Apr 25, 2006

Siapa paling RUGI?

(selamat membayar cukai..he he he)

Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
“Bang2..saya telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?

Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
“Wahai anakku, bapakmu telah rugi…”

Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?

Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:

“Wahai para pekerjaku, boss telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?

Apatah lagi kalau Kerajaan kita Pak Lah pulak cakap

“Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi…”
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10 bilon?
100 bilon?

Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala hotak kita,
Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap):

“SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!”

boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak nilai…Nauzubillah!

KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?

Jawapan: KERANA …MASA! …MASA!
Semua org ada masa kecuali mayat….

Jadi untuk mengelakkan diri kita yg kita sayangi ini, hendaklah korang dan aku membayar zakat masa kepada ugama sebelum ‘jasad mu yang hangat menjadi mayat sejuk…”

BAGAIMANA NAK BAYAR ZAKAT MASA?

Mamat kata: eh?, aku tak pernah dengarpun ada zakat masa, yg aku tahu. zakat fitrah, zakat harta, zakat emas perak adaler…

Aku kata: kalau engkau tak pernah dengar, jadi salah ke apa yag aku cakap? Pergilah belajar…PESAN KAT AKU SENDIRI NIH!

Untuk belajar cara2 membayar zakat masa, mari kita tengok dan renung betul2 tentang rukun islam…

Mari kita belajar secara songsang..

Nota: aku bukan nak ajar ugama yg songang, aku nak ajak korang mengira secara songsang, aku rasa cara cam gini lebih mudah di fahami tentang zakat masa..kot..insyaAllah…(Allah bagi Faham.)

-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah sekali seumur hidup selama beberapa masa untuk menunaikan fardu Haji (rujuk Lembaga Tabung ají)

- Setiap ummat islam wajib bayar zakat dalam tempoh masa setahun cari pendapatan, sila rujuk Jabatan Ugama Islam yg berhampiran…

-Setiap ummat islam wajib bagi masa pada Allah untuk berpuasa dalam tempoh masa di antara terbit matahari sehingga tenggelam matahari sebulan setiap tahun…

-Setiap ummat islam wajib sembahyang lima waktu setiap hari dalam jangka masa yg telah di tetapkan..

-Dan setiap ummat islam wajib menunaikan hak kalimah ‘Tauyibah’ setiap masa dan saat untuk mengajak manusia kepada kebaikkan dan mencegah manusia dari keburukkan…

jadi bila kita tulis dalam bentuk point,:

Haji:-sekali seumur hidup
Zakat-sekali setahun.
Puasa-Sebulan
Solat-setiap hari
Kalimah Allah-Setiap masa!

Jadi untuk mengelakkan rugi di akhirat kelak, hendaklah korban masa, nyawa, harta kepada Ugama!
Satu org alim tafsir bahawa ayat al-Quran yg tertulis, “tunaikanlah solat dan zakat”..berulang2 di sebut Allah bermaksud bahawa Zakat di sini bermaksud zakat masa…untuk zakat harta, ada ayat lain…(rujuk kitab Fadhilat sedekah)

Jadi secara amnya masyarakat Malaysia dan dunia islam hari ini terlepas pandang tentang rukun islam yg pertama, bagaimana nak tunaikan rukunnya..sedangakn 4 rukun islam yg lain jelas tentang rukunnya…perkara ini korang boleh rujuk ustaz/ulama yg berhampiran korang, Tanya ustaz:
Bagaimanakah nak menunaikan hak kalimah Tauhid..?

InsyaAllah bila korang bergerak cari ilmu, Allah akan bagi jalan hidayat…insyaAllah..

(Amin, mudah2an…)

Aku nak tafsir Al-quran aku tak berani, sebab aku buka alim ulama..jadi aku tafsir lagu raihan-demi masa. Untuk cerita sikit lagi tentang MASA…
Ni adalah sebahagian lirik lagu raihan:

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran…
Ah...

Tafsir lagu:
Cuba tanya soalan kat org kapir:
Tanpanya anda kekal dalam neraka, dengannya anda selamat selama2nya…

Apa tu?
Itulah iman…

Kerana tu Allah sebut: Demi masa Sesungguhnya manusia kerugian MelainkanYang beriman…
Org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..
Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.
Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman
Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..
Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Yang tak de iman..isk…

KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk….

