Oct 17, 2025

Pertama kali pergi Umrah?

(kisah umrah dan idea behind bagi yang pertama kali)

Kisah bermula dengan saya tidak pakai celana dalam, dan sedang lena tidur dalam kapal terbang, siap pekej berdengkur, tiba tiba isteri kejut sebab kepten pilot sedang buat pengumuman, bahawa pesawat akan melintas laluan Miqat Qarnul Munazir, maka Jemaah yang mahu buat umrah, boleh berniat sekarang.

Saya yang telah pakai kain ehram dua helai, terus raba kepala takut ada kopiah, raba punggung takut terpakai seluar dalam (larangan ehram).

Okey, yakin semua keperluan ehram dah siap, takde langar pantang larang, maka terus bersedia untuk berniat umrah.

Niat ni wajib buat, wajib rukun, jika tak buat maka tak sah. Manakala lokasi untuk berniat bukan wajib rukun, masih sah umrah walau niat dekat hotel, tapi kena denda seekor kambing bagi orang kelyarga miskin makan.

Maka eloklah dalam kapal terbang terus berniat siap siap, lantas terlihatkan kami semua berkumat kamit membaca niat dalam hati masing masing.

“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”

Kemudian, Jemaah lain yang turut sama memaikai ihram mula melaungkan takbir Laibakallah dengan lembut dan sayu.. yang mana jika di alih ke dalam Bahasa melayu akan berbunyi begini lebih kurang..

"Panggilan Allah kami sahutkan , Tiada yang setara Mu kini kami datang

Segala pujian, segala kenikmatan,

Kaulah Al mulk! Kau tiada Tandingan!

Kami sahut seruan Yang Maha Baik, Kau Terbaik, kepadaMu kami balik

Segala Hamda, segala nikmatNya

Dikaulah Raja, Segala Raja!

Tiba tiba, isteri disebelah mulai menangis. Kenapa?

Katanya, terharu sebab Allah panggil lagi, walau diri banyak dosa.

Saya juga turut sebak, sebab tahu diri banyak dosa, dan tak layak jadi tetamu Allah, tapi masih dipanjangkan umur dan dilorongkan untuk jadi duyufurahman.

Sambil sambil lap air mata, sambil terkenang sebuah riwayat dari Al-Qurtubi menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang mana selepas siap membina kaabah, maka Allah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke rumah Allah.

Baginda hairan bagaimana seruan itu akan sampai ke semua manusia diseluruh dunia sedangkan baginda hanya seorang diri di Makkah.

Allah berfirman: “Serulah, dan seruanmu akan sampai, yang menyampaikan adalah urusan-Ku.”

Lantas Nabi Ibrahim pun menyeru, dan Allah terus sampaikan suara itu ke seluruh alam hingga sampai ke alam roh mendengarnya

Maka jika ada natara kita semua yang berada di alam roh menjawab “Labbaik Allahumma Labbaik” pada waktu itu, akan ditakdirkan berangkat menjadi tetamu Allah mengikut kadar jawapan masing masing, jika jawab sekali, maka sekali dia akan datang sewaktu hidup, jika tiga kali, maka tiga kalilah akan menjadi duyufurahman. Jika tak jawab, maka tak datanglah… wallahulam, semua pilihan dari Allah.

Lantas berguguranlah air mata duyufuRahman yang beribu ribu tahun kemudian, dapat menyahut panggilan Allah, hingga sesak seluruh kota Mekkah dengan Jemaah umrah sepanjang zaman.

Sampai ke lapangan Jeddah, naik bas ke Kota Mekah, check in hotel, letak bag, dan terus bergegas ke Masjidl Haram.

InsyaAllah, tiada apa larangan ehram yang kami langar sepanjang perjalanan. Jika ada (kalau) habis umrah nanti, carilah fakir miskin untuk bersedekah dengan niat membayar dam.

Tidak lama kemudian, dalam langkahan penuh teruja, akhirnya sampai ke pintu Masjid yang sangat besar, lalu kami berhenti untuk basuh selipar dibimbangi ada najis burung

Setelah yakin selipar bersih, simpan selipar dalam Uncang besar, dan melangkah masuk Masjid Al Haram.

Alkisahnya, Kaabah semua dah tahu rupa bentuknya, ada di sejadah, di dinding masjid, dan ada di video azan stesen TV, hingga tak rasa “Ajaib” lagi, tapi bila terpandang Kaabah secara live depan mata, terus bercucuran air mata.

