Mar 15, 2007
Apa itu JIZYAH ?
Cerita satu:
Encik keretamayat, kenapa pulak ko cakap tak berdakwah melalui blog?, bukankah Nabi ada berdakwah melalui surat? Surat yang di hantar kepada raja2 kapir, bukankah itu satu dakwah penulisan?...
Cerita dua:
Dulu saya berusaha mendekati kawan-kawan yg lalai dgn menggunakan komik dakwah. kawan-kawan yg selalu tinggal solat mmg akan lari jauh2 bila nampak org dakwah, malah ada yg kunci pintu bilik utk halang org dakwah masuk. tp akhirnya komik dakwah saya dapat tembus bilik itu dgn menyelitkannya di bawah pintu.
Dalam komik itu ada juga seruan utk solat berjamaah spt seruan tabligh, lalu bila golongan spt saudara berkata pada saya, melukis komik itu bkan dakwah , dakwah adalah ketuk bilik ke bilik.lihat, jika saya terpengaruh dgn kata-kata itu pastinya dakwah langsung tak sampai pd golongan yg lari ini. saya yakin dakwah boleh menggunakan apa saja medium, asal saja kita MENYAMPAIKAN (tabligh) ajaran islam melalui medium itu.
Saya sedar, saudara hamka menulis dia tak berdakwah melalui blog, tetapi isi kefahaman islam yg disampaikan menimbulkan rasa keinsafan dan kefahaman pada org lain itu tidak dapat tidak perlu diakui sebagai dakwah, kerana dakwah itu majoriti ulama muktabar sepakat "amar makruf nahi mungkar".
Saya mohon maaf pd saudara hamka jika saudara menganggap saya ini org yg tak faham tulisan saudara walaupun saya baca tulisan saudara berkali-kali untuk mendapatkan isinya. dan mmg ada yg menepati jiwa saya yg mencari hikmahnya dakwah islam.sekian dan maaf.
Cerita tiga:
Pada suatu hari, aku berhadapan dengan satu keadaan yang memaksa aku untuk menulis surat rasmi, surat berantai aku tak reti, inikan pulak surat rasmi?…, mengenang kenangan yang memaksa aku menduduki BM julai pada zaman dahulu, maka aku membuat keputusan untuk merujuk kepada yang pakar…
Siapakah yang paling ‘pakar’ di akhir zaman ini yang mana korang suka sangat rujuk dan terus percaya walaupun perkara yang berkaitan ugama lantas tak kena gaya boleh menjanamkan masa hadapan korang(akhirat korang)? Siapa?
Dah tentulah ‘abang goooogle’ kita, he he he, akupun dengan penuh harapan terus melayari internet mencari format surat rasmi sambil sempat pulak upadate blog..oh (menyelam minum air),
Namun,…
Walaubagaimanapun,..
Akan tetapi,..
Aku akhirnya di selubungi oleh kecewa duka lara karana gagal bertemu dengan blog rasmi yang menunjukkan teknik menulis surat rasmi secara rasmi, mungkin di sebabkan factor diriku yang jahil IT atau factor diriku sendiri yang agak lembab dan tidak cukup cekap melayari internet, sehingga membuatkan aku sering terbabas ke blog korang yang suka copy/paste entry aku dan puji aku atau terbabas ke blog korang yang suka kutuk aku… huh!
Baiklah, sebagai insan yang prihatin terhadap isu-isu semasa, isu pelajar dapat 17 A1 bla bla bla, maka cikgu nak ajar korang hari ini buat surat rasmi… (sambil menjawab dua komen di atas)
Karangan Jenis Surat Rasmi...
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan yang rasmi seperti nak membuat rayuan poligami, nak minta kebanaran bermadu, nak memohon pengundi hantu, nak mintak jizyah, nak serang Negara kapir, nak menempah keranda atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi.
Perhatikan format di bawah.
(Nama dan Alamat Penulis di tulis di sebelah kiri bahagian atas surat.)
Contoh:
Abdullah bin Abdullah
Lubang kubur, 6 kaki
Keranda satu, Nissan dua
Perkuburan islam Timur
Malaysia.
__________( garisan panjang )___________
(Di buat di bawah alamat pengirim.)
(Nama dan Alamat Penerima di tulis di sebelah kiri di bawah garis melintang dan baris akhir alamat di bubuh garis. yang bubuh garis aku tak sure..huh)
Contoh:
Ketua Negara orang kapir
Rest in peace
Bilik mayat, rumah abu.
Keranda satu, Nissan berpalang
Perkuburan kapir barat
Malaysia.
01-April-2007 (Tarikh adalah selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan, (Pangilan hormat penerima di tulis di bawah alamat dan di bubuh koma)
(Letakkan Tajuk dengan Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Ok, lepas tu korang boleh taruk isi surat sesedap rasa, untuk memudahfahamkan korang, berikut adalah isi surat rasmi contoh yang aku karang sendiri kepada Perdana menteri orang kapir, dalam kes ini aku melantik diriku sendiri sebagai panglima perang dan mengarang sepucuk surat rasmi untuk memohon pembayaran JIZYAH.
MEMOHON UNTUK MEMBUAT JIHAD DI NEGARA TUAN.
Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Daripada wakil Muhammad pesuruh Allah kepada ketua orang kapir, Sejahtera ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasulnya serta bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu untukNya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya,
2. Aku sebagai panglima perang islam, menyeru korang sekalian kepada ugama ISLAM, agama yang telah di sempurnakan Allah,
Tiada Yang berkuasa melainkan Allah,
Tiada Yang dapat memberi manafaat melainkan Allah!!
Tiada Yang dapat memberikan mudarat melainkan Allah , Allah PENCIPTA, selain dari Allah semua DI CIPTA,
ALLAH PENTADBIR, selain dari ALLAH! Semuanya di tadbir!!
3. Untuk Allah hancurkan Kerajaan Firaun dan bala tentera nya, cukup bagi Allah menghantar seorang Nabi sahaja iaitu Nabi Musa a.s. Melalui perantaran dakwah Nabi Musa a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Musa a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Firaun dan bala tenteranya.
4. Begitu juga dengan Namrud lakanatullah, Allah tidak menhantar bala tentera yang lebih hebat atau setara dengan tentera Namrud laknatullah untuk di kalahkan, tapi cukup bagi Allah menghantar SEORANG Nabi Allah yang bernama Ibrahim as.., Melalui perantaran dakwah Nabi Ibrahim a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Ibrahim a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Namrud dan bala tenteranya..
5. Ingat ini!!, senjata orang islam adalah dakwah dan doa, dengan syarat, dakwah mengikut tertib Nabi SAW.., Aku tahu korang orang kapir dah lama gelak dan aku pulak dah lama menangis bila dengar orang islam berdakwah melalui lagu, blog, komik, parti dan seribu macam bidaah.., yang mana di belakang bidaah tiada pertolongan Allah, kerana itu korang berani serang Negara islam dan menjajahnya..
6. Maka hari ini kami sebagai seorang islam yang risaukan masa depan tuan orang kapir selepas jadi mayat, menyeru supaya korang masuk ke dalam ugama islam.., jika tuan enggan, maka tuan kena bayar JIZYAH…
Apa itu JIZYAH?
7. JIZYAH adalah sebahagian daripada harta tuan, samada dalam bentuk sejumlah wang atau aset kekal atau bon saham dan apa sahaja yang bernilai yang akan kami tentukan jumlahnya nanti, yang mana tuan kena bayar kepada kami sebagai satu alternative jika tuan tidak berminat masuk ugama islam..
8. Kejap! nanti dulu, relax, jangan tuduh kami gangster yang sedang meminta wang perlindungan, kami bukan nak minta ufti, juga bukan nak mintak income tak, kami bukan kemaruk dengan harta dunia yang sementara itu, kami tidak kebulur dengan harta yang akan jadi tanah, apatah lagi kita semua akan menjadi mayat yang berulat.., jadi, tujuan sebenar kami minta JIZYAH itu adalah:-..
Koft,! Koft! ( kena batuk sikit bila cakap pasal duit.. ish..)
JIZYAH adalah sebuah symbol keamanan daripada pihak tentera dan pihak kerajaan tuan, keamanan kepada mubaligh islam yang akan berdakwah dari pintu ke pintu di setiap rumah penduduk Negara tuan.., dan wang yang di bayar secara ‘paksarela’ oleh pihak tuan dan rakyat tuan kepada kami itu, akan di gunakan untuk menambat hati-hati para mua’laf dan juga untuk memudahkan kerja kerja pendakwah nanti..
9. Bukan apa, jika kita takde symbol keamanan dalam bentuk JIZYAH ini, kami tak nak peristiwa sedih di Taif dulu berulang kembali, kami tak nak peristiwa orang kapir baling batu dan menyakiti serta mencederai Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah berulang kembali…, so dengan pembayaran JIZYAH ini, maka kami faham bahawa kami di benarkan berdakwah di negara tuan dengan senang lenang tanpa sebarang ganguan dari pihak tentera atau dari pihak kerajaan tuan. Maklumlah, jika tuan tak nak masuk islam, belum tentu rakyat tuan tak nak masuk islam, biarlah rakyat bebas membuat keputusan next life mereka, inilah demokrasi, dan jika tuan di takdirkan masuk neraka, jangan biarkan rakyat tuan masuk neraka sama kerana kedegilan pihak tuan…, berilah rakyat tuan peluang menentukan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ mereka.. dan kami pula tak akan ganggu tuan punya ugama dan rumah ibadat tuan...
10. PERANG.!!!
11. Jika tuan tak nak bayar JIZYAH pula, terpaksalah kita berperang, apa nak buat?
Dan jangan tuan tuduh kami pengganas, kami bukan kehausan darah, malahan kami buat semua ini kerana ugama dan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ kita bersama..
12. Cuba tuan bayangkan jika ada beberapa buah bangunan sedang terbakar, 50 ribu orang terperangkap dan masih ada peluang untuk di selamatkan, tapi bila bantuan BOMBA datang untuk padamkan api, terdapat sekempulan manusia (tuan punya bangunan) buat Road Block tak bagi masuk dengan alasan yang merepek dan tak munasabah.. nak claim imsurance ke, tak nak rosakkan bentuk bangunan bersejarah ke, apa kejadah ke, maka apa yang pihak bomba kena buat?, kalau aku dah tentu aku sembur ajer mereka yang buat road block tu sampai tercampak, tercedera atau mati, mungkin?!
13. Kenapa? Kerana aku nak selamatkan 50 ribu orang lagi yang masih dapat di selamatkan, yang merepek tak tahu hujung pangkal ni, terpaksalah aku berkasar dan berkeras, kemudian korang sengaja parking kereta kat tepi pili bomba, nak cari penyakit?, nak mampos?! huh! pengganaskah aku jika aku rosakkan kereta korang yang berharga RM 50K kerana aku nak guna PILI BOMBA tu secepat mungkin untuk selamatkan 50 K nyawa manusia? Pengganaskah aku???
14. Begitulah keadaan kita sekarang, tuan tak nak bagi kami berdakwah dengan aman kat Negara tuan?, Maka kami terpaksa serang Negara tuan, kami hanya akan bunuh askar sahaja, Nabi kami pesan jangan bunuh orang perempuan dan kanak-kanak, orang tua dan bukan askar, kerana maksud kami berperang adalah untuk menyebarkan ugama islam dengan aman, tuan nak masuk dalam neraka, lantaklah tuan seorang, tapi apa ke hal dengan berjuta juta penduduk tuan yang tak nak masuk neraka??? kami nak selamatkan next life rakyak tuan, maka kami terpaksa berperang dengan tuan demi hidayat untuk penduduk Negara tuan..
Saya akan beri masa pada tuan selama 3 hari untuk menjawab surat ini, jika surat ini tidak di balas dalam masa 3 hari, maka kami menganggap tuan bersedia berperang dengan kami.
Sekian.
Yang benar,
…………………..............
( HAMKA KERETAMAYAT )
Ketua Pasukan Tentera Islam,
End!
