Ulasan filem Contact 1997.
Antara filem terbaik pernah saya tonton waktu remaja, adalah The Contact. Kisah
saintis Atheist mencari Alien, namun akhirnya berdamai dengan Tuhan.
Filem ini tiada babak aksi, atau serangan alien ke apa, atau
hero badan sasa ke apa, tidak! Filem ini focus kepada seorang wanita yang
terperangkap dalam impian mencari Alien, di jalanan bertemu dengan pakwe yang
kuat beragama, lalu Ellie, watak utama cerita ini rasakan dia tak akan dapat
hidup dengan orang beragama kerana dia Atheist! Ellie langsung tidak percaya
pada kewujudan Tuhan hinggalah ada bukti secara Fizik, baru dia akan percaya.
Jadi bila pakwenya bercerita pengalaman rohani ‘bertemu’
Tuhan, Ellie perli, mana bukti? Takde bukti aku tak percaya.., tapi hero tenang
kerana orang beragama selalu bertenang bila orang tidak percaya, atau
memperolok olokkan kita, tenang kerana benar, tenang kerana percaya Tuhan wujud
tanpa perlu buktikan secara fizik.
Jadi Ellie memilih untuk berpisah dengan pakwe Bergama dan
teruskan hidup mencari Alien.
Imbas kembali, waktu Ellie kecik, Kisah hidupnya bermula
dengan gambaran luasnya angkasa tak berpenghujung yang bermula dengan
penglihatan terhad seorang manusia bernama Ellie, seorang kanak kanak perempuan
yang sangat seronok dan teruja bila guna radio amatur milik si ayah yang dapat
menghubungi manusia dari jarak yang jauh, dan mula memasang angan angan untuk
hubungi arwah ibunya yang dia tak pernah jumpa sejak dilahirkan.
Namun ayahnya memberitahu, alat canggih macam mana pun tak
akan mampu hubungi ibu kerana ibunya dah mati, lalu Ellie isikan kekosongan
harapan dengan berharap dapat hubungi Alien.
Terus bertanya kepada si ayah:
“Ayah, Ada tak alien hijau bersesungut di angkasa sana untuk
saya hubungi?”
“Ellie.., Jika alien tak wujud, maka angkasa yang luas akan
menjadi ruangan yang sangat membazir”
“Bagaimana nak hubungi Alien?”
“Kena gunakan Antena yang paling besar!”
Tiba tiba si ayah terkena serangan jantung! Dan babak Ellie
berlari ambik ubat dengan sudut kamera dalam cermin memang menakjubkan di zaman
itu. Kenan tonton sendiri babak tu yang nampak kamera boleh zoom secara
membelok dalam cermin?. Wow!
Ayahnya mati sakit jantung, dan Paderi datang pujuk Ellie
agar menerima takdir, Tapi Ellie buktikan dia tidak percaya kepada Tuhan buat
selamanya kerana punca ayahnya mati bukan sebab takdir Tuhan, tapi sebab dia
lambat ambik ubat dan Ellie mulai mengisi harapan untuk mencari Alien dan
berharap dengan teknlogi Alien yang canggih, akan dapat pula hubungi ayahnya
yang telah mati.
(Ada babak Ellie bercucuran air mata guna Radio Satelit
Tanya di mana ayah? Tolong jawab, saya rindu ayah..)
Masa berlalu, Ellie jadi best student, masuk U, sambung PHd,
dapat peluang kerjaya yang cemerlang di University Harvard, tapi Ellie memilih
untuk focus pada kerja mencari Alien, maka gigihlah Ellie buat kertas kerja
minta dana agar dapat bina Satelit paling canggih. Kos cari Alien memang mahal
giler, dan awal cerita projeknya di danai oleh ahli politik yang minat Sains,
tapi lepas bertahun tahun Eliie habiskan dana cari Alien tapi sekor Alien
puntak jumpa-jumpa, Ahli politik ini stop dana.
Ellie bengang dan marah, tapi tak putus asa, buat lagi
kertas kerja dan cari dana, hinggalah ada orang kaya tua yang pelik nak biayai
projek Ellie.
Untuk rekod, projek cari Alien ini pernah dibuat oleh
kerajaan Amarica, tapi lepas bertahun tahun cari Alien, sekor pun tak jumpa,
dan lepas tekanan politik sebab bazirkan cukai rakyat, projek ini telah diswastakan,
dan akhirnya dihentikan.
