Apr 8, 2006

Bagaimana nak belajar Ugama?

(batu bersurat...)
Pada mulanya aku nak tulis blog aku nie dengan kata2 hikmat: 
  1. Batu bersurat …(macam tak best ajer…)
  2. Belajar menjadi ‘kool’ di padangan mata org kapir…(macam terlalu bagus…)
  3. Pandangan ugama dari seorang yg bukan ustaz…(terlalu skema…)
  4. HARM CAR…(tak ada jiwa kebangsaan)
  5. Apabila aku menulis…(siapa yg kenal aku? Boleh blah!)
  6. Belajar jadi baik…(takde org nak pedulipun..)
  7. last last aku tulis: Semua orang akan menjadi Mayat. Kalau anda kaya anda akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau anda miskin anda akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang!Ha Ha Ha!

Aku macam tak beberapa berkenan kalau korang anggap aku adalah seorang pendaqwah bila korang baca blog aku, aku tidak berdaqwah melalui blog…aku bercerita cerita sahaja… sebenarnya kalau korang baca post pertama aku (Belajar ugama melalui blog?) tentu korang paham maksud dan tujuan serta hasrat hati nurani aku yang kudus ini…oh..
Aku sepatutnya menamakan blog aku ini dengan:

KERETA MAYAT : Satu pilihan Blog…

Blog aku ni hanya sekadar satu pilihan, korang boleh pilih mana2 blog yg korang suka, ada blog cerita pasal lembu berlaga, pasal penyakit kuku dan kulit, pasal wakil rakyat yang baik, cerita seram nak mampus, org miskin tak de pakaian atas katil, ulasan filem yang dah tengok, ada copy/paste, ada yg forward-mengforward, ada lawak bangsat dan.. dan, blog aku mencelah dengan kata2, semua org akan menjadi mayat…

Ini adalah satu pilihan..aku tak paksa korang, korang datang aku hargai, koranglah sahabat aku (dunia akhirat kononnya dan harapnya)…bila aku menulis dari segi sunatullah, aku rasa puas, pernafasanku yang tidak terkawal menjadi lancar dan tenang, bulu rumaku yang tegak berdiri menjadi kendur kembali,…bila korang memuji (moga segala puji takku meninggi diri) aku rasa puas(jujur), kalau korang mengkriktik atau melaknat, aku anggap ada something Allah nak info kat aku (moga dapat kuhadang tikaman dari belakang).dan aku bahagia di alam blog ini bila aku tahu ada segolongan manusia wujud dan membaca blog aku,

Korang tahu tak bila korang habiskan masa baca blog aku korang akan jatuh cinta dengan aku?, bila korang banyak baca hadith korang akan jatuh cinta dengan Nabi, dan bila korang Selalu-selalu baca Alquran , korang akan jatuh cinta dengan Allah, alahai, apa apa buku pun kalau korang baca pasti korang sukalah kat penulis tu, dulu masa aku kecik, aku suka kat tony wong sebab hari2 aku baca komik dia…

Jadi aku bagi nasihat kat aku dulu dan korang semua, marilah kita baca Al-quran 2 x tammat setiap tahun (alah, senang ajer, bulan puasa khatam sekali, 11 bulan lagi khatam sekali , amacam? Ok?!)

Lepas tu tiap2 hari baca hadith Nabi dalam ½ jam,(kalau tengok smallville 1 jam tau!), dan bagi yang dah kahwin, bolehlah baca kuat2 supaya anak bini korang boleh dengar, ni sunnah , sahabat buat.

Dan kalau ada masa( kalau ada sumur di ladang) jengahlah blog aku he he he(promote) ….lepas tu kalau aku salah korang betulkanlah, kalau korang nak marah, korang boleh caci, laknat, , tak baik pendam2, boleh membawa kepada kematian, jadi mayat, mayat di makan ulat, ulat menjadi rama2, begitu je habis kehidupan korang
apa aku merepek ni…tajuk post kali ni “bagaimana nak belajar ugama”
senang aje, korang kena cari tuk guru, belajar tanpa guru boleh jadi sesat!

