Apr 10, 2006

Apa itu BIDA'AH?

(Straight to the point)

Apabila Gubra buat cerita ‘dua dalam satu’, aku pun mengada2 nak cerita ‘ dua surat dalam satu jawapan…’

Surat satu:

AsSalam'alykum..
owh~wehr..ak terbaca surat2 utk anak kao dalam blog kao..

1.ayah ambil Adha dan Azan…dalam bilik panjang tu

2.Lepas tu Ayah azan..sama waktu dengan azan zohor

tahukah anda perbuatan azan utk anak yg baru lahir TIADA dalam SUNNAH
nabi..

member aku buat Masters dlm usuluddin..buat research pasai ni..
tapi aku x tau plak ape hukumnya kalo buat..
BID'AH la kut..

aku ada bace paperwork die..kalo ade soft copy aku send kat KO..
cube2la ko try tanye kat ustaz2 ko..

sekian terima kasih..

Surat dua:

salaam 'alaik..
eyh.. nta punye blog bagus laa.. jarang jumpe blog mcm nie.. teruskan usaha nta.. ana nk tanye skit pendapat.. ape komen tentang penyanyi nasyid? sekadar nak popular ataupun nk sampaikan dakwah? ramai jugak kawan2 ana complain nasyid nie nyanyi lagu jiwang2.. erm..

p/s: ana bukannye minat nasyid pun.. sekadar ingin mendengar pendapat nta..

Jawapan (yg tak macam jawapan…oh..)

Antara perkara yg membuatkan org masuk neraka adalah: ingkar dengan Allah atau dengan bahasa yg selalu kita dengar : SYIRIK!

Lepas tu, siapa pulak yg masuk neraka?
sudah tentu org yg derhaka pada Rasul dan Nabi..atau dengan bahasa yg biasa kita dengar: BIDAAH…!

Apa itu syirik?
Syirik adalah yakin selain Allah pun ada kuasa..menyekutukan Allah..

Apa itu bidaah?
BIdaah adalah pembaharuan dalam ugama..Nabi tak buat..tapi korang pandai2 buat..yg kononnya agama menjadi maju dek penambahan korang yg baru tuh…!

Apa akibat org yg buat bidaah?:

Selamba cakap; masuk neraka!(ya Allah, selamatkanlah kami…)

Maka akan timbul soalan2:

-Nabi tak naik keta, mengapa ada ustaz naik kereta.?

-Tahlil bagus..boleh buat org berzikir.

-Baca Yassin malam jumaat ok, apa! Umat sekarang dah sibut sangat..bila lagi nak ngaji?

-Nasyid ok apa. I selalu menangis bila dengar lagu nashid…

-berarak berjalan kaki sambil selawat sempena maulud rassul-salah ke?

-marhaban di astro kan bagus…

Bla bla bla bla (aku kata:no kemen)

Di nasihatkan korang membaca post : “Apa itu sunnah?” sebelum meneruskan pembacaan artikel ini bagi menambahkan ‘aroma’ kefahaman korang…(cheh!, gaya seorang blogger yg perasan dan sombong lalu mengarahkan pembaca2 blognya yg sibuk dgn urusan peribadi, pergi baca post lalu… cis!)

Di nasihatkan juga, oleh kerana penulis bukan ustaz, korang boleh masuk tandas dan tarik pam tandas:, apa2 yg korang tak berkenan!

Aku tak nak letak hukum dan keluarkan fatwa yg mana satu bidaah, yg mana satu tidak..aku nak cerita apa yg aku paham tentang bidaah..kalau ada salah.TOLONG ‘jolokk’an.(please…ajarlah aku agar tidak menyesal di akhirat kelak..).aku budak baru belajar nak jadi baik…belajar menjadi ‘kool’ di pandangan mata org kapir…supaya bila org kapir lihat org islam yg begitu ‘kool’..maka berbondong2lah mereka dtg pada islam..tapi sayang la ni org kapir pandang islam serendah-rendahnya..sehina-hinanya…oh…Member aku cerita..satu hari dia tengah telepon kat public phone ..tiba tiba datang org kapir yg sangat ‘suka’ kat dia..(tak kenalpun) org kapir tu cakap..member aku ni begitu ‘kool’…dan nak ajak berborak2..lepas berborak2 hampir setengah hari..org kapir ni terus masuk islam..argh..lain kali aku cerita pasal mu’alaf nie..kita cerita pasal bidaah dulu…

Andaikan bangunan KLCC runtuh...lalu kerajaan Malaysia perintahkan korang selaku Menteri Besar waktu tu.. buat balik bangunan KLCC sama ‘sebijik’ macam asal…pening jugak kepala korang sebab pekerja asal dari Bangla dan indon yg bina bangunan tu dah balik kampong diorang..lepas tu arkitek pulak dah jadi mayat/mati(contoh ajer..)…so camne nak buat?

Tak susah pun, yg penting ada ‘drawing’ yg asal..just follow drawing maka bangunan KLCC yg sama akan dapat di dirikan walaupun guna pekerja asing yg baru..dari Burma atau Pnom pheh barangkali…

Begitu jugak ugama islam yg telah ‘runtuh’ ini..begitu dahsyat..masjid kosong perkara biasa..org perempuan islam kat rumah pakai baju ‘mak’ kat luar pakai baju ‘adik’..pusat dan pandai pakai subang bla bla bla bla ..apa nak buat?..Nabi dah wafat..sahabat juga dah wafat 1400 tahun yg dulu…

Tak susah pun, bukankah Nabi s.a.w tinggalkan Al Quran dan hadith yg bertindak sebagai ‘drawing/manual’ yg ‘asal’…maka jika korang follow ikut drawing yg asal, maka ugama akan kembali ‘bangun’, akan kembali cemerlang, gemilang!..walaupun korang adalah org melayu, bukan org arab…CUMA YG JADI MASALAH bila korang nak buat PEMBAHARUAN…BIDAAH! Maka confirm ugama yg asal takkan dpt terbina!..

