Feb 27, 2007

Cari menantu ?

(Bagaimana nak cari menantu ?-Kepada wanita bujang dan bakal ibu mertua dalam mencari jodoh dan menantu…)

Pada zaman dahulu kala, ada seorang lelaki yang mempunyai iras iras wajah P ramlee telah berkelana mencari jodoh merangkap bakal permaisuri Negara Pura Cendana, akrian, untuk mencari calon isteri yang bijak dan jelita, maka si Tun Nila Utama putera mahkota telah membuat sumpah bahawa jika ada wanita yang sudi memasak barang-barang yang telah di campur gaur di dalam satu bekas, maka adalah sesungguhnya, wanita itu akan di jadikan permaisuri Negara Pura Cendana …

Alkisah, kebanyakkan anak dara dan andartu serta mak janda juga para IT (ibu tunggal) telah menolak tawaran untuk memasak barang yang bercampur gaur antara beras, garam, kunyit, lada hitam, tepung penaik, bijih kas kas, tongkat ali, kacip fatimah, serbuk peledak, pil kuda dan daun ketum kerana menganggap anak muda yang mulai berjanggut ini sudah mereng…

...Berjanggut kerana sudah lama berkelana....

Dan si Tun Nila Utama ni besar jugak nafsu serakah dia kerana bukan semua anak dara yang di tawarkan untuk memasak ‘sampah’ itu, hanya yang cantik jelita sahaja di offer nya, yang muka hodoh dan burguk serta bersaiz guni beras telah di skip oleh musang berjanggut ni, huh! Dah namapun ‘musang’, amboiii, pilih bulu nampak..?!

Lagu latar:
Wahai nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek nak kawin dengan nak raja...

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa kena dia yang jadi…

Akrian singgahlah si Tun Nila Utama ni ke sebuah rumah yang ada mempunyai seorang anak dara cantik jelita bernama Dang Wangi, lalu nak di jadikan cerita, sudilah si Dang wangi ini memasak karung yang macam 'plastik sampah' itu.., alah senang sajer, dah berkumpul dalam satu bekas?, maka kita masak bubur asyura sahaja lah he he he,

Di pendekkan cerita, bila tiba time makan, si Tun Nila Utama ni makan dengan lahapnya bersama bakal mertua, dan begitu gigih sekali si Tun Nila Utama melantak sehinggakan semua orang di tempat kejadian dah berhenti makan, tapi beliau masih melantak siap mintak tambah lagi!!!, untuk mengurangkan malu tuan rumah, si Dang Wangi telah beli bungkus beberapa makanan tambahan di warung ‘tujuh-sebelas’ yang berhampiran, dek kerana tidak tahan melihat keburuk lantakkan bakal menantu, maka pak mertua yang sedang bersandar di tiang pintu sambil menggulung rokok daun mula bersuara berkias memperli:

“Amboi, hujan lebat-lebat pun.. tahu berhenti…”

Tapi si Tun Nila Utama menjawab:
“Alahai, banjir besar boleh datang dua kali kat johor”

Lalu terus melantak macam orang munafik berbuka puasa..

Tiba tiba si mertua menangkap seekor kucing lalu menggigit dahi kucing itu sambil berkata:
"Huh! Kucing misai kentot ni, dah lah pemalas, takut air, tapi hari hari makan ikan sampai muntah muntah”!!

Dan tiba tiba jugak si Tun Nila Utama tercekik tulang ikan lalu membokokkan badannya macam kucing jugak, dan mulai batuk batuk macam nak muntah laksana kucing jugak.. ishhh,

Koft koft..(soud effect batuk)

Kemudian berlaku kejadian yang tidak di ingini, kuku si Tun Nila Utama mulai panjang dan air kepala mulai meleleh di telinganya, Pling!!! bunyi sound effect berserta keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si Tun Nila Utama telah menjelma menjadi seekor musang berjanggut..,

Terkejot berok si mertua melihat kejadian yang tidak di ingini itu , lalu Pling!!! bunyi sound effect dan keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si bakal mertua telah menjelma menjadi seekor berok...,

Si Anak Dang Wangi yang berada di dapur juga sedar bahawa situasi ketika itu dalam keadaan genting dan bahaya , lalu Pling!!! bunyi sound effect dan keluar asap rewind hasil kesan khas, dan sebaik sahaja asap itu hilang, si anak dara telah menjelma menjadi seekor mamalia berbulu jarang yang berwarna biru muda.., melambangkan keadilan..