Ok, dah faham cara nak tulis surat rasmi? Kena ambik perhatian kerana Berdasarkan analisis soalan-soalan UPSR sejak tahun 1992 hingga 2001, soalan karangan jenis surat kiriman rasmi sudah dua kali ditanyakan, iaitu pada tahun 1995 dan 2000.
Berikut adalah teknik pembahagian markah:
Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
-----------------------------
Nota Kaki:
Tahukah korang ?di sebalik surat Nabi kepada raja kapir ada tentera islam yang akan mintak jizyah jika raja kapir enggan masuk islam, dan serang jika raja kapir enggan bayar jizyah...
Jizyah adalah untuk memudahkan orang islam berdakwah secara aman dengan orang kapir...
Perang adalah untuk menyelamatkan rakyat negara kapir yang tidak di benarkan berdakwah di negara mereka..
Kerana itulah, surat rasmi di atas tak pernah di hantar kerana bila aku nak serang Negara orang kapir, aku dapati tentera aku takde yang layak…, nak layak macam mana?, nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup..
Itu satu hal, yang tak solat lepas tu merompak, berzina, meragut, merogol adalah ‘tentera’ islam jugak, huh kalau macam ni akhlak ‘tentera’ aku, nampaknya takdelah bantuan ALLAH kepada aku bila berperang kelak.. oh!!!
Yang berdakwah guna blog, komik, lagu, apahal pulak?, adakah nak mintak jizyah kat orang yang tak nak baca blog, komik, dan dengar lagu?, dan adakah nak perang mereka yang tak nak bayar jizyah itu????
Adakah???
Dan sejarah hari ini telah membuktikan, bila korang orang islam berperang dengan orang kapir, korang kalah, korang di hina dan di telanjangkan, korang di seksa dan di malukan.., terdapat hampir seluruh orang islam doa depan kaabah mintak tolong kat ALLAH, tapi tiada bantuan dari ALLAH, seribu malaikat yang pernah tolong orang islam dalam perang badar dah tak datang, nak datang macam mana? jika amalan orang islam lebih kurang orang kapir, hari hari hidup cara yahudi, orang kapir tengok masjid kosong tak sedih, orang islam pun begitu, dakwah dengan cara yang merepek, hari hari up date lagu popular, hari hari up date wayang, update accessories kereta, up date perabot rumah, up date langskap, up date awek, up date bini, up date handset, dan up date BLOG,!!!!
Sedangkan ALLAH sentasa up date bala demi bala tapi masih tak sedar diri.., Tsunami, banjir, rebut, gempa bumi mana mau lari???
Orang kapir pulak sentiasa up date sempadan Negara, mana korang mahu lari? Memadaikah jika sekadar up date blog islam, majalah islam, komik islam? lagu islam???, mamadaikah???
Isk..isk.., benarlah apa yang Nabi bagitahu: ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Dan sekarang ummat islam sedang di hina.., tapi aku dan korang masih sibuk up date blog..oh!!
ps: Semua orang pasti menjadi mayat, termasuklah aku, kalau nak jadi mayat, jadilah dengan cara yang BERBALOI..., berbaloikah pengorbanan aku dan korang?
Mar 12, 2007
Anti HADITH ?
Terpangaruh dengan filem “CINTA” yang taruk 5 kisah cinta dalam satu cerita, maka aku hari ini termengada nak cerita tentang 5 cerita dalam satu entry…
Cerita ini adalah berkenaan tentang andartu, blog dan anti hadith. Iaitu cerita satu adalah tiada kaitan langsung dengan cerita nombor dua, tapi cerita nombor dua ada kaitan dengan cerita nombor tiga yang tiada kaitan pulak dengan cerita nombor 4, namun cerita nombor lima ada kaitan dengan cerita nombor empat, dan akhirnya cerita aku menutup cerita yang langsung tiada kaitan ha ha ha ..
Namun cerita-cerita ini bukan di tulis oleh aku, aku hanya tulis tajuk dia, isi dalam di tulis oleh orang lain iaitu pembaca setia blog keretamayat..
Tahukah korang? (promote he he)
Dalam kotak komen keretamayat ini, ada macam macam cerita yang boleh korang jumpa dan abadikan sebagai kenangan untuk di jadikan rujukan dan pedoman di masa hadapan (di hari tua), itupun jika korang rajin up date blog aku, dan terima kasih kepada mereka yang masih memeriahkan comment box walaupun untuk entry yang dah lama lama.., maklumlah isu berkaitan ugama adalah isu yang tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas… kekal di guna pakai walaupun dah jadi mayat.., subhanAllah..
Maka hari ini, aku dengan rajinnya copy paste tanpa izin beberapa komen terpilih untuk memeriahkan dan di naik tarafkan ke dalam entry blog keretamayat yang latest lantaran aku perasan sibuk..(malas sebenarnya..huh!), terimalah..!
Tajuk Besar : ANDARTU, BLOG DAN ANTI HADITH
Trademark: 5 komen, 3 cerita, satu entry…
Tajuk 5 cerita: (yang suka hati aku jer taruk tajuk he he he..)
- KELUHAN SEORANG ANDARTU DI WAD HOSPITAL…
- SOALAN YANG TELAH BERULANG SEJAK DARI ZAMAN HADAPAN
- KELUHAN SEORANG INSAN MAMALIA DI HUJUNG DUNIA
- MENCARI JAWAPAN KEWUJUDAN ANTI HADITH DALAM KEDINGINAN PETI AIS
- MENCARI HASHAFAH DI BILIK AIR SAMBIL MEMBUNUH GOLONGAN ANTI HADITH
ANDARTU, BLOG DAN ANTI HADITH
KOMEN 1
KELUHAN SEORANG ANDARTU DI WAD HOSPITAL…
Salam Hamka,
kak baru baca bloq awak. Quite intersting. sorang mamat kenalkan bloq ni kat akak semalam. kak ingat nak ulas tentang andartu, sebab akak masuk gol tu. tak sedaplah baca komen awak pasal andartu tu... awak perlu lebih info. .. kak ambil masa sikitlah hari ni walaupun ada appointment di hospital jap lagi. Kak dah lupa lah kat mana awak tulis pasal andartu tu tapi seingat-ingat lupa, awak ada ucapkan kalimah kesian kat andartu.
*Memang kesian terutama yang benar-benar mengharap tapi tak dapat calun suami.
*Tak kesian jika itu pilihan mereka- hormatilah
*Tak kesian jika mereke melekehkan perkahwinan malah sombong pula dengan kata-kata: 'aku tak kahwin pun hidup lebih senang dari yang dah kahwin"
*Jangan kesian kepada andaratu yang redho dengan ketentuan takdir. Mereka ini menjaga kehormatan, pergaulan dan jati diri dihadapan manusia or di hadapan Allah swt.
Mereka tetap wanita beriman sekalipun tidak bersuami.tidak seperti fahaman sesetengah lelaki bahawa wanita tak berkawain tu gagal jadi wanita solehah-siapa kata? adalah beberapa ustaz fenatik yg nak kahwin free selalu cakap macam tu....sumber BURnama.! :).
Baiklah, bagi yang redho itu ada beberapa sebab:-
i- Memang tak pandai mengurat or tak tahu nak respon bila dingorat.
ii-Sakit or berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi , buah pinggang, barah , sakit sendi ect ect. Mereka ini malas nak terjun ke dunia perkahwinan kerana sibuk nak jaga diri, tak mampu nak jaga suami, layan suami dan kerenah anak-anak kelak. banyak yang difikir bukan setakat nak seronok-seronok atau nak jadi macam orang lain bersuami. Kadang-kadang ada tu yang kunun-kunun hulur simpati, tapi sebenarnya hanya mahu mengambil insuran bila si andartu itu jadi isteri tak lama jadi mayat...
iii-Hakikat -tak ada jodoh sebab jika ada jodoh tentu Allah akan aturkan walaupun sesusah mana. Ini yg patut awak h/light dalam bloq awak. Soal jodoh ni jangan suruh usaha yg bukan-bukan, kalau dah tak ada, usaha tu kelak, bakal membawa lebih parah lagi rasa kecewa. kerana bila ada usaha maka hrpn lebih tinggi lagi. jika tak tercapai ibarat jatuh dari pokok tinggi- risiko lebih parah.Sebaiknya doa shja kerana dengan doa itu Allah mengubah takdirnya, akan ada jalan keluaryang tak di sangka-sangak!. Selagi belum ditunjuk jalan keluar maka wanita tu tak payah keluar surat khabar cari jodoh dan sebagainya.
Banyak perkara yg boleh dibuat oleh andartu selain dari meratapi nasib. mereka boleh buat apa-apa hobi, jika tak ada? cipta hobi. Paling mudah ialah mencipta hobi baca al-qur'an, contoh hari ni shj (jumaat) boleh baca surah al-kahfi (1 jam), solat dhuha, qiamullail. Galakkan andartu buat hobi ni dalam bloq awak sebab diorang tak der anak/suami ganggu bangun malam.
Kak masuk dlm kategori ii- Ada penyakit, ni nak gi spital lah ni .Tapi kak tetap heppiY. Tak penah kesal, malah seronok pula sebab walaupun tak de suami namun, masih ada lelaki beriman yang sudi bantu kerana Allah jika perlu.
Kawan kakak andartu juga akan kahwin 11/3 nanti dengan duda anak lima , Alhamdullillah. tak payah pun masuk surat khabar atau mengemis minta orang carikan jodoh. Senang sahaja bila ada takdir Allah. ok ,jumpa lagi .
Boleh tak kak dapatkan email akak_S ? sebab akak nak cc kat dia
Wasalam
-------------------------------
KOMEN 2
SOALAN YANG TELAH BERULANG SEJAK DARI ZAMAN HADAPAN
Salam...
Nak tanya soalan yg out of topic?Dalam komen encik, cakap encik hamka tak berdakwah melalui blog... erkk tak bleh berdakwah mlalui blog ke? trimas atas tip2:D
His servant
------------------------------
KOMEN 3
KELUHAN SEORANG INSAN MAMALIA DI HUJUNG DUNIA
Hait... sayer dari sebuah perkampungan terkecil kat Papua New Guinea. Elektrik takde, air pon jap ada jap takde, tepon takde, apatah lagi internet.kasihanilah saya. kalau orang berdakwah kat blog.... saya tak dapat baca la. saya tak dapat terima dakwah melalui blog. sebab saya takde internet. kasihanilah saya :((tolong ye.... sape-sape datang ke sini, dakwah kat saya. saya takde internet... jadi takleh baca blog. tolong la.....
Kuboe Aaron
-----------------------------
KOMEN 4
MENCARI JAWAPAN KEWUJUDAN ANTI HADITH DALAM KEDINGINAN PETI AIS
Bro hamka... baru2 ni aku ada baca artikel-artikel yang menyanggah kewujudan hadith.Katanya hadith tu adalah rekaan manusia semata-mata, sehinggakan hadith Imam Bukhari juga dikatakan palsu.
Diorang ni punyer argument lebih kurang camnih: "Allah dah kata Al-Quran tu lengkap, so takyah nak pakai hadith2 ni. Lagipun kalau ko percaya hadith maknanya ko kata Al-Quran tu tak lengkap la!"huhu... terkesima aku membaca ayat-ayat tersebut. Bagaimana aku nak menghadapi orang-orang sebegitu bro?
Petisejuk
------------------
KOMEN 5
MENCARI HASHAFAH DI BILIK AIR SAMBIL MEMBUNUH GOLONGAN ANTI HADITH
Assalamualaikum...
Petisejuk, ni cadangan aku kalau ko nak jawab puak-puak anti hadis tu:Ko tanya Hamka katner rumah sewa lama dia tu, then ko pegi kat situ, cari pisau yang hamka buang kat bukit tu-(rujuk entry sebelum)
Bila dah dapat pisau tu, ko pergi jumpa puak-puak yang kata hadith tu rekaan. Lepas tu ko jolokkan pisau ke perut mereka barang 4-5 das, sementara mereka masih belum jadik mayat ko tanya mereka soalan di bawah:
1) Mana ko tahu Al Quran tu sempurna? Sapa bagitahu? Ko dengar dari sapa? Nabi yang bagitahu kan? Abis kenape ko pecaya pulak? bukan ke ko cakap semua tu rekaan manusia?
