Sep 15, 2020

Kisah penulis lapar?


Dua tiga hari ni kecoh isu penerbit tak bayar Royalti, alamak? Teruk ke jadi penulis?

Maka saya sebagai penulis 12 buku nak bercerita kisah penulis yang ada waktu kenyang, banyak waktu lapar, dan kadang kadang kebuluran.

Semoga tulisan ini dapat dijadikan pedoman hidup, atau sebagai rujukan, atau batu loncatan, atau batu yang di baling laju ke permukan air lantas dipuji kerana melambung lambung tiga percikan lalu tenggelam dan nobody care.

Nasihat pertama, bagi mereka yang nak jadikan kerjaya menulis ini sepenuh masa:  tengoklah siapa penerbit anda, dan siapa kerajaan memerintah zaman tu, jika dapat kerajaan mesra buku, dan penerbit yang telus. Alhamdulillah.

Jika dapat kerjaan yang dalam pembentangan bajet kau search perkataan “buku” tak ada, dan dapat pula penerbit yang tak takut rohnya tergantung di langit kerana berhutang dengan penulis, atau tipu bilangan jualan agar royalty rendah, maka bersiap sedialah untuk rebus buku dan hisap dakwat.

Alkisahnya, awal menulis dulu, buku saya semua direject penerbit, sebab katanya tulisan saya tak sesuai dengan zaman ini.

Tapi saya tak putus asa, buku pertama saya PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, pinjam duit kawan kawan RM10 ribu cetak sendiri.

Alhamdulillah, setahun, habis terjual. Tapi penat dan puas hati sebab dapat bayar hutang namun masa menjual lebih banyak dari masa menulis buku baru, maka saya dah tak nak terbit sendiri.

Maka buku kedua saya, ada Penerbit datang tawarkan, iaitu kompeni TERFAKTAB MEDIA, judulnya KAMAR SUTERA.

Laku keras katanya, buat cetakan baru dengan dua Cover berbeza.

Dengan TERFAKTAB ni, saya buat lima buku, selain KAMAR SUTERA, buku saya berjudul SEMUSIM DI SYURGA (laku hingga ada dua cover) SEMUSIM DI NERAKA (habis di pasaran) dan KISAH HANTU TERAKHIR. (ada 10 bijik lagi,)

Royalti Alhamdulillah, di bayar ikut bilangan buku dijual, setahun sekali, atau setahun dua kali, jika saya beli sendiri ada diskaun 50%, dan pernah kompeni ini taja saya dan isteri melancong ke Bandung.

Dapatlan naik gunung berapi dan main indoor game di transbandung!

Namun, pelango tak selalunya berbelang. Kompeni ada masalah, dan dah tutup, lalu Karya saya di serap ke WRITE and BRAVE kompeni baru tapi Nampak gaya tiada cetakan baru untuk karya saya. Hu huh u.

Baik, Syarikat kedua yang lamar saya adalah KARANGKRAF, dijadikan penulis indie pertama bawah penerbitan BUKU POJOK, di Karang Kraf, saya tulis buku KISAH LAKI BINI yang mendapat best seller, jualan sampai lima angka, dapat naik pentas bersama Ramlee Awang Murshid terima Anugerah. Alhamdulillah. Pernah juga di bawa Karangkraf jalan -jalan ke Sawarak dan Sabah.

Selain KISAH LAKI BINI, saya menulis KISAH ANAK BINI, SATU, dan MENGETEH DI KUBUR AYAH.

Sistem Royalti di Karangraf sangat tersusun, jualan buku dinyatakan, dan Royalti akan di bayar ikut jadual. Masih mendapat royalty walau dah tak banyak, faham factor ekonomi, dan Hingga sekarang buku saya under KarangKraf masih dijual diseluruh negara, boleh tegur jika jumpa, dan jika tak jumpa boleh mesej saya untuk beli. He he

Syarikat ketiga yang lamar saya, adalah TARBIAH SENTAP, dan saya menulis buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA.

Cetakan pertama 10 ribu unit, dan habis! Saya rasa the best penerbit forever dari segi royalti dan kontrak adalah TARBIAH SENTAP, jualan buku dijual kepada penulis sangat tinggi diskaun, dan rasanya Royalti paling tinggi saya terima adalah dari Kompeni ini, di bayar Royalti dulu,  walau buku tak habis dijual. Perghhh Dahsyat! Kontrat habis tempoh pun sedap termanya!

Zaman tu zaman kaya lah jugak, zaman penulis kenyang!

Kemudian saya di lamar oleh Dubook, saya tulis AKU ALMOND LONDON DAN GAY, dan saya akui pernah terima royalty sekali, lepas tu membisu, saya follow up balik (dan lepas betahun tahun membisu) dua tiga hari lepas, mereka kata dalam proses, saya tunggu sahajalah. Semoga mereka Berjaya dengan janji terkini mereka, Amin.

Terkini, saya dilamar PTS bawah penerbitan Puteh Press, dengan karya KERANA DIA ANAK SYURGA, baru setahun buku itu, Alhamdulillah dah dapat royalty pertama dan mana mana kedai buku saya pergi Nampak jer buku saya ada atas rak. Rezeki anak OKU Autisme saya ni, Alhamdulillah.

Dan sisi gelap, bukan semua karya saya diterima, KISAH PEMBUNUH DAN TAKDIR, masih diperam oleh sebuah penerbitan, TEKA TEKI ISLAMIK, ditolak, dan terbaru saya buat KISAH MUALAF BERCAKAP DENGAN KUCING dan sedang tunggu jawapan dari penerbit baru anak muda, kita tengok hasilnya.

Jadi jika bertanya, kenyangkah jadi penulis?

 Untuk saya jika saya menulis sahaja, maka saya akan kelaparan, sebab royalty ni dibayar setahun sekali. Dah dapat terus bayar hutang.

Zaman mewah adalah zaman baucer buku, memang penerbitan tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Jadi saya bukan full time menulis, buat macam macam kerja jugak, jual tanjak, tolong kawan jual ebook, buat kursus penulisan, buat homestay (tak menjadi dah tutup), dan macam macam lah, tapi saya tetap menulis sebab seronok menulis.

Pendek kata, Nak jadi kaya dengan menulis ni belum rezeki saya, tapi Alhamdulillah bersyukur dengan segala nikmat.

Jadi pesanan saya kepada semua penerbit yang ada hutang dengan penulis, bayarlah, sebab si mati syahid, patut masuk syurga tanpa hisab, namun rohnya tergantung sebab ada hutang, maka apatah lagi kita semua yang banyak dosa,

ingatlah roh yang tak boleh dipegang... Nampak macam boleh lari sambil terbang tapi kuasa Tuhan, mampu di gantung roh kita, mana kau nak lari wahai roh? Adohai..

Akhir kata, terima kasih kepada semua penerbit yang sudi terbitkan buku saya, Terima kasih yang bayar royalty buku saya,

Juga Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi beli buku saya, dan kepada yang nak beli lagi, stok yang ada, Semusim di Syurga, Hantu Terakhir, Kisah LAki Bini, KIsah Anak Bini, Mengeteh di Kubur ayah, Kerana dia Anak Syurga. http://www.wasap.my/60199117163 Nak Beli tanjak pun boleh jugak, hehehe.

Last! Semua ini akan menjadi kenangan, izikan buku aku terselit di almari rumahmu, memerhati kehidupanmu dan tiba tiba kau menoleh melihat bukuku, sambil masing masing: kagum dari jauh.

Woha!

#hamkakeretamayat

1 comment:

Syaz Rahim said...

saya pun ada 1 copy buku ni :)