Macam KLCC tu jugak..bila korang buat perubahan dari struktur atau lain2,,memang tak jadi KLCC lagilah..tak jadi macam twin tower ..tapi jadi macam batu nissan kubur pulak.! Huh! Meradanglah PM waktu tuh kat MB dia..oh..!

Untuk maju dalam urusan dunia: kena pandang ke’hadapan’..
Untuk maju dalam urusan ugama: kena pandang ke’belakang’..

(Do you know what I mean?)

Maka memang tak boleh buat pembaharun pun dlm ugama! Kalau korang buat jugak, korang telah mengHINA ALLAH dan RASUl..

Seolah2 , apabila Allah dan Rasul keluarkan kenyataan ugama already completed ..korang declare dengan buat modification or renovation ..yg konon2nya bagus untuk ugama! Macam bagus…Engkau SAPA HA? !

Ugama islam dah complete, jangan buat jadi complicated!

Sehingga Allah Murka,

Sehingga Nabi halau kat padang mahsyar..

Sehingga ada yg murtad sebab amalan org islam yg pelik2..

Sehingga org kapir pandang rendah kat korang!

Untuk bagi faham lagi tentang bidaah nie..biarlah setan yg terangkan pulak..

*Setan kata:
Aku bengang betullah dengan manusia nie, bila dia buat dosa macamana banyakpun, pasti Allah akan ampunkan dosa mereka yg bertaubat…lalu aku fikir macamana nak buat manusia ni supaya tak bertaubat…akhirnya aku dah jumpa caranya, iaitu hasut manusia supaya buat amalan bidaah, yg mana manusia sangka amalan bidaah itu ibadat..maka bila manusia telah anggap itu ibadat, maka mereka tidak akan bertaubat selama-lamanya.!bila tak bertaubat..dah tentu masuk neraka!

*(dari hadith..lebih kurang maksud…)

Huh! Sekarang

siapa yg nak bertaubat solat jemaah kat rumah bersama isteri?

Siapa yg nak bertaubat berdaqwah melalui nashid?

Siapa yg nak bertaubat solat lengah2!

Siapa yg nak bertaubat bergaul dengan bukan muhrin?

Siapa yg nak bertaubat kencing berdiri!

Siapa yg nak bertaubat minum air ngan tangan kiri?

Siapa? Siapa?

(AKU……..!)

Ada org yg taat perintah Allah tapi tak ikut cara Nabi, dia ikut nafsu..

Cth: balik kerja korang rasa penat..nafsu suruh rehat..tiba2 dengar azan..korang ikut nafsu…korang rehat dulu…sat lagi korang sembahyanglah..oh..bertaubatkah..kerana itu adalah bidaah! Kerana korang taat perintah Allah tapi cara nafsu kou..bukan cara Nabi…

Kalau korang tak buat bidaah pun..sebaik sajer lepas solat berjemaah kat masjid..Nabi still suruh kita istigfar, kerana takut2 manalah tahu ada salah sana-sini..itu yg dah betul confirm sunnah punya amalan still kena bertaubat, takut ada yg tak betul…apatah Kalau yg bidaah! lagi2;lah kena TAUBAT!

TAHU BUAT, TAHULAH TAUBAT!

mamat kata: tapi Hamka, ada gak bidaah yg baik..macam bidaah ‘hasanah..’

Memang ada bidaah yg baik, tapi bidaah tu di buat tanpa korang rasa yakin dapat menambahkan kemajuan pada ugama…cth: pasang lampu/kipas ngan karpet kat masjid..memang nabi tak buat…dalm masjid takde pun takpe..dan kalau korang buat,,bagus..sebab bagi keselesaan pada ahli jemaah…tapi la ni masjid semua ada kipas dan karpet..tapi still kosong gak..kenapa? kerana org datang ke masjid bukan sebab ada kipas dan karpet..sebab iman diorang lemah!

Org pergi ke masjid bukan sebab ada speaker ..karpet, kipas dan sebagainya..tapi kerana hatinya yg telah di ‘takluk’ oleh masjid…

Jadi bila korang pasang kipas dan karpet..no problem! Korang dpt pahala,,tapi jangan korang fakir..OH DENGAN PASANG KIPAS DAN KARPERT..UGAMA akan meningkat! Jangan hina Allah dan Rasul dengan sesuatu yg baru dari kepala hotak hang…!

SAtu org alim bagitahu bahawa bidaah hasanah adalah perkara 2 yg berkaitan dengan dunia yg memang nabi tak buat seperti teknik menanam betik, teknik memancing, teknik kahwin pokok, cara2 memetik kurma, cari rezeki…bla bla bla bla..lantak korang, sebab tak kena mengena dengan ugama, janji tak langgar hukum syarak. Kerana itu ada Satu hadith lebih kurang maksud; “kamu lebih mengetahui dunia kamu’…

Kerana itulah bila sahabat bertanya pada Nabi tentang hal ehwal dunia ..Nabi cakap tak tahu dan nabi tak komplen apa yg sahabat buat…tapi bila bab ugama..Nabi sangat tegas! Dan Nabi mencela org yg membuat pembaharuan dalam ugama…
Orang yg membuat pembaharuan dlm ugama adalah org yg tak taat!