2) Yang ko kawin dan tiap-tiap malam jumaat ko main dengan bini ko tu, sah ke tak sah? Mana ko tahu sah? Dalam Al Quran ada bagitahu syarat sah nikah? Ker ko belajar dari apa yang Nabi bagitahu jugak? Abistu, kenape ko pecaya pulak? Mentang-mentang hal-hal macamtu ko percaya, tapi hal-hal lain ko tak nak percaya?Lepas dah tanya mereka soalan tersebut, barulah ko bagi sedikit tazkirah seperti di bawah kepada mereka tu:
Bismillahirahmanirahim
Al Quran tu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya. Namun manusia ni BODOH, BANGANG, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sedepuk camtu. So Allah utuskan manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dan manusia tersebut (Rasulullah), bile dia nak terang, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Al Quran suruh kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana yang dimaksudkan dengan kawin tu. Apa syaratnya, apa hukumnya dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.
Manusia yang Allah turunkan tu pulak, bukannya calangca;ang!!. Bukannya bodoh macam ko. Dia manusia agung. Dia diberi training direct dari Allah melalui malaikat. Dan manusia yang Allah training direct ni, dia bagi pulak training kat sahabat-sahabat di sekitar dia. Bukan calang-calang training beb, berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Pastu mereka ni training pulak orang-rang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat. Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam ko ngumpat bos ko. Mereka solat dulu, minta petunjuk.
Yang ko ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? Ko ni nak mampos ke ape? Sebab ko nak mampos lah aku tikam perut ko 4-5 das ni. Baik ko bertaubat sebelum ko jadi mayat.
Lepas selesai tazkirah tersebut, bolehlah ko uruskan mayat-mayat mereka tu. Kalau mereka tak jadi mayat, bawak mereka mai jumpa aku, aku kasi tempeleng sedas dua.
Sori bro hamka aku teremosi dalam blog ko lepas sekian lama menyepi. Aku memang hot betul ngan geng-geng anti hadis ni...
Baik aku meng'hot' kan keadaan hujan sekarang dengan masuk bilik air mandi sekali ngan wife aku yang tengah mandi tu (sunnah apa!).
Moga Hasyafah dapat bertemu Hasyafah hari ni.. Malam tadi dahla tak dapat
Chow
Wassalam
Ustaz Rock
--------------------
PENUTUP DARI AKU:
NO KOMEN…err, sikit aku nak ulas tentang korang punya komen adalah,: untuk kebaikkan semua, aku dah edit segala ejaan short ala-ala sms kerana aku tak nak jadi anak melayu yang buat kerja cincai, tapi kalau terlepas satu dua tu kira cincai ler, he he he..
PS: Berbuatlah apa sahaja yang korang mahu sebelum korang jadi mayat, tapi ingat!! Korang tetap akan di soal di atas segala perbuatan korang,!!
Chow (macam bagus aku ni..oh!..isk)
Mar 7, 2007
Siapa 'Hero' anda ?
Sebelum korang baca dan komen entry ini, aku nak komen sendiri terlebih dulu, aku nak jadi first comment ha ha ha!
Komen aku:
- Kalau korang free saja boleh baca cerita ini, kerana sungguh merepek..
- 18 SX (L) – Tidak sesuai untuk wanita walaupun dah lebih 18 tahun, hanya untuk lelaki sahaja!!!
- Penulis seakan akan ingin mengaibkan diri sendiri, tapi di sebabkan setiap hero selalu merahsiakan identitinya, maka penulis belasah sahaja.. hentam sajelah labu!!
- Inilah entry paling bosan pernah di tulis di blog keretamayat!!
Sekian..
Selamat membaca!!!
My husband is hero-
(sebuah cerita Superhero yang tidak pernah di kenali…)
Aku adalah seorang hero di dalam pandangan mata isteriku…, sebagai seorang hero, aku juga mempunyai 'kostum' istimewa yang hanya isteriku seorang sahaja di benarkan memimjam dan membasuhnya,
Aku akan memakai kostum istimewaku itu apabila keadaan terdesak sahaja, seperti apabila ada pihak musuh atau penjahat muncul untuk membuat kerosakkan di muka bumi ini, maka aku jeng jeng jeng, dengan kostum khasku akan muncul sekali lagi untuk menyelamatkan bumi ini dari sebarang ancaman dan anasir jahat!!!!
Dan dalam dunia maya, aku juga sering menjadi super 'hero' dalam blog keretamayat, maklumlah blog aku, lantaklah aku nak tulis apa apapun!! ha ha ha!
Sebagai seorang hero, aku perlu merahsiakan identity sebenar aku, aku tak akan publish tempat kerja aku, nama isteri aku, alamat aku, no telefon aku dan apa sahaja yang aku anggap misteri dan nusantara, dan aku mintak tolong sangat sangat kepada 'partner' hero yang mengenali diri ini supaya teguh merahsiakan kelemahan dan identity sebenar aku (ustazah rock, hafizbar, hucs, greng dan lain lain) sehinggakan walaupun jika malaikat dalam kubur tanya korang, siapakah sebenarnya Hamka? Korang janganler jawab.. please.!!!
Ok, kita teruskan cerita tentang Superhero yang tiada super power dan telah di lupakan serta tidak pernah di kenali… isk..
Hujan dan petirpun turun dengan hebatnya sebagai intro cerita…
Pada suatu hari, selepas solat isyak, ketika melangkah keluar dari sebuah surau (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya), tiba tiba muncul seorang pakcik yang agak anti dengan ‘kefahaman’ ugama aku mulai menunjukkan kefahaman ugama beliau dengan menegur aku secara terbuka di tempat terbuka:
“huh, cakap berapi-api suruh orang ikut sunnah Nabi, tapi diri sendiri pakai baju macam orang India”
Lebih kurang begitulah teguran yang membina dari pakcik yang berbaju melayu cekak musang dan berkain pelekat cap gajah duduk kepadaku…
Aku merenung diri sendiri, benar!, pakaian yang aku pakai adalah seakan jubah yang labuh hingga ke lutut, mirip dengan baju yang di pakai oleh shahrukh khan ketika bagi makan kepada burung merpati di waktu awal pagi di tepi sawah demi memikat hati mertua a.k.a ayah kajol dalam filem “Dilwale Dulhania La Jangge”..
Hmmm.., tak baik bergaduh dengan orang tua yang memakai kain pelakat cap gajah duduk, bisik hati kudusku, walaupun hakikatnya kain pelakat berasal dari India- (rujuk filem tamil, heronya bergaduh pakai kain pelekat apa?!)
Namun sebagai seorang hero cerita ini, aku mengambil keputusan untuk menghormati orang yang lebih tua dengan bercakap secara hikmah sambil minum air teh yang di sediakan oleh AJK surau setelah penat membaca yassin di malam jumaat..
Hero kalah dulu daa…!!!
Ok, kita tinggalkan babak orang muda bercakap hikmah dan berkasih sayang dengan orang tua di halaman surau itu, sekarang aku ada cerita lain nak kongsi di halaman web keretamayat.., cerita tentang superhero yang aku maksudkan itu.. he he he
Nota sekali lagi (first komen) : Maaf, cerita ini agak boring kerana ianya adalah kisah peribadi penulis dan agak 18 SX serta tidak sesuai di baca oleh golongan wanita hari ini, maka nasihat aku kepada orang perempuan, skiplah entry keretamayat untuk kali ini, lain kali di next entry datang lagi, boleh???
Ehem, ehem,
Sebenarnya cerita yang aku tiba tiba rasa nak cerita walaupun agak lucah adalah akibat gara-gara aku telah di ‘tag’ beberapa kali oleh pembaca blog setia keretamayat dalam blog mereka dengan permainan ala-ala surat berantai, iaitu dalam syarat permainan ‘tag’ itu, korang kena jawab 6 soalan yang telah di tetapkan dan kemudian korang kena cari pulak 6 orang lain untuk kena ‘tag’ dengan 6 soalan, dan ulanglah permainan itu sementara ada banyak masa sebelum jadi mayat, dan teruskan permainan sehingga korang jadi mayat..,
Pendek cerita, dalam ‘tag’ itu aku di kehendaki bercerita tentang 6 perkara pelik yang aku selalu buat, dan selepas ini aku ingat nak ‘tag’ kepada enam buah mayat di rumah mayat dengan soalan, sekiranya mayat hidup kembali, adakah mayat nak main permainan ‘tag’ ?
Oh! Relakslah, jangan marah, nanti cepat tua, cepat jadi mayat, dan cepat pula mayat di makan ulat, lalu ulat menjadi rama rama, arghh, aku dah start merepek, baiklah, aku akan cerita SATU sahaja tentang perkara pelik yang aku buat, kalau aku cerita sampai enam, huh! alamak berzaman tak habis dan dah tentu korang akan boring gila baca cerita yang lebih kepada shok sendiri serta menonjolkan perasaan diri yang ingin di anggap penting, dahagakan pujian dan perasan nak glamer.. oh!
Cerita ini bertajuk:
(Aku, isteri dan seluar dalam…)
Aku sebenarnya seorang yang tak suka pakai seluar dalam, TAK SUKA SANGAT!!!! aku hanya pakai seluar dalam waktu kecemasan sahaja seperti nak selamatkan dunia dari anasir penjahat atau ketika nak bersukan,
Bagiku, lebih senang berseluar panjang atau berkain pelekat tanpa memakai seluar dalam.., lebih sihat, selesa dan aman sentosa rasanya..
Antara alasan yang aku suka adalah: Aku lebih suka zakar dan testisku menerima tekanan udara pada suhu bilik agar sperma aku dapat berehat dengan baik.., aku pernah baca dalam paper tentang kajian tantang lelaki yang tidak memakai seluar dalam mempunyai sperm yang lebih subur, dan mempunyai kecerdasan seks yang lebih efektif, dan di India, di dapati pertambahan penduduk yang cepat adalah di sebabkan factor penduduknya yang tidak memakai seluar dalam.. wallahu’alam,
Namun berita itu tiada kena mengena dengan aku kerana hakikatnya aku sudah tidak berseluar dalam semenjak dalam perut mak aku lagi,..
Ketika remaja, aku sedikit sebanyak mendapat masalah hidup seperti zakar tiba tiba menegang pabila melihat wanita cantik, apa aku akan buat? Aku akan seluk tangan dalam poket cover line dan focus kepada azab neraka yang bakal di terima oleh Firaun, Haman, namrud dan lain lain.., lalu mengendurlah zakarku..oh!
Ada peristiwa yang agak mengharukan, di mana aku berkongsi tabiat pelik ini dengan seorang sahabat di syah alam, aku sebenarnya tak tahu juga yang dia adalah seorang yang ‘berbogel dalam seluar’, sehinggalah dia di tangkap polis kerana menjadi suspect kes rogol, tapi di bebaskan kerana bukan dia –takde bukti, mangsa rogol memberitahu dirinya di rogol oleh lelaki yang tidak memakai seluar dalam..
Wah! Hampir sahaja aku menamatkan 'zaman tidak berseluar dalamku', tapi aku tetap tabah tidak berseluar dalam di tambah dengan diriku sendiri yang malu nak beli seluar dalam di hadapan rakyat jelata, dan di tambah lagi dengan diriku yang miskin..oh!
Seluar dalam mahal siol…!
Walau bagaimanapun, hampir setiap superhero ada seluar dalam, maka aku sebenarnya ada jugak seluar dalam stand by red colour, yang aku simpan khas di sudut keretaku, yang mana jika ada emergency, atau jika ada alien jahat menceroboh bumi, atau jika ada rusuhan, atau ada wanita yang hampir di perkosa oleh lelaki geng seluar dalam, maka aku akan bergegas berlari ke tempat tersembunyi untuk mengenakan seluar dalam, dan penting!!! , aku memakai seluar dalam di dalam, bukan di luar macam superman, tapi biasanya selepas aku dah pakai seluar dalam demi keselesaan bertarung dengan pihak musuh, BIASANYA, sebaik sahaja aku bertukar kostum bahagian dalamku, kes jenayah itu telah berjaya di selesaikan oleh encik polis yang berseluar dalam di dalam.., oh! Semoga Allah terima niat baikku..