******

Arghh, aku makin melalut dan merepek…oh! , maafkan aku, cerita itu aku tamatkan begitu sahaja, kalau korang nak tengok sambungan cerita tu dalam versi asal tapi masih ada bunyi ‘Pling’ sound effect dan keluar asap rewind dari kesan khas, bolehlah menonton filem P ramlee yang berjudul “musang berjanggut”..

Ok, cerita tu secara am berkisah tentang anak raja mencari menantu perempuan, tapi aku pulak, straight to the point, sebagai bapa kepada seorang anak perempuan yang cantik jelita, ehem, ehenm, maka aku ambik kesempatan di sini untuk cari menantu, untuk di jodohkan dengan anak perempuan aku, insyAllah..

Tapi bukan nak cari sangat sebenarnya, just nak bagi hint dan petunjuk blue clues…, supaya korang mudah untuk mempraktikkan tips tips mengenai bagaimana mencari menantu lelaki versi keretamayat…, maklumlah jika dapat yang ‘out of spec’ atau dengan kata sebenarnya: lelaki yang ‘kureeeng’ beriman, nanti bila dah kahwin kelak, dapatlah korang dua perkara. Iaitu:-
  1. Dapat anak...
  2. Dapat sabar..(Sabooor jer ler..ish.isk..)

Aku pun clik 'google' sebagai rujukan pantas untuk mencari kecirian yang perlu ada bagi setiap lelaki beriman merangkap bakal menantu aku..

Akhirnya aku berpuas hati dengan satu hadith yang aku rujuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang aku ringkaskan dalam bentuk point, iaitu:-

RASULULLAH SAW bersabda lebih kurang maksud:

“Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; iaitu:-

  1. Pemerintah yang adil,
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
  5. Lelaki yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
  6. Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
  7. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,

    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hmmm, jika ketujuh-tujuh golongan lelaki di atas di kahwinkan dengan anak aku, maka berbahgialah puteri kesayangan aku tu hendaknya., insyAllah..

Baiklah, sekarang aku akan huraikan keinginan aku kepada bakal menantu sekalian, yang aku rujuk berpandukan hadith di atas, DAN…, aku bukan nak tafsir hadith, aku bukan ulamak, aku just nak terangkan kepada bakal menantu aku akan kespesifikasian atau standard yang aku idamkan dalam mencari menantu idaman… mencari astana idaman..., insyAllah..

Ok, kita pergi kepada yang pertama:

1. LELAKI YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN..
Bagaimana korang nak tahu bahawa lelaki yang datang melamar korang sambil tersengih sengih itu adalah seorang yang mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang adil lagi sejati?

Mmmmm, kebolehan seorang pemimpin adalah di nilai melalui keedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, teknik atau cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah standard yang jelas untuk menilai kehebatan atau kebengapan seseorang bakal pemimpin rumahtangga., so apa kata kita timbulkan masalah untuk uji bakal menantu korang?

Apa ujian yang kita nak timbulkan?, suruh bakal menantu terangkan teori republic? Terangkan teori karl marx? Atau suruh menantu belajar ilmu ikhlas macam drama “kiamat sudah dekat”?

baiklah, ada riwayat dari seorang sahabat Nabi SAW (aku lupa nama sahabat itu..oh), cukuplah seorang itu di anggap jahat, apabila dia mengkritik rezeki yang di hidangkan..,

Nota: Nabi SAW tidak pernah mengkritik makanan walaupun tidak sedap..

Oh!, patutlah orang tua zaman dulu-dulu, para si mertua akan hidangkan air kopi yang di taruk garam, sajer nak test kepimpinan bakal menantu menyelesaikan masalah, baiklah, aku nak tanya kat orang bujang,.. jika korang orang lelaki menerima ujian hidup seperti ini, apa korang akan buat pada bakal bapak mertua?