Saya zaman tu terfikir, kenapa saya tak ambik subjek sains
cari alien?, sebab nampak sangat senang kerja cari Alien ni, hantar signal le
angksasa, lepas tu lepak pasang computer sambil main Solitare tunggu Alien
respond pada setiap bintang, takde respond? Bermakna tiada kehidupan di area
bintang itu, dan takde alien, kita pindah ke bintang seterusnya, satu bintang
berapa lama nak siasat? Rujuk buruj 12 bulan setahun, maka kita rujuk 12 lokasi
taburan bintang sahaja tiap tahun, tunggu data. Perghhhhhh, senang gila kerja.
Gaji mahal, kerja lepak, dan result kita boleh present data takde respond dan
sedang mencari.. he he he.
Tapi kawan saya kata, kerja jabatan ramalan kaji cuaca lagi
senang, sebab bila tak tepat, oh.. ramalan jer, woha!
Ok, serius sikit, saya akhirnya bekerja sebagai nelayan
mencari ikan di dasar laut, eh?. Kejap? Ni nak cerita pasal saya ke pasal Ellie
ni?
Okey, kembali kepada Ellie yang sedang cari Alien, dijalanan
terjumpa pakwe hensem tapi kuat agamalah pulak.
Si pakwe bagi hadiah kompas sebagai satu simbolik yang mana
jika sesat semua orang perlukan arah. Elie yang yakin jalan hidupnya tak pernah
sesat, menolak hadiah itu. Lagipun Elie dah buat kiraan matematik, untuk
Berjaya jejak Alien, dia tak boleh ada hubungan cinta.
Pernah Elie bertanya pada pakwenya: Tunjukan di mana Tuhan
jika Dia ada?
Kata pakwenya, kau cintakan arwah ayah kau kan? Elie angguk,
“Baik tunjukkan dimana Cinta pada ayah kau itu berada?”
Ellie jadi Blur kejap, bermakna bukan semua benda boleh
dibuktikan secara fizik.
Apa yang menarik tentang filem ini adalah bibit dialog yang
dilontarkan, yang mana setiap dialog penuh falsafah kemanusian serta keagamaan
yang terus membawa mesej keimanan di akhir cerita.
Sebagai contoh: Seluruh Filem ini tunjukkan bagaimana dana
yang sangat besar telah dihabiskan dalam misi mencari Alien, hingga Pakwe
beragama Tanya Ellie,
“Tak rugi ke belanja sangat besar guna kaedah Sains untuk
cari Alien?”
“Perbelajaan besar macam mana pun, selagi digunakan untuk
mencari kebenaran, maka tak ada yang rugi. Sebab tujuan Sains adalah mencari
kebenaran! Kau menentang sains ke?”
“Tidak, Agama dan Sains adalah sama, sebab keduanya mencari
kebenaran, (Tapi Agama tak perlukan belanja yang besar) dan Aku tidak menentang
sains, aku menentang orang yang mengorbankan hidup dan korbankan tuhan kerana
sains.
“Kau paderi ke?”
“Aku Paderi yang tak mampu bujang selamanya”
“Apa pendapat kau tentang angkasa yang luas ini?”
“Jika tiada apa apa di atas sana, angkasa adalah ruang yang
membazir”
Ellie tersentak dengan ayat pakwe beragama, sama macam ayat
ayah dia waktu kecik anggap angkasa adalah mebazir jika tiada apa apa di
langit, terus dia jatuh cinta pada pakwe beragama, kerana dari sudut Ellie,
ayat tu yang membuatkan dia punyai harapan: mencari Alien dan berkongsi
teknologi dan mungkin boleh hubungi ayahnya kembali di demensi yang lain?,
sedangkan maksud Pakwenya adalah, alam ini sangat membazir jika tiada TUHAN!
Simple., dari segi tersiratnya, Pakwe beragama nak bagitahu:
Jika ahli sains anggap angkasa membazir sebab tiada Alien, maka Sama jugak
kehidupan kita, susah payah mak kita lahirkan kita, lepas tu kita susah payah
belajar merangkak, berjalan, dan berlari, lepas tu susah payah belajar ilmu
dunia cari rezeki, dan hidup berdepan dengan pelbagai masalah, lalu ada yang di
zalimi, di tindas, teriniayai, OKU, cacat, atau separuh hidup normal dan
separuh hidup lagi jadi OKU kerana bencana, lepas tu tu tua dan sakit,
dikhianati, diabaikan dan uzur, ada yang menderita dalam perang, atau yang
terseksa sebagai tawanan perang, lepas tu semua mati tanpa ada apa apa
kesimpulan? maka alangkan membazirnya hidup yang luas ini, kerana hidup ini
semuanya adalah SIA-SIA jika tiada TUHAN!
Selalu Pakwe Bergama cakap, dia tak boleh bayangkan hidup
tanpa Tuhan, sebab Jika dunia yang luas ini tiada tuhan, bukan sahaja membazir
akan apa yang kita dapat dari takdir, tapi sia sialah hidup berusaha habis baik
macam Elle tapi akhirnya menjadi masa sailang geng politik!
Satu lagi ayat best dalam movie ini, “Adakah kita lebih
bahagia setiap hari kerana sains, atau agama?”
Ada orang bahagia sebab sains memudahkan hidup, tapi
terbukti orang beragama lebih bahagia kerana hidup bersama harapan, dan kenapa
kita tak bahagia dengan keduanya, Sains dan agama? Logic sangat!
Sains ada harapan tak tercapai, ingin panjang umur dan tak
mati agar terus menikmati hidup, Agama ada harapan yang bakal dicapai, buat
baik di dunia, dan hidup bahagia di kehidupan selepas mati. Mana nak pilih?
Itulah perdebatan ilmiah antara lelaki beragama dan wanita
Atheist yang menjadi tunjang cerita dari awal hingga akhir.
Pendek cerita, satu hari Ellie dapat signal bersuara Hitler
dari Planet Vega, lepas Ellie kaji dan dapati Signal pertama hantar ke angkasa
adalah dari hitler, dan alien pulangkan balik lepas 26 tahun, bermakna mereka
wujud!
Yes! Alien wujud dah telah hubungi manusia!
Terus Ellie bagitahu dunia, dan muncullah babak PM baca
perutusan macam Abah selalu buat di Malaysioa, Tapi Movie ini di Amarica maka
majlis perutusan sdiang media di buat oleh Bill Clanton (jangan tak percaya, PM
America turut berlakon dalam movie ini?) yang bagitahu apa reaksi dunia bila
Alien hubungi kita?
Geng tentera anggap mesej ini bahaya macam hadiah kuda
Trojan dalam perang Rom!
Geng Saintis anggap Alien tak bahaya, baik, dan penuh moral.
Jom balas mesej itu.
Geng agama anggap bercakap dengan Alien, menghina Tuhan. Ada
jugak geng agama cakap cakap itu bukan Alien, tapi Tuhan.
Ada jugak Pihak tentera America yang anggap ini teori
konspirasi, mesej tu diadakan oleh jutawan kaya yang dah tua tak tahu duit nak
habiskan kat mana, lalu prank hantar isyarat guna Satelit canggih konon itu
dari Planet Vega!
Apa cakap Pakwe Beragama?
Ini mungkin mesej dari Tuhan, tapi Ellie cakap ini Alien
sebab jika Tuhan nak sampaikan mesej, tak perlu guna Satelit canggih, terus
kita dengar suara dari langit!
Pakwe Beragama cakap, Tapi itulah yang kau temui, suara dari
langit.
Woha!
Okey, sekarang lepas meeting, Dunia setuju untuk bina mesin
ke Planet Vega dan borak dengan Alien tu, Tapi Mesin tu boleh muat seorang
sahaja, siapakah wakil manusia pertama nak jumpa alien tu?
Dah tentu Ellie yang paling layak..
Kata Pakwe Bergama:
“Ellie, Kau akan ke vega yang jauhnya 4 tahun perjalanan
cahaya pergi balik, dan bila kau balik, bumi dah lewat 40 tahun, aku mungkin
akan mati, kau mahu pergi jugak ke? I love you Ellie”
“Demi sains aku akan pergi, mungkin perjalanan ini sehala,
aku akan mati di angkasa”
“Ellie, Kenapa saintis rela mati dalam misi angkasa?”
“Nak cari jawapan, kenapa kita di sini? Walaupun ada sedikit
ilmu di tambah, saintis rela mati, Sains adalah antara keberanian dan kegilaan”
“Nampaknya kau rela mati kerana ‘percaya’ sesuatu lebih baik
di luar sana akan dapat menambah ilmu ummat manusia, perbuatan kamu sekarang
macam orang agama, yang sanggup buat apa sahaja kerana percaya kepada Tuhan”
“Bagaimana jika aku ke sana dan temui bukti Tuhan tidak
wujud?”