Ada pepatah lama berbunyi: “Apabila keranda di usung, barulah bercuran air mata”

Tapi depan kaabah, ““Apabila Kaabah telihat, barulah bercuran air mata”

Ada banyak faktor manusia menangis sebaik melihat kaabah. Mungkin kesan aura rohaniyat ibadat seluruh makhluk termasuk makaikat dan manusia sekitar kaabah.

Atau mungkin rasa terharu sebab Allah pilih dari jutaan manusia atas dunia, kita dipilih untuk menjadi tetamu Allah… mendekati kaabah yang banyak menjadi saksi peristiwa kenabian.

Atau mungkin sebab teringat dosa yang banyak, hingga tak layak mendekati kaabah, tapi Ehsan Allah, dipilih kita.

Atau mungkin sebab terbayang kesusahan Nabi dan sahabat, oh depan kaabah inilah Nabi dipukul, sahabat dipukul, dicemeti, di seksa, dan di bunuh..

Apapapun sebabnya, semua itu pilihan dan izin Allah, dalam titasan air mata, teruskan bertaubat dan berdoa, kerana waktu ini, doa sangat mustajab.

Oh, rasa nak peluk kaabah!

Tapi kejap, jangan peluk, sentuh, melekat, atau cium akan kaabah lagi, masih dalam ehram kan? Takut kena dam al maklumlah banyak minyak wangi pada kain kaabah dan batu hajar aswad, larangan ehram mencoium bau wangi.

Eloknya mulakan tawaf, selesaikan umrah wajib terlebih dahulu sebelum nak buat ibadah sunat.

Eh? Nanti nak tawaf perlu niat lagi tak? tadi dah niat umrah dalam kapal terbang kan?

Jawapannya, tak wajib dah niat, seolah kita solat, niat awal solat jer, waktu rukuk dan sujud tak perlulah nak niat: “sahaja aku rukuk kerana Allah..” tak perlu!

Tapi jika nak niatpun boleh, Cuma tak wajib dah.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berniat tawaf di Baitullah tujuh pusingan tawaf umrah kerana Allah Taala"

Rujuk sejarah, Nabi lepas niat umrah, teruskan Talbiah dengan suara yang kuat, dan berhenti sampai betul betul depan kaabah, lalu nabi kucup Hajarul aswad, dan mulakan tawaf, 7 kali, Nabi juga buka bahu kanan waktu tawaf, dan tiga pusingan awal nabi berlari anak, dan sebelum tiba di Hajaratul asward, Nabi doa dijauhkan dari api neraka. 

Perlu di ingat, Nabi tidak buat solat Tahayatul Masjid sewaktu sampai depan Kaabah, Nabi terus mengucup Hararatul Aswad dan mulakan Tawaf.

Jika ada kemampuan dan kesempatan, ambillah peluang pergi mengucup Hajarul Aswad. Jika orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.

Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan: Bismillah, Allahuakbar,

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Apa-apapun, Tiada doa khusus waktu Tawaf, boleh doa, zikir, istigfar, mengaji, semua boleh.

Jangan nak selfie yer waktu tawaf sebab hukumnya sama macam solat, kena ada wudhu, dan tawajjuh (tumpu perhatian)

Jom menanda tawaf dengan Zikir, takut lupa..

1. Tawaf Satu-Zikir mensucikan Allah (SubhanAllah 33 kali)

2. Tawaf dua-Zikir Memuji Allah (Alhamdulillah 33 kali)

3. Tawaf tiga-Zikir Membesarkan Allah (Allahuakbar 33 kali )

4. Tawaf empat-Zikir paling Afdal (LaillalhailaAllah 100 kali)

5. Tawaf Lima-Selawat untuk Nabi (selawat 100 kali)

6. Tawaf enam -Taubat untuk diri sendiri (Istigfar 100 kali)

7. Tawaf tujuh-Taubat Nabi Yunus 100 kali

Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

“Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Habis Zikir nak Doa apa?

Doa apa apa  yang kita hafal, jangan lupa bertaubat, serta doa hidayah, dan jangan lupa setiap kali kita lalu dekat dengan rukun Yamani, kita baca doa selamat dari azab api Neraka, sebab ada 70 malaikat yang akan mengaminkan doa khas di Rukun Yamani sampai Hajarul Asward, maka doa dijauhkan api nereka ini, dan doa selamat dunia akhirat, jangan tinggal.. penting juga kita bertaubat dari segala dosa dan maksiat.

Pejam celik pejam celik, eh? Silap, kanan kiri, kanan kiri langkahan kaki tujuh pusingan, Tawaf wajib rukun sudah selesai. Alhamdulilah.

Habis tawaf terus buat solat sunat area depan pintu kaabah, atau makam Ibrahim, atau mana mana ruang yang ada, dan sambung doa kat situ apa apa yang nak tambah..