Namun ada jugak sumbangan aku dalam masyarakat, iaitu satu hari ketika aku pulang dari surau.. (wah! akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya) berhampiran rumah sewaku, ada pergaduhan dari orang bujang, belia kelantan bergaduh dengan belia dari sabah!! Aku yang tidak berseluar dalam terus berlari ke rumah sewaku yang tidak jauh dari tempat kejadian lalu mencapai seluar dalam dan zas, zas, zas! Kostom dalam dah siap lalu aku melompat ke medan pertarungan!!
Pada masa itu pertarungan dah reda, belia sabah telah lari.., tapi tiba tiba belia sabah muncul dengan dua bilah pisau lalu membaling pisau ke arah belia kelantan dan mengcabar bertarung dengan pisau!! Aku yang berada berhampiran belia kelantan yang bertubuh kecil terus memeluk beliau dari belakang dan merampas pisau lalu lari dari tempat kejadian, memandangkan aku sudah berseluar dalam, maka kelajuan aku berlari luar biasa pantasnya, aku berlari seperti lipasman dan cicikaman dan aku terus lari ke kaki bukit dan membaling pisau ke dalam semak, kemudian aku dengan pantasnya kembali ke tampat kejadian dan merampas sebilah lagi pisau dan membaling ke dalam semak di kaki bukit, (memang rumah sewa kat di kaki bukit daa) lalu mat sabah tu sound, “abang ahli surau orang baik, jangan masuk campur” (wah! Sekali lagi aku menjadi lelaki beriman akhir zaman kononnya)
Lalu aku nasihat kepada mereka tentang bahaya menggunkan pisau dalam pergaduhan kerana setan akan menguasai diri dan bla bla bla.., masa tu aku tengok remaja kelantan tu dah siap manangis, aku tahu dia menangis bukan kerana nasihat aku tapi akibat tekanan aura pergaduhan yang hampir ke arah bunuh membunuh..
Ok, itu cerita lain dan cerita itu benar walaupun agak kelakar, apa yang aku nak cerita adalah tentang seluar dalam..
Sambung balik, akrian, masa baru kahwin, bini aku mintak seluar dalam untuk di basuh dan bini aku agak terkejut manusia kerana suaminya tidak mempunyai seluar dalam…, patutlah masa bertunag dulu jika berjumpa abang selalu bersamping, (mengikat jaket di pinggang) rupa-rupanya abang sedang cover zakar yang tegang sayang oiii ..oh!
Namun, bumi mana yang tidak di timpa hujan, pengundi mana yang tak cukup umur boleh mengundi? setiap hobi akan ada jemunya, suatu hari aku telah berpindah kerja di tempat yang di wajibkan pekerja lelaki sentiasa kemas dengan memakai kemeja yang wajid di memasukan baju ke dalam seluar, macam clark cent pulak rasanya, so nak tak nak, aku kena pakai seluar dalam, tapi aku dah tak malu nak pergi beli sebab bini aku tak jemu jemu memberi dorongan agar suaminya berseluar dalam. Isteri aku memberi kepentingan memakai seluar dalam dan kelebihan lelaki berseluar dalam. Juga isteriku berjanji akan memberi hadiah yang menarik jika suaminya berjaya istiqamah memakai seluar dalam!!!
Maka aku yang mudah cair apabila di pujuk oleh wanita yang cantik jelita macam bini aku, mulai membuat anjakan paradigma dengan bersetuju membeli seluar dalam dengan syarat time tidur abang tak nak pakai seluar dalam…
Tapi bukan senang sebenarnya nak beli seluar dalam yang terpaksa aku pakai sepanjang hari, pada mulanya aku beli seluar dalam yang ada lubang untuk zakar keluar, tapi bila aku pakai rasa pelik semacam, susah nak parking, tapi bila beli seluar dalam yang normal, yang superman pakai tu, rasa lemas sangat, last last, jumpa jugak seluar dalam yang setia aku pakai sampai sekarang, seluar pendek sebenarnya, tapi kira seluar dalamlah jugak he he he..
Namun hanya waktu kerja dan bersukan saja aku pakai seluar dalam, waktu lain aku masih seperti dulu, lebih selesa dan lebih berkeyakinan diri, dan aku ada tanya ustaz dan ulamak tentang seluar kecik Nabi Muhammad SAW, tapi tak dapat jawapan yang tepat, tolonglah korang semua jika tahu apakah teknik seluar kecik Nabi kita, serius! Aku nak tahu dan nak belajar amalkan, insyAllah..
Berbalik cerita dengan pakcik yang berkain pelekat cap gajah duduk di atas, maka aku bagitahu pakcik tu akan ada orang kita yang kebanyakkannya selesa bersolat tanpa pakai seluar dalam, termasuklah saya dan pakcik, lalu bila tiba time sujud, maka telur akan jelas kelihatan dari belakang yang sungguh buruk rupanya dan boleh menggangu kekusyukkan jemaah lain, apatah lagi jika telur lanjut mencecah lutut, maka bila saya kenakan pakaian yang labuh macam sunnah Nabi ni, maka pakaian saya itu akan menutup telur zakar saya yang labuh tu pakcik, dan pakcik yang jauh lebih tua dari saya dan mempunyai telur zakar yang jauh lebih labuh dari saya, lalu bila pakcik bersujud, maka baju melayu cekak musang pakcik gagal memainkan peranannya lalu terdedahlah telur pakcik yang melintang lalu membujur patah (aku tambah) dan saya tengok ramai budak budak ketawa tengok telor pakcik, lepas tu bila dah habis solat pakcik marah budak budak buat bising dalam masjid rumah Allah, sedangkan pakcik tak tahu bahawa telor zakar pakciklah punca ilham kenakalan budak budak tu.. ha ha ha!
Dan bila pakcik marah kat budak budak tu kerana buat bising dan main main dalam masjid tempat ibadat, kira betulah tu, tapi tahukah pakcik bahawa dunia ini adalah tempat ibadat, tapi siapakah nak tolong ‘marah’ bila kita main main kat dunia ini??
Ha! Orang yang pakai baju macam orang ‘India’ tu lah pakcik…, dan apa yang saya belajar, pakaian sunnah adalah labuh hingga ke lutut, dan kain bawah tidak lebih dari buku lali dan haram mencecah hingga ke tumit, orang tua lama lama di India cintakan sunnah nabi lalu jadikan pakaian sunnah sebagai pakaian kebangsaan mereka yang di namakan ‘kurta’, jadi timbul salah faham orang melayu yang berkain pelekat dengan menyangka kurta dari India sedangkan kain pelekat adalah berasal dari India!!
Dan jika pakcik nak tahu apakah perbezaan antara kain pelakat cap gajah duduk dengan gajah betul adalah, belalai gajah betul ada kat luar, tapi belalai cap gajah duduk ada kat dalam ha ha ha!!! Tak lawakpun!!!
Sekian!!
Ralat: dialog aku dengan pakcik tu aku tambah sesuka rasa untuk menyedapkan jalan cerita- harap maklum!
Nota kaki: Aku nak ‘tag’ kepada enam buah mayat di rumah mayat dengan soalan, sekiranya mayat hidup kembali, adakah mayat nak main permainan ‘tag’?
Ps: tahukah korang? selepas korang menjadi mayat, adalah tidak di benarkan berseluar dalam….
Soalan tambahan: (jawapan akan di siarkan di comment box.)
Sukan apakah yang paling murah kos untuk setiap pemain…?
Feb 27, 2007
Cari menantu ?
Pada zaman dahulu kala, ada seorang lelaki yang mempunyai iras iras wajah P ramlee telah berkelana mencari jodoh merangkap bakal permaisuri Negara Pura Cendana, akrian, untuk mencari calon isteri yang bijak dan jelita, maka si Tun Nila Utama putera mahkota telah membuat sumpah bahawa jika ada wanita yang sudi memasak barang-barang yang telah di campur gaur di dalam satu bekas, maka adalah sesungguhnya, wanita itu akan di jadikan permaisuri Negara Pura Cendana …
Alkisah, kebanyakkan anak dara dan andartu serta mak janda juga para IT (ibu tunggal) telah menolak tawaran untuk memasak barang yang bercampur gaur antara beras, garam, kunyit, lada hitam, tepung penaik, bijih kas kas, tongkat ali, kacip fatimah, serbuk peledak, pil kuda dan daun ketum kerana menganggap anak muda yang mulai berjanggut ini sudah mereng…
...Berjanggut kerana sudah lama berkelana....
Dan si Tun Nila Utama ni besar jugak nafsu serakah dia kerana bukan semua anak dara yang di tawarkan untuk memasak ‘sampah’ itu, hanya yang cantik jelita sahaja di offer nya, yang muka hodoh dan burguk serta bersaiz guni beras telah di skip oleh musang berjanggut ni, huh! Dah namapun ‘musang’, amboiii, pilih bulu nampak..?!
Lagu latar:
Wahai nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek nak kawin dengan nak raja...
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa kena dia yang jadi…
Akrian singgahlah si Tun Nila Utama ni ke sebuah rumah yang ada mempunyai seorang anak dara cantik jelita bernama Dang Wangi, lalu nak di jadikan cerita, sudilah si Dang wangi ini memasak karung yang macam 'plastik sampah' itu.., alah senang sajer, dah berkumpul dalam satu bekas?, maka kita masak bubur asyura sahaja lah he he he,
Di pendekkan cerita, bila tiba time makan, si Tun Nila Utama ni makan dengan lahapnya bersama bakal mertua, dan begitu gigih sekali si Tun Nila Utama melantak sehinggakan semua orang di tempat kejadian dah berhenti makan, tapi beliau masih melantak siap mintak tambah lagi!!!, untuk mengurangkan malu tuan rumah, si Dang Wangi telah beli bungkus beberapa makanan tambahan di warung ‘tujuh-sebelas’ yang berhampiran, dek kerana tidak tahan melihat keburuk lantakkan bakal menantu, maka pak mertua yang sedang bersandar di tiang pintu sambil menggulung rokok daun mula bersuara berkias memperli:
“Amboi, hujan lebat-lebat pun.. tahu berhenti…”
Tapi si Tun Nila Utama menjawab:
“Alahai, banjir besar boleh datang dua kali kat johor”
Lalu terus melantak macam orang munafik berbuka puasa..
Tiba tiba si mertua menangkap seekor kucing lalu menggigit dahi kucing itu sambil berkata:
"Huh! Kucing misai kentot ni, dah lah pemalas, takut air, tapi hari hari makan ikan sampai muntah muntah”!!
Dan tiba tiba jugak si Tun Nila Utama tercekik tulang ikan lalu membokokkan badannya macam kucing jugak, dan mulai batuk batuk macam nak muntah laksana kucing jugak.. ishhh,
Koft koft..(soud effect batuk)
Kemudian berlaku kejadian yang tidak di ingini, kuku si Tun Nila Utama mulai panjang dan air kepala mulai meleleh di telinganya, Pling!!! bunyi sound effect berserta keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si Tun Nila Utama telah menjelma menjadi seekor musang berjanggut..,
Terkejot berok si mertua melihat kejadian yang tidak di ingini itu , lalu Pling!!! bunyi sound effect dan keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si bakal mertua telah menjelma menjadi seekor berok...,
Si Anak Dang Wangi yang berada di dapur juga sedar bahawa situasi ketika itu dalam keadaan genting dan bahaya , lalu Pling!!! bunyi sound effect dan keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si anak dara telah menjelma menjadi seekor mamalia berbulu jarang yang berwarna biru muda.., melambangkan keadilan..
******
Arghh, aku makin melalut dan merepek…oh! , maafkan aku, cerita itu aku tamatkan begitu sahaja, kalau korang nak tengok sambungan cerita tu dalam versi asal tapi masih ada bunyi ‘Pling’ sound effect dan keluar asap rewind dari kesan khas, bolehlah menonton filem P ramlee yang berjudul “musang berjanggut”..