Tapi ingat!
Org yg beriman cam gini pun masih rugi,

Kenapa?
Kerana org yg beriman tanpa amal soleh akn di masukkan ke dalm neraka terlebih dahulu…
Paling kurang satu hari yg mana sehari di
sana bersamaan 1000 tahun di dunia..
Aku duduk beratur nak bayar ansuran keretapun dah rasa lama..oh…
Ya Allah selamatkanlah aku dan pembaca blog aku dari azab api neraka…

TETAPI…
Org yg beramal solehpun jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka…
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah ciri2 org munafik…
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2 datang hambaAllah lain mengadu..

-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat…
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja…

Siapa mereka2 ni..
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang, yg mana korang ‘best’ gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..

Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut…
Maka Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat org yg korang tak daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang masih datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika rumah flat..oh..bahayanya..

Org lelaki yg soleh, di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah…
-Isterinya..
-Ibunya…
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya….

Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..
Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan
MUFLIS!

Nota: Korang di sini bermaksud aku dan korang semua!!!!

Note: Kepada isteri, mak, anakku dan adik beradikku..apabila aku balik dari masjid…dan apabila korang bukak pintu menyambut kepulanganku, korang akan kena jawab soalan yg akan aku tanya, soalan seumur hidup, :
Dan solat ke Belum?
Kalau dah..alhamdulillah…kalau Belum, Siap korang,!
Aku ‘kerja’kan korang..!ingat ni!

Jadi kita yg dah seronot pergi masjid/surau solat jemaah..jangan lupa kat jiran2 kita yg tak solat..

Dalam kampong kalau ada yg lapar…jiran2 yg kaya dan tahu! tapi masih biarkan mereka lapar,,akan di soal oleh Allah!

Dalam kampong kalau ada yg tak solat…jiran2 yg ahli masjid dan tahu! tapi masih biarkan mereka tak solat …akan di soal oleh Allah!

“Oh Allah berilah kami kekuatan untuk mengajak jiran2 kami kepadaMu….”

DAN akhir sekali…org yg dah buat daqwah tapi tak istiqamah(berterusan) pun rugi jugak, kerana org yg tak istoqamah adalah org yg tak ihklas….untuk dapt ikhlas, kenalah berterusan buat baik dan ajak org buat baik…untuk dapt kekalkan amalan yg istiqamah ini..maka hendaklah SABAR….
Jadi the moral of the story is:

DEMI MASA,
ORG YG PALING TAK RUGI
DI DUNIA INI ADALAH ORG YANG :

BERIMAN
DAN
BERAMAL
DAN
BERDAQWAH
DAN
BERSABAR..

Dalam Al-quran guna ayat “DAN” bukan “ATAU”….(rujuk ustaz)
Dan ingatlah bila kita berdaqwah memang banyak ujian yg datang melanda..memang banyak kena bersabar.
(Lagu latar)

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Kerana itulah Nabi bersabda: jihad yg besar adalah menentang nafsu..
Jihad dalam perperangan:
-Menang dapat harta..
-Kalah masuk shurga

Tapi dalam jihad menentang nafsu:
-Menang belum tentu
-Kalah masuh neraka..

Isk..isk..menangislah wahai mata..kenapa susah sangat nak nangis nie..?hati gelap agaknya..oh…uhuk..uhuk..! sob..sob..

Kat akhirat tiada org ada masa nak buat rancangan “bersamamu’…jangan harap pada makhluk…oh…

KORBANKANLAH MASA TUAN YG SINGKAT INI KERANA ALLAH, UNTUK DAPAT KEBAHAGIAN DI SANA SELAMA LAMANYA…

InGAT!

Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selamanya tanpa jadi mayat…!
Allah Maha Adil kerana letakkan modal untuk untung di akhirat hanya dengan MASA…
Semua org ada MASA kecuali mayat…
Kerana itulah Firaun Sekarang, mintak MASA dengan Allah, walaupun sesaat..

Untuk korang habiskan baca blog aku ni …10 minit sudah berlalu…
Nyawa korang dan makin kurang…
Korang sudah hilang 10 minit untuk buat usaha masukkan diri korang dalam shurga…oh..

Ingatlah…Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’
Menuju tempat menjadi mayat…

Ps: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
-Sehat sebelum sakit...
-Tua sebelum muda...
-Kaya sebelum miskin...
-Lapang sebelum sempit...
-Hidup sebelum jadi…

MAYAT……!