Terangkan tentang penyakit darah tinggi?, Buat-buat pengsan? Berlakon jawab hand phone lalu siram pokok bunga dengan air kopi masin tu? He he he, Kalau aku di uji sedemikan rupa, maka aku akan mintak air panas kosong satu cawan lagi dan keluarkan satu paket minuman tongkat ali segera he he he..

Eh, aku melalut pulak?! Aku bukan nak ajar korang licik depan mertua, tapi nak bagi tips kepada bakal mertua mencari menantu sebenarnya… oh!

So sifat lelaki yang mempunyai sifat kempimpinan yang sejati dan Islamic adalah orang lelaki yang masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri, masuk jamban kaki kiri sambil menutup kepala, basuh berak dengan tangan kiri, kencing duduk sambil berdehem.. ehem, ehem, korek hidung dengan tangan kiri, tidak suka melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan diri sendiri, makan dengan tangan kanan dan jari kanan, tidur di lambung kanan, menutup mulut bila menguap bla bla bla boleh rujuk ustaz dan kitab..

K.e.r.a.n.a., dalam diri manusia ada sektul daging yang menjadi pemimpin kepada semua anggota iaitu hati, jika hati bersih maka akan baik dan betullah cara penggunan seluruh anggota tubuh badan serta kemaluan dan lain lain…, so, jika anggota badan yang melekat kat tubuh badan pun tak boleh nak handle, macam mana nak handle anak dara orang???

Dan cara korang nak dapatkan jawapan dari bakal menantu pulak, terpulanglah kepada kebijaksanaan korang, samaada nak gunakan bilik cermin gelap, atau buat ujian bertulis, atau apa sajer, lantaklah… end.

Ok, sekarang kita pergi pada bab yang kedua lelaki beriman:-

2. LELAKI YANG MASIH MUDA BELIA SERTA SIHAT TAPI RAJIN BERIBADAT MACAM ORANG TUA YANG DAH NAK MATI…

Jika korang orang muda, belum cecah umur 25 tahun, tiada virus HIV, lalu datang jumpa aku kerana nak kahwin dengan anak aku, aku alu alukan… he he he.., inilah ciri-ciri lelaki beriman, nak kahwin awal..

Sila-sila, jemput naik, kita bincang kat atas.., sila sila (senyum)

Sementara kita habiskan teh’ tarik dan keropok goreng ni, kita pergi pada syarat-syarat yang seterusnya…, ingat!!! ada TUJUH syarat semuanya.. 2 dah lepas, ada 5 lagi , sabar...

next!

3. LELAKI YANG MASIH MUDA TAPI SELALU LEPAK DI MASJID MACAM ORANG TUA..
Menantu aku mestilah seorang yang solat berjemaah 5 waktu di masjid, kalau ada ustaz atau ulamak yang nak kahwin dengan anak dara aku, tapi tak istiqamah solat berjemaah, boleh blahhh, mana ada kebahagian berkahwin dengan lelaki yang tak suka solat berjemaah?? Setuju tak duhai orang perempuan yang dah kahwin dengan suami yang malas pergi masjid???

-----------

Ciri ciri orang beriman, bila dengar nama ALLAH, akan gementar hatinya.., tapi bila ada bakal menantu yang dengar AZAN, selamba jer buat donno.., boleh blah walaupun ustaz.., pergilah main jauh jauh..,

Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid, korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid.., apa kes?!!

4. LELAKI YANG MEJAGA KEMALUAN SEKSNYA..
Menjaga kemaluan di sini bukanlah di tujukan kepada orang bujang yang sentiasa buat senaman harimau dan amalkan makan tongkat ali serta sentiasa pergi berurut untuk panjangkan dan besarkan zakar.. bukan!!!

Huh, belum kahwin dan makan tongkat ali, apa kes? Tak yakin dengan kemaluan sendiri ke? Huh memalukan betul.., dah dah dah cukup!, maksud menjaga kemaluan di sini adalah lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana takutkan Allah…

Lelaki yang tak pegang tangan perempuan, lelaki yang tak ‘ringan ringan’, lelaki yang tak suruh awek dia buat oral seks, lelaki yang TAKUT betul pada Allah sehingga apabila di goda oleh artis wanita paling pololar, ia akan berkata, sesungguhnya, aku takut kepada Allah.. oh!