Kalau guru takde? Hek eleh, bukankan kerajaan Malaysia kata kalau nak bawak kereta wajib ada lesen, takkanlah kalau kampung korang takde JPJ korang tak payah ambil lesen, korang kena usaha cari JPJ , cari ustaz walaupun ustaz tu duduk jauh! Kenalah korban masa, tenaga dan duit…baca buku atau blog hanya dapat kesedaran sahaja, hidayat datang bila buat pengorbanan dan bila korang ikhlas (takde kepentingan lain) maka Allah akan buka jalan untuk korang….satu lagi kalau ada tuk gurupun tak cukup lagi, dia kena ada medan pulak, macam JPJ ,kena ada trek untuk korang belajar, tak boleh guru tu cakap dan korang dengar aje, kena praktis!! Contoh, korang nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru2 tu sekali kena terjun…Faham.?

Satu cerita: satu hari korang naik motor tak pakai helmet..pendek cerita, polis tahan kou..”apsal tak pakai halmet” ? Apa sajer reason korang, saman tetap saman..RM50..kenapa? kerana korang tak amal apa yg korang tahu..

Jadi bila korang dah belajar ilmu ugama..korang kenalah amal..kerana antara satu soalan yg di tanya selapas jadi mayat: engkau amal tak, apa yang kau tahu?nauzubillah..

"suruhan larangan telah dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu"

(Apa yg kau tahu-Rabani..)

Tapi kalau korang jawab, saya tak tahu kena pakai helmet naik motor tok!, saya tak belajar memandu pun! (saya takde lessen)..huh! siaplah korang, saman RM300, motor di rampas! Nah sekarang kat akhirat…akan kena azab punya org yg tak nak belajar ugama..so? kena cari ustaz..belajar, amal dan sampaikan, boleh insyaAllah?!

Antara tujuan kita belajar adalah supaya dapat Hidayat dr Allah.
kadang2 manusia ni dengan tiba2 terasa insaf…ini adalah anugerah Allah…untuk mengekalkan keinsafan kita, maka kita kenalah buat pengorbanan dan cari org alim supaya dapat bimbing kita… Hidayat akan datang bila korang buat usaha atas keinsafan korang...
Allah akan bagi "keinsafan" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat keinsafan belum dapat hidayat lagi.jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas keinsafan korang, Boleh?

Ramai org insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya..tapi esoknya selamba jer ketawa2..kenapa? kerana tak buat usha untuk mengekalkan keinsafan…. Apabila kita belajar ugama dengan cara yg betul..maka kita akan dapat mengekalkan keinsafan kita..insyaAllah…

Mengakhiri post kali ini, aku tulis sebuah cerita ala ala sajak untuk seorang sahabat..cheh, bersajak pulak aku!

AKU YANG TIDAK BERUBAH

Aku berjumpa sahabat lama…
Dia dah berubah
Sudah berubah
Tak munasabah
Sungguh banyak dia berubah…

Aku bertanya kenapa berubah?
Dari ‘ahli surau’ kepada kehidupan manusia biasa?

Dia menjelaskan
bahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”
Jarang bersama anak bini…
Cakap benda sama.
Abaikan dunia…
Pakaian macam org arab
Rasa diri bagus…
Suka bersembang…
Tak ada masa depan…
Membazir harta org ramai(masjid)…
Buat bising…

Kasihan umat menderita…

Aku kata
Aku dah 28 tahun memeluk ugama islam
Dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…
Merompak…
Berzina…
Rasuah…
Membunuh…
Sumbang Mahram…
Mengedar dadah…
Mengfitnah…
Jerangkong dalam almari
Haruan makan anak
Anjing tersepit yang dilepaskan…
Rogol-bunuh-bakar!

Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkan
Juga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…

Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….

Moral: bila nak belajar ugama, jangan sesekali pandang buruk…terutamanya pada ustaz yg mengajar kita…

Ps: Kerana itulah ramai org takut menjadi mayat bila lihat banyak ulat di badan mayat…

Nota: kawan aku tak berubahpun lepas perbualan tadi kerana Hidayat di tangan Allah…aku kabor je…

32 comments:

hamka said...

PROMOTE:
Email terpilih…4 ajelah hari nie…lain kali pulak ek(gaya sorang blogger yg sombong dan perasan blognyer ramai otg baca…)

i browsed thru your blog and spent few hours reading your absolutely interesting writings & articles to read about.

hmm .. memang ianya beri satu keinsafan atau pengetahuan to whomever read that's out .. on kisah bayi dalam perut. i like that one.

from the first time i came in to your blog .. i hope that i can be there more often.

as for leaving comments, i prefer not to .. but in any other way, i'll email you my thoughts & comments (if any).

----------------------
ana suka semua posting dlm blog hamka sebab hamka intrepretasikan ilmu programmer hamka dalam medan tulisan dakwah... banding sana.. banding sini... nampak cantik sangat... ikut salah satu cara Allah ajar manusia dalam Al-Quran... ;-) sebhagian uslub dakwah.. nie kata-kata Allah yg hamka ikut:

" Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. " [ Al-Baqarah 2:26]

-------------------------

assalamualaikum,
aku slalu bace blog ko..
alhamdulillah,, sungguh membuke mate ku,agak m'cabar minda (cewwah) n sangat m'insafkan.
aku harap ko dpt teruskan penulisan ko ni,despite bz working,, as Allah's servant, as a husband n also as a father of 2 sons..
good 4 u! n good 4 others too!

n may Allah bless u..

(oh,,plz jgn mention my name in any place in ur blog..shukran jazilan ..)

wassalam..

-----------------------

assalamualaikum hamka

aku antara org yg selalu bca blog ko..komen aku:blog
ko besla..ada antara posts tu mmg tkesan kat
hati..cuma bhati2la bila mggunakan hadith..elakkn
mrujuk/b'amal dgn hadith maudu' n sgt dhaif..(aku pun
budak baru belajar jugak)

Anonymous said...

wawwawawa... bro hamka.. macam tau tau je.. tadi ana dengar ceramah nak amik lesen kereta.. hehehe.. hari jumaat nie ade ujian berkomputer.. dengar2 ujian tu susah nak lulus.. doakan ana ye..

Najwa Aiman said...

aku suka judul blog ko Kereta Mayat tu... catchy...

dan aku suka contentnya (apa lagi content keta mayat kalau bukan mayat, kan?) Melihat mayat boleh menginsafkan... insya-Allah...

Anonymous said...

Hamka....camna dengan ustaz yg cakap lain buat lain kita boleh pie ngaji kat dia kaa?

hamka said...

budak shams

bagus..cari JPJ…bersama2lah ambil lessen ‘L’ dan ‘P..lepas tu amalkanlah apa yg kau tahu…
pakai tali pinggan kaledar
pakai helmet
patuhi had laju

safety first is sunanah Nabi..

--------------
Najwa Aiman

Untuk lebih insaf..kena cium dahi mayat..rasa sejuk sangat..insyaAllah..sunnah tu..