Perghh, begitulah kerasnya hati Ellie bab ketuhanan, lalu
dalam Sesi soal jawab sebelum ke angkasa, setiap wakil dari pelbagai bidang
telah temu ramah ellie, antara soalan yang di Tanya.
“Ellie, jika kau sampai ke Vega, dan dapat Tanya satu soalan
sahaja, apa kau nak Tanya?”
“Err, saya akan Tanya, bagaimana kamu dapat selamat dari
fana, dan Berjaya hidup kekal di angkasa tanpa musnahkan diri sendiri”
Nampaknya tiada bantahan akan soalan tu, sebab bagi saintis,
dari semua bidang, satu jer yang manusia gagal iaitu halang penuaan dan
kematian, maka memang sesuai sangat jika Ellie nak belajar dengan Alien ilmu
hidup kekal selamanya. Dari Ellie sendiri yang kematian ayah dan ibu waktu
kecil, satu tanggung jawab sosia sains iaitu ingin sangat satu ilmu yang dapat
halang kematian atau hubungi orang yang dah mati.
Bila tiba giliran pihak Beragama. Ada yang bertanya:
“Ellie, kau percaya Tuhan tak?”
Ellie jawab tak percaya sebab takde bukti, sebab jika alam
yang
hebat
dan besar ini dicipta Tuhan, kenapa takde bukti
kewujudannya? Atau manusia cipta Tuhan sebab tak nak rasa kesepian, Sebagai
saintis, saya percaya bila ada bukti sahaja, dan oleh sebab tiada bukti
kewujudan Tuhan, maka saya tak percaya!
Akibat jawapan Ellie tak percaya pada Tuhan, maka oleh
kerana 95% penduduk dunia percaya wujudnya tuhan, maka adalah tidak patut orang
yang dipilih untuk menjadi wakil manusia pertama adalah orang yang anggap 95 %
penduduk bumi adalah salah dan sedang berkhayal.
Maka Ellie tak terpilih dan projek tu dapat kepada bekas
bosnya yang beragama, dan juga Saintis.
Waktu ni kita tengok kesian kat Ellie, sebab dia paling
layak sepatutnya, tapi bila campur tangan politik, Ellie kena reject.
Eliie pernah cakap, Masa kecik tengok planet venus sangat
cantik maka terbayang planet tu indah, tapi bila dewasa, teropong kat sana ada
hujan asid dan gas membunuh. Begitulah hidup ini, Ellie yang kaji Alien, bekas
bosnya dapat nama, sedangkan dari segi Sains, apa salahnya tak percaya pada
Tuhan? Tapi ini politik Ellie, mana boleh wakil manusia adalah orang yang
anggap 90% penduduk bumi adalah bodoh!
Tapi ada sesuatu Ellie belajar, tentang takdir dan hikmah,
kerana bekas bosnya mati dalam misi sebab geng taksub agama telah sebotaj dan
letupkan mesin tu, bermakna Jika Ellie yang pergi, dia akan mati.
Kita pulak boleh belajar sesuatu iaitu Dunia ini akan dapat
pada sesiapa yang berusaha, walaupun tidak percaya kepada Tuhan, tapi akhirat
hanya untuk mereka yang beriman.
Maka nasib menyebelahi Ellie, sebab Jepun juga ada bina
mesin ke Planet Vega, dan Ellie terpilih untuk guna mesin tu kerana dari segi
ilmu dan pengalaman, Ellie lah orangnya.
Pendekkan cerita, Ellie dapat peluang jumpa Alien tu, naik
mesin khas yang semua orang nampak 5 saat sahaja, tapi Ellie bagitahu dia dah 8
jam berborak dengan Alien.
Alien tu datang dalam bentuk ayah dia, dan guna lokasi
impian Ellie yang di lukis dibilik tidur (Teknik senapang Russia? Chekhov's gun
Ingat tak?) untuk berborak dengan Ellie.
Dalam versi novel, Alien tu bagitahu Alam ini di cipta oleh
Tuhan yang demensinya tak sama, maka tak akan dapat buktikan secara fizik, dan
Alien itu sendiri ada kemajuan untuk cipta demensi perbualan guna pengalaman
dalam otak ellie, dalam filem pulak, Alien tak cerita tentang Tuhan, sebab
Hollywood ni ramai Athies, jadi dalam movie ini, bila Ellie minta Alien
buktikan secara fizik agar semua manusia di bumi dapat lihat apa yang dia
lihat, maka Alien bagitahu, Hukum alam ini dah beribu tahun berjalan seperti
ini, manusia kena beriman dan percaya tanpa perlukan bukti fizik. Tidak boleh
mendadak dalam keimanan, satu langkah kecil, cukup untuk manusia setiap waktu.