Wahai aweks aweks sekalian, Setuju tak jika aku kata: kebanyakkan lelaki yang bercouple, dia akan ambik kesempatan ke atas wanita dengan suka meramas buah dada dan buat oral seks, setuju tak?

Tapi si aweks aweks itu tak dapat jawab soalan aku kerana kemaluan pakwenya sedang berada dalam mulutnya.., buruk betul akhlak muda mudi zaman la ni, semuanya salah pakcik..oh!!! bertaubatlah.., kembalilah ke pangkal jalan..., masih sempat buat U turn.. isk isk..

Maka wahai korang orang lelaki, jika korang dah tak tahan nak bersetubuh dan korang takut kepada Allah.., cepatlah berkahwin, dan aku akan pertimbangkan permohonan korang, insyAllah, tapi masih tertaluk kepada terma dan syarat..

Selamat berharap!!!

5. LELAKI YANG MENANGIS KETIKA BERSUNYI DIRI KERANA TAKUTKAN ALLAH.
Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang menangis di malam hari?
Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang bertahajjud dan menangis?

Agak susah nak dapatkan petunjuk ‘blue clues’ ni..
Tapi aku tahu, lelaki yang rajin beriktikaf di masjid adalah lelaki yang rajin bersolat tahajjud.

So, syarat yang ke lima, korang hendaklah seorang yang RAJIN (tidur sambil berniat) iktikaf di masjid kerana ALLAH, korang sekalu iktikaf di masjid malam malam...

korang kata: alahai, beratnya syarat ini..oh (he he he…)

Selamat menangis!!!

6. LELAKI YANG TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU MENAHU …

Lelaki ini jika dia bersedekah dengan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri, maka tangan kiri tidak tahu bahawa tangan kanan telah bersedekah walaupun tangan kiri di kawal oleh otak kanan, kerana tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang memberi lebih baik daripada tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang menerima dari tangan kanan dan kiri, bersukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri.., arghhhh, pening kepala aku!!! pendek kata korang mestilah ada ilmu IKHLAS…

So, korang kena belajar ilmu ilhlas dulu.., nanti aku buat ujian oral.. hehe he (macamlah aku tahu ilmu ihlas..oh)

Selamat belajar!!


7. LELAKI YANG BERTEMU KERANA ALLAH…

Last!

  • Di hari Raya, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana Hari Raya?
  • Di kenduri kendara, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana ada kenduri kendara?
  • Di rumah sewa, Korang jumpa kawan korang kerana nak pinjam DVD atau kerana ALLAH?
  • Di hari Jummat, korang pergi jumpa kawan kawan di masjid kerana ALLAH atau kerana Hari tu hari jumaat?, semua orang pergi masjid, tak bestlah aku jika tak pergi masjid…?
  • DAN Hari ini, korang datang jumpa aku kerana ALLAH atau kerana nak pinang anak aku?

Jadi, walaupun akhirnya korang akan cakap, korang bertemu kerana ALLAH walaupun hakikatnya ada alasan yang lain mendahului, namun, aku tetap mencari menantu yang mana, beliau bertemu lelaki lain hanya kerana ALLAH!!! Tiada yang lain, Hanya ALLAH!!!

Maka aku tafsirkan lelaki ini kepada pendakwah yang tak mintak upah, dan berdakwah yang ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW..

Maka, jika ada pendakwah yang tak mintak upah dan berdakwah ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW.., lalu datang nak pinang anak dara aku, maka aku ucapkan..

SELAMAT DATANG..!!!

Nota: tapi aku tak nak anak aku kahwin dengan pendakwah ‘bebas’… dan kreadit untuk mereka yang ada pangkat datok, berharta, jutawan, hartawan (setelah memenuhi 7 kateria di atas, he he he)

"Eh, cik Hamka?, kenapa hadith ni cerita tentang lelaki sahaja di bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"

Aku kata setelah di rujuk kepada BURNAMA…Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA...

Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk shurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan di solek seindah indahnya untuk menanti sang suami..

Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..

Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..

Selamat bermadu!!!