Ps; aku suka ‘beruang kuning’ tu…he he he

-----------
taraknama

untuk belajar ugama dengan sapa2 pun boleh..walaupun dia tak amal apa yg dia sampaikan..aku pernah cerita dulu..pasal kita sebagai posmen..
sebenarnya al quran adalah ‘surat’ dari Allah yg di alamatkan kepada semua manusia..dan semua org layak jadi posmen…
alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..posmen itu tetap dapat gaji daa…atau mungkin posmen itu accident di jalanan yg mana suratnya bertaburan dan dikutip oleh seorang yg gila lalu bila si gila tadi bagi surat kita tolok..kerana ingat si gila ni main2 sedangkan jelas alamat kita kat surat tu..oh,..sungguh kasihan…
cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas ‘nama’ dan ‘alamat’nya..jadi terimalah walaupun iaya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…

CUMA…BILA NAK MINTAK FATWA ATAU PENDAPAT, SANGAT KENA HATI2, KENA TENGOK SAMAADA GURU TU MURSHID KE TIDAK!..GURU TU SOLAT JEMAAH KE TIDAK..SEBAB IJTIHAD HANYA DPT DI KELUARKAN OLEH ORG YG LAYAK..
macam aku, aku rasa aku tak layak bagi pendapat..sebab tu korang kena rujuk ustaz balik apa yang aku punya pendapat…kalau salah, bagitahu aku balik..jangan biarkan aku sesat…

Terima ksih tadaknama…

Anonymous said...

as usual, aku suka setiap entry incik hamka..very simple.. yet full of insights...subhanallah...
Aku sokong pasal hidayah tu..tp yg aku tau, kita kena usaha nak cari hidayah .Aku antara salah seorang manusia yg baru dpt hidayah setelah sekian lama aku carik,lepas aku dah hanyut suma..lastly DIA tarik aku..

Isn't HE wonderful??

'Ya ALLAH, thabbit qalbi 'ala deenik, wa 'ala thoo'atik'

hamka said...

Zul GTZ

Benar!

------------
Kasturi

Buat usaha untuk dpat hidayat-satu hal
Buat usaha utk kekal dlm hidayat-satu hal
Buat usha untuk tingkaktkan hidayat-satu hal
Buat usaha supaya org lain dapat jugak hidayat-satu hal
Buat usaha supaya org lain pun buat usaha kpd org lain utk dpt hidayat-banyak hal!

ontahsapo said...

belajar sampai maati...

Anonymous said...

:)

hidayah itu milik siapa ?

hamka said...

ontahsapa

belajar sampai jadi mayat..dah jadi mayat baru tahu apa yg patut belajar..oh..

--------
+akhie+

hidayat adalah milik Allah!

Dia bagi pinjam kat kita..kalau tak jaga betul2, Dia akan ambil balik...
Nauzubillah..

hamka said...

IKLAN:

Ada antara wanita yg email nak tengok gambar aku...muka aku tak hensem pun..macam mayat..tapi aku bersyukur dengan pemberian Allah...
walaubagaimanapun...
sebahagian dari anggota badan aku telah di siarkan di www.hafizbar.blogspot.com, latest entry...cepat gi tengok sebelum di tapis oleh LPFM..keh

jumpa di sana!

dermawanpemurah said...

en hamka, aku dah tahu cara camne nak baca tulisan oren berbackground kelabu kamu tu. ahaahah

hidayat itu milik allah. aku sangat takut kalu allah tanak bagi dah hidayat kat aku.

wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam dinmu

dermawanpemurah said...

lagi satu. iklan yang kamu buat tue agak mengganggu jiwa.

..................

IKLAN:

Ada antara wanita yg email nak tengok gambar aku...muka aku tak hensem pun..macam mayat..tapi aku bersyukur dengan pemberian Allah...
walaubagaimanapun...
sebahagian dari anggota badan aku telah di siarkan di www.hafizbar.blogspot.com, latest entry...cepat gi tengok sebelum di tapis oleh LPFM..keh

jumpa di sana!

..................

perlu ke tgk gmbr? aku tahu kamu hensem. ciptaan allah sume hensem2 dan cantik2 belaka. (perasan cantik. oh)

hamka said...

tak perlu tengok gambar, sebab tu blog aku takde gambar aku..

aku serius tak hensem, bini aku suka sebab aku kelakar jer, he he

(dan beriman sera bertakwa-woha)

Anonymous said...