Sekarang kamu balik dan ceritakan pengalaman kamu.
Bila Ellie balik, dan ceritakan pengalaman dia, takde orang
percaya sebab tiada bukti, Ellie hanya masuk dalam mesin tu 5 saat, tiba tiba
cakap dah 8 jam berborak dengan Alien di Palnet Vega?
Masa ini barulah Elie sedar bagaimana perasaan orang yang
alami pengalaman Rohani bersama Tuhan di abaikan kerana tiada bukti.
Dalam Sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna
kaedah yang simple dan tertutup tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori
konspirasi, kaedah itu di kenali sebagai Pisau Ockham.
Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di
tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah
UFO. Tapi dari segi Sains, kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran
petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang
pengisian konspirasi, atau Sains Fiksyen.
Maka untuk pisahkan Sains dan Sains Fiksyen pihak Saintis
beretika seperti Ellie kena guna kaedah “Pisau Ocham” atau istilah asalnya
“Occam's Razor yang berasal dari William Ockham, seorang
ahli Sains Barat dari abad ke-14.
Jika dalam Islam, Nabi pesan guna konsep sederhana dalam
explain, agar Ummat tak terbeban, atau memetik kata kata Albert Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand
it well enough." –Woha!
Maka bila Alien makluk Fizik yang mampu bina demensi dalam
otak elie pun tak mampu Elie buktikan, maka akhirnya Elie pilih kaedah Pisau
Ocham yang mana. Pilihan paling masuk akal adalah: dia hanya berhalusinasi
sahaja waktu bertemu Alien itu. Kerinduan pada arwah ayahnya buatkan dia
mencipta pengalaman itu. Kes di tutup. Saya tak pernah pergi ke Planet Vega
sebab saya tak ada bukti.
Hujung cerita, Ellie akhirnya berdamai dengan pakwenya
kerana ketika satu dunia berkata dia bohong tentang pertemuannya dengan Alien,
tapi pakwenya sokong dan percaya , sebab? begitulah pengalaman tentang Tuhan,
hanya kita yang dapat rasai kehadranNYA tanpa perlu buktikan apa apa.
Filem ini bermula dengan tiga pihak, Atheist, Agama, dan
Politik, yang mana Atheist dan Agama akhirnya berdamai, tapi politik, akhir
cerita, tetap ada agenda, sebab pihak politik rupanya sorok bukti pita rakaman
Alien yang berdurasi 8 jam membuktikan Elie memang berada selama 8 jam di
demensi alien walaupun zahirnya hanya 5 saat. Oh.. politik ni memang tak boleh
bawak bincang kan?
Woha!
Akhir kata, dalam movie ini, ada babak Elle guna kaedah
matematik waktu hubungi Alien, Jadi bila pihak Kerajaan Tanya Kenapa nak
hubungi alien kena guna Bahasa matematik?
Jawab Ellie, Sebab dunia ini ada 70 perbezaan Bahasa, dan
matematik satu satunya Bahasa universe!
Kata saya dalam hati: Wahai si cantik Ellie (Jodie foster),
marilah belajar matematik dengan abang mayat dengan SATU Tuhan, DUA Kalimah
Syahadah, TIGA Golongan di Akhirat, EMPAT Mazhab utama, LIMA Kali Solat, Enam
Sifat Sahabat, Tujuh Petala Langit, LAPAN Tingkat Syurga, SEMBILAN kitab Hadis,
SEPULUH Sahabat di Jamin Syurga, 13 Rukun Solat, 20 Sifat Tuhan, 25 Rasul
terpilih, 99 Nama Tuhan, 313 Ambia, 120 ribu Nabi, and Counting….
Sila abaikan Pakwe Beragama lakonan Matthew McConaughey
sebab dalam filem Interstellar dia pulak pergi angkasa cari Alien tapi akhirnya
masuk lubang hitam dan bersatu dengan awek cantik si Anne Hathaway di Planet
Edmunds.
Woha!
Ulasan filem Interstellar oleh Hamka Keretamayat https://www.facebook.com/keretamayat/posts/266406618174751
#hamkafilm