Sep 15, 2021

Cikgu tolak Vaksin?

Nak jadi cikgu ni tolong jadi bijak, sebab nak ajar anak murid jadi bijak, cikgu kena jadi bijak dulu. Rosak masa depan anak murid jika dapat cikgu yang bodoh dalam menerima fakta, dan guna testimoni sebagai kebenaran, apa ke jadah?

Jika tidak bijak, cukuplah cikgu ada kemahiran CELIK SAINS, iatu tahu membezakan mana satu fakta dan mana Auta.

Alkisahnya, Saya pernah jumpa cikgu sains yang cakap, orang ke bulan tu konspirasi, adohai..

Bila borak katanya kenapa sekali jer orang ke bulan? Nampak sangat tak membaca, padahal sudah enam kali orang mendarat ke bulan dan jumlah orang pijak kaki ke bulan seramai 12 orang, sebab tu bila ada cikgu cakap, gambar ke bulan ini adalah tipu, saya tanya balik, ni gambar pendaratan yang ke berapa?, lepas tu orang tu cakap, eh, bukan sekali jer ker orang ke bulan?, adohai cikgu, tak tahu tu tanya, bukan berlagak pandai! Orang dah nak ke Marikh cikgu oiiii..

Sebab ada cikgu tak celik sains lah, maka dengar cerita ramai jugak cikgu kena tipu melabur beli produk mengarut dan mahal seperti filter water alkali konon boleh sembuh penyakit canser, gelang magnet konon boleh tolak aura jahat, dan sebagainya yang mana, orang yang jual cara MLM ambik kesempatan atas kejahilan cikgu bab sains dengan mereka-reka cerita karut yang tiada asas sains.

Masa saya kecik dulu, pernah dengar cikgu mengajar mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, tapi bila saya kaji, rupanya fakta tu tipu, sebab Tuhan buat otak kita berfungsi 100%, cedera sikit otak, boleh lumpuh satu badan, sila kaji bab ni jika korang tak pernah ambil tahu.

Jadi sekarang, dah ada cikgu anti vaksin? Tak tahu apa hujah mereka? Harap hujah mereka tak sama dengan anti vaksin tegar yang guna hujah ulamak penipu, doctor ejen dajjal, vaksin ada babi, hospital fremason, Who tuhan doctor, SOP tu ilmuniti, dan macam macam, sedangkan pakar perubatan Al quran arwah Datok Harun Din pun tak tolak untuk pergi IJN rawat jantung. Jadi harap cikgu ada hujah yang setaraf sains dan data jika nak tolak perubatan moden.

Akhir kata, kepada semua cikgu, saya harap semua ada asas sains yang kukuh supaya tak mengajar dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal. Jangan sampai anak murid balik sekolah bagitahu: ayah, tadi cikgu bagitahu bumi ini rata, atau cikgu cakap dalam vaksin ada robot nak control manusia? dan lain lain fakta yang tak masuk akal. Tolong, harap tak ada cikgu macam tu!

Maka kepada 2500 cikgu yang tolak vaksin tu, boleh bagitahu apa hujah anda hingga sanggup menolak kaedah sains paling ampuh dalam pandemik?

Tulis jawapan anda dalam 250 patah perkataan.

Woha!

No comments: