Jul 9, 2020
Masjid yang di rindui?
Syukur Alhamdulillah, Masjid Sri Petaling, tempat kluster
terbesar covid 19 dah berkahir setelah 4 bulan di kuaratin.
Saya lambat tahu tentang kewujudan masjid ni, di waktu zaman
UMNO dan PAS bergaduh saling kafir mengkafir, saya yang masih remaja memilih
menjauhi belajar agama sebab pergi majis mana mana, banyak ceramah politik
cerita aib orang.
Hinggalah satu hari waktu belajar di IPTA Kelantan, kawan
ajak pergi masjid Sri Petaling, beriktikaf 3 hari, naik bas free sebab ada
orang tak jadi pergi. Saya pun on. Masa tu tahun 1998.
Dan di masjid itulah saya melihat Allah di sembah dengan
cara yang paling layak Allah di sembah.
Solat subuh penuh macam solat Jumaat setiap hari, waktu rukuk,
orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi
orang macam ni?
Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk
sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah
bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak
esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.
Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan
Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air
mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu
dalam mengembangkan agama.
Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan
kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam
talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu
adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)
Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid
tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan
tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.
Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada
lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap,
ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,
Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis
teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang
nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi
lebah sedang terbang.
Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul
lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita
berhamburan air mata.
Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang
yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak
di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang
wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas
tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka..
oh insaf. Ni menangis ni wahabi jika tengok!
Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam
datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa,
mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor, professor, jurutera, artis
dan ramai lagi lah, terkejut tengok orang boleh enjoy hidup macam orang kafir
tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!
Itu belum cerita kisah Mualaf masuk Islam bila jumpa puak
puak dakwah ni, panjang nak cerita bang
Pendek cerita, Bila nak balik, saya cari tabung derma nak
bagi sedikit sumbangan sebab dah guna api air kan, tapi masjid yang besar tiga
padang bola tu, tak de tabung derma! Saya Tanya kenapa? Katanya, jangan harap
pada makhluk! Habis tu siapa bayar bil elektrik dan api?
“Allah bayar!”
Ringkas cerita, masjid Sri Petaling yang tiada pintu, tapi
ujian Allah segala boleh berlaku, telah di tutup dengan pagar kat luar sempena
Covid 19, namun empat bulan kemudian, pagar itu kini dibuka.
Jemaah Sri Petaling yang selalu keluar berdakwah 4 bulan,
telah di rehatkan selama 4 bulan, dan InsyaAllah “pintu masa” akan kembali
terbuka, dan dapatlah kita lihat orang tidur asas pelepah tamar sebijik macam
zaman Nabi dulu!
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah tamat sudah kluster tu, stay safe!
Post a Comment