Ok, cerita tu secara am berkisah tentang anak raja mencari menantu perempuan, tapi aku pulak, straight to the point, sebagai bapa kepada seorang anak perempuan yang cantik jelita, ehem, ehenm, maka aku ambik kesempatan di sini untuk cari menantu, untuk di jodohkan dengan anak perempuan aku, insyAllah..
Tapi bukan nak cari sangat sebenarnya, just nak bagi hint dan petunjuk blue clues…, supaya korang mudah untuk mempraktikkan tips tips mengenai bagaimana mencari menantu lelaki versi keretamayat…, maklumlah jika dapat yang ‘out of spec’ atau dengan kata sebenarnya: lelaki yang ‘kureeeng’ beriman, nanti bila dah kahwin kelak, dapatlah korang dua perkara. Iaitu:-
- Dapat anak...
- Dapat sabar..(Sabooor jer ler..ish.isk..)
Aku pun clik 'google' sebagai rujukan pantas untuk mencari kecirian yang perlu ada bagi setiap lelaki beriman merangkap bakal menantu aku..
Akhirnya aku berpuas hati dengan satu hadith yang aku rujuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang aku ringkaskan dalam bentuk point, iaitu:-
RASULULLAH SAW bersabda lebih kurang maksud:
“Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; iaitu:-
- Pemerintah yang adil,
- Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
- Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
- Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
- Lelaki yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
- Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
- Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hmmm, jika ketujuh-tujuh golongan lelaki di atas di kahwinkan dengan anak aku, maka berbahgialah puteri kesayangan aku tu hendaknya., insyAllah..
Baiklah, sekarang aku akan huraikan keinginan aku kepada bakal menantu sekalian, yang aku rujuk berpandukan hadith di atas, DAN…, aku bukan nak tafsir hadith, aku bukan ulamak, aku just nak terangkan kepada bakal menantu aku akan kespesifikasian atau standard yang aku idamkan dalam mencari menantu idaman… mencari astana idaman..., insyAllah..
Ok, kita pergi kepada yang pertama:
1. LELAKI YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN..
Bagaimana korang nak tahu bahawa lelaki yang datang melamar korang sambil tersengih sengih itu adalah seorang yang mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang adil lagi sejati?
Mmmmm, kebolehan seorang pemimpin adalah di nilai melalui keedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, teknik atau cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah standard yang jelas untuk menilai kehebatan atau kebengapan seseorang bakal pemimpin rumahtangga., so apa kata kita timbulkan masalah untuk uji bakal menantu korang?
Apa ujian yang kita nak timbulkan?, suruh bakal menantu terangkan teori republic? Terangkan teori karl marx? Atau suruh menantu belajar ilmu ikhlas macam drama “kiamat sudah dekat”?
baiklah, ada riwayat dari seorang sahabat Nabi SAW (aku lupa nama sahabat itu..oh), cukuplah seorang itu di anggap jahat, apabila dia mengkritik rezeki yang di hidangkan..,
Nota: Nabi SAW tidak pernah mengkritik makanan walaupun tidak sedap..
Oh!, patutlah orang tua zaman dulu-dulu, para si mertua akan hidangkan air kopi yang di taruk garam, sajer nak test kepimpinan bakal menantu menyelesaikan masalah, baiklah, aku nak tanya kat orang bujang,.. jika korang orang lelaki menerima ujian hidup seperti ini, apa korang akan buat pada bakal bapak mertua?
Terangkan tentang penyakit darah tinggi?, Buat-buat pengsan? Berlakon jawab hand phone lalu siram pokok bunga dengan air kopi masin tu? He he he, Kalau aku di uji sedemikan rupa, maka aku akan mintak air panas kosong satu cawan lagi dan keluarkan satu paket minuman tongkat ali segera he he he..
Eh, aku melalut pulak?! Aku bukan nak ajar korang licik depan mertua, tapi nak bagi tips kepada bakal mertua mencari menantu sebenarnya… oh!
So sifat lelaki yang mempunyai sifat kempimpinan yang sejati dan Islamic adalah orang lelaki yang masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri, masuk jamban kaki kiri sambil menutup kepala, basuh berak dengan tangan kiri, kencing duduk sambil berdehem.. ehem, ehem, korek hidung dengan tangan kiri, tidak suka melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan diri sendiri, makan dengan tangan kanan dan jari kanan, tidur di lambung kanan, menutup mulut bila menguap bla bla bla boleh rujuk ustaz dan kitab..
K.e.r.a.n.a., dalam diri manusia ada sektul daging yang menjadi pemimpin kepada semua anggota iaitu hati, jika hati bersih maka akan baik dan betullah cara penggunan seluruh anggota tubuh badan serta kemaluan dan lain lain…, so, jika anggota badan yang melekat kat tubuh badan pun tak boleh nak handle, macam mana nak handle anak dara orang???
Dan cara korang nak dapatkan jawapan dari bakal menantu pulak, terpulanglah kepada kebijaksanaan korang, samaada nak gunakan bilik cermin gelap, atau buat ujian bertulis, atau apa sajer, lantaklah… end.
Ok, sekarang kita pergi pada bab yang kedua lelaki beriman:-
2. LELAKI YANG MASIH MUDA BELIA SERTA SIHAT TAPI RAJIN BERIBADAT MACAM ORANG TUA YANG DAH NAK MATI…
Jika korang orang muda, belum cecah umur 25 tahun, tiada virus HIV, lalu datang jumpa aku kerana nak kahwin dengan anak aku, aku alu alukan… he he he.., inilah ciri-ciri lelaki beriman, nak kahwin awal..
Sila-sila, jemput naik, kita bincang kat atas.., sila sila (senyum)
Sementara kita habiskan teh’ tarik dan keropok goreng ni, kita pergi pada syarat-syarat yang seterusnya…, ingat!!! ada TUJUH syarat semuanya.. 2 dah lepas, ada 5 lagi , sabar...
next!
3. LELAKI YANG MASIH MUDA TAPI SELALU LEPAK DI MASJID MACAM ORANG TUA..
Menantu aku mestilah seorang yang solat berjemaah 5 waktu di masjid, kalau ada ustaz atau ulamak yang nak kahwin dengan anak dara aku, tapi tak istiqamah solat berjemaah, boleh blahhh, mana ada kebahagian berkahwin dengan lelaki yang tak suka solat berjemaah?? Setuju tak duhai orang perempuan yang dah kahwin dengan suami yang malas pergi masjid???
-----------
Ciri ciri orang beriman, bila dengar nama ALLAH, akan gementar hatinya.., tapi bila ada bakal menantu yang dengar AZAN, selamba jer buat donno.., boleh blah walaupun ustaz.., pergilah main jauh jauh..,
Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid, korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid.., apa kes?!!
4. LELAKI YANG MEJAGA KEMALUAN SEKSNYA..
Menjaga kemaluan di sini bukanlah di tujukan kepada orang bujang yang sentiasa buat senaman harimau dan amalkan makan tongkat ali serta sentiasa pergi berurut untuk panjangkan dan besarkan zakar.. bukan!!!
Huh, belum kahwin dan makan tongkat ali, apa kes? Tak yakin dengan kemaluan sendiri ke? Huh memalukan betul.., dah dah dah cukup!, maksud menjaga kemaluan di sini adalah lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana takutkan Allah…
Lelaki yang tak pegang tangan perempuan, lelaki yang tak ‘ringan ringan’, lelaki yang tak suruh awek dia buat oral seks, lelaki yang TAKUT betul pada Allah sehingga apabila di goda oleh artis wanita paling pololar, ia akan berkata, sesungguhnya, aku takut kepada Allah.. oh!
Wahai aweks aweks sekalian, Setuju tak jika aku kata: kebanyakkan lelaki yang bercouple, dia akan ambik kesempatan ke atas wanita dengan suka meramas buah dada dan buat oral seks, setuju tak?
Tapi si aweks aweks itu tak dapat jawab soalan aku kerana kemaluan pakwenya sedang berada dalam mulutnya.., buruk betul akhlak muda mudi zaman la ni, semuanya salah pakcik..oh!!! bertaubatlah.., kembalilah ke pangkal jalan..., masih sempat buat U turn.. isk isk..
Maka wahai korang orang lelaki, jika korang dah tak tahan nak bersetubuh dan korang takut kepada Allah.., cepatlah berkahwin, dan aku akan pertimbangkan permohonan korang, insyAllah, tapi masih tertaluk kepada terma dan syarat..
Selamat berharap!!!
5. LELAKI YANG MENANGIS KETIKA BERSUNYI DIRI KERANA TAKUTKAN ALLAH.
Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang menangis di malam hari?
Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang bertahajjud dan menangis?
Agak susah nak dapatkan petunjuk ‘blue clues’ ni..
Tapi aku tahu, lelaki yang rajin beriktikaf di masjid adalah lelaki yang rajin bersolat tahajjud.
So, syarat yang ke lima, korang hendaklah seorang yang RAJIN (tidur sambil berniat) iktikaf di masjid kerana ALLAH, korang sekalu iktikaf di masjid malam malam...
korang kata: alahai, beratnya syarat ini..oh (he he he…)
Selamat menangis!!!
6. LELAKI YANG TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU MENAHU …
Lelaki ini jika dia bersedekah dengan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri, maka tangan kiri tidak tahu bahawa tangan kanan telah bersedekah walaupun tangan kiri di kawal oleh otak kanan, kerana tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang memberi lebih baik daripada tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang menerima dari tangan kanan dan kiri, bersukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri.., arghhhh, pening kepala aku!!! pendek kata korang mestilah ada ilmu IKHLAS…
So, korang kena belajar ilmu ilhlas dulu.., nanti aku buat ujian oral.. hehe he (macamlah aku tahu ilmu ihlas..oh)
Selamat belajar!!
7. LELAKI YANG BERTEMU KERANA ALLAH…
Last!
- Di hari Raya, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana Hari Raya?
- Di kenduri kendara, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana ada kenduri kendara?
- Di rumah sewa, Korang jumpa kawan korang kerana nak pinjam DVD atau kerana ALLAH?
- Di hari Jummat, korang pergi jumpa kawan kawan di masjid kerana ALLAH atau kerana Hari tu hari jumaat?, semua orang pergi masjid, tak bestlah aku jika tak pergi masjid…?
- DAN Hari ini, korang datang jumpa aku kerana ALLAH atau kerana nak pinang anak aku?
Jadi, walaupun akhirnya korang akan cakap, korang bertemu kerana ALLAH walaupun hakikatnya ada alasan yang lain mendahului, namun, aku tetap mencari menantu yang mana, beliau bertemu lelaki lain hanya kerana ALLAH!!! Tiada yang lain, Hanya ALLAH!!!
Maka aku tafsirkan lelaki ini kepada pendakwah yang tak mintak upah, dan berdakwah yang ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW..
Maka, jika ada pendakwah yang tak mintak upah dan berdakwah ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW.., lalu datang nak pinang anak dara aku, maka aku ucapkan..
SELAMAT DATANG..!!!
Nota: tapi aku tak nak anak aku kahwin dengan pendakwah ‘bebas’… dan kreadit untuk mereka yang ada pangkat datok, berharta, jutawan, hartawan (setelah memenuhi 7 kateria di atas, he he he)
"Eh, cik Hamka?, kenapa hadith ni cerita tentang lelaki sahaja di bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"
Aku kata setelah di rujuk kepada BURNAMA…Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA...
Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk shurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan di solek seindah indahnya untuk menanti sang suami..
Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..
Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..
Selamat bermadu!!!
Wasalam…
Penutup;
Lagu latar yang di petik dari filem "Musang Berjanggut":
Pura Cendana, Pura Cendana
Negeri aman dan sentosa
Alam Shah Bana, Alam Shah Bana
Nama Seri Paduka Baginda
Bersyukurlah kita menyambut hari mulia
Tun Nila Utama putera mahkota…
La la la…
******
OH! anak perempuan aku yang korang idam-idamkan untuk di jadikan isteri sudah menangis, aku nak kena beli susu untuk bayi sekarang, pampers pun dah nak habis, aku pergi dulu.., chow!