52 comments:

ustazah rock said...

insaf. rasa nak nangis kerana tergolong dalam orang yang rugi.

TarakNama said...

Aduhhh....cakap bab nak bayaq cukai nie...akulah orgnya yg belum lagi isi borang LHDN nie....hari nie dah 25hb dah....tinggal 5hari aja lagi....rugi...rugi...

Hamka said...

Ustazahrock..

Akupun tergolong dalam golongan yg rugi..oh…

-------------
Tadaknama..

Nak senang, guna e-filling..aku dah buat, sekejap sajer..(promote)
Bayarlah cukai kat kerajaan Malaysia..
Ps: Pesanan ni khas untuk kau

blackpurple said...

Aku mengambil masa dalam 7 minit untuk membaca dan digest apa yang ditulis oleh sdr hamka...
RUGI? tak rugi membaca entry yang sebegini..
LEBIH RUGI kalau aku tak membacanya langsung..

Kita melihat RUGI pada perspektif masing-masing. Terpulang... Kalau kita percaya setiap KERUGIAN di dunia ini ada hikmahnya, KERUGIAN itulah KEUNTUNGAN. Itu bagi yang berminda positif.

Just my two cents...

-innocent girl- said...

salam...
yup rase insaf gak coz telah dan sedang berada dlm golongan org yg rugi...yup but bace post2 kt cni mmg x rugi...thnx cz bg bnde2 yg benefit..

ps:baru nk b'jinak2 ngan real islamic world...

ahli kubur wannabe said...

assalamualaikum semua...
oh mmg mmg mmg kita selalu rugi.....tapi tak rugi klu bc this blog.....lebih rugi klu tak baca this blog....huhu....

buat innocent girl...Alhamdulillah teruskan utk mendalami nyer...

"Belajarlah ilmu, kerana mempelajari ilmu kerana ALLAH adalah kebaikan dan menuntut ilmu adalah ibadah, kajian nya adalah tasbih, penyelidikannya seperti jihad, pengarannya adalah sedekah dan pemberiannya kepada ahliyah adalah pendekatan diri kepada ALLAH. ilmu adalah penghibur di kala kesepian, teman di waktu menyendiri dan petunjuk di kala senang dan susah. ia adalah pembantu dan teman yang baik dan penerang jalan ke syurga:
kata-kata Mu'adz bin Jabal (sahabat Rasulullah saw) yang dipetik Ihya'Ulumuddin oleh Iman Al Ghazali...
cewah jadi saudara Hamka lak reply her comment...

ni nak minta izin laa kat saudara Hamka sebab slalu promote blog ni kat member2 n sanak saudara...

buat Hafizbar...erm sape laa sebenarnyer yang kuburkan demunkbar tu???ish2x

takbir dan selawat!

kasturi said...

Alhmadulillah..input yg amat bermakna. Syukran ya akhi..

Aku ade satu soklan. Pasal yg ko tulis kat akhirat nanti, org2 akan kata kat TUHAN, " dia ni solat, tp tak ajak aku" So kita pahala kita akan kurang dek kerana tak ajak org buat baek...Soklan aku ialah: macam mana nak buat, klau kita ni jenis dah habes2 try nak ajak org buat yg amar, tp end up tak berdaya (kes lemah iman le ni)?Iskkk..tolon2

Lastly, aku nak tegur la tulisan ko..BERDA'WAH, bukan BERDAQWAH.Ejaan yg salah membawa maksud yg salah dan obviously, lain makna..klau ko guna Q, sama la cam ko eja guna huruf qaf...salah tu..sepatutnya 'ain. Da'wah dlm arab asal dr perkataan 'DA'A', maksudnya ajak.

Just my 2 cents.

kasturi said...

hooo aku tidak perasan blackpurple pon menggunakan perkataan just my 2 cents...
phrase tu memang pemes kat tmpt aku ni :)

hitomi said...

wa, entry yg btl2 menginsafkan...sy pon mo nangis juga coz tergolong dalam org2 yg rugi...bertekad mo jadi org yg beruntung...hehehehe...

bayar cukai??? sy baru jak mula keja, kena bayar cukai juga ka???hehehehe....

