ni suka berfikir melalui perasaan.. tak leh tengok org pandai.. dia pun nak pandai gak.. tu yang tak leh terima apa org cakap..(maybe dia ade ilmu sikit pas tu dah nak kerek kot)aku aku ni masih lemah dan masih menagih ilmu.. tu lah kuasa allah.. akhirnya aku bertemu ngan blog ni...aku plak nak cakap kat korang.. pas aku baca semua blog en hamka ni... banyak ayat2 nya berdasarkan logoc akal.. dan nak ingatkan kat korang termasuk aku.. manusia ni ade dua cara pemikiran pertama menggunakan akal.. dan kedua menggunakan perasaan... tapi majoritinya manusia ni berfikir berdasarkan perasaan sebab tu lahirnya soklan2 yang tak masuk akal.. dan nak berdebat ngan fakta... seperti contoh manusia bodoh charles darwin.. dalam faktanya manusia ni asal dari org utan.. haha.. cam mengarut gitu.. argh... tutup lah cite ni.. kesimpulan cite aku ni... nak ceritakan bahawa takdir allah membawa aku yang cetek ilmu ni ke blog en hamka "MAN WITH ONE MISSION".. akhir sekali.. aku doakan semua org termasuk org islam atau bukan islam di blog ini supaya sentiasa tahu bahawa allah itu maha agung dan sentiasa taat pada allah termasuk untuk aku... amin... dan special doa untuk en hamka.. aku bermohon kepada allah agar kau dilindunginya dan sentiasa taat padanya dan mati dalam keadaan beriman.. amin yarabbal alamin..3x

Anonymous said...

Bagaimanakah yang dikatakan berfikir menggunakan akal itu yer ?
aku malas nak taip pepanjang hehe.. korang boleh rujuk en.hamka... atau sila ke web ini :
http://www.pakarminda.net/jana.html
http://www.pakarminda.net/minda.html cube cube lah kenal diri tu dulu... baru lah kite tahu sape tuhan kite yang maha pencipta.. surf gak web ni for you info only.. : http://rahsiaalif.tripod.com/
http://rahsiaalif.tripod.com/id1.html

Anonymous said...

Wahhh, inilah maon. Siapakah mereka itu?

Kali ini saya ada satu cerita untuk Hamka dan penghuni kotak komen ini.

Cerita ini pendek sahaja. Ok. Semalam saya telah berjumpa dengan seseorang yang sangat kul. Dia, isterinya dan anak perempuannya yang masih kecil. Tapi saya tidak kenal mereka.

Bagi saya, mereka sangat kul. Kul sungguh mereka itu. Saya ingin jadi seperti mereka.

Itu sahaja. Sekian untuk kali ini.

-maon-

hamka said...

mgzalie

sape sape yang nak mintak no phone aku.., ada syarat dia,
korang kena email aku dan bagi resume hidup korang sikit, mana yang layak aku bagi he he he..

keretamayat@gmail.com

----------
aqilah amir jamalullail

insyAllah.. : )

-----------
AkuInsanKerdil

Kau dah habis baca blog aku?
Tahniah! : )

Tapi bila ku pergi link yang kau bagi tu macam ada unsur ke’iklan’an.., hmmm…
Apa-apapun, doa semua selamat..

---------
maon

ada budak perempuan manta ntah email aku cerita kisah dia bermusafir dan tumpat rehat di sebuah rumah ustaz, dia kata ustaz tu kool, sebab makan berjemaah bersama keluarga, tengok TV berjemaah dan solat berjemaah dengan anak dan isteri kat ruang tamu..

panjang email dia, tapi aku kata kalau solat berjemaah kat rumah ngan anak isteri, tak kool langsung! Huh!

Ps: aku rasa mungkin ustaz tu duduk dalam hutan kot..(baik sangka)

Anonymous said...

Assalammualaikum...
kali pertama aku membaca blog ni adalah berkenaan dengan tercekik tulang gelak aku dan suami..
namun hari ini bila aku membaca topik hari ni aku menangis sebab aku bukanlah seorang yang kool dimata allah sebab aku masih gagal melaksanakan tugas yang diberinya.. bukan sebab aku rasa islam itu tak cool nauzubilahh tak pernah terlintas dalam hati namun aku masih jahil dalam banyak pekara...terima kasih kerna bagi tau apa itu islam sebenarnya walau tak banyak namun ada jua yang boleh aku faham tentang islam di akhir zaman ini....
bukan memuji bukan jua menghina sekadar bersyukur kehadrat Allah...
sebab saya pada masa ini tidak akan menolong sesama islam atau bercerita apa itu islam melainkan saya bebenar faham dahulu apa itu Islam...
terima kasih saudara Hamka....
semoga Allah membanyakkan lagi isan seperi saudara di akhir zaman ini..
pada saya... biarlah kita cool asal jangan buat kerja tak betul...

hamka said...

