May 2, 2020
PKP-Cara khusyuk solat?
Tiap kali lepas solat, kami buat muzakarah, salah sorang
dari anak akan jadi Amir Muzakarah, Si amir akan minta cadangan tajuk untuk di
muzakarahkan, ada pelbagai cadangan, dan hari ni amir pilih tajuk: Bagaimana
nak Khusyuk dalam solat.
Amir cerita, Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam
solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih
buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, jangan tinggalkan solat sebab
buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara
membawa ketaatan dalam solat ke luar solat.
Kemudan, Amir Mesyuarat minta setiap ahli muzakarah kongsi
ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.
Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini tadi:
1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat
2. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini
adalah bercakap dengan Allah
3. Fikir kebesaran Allah waktu solat
4. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha
mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan
5. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir
6. Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan
galaxie ciptaan Allah.
7. Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat,
jika lalai akan jatuh dalam neraka
8. Jika Imam baca tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf
yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala (anak darjah
enam bagi idea ni, menarik)
9. Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat
10.Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat
11.Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat
ini adalah terkahir dan bimbang jika mayti waktu Haid tak berpeluang lagi untuk
solat
12. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa
kubur angkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat pantas kilat, masuk syurga
tanpa hisab.
13. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di
beri peluang rukuk dan sukud dalam kubur dan padang mahsyar
14.Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di
azankan.
15. Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk
16.Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat,
lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat
17.Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah, maka
solat dengan gembira
18....
19...
20...
Ada lagi tak?
Sedang sedap muzakarah, bini cakap cukuplah setengah jam,
sebab dah tiba waktu berbuka puasa, nanti lepas tarawih sambung muzakarah bab Penawar bagi
hati pulak,
Maka sampai sini dulu, jika tuan tuan ada idea dan ilmu
tentang cara untuk khusyuk dalam solat, sila kongsi dalam komen, boleh kami dan
kita semua guna waktu muzakarah lain kali.
Woha!
May 1, 2020
PKP-Kita semua orang Tabligh?
Pada satu hari, sebelum covid 19 melanda negara, ada orang
tabligh yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.
Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di
datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan
jangan bunuh diri.
Tapi Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar
pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada
anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang
kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenang.
Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama,
kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan.
Kan? Woha!
Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi kini, banyak dengar kisah jururawat puji kerjasama
orang tabligh waktu dikuaratin, takde yang merungut, malah saling bagi kerja
sama dan pandai mencari ketenangan dengan majlis taklim, muzakarah, zikir dan
ibadat.
Jadi sempena PKP berpanjangan, jom kita cari ketenangan
dirumah dengan gaya orang tabligh, kerana kita semua orang tabligh.
Woha!
Apr 30, 2020
PKP macam azab kubur?
Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di
rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan
pulak sangat best dan saling menyayangi.
Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu
bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di
ceritakan.
Saya Alhamdulillah, walau pakai kereta buatan Malaysia
sahaja, tapi sempat buat rumah atas tanah lot, maka tak lah rasa sempit sangat,
lepas tu alhamdulillah masih ada makanan atas meja, anak anak semua taat dan
patuh, isteri pun menyenangkan hati, dan rasa macam orang pencen, bangun pagi
tak payah pergi kerja dan buat apa yang kita suka iaitu membaca, menulis, dan
menonton.
Ketika sedang saya rehat di belakang rumah, di bawah pokok
sambil layan isu semasa di internet, kakak saya call bertanya kabar, beliau
seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak
anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan
berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya,
pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot
dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.
Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”
Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan
pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang
kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat
yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan
akan hiburkan kita sampai kiamat.
Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa
dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan
datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam
menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan
PKP kita di dalam kubur.
Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka
kuburPKP kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk
azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul
dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti
akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!
Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih
ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi
dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa? Nak harap doa orang hidup
tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?
Habis tu nak ke mana?
Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan
merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau
sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian,
jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa ddan
bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari
hari hari raya.
Woha!
Apr 29, 2020
PKP di zaman Nabi?
PKP-Perintah kawalan pergerakan yang mujahadah bagi kita,
ada tak ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu?
- Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
- Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
- Nabi Ibrahim 40 hari dalam api
Dan PKP kita dah menghampiri 40 hari.
Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga
solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam,
beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir
pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat
minafik.
Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.
Amin...
Alkisanya..
Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang
dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.
Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah
dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga
sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi
alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu
Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku
bersalah, sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua
orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh
bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja
tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing
kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal
minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat
sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang
tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi
iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang segaja tak nak ikut keluar
berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu
sebab confirm masuk neraka, dan takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab
tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir
datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara
kafir.