Hamka said...

blackpurple

tahniah, kerana anda faham apa yg saya maksudkan..
anda telah mendapatkan keuntungan itu..
tahniah…
he he he

----------
innocent girl-

salam...
real islamic world... ?
oh..
Welcome to the next world…
by keretamayat…the last transport.
Or u’r still in ‘wonderland’
Kekekeke

------------
ahli kubur wannabe

walaikumusallam..
boleh2 aku izinkan(senyum)
belajarlah ‘insaf’ dari mayat….

takbir dan selawat!

--------------
kasturi

Manusia ni adalah makhluk yg tertarik dengan hadiah/kelebihan..ni katogory manusia yg berakal…(nak kena cerita panjang-lain kali)
Banyakkan belajar ilmu kelebihan berdaqwah.ops..berda’wah
insyaAllah di sertakan dengan niat yg betul..hanya kerana Allah
(bukan nak betulkan org!)
amalan sedikit tapi istiqamah sangat baik…
yg penting istiqamah…
kalau tak mampu jangan salahkan jiran/keadaan/Negara/kerajaan etc
salahkan diri sendiri!
Banyakkan doa..

Amalkanlah apa yg kamu(aku) sampaikan!

Ps: tegurlah aku…aku memang bodoh bab2 tulisan arab yg dirunikan…terima kasih sayang.(aku sayang pada org yg tegur aku, he he he)

------------
hitomi

Bayar..jangan tak bayar…he3

-innocent girl- said...

salam...
hehehe..yg real islamic world tuh..i mean afta skool la..dlu time skolah(asrm pnuh) mmg la ade jd naqibah tp i rase plg hampehla...x spenuh hati..skang ni klu ade wat come back 2 skool pon jgn hrp la mau dtg...ntah..hidayah x t'bukak sgt lg kot...ssh juga ye..doakan i..

-innocent girl- said...

salam...
once again...nk tnyer sket.bleh ke klu kte sentuh or salam ngan bf/gf?coz ade kwn i ni dier kt xpe asalkn x diiringi nafsu..n dier pon slalu salam wit her bf....plz gimme sum xplanation...opps..mayb da slp tajuk eh?

hafizbar said...

buat lubang,
gali lubang,
masuk lubang,
tanam lubang kubur sendiri.

bwahahaha. sekian dimaklumkan drp karam singh walia wannabe. sayalah pemantun terhandal.

-hafizbar-

Hamka said...

GIRL..

Aku tak pandai lansung pasal hokum-hakam..kerana aku bukan ahlinya(ahli fatwa kebangsaan)
Aku ingat supaya next time korang semua jgn Tanya pasal hokum-hakam, sebab benda tu dah jelas..korang boleh Tanya aku soklan2 yg berbentuk pendapat atau mendapat pendapatan lumayan(tak lawak)..tapi kalau korang Tanya gak..aku still akn jawab…dan jangan telan 100% apa yg aku tulis…rujuk ustaz lain..rujuk dengan ikhlas..
Apa2pun aku takkan merendahkan sape2 punya soalan…
Org yg bodoh dan sombong sajer yg menghina org yg tak tahu..
Jangan bisik..”ihsh..itu pun tak tahu ke?”
Korang ingat korang lahir terus ketawa ke?

Berbalik kepada yg bertanya…
Aku yg buta arab ni berkata…
Bila ayah kita sebut: jangan menghampiri babi
Bermakna hampir pun tak leh..apatah lagi sentuh/jilat/buat ‘love bite’ etc…
Zina ada banyak
Zina mata
Zina telinga
Zina fikir/khayal
Moral: jangan hampiri zina..
Jangan buat ‘love bite’ walaupun tanpa nafsu!

Ps: tengahari ni pergi tengah padang di bawah panas matahari..fikir balik apa yg aku kata..ok!

--------
HAFIZ

Aku terer pantun gak..

BUDAK2 PERGI SEKOLAH
PERGI SEKOLAH NAIK BAS
BUDAK2 BALIK SEKOLAH
BALIK SEKOLAH NAIK BAS

Ha ha ha!

kakashi_sensei said...

salam~uhuh...
nk tolong jwb gak uh

-innocent girl-..
sbnanye ak pun x paham nape
bbdk zaman skang ne ske uat bnde bukan2..

kalo yg jahil tu satu hal r nk pegi buat bnde bkn2 ngan bf..

yang cukup ilmu agame plak g cari dalil yg kate nabi x larang..

hadei..seram ak ngan org2 zmn skang ne..

smue pun tau bnde tu salah..hukumnye ape..
sudah tntu bukannye wajib,sunat maupun harus..
so yg tggl hanyelah HARAM..
huhu..Wallahu a'lam..