Ps: Sebelum jadi mayat…, Beruntunglah seorang lelaki yang membesarkan anak perempuanya dengan didikan ugama lalu mengahwinkannya.., beruntunglah…
Feb 22, 2007
Bila korang MATI ?
Aku copy paste komen dari seorang pembaca blog kereta mayat yang nak ajak aku joint skim cepat kaya ala ala MLM dia, (tapi aku tak nak..)
Copy/paste
Salam..
Bro Hamka, walaupun bro sibuk galakkan orang ingat kepada akhirat dan mayat, tapi bro jangan lupa pula pada dunia, dan pada kebahagian di dunia ini …
Kerana pesan nabi:
“Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…”
“Dan sebaik2nya tinggalkan kekuatan kepada zuriat dan keturunanmu sblm kamu menginggalkan dunia ini.. “
Apa kata jika bro tulis pula tentang bagaimana memajukan dunia dari segi islam?
Sekian..
“Fa-iza ‘azam tafatawakkal ‘allALLAH..”
Maka apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakal kpd ALLAH..
Halaman web saya:( telah di delete)
----------------
*****
Hamka Said:
Mmmmmm…
Aku tak pandai sangat sebenarnya bila nak cerita pasal memajukan dunia(kononnya), dan apatah lagi tentang akhirat..oh! aku tak pandai pun..isk..isk.
Maklumlah, untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…
Cuma.., ehem, ehem, .. aku nak jawab gak berkenaan komen kau tentang hadith kat atas tu, “Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi…
ada orang kata hadith tu hadith daif, dan ada jugak orang kata hadith tu palsu, dan ada pulak yang kata hadith tu hadith melayu..
Aku bukan pakar hadith, tak pandai, aku try tanya ustaz pulak, maka ada yang kata hadith tu adalah pepatah arab yang di keluarkan oleh saidina Ali r.a..
Wallahu’alam, aku jahil lagi hina, maafkan aku..
Cuma, jika merujuk pada entry aku yang dulu - dulu .., aku pernah tulis cerita pasal dunia ini adalah "sampah, bangkai dan najis..," (sekarang pun macam tu..)
Jadi.., bila berbalik pada hadith yang kau gunakan itu. Aku ada tafsir sendiri ‘hadith’ tu untuk aku guna pakai dalam kehidupan aku sendiri dan aku mengalakkan ahli keluargaku tafsir begini:
“Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok,”
Maknanya,:
Aku dah nak jadi mayat esok, maka aku tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika aku dengar azan, maka aku kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, insyAllah..
next,
“Berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi…”
Maknanya:
Jika dah memang aku ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka aku kena relexs dan bersabar jika kerja dunia aku tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana aku ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he..
Kesimpulannya,
jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh
(aku ler nir..isk..isk..)
Ingat nie:
Sepohon kayu daunnya rimbung,
Lebat buahnya serta bunganya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya??
c/o ulang korus sampai kerajaan umumkan tarikh pihanraya..
Sekian..
Ps: Kalau sentiasa melengahkan solat? Apa gunanya menjadi mayat???
Feb 13, 2007
Kenapa bercerai?
Ada beberapa entry di dalam blog ini, aku ambil dari BURNAMA..
Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA.., maafkan aku.
Akibatnya, aku tak tahu dalil dan Nas bila korang usul aku rawi matan hadith, maafkan aku..
******
Intro..
Pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.a isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan pulang atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..
Maka orang munafik telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh curang dan berzina…
Nabi sendiripun rungsing dengan hal ini, tapi nabi SAW tak marah aisyah r.a sebab takde bukti kukuh.., lagipun nabi memang 'cool'..
Nabi iktikaf di masjid selama lebih kurang 40 hari sepanjang tempoh fitnah ini.., nabi tak pulang ke rumah dan aisyah yang tak tahu apa apa, anggap perkara biasa, (nabi memang selalu iktikaf,) kemudian waktu tu pulak aisyah r.a ada rasa sikit tak sihat, beliau mitak izin dari Nabi SAW untuk balik ke rumah mak bapak dia, rumah saidina abu bakar r.a. Nabi benarkan.
Nota: aisyah r.aha tak tahu dia kena fitnah - jelas akhlak isteri nabi memang tak suka jaga tepi kain orang, sehingga diri sendiri kena fitnahpun tak tahu.. kena belajar lagi nih!
Maka pada waktu tu, bila Nabi SAW bermesyuarat, ada macam-macam cadangan telah di buat oleh para sahabat, dan saidina Ali r.a telah mencadangkan agar aisyah di ceraikan…
bersambung...
****
Ok, hari ni aku nak cerita sikit sajer pasal cerai, sebab aku tak pandai, dan mohon dengan Allah agar rumahtanggaku kekal abadi sampai jadi mayat…, amin..
Kebanyakkan KES cerai yang berlaku dalam dunia ini biasanya di hadapi oleh orang yang ishhhh, akupun tak tahu sebenarnya, perasan pandai sajer lebih..oh! , kena rujuk jabatan ugama, tapi dari apa yang aku baca laporan di akhbar yang di buat oleh jabatan ugama, kes bercerai berlaku kebanyakkannya bila melibatkan soal IMAN dan AKIDAH…, tu yang timbul cadangan nak buat kursus kahwin untuk yang dah berkahwin pula.., (kursus poligami takde ke bang?)
Bila cerita pasal iman dan akidah, dan jika korang rajin pergi interview hamper semua artis bujang , janda dan andartu sekalian, 95.06 % (percentage di ambil dari kepala lutut aku) 95.06 % akan jawab nak kahwin dengan lelaki beriman, sambil gambarnya yang di ambil ketika interview itu dalam keadaan seksi meksi dan cukup memberahikan, nampak lurah ‘neraka’.., (bukan semua)
Dan sebab tu jugak ramai artis yang bercerai berai mungkin belum jumpa lelaki beriman yang di maksudkan.., kena sangka baik..!
Tapi aku suka jawapan dari artis Malaysia bila bercerai, iaitu “dah tak de jodoh”..
Tanpa memburuk burukkan pasangan mereka, tahniah!!!
Itu yang terbaik..
Tapi memang betul dah apa yang di citakan dan di impikan oleh semua wanita termasuk para artis itu, nak cari lelaki beriman.., aku tak nak komen apa apa.., kerana jika korang dapat suami yang tak beriman, maka hasil perkahwinan korang kelak akan dapat dua perkara sahaja, ..pertama korang akan dapat anak, kedua korang akan dapat sabar, errr maksud aku, korang akan dapat.. sabooooooor je ler..oh
Dan sesiapa yang bina rumah tangga dengan kesabaran, alamak tidak bahagialah dia, hari hari nak kena sabor, dan dah nama manusia, sabar manusia ada limit.., sampai masa meletup jugak, Nabi terdahulu bila dah buat dakwah, lama lama, doa bala kat kaum dia, apatah lagi kita? ..oh! tak percaya?, pergilah rujuk kes cerai kat pejabat kadi, semuanya akibat dah tak tahan sabar…., itulah anak anak zaman sekarang, kalau kita tak kahwinkan mereka cepat-cepat, berzina pulak mereka di sini sana, kalau bagi kahwin cepat cepat, besar pulak kemungkinan untuk bercerai berai.., ish ish ish… tapi takpe, mendengar berita anak kita bercerai adalah lebih ‘indah’ daripada mendengar cerita anak kita berzina!!!
Naduzubillah!
Maka nasihat aku kat korang semua, carilah pasangan yang beriman dan bertaqwa agar korang dapat bina rumah tangga dengan kasih sayang, romantic, dan bahagia selamanya..amin.
Kalau tak, terpaksalah korang bina rumah tangga dengan kesabaran, tak salah.. tapi tak bahagialah.., takut takut, lambat laun meletup pulak.., nanti datang encik polis bagi saman RM100 denda korang bermain mercun..
Ok, berbalik kepada BURNAMA, aku petik satu lagi kenyataan yang di ambil dari BURNUMA (BERITA dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA)
Di riwayatkan bahawa, makhluk setan telah buat usaha hari hari agar setiap dari anak adam yang bernama manusia ini supaya berzina atau menghampiri zina …,
Akrian, apabila seorang anak adam mengambil keputusan untuk berkahwin, maka patahlah tulang belakang setan ni kerana kecewa akibat telah gagal laksanakan mission possible dia, maka sebagai ganti: untuk anak adam yang dah berkahwin, akan datang setan lain yang lebih besar pangkat melaksanakan mission possible part two untuk menghasut manusia yang dah berkahwin.. maklumlah…, pahala amalan orang yang berkahwin dah dapat 700 kenaikkan, maka ujian dari setan juga tak kurang hebatnya dia punya kenaikkan..
Natijahnya, setan yang baru ini akan buat korang suami isteri saling benci membenci supaya korang bercerai berai.., sebab tu kadang kadang isteri kita bukan main cun lagi, tapi bila tengok isteri orang lain rasa berahi semacam.., tengok anak dara yang hakikatnya bini kita jauh lebih cantik tapi sebab setan ni dah berjaya memanipulated kita punya hati dan di tambah dengan sifat kita yang tak pernah bersyukur, maka bini monyetpun kita rasa berahi dan stim serta ghairah.., ish ish ish..
Jangan bersetubuh dengan binatang, dua dua kena hokum bunuh…,dan jangan jugak bersetubuh dengan bini orang, dua dua kena hokum bunuh…,oh!
(semoga Allah lindungi aku dan korang semua dari ujian SEKS!)
Kemudian, bila setan dah berjaya buat hati isteri benci kat suami, hati suami menyampah tengok isteri, apa yang di buat serba tak kena, rasa nak marah sini sana…, salah besar jarum nampak macam salah besar bukit, isteri buat tomyam, rasa macam air serai panas bergaram, suami pulang lewat buat overtime, isteri tuduh suami tak prihatin pada rumahtangga, maka jaga jaga, jaga jaga…, awas!!!!
Janganlah sesekali korang wahai isteri-isteri marah suami di depan anak anak..
Jika korang betul, anak anak akan benci bapak dia..
Jika korang salah, anak anak akan benci ibu dia..!!!
Begitu jugak suami.., jangan marah isteri depan anak anak.., jangan sekali kali..
Jika korang betul, anak anak akan benci ibu dia..
Jika korang salah, anak anak akan benci engkau..!!! jangan sekali kali..
Dan bila dah start marah depan anak anak, anak anak jadi tension gila babi, dan bila anak anak dah pakat pakat benci mak bapak dia!! Maka bergoyanglah arasy, bercerai berailah sebuah ikatan, menangislah si ibu dan anak anak…, dan bergelak ketawalah setan durjana… ha ha ha!!-ketawa setan..
Jangan main main dengan Talak, bergegar tiang arasyh (walaupun bergurau), ya Allah, selamatkan lah kami dari ujian bercerai yang menggocang arasyMu..
Kemudian, mission possible part two setan tadi telah berakhir, setan buat pulak mission possible part three : iaitu bila dah bercerai, setan akan hasut balik suami dan isteri dengan nafsu berahi balik, tengok bekas suami rasa berahi semacam walaupun perut labuh mencecah lutut, suami tengok isteri yang bersaiz guni beras tetap stim berahi, walaupun dah cerai talak tiga..
Maka bekas pasangan ini, hati hati.., bila ambil peluang ziarah anak, hari pulak dah malam, jiran jiran tak tahu, di tambah ada hujan pulak kat luar, maka berzinalah bekas suami isteri dan yang lebih haru tak lapor kat jabatan ugama, apa jadi pada anak anak? Mak bapak dah lafaz cerai 3 kali tapi masih bersekedudukan, siapakah yang berjaya, yes! Setan telah berjaya membuatkan semua anak adam berzina walaupun dah kahwin…!!!
Maka pokok pangkalnya kita kena balik kepada iman dan taqwa.., bersyukur dengan apa yang ada, tahu muslihat setan dan buat usaha atas iman…
“Apa yang ada jarang di syukuri…apa yang tiada sering di risaukan..”
