Apr 20, 2021

13 Doa Dalam solat, tahu tak?

Ingat masa sekolah dulu, cikgu Tadika tanya nak jadi apa? Atau apa cita cita? Ada yang jawab nak jadi polis, askar, bomba, itu geng lelaki lah, geng perempuan biasanya nak jadi jururawat, pegawai jpj, peguam, macam macamlah, semua tu sebab nampak cool orang beruniform, tapi ada jugak budak budak bila ditanya apa cita-cita tak dapat jawab, sebab tak tahu nak jadi apa?

Budak budak takpe kot jika cita cita belum ada, tapi ada pelajar yang dah masuk university pun belum ada cita cita? Kan susah tu?

Sebab jika kita tak ada hala tuju, maka perjalanan tak dapat di atur.

Jadi hidup ni kena ada impian, lima tahun akan datang apa nak capai? Lima bulan akan datang, apa nak capai? Lima hari akan datang, apa nak capai? Lima jam lagi? Ada nak capai sesuatu tak?

Jika ada impian, ada target, maka senang kita susun langkah kerja, contoh jika saya nak capai lima buku lagi lima tahun, maka lima jam dari sekarang saya dah kena ada tiga muka surat, begitu contoh lebih kurang.

Dulu saya target nak ada rumah sebelum kahwin, rumah teres pun tak apa, lepas nak beli kereta sebelum kahwin, second hand pun tak apa, kemudian nak kahwin paling lewat umur 25 tahun, nak ada ijazah, nak bina rumah atas tanah mini bangglo sebelum 40 tahun, nak ada sepuluh buku sebelum umur 40 tahun, nak menonton semua filem terbaik dunia sebelum umur 40 tahun, nak daki gunung kinabalu, nak menyelam, nak berkuda, nak berenang, nak ada anak paling kurang ikut bilangan kerusi kereta, banyak target saya buat, dan Alhamdulillah, 80 peratus tercapai dengan jayanya.

Moralnya kita kena faham apa target kita, dan bila faham target, maka senang nak susun atur langkah kerja, dan bila langkah kerja dan Nampak, maka senang nak doa sebab semua tu dah dipecah kecil.

PECAH KECIL dalam doa memudahkan impian kita tercapai.

Itu cerita bab dunia, bab akhirat semua orang target nak masuk syurga, jadi dalam usaha nak mencapai syurga ada bab PECAH KECIL dalam doa yang kita kena capai agar senang nak usaha dan doa..

Nak masuk syurga, kenalah beriman, amal soleh, berpesan dengan hak dan sabar, pecah kecil lagi, semua nak kena solat sebab solat ini tiang agama.

Cerita bab solat, semua tahu rukun solat ada tiga belas, jika tertinggal maka tak sah lah solat kita. Semua tahu solat ni melibatkan tiga perkara iaitu (1) hati, (2) suara, dan (3)pergerakan maka rukun hati ada (2)dua, rukun suara ada (5)lima, rukun pergerakan ada (5) enam! Campur semu tu cukup (13)tiga belas! Wajib belajar jika tak, solat jadi tak sah sebab sunat atau batal semua kita tak tahu.

Maka bila solat tak sah, maka macam mana nak masuk syurga?

Jadi kena belajar rukun 13, dan tahu tak korang dalam solat ada 13 doa?

Tiga belas doa ni adalah impian dan cita cita kita yang dah dipecah kecilkan agar senang nak doa dna usaha.

TIga belas doa ni pulak, bukan semua wajib, ada yang sunat, pecah keci lagi tu.

Jadi semua ni kena belajar, maka biar saya senaraikan tiga belas doa yang kita kena tahu makna dan buat usaha.

13 doa dalam solat bagi yang tak tahu makna.

1. Berikan aku jalan yang lurus

2. Jangan berikan aku jalan orang yang di Murkai (melampau)

3. Jangan berikan aku jalan orang yang sesat (cuai)

4. Kasihankan aku

5. Tutup aibku

6. Cukupkan aku

7. Angkatlah Darjatku di sisiMU

8. Rezekikan aku

9. Berikan aku Petunjuk

10. Sihatkan aku

11. Ampunkan aku,

12. Salam selamat kepada Nabi

13. Salam selamat kepada kami dan orang soleh

Jadi abang mayat bagi kerja rumah sikit,

1. Dari 13 doa ini, mana doa yang wajib dibaca?, jika tak baca solat tak sah?

2. Senaraikan doa yang sunat?

3. Berikan contoh jalan yang di murkai?

4. Berikan contoh jalan yang sesat?

5. Berikan contoh jalan yang lurus?

6. Doa ini juga di baca oleh orang soleh, apa relevennya orang soleh meminta jalan yang lurus?

Cukuplah enam soalan, selamat mengadap ustaz dan kitab untuk menjawab.

Woha!

No comments: