Apr 20, 2006

Apa ada pada "NUR"?

(Nasihat seperti mak nenek..)

Kepada wanita2 yg bernama:

Nurhaliza
Nurhaniza idris
Noordiana
Noorkumalasari
Noorbayah
Norin Noor
Nurhumairah…
Dll..

Mak bapak korang bagi nama yg ada tulis “NUR/NOOR”…
tahukan korang apakah maksud “NUR” itu?
tahukan korang apakah maksud mak bapak korang bubuh “NUR” itu?
tahukan korang apakah harapan mak bapak korang dengan anaknya si “NUR” itu?
tahukan korang darimanakah mak bapak korang dpt ilham kasi nama korang “NUR” itu?

He he he

Manalah aku tahu…tanyalah mak bapak korang, ha ha ha
Yg pastinya mak bapak korang letak nama ‘Nur’ itu kerana korang perempuan…kalau lelaki mungkin letak nama ‘Mamat’..heh.(tak lawak).

Dalam hidup kita la ni, ada dua NUR yg penting..

Satu NUR untuk kebahagian dunia…
Satu NUR lagi utk kebahagian akhirat…

Bukan semua org dapat kedua2 NUR tersebut..org yg tak dpt NUR pertama masih berpeluang untuk dapat NUR kedua..org yg tak dapat NUR kedua akan mendapat kegagalan bila menjadi mayat kelak…oh..!

Apa NUR itu?

Satu:
NUR ZAHIR.
Cth: Matahari, bulan, lampu, LED, api bla bla bla bla

Dua:
NUR BATIN.
Cth: NUR al-Quran, Nur solat, Nur hadith..bla..bla bla..

Dengan adanya NUR ZAHIR, manusia boleh nampak benda yg mana bermanfaat dan yg mana mudarat..

Manfaat dari ‘cahaya’ zahir

Dengan adanya NUR zahir ini,
Manusia boleh bezakan yg mana batu..yg mana emas..
Apabila manusia nampak emas..
maka manusia akan faham nilai emas
Apabila manusia faham nilai emas…
maka akan datang keinginan untuk mendapatkan emas tersebut..
Apabila dah ada keinginan,
maka manusia akan melakukan usaha untuk mendapatkan emas tersebut.
Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan dapatlah emas tersebut…!

Korang faham? Simple je nih..
Tanpa NUR ZAHIR ini..kehidupan manusia akan rosak..manusia akan terdedah pada bahaya..isyaAllah..

Dengan adanya NUR zahir ni,
Manusia boleh bezakan yg mana ular..yg mana tali…
Apabila manusia nampak ular..
maka manusia akan faham ancaman ular
Apabila manusia faham ancaman ular
maka akan datang keinginan untuk lari dari bahaya ular tersebut
Apabila dah ada keinginan,
maka manusia akan melakukan usaha untuk lari dari bahaya ular tersebut
Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan selamatlah manusia dari ancaman ular tersebut…amin…!
Jadi: Moral yg dpt dari NUR ZAHIR ini adalah:

1-NAMPAK BENDA

2-FAHAM

3-DATANG KEINGINAN

4-BUAT USHA

atau dpt manfaat:
NAMPAK BENDA(manfaat)
FAHAM(nilai)
DATANG KEINGINAN(ambil)
BUAT USHA(dpt manfaat)

Atau dpt selamat
NAMPAK BENDA(mudarat)
FAHAM(ancaman)
DATANG KEINGINAN(buang)
BUAT USHA(tak dapat mudarat)

Jadi , tahukah korang bahawa
kenapa ummat hari ni bermarajalela membuat maksiat?
Kerana tiada NUR BATIN..

kenapa ummat hari ni tak suka buat amal.?
Kerana tiada NUR BATIN…

kenapa ummat hari ni lebih suka baca blog dari Al-Quran?.
Kerana tiada NUR BATIN…

kenapa ummat hari ni suka sangat berhibur tak ingat akhirat…?
Kerana tiada NUR BATIN…

kenapa ummat hari ni suka bergurau antara pusat dan lutut?
Kerana tiada NUR BATIN…

Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
-NAMPAK AMAL

-FAHAM AMAL

-DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL

-BUAT USHA BERAMAL..

Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
NAMPAK perintah Allah
FAHAM manfaat dari perintah Allah
DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL
BUAT USHA BERAMAL..amal lagi dan lagi..

