May 24, 2020
Solat Raya di rumah?
Kenapa kena solat raya walaupun di rumah? Benda sunat jer
kot.. tak payahlah susah susah.
(Baca sampai post credit, ada kejutan untuk yang tidak mahu
bersolat raya)
Relax bro? Sabar. Jangan ambik keputusan tak nak solat raya
dulu.
Kita dah berpuasa sebulan sepanjang siang dan sudah
bertarawih sebulan sepanjang malam maka kemuncak amal adalah solat sunat hari
raya di pagi. Best part ni!
"Tak buat tak apa kot? Bukannya dosa"
Bro...buat dapat pahala sempurna sebab sunat muakad. jika
tak buat rugi sangat sangat walaupun tak dosa.
Korang tahu tak? Dalam hadis cerita pada pagi hari raya
Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat dibumi yang ada
orang islam Lalu mereka akan menyeru umat islam untuk pergi solat raya dan bagi
tahu ada hadiah besar menanti lepas dengar khutbah raya.
Masa tu dada kita lapang dan berbunga bunga sangat tapi
tahun ni PKPB tak boleh solat di masjid. Hu hu
Tapi takpe, kita buat solat raya di rumah. Mulakan dengan
mandi sunat hari raya, pakai baju baru, wangi wangi sikit dan sarapan sedap
sedap. Lepas tu dah kenyang kita duduk bertakbir di ruang solat.
Tahun ni tak de bimbang tertinggal solat sebab imam cepat
kerana kitalah Imam. Haha.
Jam 8 ke atas dah boleh start solat.
Semua dah siap? Ayah jadi imam. Dua rakaat sahaja iaitu 7
takbir rakaat pertama, dan 5 takbir rakaat kedua.
Siap solat ayah kena berkhutbah sambil berdiri dan pegang
tongkat.
Rukun khutbah ada lima sahaja iaitu (1) Memuji Allah,
kemudian (2)Selawat ke atas Nabi, lepas tu (3)pesan supaya semua ummat islam
bertaqwa, lepas tu khatib ada (4) baca beberapa ayat Al-Quran dan akhir sekali
Khatib (5) berdoa kebaikkan untuk semua orang islam.”
Sunat jugak sebelum khutbah pertama takbir 7 kali.
Kemudian berkhutbah sambil berdiri
Lepas tu duduk berdoa dalam hati ramai ramai.
Sambung khutbah ke 2, mulakan dengan takbir 5 kali dan
ending khutbah doa ramai ramai, menangis lagi bagus.
Waktu kita khusyuk berdoa tu, sama sama renung sebuah hadis
yang ada bercerita bahawa waktu kita solat hari raya Allah akan bertanya kepada
para malaikat,
“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah
menyempurnakan kerjanya?”
Para malaikat akan berkata,
” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah
disempurnakan ganjarannya.”
Lalu Allah berfirman,
“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai
malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai ganjaran
puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”
Lalu malaikatpun bergembira.
Kemudian Allah akan berfirman kepada semua manusia waktu
berdoa lepas.solat raya:
"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu
daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat
melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia
yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu.
Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama
mana sengkau mengingatiKu.
Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu
dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.
Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku
tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah
reda dengan kamu.”
Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka
dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah
selesai solat hari raya.
Kita pun dah habis solat raya bergembiralah sambung makan,
ziarah saudara mara, selfie? Video call, FB live, dan enjoy hidup sebagai
muslim.
Kenapa enjoy? Sebab kita sedar janji Allah iaitu selepas
solat hari raya aidilfitri, bahawa semua orang islam yang berjaya berpuasa dan
bertarawih telah di ampunkan segala dosa-dosanya dan menjadikan mereka dalam
keadaan ‘fitrah’ yakni suci dari sebarang dosa dan noda…
Maka ucapan selamat hari raya aidilfitri benar benar di
rasai firrahnya.
Alhamdulillah.
Ok, sampai sini dulu coleteh saya, nak pergi pinjam tongkat
khutbah jumaat kat masjid, baru feel khutbah tu sampai
Woha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Post credit.
(Syaitan terlepas dan tersenyum sebab ada sebelas bulan
untuk mereka menggelumangkan manusia dengan dosa lalu menjerumuskan kita semua
ke lembah neraka..)
.
.
.
Bersambung... Puasa enam Strikes Back! Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Alhamdulillah
Wak tersenarai solat raya berjemaah di surau
Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome
Taniah Wak
Salam Syawal cikgu zim dan semua
#stayhome
Star wars sangat..
Promo ramai & Banyak bonus chip di Situs Poker Anapoker, Games Ceme-Poker-Capsa10 & Banyak Jenis games lainnya
Segera GABUNG Sekarang juga di Situs Poker Online Anapoker Situs Games Poker Online Terpercaya di Indonesia
Contact Anapoker Sekarang juga
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128
Promo Bonus Untuk Member Baru AgenS128, Casino IDNLive :
Freebet Casino Online
sbobet alternatif
Freebet Casino Online Terbaru IDN Live
link sbobet
sabung ayam online
adu ayam
casino online
sabung ayam bangkok
ayam laga birma
poker deposit pulsa
deposit pulsa poker
deposit pulsa
deposit pulsa
deposit pulsa
Post a Comment