(raihan)
Tapi janganlah pulak salahkan setan 100% dengan alasan setan dah berjaya goda saya, korang tu yang tak bersyukur dengan nikmat Allah, macam mana Allah nak tambah???
Bersyukurlah dengan nikmat suami yang gaji kecik dan berperut labuh itu, dan bersyukurlah dengan nikmat isteri yang hodoh dan bersaiz guni beras itu..!!
Bersyukurlah…!!!
Nescaya Allah akan tambah nikmat ke atas kamu dan aku..
Berbalik kepada cerita Aisyah r.aha yang kena fitnah berzina kat atas, selama 40 hari lebih kurang sepanjang tempoh fitnah itu : wahtu telah terhenti, persolannya, kenapa wahtu terhenti?dan bila Allah turunkan wahyu untuk selesaikan masalah suami isteri ini..?
baiklah, ceritanya begini, bila aisyah r.a dah sihat, ketika dia keluar rumah untuk beli barang di temani Ummu mustah, tiba tiba mustah terjatuh dan tercaci anaknya, aisyah r.a tegur Ummu mustah kenapa caci anak dia, Mustah terkejut kerana orang yang di cacinya adalah antara orang yang menyebarkan fitnah ke atas aisyah, dan barulah aisyah r.aha tahu hal itu… lalu aisyah terus menangis, hati nya seperti terhiris hiris mendengar berita itu..
Kemudian datang Nabi suruh aisyah bertaubat..oh! pilunya hati, Nabi SAW sendiri ragu dengan kesuciannya.., dan Abu bakar r.a ayah kepada aisyah juga tak tahu nak jawab apa..
Lalu Aisyah meluai bertawajuh kepada Allah dan menangis kepada Allah, dan bermohoh kepada Allah agar di selesaikan segala permasalahan ini.., nabi juga sama, tawajjuh kepada Allah, maka bila SUAMI dan ISTERI masing masing FIKIR RISAU yang sama, maka turunlah pertolongan Allah dan turunlah wahyu yang mensucikan AISYAH RA…
Maka nasihat aku kepada para suami dan isteri sekalian, korang hedaklah satu hati dan satu fikir dalam menyelasaikan masalah urusan rumah tangga, jika masalah suami adalah sentiasa miss takbir pertama solat jemaah misalnya, maka korang suami isteri sama sama doa agar Allah bagi nikmat solat berjemaah di masjid takbir pertama untuk suamimu.., juga jika masalah isteri selalu miss solat di awal waktu.., maka sama sama suami isteri kena tawajjuh kepada Allah untuk selesaikan masalah ini.., Nabi SAW sendiri pun terhenti pertolongan Allah kerana waktu tu aisyah tak tahu, belum tawajjuh lagi.., apatah lagi kita??
Sebab tu suami isteri kena selalu bermusyuarat, hujung minggu nak buat apa? Nak berdakwah bila? bila nak ziarah? Bila nak melancong? Bila nak balik kampong?, barulah aman rumahtangga kerana suami isteri mempunyai arah perjalan yang sama…, insyAllah..
Sebelum pergi shopping, bermusyuaratlah dengan isteri kamu, barang apa yang nak di beli?, berapa budget yang di peruntukkan?, nak solat kat mana?, nak makan kat mana..?, dan lain lain, kerana bila kita bermusyurat, maka akan datang pertolongan ALLAH…, insyALLAH..
Satu lagi dalam nak menambahkan kasih sayang suami isteri, kenalah selalu tinggal-tinggalkan pasangan anda atas urusan ugama,
Dalam merindui, banyak kemaafan tercipta, dan dalam merindui juga, banyak cita cita untuk membahgiakan pasangan berbunga..
Selamat bahagia..!!!!
LAST
Satu hari, ketika Saidina Umar R.a menjadi khalifah dan buat ziarah dari pintu ke pintu di waktu malam, beliau telah berjumpa macam macam hal ehwal islam rakyat dia, ada yang kebulur, bini sakit, peniaga yang menipu dan lain lain..
Satu malam, beliau mendegar wanita bersyair yang sungguh sedih dan memberahikan, wanita itu sedang bersyair lebih kurang maksud, “jika suami ku ada, maka akan meriahlah katil ini dengan macam macam bunyi”, maka Saidina Umar telah hantar anak perempuanya untuk ziarah wanita tadi dan tanya apakan problem dia? Lain macam jer bunyi nya..
Rupa –rupanya wanita itu sedang ketagih seks kerana suaminya sedang berjihad dah lama, tapi masih tak pulang-pulang, lalu bertanyalah umar kepada anaknya, lama mana perempuan beriman boleh tahan tak bersetubuh?
Anaknya bagitahu : 4 bulan…
Sebab tu lah (kot), orang tablih keluar jalan Allah 4 bulan…, dan kalau korang perasan, ingat tak masa lepas akad nikah dulu kadi suruh baca lafaz ta’liq iaitu:
“Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama empat bulan Hijrah berturut-turut,
atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya
tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut,
pada hal atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya,
kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu’
[Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]
Moral; jangan tinggalkan isteri lebih dari 4 bulan , kecuali isteri korang iman macam Khatijah RA yang nabi selalu tunggalkan dia ketika bermunajat di gua hiraq, macam juga Hajar isteri nabi ibrahim a.s, 10 tahun kena tinggal kat mekkah, selamba jer, juga macam isteri nabi musa a.s yang kena tinggal di kaki bukit tursina dan pendek kata, macam semua isteri ambiyak dan sahabat r.a… wallahu’lam
Dan satu lagi bila nak argue pasangan masing masing, berdebatlah macam Nabi SAW buat, satu orang cakap, satu orang dengar, dah habis cakap, tanya.., dah habis ke?, arghhh, aku dah tulis detail dalam entry yang lepas.., oh mengantuknya..
Sekian, selamat bahagia…
Ps: Sayangilah pasangan korang sampai jadi mayat, biarlah ‘mayat’ sahaja yang memisahkan kita..amin..
Feb 5, 2007
Bagaimana nak Berdebat?
kreadit: Sebahagian isi entry ini aku ciplak tanpa izin dari BAL kawan HAFIZBAR, tapi sitenya dah di tutup- harap maklum
-------
Aku tidak mahu bedebat…
Itulah jawapan yang selalu aku bagi bila aku di argue dan disagree… mengenai tulisan dalam blog ini.
Sebab… aku menulis bukan nak bagi korang setuju dengan aku, ‘setuju’ tu kerja Allah, aku menulis apa yang aku paham.., jika 51% pembaca blog keretamayat ni dah paham apa yang aku tulis, (1% pun takpe sebenarnya) maka, apa gunanya aku berdebat dengan 49 % pembaca yang tak paham tapi sibuk nak bagi pendapat, nak kutuk, argue, caci, maki yang akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan diri mereka sendiri..
Maka tak salah aku tak layan orang yang perasan bagus, iaitu orang yang tak paham apa yang aku tulis tapi sibuk nak kutuk atau bagi cadangan.. huh!, malahan ada yang tak baca blog aku pun tapi sibuk nak bagi pendapat, apa kes?
Dan inilah yang banyak berlaku dalam ummat islam dewasa ini bila berdebat isu isu berkenaan ugama, masalah ‘bodoh tak sudah’ akan timbul bila golongan yang tak paham apa yang satu pihak terangkan tapi sibuk nak bagi pendapat atau nak teruskan perdebatan,
Moralnya di sini adalah: tak salah bila korang cuba nak fahamkan satu golongan mengenai kefahaman korang atau korang nak argue satu-satu isu, tapi jika mereka masih tak faham apa yang korang arguekan lalu terus mengutuk dan mencaci, tak payahlah korang layan dengan orang yang jahil perasan bijak yang nak argue tapi tak paham 100% apa yang korang cakap kerana tak semestinya dalam setiap perdebatan, orang kena percaya apa hujah korang, yang penting mereka kena FAHAM apa yang korang cakap, mengerti?
Sebab tu aku maaaalaaaas nak berdebat..
Kenapa?:
Antara alasan yang aku suka bagi: “Please, do not insult my intelligence …”
Wah wah wah, hebatnya aku kerana perasan pandai dan buat korang terhina lalu naik marah akibat kelihatan seorang aku yang bijaksana dan korang pulak kelihatan terlalu bodoh di sini sana..
Bukankah ugama ada berpesan, janganlah berdebat dengan orang yang bodoh!!
Bukankah berdebat itu menggelapkan hati?
Lalu aku di tuduh pengecut kerana takut nak berdebat, he he he.., lantak korang ler…, aku boleh berdebat ‘sangat’ sebenarnya, nafsu serakah akupun suka berdebat, tapi jika korang betul-betul nak berdebat, Ok! Jom kita berdebat, tapi ada syarat, aku nak berdebat ikut cara Nabi SAW, aku tak nak berdebat cara yahudi atau cara bodoh bangang orang yang tak faham ugama..(saya perasan paham..oh!)
Pendek cerita, Pernah ada sorang mamat (pra-ustaz) yang tak puas hati dengan aku dan ajak aku berdebat, aku kata set! Saya setuju ustaz, Tapi lebih baik kita bermuzakarah, dan sebelum kita berdebat a.k.a bermuzakah ini, bukankah dalam islam setiap amal ada adab-adab dia, nak makan ada adab, nak tidur ada adab, nak bersenggama ada adab, dan adab di sini adalah sunnah Nabi SAW, maka sebelum kita berdebat, boleh tak? ustaz cerita sikit adab berdebat cara Nabi SAW..
Huh! Terkial kial 'ustaz' tu nak terangkan adab berdebat.., last-last aku sound: takpe ustaz, biar saya terangkan adab berdebat secara islam ‘yang saya tahu’ (tolong betulkan jika aku silap) .., dan buat korang semua yang sedang baca blog ini, dengar dengan teliti tentang adab berdebat ini, penting!! Sampai bila korang nak sedar bahawa cara berdebat yang korang selalu alami itu adalah “nampak bijak di permulaan tapi sangat bodoh di pengakhiran”..
ADAB BERDEBAT..
Pada permulaan dakwah nabi, orang kapir telah menghantar Walid bin Mughirah selaku orang yang paling fasih berbahasa di kalangan arab dan tempat rujuk para penyair arab untuk berdebat dengan Nabi SAW.., pendek cerita ,si Walid ini bertemu Nabi SAW seorang diri di tepi kaabah, maka diapun berhujah, dan apa Nabi SAW buat? just diam tak menyampuk ketika si walid ini bercakap, bila walid selesai berhujah, Nabi SAW bertanya dengan lemah lembut..
“Apakah engkau sudah selesai wahai Walid?”
“Benar” kata Walid.
Maka berkata Nabi SAW lebih kurang maksud: “ Kalau begitu izinkan aku bercakap pula, aku mendengar apa yang kamu sampaikan dan sekarang kamu pula dengar daripada aku”
Kemudian apabila Walib bersetuju, lalu Nabi Muhammad SAW terus membaca Al-quran surah Al-Fussilat. Ayat 1 hingga 13. kemudian baginda bersabda:
“inilah jawapan dari aku”
Maka Walid bin Mughirah terus blah dan insaf kerana tak de hujah lagi yang boleh diguna pakai untuk berdebat.. ok stop, cerita itu panjang lagi, boleh rujuk kitab, apa yang nak aku bagitahu adalah cara nabi SAW berdebat, releks dan mudah, korang yang tak puas hati bercakap dulu, nanti bila dah habis, aku tanya: dah habis ke? Lepas tu aku pulak cakap dan jangan menyampuk!! .., penting!! Jangan menyampuk dan kalaulah mulut tu gatal sangat nak menyampuk, mintak izin!!!, , itupun kalau aku bagi izin, Kalau aku tak bagi, ustaz duduk diam diam, biar aku habiskan my explanation…
Lalu ustaz tu mulai berhujah, Negara islam bla bla bla, tuhan mencarut, bla bla bla tuhan samseng bla bla bla, kepimpinan melalui ulamak bla bla bla…, sehinggalah dia penat bercakap, akupun dengan sopan santun bertanya..
“Dah habis ke ustaz?”