Agama ni taat! Buat setakat yg disuruh buat!

Nabi perintahkan sorang sahabat pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YG DI SURUH BUAT. Maka dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam.(rujuk ustaz-aku sendiri yg kena rujuk dulu, oh)sekian.

Lantaran itulah, seorang khalifah islam berkata dengan lebih kurang maksud:

“sekiranya di zaman Nabi org bayar zakat unta termasuk tali pengikat unta, di zaman aku siapa yg bayar zakat unta tanpa tali pengikat unta, maka akan aku perang org itu!...aku tidak mahu sebarang pembaharuan dalam ugama berlaku di zamanku…”

Mamat kata: eh hamka, amalan yg kau kata bidaah ni, dah lama di buat oleh nenek moyang kita, apa cerita? Takkanlah mereka masuk neraka!

Aku kata: samalah macam zaman Nabi dulu..bila Nabi cakap Tuhan satu..Abu Jahal bilang; eh..nenek moyang kita dah lama sembah 313, tuhan..bla bla bla bla bla

Nota: nak ikut nenek moyang ke, nak ikut Nabi?

Iklan:

Oh…aku hanyalah di ibaratkan seorang ‘peninju’ yg ‘menyerang’ korang dengan hebatnya, tetapi sekiranya ada peluang untuk ‘menyerang balas’ atau bila kelemahan aku terdedah, tolonglah serang aku balik, serang ditempat kelamahanku , iaitu pusat, tengkuk, buah pinggang dan kemaluan..ajarlah aku agar aku tidak menjadi ‘peninju yg sombong’!...

Sambung balik:

Tapi ada gak pendapat yg benarkan bidaah2 ini… tapi tertakluk pada terma dan syarat…
Satu contoh..engkau dah kahwin dengan si linanilza..tiba2 kau jatuh cinta pulak dengan aishah…tak salahpun kalau kau kahwin ngan aishah..yg salah kalau kau ceraikan/abaikan linanilza..paham!

Begitu jugak..ugama..Nabi dah ajar solat jemaah kat masjid dan kau pulak nak solat jemaah kat rumah ngan anak bini..tak salah.! Dengan syarat kau dah solat jemaah kat masjid..yg salahnya kau pergi tinggal solat jemaah kat masjid dan solat ngan anak bini kau kat rumah..ha itulah bidaah!

Engkau declare sebagai pendaqwah melalui blog, itu kubur punya pasallah, tapi jangan pulak kau tinggal Daqwah cara Nabi ajar kita..mengerti?!

Engkau nak berdaqwah melalui nashid? Berdaqwahlah..lantak kaulah..tapi jangan tinggal daqwah cara nabi, bagaimana daqwah cara nabi? ha! Pergilah belajar ngan ustaz!..Takdenye Nabi dan ulama’ yg berdaqwah ngan lagu cam kaou!..

Saya berdaqwah ngan ikhlas..belilah yg original…

Ha ha ha…surah yassin cakap: “ikutlah org yg tidak meminta upah pada kamu’..lebih kurang maksud..ayat berapa aku tak ingat..oh jahilnya aku…

Engkau nak baca blog aku hari2 sebab korang rasa insaf..bacalah! tapi jangan sampai tinggal baca AL-quran dan hadith hari2…kalau begitu aku kena mintak ampun ngan Allah sebab dah buat korang berpaling..oh..tidak..aku tahu pembaca blog aku bijak-bijak belaka!

Tapi hamka, walaupun bidaah..tapi saya rasa insaf..macam nashid..saya dengar sampai nangis..saya ingat, lepas habis belajar nanti..saya nak jadi penyayi nashid pulak..supaya org lain pun insaf dengar lagu saya…

Aku kata: tak semestinya apa yg buat kau insaf tu baik….kalau kau insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya…kenapa engkau tak jadi mayat yg bergelimpanagn di pembahagi jalan raya jugak supaya org lain insaf…OH!

Ingat..buat daqwah ni jangan niat nak betulkan org! dulu Allah tegur Nabi yg agak kecewa bila bapa saudaranya enggan masuk islam…Allah bagitahu, bahawa:, daqwah kerja kamu, tapi hidayat adalah kerja Allah!

Kejayaan daqwah bukan org ikut kita,
Kejayaan daqwah bila kita berjaya amal apa yg kita sampaikan…

Sebab tu ada Nabi yg sikit sajer pengikutnyer …Nabi Nuh misalnya, daqwah 950 tahun..yg ikut tak sampai seratus..NO problem..Nabi Nuh tetep berjaya di sisi Allah kerana daqwah adalah kuality bukan kuantity!
Buatlah daqwah cara Nabi, buat dan buat lagi, dan lagi..(jangan berhenti-istiqamah.)

Kalau org tanya:
“sampai bila nak daqwah2 nie?”
korang cakaplah: “sampai mati, tapi… bila mati? Besok? Kalau aku mati besok, sampai besok sajelah! Ha ha ha!

Org yg buat daqwah dengan niat org tu ikut kita akan dapat dua perkara:
1. marah
2. putus asa.

