Feb 10, 2020

Rahsia ilmu Tasauf?


(Baca sampai habis tak boleh langkau)

Bila kita cerita bab ilmu tasauf, kebanyakkan orang akan terbayang di kepala mereka akan pendekar wali wali yang mempunyai ilmu keramat tertentu, seperti boleh jalan atas air macam labah labah atau boleh menyelam tak timbul timbul , atau boleh terbang macam burung atau juga boleh ghaib macam malaikat

Kemudian terbayang lagi bahawa ahli tasauf adalah ahli Hakikat, Tarikat, Makrifat, yang mengamalkan zikir zihri dan zikir qulbi, ada tasbih yang berjumlah seribu ke atas, sentiasa bersuluk dan mencapai makam khasyaf sehingga boleh melihat alam ghaib dan juga suka merahsiakan ilmu kepada orang awam dalam mujahadah mendidik tujuh nafsu menjejak cinta ilahi.., begitu lebih kurang…

Lalu saya di tanya orang, cik hamka macam tu ke? Cik Hamka ada ilmu Hakikat, Tarikat, Makrifat tak?, ada amal zikir zihri dan zikir qulbi tak? Atau cik hamka pergi tak bersuluk? khasyaf tak cik hamka? boleh jalan atas air macam spider tak?, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam mentibang laut tak?, atau boleh terbang macam cicak kubing tak?

Tengok! Asal cerita pasal tasauf, korang terus merujuk kepada wali, atau bercita cita nak jadi wali, gua memang wali wa cakap lu, gua wali anak perempuan gua bila nak kahwin nanti lu semua dah tahu..

Ok, dalam kita agungkan wali, jangan lupa taraf mereka para wali lebih rendah dari taraf Nabi dan Sahabat… kena faham tu, dan kita diperintah untuk ikut jejak langkah Nabi dan Sahabat, yang mana para walipun kena ikut mereka.. iaitu Nabi dan Sahabat berdakwah, maka kita semua wali wali anak perempuan ni juga kenalah berdakwah.

Kadang ada orang bila bercerita tentang wali yang duduk bersembunyi dalam hutan, tak kahwin, berzikir siang malam, puasa makan bertih konon seolah olah darjat wali ni lebih tinggi darjat dari Sahabat Nabi yang hidup berumah tangga, solat Jemaah, mengajar di masjid, berdakwah dan macam macam. Jadi dalam kita ghairah nak cerita kisah wali, jangan lupa cerita kisah sahabat Nabi.

Ingat tak, Zaman nabi dulu dah ada tiga orang hamba Allah yang jumpa nabi dan bila tahu amalan nabi amat sikit berbanding mereka, terus hamba Allah ni perasan bagus, sambil berbangga dengan amal masing masing, sempat mereka berkata:, kami solat malam tak tidur-tidur, kami puasa setiap hari, dan kami beribadat pada Allah tak kahwin-kahwin..

Lalu Nabi Muhammad SAW tegur mereka, sambil mengaku bahawa Nabi solat malam dan tidur jugak, Nabi berpuasa dan berbuka, dan Nabi kahwin lebih dari satu, last sekali, nabi cakap, siapa yang tak ikut saya, BUKAN UMMAT SAYA!
Faham?

Jadi amalam tasauf yang korang imiginasikan dengan merujuk kepada ahli zikir tarikat dan para keramat, dan tuduh saya tak amal tasauf adalah silap, sebab maksud tasauf itu bukan begitu yang saya faham..
Jadi, apa itu tasauf? Nabi ada ajar sahabat ilmu tasauf tak?

Baik, kita akan bincang slow-slow bab ni, Sebelum tu saya nak petik dulu satu kisah yang popular di kitab kitab zaman berzaman sebagai rujukan dalam memahami ilmu tasauf.. mudah-mudahan…

Bermula al kisah, pada zaman dahulu kala, ada cerita tentang 3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.

Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.

Pemuda pertama doa dengan bertasawul pada amalan dia yang tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.

Pemuda kedua doa dengan bertasawul pada amalan dia yang tak menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.

Pemuda ketiga doa dengan bertasawul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap dalam gua.

Apa yang kita faham dari cerita ini?

Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-

1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.

2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga maruah.

3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus.

Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..

Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan yang berdiri teguh setelah di sokong oleh landasan/basement yang kukuh, atau seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.

Soalannya sekarang, dari mana datangnya landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?

Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung, manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak manapun, baca al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam bumi, seperti
landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama..

Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.

Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina, kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.

Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?

Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hokum, habis dunia rosak..

Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, Allah nak bagitau pada kita bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, faham tak?

Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang halal, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!

Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, ada yang nak bina senjata, nak bina teknologi, nak boikot sana sini, nak menyanyi dan sertai parti shok sendiri,

tapi mereka lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..

Faham?

Kita kena betulkan 5 rukun islam, baru 3 perkara iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT jadi betul dan selesailah segala masalah didunia dan di akhirat..

Dah sebagai peringatan, sekiranya korang dah sempurnakan 5 rukun islam, tapi derhaka pada suami, atau mak bapak, tetap masuk neraka, atau dah bagus rukun islam yang lima tapi berzina atau makan rezeki yang haram, semua akan bawa kepada jalan masuk nereka, sebab tu kita selalu dengar pesanan ustaz:

Mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika… AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT tak betul, tapi dah tentu ketidak betulan akan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah berpunca dari Rukun islam yang di tunaikan dengan cara yang tidak betul.. faham?
Habis tu hamka, apa kena mengena cerita kau dengan tasauf?

Laa, saya lupa, punya panjang intro, baru kita pergi pada tajuk entry.. baru intro jer tu..

Ok, Senang begini, saya tahu benda ni banyak pecahan, tapi sebab nak bagi mudah faham, saya pecahkan pada dua sahaja, iaitu, dalam bab kita belajar ugama, ilmu ni kita bahagi kepada dua:

Satu: Ilmu FEKAH.
Dua:. Ilmu TASAUF

Maksud Ilmu FEKAH, atau Ilmu MASAIL, atau Ilmu SYARIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU
UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA, seperti Ilmu Hukum-Hakam, Sah-Batal, Sunnah Bidaah dan yang sewaktu dengannya..

Atau senang cerita: Ilmu FEKAH adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA.

Manakala, Maksud ilmu TASAUF, atau Ilmu MAARIFAT, atau Ilmu HAKIKAT, atau ilmu ROHANIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MERASAI ADAKAH AMAL SUDAH DI TERIMA ATAU TIDAK. Yang mana Ilmu ini bermula dengan membetulkan niat dan berakhir dengan mencapai darjat Ehsan iaitu dapat melihat Allah lalu gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat..

Atau senang cerita: Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah.

Faham?.

Ramai orang yang belajar ilmu bab syarat amal di terima tapi tak ramai yang nak belajar ilmu bab amal yang melayakkan untuk di terima. Sebab ilmu ni berkaitan dengan benda yang tersembunyi seperti hati nak kena jaga, pakaian nak kena jaga, makanan nak kena jaga, tempat berdiri nak kena jaga, dan banyak cabang serta pecahannya, namun yang asas adalah merujuk kepada niat dan sejauh mana cara Nabi di hubungkan….

Dan untuk ilmu fekah, ramai orang tahu amal kita sah atau tidak, boleh rujuk kitab dan ustaz, tapi dalam bab ilmu tasauf, hanya korang dan Allah yang dapat tahu mana amal yang di terima, dan mana amal yang di tolak.. dan inilah jalan takwa.., akan timbul rasa takut dan harap di hujung setiap amalan.. dan akan timbul niat untuk baiki amal dari masa ke semasa, dan akan wujud ghibtah kepada mereka yang sempurna amal, serta akan wujud kasihan kepada mereka yang belum mencapai amal, begitu lebih kurang.., benda ni payah nak cerita, tapi gitulah bunyinya setakat yang saya paham..

Sebab tu dalam kitab kita boleh jumpa ungkapan seoarang alim yang berkata bahawa saya tahu mana doa yang di terima iaitu apabila hati bergetar, air mata mengalir dan badan menggigil dan hubung kait akan bagaimana para sahabat Nabi yang tahu amalan mereka diterima melalui qabulniat, yang mana mereka gunakan amal untuk selesaikan segala masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat...

Banyak cerita dalam rentetan sejarah perihal mereka-mereka yang tahu amal mana yang diterima atau tahu bagaiamna amal itu layak diterima lantas gunakan amal itu untuk selesaikan masalah, macam kisah Saidina Ali dan pengisar gandum, kisah sahabat hidupkan keldai, atau kisah sahabat yang mendapat air telaga kausar, atau kisah tentera islam berkuda yang berlari atas air, dan beribu lagi rentetan sejarah yang menunjukkan para sahabat menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal yang mana disinilah ajaran tasauf di kenali sebab benda ni nampak macam keramat sedang ia adalah nusrah Allah kepada ummat akhir zaman yang dapat merasai amal mana yang di terima dan guna amal itu untuk selesaikan masalah, inyAllah..