Hati yg ada NUR sahaja yg dapat:
NAMPAK Larangan Allah
FAHAM mudarat dari Allah
DATANG KEINGINAN utk meniggalkan larangan Allah
BUAT USHA untuk kekal meninggalkan larangan Allah

Kerana itu korang yg dah tahu solat kat masjid dpt 27 x ganda, tapi still tak gi gak,
kenapa?
Kerana korang tak de keinginan.
Kerana korang tak faham
Kerana korang tak nampak
Kerana hati korang tak de NUR..!

Kerana itu korang org perempuan yg dah tahu azab bukak aurat tapi still bukak gak.. kenapa?
Kerana korang tak de keinginan.
Kerana korang tak faham
Kerana korang tak nampak
Kerana hati korang tak de NUR..!

Sebenarnya aku tujukan nasihat aku ni kepada diriku sendiri sebanyak 30% dan selebihnya 70% lagi adalah untukku sendiri jugak! Korang jangan nak perasan dan jangan kecik hati pulak , aku cakap kat aku sendiri ni! Isk..Cuma yg makan lada chulah rasalah pedas sana sini (he he he….-kenapa ketawa? Suka tengok org pedas?)

Kerana itulah darjat seseorang di akhirat kelak adalah berdasarkan NUR yg diperolehinya nanti..

Isteri aku kata:

“Abg, ustazah cerita kalau org pergi solat lepas azan akn dapat cahaya bintang kat akhirat, kalau tengah azan akan dapat cahaya bulan kat akhirat..dan kalau abg sampai kat masjid sebelum azan abg akn dapat cahaya macam matahari…jadi abg hanya dapat cahaya bintang sajelah sebab abang banyak gi masjid bila dah dengar azan..bahaya ni bang!

Aku kata: Oh..pedasnya…!
Moral; untuk dpt cahaya yg sempurna sila dengar Azan dlm masjid!
Soalan: cahaya apakah yg org solat kat rumah, dapat?
(jawab sendiri..isk…)

Dalam Al-Quran ada cerita bahawa org yg hatinya gelap adalah seperti kegelapan dalam laut di waktu malam yg gelap dan ditutup ombak…

Seorang kapir yg suka baca tafsir Al-Quran dan suka menyelam telah dpt hidayat bila menyelam dlm laut sambil terkenangkan ayat nie..(ustaz cerita camtuh..aku ulang sajer-jgn email aku tanya siapa nama si mua’alaf tu-aku tak tahu-harap maaf)

Di padang masyar ada golongan yg duduk2 atas mimbar yg bercahaya2 sehingga di cemburui oleh Nabi2 terdahulu…

Siapa mereka? Mereka adalah ummat akhir zaman yg membuat kerja “ajak manusia kepada kebaikkan”…oh..YA Allah..pilihlah aku..

Nabi akan kenal Ummat dia berdasarkan NUR yg ada pada anggota badan yg di basahi wudhu..

Org yg ada cahaya di akhirat kelak akan berada dalam kesajahteraan
Org yg tiada cahaya di akhirat kelak akan berada dalam kepanasan…

Hingga mereka, org2 kapir meminta org2 beriman melihat ke arah mereka kerana nak tumpang cahaya pada wajah org yg beriman untuk menunjuk jalan..tapi di larang oleh Allah..

Allah bagitahu kalau nak cahaya pergilah ke belakang…ustaz tafsir maksud belakang adalah dunia..bermakna kalau nak cahaya, hanya di dunia sahaja tempatnya..

Jadi AKU DAN KORANG SEMUA! Hanya di dunia sahajalah tempat untuk kita Dapatkan:

CAHAYA NURANI
CAHAYA HATI
CAHAYA ROHANI
CAHAYA BATIN…

BAGAIMANA NAK DAPAT NUR BATIN?

NUR ni datang dari langit..
Jadi korang kena buat hubungan dengan langit…
Tak..tak..bukan kerajaan langit..maksud aku:

Aku dan korang:
Kena banyak2 baca AL-Quran..maka akan dpt NUR AL-Quran..

Kena banyak2 baca AL-Hadith..maka akan dpt NUR AL-Hadith..