sbg peringtn pd diri sniri jgak je...

p/s:kalo korang bosan2..pegila bukak buku2 hadith:
1-matan arbain- [Imam Nawawi]
2-bulughul maram- [al-asqalani]
3-riyadhusalihin- [Imam Nawawi]
4-ar-ruh - [ibn qayyim]
5-tafsir mimpi [ibn sirrin]
6-talbis iblis- [ibn qayyim](sesuai utuk org yg ske buat bid'ah)

++++dan byk lagi....uhuh..byk bnde x buat lagi..adakah ak tmasuk org2 yg rugi sbb melilau lam ni x tnt pasal.na'uzubillah

Hamka said...

engkau rugi sebab tak kahwin awal2
ha ha ha!
Ps: khas untuk kakashi sensei

kakashi_sensei said...

hinshins..
ak budak bwh umo r...
blum leh ngundi laie pung..

p/s:sila rujuk ustz anda yg sahih ilmu agamenyer if x paham bace buku2 yg disenaraikn sebentar tadi...

sekian!ma'as salam!
ma'at taufiq wannajah!
esok xam kui 8.30!

Hamka said...

He he he..

Tringat aku zaman muda2 dulu..ha ha ha

Kalau aku berjanji ngan kawan,

Cth satu
“Kau tunggu aku kat sana, jangan ke mana2, kalau aku tak datang jugak sampai pilihan raya seterusnya..baru kau blah..ok?!”

Cth dua
Time nyanyi..
Ok semua! ..ulang chorus sampai pilihan raya akan datang..ulang lagi!

Cth 3
Bila lepak rumah member..
“bila kau nak balik ni?
Bila kerajaan umunkan tarikh pilihan raya kat radio nati, aku balik lah..

Ha ha ha..
Terharu bila kenangkan zaman muda2 dulu..
Tak lawakpun…tapi tu dah jadi ayat routine word

budak shams said...

yeyeyeyeye.. lagi 5 tahun nak masuk 21.. nanti buleh mengundi..

nai said...

nasyid lama tu memang best..memang insaf

" Memadailah mati sebagai peringatan"- Saidina Umar

lemahnya diri sendiri

gitartong said...

saya pun rugi kerana lewat membaca blog ini dan meninggalkan komen. isk..isk..isk..

Hamka said...

budak shams
5 tahun lagi? Mudanya engkau…!

-----------
nai

Engkau memang best..

" Memadailah mayat sebagai peringatan"- Muhammad hamka

----------
gitartong

isk..isk…

-innocent girl- said...

salam...

thanx a lot...

~an intelligent enemy is worth more than a stupid friend...~

kakashi_sensei said...

salam..
wehr..
patut ko delete je komen2 yg puji2 ko..
mcm x relevan je kate rugi x bc blog ko huh..
dulu nabi penah kate..
elok baling pasir je kat org yg puji kite lebe2..
tau sbb ape??
sbb takut riak..
riak tu kan syirik kecil..
rase diri mcm baguzzzz lebe drp rase Allah hu Akbar..
moga2 Allah pelihara nko,ak n kte smue drp rase riak tuh..

p/s: lagi rugi bile x dpt join solat jmaah, x smpat bace quran,tafsir n hadith, x smpat stadi lam 1 ari, bile azan subuh yg kejutkn ak, bile duk dpan pc melilau-lilau....bile x buat ape2 sdangkn byk bnde nk kne uat (malas2)..

-innocent girl- said...

salam...
wah..da selalu plak kte mau singgah cni...jz saje2 je...

~And not equal are the blind and those who see, nor
are equal those who believe, and do righteous
good deeds, and those who do evil. Little do you
remember! Quran(24:58)~

Hamka said...

-innocent girl-

salam..

sejahat2 syaitan tak pernah mengaku tuhan..

moral; syaitan jahat, tapi ‘manusia’ lagi jahat!.

--------
kakashi_sensei

HA HA HA

APA ITU RIAK?

Nanti aku tulis, panjang2..
He he he..

HA HA HA!

PS: Terima kasih bagi idea..(sengih)

linanilza said...

rasa rugi plak tak bagi komen kat blog nih.. tp tak tau nak komen amende..
best arr topic kali ni..

Hamka said...