Sama macam kes kisah pemuda dalam gua di atas, yang tahu amal itu layak di terima, lalu guna amal itu untuk keluar dari masalah, lantas pintu gua terbuka kerena mereka telah guna AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT yang betul.., kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan cara yang disukai Allah..

Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?

Kerana, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT dah rosak, yang derhaka pada suami dan mak bapak, orang islam kitalah, yang berzina dan makan rasuah, orang islam kitalah, dan kenapa semua jadi lagu tu?, sebab kantoi rukun islam yang lima, kalimah tidak diperbaharui dengan banyakkan dakwah, solat pulak dilengahkan, puasa sebab suasana, zakat tak bayar, pergi haji sebab nak selfie dan sebagainya..oh oh..oh..

Lepas tu nak pulak korang mengaku dah belajar TASAUF?
Hampeh seribu kali!

Panjang saya nak cerita, tapi sebab buah cempedak di luar pagar dah habis dijolok, sampai sini sahajalah, bertemu lagi kita lain kali jika belum jadi mayat,

*****
Eh, Hamka!, nak ke mana tu?, pintu gua ni siapa nak bukak?
Kau suruhlah kawan kau sembang berapi hakikat syariat tu yang bukak, merekakan ada keramat..

Lalu saya beredar dengan sangkaan yang baik, eh, saya nak kemana?, pintu guakan sedang tertutup..isk,isk…

Niat enson mata karji semar ngiseng!

Woha!

Ps: Maka 'terperangkaplah' saya dan korang semua dalam ‘gua’ ini kerana kita semua masih fail bab akhlak, muamalat dan munakahat, akhir kata: jom jaga solat Jemaah dan jom lah kita berdakwah!

5 comments:

Anonymous said...

Tuan Pakaila rumus2/syarah2 dr ulamak2 sufi ahlusunnah tuan..Dah tentu rumus/syarah mereka bersanad tuan.. Apakah yg menjadi halangan kepada tuan sampai tuan rumus syarah sendiri,pasal tasauf pulak tu masyaAllah hehe,Tuan tau x orang belajar tasauf supaya sekali2 mereka xkan melintas garis ketuhanan,bahkan sampai "mabuk2" sebab hanya "nampak" penciptanya saja.Dia bukan belajar utk merasai/memastikan amalan mereka diterima ke x,amalan mereka diterima ke x itu bukan kerja mereka tu.lg 1 tuan,tuan "melihat" tasauf dari "bahasa feqah".tuan tau x itu kerja wahabi biasanya tuan hehe.Feqah dan tasauf itu x bersalahan.Namun jika tuan melihat tasauf pakai "bahasa feqah" nescaya tuan akan marah2 dan terbabas sendiri mcm mereka juga insyaAllah..Sebab tasauf itu "bahasa cinta"..tuan tengok imam syafie lafaz "aku x layak ke syurgaMu,Namun x sanggup pula kenerakaMu" .. "Mengamok" wahabi tuan Hehehe.sebab mereka "melihat" tasauf pakai "bahasa feqah"..kaedah tuan "melihat" tasauf tu pun pakai "gaya" wahabi tuan.

Anonymous said...

Wahabi ni tuan biasanya kalo tuan sembang ngan dia Tuan jgn sebut "keramat" ke "yaqazah" ke ngamok dia tuan.. Dia x belajar sifat 20..dia x tau Allah ada sifat jaiz.. Marah dia. Dia pun marah org belajar tasauf not tuan.. Sangat marah..walaupun dia tau hukumnya wajib..dia seolah2 mcm baru lahir semalam.. Dia x tau yg kalo dinamakan belajar ni pegi 100 orang yg berjaya mungkin 50 org.. Belajar ape pun gitu.. Pegi sekolah pun gitu.. Pegi beribu yg berjaya 10 org mungkin.. Tapi belajar@cari ilmu itu sendiri hukumnya wajib.. Dia x mau duduk kat hukum yg belajar tasauf itu wajib@fardhu ain.. Anak kita 5 6 orang g sekolah pun bukan semua berjaya.. Tapi belajar@cari ilmi itu wajib.. Kenapa yg dia marah2 orang lunaskan yg wajib tu yg xdapat dipastikan tu .. Dia terbabas sendiri,Dia marah sampai kata tasaup tu nabi x buat tuan.. Bidaah hehe

Anonymous said...