Kena jaga waktu solat..maka akan dpt NUR Solat

Kena banyak amal sunnah..maka akan dpt NUR MUHAMMAD SAW.

dll

Bila hati korang ada NUR…barulah korang akan

NAMPAK perintah Allah

FAHAM manfaat dari perintah Allah

DATANG KEINGINAN UNTUK BERAMAL

BUAT USHA BERAMAL..amal lagi dan lagi..sampai jadi mayat.

Betul nie..! sebab tu Nabi Muhammad s.a.w bagitahu lebih kurang maksud:, aku tinggalkan kamu dua perkara..kamu tak akan sesat selama2nya..

-Al-Quran

-AL-sunnah

Atau maknanya lebih kurang maksud: dua NUR ini akan suluh jalan korang untuk menuju Allah!

Dan ada doa Nabi khusus seperti, Ya Allah berilah NUR pada wajahku, pada tangan ku dll(kena rujuk org alim…termasuk AKU!)

Tambahan:
kalau korang nak belajar ilmu ugama yg ‘best’, korang kena ada NUR rohani yg kuat

Bagaimana nak dapat NUR rohani yang kuat?
-zikir panjang2
-banyakkan solat2 sunat
-solat tahajjud selalu
-hari2 ngaji
-dan doa panjang2
-yg penting doa hidayat....
-amal sunnah biar banyak.
-selalu tolong org
-banyakkan senyum
-dan byk baca hadith dan tafsir al-Quran...
-dll

lepas tu korang akan dpt satu kefahaman yg bersih bila baca/dengar hadith,
org awam paham lain tapi korang paham lain; kefahaman yg bersih…
kefahaman yg tak dapat nak di ceritakan kecuali pada org yg ada NUR jugak..

Kerana itu org kapir benci pada Nabi kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati Nabi..

Kerana itu ada org islam yg benci Sahabat Nabi kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati Sahabat Nabi

Kerana itu ada org islam yg benci ‘ahli surau’ kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati ‘ahli surau’

Kerana itu ada org islam yg benci ustaz2 kerana mereka takde NUR yg ada dalam hati ‘ustaz’

Kerana itu ada org islam yg malas baca Al-Quran dan hadith kerana dalam hati mereka takde NUR al-Quran dan Hadith…

Jadi korang boleh check korang punya Nur masing2…

YA ALLAH BERLAH KAMI NUR DI DUNIA DAN DI AKHIRAT…

(amin)

Nampaknya aku tujukan 99% nasihat ini untukku sendiri dan 1% lagi untuk aku jugak! Korang tolong doa aku, aku akan tolong doa korang dengan memperbanyakkan bersujud..insyaAllah..amin….

UNTUK DAPATKAN KEBAHAGIAAN
DENGAN ALLAH,

PERLU KORBANKAN KEBAHAGIAAN
DENGAN MAKHLUK…

DAN

KEBAHAGIAAN BUKALAH KEBAHAGIAAN
JIKA DI AKHIRNYA KEGAGALAN…

KEGAGALAN BUKANLAH KEGAGALAN
JIKA DI AKHIRNYA KEBAHGIAAN…

Ps: beruntunglah mayat yg wajahnya bercahaya-cahaya….kesan amal yg soleh…
Beruntunglah manusia yg wajahnya bercahaya cahaya di akhirat kelak…

(amin…jadilah kami org yg termasuk..mohon dengan sangat)

nota; untuk isteriku..Nur*****a

Mana datang cahaya?
Bukalah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting…

hatiku dapat kau tawan…!

36 comments:

Anonymous said...

ya allah... siramilah wajahku dengan nur ketaqwaan..

p/s: bro hamka.. doakan ana dapt nur dari allah..

Anonymous said...

nama ana takde nur..

?????

Anonymous said...

pastike kalo kita ke masjid isteri di rumah solat d awal waktu? ke kita je yg nak 27x isteri dpt 1x?

sng je kan? bawak isteri sekali g masjid solat. abih citer!

Anonymous said...

salam buat semua especially tuan umah...

tunjukkan aku satu jalan
menuju ke arah cahaya
tunjukkan ku satu tujuan
supaya dpt ku sujud pada Yg Esa!

siramilah seraut wajah
dengan segenggam nur yang menyimbah
buat mengusap diri yang lemah
agar ditunjuk sekuntum hikmah!

Anonymous said...

