Jan 8, 2021

Kenapa Solat kenapa makan?

Seorang sahabat bercerita pengalaman beliau pergi berdakwah di Amarica tahun 80-an dahulu.

Dalam perjalanan bergerak dari masjid ke masjid, akan melalui perjalanan yang sangat jauh, ada mencecah 400km.

Jadi bila tiba waktu solat, Jemaah akan berhenti di stesen minyak, dan sudah tentu stesen minyak di sana tiada kemudahan surau, maka Jemaah akan bentang kain alas, azan dengan lantang, dan bersolat secara berjemaah di kawasan lapang.

Melihat kejadian itu, orang ramai mulai berkerumun dan ambik gambar. Tiba Tiba ada sorang mat saleh, ikut solat, orang berdiri peluk tubuh dia ikut, orang sujud dia ikut, orang rukuk dia ikut, sampai habis.

Bila dah habis dia tanya, buat apa ni? Maklumlah zaman tu belum maju internet, maka Jemaah cakap solat menyembah Allah, baru dia tahu rupanya solat, sangkanya senaman ala ala yoga.

Kemudian Mat saleh tu Tanya:

“Kenapa susahkan diri solat area macam ni? Kenapa sebelum bertolak tadi, terus solat siap-siap, minta pada Tuhan, dan teruskan perjalanan tanpa perlu berhenti solat lagi? Kenapa tak macam tu? Kenapa nak berhenti solat di tepi jalan?”

Maka sahabat saya ni cerita, dalam kita berdakwah.. ilham datang menjawab ni tiba tiba boleh muncul, maka jawabnya:

“Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan jasmani, dan satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui makanan dari tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast), Kudapan (Brunch), Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi (Supper)..,

..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak jika pada waktu pagi, sebelum pergi kerja, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan, Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas, sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu yang tertentu baru jasmani kita kekal sihat sejahtera!..

... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang ditetapkan seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari, Solat Asar di waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu Supper, lima kali sehari! ..

.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan rohani, maka jiwa akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes bunuh diri kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

Panjang lagi Hamba Allah ni jawab setiap persoalan dari mat saleh itu, dan hujung cerita, beliau akhirnya masuk islam.

Subhanallah! Hidayat milik Alllah, dalam ketaatan solatpun boleh membuka pintu hidayat.

Maka kepada mereka yang jiwa gelisah tidak tenang, sudahkah kita baiki waktu solat kita awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan dengan jiwa yang khusyuk? Sudahkah?

Atau kita sibuk dengan waktu makan hingga solat lengah lengah lepas tu stress sebab badan gemok, solat pulak tak khusyuk, aduh…

Gemok badan semuanya akan jadi makanan ulat, sedang jiwa dah lama kurus kering sebab solat lengah lengah.. nauzubilah.

Pernah fikir tak? Ada orang waktu makan kat kedai malu sorang sorang, nak jugak ajak kawan kawan teman makan secara berjemaah, tapi bab solat sorang sorang boleh pulak, lepas tu stres. Adohai..

Semoga kita semua dapat solat awal waktu, tempat azan di azankan, secara berjemaah ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Amin.

Semoga Woha sampai syurga

 

1 comment:

michelle said...

ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q