Moral: buatlah daqwah kerana itu adalah perintah Allah, daqwah kerja kita, hidayat kerja Allah, tapi ingat antara syarat amalan kita di terima, pertama ikhlas, kedua: cara Nabi…amalan bidaah walau camne ikhlaspun kena tolak..contoh, korang ikhlas nak makan daging itik..tapi korang rendam itik tu dalam air) sampai mampus…memang haramlah sebab korang makan bangkai.. (bidaah, bukan cara Nabi ) atau cam korang gi cium bini org ngan ikhlas,,,mampuslah korang kena tampar ngan suami dia…lepas tu mati masuk pulak dlm neraka berpimpingan tangan dengan firaun! Nauzubillah….

Seorang budak ‘U’ mana ntah yg bernama ‘kiran’(nama sebenar) practical kat tempat aku kerja..marah2 aku bila aku tak setuju ngan berdaqwah melalui nashid…

Dia cakap: en, hamka..kat Indonesia ada org berdaqwah melalui wayang kulit tau!..boleh apa berdaqwah dengan nashid…

Aku kata: lantak engkaulah..sekarang ni dah nak zohor..lagu apa kau nak suruh aku nyanyi supaya kau boleh ikut aku gi solat kat surau?

Kiran: er,,kau pergilah dulu..aku kena makan dulu, kalau tak solat tak khusuk!..

Aku kata (dlm hati) : oh..umat sungguh menderita sekarang..termasuk aku….

Moral: jika korang nak buat sesuatu yg Nabi tak buat..pastikan ianya takde kaitan ngan ugama, ..

Dan bila korang nak buat yg sunnah pulak..pastikan ikhlas..sebab macamana sunnahpun korang buat, kalau tak ikhlas…pun tak diterima…nauzubillah….

Apa itu ikhlas? Pergilah rujuk ustaz…aku pun.…

JIKA KAMU MENYANGKA ADA MUSUH YANG LEBIH HEBAT DARI DIRIMU SENDIRI, MAKA KAMU BELUM MENGENAL DIRIMU SENDIRI…

DAN JIKA KAMU MENYANGKAN ADA PERLINDUNGAN YANG LEBIH HEBAT DARI ALLAH, MAKA KAMU BELUM MENGENAL ALLAH….

Moral: JANGAN PANDAI 2 NAK TAMBAH 2 AMALAN DALAM UGAMA ISLAM YG SUDAH SEMPURNA NIE….

PS: KALAU TAK PANDAI ORANG PANGGIL BODOH DAN TAK BAGI BUAT KERJA,
KALAU DAH PANDAI ORANG BAGI BUAT SEMUA KERJA
HAAAAAAAAA! ITULAH PANDAIIIIIIII SANGAAAAAAAT!!
(kalau ko pandai cuba tanam mayat ko sendiri!)

41 comments:

Hamka said...

PENCERAMAH JEMPUTAN
Bukan ustaz: En.HAFIZBAR

nasyid?
nasheed?
nak sh*t?
ana sh*t? ke enta yg sh*t?

aku dengan berbesar hati dan berbangga diri mengumumkan bahawa aku adalah kipas-susah-mati (adaptasi majalah gempak) untuk nasyid dari sek rendah sampailah sek menengah. tapi tu cerita dulu...

-->>ada nasyid suh orang semayang, ikut cakap mak bapak, etc. tapi tu cerite dulu
-->>ada nasyid yang guna kompang, rebana, shaker. tapi tu cerite dulu
-->>ada nasyid yang kasi meleleh air mata, keinsafan. tapi tu cerite dulu

tiba satu masa nasyid sudah dicemari dengan sh*t...
-->>semua jenis lagu ada... cinta, kasih, macam bangsat

"alaaa... kami nak menyesuaikan gaya lagu kami dengan rentak anak muda sambil mahu mereka sedar dan insaf dengan liriknya"

aku reply: "b***sh*t... cuba ko cek kat jakim ke jains ke, jawi ke, etc ... statistik pasangan yg ditangkap basah, cumbu2an kat taman. menurun ke menaik?"

"mmm... kurang2 kami dah cakap kat mereka"

aku reply: "mangkuk tul la... bile masa ko gi ngendap diorang, tangkap, pastu bagi ceramah kat diorang?"

-->>semua jenis alat muzik ada... gitar, seruling, drum, cam sial

"ish...tu bunyik je...guna komputer... takde gitar pon diorang guna"

reply: "bodoh..ko tak sekolah ke? mana asal bunyi gitar kalau bukan gitar... kira main lah jugak tu"

-->> rentak pon cam sh*t
-->> sh*t, sh*t, sh*t
-->> dan sh*t

maka aku pon beralih arah ke muzik yang lebih best dan menginsafkan aku.
antara contoh ialah

-->>xpdc (Semangat Yang Hilang)
di dalam kubur manapun jasad aku ditanam,
aku ... aku lah jua
Kita laksanakan,
Mata hati yang damai,
Di sana kejujuran

-->>too phat (alhamdulillah)
I don't care about your money
Or how slick your car
'Cause no matter how rich and big you are
It's still Allahuakbar...