:)

Firman Allah s.w.t:

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "[An-Nur 24:35]

+ akhie +

ps:adik 'budak shams', hidup ini perlu ceria.. nampak aje serious, tapi hanya Allah Yang Tahu.. :D

Anonymous said...

alangkah bahagia jadi seperti akhie ye..

ilmu penuh di dada.. tambahan pulak boleh serious plus ceria.. =)

ana susah nak dapat macam tu..

Anonymous said...

Atok

Setahu saya apabila suami solat berjemaah dimana azan di azan kan suami akan mendapat 27x manakala isteri yang solat diawal waktu akan mendapat 28x. Sebaik-baik perempuan adalah solat di rumah di awal waktu.

Hafizbar said...

hehehe tiru je abu ayub al-ansari (r.a), solat di masjid berjemaah, pastu balik rumah, solat jemaah ngan isteri plak.

kalau rajin, nak lebih drp abu ayub, solat kat umah mak bapak mentua sekali hihihi.

blackpurple @ jowopinter said...

Adik tersayang Nur Hidayah..... meninggal semasa berumur baru beberapa bulan beberapa belas tahun yang lalu......

http://www.bicarasufi.com/
bscweb/asas/a6.html

Anonymous said...

hamka....
nama aku pon ada nor jugak...
jadi kira ada cahaya laaa nie....

he he he

Anonymous said...

em..memang byk fadilatnya solat di masjid terutama lelaki

dalam Riwayat Muslim ada menyebut..
yang maksudnya " Jika mahu meilhat keimanan lelaki yang benar2 beriman adalah yang melazimi solah di masjid. Kerana munafiq tak mungkin akan rajin tiap2 hari ke masjid"

Allahua'lam

hitomi said...

nama sy teda nur or noor...tapi sy harap akan ada kedua2 'nur' tu pada diri aku...insya-Allah...

Anonymous said...

di dalam hadis riwayah Muslim juga ada sebut pasal solat jumaat.(ramai dh tahu rasanya)

Waktu pertama ibarat pahala edekah nya nisbah sembelih unta. Kedua, sembelih sapi, Ketiga, kambing biri, Keempat, seekor ayam, Kelima, satu biji telur.

Nisbah waktu dr pagi hingga sebelum khutbah.start khutbah, malaikat tutup buku dgr khutbag..

so if my father lambat i will say, " ba dapat sebiji teleur je lah.."

hamka said...

Budak shams..

Allah MAHA ADIL..
Tak letak syarat untuk dapat NUR…
Semua org boleh..
Samada budak shams atau budak bukan shams..
Nikmat mana lagi yg kita dustakan…?

---------
atok

Atok ngan Datin boleh kot gi solat jemaah kat masjid sebab anak dan besar2..
Ps: suka tengok isteri pakai purdah putih(kain sembahyang) sebelum azn berkumandang…begitu ‘pedas’ rasanya..

---------
nul balqis

salam buat engkau..selamat ‘naik’ kereta mayat..
ni kau karang sendiri ke? Best!

--------
akhie

Sungguh meriah..akhie..sungguh meriah…
Terima kasih..

---------
ustazah rock dan Hafiz

BENAR!!!!
Kalau ada 4 mertua? Jenuh jugak tuh..ha ha ha

---------
blackpurple

….(al fatihah)…

---------
TarakNama

Eh?! Kau perempuan ke? Aku ingat lelaki..
Mak aku memang cantik, sebab mak aku perempuan..hihihi

---------
nai

selamat datang ke dunia ‘mayat’..
benarlah firman Allah, sabda NAbi, dan maklumat engkau..
Hanya org yg benar2 beriman sahaja yg layak memakmurkan masjid Allah..
Semoga aku menjadi org yg termasuk…mohon dengan sangat…!
Pernah gak aku dapat ‘telor’ time solat jumaat..oh..!doakan aku.

-----------
hitomi

Amin…

Ada gak lelaki bernama Noor..
Malik noor
Herman tt noor
Eszarinor
Muhammad nor
Rosyam nor
Hamkanor..

Wallahualam.

adadia said...

menawan hati itu penting hehe.

Anonymous said...

ada juga yang guna nama 'Nur' untuk budak lelaki. tapi ibu bapa saya dulu tidak letak nama saya nur didepan. sebab itulah kurang 'hensem' agaknya. tapi, manis adaaaaa...