Dah..(kata ustaz tu kepenatan)
“Izinkan saya bercakap pulak ye ustaz, ehem, ehem.., dengar ye..”
Bila dah tiba giliran aku bercakap, maka akupun mulai berceramah kat ustaz tu, he he he, mula mula aku cerita tentang iman dan pentingnya usaha atas iman, bla bla bla.., lepas tu aku cerita pulak tentang sunnah dan petingnya ikut sunnah Nabi, bla bla bla.., kemudian masuk bab ibadat, dan aku tekankan solat khuysuk dan berjemaah, kemudian ilmu, lepas tu pulak ikhlas, seterusnya niat bla bla bla dan akhir sekali aku ceriata bab dakwah dan aku ajak usatz tu beriktikaf di masjid dan berdakwah sama sama aku SEKARANG!!!!
Tapi ustaz tu terus blah sebab tak reti nak jawab, dan tak nak beriktikaf dengan aku dan tak nak berdakwah ikut aku dengan alasan: tunggu Negara islam lagi 5 tahun? , 10 tahun? 15 tahun? 25 tahun? Woi! Dah 50 tahun merdeka ? nak tunggu bila nak iktikaf kat masjid dan berdakwah, woi nak pergi mana tu???
Esok mamat tu datang lagi nak berdebat, kali ini tajuk perdebatan adalah: “kepimpinan melalui ulamak”
Ok, macam biasa mamat tu terangkan dia punya hujah, golongan ni takde ulamak bla bla bla, golongan sana tiada ulamak, bla bla bla, apa itu ulamak muktabar, bla bla bla.., golongan aku sahaja ada ulamak bla bla bla.. bila dah habis aku dengan berhemahnya tanya..”
“Dah habis ke ustaz?”
Dah..(kata ustaz tu kepenatan)
Sebelum tu ustaz, saya nak tanya, bila ustaz cerita bab ulamak, tentulah ada syarat syarat sah untuk jadi ulamak, tentu ada hokum yang membatalkan taraf ulamak, macam sembahyang jugak, ada rukun sah-batal dia, maka apakah hokum hokum dan syarat sah seseorang itu sehingga boleh kita katakan dia adalah seorang ulamak????
Mamat tu pulak terkial kial mencari tariff seorang ulamak dan hokum sah-batal seorang ulamak..,
“Izinkan saya bercakap pulak ye ustaz, ehem, ehem.., dengar ye..”
Aku pun cerita 8 ciri ulamak yang aku dah tulis 4 perkara sebelum ini dalam “Siapa benar”..
Mamat itupun blah dan berlalu begitu sahaja…
Aku ringkaskan entry ini.., kita lupakan mamat tu…, semoga Allah mengampuni dosa kami berdua..
Ok, kita pergi pada tertib yang kedua dalam berdebat. Iaitu jangan MENYAMPUK ketika orang sedang bercakap, Hantu jembalang saja yang suka menyampuk manusia, oleh sebab korang adalah manusia, maka ikutlah etika seorang manusia iaitu jangan sesekali menyampuk.. Suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak menyampuk…
Sebab tu aku lebih suka tulis blog.., aku bebas karang karangan 360 patah perkataan tanpa ada orang yang ‘dapat’ menyampuk dan bersorak, lepas tu bila korang dah habis baca, aku bagi peluang komen, ha! Lantak koranglah nak komen berapa panjangpun, aku tak akan menyampuk dan aku sentiasa bagi peluang, ha ha ha, komenlah apa yang korang tak puas hati, tegurlah aku jika salah, dan kutuklah aku jika korang paham, ha ha ha, silakan, silakan!!!
Korang boleh umpat aku, dapat gak aku pahala, kepada mereka yang cakap aku gemok..
“HOI!!, KAU EJEK AKU GEMOK..NANTI KAT AKHIRAT, KAU KENA MAKAN DAGING AKU TAU!!! BANYAK PULAK TU..BOLEH HABIS KE? HA HA HA!!!
(ketawa sehingga air mata mengalir ke pipi..)
T.E.T.A.P.I…
(Nota, bab ni ke bawah aku ciplak dan edit dari "public service announcement of BAL")
Sebelum korang nak canggah aku, nak argue aku, nak kutuk aku, ada satu lagi peraturan yang paling penting dalam mempelajari seni teknik berdebat: iaitu:
KORANG KENA PAHAM APA YANG KORANG NAK ARGUE KAN…
Kepada yang berhujah, kalau apa yang korang hujahkan itu, 100% takde orang yang paham, maka korang tak payahlah nak berdebat, buat orang pening kepala sajer. , aku pun tak paham… baik balik kampong belajar seni berbahasa dan berbudi bahasa..
Dan bila dah ada orang yang paham cakap korang, walaupun 10%, (1%pun takpe) maka korang adalah layak berdebat, dan berilah tumpuan kepada 10% tu, jangan tamak… lagi balance 90% audience yang tak paham apa yang korang sampaikan tapi berlagak paham dan di akhir perdebatan golongan ini cuba bagi pendapat atau komplen atau komen atau kutuk sedangkan mereka tak paham 100% maka: korang kena BOLAYAN saje golongan ini, jangan nak bertekak dengan orang yang tak paham apa yang korang sampaikan, Nabi sendiri buat macam ni.., mana ada Nabi layan dengan orang yang tak paham macam abu jahal atau abu lahab, bolayan je.., buat habis beras sajer, ..
Dalam dunia ini ramai manusia yang dia sangka dia paham dan bijak dalam ugama (perasan pandai), lalu nak bagitahu sesuatu untuk menyangkal pendapat korang tentang ugama sedangkan dia tak pahampun ugama tapi dia sangka dialah yang terer ugama tapi hakikatnya jahil ugama…
(macam aku sendiri pulak..oh)
Maka:.. kepada mereka yang sangka dia paham ugama, lalu nak bagitahu sesuatu untuk menyangkal pendapat korang tentang ugama sedangkan dia tak paham ugama tapi dia perasan terer walaupun hakikatnya jahil ugama..
MAKA: Tak payahlah korang pedulikan pendapat dia, ...gasak la diorang nak kutuk ke, nak bagi pendapat ke, nak argue ke, nak disagree ke... PEDULIKAN! sebab diorang tak paham 100% apa yang korang cakap, maka PENDAPAT DIORANG ADALAH SAMPAH iaitu apa yang diorang cakap adalah setaraf dengan sayap nyamuk (tak bernilai).
Maka di sinilah bermulanya segala KESILAPAN dalam berdebat...
Kebanyakkan korang, bila bagi pendapat kemudian ada orang balas, korang terus balas balik tanpa menilai bahwa orang yang balas tu paham ke tak apa yang korang cakap... dan bila korang balas jugak maka apa yang jadi ialah perdebatan atau korang punya discourse nanti akan menjadi sia sia dan tak bermakna, macam harimau nak makan anak lembu lalu mak lembu berdebat dengan rimau, Sekor cakap lain, sekor lagi cakap lain, sekor balas benda lain, sekor lagi balas benda lain.., last last mampus anak yang lagi sekor tu..
Akhirnya permasalahan korang tentang ugama tak selesai, takde solution, kerana kebanyakkan ahli debat ini adalah excited dan fanatic, bombastic dan splastic over jingoistic…, maka dah takde sapa lagi nak berfikiran rational sebab nanti nampak macam weak, lalu korangpun akan balas la semua pendapat dan komen serta respon orang yang ludah korang, tak kisah la apa dia cakap tu make sense ke tak ... masa tu setan bisik supaya fikir nak menang saje, biarpun tak betul... dalam hati pulak berkobar kobar dan berharap agar seboleh-bolehnya mahu orang lain tu kena kalah dan di malukan (walaupun dia anggap dia menang) last-last tak jadi apa-apa... dan orang pun malas nak back off sebab nanti takut orang kata korang kalah dan
bila korang cakap “aku dah malas la nak discuss dengan kau sebab kau tak
paham isu ni” tapi sebenarnya korang beriya-iya dalam hati nak sambung sebab korang
nak menang dan nak lawan korang kalah dan di malukan, masa tu setan cucuk jarum gembira tengok manusia caci mencaci, dan Allah amat benci kepada golongan yang caci mencaci kerana mereka di ibaratkan sampah, bangkai dan najis!!!
Pada ketika itu discussion tu dah jadi merepek, lepas tu melalut dan semua akan sorak syok sendiri dan debat tu akhirnya jadi pertandingan : lawan siapa lebih pandai bercakap / siapa lagi kuat bersorak / siapa lagi pandai buat lawak atas kelemahan musuh, siapa lagi pandai rhetoric...last-last isu asal terus hilang... kalau korang perhatikan: semua level of political discourse ada silap ni... tak kira ler korang umno ke pas ke, , apa kejadah ke debat sekali pun... sedang asyik berdebat, tiba-tiba masuk isu yang tak relevan, tak logic, kemudian jadi bodoh dan bangang bila berhujah guna personal attack dan sebagainya, last-last, ambik dua keping kertas, lepas tu remukkan dan taruk kat depan stage dan bagitahu, ini kepala bapak engkau, dan ini kepala bapak aku bla bla bla .. arghh, ustaz ulamak pun ada buat silap ini…, aku belajar bersangka baik, belajar menangis ,melihat diri sendiri dan ummat islam berdebat tak tahu hujung pangkal dan hilang arah pedoman..oh!
Moral: KALAU ORANG CAKAP ENGKAU PEREMPUAN, SEDANGKAN ENGKAU CONFIRM LELAKI..TAK PERLU TUNJUK KEMALUAN UNTUK BUKTIKAN JANTINA KORANG..TAK PERLU!!!!
Biarlah Allah yang buat keputusan…
Zaman Nabi dulu satu mekkah orang yang tak paham cakap Nabi tapi nak argue dengan menuduh Nabi gila dan ahli sihir.. Nabi kool sajer..takdelah nak buat demo “aku bukan ahli sihir bla bla bla” tak perlu…
Tak perlu tunjuk perasan korang kat orang.. yang betulnya korang tunjuk perasan korang kat Allah.. macam Kak Pah cakap:
Carilah ketenangan dalam diri sendiri..
Ibadat sepertiga malammmmm….
Tak perlu buat ujian DNA kalau jiran korang tuduh korang adalah makluk asing!
Org kapir bila berhujah macam-macam kat nabi, korang tahu Nabi Muhamad SAW jawab apa?
"Sekiranya bulan di letakkan di tangan kiri dan Matahari di tangan kanan, aku takkan tinggalkan kerja dakwah…(lebih kurang maksud)
Nampak?! Nabi jawab dia punya pendirian..jelas dan terang…
Aku banyak kali gak kena sound sebab kononnya aku ni ‘perasan sibuk dan perasan bagus’ lalu pergi nasihat orang sana-sini..Lepas tu diorang caci/maki/ hina/ keji aku dan memacam lagi..
Aku tak perlu terangkan pada diorang begitu-begini..Aku tak perlu berhujah keluar dalil dan Nas untuk benarkan tindakkan aku..Aku just cakap pendirian aku..
Aku kata:
Tak lama sebenarnya aku ‘ajak korang pada Allah’(berdakwah) ni..aku dah buat keputusan akan berhenti satu hari nanti…aku buat limit…
Diorang terkejut..maklumlah aku nak berhenti dakwah mereka…
Aku cakap lagi:
aku akan buat dakwah ni tak lama, just sampai jadi mayat sahaja..Cuma aku nak tanya korang, BILA AKU JADI MAYAT?
KALAU AKU JADI MAYAT MALAM INI.. SAMPAI MALAM INI SAJELAH AKU DAKWAH ENGKOU..HA HA HA!!!
Terus senyap diorang..aku dah nyatakan pendirian aku..tak perlu aku terangkan begitu-begini macam bagus kepada orang yang bodoh lagi sombong..
End!
PS: Sebelum aku jadi mayat.., Kalaulah apa yang korang kutuk aku itu betul, maka aku Mohon pada Allah agar di ampunkan segala dosa aku, dan seandainya apa yang korang kutuk aku itu tidak betul, maka aku bermohon pada Allah semoga di ampunkan segala dosa korang ..amin..