Linanilza

He he he,
Kau tak tau nak komen amende?
Mari sini aku cerita satu komen yg best,
Dipetik daripada: http://datoseri.blogspot.com/
Komen untuk post: “apa itu taqwa?”yg tak aku sambung2kan lagi sampai la ni…(riak kah aku?)

--------------
March 29, 2006
masih lagi bosan
*bismillah*


terkesan dari membaca entri hamka smlm, membuatkan aku berfikir. apa guna kita ada blog ni? apa makna kita hari2 baca blog? apa makna wujudnya blogger tegar? apakah ia sesuatu pembaziran masa dan tenaga? atau ada sesuatu yg berguna dari blog?

"tadi aku makan nasik minyak, sekarang ni rasa ngantuk pulak, nak tdo la..."

apa pendapat anda bila ada baca sesuatu entri tulisannya sebegitu? sia-sia atau ada makna? aku tgk ayat tu dari 2 segi. kalau kita jenis yg kata gelas separuh kosong, mmg ayat tersebut tiada makna. tp bagi mereka yg melihat gelas separuh penuh, tentu ayat itu ada makna, iaitu jgn mkn nasik minyak nnt ngantuk.

setelah hampir 2 tahun aku menceburkan diri dlm dunia blog ni, aku dah lupa apa sbb sebenar aku mula2 terjun dlm dunia ni. seingat aku, seorang sahabat yg memberi cadangan. yer, seorang sahabat. acid rain nama sibernya. pada mulanya hanya dia saja rakan blog aku. kemudian bertambah sedikit demi sedikit sehingga skrg sudah tidak terhitung lagi. bagi aku, tiada satu blog yg aku lawat setiap hari tiada makna. paling tidak, aku akan dpt sesuatu yg baru. contohnya mkn nasik minyak nnt mengantuk.

secara ringkasnya blog yg aku baca semuanya tidak menghampakan. pelbagai maklumat boleh aku dapat dari entri2 mereka. maklumat tentang kesihatan, kewangan, pendidikan, isu semasa, resepi dan mcm2 lagi. paling tidak pun aku tahu ada org yg senasib malah yg lebih sukar kehidupan mereka dari aku. oleh kerana itu, terima kasih kepada semua rakan blogger.

-ATOK-

nur balqis said...

aku masih rugi
kerana
masih mencari
sinar yang ntah bila
kan menjelma

aku masih merasa rugi
bila
jiwa kosong tak bertepi

aku masih jua merasa rugi
kerana
aku kini meniti pelangi
yang makin ku cari
semakin pergi!

Anonymous said...

hmmm..
terbaca komen dari -innocent girl- yang bertanya soal bab sentuh2 ni...
saya ader terdengar satu hadis..
maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

errmm..
pandai2 pk

TarakNama said...

yesss........hari ini aku sudah berjaya menyetelkan LHDN aku....dan dah berjaya hantaq by-hand lagi..

sory aku tak guna e-filling lagi hamka...sbb aku masih mampu isi pakai borang lagi....

dan yg paling gumbira aku takkena sesen pon kasi kat LEMBAGA tuuuu....semuanya habis aku perabihhh kannnn...........

JADI KEPUTUSANNYA AKU TAK RUGI LAA..

INI BAB LEMBAGA AJE LAA YG LAINNYA AKU TAK PASTI...YG MANA RUGI YG MANA TAK...SBB AKU BUDAK BARU BELAJAR...

Hamka said...

nur balqis

oh..shah-dunya..
sila hadkah kerugiaan anda!

--------
Anonymous

Terima kasih..
(senyum)

-------
TarakNama

Tahniah..
Ha ha ha!

ZulGTZ said...

Org yg plg rugi adalah golongan MURTAD! mereka terlepas satu2nya peluang ke shurga!

mari kita doa mereka kembali ke jalan yg benar!

mat said...

kepada Anonymous

ada mazhab yg benarkan sentuh lalaki perempuan, tak batal air wudhu pula tu!
tak percaya , tanya ustaz:
mazhab mana yg org ikut semasa haji.

harap maklum!

Hamka said...

ZulGTZ
Benar!
Amin..

mat

aku bukan ustaz nak jawab he he
tak semestinya benda yg tak membatalkan wudhu tu elok…
cth:
-mencarut tak batal wudhu
-berjalan bogel tak batal wudhu
-menonton video lucah tak batal wudhu
-meraba buah dada wanita dengan berlapik tak batal wudhu
-mengumpat tak batal wudhu
-memakai coli(lelaki lah ni) tak batal wudhu

fakir-fikirkan lah…-

Najwa Aiman said...

ruginya air mata yg menitis selama ni..........