Wasalam…

Penutup;
Lagu latar yang di petik dari filem "Musang Berjanggut":

Pura Cendana, Pura Cendana
Negeri aman dan sentosa

Alam Shah Bana, Alam Shah Bana
Nama Seri Paduka Baginda

Bersyukurlah kita menyambut hari mulia

Tun Nila Utama putera mahkota…

La la la…

******

OH! anak perempuan aku yang korang idam-idamkan untuk di jadikan isteri sudah menangis, aku nak kena beli susu untuk bayi sekarang, pampers pun dah nak habis, aku pergi dulu.., chow!
Ps: Sebelum jadi mayat…, Beruntunglah seorang lelaki yang membesarkan anak perempuanya dengan didikan ugama lalu mengahwinkannya.., beruntunglah…

26 comments:

Anonymous said...

aku nak kahwin dgn anak raja

tujuh golongan itu beruntunglah..
masukkah aku dalam golongan2 itu?

doakanlah

dengan IzinNya jua.

Anonymous said...

salam,

time kasih bro hamka kerana mengingatkan hadith tu kpd kami (lelaki bujang).

insyaAllah, berusaha utk memenuhi terma dan syarat2 tersebut.

..........
tp sini msjd jauh ssgt, cmne eh?
moga2 Allah trime solat berjemaah sy di rumah ini spt solat berjemaah di masjid.
adakah ini bleh dijadikan alasan??
sy mmg lemah dan mmg hina..

hamka said...

amir

semoga kau dan aku termasuk..
amin..

----------
ainohikari

masjid jauh lebih dari 90 km, boleh solat jamak, kalau kurang daripada itu kena tanya iman..

problem kau adalah masalah iman, bukan ilmu..

Anonymous said...

btol2..org laki yg waktu mudanya g masjid...yg dgr azan..terus bergegas utk tunaikan solat..bg saya..laki punya jati diri yg kuat..tp..kalo saya la..apsal tk tmbah sifat prihatin..penting gler ah..

hamka said...

kalau nak tambah, boleh sahaje, terpulang he he he

Maryam said...

salam
3 perkara supaya tidak jadi bapa derhaka kepada anak: [1]carikan ibu yang baik, [2]bagi nama yang baik-baik, [3]ajarkan al-Quran.

err... dapatkah saya golongan itu?

hamka said...

cubalah try, 18 tahun dari sekarang, he he he..

Anonymous said...

Salam Bro. Hamka

Maknanya sy skg 20...., + 18 = 38. Bole Bro, sy rela tunggu..utk dunia dn akhirat hehe

-akmah-

hamka said...

he he he, tapi kau kena tunggu, sebab dah ramai hantar permohanan dalam email, nak kena buat undi sms agaknya..

sd. said...

alhamdulillah..dapat new ilmu ari ni..tq

Anonymous said...

apa maksud:
"tapi aku tak nak anak aku kahwin dengan pendakwah ‘bebas’… "

aku tak faham?

Maryam said...

hahaha..

saya tidak dapat jadi bapa selama-lamanya. kerana saya memang tak boleh jadi bapa. bapa tiri pun tak boleh.

Anonymous said...

bro hamka pernah kuar jauh tk.
ada pernah sampai negara yg kebanyakkan rakyatnye bukan Islam.
ataupn bleh dikatakan rakyatnye yg beragama Islam cuma 10% atau kurang..
dan bilangn msjidnye bleh bilang dgn jari..(sedikit)

hmm.....

namun sy btul2 iri hati ngn shbt2 sy yg tiap hari bleh pegi masjid.

wsslm.

p/s: dlm bab jamak ade byk khilaf.
sama2 kite blaja.=)

hamka said...

sayda

selamat belajar cari ‘menantu’..
selamat datang pembaca baru!!

Terima kasih!

----------
Anonymous

pendakwah ‘bebas’… bukan aku tujukan kepada pendakwah bebas dalam TV tu,
tapi aku tujukan kepada pendakwah yang bebas berdakwah menggunakan cara yang bidaah, dan yakin gila dengan pengorbanan mereka, biasanya mereka tiada ketua, sebab tu suka hati berdakwah cara yahudi dan ikut nafsu, eh! Silap, mereka ada ketua sebenarnya iaitu setan!!!