Waalaikumusallam..

terima ksih kepada suami dan isteri kerana sudi baca dan sudi memahami :)

terima kasih kerana sudi doa saya
:)

rasa macam kooooooooool pulak he he he

Anonymous said...

huhu,..namaku amr,.aku xpernah pun nk bg komen kt sini..nie lah first komen aku,..
mmg betul lah ape yg hamka ckp tu..pd zaman kemunduran umat nie sape yg amalkan sunnah akn dipandang xcool..
benda nie tejadi kt diri aku sendiri..Allah swt bagi aku janggut yg lebat n panjang,..aku mmg simpan janggut aku nie panjang segengam,..tapi mmg banyak betul dugaan bila kite amalkan sunnah..macam-macam org gelarkan aku disebabkan penampilan aku,..contohnye:
1. bangla jual karpet (kebetulan muke aku mmg mcm bangla..hehe),.
2. Osama,.terorist-pengganas,.
3. ada lipas kat janggut,.
4. Fanatik agama, xtau bersederhana,.jumud
5. selekeh,.
6. dll
memang akhir zaman siapa-siapa yang amalkan sunnah akan diejek-ejek..even bos aku pun pernah suruh aku cukur janggut tu..n kalau x pihak management boleh kenakan tindakan,..aku pun pernah di panggil masuk bilik ketua jabatan mase study dulu,macam-macam diorg tanye aku,ade tak aku terlibat dgn mane-mane gerakan..aku senyum jer lah =)..
aku jugak pernah kena tahan kat imigresen singapura dulu..kene tahan n soal dekat 1 jam..keluarga aku sendiri pun risau ngan penampilan aku nie..diorang cakap nanti takde orang yang nak lah,.bakal bapak mertua x approve lah..macam-macam lagi,..tu cume sebahagian rasenye
doakan lah kawan-kawan agar aku tetap dan istiqomah dalam mengamalkan sunnah nie..amin

hamka said...

Aku doakan kau bahagia he he he..

orang ada janggut di kata tiru kambing, mereka bila hujan lari bertempiaran tak ikut perangai kambing? ngok betul he he he

Anak Singa said...

salam ziarah.

abg hamka, thanks for posting this entry. ada perkara benda yg dahulu kabur jadi jelas.

doakan saya thabat dan jadi singa yang gagah perkasa.

wassalam wbt.

hamka said...

sama sama, semua dari Allah..

: )

Anonymous said...

huh..best giler ayat keretamayat nih!

hamka said...

:0

Allah bagi best,...

said...

en.Hamka,
content website yang diberi ni betul ke tak betul?saya ada fening sikit.

link : http://rahsiaalif.tripod.com/

hamka said...

siapa yang bagi?

betul tang mana?

salah tang mana?

tapi jika di hujung ilmu ada mintak duit, kena hati hati sikit..

itu sahaja
:)

treec00l said...

salam en Hamka,

tq di atas ingatan :)

oit, lemahnya aku.

biase je kutuk2 polisi kerajaan.

tp polisi bukan menusia, tu pon x cool ke? :)

ok-lah, camne nak sampai direct pd mereke, tanpa kene ISA?

sekarang ni pon stakat kutuk2 polisi dari jauh, x tau mcmane nak sampaikan.

kalo ade tempat pon, takot kene ISA.

adus, takot dgn undang2 manusia, entahlah...

hamka said...

salah satu ciri mukmun yang baik, adalah meinginkan kebaikkan kepada pemerintah... (hadith)

sangka baik, doa hidayat. dan bantu kerajaan dalam perkara yang baik..

bab menentang, jika dah ada orang yang hantuk kepalanya ke dinding, kita tunggu jer dinding tu roboh, atau jika kepala sipenhantuk itu pecah, kita hantar ke hospital, yang terbaik, nasihat kepada penhantuk kepala tu agar jadi bijak sikit..

Anonymous said...

aku selalu cool, sebab tepat aku ni sejuk....:)