Jangan lupa minum air zam zam lepas tawaf, sebab nak doa banyak lagi kat Sa’e.. hukumnya sunat dan sunnah, insyaAllah.

Lepas minum, ayuh bergerak ke bukit Safar melalui pintu Safar, sampai Safar nampak Kaabah, (zaman sekarang terlindung), di sana Nabi puji Allah, bertakbir tiga kali, bertahlil, dan berdoa sambil pandang kaabah, dan doa Nabi adalah lama dan panjang.

Apa Nabi doa?

Ada Riwayat, doa Nabi adalah..

“Tidak ada yang berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH semata-mata, tidak ada sekutu bagi-NYA, yang mempunyai kekuasaan, mempunyai segala pujian yang menghidupkan dan mematikan dan Maha berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang berhak disembah melainkan ALLAH, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA, yang selalu menunaikan janji-NYA, yang selalu menolong hamba-NYA serta mengalahkan musuh”

Tuan puan yang mulia, berdoa di Safar dan Marwah ini sangat makbul, tempat yang Allah sebut dalam Al quran dan Nabi doa berkali kali, Maka dibukit safar ini amalan Nabi adalah bertakbir, Bertahmid, dan memperbanyakkan doa

Bacaan doa pula tidak ada yang dikhususkan dan mintalah apa sahaja yang baik dan terniat di hati. Nanti sampai lampu Hijau disunatkan berlari bagi lelaki. 

Tips berdoa waktu Sae.

Baiklah, Oleh sebab ada tujuh pergerakkan ulang alik, maka saya tanda bilangan Sae dengan gunakan Modal dari enam rukun Iman.

Sae pertama, saya zikir dan puji Allah sempena beriman kepada Allah

Sae kedua, saya doa sebut nama 10 malaikat sempena beriman kepada Malaikat

Sae ketiga saya doa guna Ayat Al Quran sempena beriman pada kitab

Sae keempat saya doa mohon sifat baik semua Nabi sempena beriman kepada Rasul

Sae kelima saya doa selamat alam kubur, selamat di padang mahsyar, di neraca mizan, di titiap sirat dan selamat dari api neraka sempena beriman kepada hari kiamat,

Sae ke enam:

Beriman kepada takdir baik, maka doa khas tentang bersyukur dengan semua nikmat, walau sekecil-kecil nikmat, hitung satu persatu, sedar sedar dah sampai Bukit Safar

Sae ke tujuh:

Beriman kepada takdir buruk, maka doa khas tentang bersabar dengan semua ujian, walau sekecil kecil ujian, hitung satu persatu, dan minta ilham agar dapat berjumpa hikmah dalam setiap takdir buruk, biarkan air mata bercucuran..,  sedar sedar dah sampai Bukit Marwah..

Alamak, peninglah nak doa macam abang keretamayat, nak baca Al quran boleh tak?

Boleh….

Tahukah Korang, Nabi pernah bersabda“Sesiapa mengucapkan Lā ilāha illallāh wahdahu lā sharīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu wa huwa ‘alā kulli shay’in qadīr: seratus kali maka baginya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan 100 kebaikan, dihapuskan 100 kesalahan, dan ia menjadi pelindung dari syaitan. Tiada seorang pun yang lebih baik amalnya kecuali yang melakukan lebih daripada itu.” 

(Hadis Bukhari no.6403, Muslim no.2691).

Allahuakbar, bayangkan jika baca waktu umrah, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.

Lepas tu kita baca Surah Al-Ikhlās tiga kali  yang mana Nabi bersabda: Qul huwallāhu aḥad itu sebanding dengan sepertiga al-Qur’an.”  (Hadis sahih – Riwayat Bukhari & Muslim).

Maksudnya, membacanya sekali mendapat pahala seperti membaca ⅓ al-Quran, jadi baca tiga kali maka mendapat pahala seperti seluruh al-Quran.

Allahuakhbar, bayangkan jika baca dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.

Kemudian, baca Surah Al-Kāfirūn kerana diiriwayatkan “Qul yā ayyuhal-kāfirūn menyamai seperempat al-Qur’an (¼ al-Quran).”  (Hadis riwayat al-Tirmizi no.2894,)

Maksudnya, membacanya sekali mendapat pahala seperti membaca suku al-Quran, jadi baca empat kali maka mendapat pahala seperti seluruh al-Quran.

Allahuakbar, bayangkan jika baca dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.

Lepas tu baca dua kali Surah Az-Zalzalah iaitu Surah Idzā zulzilati (Surah 99) kerana menyamai separuh al-Qur’an (½ al-Quran).”   (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Allahuakbar, bayangkan jika baca dalam waktu umrah, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.