Ps; aku tidak berdakwah melalui blog

------
Inqilaab

hahaha..

selamat jadi ibu, ibu tiripun boleh kan??

-------
ainohikari

doalah aku agar dpt pergi Negara jauh atas maksud ugama.., dolah aku..

sama2 kite blaja.=)

Unknown said...

Saudara saya

Ralit saya baca... Tapi jenuh jugak struggle, sebab blog ni tanah hitam. Mata saya tak tahan. Dah otai... 49 tahun...

Hidup ni tak habis2 dengan debaran:

Masa kecik2 belum sekolah, orang pakat dok tanya saya:

Bila mu nak sekolah (slang orang Batu Kurau di Taiping)

Bila dah sekolah, orang pakat dok tanya:

Periksa dapat nombor berapa?

Bila dah habis sekolah, orang pakat dok tanya:

Dapat kerja dah?

Bila dah dapat kerja, orang pakat dok tanya:

Kerja apa? Tuan mengaji tinggi, taklah tergagap2 nak cerita kat orang. Saya sekolah menengah pun tunggang-langgang, kerja yang cikai2 ja, gaji sekepiang; bila orang tanya lagu tu, mulalah mengerutu dalam hati: Shit! Kalau pi kenuri kenara rumah adik-beradik, saya dok jauh2 memulaukan diri dari sepupu-sepapat dsb.. Takut depa tanya: Hang kerja apa, halim?

Bila dah lama sikit kerja, orang pakat dok tanya:

Bila hang nak kawin? Memang la nak kawin... Tapi asyik2 aku ja nak kat orang. Orang tak nak pun kat aku...

Bila dah kawin, orang pakat dok tanya:

Dapat anak dah atau Anak hang berapa orang?

Bila anak dah besar sikit, orang pakat dok tanya:

Anak dapat nombor berapa? Pulak dahh...

Bila anak dah besar lagi, orang pakat dok tanya:

Anak dapat mengaji di mana (universiti mana)? Lagi satu haru...

Bila anak dah habis mengaji, orang pakat dok tanya:

Ulang tayang.. Anak hang bila nak kawin?

Banyak2 soalan, soalan terakhirlah yang paling meresahkan. Ada la dua anak pompuan, dua lelaki. Sungguh mendebarkan. Alangkah letihnya bela anak kalau terlepas ke tangan... (Na'uzubiLlahi min zalik!!)

Azlan Zed said...

hurm... akan dijadikan panduan untuk menjadi menantu yang baik... insya'allah... :)

Anonymous said...

Sy tingin nak masuk meminang... errr... bole ke?
'Lelaki baik untuk Perempuan baik juga' betul la hadith ni... kan bro Hamka...? :)
Saya rasa ramai perempuan yg x kahwin tp di salah anggapkan jahat.. hati bukan x nak kahwin.. siapa yg x mahu kahwin...? cuma lelaki 'baik' sgt terlalu la ramai.. yg sederhana tu kurang, xpun taken already... susah...! :P

hamka said...

Penarik Beca

Itulah,.., dan tak lupa soalan di akhirat pulak:

Kenapa bagi anak makan..?
kenapa bagi anak kita pelajaran?

Jika kita jawab, dah tanggung jawab saya, atau sebab nak bagi dia pendai dll..

Bahaya, juga sebab bila Tanya orang kapir, jawapan yang sama.

DAN!!!

Mana mungkin jawapan dari ahli neraka adalah sama dengan jawapan ahli shurga

Maka apa niat kita bagi anak makan dan pelajaran??

SEMATA MATA KERANA ALLAH..

Aku belajar niat:
“TELAH KU NIATKAN.., SEMENJAK AIR MANI KU TUMPAH KE RAHIM IBUMU.., SEJAK AIR SUSU IBUMU TUMPAH DI MULUTMUMU.., SEJAK AKU MULA MEMUKULMU.., TELAH KU NIATKAN UNTUK KORBANKAN KAMU DUHAI ANAK ANAK KU KEPADA ALLAH..

AKU RELA MELIHAT KAMU MEDERITA KERANA ALLAH..

(AMIN..)

----------
alan zed

selamat menjadi menantu contoh., mengahrumkan nama maktab..

