Feb 9, 2020

Siapa paling betul agamanya?


(Penyokong mazhab dan wahabi berdebat, siapa paling betul?, siapa paling Tuhan sayang?, ahli maarifat dan hakikat pun turut berdebat. Siapa paling benar? sebab semua dakwa mereka betul, jadi siapa yang betul?)

Al kisahnya ada kawan saya berhujah lebih sokong kepada wahabi sebab niat dia nak hapuskan amalan bidaah, kerana amalan bidaah boleh ke neraka, tapi kawan saya tu tak ada lah nak kafirkan penyokong mazhab, Cuma tak puas hati dengan cara ulamak tua ajar agama, dia lebih prefer kepada ulamak muda.

Ok, oleh sebab dia bekerja di hospital, bila tiba giliran saya pulak berhujah, maka saya buat analogy mudah, kata saya:

Dalam dunia ini, ada ramai orang dakwa boleh rawat pesakit yang sakit, kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti sains, kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy, kita juga ada Ustaz yang dakwa boleh rawat penyakit guna perubatan islam,

kita juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai penyakit, kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.

Masing masing mengaku mereka paling hebat dalam menyembuh pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling handal berubat, dalam allopathy ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional pun ada pakar petua nenek moyang,

semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan mana yang korang akan pilih?

Ada orang akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka yang anti dengan Allopathy, anggap allopathy adalah senjata sulit yahudi lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa ustaz,

Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila denggi dan yang best, ada yang ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan allopathy di hospital (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)

Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah, penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..

Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada hujah, masing masing boleh bagi testimony, tapi saya, dengan guna akal dan fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada allopathy, sebab mereka gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat pesakit.

Lagi satu hujah saya yang penting adalah, hari ini, jika ada orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance Homeotahy?

Tak adanya!, selain allopathy yang mana seluruh dunia, akan ada Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.

Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia, tak mampu semaju dan secanggih Allopathy, masing masing tak bersatu dan tak ada ambulance! Mereka tak bersidang macam geng Allopathy buat. Mereka boleh sembang boleh rawat semua penyakit, cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka, tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada sistem yang baik.

Jadi saya pilih allopathy sebagai cara ikhtiar merawat penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagi satu.. oleh sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Jadi saya on dengan perubatan cara allopathy macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh dunia.

Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit jantung, pergi berubat di IJN, sebab Dr Harun Din tahu, allopathy adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.

Jadi balik kepada debat Penyokong mazhab dan wahabi, atau debat antara sunni dan syiah, atau pas dan pan, atau umno dan bersatu, atau mana nama kefahaman pun, walau masing masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat berhujah. Kita rujuk kes yang sama macam allopathy tadi:

Iaitu: Saya lebih suka merujuk kepada fahaman agama yang ada ‘ambulance’, bukan sembang kosong. “ambulance” di sini adalah merujuk kepada fahaman agama yang sanggup keluar berdakwah dan kutip ummat di jalanan lalu di ‘rawat’ di masjid. Sebab inilah cara Nabi dan sahabat buat, pergi dakwah rumah ke rumah, pintu ke pintu, dan ajak manusia kepada Allah.
Bukan sembang kencang macam Tok Bomoh, tapi bila orang eksiden, buat tak tahu..

Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, akulah wahdatul wujud Bersatu dengan tuhan, akulah pengamal hadis soheh dan pemegang sunnah sejati, tapi bila mat rempit merempit, bila umat tak solat, bila umat buat maksiat, siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Korang tak mampu kutip mereka sebab tak mampu dakwah mereka atau bagaimana?

Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada allopathy, sakit simple korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.

Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja, ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat bertatoo, siapa nak dakwah?

Siapa nak keluar berdakwah macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?

Siapa nak selamatkan ummat macam Nabi dan Sahabat buat?

Siapa?

Jadi kepada sipendebat penyokong mazhab atau wahabi, atau siapa siapa pun anda, nak tahu siapa betul? jom kita keluar berdakwah, mulakan dari jiran jiran korang, ajak mereka ke masjid, ajak mereka kepada Allah, yang tak pandai solat, ajar mereka solat, sama sama imarahkan masjid, sama-sama kita berdakwah.

Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.

****
Malam semakin larut, kawan saya mengaku boleh sembang bab agama berjam jam, tapi nak pergi berdakwah 15 minit jumpa mat rempit dia tak sanggup, akhirnya kedai dah nak tutup, masing masing pulang dengan azam nak belajar jadi ambulance-InsyaAllah

Akhir kata: Jadikanlah dirimu ‘ambulance’ sebelum keretamayat datang ambil kamu. Pesan pada diri sendiri.

Sekian. Puas hati.

Woha!

Ps: Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz, golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap diri sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam

5 comments:

Anonymous said...

Menelusuri ayat ayat Quran dan Hadis, golongan yg selamat adalah org org yg bertaqwa, golongan muttaqin. Muttaqin itu sempurna syariatnya, sempurna imannya, sempurna akhlaknya. Yg tak sampai derjat taqwa, belum terjamin keselamatannya.

Anonymous said...

Barang ni dah terlalu lama selesai.. Nama kelompok tu ahlsunnah waljamaah insyaAllah.

Anonymous said...

Allah telah takdirkan kita dapat lihat apa akibatnya jika kita tidak ikut ape yg ulamak terdahulu(ahlusunnah) dah selesaikan(wariskan).. Apakah tidak dapat kita tengok Sesiapa yg x masuk dalam kelompok ahlusunah nescaya dia terbabas menyalahi Allah dan rasul insyaAllah.. Apa yg Allah kata boleh dia terbabas kata x boleh..hukum yg masih tidak menyalahi Allah dan rasul dia terbabas kata perkara itu telah menyalahi Allah dan rasul..hukum yg x syirik dia terbabas kata syirik.. Hukum yg masih x menyalahi nabi saw dia hukum sebaliknya.. sangat jelas dan nyata jika diperhatikan..
Jadi duduk didalam ahlusunnah ini besar nikmat dah walaupun kita bukan orang yg hebat didalamnya tapi memadai la membentengi kita tidak la sampai ke tahap terbabas menyalahi Allah dan rasul insyaAllah..tahap paling teruk ni pun Sangat besar nikmat dah tu insyaAllah..
Mudah2an baik2 aja.

Unknown said...

Pujuk setiap lapisan umat Rasululloh s.a.w. makmurkan masjid2 surau2(lelaki2)rumah2 (kanak2 wanita2) min 5 syif 8jam-24jam, belajar hidupkan amalan sahabat Muhajirin&Ansor r.anhum. bantu agama Rasululloh s.a.w.

Iqbal Abu Samah said...

Carilah dr jiwa