Sep 2, 2025

Pelik Tapi Benar? Space Time Cube?

Pelik tapi benar.

Dikampung saya ada tok bomoh rupanya, ada kawan dari jauh datang hantar ayahnya sakit berubat, yang mana saya yang dekat ni tak pernah pergi pun berubat walau satu kampung dengan bomoh tu.

Pelik kan? Orang jauh sanggup datang, orang dekat tak pernah pergi.

Kemudian, saya pulak jadi orang jauh sanggup datang ke bukit Bintang Kuala Lumpur, ajak anak main game interaktif visual di Isetan Lot 10, Space and Time Cube, ada promosi merdeka, harga murah sikit, anak OKU separuh harga, dan 6D ride, rumah hantu, dan pelbagai game free dalam pekej tersebut. (video hantu kat bawah)

Habis main game, saya pergi kenduri bertunang sebab dilantik menjadi juru pantun, bila sembang dengan semua orang KL, semua orang KL kat majlis tu mengaku tak pernah pergipun Space Time Cube tu, hahaha

Pelik tapi benar, orang jauh dah datang, orang dekat tak datang.

Tapi itu tak pelik lagi.

Terpaling pelik, Ada orang rumah tersangat dekat dengan masjid, hingga boleh pergi tandas masjid jika tandas di rumah dah penuh, tapi tak pernah istiqamah hadir solat berjemaah lima watu, manakala ada orang lain, rumah tersangat jauh, terpaksa naik kereta, atau motorsikal, tapi bila azan berkumandang, tetap sampai akan mereka semua dengan izin Allah.

Moral of the story, Semoga Allah pilih kita semua solat dimana mana masjid, sama ada jauh atau dekat. Amin.

Okey, simpan sini gambar masuk SPACE TIME CUBE, walau saya bukan orang Key Ell!

Woha!


1 comment:

Anonymous said...

Datuk YIP KUM FOOK dan keluarganya bercadang untuk mengambil dan menipu harta Kuil (Kuil Buddha Samnak Sambodhi, Taman Desa Jaya, Kepong). Dia membuat dokumen Kaabah ketika Kaabah membeli harta itu kerana dia mengeluarkan(buang) ramai ahli jawatankuasa ketika itu

Datuk YIP KUM FOOK adalah seorang peguam yang membuat dokumen kuil, dan ramai orang mengesyaki dia menipu harta kuil. Dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang harta itu; dia simpan sendiri.

Jika dia seorang lelaki atau peguam yang sebenar, dia akan menunjukkan dokumen sebenar Temple kepada semua orang untuk mengetahui…sebab dia mahu menyimpannya untuk dirinya sendiri, dan mengapa tiada pengumuman kepada orang ramai

DARIPADA BEKAS JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (Ah Keong)