Bencana apakah ini?
Tapi sahabat tu sabar, setia pada islam dan mengaku bersalah
dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan
dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus
sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi
suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena
pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak kena pulau, aduh..
Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang
banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk
takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah,
bertaubatlah kerana abaikan dakwah dan moga Allah ampunkan dosa kita semua
keraan Allah Maha pengampun.
Semoga woha sampai syurga.
Woha!
Apr 28, 2020
PKP bersama anak syurga?
Alkisahnya, Saya ada dalam group ibu bapa yang ada anak OKU,
dan betapa simpati kepada mereka dan betapa mujahadahnya membaca kisah ibu bapa
ini bila PKP bersama anak OKU kerana anak syurga ni mudah mengamuk, cepat
bosan, selalu nak keluar rumah, nak pergi tempat luas dan ada air cond
(pasaraya) nak berlari di pantai, nak berlari di taman permainan. Dan bila
mengamuk, sukar dipujuk sebab mereka tak normal dan tak faham erti dunia macam
kanak-kanak yang normal.
Dalam rumah yang sempit, anak syurga autisme akan panjat
sana, kacau orang, baling objek, pecahkan pinggan, pukul orang, gigit, dan
macam macam kisah yang saya dengar.
Saya dah lepas fasa kejadian anak meragam semua tu sebab ianya
berlaku waktu anak umur 4 tahun, waktu anak tak boleh bercakap, dan belum pergi
terapi urus diri.
Zaman tu belum PKP jadi senang tarik perhatian anak dengan
bawa dia berlari ke taman permainan, atau tepi pantai, atau panjat bukit, atau
berlari dalam Mall yang luas atau bawa dia tengok mainan sampai rambang mata.
Tapi dizaman PKP, anak syurga tak boleh keluar rumah akibat
jangkitan Covod 19, maka yang jadi sasaran adalah ibu bapa, anak pecahkan TV,
anak taburkan makanan, anak pangjat tingkap nak terjun, anak gigit sampai
berdarah, dan macam-macam.
Saya hanya mampu simpati dan doa dari jauh kerana ujian
setiap manusia ni tak sama, jadi kepada anda yang PKP bersama anak anak yang
normal, bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Sungguh saya cakap ni: bersyukurlah.
Dan saya sendiri walau ada anak OKU autisme, tetap bersyukur
sebab saya baca kisah orang lain anaknya Severe autisme dan PKP bersama si anak
yang ketuk kepala, tak boleh bercakap, makan najis, pukul orang tanpa sebab..,
gigit orang sampai berdarah, dan banyak lagi, memang simpati.
Anak saya hanyalah Mild Autisme, Alhamdulilah atas nikmat
ini, sekarang umur tujuh tahun, dan anak dah boleh bercakap tiga patah, mudah
dipujuk, dan sangat jarang menggigit macam dulu dan sudah tak makan najis macam
dulu dulu.
Rezeki anak juga waktu PKP ni, beliau adalah anak bongsu
dari lima beradik, abang dan kakaknya sangat rajin melayan, (terima kasih anak
anak ayah) jadi dia sibuk dilayan kiri kanan sampai dia penat dan tidur.
Rumah kami kecik sahaja, tapi halaman luas, maka bolehlah
anak berlari, berbasikal dan macam macam aktiviti. Dia sangat sibuk dengan
macam macam permainan tapi alhamdulilah, setakat ini terkawal.
Ada cubaan panjat pagar nak keluar, tapi dia faham tentang
zombie, saya terpaksa cakap kat luar ada zombie dan dia faham, sekolah tutup,
ada kuman, ada zombie.
Maka hari ini cuaca pun cerah, saya rakam aktiviti anak dari
pagi sampai ke petang, dia tak akan tidur kecuali larut malam bila dah habis
tenaga.
Tengok dia gembira dalam video ini buatkan saya bersyukur
dengan ujian anak OKU mild autisme, terima kasih Allah beri kami anak syurga,
orang lain diluar sana lebih besar ujian mereka.
Semoga PKP ini cepat berlalu, semoga kita semua berjaya
lawan virus Covid 19, dan habis semua ini, antara perkara pertama saya nak buat
dengan anak syurga adalah mandi pantai.
Woha!
Link video: Sehari PKP bersama anak syurga OKU autisme:
Terima kasih sudi menonton.
Apr 27, 2020
Penawar simple bagi hati?