Anonymous said...

dr Ashim Al-Ashya'ri r.a, katenye : Tlah bersbda nabi SAW : ' Suci itu sebhgian drp iman, dan Alhamdullilah pnuhi tmbngan, Subhanallah Wal-Hamdullilah plak akn penuhi ruang atr langit & bumi. Dan sembahyang itu NUR, & sdekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu/atasmu...(tafsirn bace dlm matan arba'in-Imam Nawawi)

p/s: if nk jage NUR di muka time akhrt kne wudhuk sempurna,kne jage time solat(masjid),jgn buat bnde2 bukan2..

p/s: nk promot slot tafsirul-quran kat ikim evry mon-fri kul 6.30 pagi..besh gler wehr..skang tgh diskas pasal nikmat syurga di akhrt kelak..

so..x yahla tdo afta subuh keh..6.30 am..besh2..yummy;p

hamka said...

adadia

Penting…! Penting sangat!

Ps: semua dah tahu kot…
yg aku tuju kat bini aku adalah rangkap lirik lagu mentera:
tajuk lagu: Bengang.

----------
gitarlele

hmmmm..
NURNIZAM RUSLI..cantik jugak ek?...
Lebih kurang Nurnilam sari..he heh

-------------
kakashi_sensei

Ketika bini aku nak marah aku..(tak lah marah..macam berbeza pendapat)
aku selalu cakap kat bini aku cam gini:

Tadi masa awak marah tadi , ada cahaya yg sungguh cantik keluar dr mulut awak..
Awak tak perasan sebab awak tengah marah,,ha ha ha!

Dia terus senyum…

hamka said...

Oh..aku dah ingat sape engkau..
Kau tukar2 blog, patutlah aku tak perasan..
Tak patut aku lupa pada org yg ajar aku bahasa arab walaupun sepatah..
Terima kasih…

Anonymous said...

"Kerana itu korang org perempuan yg dah tahu azab bukak aurat tapi still bukak gak.. kenapa?
Kerana korang tak de keinginan.
Kerana korang tak faham
Kerana korang tak nampak
Kerana hati korang tak de NUR"

-->isk...aku tak dapat nur lagi rupa2nya..payah sungguh...

hamka said...

terima kasih en,zul

----------
TAMBAHAN

(Just to share…)dan nak mintak pendapat sape2 yg terer…

Dari email:
ana nk tanye.. berkenaan dengan..
ratib hadad..

betul ke?? betulkan ratib tu..
tapi yang ana hairanye..
kenapa ustaz ana kata ratib tu salah??

dan sesat???
masalah ni jd rumit sbb kwn ana tu.. pengamal ratib hadad..
ustaz tu kata ratib itu salah.. dan sekaligus membawa makna amalan tu sesat... dan tidak langsung mengatakan bahawa kwn ana tu pun turut sesat.. bayangkan.. bagaikan satu fitnah.. kwn ana tu dikatakan sesat.. kerana ratib hadad??

hurm.. betul ke ratib hadad tu? ana rasa ratib tu takde masalah pun.. ok je.. ratib tu kebanyakannya keturunan syed dan syarifah jd pengamalnya.. apa yang salah?? menurut sumber.. ustaz tu cakap bacaan alfatihah yang salah..

harap bro hamka boleh beri pendapat..

---------
aku kata(sape2 yg terer sila email aku balik!)
salaam..

apabila ustaz kata ratib tu salah..tentulah ustaz tu ada dalil dan nas..

apa saje yg menghubungkan dengan Allah itu adalh zikir, ulama bahagi pada empat
1.solat sunat
2.baca al-quran/hadith
3.tasbih
4.doa..

ratib termasuk dalam tasbih…
kalau adik baca post saya: “apa itu bidaah?”
adik Faham. Kot…

kalau nabi tak buat, kita tak payah buat
pada org yg dah buat..kita ajak dia buat apa yg nabi buat tanpa pertikaikan apa yg dia buat..bila dia sibuk buat apa yang nabi buat maka dia akan tinggalkan sendiri apa yg nabi tak buat…

ummat hari ni buat apa yg nabi tak buat kerana sibuk buat apa yg nabi tak buat..itu ajer…jadi kita buat apa yg nabi buat dengan sungguh2 maka kita takde masa nak buat apa yg nabi tak buat…

Tasbih ni macam bawang goreng dalam nasi…
Yg pentingnya nasi, bawang goreng tambahkan selera sahaja..
Jadi org yg sibuk ratib sahaja bahaya juga, apatah lagi bila tinggalakan sunnah nabi yg besar spt
Daqwah
Solat jemaah
dll

tapi bila dah buat semua sunnah nabi yg besar, bolehlah bertasbih…dan jangan tasbih berjemaah…ratib berjemaah..

buat sorang2…
itu amalan individu..

yg benar.
hamka

hamka said...

aishah...

aku doakan kau dan aku dan semua ummat selamat dari azab api neraka!