Belajar ada risiko x belajar pun ada risiko.lagu2 orang yg terbabas masa belajar ni kita sedia maklum la..kalo nak kenal lagu2 dia berbunyi seperi Solat x payah la puasa x payah la..Mcm2 hal hehe,yg wajib dah jadi x wajib lak lepas belajar.lagu2 yg mcm kita dah sedia maklum la.
manakala Lagu2 org yg terbabas sebab x nak belajar ahlusunnah ni@termasuk tasawuf ni pula biasanya kalo nak kenal dia,
Dia cukup sekadar baca,dia baca alquran yg ada cerita tentang sifat2 ketuhanan lepas tu semudah tu dia sombong seolah tidak perlu pada rujukan@bersanad lagi dah.walhal mana nak dapat syarah terperinci tentang sifat2 ketuhanan yg dia baca tu tadi,garis kaedah/panduan dalam nak menyikapinya dsbgnya semua kalo bukan kena telusuri ulamak ahlusunnah dalam bidang akidah iaitu akidah ahlusunnahwaljamaah asyairah maturidiah? Bahkan Ada yg sombong sampai dia tolak sifat 20.dia dapat syarah terperinci tentang sifat2 ketuhanan dlm quran yg dia baca tu td direct dari sahabat2 nabi saw barang kali..walhal dapat direct dari sahabat nabi saw ni nama dia tabiin.. Dia tabiin la kot hehehe..
Lagi lagu2 dia,biasanya selepas dia syarah dan rumus sendiri tentang bab2 ketuhanan maka "wajib" la dia masuk bab nafi isbat pula.. Ha lagi pening dia ganding2 makhluk ngan Allah..bg kita ahlusunnah ni ilmu@kalimah nafi dan isbat tu ialah merujuk kepada kalimah syahadah..bagi kita ahlusunnah,Dalam kalimah nafi isbat tu kita bukan nafi makhluk@manusia@patung@berhala dsbgnya Sebab Allah xda gandingan.jadi nafi kat kalimah tu ape yg kita nak nafi kan tu sbnrnya?kita kena la dapatkan syarah kefahaman kan.. Ini dia bantai mandai2 sendiri dia nafi makhluk@bulan@berhala@matahari semua pastu dia ganding2kan ngan Allah.Dia nyanyi lagu damasutra "nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan".Orng tulis lirik tu suruh sanding kan nafi dan isbat(nafi dan isbat itu terkandung pada setiap makhluk,nafi dan isbat itu tidak berpisah dan tidak pula bersatu)..org suh sanding Dia pisah kan nafi dan isbat tu hehe.nampak panadol dia taruk nafi je kat panadol(walhal ape saja yg kita lihat@makhluk Allah terkandung nafi dan isbat padanya..lepas dia pisahkan nafi dan isbat tu dia gelabah sendiri tengok panadol hehe..yg lagi hardcore, dia gelabah tengok kaabah Sampai org sujud depan kaabah pun dia kata syirik..mereka ni dah la x belajar mereka mengajar orang pulak lagi tau hehe.. Moga baik2 aja insyaAllah.

Anonymous said...

Tasauf-tarekat tu tujuannya nak bersihkan hati, perbaiki akhlak, bukan senang. Salah satu caranya adalah dgn menyibukkan diri dan hati dgn memperbnyk zikrullah. Yg penting, buang ego, buang ujub, buang taasub. Salah satu cirinya para muttaqin, lidah dan hatinya sentiasa zikrullah.

Anonymous said...

Ye benar tu nak bersihkan hati insyaAllah, kalo nak rasai/pastikan amal kita diterima ke x..x keluar la lafaz imam syafiie yg wahabi marah sangat2 tu hehe..Kerja kita terus belajar/berusaha/dan x berputus harapan insyaAllah.."Itu je yg ada" insyaAllah.ulamak ahlusunnah dalam bab tasaup imam ghazali.. Amek la kisah2 pengalaman rohani imam ghazali dan syarah2 ulamak tentang pengalaman tu kan elok tu terus masuk ke subjek tasauf dengan perkongsian yg bersanad.. Imam ghazali tu belajar sifat 20 tu.. Camne kita generasi yg "cool" ni bleh remeh2kan sifat 20 x tau la.. Kita lg paham tasauf dari imam ghazali barangkali ye hehe..