Alkisahnya.. Hari ni muzakarah dengan anak-anak bab penawar
bagi hati, ada 4 asas sahaja yang kami bincangkan iaitu, Syukur, Sabar, Ikhlas
dan Khauf.
Suruh anak anak sebut dan hafal 4 kata kata ini:
- (1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
- (2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
- (3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
- (4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
(lepas anak anak dah sebut dan hafal, kita sebagai moderator
muzakarah akan buat sedikit ulasan)
Alhamdulillah, semua dah hafal 4 penawar bagi hati, maka
sekarang ayah nak cerita tentang Maksud, Kelebihan, dan Cara nak dapat.
Semua juzuk dalam Islam ni ada tiga benda ni iaitu, (1)
Maksud, (2) Kelebihan, dan (3) Cara nak dapat.
(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat.
Maksud Syukur: Kita nak sedar bahawa Allah sayangkan kita
dan kita sedang di beri nikmat yang sangat banyak.
Kelebihan Syukur: Allah akan tambah nikmat, hidup lebih
bahagia, Hati bertambah tenang, pahala semakin naik, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Syukur: Nikmat Allah hendaklah disebut sebut,
selalu puji Allah atas segala nikmat, selalu tengok orang lebih susah agar
syukur makin bertambah, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital,
semua itu menambahkan kesyukuran, dan kongsi nikmat pada orang lain maka nikmat
akan bertambah. Orang kaya yang bersedekah itu tanda syukur, orang kaya yang
simpan duit dan cakap saya bersyukur itu kedekut. Aduh..
(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
Maksud Sabar: Mencari hikmah yang menyamar sebagai takdir
buruk padahal sebenarnya adalah takdir baik, jika tak jumpa hikmah, maka Kita
nak redha dengan takdir buruk sampai kita mati atau sampai takdir buruk itu
bertukar menjadi baik. InsyaALlah
Kelebihan Sabar: Lebih bahagia dan tenang, lebih mudah
uruskan masalah bila sabar,dan Allah janji akan bersama orang yang sabar,
pahala dan darjat anak naik bagi orang bersabar, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Sabar: Carilah pertolongan dengan solat dan
sabar, ambik wudhu, dan duduk, dan bertenang, sangka baik pada Allah, selalu
tengok orang lebih susah agar syukur bertambah pada baki nikmat yang lain, ada
masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan
kesyukuran pada baki nikmat yang ada dan dapat membantu menambah nilai pada
kesabaran.
(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
Maksud Ikhas: Buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu
juga kerana Allah.
Kelebihan Ikhas: Hati lebih tenang dan damai, dan Allah
janji akan terima amal yang ikhlas malahan Alah akan gandakan berlipat kali
ganda amalan yang ikhlas dan kita akan menyenangkan semua orang.
Cara nak dapat Ikhas: Jawab empat soalan
- (1) Adakah ini perintah Allah?
- (2) Bagaimana Nabi buat? Jika Nabi tak buat, bagaimana Ulamak buat?
- (3) Adakah saya buat ini kerana Allah?
- (4) Bagaimana saya akan istiqamahkannnya? Jika dapat jawapan semua jawapan ini dengan betul, maka akan dapat ikhlas, selain itu Yakin dengan janji Allah melalui ihtisab juga dapat hakikat Ikhlas.
(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
Maksud Khauf, kelebihan Khauf, cara nak dapat Khauf…..?
Alamak, masa dah habis, waktu berbuka dah masuk, muzakarah kita
tangguh dulu dengan tasbih kafarah. Jumpa lagi dilain Muzakarah.
Woha!
Apr 26, 2020
Hukum Sedekah terang terang?
"Abang mayat, apa hukum orang yang riak di FB? Update
gambar sedang bantu orang susah?"
Jawapan:
Bukan semua orang yang menunjuk nunjuk dalam ibadat itu
riyak, sungguh Bab riyak tu. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab
Shiar. Iaitu kena buat terang terang, kena hebahkan..
Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena
war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus
pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena
belasah, sebab amalan ni kena tunjuk. Itu sunnahnya!
Bab Solat berjemaah kena azan kuat dan kena pakai pakaian
solat dari rumah lagi, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar
semua orang nampak.
Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang
mengumpat.
Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.
Haji kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur.
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang
lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab
semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war
warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak
masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban
sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu
tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu
politik pulak.
Apa apappun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan
suasana agama, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh
bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang
mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah
masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban
berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk
dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi
seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang, khidmat, dan lain lain yang boleh
mengundang riak.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh
dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, macam mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan
share dimedia sosial dengan hashtag:
"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)