---------
Lagi2 copy/paste email

Org Tanya:
Assalamualaikum..

Aku nak tanya..apa maknanya nombor 7,8,6 dalam islam?
Dalam lagu too phat sebut:
“Ku pasrah ku akur 7,8,6
Alhamdulillah Syukur...”

Baru2 ni dalam filem Veer Zaara lakonan shahrukh khan sebagai banduan penjara memakai nombor 7, 8, 6,: katanya dalam skrip, "ini nombor bertuah org islam.."

Ada kedai2 mamak guna No ni sebagia tuah kedai mereka.

-----------
Jawapan: (ehsan hafizbar)

786
ganti pada word bismillahirrahmanirrahim

bismillah - 7
irrahmaan - 8
irrahim - 6

kalau sabdu tu, maksud dia double letter so ar-rahman kat tengah2 bismillah tu ada 8 letter

bende ni digunakan di india, pakistan utk elak tulis bimillah dlm arab kat kertas2 biasa (sokaba, etc)

aku rujuk ustaz wikipedia kekeke
http://en.wikipedia.org/wiki/Basmala

Hafizbar said...

hahahahahahahahahahahahahahafizbar. asik2 hafizbar. bosan la saya.

ukhuwah fillah,
hafizbar

Anonymous said...

owh owh.. kenapa tak boleh ratib dan bertasbih ramai ramai ye??

Anonymous said...

salam hamka .. nur balqis + ?? = 1

nur.balqis@yahoo.com

ontahsapo said...

jadilah : wanita yg paling bahagia..buku terbaru karangan penulis la tahzan...

Anonymous said...

heh heh aku telah berjaya mengkompiuskan engkau HAMKA....aku nie pompuan @ lelaki...heh heh heh hanya Allah yg tahu....aku kan TARAKNAMA!!!

hamka said...

hafiz

dah ada 3 penceramah jemputan kat blog aku ni..
kau adalah TOP 1..
second : Najwa aiman
third : Bukhari(eh dua tutup dah blog dia..?)

kepada yg tak suka hafizbar,
silalah email dia direct, jangan mengumpat dalam email..
ha ha ha!

------------
budak shams

aku tak tahu,,kalau nabi buat, kita buatlah jugak..senang..
.
--------
nur balqis

aku tak paham soalan
aku akan ulangkaji tajuk penaalukan…
he he he

-------
ontahsapo
-
"Siapa yg paling rugi.."
‘post’ terbaru karangan aku…
(promote)
kau memang best !

hamka said...

taraknama...

kesian...

Anonymous said...

hamka, sy adalah bayangan pada seseorang yg hamka kenali melalui blog. beliau sering berkunjung ke blog hamka.

dimana ada dia .. di situ lah saya!

Anonymous said...

salam semua...

Nur itu rahmat
Nur itu berkat

Tapi kalau hati benak mcm mana nak dapat?

Adi

hamka said...

hati benak?
banyakkan baca hadith fahdail..
(nasihat dengan ikhlas)

Anonymous said...

salamualaikum.nice blog..insya-allah Dia akn memberikn nur juga kpd mrka yg mengajk org lain menuju ke jln yg lurus.sbnrnye, nak tye skit nih..ape mknenye no. 786 tuh?maaflah andainye soaln ni cm tah pape skit tp hmbe nk tau sgt..

hamka said...

maksudnya adalah
"bismilahirahmanirahhim.."

begitu yang aku faham..

Anonymous said...

MasyaAllah, sungguh santai tapi sarat dgn fikir maksud yg betul bkenaan dgn nur, penerangan ngenai hidayah.. Isi kandungan bg hamka pnyer artikel nih boleh guna buat bayan hidayah. Bg hamka, azam buat maqomi sungguh2 n jaga nisab 40h 4bulan ye? InsyaAllah puri2 zindegi, karengge bhaii

Mufarridun

hamka said...

cakap urdu yang aku tak paham ni