"uish...rentak diorang lagi la teruk... hip hop, r&b, bla bla bla"

reply: "sah ko letak kepala otak kat lutut (lawak sek rendah). mmg la rentak dia camtu ... pasal mmg patut pon rentak diorang camtu.. pasal diorang tak pernah gelar group diorang sebagai nash*t"

kesimpulan cerita pada hari ini ialah...
90% lagu yg aku layan adalah lagu biasa (english, melayu, bla bla), lagi 10% adalah nasyid (2% drp 10% yg aku cakap ni, adalah betul2 nasyid menurut definisi yg aku cipta sendiri, yg lain2 adalah sh*t)

"huh... ko cakap sh*t, tapi dengar gak"

reply: "suka hati akulah... kekekekeke... aku nak dengar tahap dia sampai sh*t yg ke berapa"

ahli kubur wannabe said...

assalamualaikum...

esok Maulidur Rasul...mari kita selawat ramai2...
haa cakap pasal Maulidur Rasul...nk tanyalaa sikit...
Saudara Hamka tau tak, apa sebenarnye yg Nabi kita buat dalam masa 24 jam...macam student, pagi g kelas sampai petang, pastu malam2 buat assign dan buat aktiviti yg sepatutnyer la kita buat as a muslim...then tido...cukup 24 jam bagi kita...yang saya tau...Nabi solat tgh malam sampai bengkak2 kaki nyer...d rest out of my box...
then, ape pandangan saudara ttg mujadid?...ade seorg kakak ni ...tgh mencari taqwa....try masuk semua jemaah sampai dia termasuk satu jemaah ni yg mana ustazah saya kata evrything from him is rubish...sampai dia taksub ngan mujadid dia...so pada para remaja yang ingin mendalami islam...cari ustaz atau ustazah yang mana bahan reference mereka AL-Quran n As-Sunnah...dan mengaji di sekolah2 pondok...khatam kitab dari kulit ke kulit...(Hafizbar cakap)...dan mereka yang selalu rujuk dengan para2 ulama'...JGN SESEKALI KITA TERBABAS...


ps: Madu saudara Hamka is En.Hafizbar...

takbir!

ahli kubur wannabe said...

*rubbish

Najwa Aiman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Najwa Aiman said...

aku suka ni: Untuk maju dalam urusan dunia: kena pandang ke’hadapan’..
Untuk maju dalam urusan ugama: kena pandang ke’belakang’..


aku nak quote ni dlm blog aku, ok?

budak shams said...

hehe.. salam maulidur rasull

kasturi said...

huiii..aku baru tau azan kat telinga baby tu bidaah..ehh?? huaaaaa.....

kekadang bila aku tensen, aku terasa nak jd mayat..so aku leh jumpa DIA..tp bila pk balik, nak ke DIA jumpa aku dengan keadaan takde bekal ni??
Aku pikir balik..pikir lagi...pikir lagi...sampai masa aku tetap akan jumpa DIA..tp aku nak jumpa DIA dengan keadaan DIA pon nak jumpa aku.

Deiii..apa aku merapu ni?? aaaa..aku baru abes exam td..hehe..so merapu la sket.

*peace to incik hamka*

ustazah rock said...

Azan kat telinga bayi tak bidaah...ana dah tanya ustaz(suami saya)...
ada hadith Nabi yg suruh ucapkan kalimah tauhid sebaik sahaja anak lahir..dalam azan ada kalimah tauhid...azan adalah daqwah sempurna..syaitan akan lari sambil terkentut...kentut...saya akan lahirkan anak tak lama lagi...saya tetap nak suami(ustaz) saya azan...semoga Allah terima..amin...

doakan saya selamat bersalin nanti...

Hamka said...

ahli kubur wannabe

Walaikumusalam

selawat jangan tak selawat..kalau boleh, 100x pagi dan seratus kali ptg..am n pm.
nanti2 aku cerita kehidupan Rasulullah yg best sampai buat org yg beriman terharu membacanya..oh…

apa itu mujadid?...boleh buat tajuk blog nie…

Agar aku bisa berdiri
Segak dan gagah bagaikan
Laksmana melayu…

Betul kata engkau..JGN SESEKALI KITA TERBABAS...
Jangan jadi rubbish..

Aku ada cerita best pasal dunia ini rubbish..
Lain kali dengan izin Allah aku tulis:
Benarkah dunia ini sampah?


ps: Madu saudara En.Hafizbar. is demunkbar he he he7

takbir dan selawat!

-------------
Najwa Aiman

Boleh2..wahai najwa aiman yg cantik seperti model…
semoga blog engkau menjadi maju ..amin..

---------
budak shams

salam maulidur rasull jugak..kekekek

-------------
kasturi said...

DIA sayangkan kita 70 x lebih dari mak kita saying kat kita…
DIA nak jumpa dengan semua hambanya…
DIA seperti mana sangkaan kita…
Besangka baiklah pada DIA…tentang takdir buruk anda…
Maka anda akan gembira jumpa DIA…

*peace to hang kastury*

-----------
ustazah rock

Ya Allah, selamatkan dia dari sebarang musibah dunia dan akhirat…amin…..

linanilza said...

bida'ah tu salah, tp kita amalkan juga sbb anggap baik.. dan jdikan cam tabiat plak.. pastu dah nak jadi mayat baru bertaubat.. amacam?

hafizbar said...

pengumuman:
aku dah kuburkan demunkbar hidup2. mari sedekah kan al-fatihah utk mereka.

al-fatihah....

hafizbar said...

hafiz di atas adalah hafizbar. hihi harap maklum

linanilza said...

linanilza contoh dlm crite tu.. linanilza yg bg komen ni ker?? kehkhekhek.. tq kerana menglamerkan "linanilza" ye bro hamka...

hafizbar: patutla tak leh masuk site demunkbar tu lagik.. rupenye dah mati...

gaara said...

assalamualaikum

aku nk komen psl nasyid ni.
aku sokong 100% klu org ckp nasyid zaman skrg byk mlalaikn drpd mnginsafkn.
aku sokong 100% klu org ckp nasyid skrg byk ckp pasal cintan cintun duniawi
tp diolah seolah2 isi yg dismpaikn 'suci' sbb itu adalah nasyid yg diselitkn kalimah Allah.
n kdg2 nasyid ni lbih kpd bisnes drpd dakwah.
lbih kpd melayan nafsu manusia zaman skrg yg suka jiwang2 drpd mngingati Allah (nau'zubillah).