Tak cukup lagi? Masih banyak pusingan?

Ada hadis menyebut bahawa “sesiapa yang membaca Surah Qul Huwa Allāhu Aḥad (al-Ikhlās) 10 kali, akan dibina untuknya sebuah mahligai di syurga.” Hadis ini diriwayatkan antaranya dalam Musnad Ahmad dan Sunan al-Darimi.

Bukit Marwah masih jauh? ada hadis Rasulullah SAW mengajarkan zikir 33 kali subḥānallāh, 33 kali al-ḥamdulillāh, 33 kali Allāhu akbar yang mana Sabda Nabi SAW: “Jika kamu lakukan (zikir ini), kamu akan mengejar orang yang telah mendahului kamu (dalam pahala) dan tiada siapa dapat mengatasi kamu…” – yakni pahala zikir ini menyamai kelebihan mereka yang bersedekah, berhaji, berumrah dan berjihad

Allahuakbar, bayangkan jika baca dalam sae, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.

Eh? Ada masa lagi? boleh doa taubat dan minta apa apa, baca ayat kursi pun ada ganjaran besar, baca Al Mulk dijanji bebas azab kubur, baca Al Kahfi boleh selamat dari fitnah dajjal, banyak sangat pahala Allah nak bagi cuma kita tak ambil cakna.

Cuma suka saya nak kongsi, ada hadis cerita bab kelebihan berdoa kepada saudara Islam tanpa mereka tahu.

Daripada Abū al-Dardā’ RA, Nabi ﷺ bersabda:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang itu adalah mustajab. Di sisinya ada malaikat yang ditugaskan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata: Amin, dan engkau juga akan mendapat seperti itu.”

— Riwayat Muslim, no. 2733.

Allahuakbar, bayangkan jika doa dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda, maka tolong doakan saya, Hamka keretamayat mudah urusan dunia akhirat serta dapat masuk syurga paling atas. Nanti malaikat akan berkata: Amin, dan engkau juga akan mendapat seperti itu.”

Amin...

Maka selesailah Umrah wajib sekali seumur hidup, eh? Kejap, tinggal perkara yang terakhir, iaitu bertahalul dengan cara bercukur atau gunting rambut.. umrah selesai kat sini sebab dah ikut tertib.

Boleh jer potong sendiri dan hati hati jika ada orang nak tolong potong, sebab bimbang dia cas potong rambut mencecah 50 Riyal ke seratus Riyal, padahal jika pergi bercukur di area kedai gunting rambut luar Masjid harga sekitar 10 riyal sahaja..

Nagus cukur sebab pahala sebanyak rambut yang kiat botakkan.

Saya terus pergi Mall Safwa, cukur rambut kat sana, 10 riyal kos sahaja, dan terus pergi food court, pekena Adanie tea campur karak tea dan nasi kambing.



Woha!

Sekian kisah umrah yang boleh dibaca sebagai salah satu bahan rujukan oleh semua jemaah umrah dalam kapal terbang, dan detail bab doa, dam, adab, sirah, serta semua POV rakyat marhain, ada saya cerita dalam ebook Haji seronok. Elok baca dalam kapal terbang sebab internet takde, korang download siap siap!

Woha sampai syurga!

Ps: Semoga Allah terima  Umrah kita semua, dan makbulkan semua doa yang baik baik sesama ummat.

3 comments:

adnil linda said...

Alhamdulillah menjadi tetamu Allah, moga ada rezeki saya juga nanti..aamin..

hamka said...

Amin

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK ialah gelaran Datuk yang perlu dikembalikan kepada Sultan Selangor tidak lama lagi, kerana namanya telah tercemar dalam kalangan masyarakat Cina dan Buddha di Malaysia. Ramai orang berkongsinya di internet, dan gosip berleluasa di mana-mana di Malaysia.

Kami orang Cina sangat tidak berpuas hati dengannya kerana kali terakhir dia menipu ramai orang Cina kami di Kepong. Sekarang, ramai orang kami tahu dia penipu IC dan mengumpul IC untuk melakukan penipuan.

Ini menjadikan masyarakat Cina kita sangat malu dan berkualiti rendah di Malaysia. Hari ini, semua orang tahu tentang apa yang berlaku di Taman Desa Jaya, Kepong. Sebaliknya, dia perlu menutup pejabat peguam itu kerana semua orang tahu dia seorang peguam palsu.

Sila kongsikan dengan semua orang di Malaysia, dan berhati-hati dengannya. Terima kasih.

Oleh Danny Wong, Taman Desa Jaya, Kepong

Sharing by Ms lee yoke mooi and family