Kita ni anak cucu nabi adam, manusia pertama, DNA nabi adam
ada dalam badan kita. Ahli sains namakan DNA ni: Y-chromosomal Adam -MRCA (most
recent common ancestor) yang mana ahli genetik membuat kesimpulan bahawa semua
manusia yang hidup adalah berasal daripada seorang manusia yang tinggal di
Afrika sekitar 338,000 tahun dahulu.
Sebagai cucu yang bermaruah, kenalah tahu seba sedikit
tentang Atuk Adam kita.
(baca sampai habis dan korang akan menjadi cucu yang berbeza
di hujung artikel)
Alkisahnya, Allah dah cipta makluk yang taat Allah macam
robot, namanya malaikat, dan Allah telah cipta makluk yang derhaka pada Allah
juga macam robot, nak membatah ker kerjanya, namanya iblis.
Sekarang Allah nak cipta pula makluk yang ada sifat taat
macam malaikat dan sifat derhaka macam iblis dalam satu kejadian, iaitu
manusia.
Malaikat dan iblis sama sama tak setuju penciptaan ini, tapi
malaikat akhirnya taat sebab itu dah kehendak Allah, dan taat adalah sifat
malaikat, tapi Iblis tetap tak setuju, adohai…
Semua tahu, Malaikat di cipta dari cahaya, iblis di cipta
dari Api, dan untuk cipta manusia, Allah guna tanah.
Maka turunlah malaikat Jibrail ke bumi nak ambik tanah, tapi
bumi tak bagi, Lepas tu turun lagi Malaikat Mikail dan Israfil pujuk bumi
benarkan ambik tanah, bumi tetap tak setuju Allah cipta manusia dari tanah
lepas tu akan buat kerosakkan atas bumi sebab manusia akan ada sifat iblis
dalam diri.
Maka akhirnya turun Malaikat Maut give him an offer he can't
refuse, terus bumi bagi.
Maka dalam riwayat mengatakan, Tanah Baitulmuqaddis jadi
kepala, Tanah Mesir jadi telinga, Tanah Iraq jadi dahi, tanah Yaman jadi muka.
Tanah Taif jadi lidah.
Tanah Kaabah tangan kanan,
Tanah Paris tangan kiri, Tanah Iran jadi perut, tanah Babylon jadi alat
kelamin, Tanah Tursina jadi tulang, Tanah India jadi kaki.
Mata dan hati,
dicipta dari tanah Syurga, so kita semua ni keturunan Mix, bumi dan
syurga.
Bila dah siap, Roh masuk dari kepala, mata terbuka NAbi adam
terlihat nama Allah dan Muhammad dipintu Syurga, kemudian bersin, lalu
mendengar ucapan Alhamdulillah yang terpacul dari mulutnya sendiri, semuanya
datang dari Ilmu Ilham, yang mana ilmu ilham adalah kelebihan Nabi adam
berbanding malaikat dan Syaitan.
Roh sampai perut, dah rasa lapar, roh sampai kelamin, terus
nak bergerak padahal kaki masih keras, begitulah sikap manusia yang tak sabar
terzahir.
Bila dah siap sepenuhnya, Allah perintah malaikat dan Iblis
sujud hormat, Malaikat semua sujud, Iblis bantah.
Pendek cerita, Adam hidup di syurga, dan Malaikat yang
banyak Tanya pada Nabi adam tentang ilmu di syurga kerana semua Adam tahu. Nama
pokok, nama haiwan, sifat serangga semua Nabi Adam tahu, Bapa of National
Geographic!
Namun hidup di syurga yang semua indah, lokasi indah, makan
sedap, the best place untuk mengembara, tapi Nabi adam rasa sunyi, sebab tengok
burung ada pasangan, rama rama ada kawan, tapi aku mengembara sorang sorang tak
best jugak.
“Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, Sayang engkau tak
duduk disampingku kawan”
Eh? Menyanyi lagu Ebiet G lah pulak, sunyi bang, kenalah
nyanyi sikit, huhuhuhu.
Lalu Nabi Adam minta diciptakan satu lagi makhluk sebagai
teman, maka bangun pagi esok, Malaikat tak sabar nak Tanya Nabi adam, siapa tu
tidur sebelah kamu? Kenapa tak sama? Kenapa cantiknya berbeza?
Adam dengan ilmu Ilhamnya, The Curse of Knowing, anugerah
Allah, terus bagitahu ohhh, ini Hawa namanya, jantinanya wanita, isteri saya,
dia ni lebih lemah dari saya, tapi jiwanya kuat, Bapa of Sains Wanita pulak, he
he.
Tapi bersama dengan anugrah Hawa, ada larangan, Allah
benarkan adam dan hawa buat apa sahaja dalam syurga, berjimak, mengembara,
hiking, menyelam, makan, tidur, bekarya, menyanyi, berguling di kebun bunga,
semua boleh tapi satu sahaja tak boleh, jangan makan buah dari pohon larangan.
Kat sini kita boleh belajar tentang takdir, iaitu Allah
cipta manusia mahluk yang boleh buat pilihan dalam system kebarangkalian
pilihan takdir., maka Iblis akan guna kelebihan ini untuk sesatkan manusia
dengan kaedah pilihan yang berkadaran dengan kebarangkalian Takdir.