---------
ananymous

aku ada dua anak lelaki.., 25 tahun lagi boleh kot, he he he..

Anonymous said...

berapa umur anak cik hamka sebenarnya?

nak buat planning, heh!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum bro hamka

Time kasih. Kaulah bakal bapa mertua mithali hehe..

'Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk shurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan disolek seindah indahnya untuk menanti sang suami..'

Kalau wanita yang bujang dan tak berkahwin masa kat dunia dulu camne plak ek?

Budak2 ofic aku dok tanya dan aku tak pasti. So aku kata kalu mereka ialah wanita solehah mungkin mereka akan jadi ketua kepada bidadari2 untuk lelaki2 bujang yang soleh pula. Komen bro?


-prince-

hamka said...

Zul GTZ

Percaya!! Percaya sangat!!!

---------
Ananoumos

Anak aku dah berumur lima bulan setengah.., harap maklum..

Maaf kepada mereka yang email panjang lebar nak jadikan aku mertua…, aku tak berniat nak kecewakan korang..oh!

Ps: jodoh akan dtg pd kita macam maut akn dtg pd kita!!

------------
Prince.

Itu rahsia Allah, Dia boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka.. Allah maha berkuasa..

Allah boleh bagi nikmat dengan bermacam macam cara, tak semestinya kena ada teman.. dan bukankah melihat wajah Allah dalam shurga jauh lebih nikmat daripada bersetubuh? Bukankah?

Moral:
Sebelum jadi mayat, cepat cepatlah kahwin walaupun bermadu, taka pa berkongsikan suami yang lepak bawah arasyh..

Anonymous said...

salam...

Nak tanya soalan yg out of topic?

dlm komen en ckp en. hamka tak bdakwah mlalui blog... erkk tak bleh bdakwah mlalui blog ke?

trimas atas tip2 tsbt... rs smgt nk carik laki yg memiliki 7 ciri tuh... :D

Anonymous said...

hait... sayer dari sebuah perkampungan terkecil kat Papua New Guinea. elektrik takde, air pon jap ada jap takde, tepon takde, apatah lagi internet.

kasihanilah saya. kalau orang berdakwah kat blog.... saya tak dapat baca la. saya tak dapat terima dakwah melalui blog. sebab saya takde internet. kasihanilah saya :((

tolong ye.... sape2 datang ke sini, dakwah kat saya. saya takde internet... jadi takleh baca blog. tolong la.....

Anonymous said...

Wahai saudaraku pekomen sekelian, sudah diwarwar berkali kali tapi peroalan yang sama juga timbul waima apa pun aku komen kerana Allah... sebab krnanya jua aku bisa membaca, menaip, menilai dan semua sekali atas izin yang esa.. belajarlah agama dgn guru-guru @ ustaz-ustaz wujud dihadapanmu carilah dgn sungguh-sungguh insyaalah Allah akan tunjukan dlm pelbagai cara dan suasana cuma kita sering terlepas pandang.. kerana guru takkan mencari murid... Jgn belajar dgn blog takut syaitan memesongkanmu tanpa kau sedari,, apa yang bro tulis adalah untuk diri dan keluarganya..
ilmu dunia pun kita berguru Inikan pula ilmu akhirat..
*Rasullullah juga berguru dgn Jibril yang Allah izinkan juga dalam pelbagai cara dan bentuk seperti manusia* maaf kalau salah yang baik dari Allah yang buruk dan keji datang dari kejahilan diri..

Kavalera Hexalera said...

errr.. dalam Quran Allah btahu dia sendiri yang ajar Nabi.. bukan jibril. kalau tak silap aku la. cek balik ngan ustaz..

Hamka..

Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..

Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..

.... Aku rasa ko maksudkan ialah Beruntunglah wanita yang kahwin dengan lelaki yang ada KETUJUH-TUJUH sifat ini..Dan beruntunglah wanita yang bermadu dengan isteri lelaki yg ada KETUJUH-TUJUH sifat atau amalan ini....

kan..kan.. gitu kan maksud ko? heheh

hamka said...

Pandai dan terer betul para pengokemen sekalian

terharu aku di buatnya!

terma kasih!