TAPI b4 kt nk kutuk org lain,kt tengok balik diri kt dulu.kt ada ke tegur kump2 nasyid ni spya diorg berubah?spya diorg bg msg yg lbih mnginsafkn ke?
ke kt biarkn je diorg tp kutuk2 gak?akhirnya tanpa disedari,kt gak yg dapat 'saham'(astaghfirullah al-azim)
aku sndiri mngaku aku xpernah tegur diorg wpun aku xsuka cara diorg.

maksud firman Allah :"Wahai org-org y beriman!Jgnlah suatu puak (kaum lelaki) mencemuh dan merendah2kan puak lelaki yang lain,(krn) boleh jd puak yang dicemuhkan itu lebih baik drpd mrka;n jgnlah pula suatu puak dr kaum prmpuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan y lain,(krn)boleh jd puak yang dicemuhkan itu lbh baik drpd mereka;n jgnlah setgh kamu mnyatakn keaiban stghnya y lain;n jngnlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dgn y lain dgn gelaran y buruk.Seburuk2 panggiln ialah (pggilan) yg buruk ssudah ia beriman.Dan (igtlh), ssiapa y tidak btaubat (drpd pbuatan fasiknya) maka mrkalah org-org yg zalim.(Al-Hujuraat,11)

wallahu a'lam

p/s:sama2lah kt kmbali kpd fitrah Islam

hafizbar said...

aku ada email 5 kumpulan nasyid berhubung isu ini. dan salah satu dah berubah sikit. hehe jadi lah sikit2... nanti2 berubah habis.

dan salah satu yg aku rasa ubah sikit tu ialah kumpulan `kami telah matang'

hehehe cari la sendiri.

-hafizbar

kakashi_sensei said...

salam~
wehr..
kalimah tauhid yg dibace nabi
utk baby baru lahir tu ialah surah ali 'imran tapi x igt ayat bape..
nnt kalo ak jmpe ak bg kat ko..

ak x berani komen lebe2 kalo nk azan..
ak bukan ustz..
n ak pun x brani bg hukum..
kang silap cakap kne rendam dlm neraka lg lame..

p/s: ni ak da pesan kat hamka;ZAMAN NABI DULU,MASE FATIMAH NK LAHIRKN ANAK,NABI SRO ISTRI2 BAGINDA YG SAMBUT BABY BACE SURAH AL-A'RAAF AYAT 54-55.BG MUDAHKN BERSALIN..ALLAHU TA'ALA A'LAM

Hamka said...

linanilza
engkau tau ke billa nak jadi mayat?baik taubat sekarang cik linanilza oii….
Memang aku promote nama engkau, sebab kau cakap dah tak sabar nak kahwin he he he..ada jodoh manalah tahu…kan3!

----------
hafiz

al-fatihah....

------
gaara

waalaikumusallam…
aku cadang kat kau kerana aku berkebolehan mengagihkan tugas ha ha ha!
Apa kata, kau email artis nashid tu dengan copy/paste aku punya entry…
Kau nak saham tak?
Saham akhirat nie..he he he..
Kau nampak aku macam kutuk..sebenarnya aku simpati dan sayang pada mereka..oh..dan simpati jugak kat diriku sendiri…tentang artis nashid satu hal, yg dengar satu hal…aku tahu ramai pembaca blog aku(perasan ramai) suka dengar nashid,( termasuklah isteriku…)aku nak kabor..nashid tu hanyalah satu pilihan hiburan.
Hiburan ada banyak..dan nashid adalah satu pilihan…
Macam blog aku jugak..satu pilihan..bukan nak ganti al-quran dan hadith..oh..
Aku tahu pembaca blog aku bijak2 belaka laka…he he he

Untuk hafiz:
hehe jadi lah tu sikit2...
peace: `kami telah matang'

----------
kakashi_sensei

salam~
wehr..
barang sape ajar anak dia kalimah pertama dengan kalimah tauhid..dan masa nak mati ajar lagi ngan kalimah tauhid..maka pasti anak dia masuk shurga walaupun hidup seribu tahun..lebih kurang maksud hadihs..
terima kasih atas nasihat cikgu ninja…nanti aku inform bini aku ..

ZulGTZ said...

Bidaah ialah Tambahan dlm ugama yg tak dibuat oleh Nabi.
tapi Nabi iktiraf bidaah yg di buat oleh para sahabat, cth:
terawih 20 rakaat. sekarang banyak bidaah sedang berleluasa tapi kena lapang dada.
berlapang dada ialah berbaik sangka,
cth: talkin di kubur, kita jangan tentang tapi berharap ia jadi satu tazkirah kepada org2yg hidup.
Tahlil pula sebagai program zikir bagi org yg kurang berzikir.

ZulGTZ said...

Jangan menetang x bermaksud sokong, tapi guna daqwah sebagai jalan mengatasi masalah bidaah.
ingat! jangan kutuk 'kekasih' org.
Semoga Allah pilih dan kekalkan kita di jalan yg benar, jalan hidayat
AMIN

ps: Semalam umat islam sambut maulud Nabi, ramai yg x sedar bhw mereka bersemnagat sambut hari lahir nabi dlm bulan islam shj.Nabi lahir 20 april, mereka buat don no je..yg nyata umat islam pakat sambut besday mereka , anak2 mrk, cucu2 mrk, kerabat2 mrk dalam tahun masihi. tapi untuk nabi mereka pakat sambut dlm tahun islam.
satu lagi: sambut besday bidaah ke?

Hamka said...

ZUL GTZ

Tuan yg mulia, aku tak kutuk ‘kekasih’ org..aku nak selamatkan ‘masa depan’ mereka kerana jika mereka dpt ‘kekasih yg salah’..maka meranalah ‘mereka dan keluarga mereka’…

Berlapang dada? Berbaik sangka? Baik kaji balik bahasa Malaysia, ha ha ha!
Apabila kita kata mereka betul..maka kita tak akan betulkan mereka…

Ps: hanya spannar hidup yg tetap hidup walaupun di campak kedlm laut..
Hanya ‘chork betul’ saja yg betul walaupaun patah! (rujuk loghat org terengganu)

----------
IKLAN (ulangan)

Ada antara wanita2 yg email nak tengok gambar aku...muka aku tak hensem pun..macam mayat..tapi aku bersyukur dengan pemberian Allah...
walaubagaimanapun...
sebahagian dari anggota badan aku telah di siarkan di www.hafizbar.blogspot.com, latest entry...cepat gi tengok sebelum di tapis oleh LPFM..keh keh keh…

ps: iklan ni berbayar-tak lawak

ontahsapo said...

byk jugak benda yg aku dgr orang kata bidaah ni, contohnya diorang kata doa qunut tu nabi baca masa perang jer, so ada yg tak buat dlm solat subuh....wallahualam..

blackpurple said...

Aku bukan arif untuk bercakap pasal ni... tapi kalau bidaah hasanah, untuk kebaikan tak salah kan..?

Hamka said...

ontahsapo

pasal doa qunut dlm solat subuh..ni pulak nak kena refer pada mazhab…aku pernah tulis tajuk”kenapa wujudnya mazhab”
kalau ada kelapangan bolehlah rujuk..insyaAllah..

--------
blackpurple

Menerima satu pendapat org alim…memang tak salah bida’ah hasanah, tapi jangan tinggal sunnah yg asal…dan jangan yakin bida’ah hasanah boleh memberi kemajuan pada ugama, bida’ah hasanah just satu teknik ‘perubatan’ untuk org yg sakit imannya..terutamany umat akhir zaman..macam dadah dalam ubat…bila dah sembuh..kena tinggal..wallahualam

Satu cerita:

Seorang guru subjek lukisan keluarkan arahan agar muridnya lukis gambar ikan dalam PMR..satu org pelajar nie lukis gambar kucing, sungguh cantuk..macam kucing hidup..tapi cikgu ni bagi markah kosong sebab jawab lain dari soalan..murid2 lain walaupun lukis gambar ikan dengan ‘buruk’nya, still dpt markah…

Moral: JANGAN PANDAI2 BUAT BIDAAH!

adadia said...

nak cuba gunting rambut sendiri. rambut atas arr...

Hamka said...

adadia

alang2 gunting, sembelihlah kambing dua ekor bagi org makan..sunnah tu buat akikah ha ha ha..

----------

Tambahan:

copy/paste dari box comment lalu...

HAfizbar cakap:
``mari dgr lagu Alhamdulillah by Too Phat...
sokong hafizbar...
takbir!"

hehehe mari2. ada satu soklan ni utk saudara hamka sebelum beliau tulis entri pasal nash*t.

antara xpdc dan amuk, mana satu yg lebih afdhal kita layan?

Ustazah rock jawab
hik,.hik.,
Biarlah saya tolong jawab soalan dari En. Hafizbar untuk En. hamka,.

Satu hari seorang sahabat Nabi bagi salam kat Nabi, tapi nabi tak jawab, sahabat ini susah hati dan fikir apa salah dia ? akhirnya tahulah sahabat ini bahawa kesalahannya adalah rambut panjang,...

Jawapan : kena ukur dulu rambut Mael XPDC dengan Bandi Amok, yang mana lebih pendek,itulah lebih afdal.,,, hik,..hik,..

Hamka said...

sedar tak sedar, dalam blog aku penuh dengan an -nashid...
nak detail lirik 'cari; sendiri hehehe

Slam-bukan aku tak cinta
P Ramlee-barang yg lepas
XPDC-Sedekah
P Ramlee-Berkorban apa saja
Amuk-aku mahu pulang
Pada shurga du wajahmu-nash
Oidei anak-raihan
Satu muharam
Kembali-raihan
Mestica-distinasi cinta
Rasululullah-Rabbani
Suci-May
Move along
Spider-putus asa
CINTA-XPDC
I don’t want to miss thing
Save me-Hamka
Kau ilhamku-Mambai
Laukku cukup masin-Spider
Sahabat Gua-M nasir
Sufi-Damasutra
Suratan bukan kebetulan-Hamka
Hari ini yg hangat-Hamka
Aku bukan penyair-HAmka
Alhadulullah-Toophat
Irish-awie
Semut hitam-God bles
Aku hanya serangga-BPR
Siapa semut siapa lebah-kristal
Kau saje-Spider
Isteri solehah
Pulanglah pada tuhan
Kisah rumah tangga
Sanota musim salju-hazami
dll, aku rasa ada lagi nie..oh..

budak_shams said...

hehe. macam macam laa.. esok ana nakamik ujian berkomputer untuk lesen kereta.. doakan ana yee..

akhie said...