Di sisi allah, ada berjuta juta Universe hasil pilihan
manusia, manakala disisi kita, pilihan kitalah yang membentuk universe tersendiri
dan itulah hakikat takdir!
Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan
buah tu agar takdir Nabi adam berubah, tapi orang lelaki memang cool!, orang
lelaki tak mudah terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan
murahan, tak terkesan dengan promosi jualan murah…, tapi tidak dengan
perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah larangan, Hawa percaya dan
terus makan, ohhh perempuan memang mudah terpengaruh dengan pujukan, sebab tu
jika seks dengan perempuan bawah umur di kira rogol, sebab mereka mudah
dipujuk, maka janganlah bangga dapat mengorat awek pakai baju sekolah, adohai..
eh? Ni cerota pasal apa pulak ni?
Balik kepada kisah Hawa, hmmm, Tapi kan? ada bagus jugak
perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu
simpan separuh kat Nabi Adam… kalau laki korang pergi kedai mamak pekena roti
canai dengan teh tarik, takdenya laki kau nak bungkus bagi bini dia tapi bini
korang kalau ada jamuan kat opis dia, mesti bungkus bawa balik kat laki dia..,
saya respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he he..
Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan,
tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik… habis
tergoda! sama macam kau: sebab kaulah yang drive kereta pergi pasaraya dan
pikul barang-barang yang di borong oleh bini kau, semuanya gara gara kau yang
memang cair kalau perempuan macam bini kau datang pujuk kau…, siapa tak sayang
bini kan?
Akhirnya syaitan datang jugak, sumpah dengan nama Allah
boleh makan buah ni, hmmm, lelaki semua sama, Nabi Adam pun kena tipu jugak
dengan iblis, sebab Iblis sebut nama Allah! maka Nabi adam percaya dan makanlah
buah tu sama dan terdedahlah aurat serta aib mereka yang buatkan mereka tak
layak lagi duduk dalam syurga lalu di buang ke dunia..,
Sampai dunia, Allah takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di
bumi yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta dan
mungkin masih ada saki baki dinasour belum pupus yang lapar, tapi…
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan
Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex?
Ada? Atau Siti Hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa
mati kena virus Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa-jumpa?
Mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan
Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala
makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat,
lepas tu Allah ampunkan dosa mereka. Simple.
Percayalah, Allah jaga kita, Allah pantau keperluan kita.
Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan
hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan,
Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara
berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan
otak luar kawalan sebab Allah pantau kita. Bila nak berak, tuhan datangkan
tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak
tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah?
Begitulah jugak alam ini, semuanya penuh dengan tanda kepada
kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai
keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau
Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya
sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.
Balik kepada kisah Nabi adam dan Hawa, akhirnya mereka
berdua taubat, lalu Allah ampunkan dosa, dan untuk kembali ke syurga, mereka
diuji dengan perlu menjalani hidup sebagai hamba yang taat, sabar dengan semua
ujian hidup, syukur dengan semua baki nikmat, ikhlas dalam semua amalan
kebaikkan, dan bertaubat dari semua dosa.
Akhirnya Adam dan Hawa wafat,semua orang akan jadi mayat,
yang mana jasad mereka kembali ke dalam bumi, namun roh mereka masuk ke dalam
jasad baru yang dibuat dari tahah syurga sepenuhnya…, lalu hidup bahagia
selamanya di syurga yang tidak ada buah larangan.
Manakala di Neraka wujud Pohon berduri bersama buah berduri
yang mana itulah satu satunya makanan ahli nereka, bila makan, sakit perut yang
lebih azab dari neraka…
Di tingkat tiga neraka, tinggalah Iblis dan Syaitan di azab
siang dan malam.
Di neraka terbawah, adalah untuk orang munafik, yang pura
pura islam, di azab siang dan malam.
Maka end of story, Nabi adam dan hawa kembali ke syurga dan
hidup bahagia selamanya, manakala Iblis dan Syaitan masuk neraka bersama anak
cucu Nabi adam yang tak ambik pengajaran dari kisah nenek moyang mereka.
Akhir kata:
Cukuplah sekali Datuk Adam dan Nenek Hawa makan buah
larangan, jangan kita ke neraka makan buah neraka pulak, adehhhhhh…
Nota kaki.
(1) Kita semua di beri nikmat hidup yang pelbagai
(macam Nabi adam di syurga, kita ada negara yang aman, maka
boleh melihat, ada kaki, ada akaun FB)
(2) Kita semua perlukan teman
(seorang ibu, seorang anak, seorang suami, seorang isteri,
seorang kawan, jika takde, cukup Allah bagi saya)
(3) Kita semua ada benda yang dilarang buat
(macam makan buah larangan, kat dunia ni dilarang makan babi
atau minum arak, atau hisap dadah, jangan buat yer)
(4) Kita semua mudah tergoda dengan Iblis tapi pintu taubat
sentiasa terbuka selagi nyawa masih di kandung badan.
(tiada anak adam yang
tidak buat silap, maka janganlah malu bertaubat kerana banyak dosa, tapi
malulah buat dosa kerana sudah banyak bertaubat-woha!)
Maka atuk ku, Nabi adam, tunggu saya datang! Dan di syurga
nanti boleh tak cerita pengalaman makan buah larangan, sedap dia macam mana?
Ada macam musang king tak?
Woha!