A gink begins icy his discernment teeth the initially time he bites out more than he can chew.

Anonymous said...

To be a noble charitable being is to have a kind of openness to the world, an gift to trusteeship undeterminable things beyond your own control, that can lead you to be shattered in very exceptional circumstances as which you were not to blame. That says something very important about the fettle of the ethical compulsion: that it is based on a trustworthiness in the unpredictable and on a willingness to be exposed; it's based on being more like a spy than like a prize, something rather dainty, but whose very special handsomeness is inseparable from that fragility.

Anonymous said...

To be a noble charitable being is to procure a philanthropic of openness to the mankind, an cleverness to guardianship aleatory things beyond your own pilot, that can front you to be shattered in uncommonly exceptional circumstances as which you were not to blame. That says something exceedingly outstanding thither the get of the ethical compulsion: that it is based on a corporation in the up in the air and on a willingness to be exposed; it's based on being more like a spy than like a prize, something rather dainty, but whose mere item attractiveness is inseparable from that fragility.

Anonymous said...

In every tom's existence, at some pass‚, our inner foment goes out. It is then burst into passion by an encounter with another hominoid being. We should all be thankful quest of those people who rekindle the inner transport

Anonymous said...

I don't like the durable of all those lists he's making - it's like taking too many notes at philosophy; you experience you've achieved something when you haven't.

Anonymous said...

In everyone's sustenance, at some occasion, our inner pep goes out. It is then break asunder into passion at hand an face with another magnanimous being. We should all be glad for those people who rekindle the inner inspiration

Anonymous said...

In harry's time, at some pass‚, our inner foment goes out. It is then blow up into enthusiasm beside an contend with with another hominoid being. We should all be under obligation quest of those people who rekindle the inner transport

Anonymous said...

In the whole world's time, at some time, our inner fire goes out. It is then break asunder into enthusiasm by an be faced with with another human being. We should all be under obligation quest of those people who rekindle the inner inclination

Anonymous said...

In every tom's existence, at some time, our inner fire goes out. It is then bust into enthusiasm by an contend with with another benign being. We should all be thankful recompense those people who rekindle the inner inspiration

Anonymous said...

In harry's life, at some pass‚, our inner throw goes out. It is then bust into zeal beside an be faced with with another hominoid being. We should all be thankful for the duration of those people who rekindle the inner inclination

Anonymous said...

In the whole world's existence, at some time, our inner throw goes out. It is then blow up into passion at hand an face with another hominoid being. We should all be indebted recompense those people who rekindle the inner inclination

Anonymous said...

In harry's life, at some pass‚, our inner foment goes out. It is then burst into passion at hand an contend with with another hominoid being. We should all be thankful for the duration of those people who rekindle the inner inspiration

Anonymous said...

In the whole world's time, at some occasion, our inner fire goes out. It is then break asunder into enthusiasm by an contend with with another benign being. We should all be indebted recompense those people who rekindle the inner inclination

Anonymous said...

In the whole world's life, at some dated, our inner pep goes out. It is then break asunder into enthusiasm beside an encounter with another human being. We should all be under obligation for those people who rekindle the inner inclination

Anonymous said...

In harry's life, at some pass‚, our inner foment goes out. It is then burst into passion at hand an contend with with another benign being. We should all be thankful for the duration of those people who rekindle the inner spirit

Anonymous said...

In everyone's time, at some dated, our inner throw goes out. It is then bust into passion by an face with another magnanimous being. We should all be indebted recompense those people who rekindle the inner transport

Anonymous said...

The restaurants list with thousands of restaurants reviewed by visitors. http://restaurants-us.com/tx/Dallas/Popeye%27s%20Chicken%20&%20Biscuits/75243/

Anonymous said...

http://insuranceinstates.com/virginia/Independence/New%20River%20Title%20Co/24348/