:)

Allah kata:

" Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)..."[Al-Baqarah 2:272]

ana ambil separuh aje ayat di atas.. selebihnya boleh rujuk terjemahan Al-Quran.

+ akhie +
p/s:hamka, thanks so much.. rasa bersemangat sikit utk ajak org ke arah kebaikan wlpn tahu hakikatnya tak ramai yg ikut.. barakallahufi

budak_shams said...

alhamdulilah... erm.. apa itu bid'aah... hurmmm.. susahnye topic nie bagi ana..

Anonymous said...

assalamualaikum..
nak komen bule?
islam tuh agama@'deen' mergkumi sumer aspek kehidupan.. makan,tido,petik buah..huhu..so ape tuh agaknye yg xde kaitan ngan agame?
ustaz aku ade ckp;bid'ah dr pndgn dr yusuf al-Qaradawi..satu jln dlm agama yg mana jln trsebut direkacipta, yg dsamakan apa yg direka dgn SYARIAT diniat utk BRLEBIH2AN utk mnyembah Allah saw
and dari imam As-Syafie..bid'ah ade 2,ape yg btptn ngan sunnah maka ia baik, ape yg brcanggh ngan sunnah maka ia sesat..
ade lagi (jgn bosan ek..) dr ibnu Umar.. Sesiape yg mgadakan bid'ah & menyangka perkara itu baik, mk die dah menuduh Rasul mengkhianati risalahnya (astaghfirullah!) wallahua'lam
just nk tekankn di sini..ilmu agama itu dlm, ulama ilmuan itu ramai utk kite bersandar n rujuk.. khilaf bukan sumber/alasan 4 kite berdebat ke menuduh sesat keh x btui keh.. khilaf pr ulama brdasarkn hadeeth dan x akan menmbulkn kesesatan.. bid'ah dikire hanyebile tadek dalil...kite umat islam ummatun waahidatun.. so marile same2 jauhi fitnah

Hamka said...

budak_shams

amin…….:)

-----
akhie

baguslah bila dah bersemangat..sekarang nak kekalkan semangat pulak..oh..!
“semangat yg hilang…kita cari pulang”

---------------
Anonymous

Benarlah firman Allah, sabda Rasul dan nasihat engkau, terima kasih…
Bagi aku yg hina dan dina ini berpendapatan bahawa (Sangat boleh di takwil kerana aku bukan alim)…bidaah yg melanda ummat melayu terutanya la ni, spt:tahlil, salam pusing, zikir berjemaah. Dll..adalah seperti ‘dadah’ dalam ubat, yg mana baik untuk org yg ‘sakit’ imannya..terutama org yg sibuk dgn dunia, takde masa nak berzikir dan mengaji..eloklah baca yassin malam jumaat atau pergi tahlil.bla bla bla, .bila dah sembuh, tak payahlah makan ubat lagi betul tak?
Wallahualam..

akhie said...

:)

Kenyataan Allah dalam Al-Quran sangat jelas dan terang. Allah kata:

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "[Al-Ankabut 29:45]

wallahu'alam

Hamka said...

Benar...!

liezmaya said...

wallahualam

Hamka said...

:)

nie feng said...

salam en hamka,
hamba nk tanye sikit pasal bidaah ni sebab hamba ni pun rasanye mungkin ade terbuat perkara2 yg boleh dikategorikan bidaah ni cuma xde org yg memperbetulkannye. boleh x huraikan lebih detail tentang amalan2 yg diklasifikasikan sebagai bidaah (i.e tahlil ke, azan kat baby yg baru lahir ke dan etc...).
jasa baik en hamka amatlah dihargai dan moga2 Allah sentiasa melindungi org2 yg sentiasa berpusu mencari keredhaan Allah swt.
wasalam

Hamka said...

aku tak tulis kot..

tapi dah banyak ustaz tulis dalam internet, boleh klik google

terima kasih

kacang berkeju said...

assalamualaikum.

aku nak tanye kat kau pasal bidaah ni.tak tau la kalau soklan aku ni dah ditanye n dibincang oleh para pengomen sbb aku tak sempat nak bace sume komen.

cmni..kate tahlil tu bidaah.zaman nabi dulu xde pon tahlil ke...kenduri arwah ke..tapi masih diamalkan oleh ramai orang.alim ulam'..ustaz2..kat tpt aku sume wat tahlil.aku musykil gak.dan kau kate sape2 amalkan bidaah akan masuk nerake.so persoalanye..
mereka semua tu bakal jd penghuni neraka lah ye sbb dah amalkan bidaah..?(wallahualam)..maksud aku betul la tahlil tu x bole.dan ape perlu aku wat kalau ade org ajak aku gi uma die sbb ade tahlil.

harap kau paham la soklan aku ni.

Adlilatun Nur said...

Assalamualaikum...

Encik Hamka, soalan kat atas ni trrgantung lagi ni.

Hamka said...

alamak, ye ke, baru perasan.., akan akn tulis entry baru bab ni, mungkin esok esok., insyAllah.

Hamka said...

dah jawab dah.., entry 2011.