Hamka said...

Air mata? Satu ungkapan yg menarik, hingga membuatkan aku terangsang untuk bertanya:

“Kenapa ni?”

Hamka said...

Tambahan:

Perkara 2 yg tak batal wudhu tapi tak elok..

Berjalan berpimpingan tangan dengan anjing..

budak shams said...

rindunye kat blog nie..

-innocent girl- said...

~hEpI lAbOuR dAy~

---->but tugas kepada allah,diri sndiri n agama x pernahnye selesai n ade rehat...jihad fisabilillah...ukhwah fillah lestari selamanyer...

Anonymous said...

mekaseh bro hamka.satu tazkirah yg terkesan kat ati...dah lama tak jenguk ko nyer blog..dulu aku selalu singgah kat blog ko nih sbb byk masa free,skran nih kejer lebih byk dari masa aku..tp dah tuh semua sunnah org berjuang,aku redha..aku nak cadangkan kat ko supaya tulih ringkasan dulu ape point ko nk sampaikan,utk org sibuk cam aku nih baca gak walopon skit..=)
semoga terus istiqamah

Anonymous said...

hmm..
kepada mat, saya pun bukanlah seorang yang terlibat dalam bidang agama ni..
tapi alhamdulillah, Allah mengurniakan saya kefahaman untuk memahami soal sentuh2 lelaki dan perempuan ni..

mengikut mazhab tu mmg la tak batal wudhu kalau bersentuh lelaki dan perempuan..tapi kan tu ikut jugak keadaan..contohnya waktu haji..sebab orang ramai sangat, nanti kalau tersentuh mase tawaf ke..jenuh la nak gi amik wudhu balik..pastu tersentuh lagi patah balik amik wudhu' balik..kan cam menyusahkan je..
tapi setahu saya mazhab yang sama tak pernah menghalalkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim secara sengaja..
lagipun ulama'2 mazhab ni mmg berpandukan hadis biler nak tetapkan sesuatu hukum..

takkan la ulama'2 ni nak lawan hadis atau kata2 rasulullah SAW yang dijanjikan oleh Allah setiap perkataan dan perbuatannya itu sebagai wahyu dari Allah..kan..kan..kan.??

tapi suke lagi bile saudara hamka bagi perumpamaan..
tak semestinya bende yang tak membatalkan wudhu tu elok atau halal..
wallahua'lam

Hamka said...

Budak syams..

Akupun rindu gak, he he..
Aku masih belum menjadi mayat..
Akan tiba satu hari nanti:
Eh dah lama blog keretamayat tak update, kenapa ha?
Lalu isteri aku hantar komen:
Ustazahrock: hamka sudah jadi mayat…

Oh..sahdunya…

--------
Innocent girl

Benar..kau dah bagi aku idea untuk menulis..terima kasih
(semuanya dari Allah)

--------
Anonymous

Terima kasih dan siapa anda?
Siapa mat?
Siapa?

hafizbar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hafizbar said...

``ukhwah fillah lestari selamanyer"

aku kenal ayat ni hehehe

-hafizbar-

Hamka said...

siapa tu fiz? emailah aku..

hitomi said...

ingat kan sy sorang jak yg lama tia update blog...rupanya en. Hamka pon sama...hehehehe...what's up???

Hamka said...

Hitomi..

Kuang3x!
Aku rasa kau kena refresh link kau balik..patutlah kau dah tak datang sini, aku ingat kau dah jadi mayat…oh..

Aku dah tulis:
Previous Posts
• Apakah amalan keluarga bahagia?
• Salah siapa?
• Kiamat Sudah Dekat?
• Benarkah dunia ini sampah?
• Anda di CACI?
• Bagaimana tidak MENYESAL?
• Apa ada dalam HIDUNG?
• Bagaimana nak dapat HIDAYAT?
• Apa kerja sebenar anda?
Baik kau pergi update cepat..kuang3X!!!
He he he..

Nurul Farhah Amalina said...

huh .. taubat sungguh bce bnde ni ... nk copy bleh ? mntak halal ye ..

Hamka said...

boleh, no problem..

coki-coki said...

sedihla bce entry nih.. isk5

coki-coki said...
This comment has been removed by the author.