May 24, 2019

Mari Mengumpat Perempuan di Bulan Puasa?

Part1: (Perempuan bodoh di larang baca)

Rapat rapat, aku nak cerita sikit, sejak akhir akhir ni, ramai perempuan komplen dekat wall FB, dekat IG atau tweet tentang hak mereka yang tak perlu buat kerja rumah, katanya masak ni kerja laki, kemas rumah kerja laki, jaga anak kerja laki. Cari duit kerja laki, basuh pingang kerja laki, basuh baju kerja laki, jemur baju kerja laki, lalu buka hadis, konon tak ada dalam hadis suruh bini masak, takde dalam hadis suruh bini kemas rumah, suruh jemur baju dan sebagainyalah.

eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…

Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab, jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam) dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan),

Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat , puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.

Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.

Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?

Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.

Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang kucing kurap masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian tu!”

Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas, jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab bunuh biantang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?

Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, iklas dan istiqamah (wah dah keluar sound arab)

Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.

Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah! Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!

Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, saya baca untuk pesanan kepada diri saya, semoga saya dan korang semua selamat dari azab binatang bisa dalam kubur. Amin…

Okey, dah penat membebel, bini mintak tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap. Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal rumah tangga.

Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri Hal ehwal lelaki!

Woha!

Ps: Bagi Laki yang slow, entry ni bukan suruh korang bantu bini buat kerja rumah, tapi suruh bini yang bantu korang buat kerja rumah. Faham tak? korang tu yang kena buat juga kerja rumah, cuma bila keadaan tak berlaku, tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae, dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi, InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.


Part 2: Wanita tidak bodoh sahaja boleh baca

Ada perempuan tu kan, kat pejabat bertudung bukan main, tapi bila kita pergi beraya rumah dia, boleh pulak keluar hidang air tak pakai tudung, lebih dahsyat, pakai baju terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides with waterproof formula berjenama Revlion.
Kemudian, ada pula mewarna rambut pulak macam buah Naga cicah Coklat siap dengan pekej rambut mengerbang macam hatu kak limah balik rumah.

Solat pula lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil menhampuskan dosa serta merta laksana Father di gereja dengan ungkapan, “kosong-kosong.”

Wah wah wah, meriahnya raya..

Bila bersembang pasti bercerita tentang harta, politik dan hiburan...

“Eh Cah, Kerja kat mana sekarang? Bonus raya dapat berapa?”

"kerja biasa biasa jer, bonus pun RM450 jer"

“anak kau sudah berapa orang Cah, masuk U berapa orang?”

"anak dua orang, gila masuk U, matrix pun tak lepas, eh? cantik baju kau Esah, beli kat mana?"

“Baju I ni sama butik dengan penari latar Aida Jebat you.. beli online jer”

“Cantik nya, eh Esah, Balik kampung berapa hari?, jalan jem tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru”

“Wah, kereta baru ke Cah? ingat ke kereta sewa, hihihihi, Eh Aiyah mana sekarang lama tak nampak?"

"Kesian Aisyah sekarang ni Esah oiii, Kau tau tak? laki si Aisyah tu perangai sebijik macam Ustaz Madi, hidupnya kini terubang ambing, kadang di atas kadang di bawah"

"macam malam jumaat!”

"kikikikikikiiiki"

Amboi sedapnya mengumpat nasib orang macam malam jumaat kadang di atas kadang di bawah, dah takde modal lain nak cerita?

Langsung tiada ciri islamik, itu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas sudah nak mengumpat lebih-lebih sambil beriktikaf sebegini, apa yang saya nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab agama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga!

Maklumlah sudah sebulan berpuasa, sudah sebulan dengar tazkirah, tak kan tidak boleh borak bab agama kot..

Okey, nasihat ni bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun sama dua kali lima, borak pasal politik sokong DAP, pasal hobi yang membazir wang, pasal harta yang dapat melalui hutang, paling teruk boleh pulak bercerita tentang saiz budah dada bini orang apa ke jadah?

Cuba korang rajinkan diri baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, anda akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pula kelebihan membaca tasbih sebelum tidur..,

Ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran, ada sahabat cerita tentang tanam pokok, Nabi cerita tentang pokok di syurga, ada cerita tentang air di kebun, Nabi cerita tentang tujuh sungai di syurga.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, anda boleh semak balik, bila anda berborak dengan kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik , hiburan atau mengumpat tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)
Ada antara anda bercerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di syurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Jom Ubah topik berborak hari raya..

Contohnya:

“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”

Apa sahaja jawapan kawan anda, dengar atau tertidur, maka anda sudah ada modal untuk bercerita bab agama, maka terus masukkkan hadih Nabi atau ilmu ilmu yang anda sudah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?
Atau jika korang sendiri tertidur waktu khutbah raya, boleh juga mulakan perbualan begini:.

“Pernah baca Buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat?’
Woha!

Arghh, malas nak mengumpat sambil berpuasa, maka saya nak pesan, sesiapa yang order buku minggu lepas dan belum sampai, boleh follow up di email keretamayat atau mesej di FB, dan raya lagi seminggu dua ni masih sempat jika nak order buku, maklumlah hari raya nanti sewaktu nafsu nak borak isu dunia membuak buak, lalu kawan korang ternampak buku keretamayat. Ada lah modal sikit nak berdakwah.

So buku dah tak banyak, permata yang hilang, kamar sutera, semusim di neraka dan Menangkap Dajjal dah habis stok dan belum ada niat nak cetak lagi, semuanya dah jadi kenangan.
Maka buku yang tinggal, Kisah Laki Bini, Hantu Terakhir, Semusim di Syurga, Anak bini dan paling latest: Mengeteh di Kubur Ayah-masih ada. (siap tanda tangan jika mahu)

Semoga yang baik mendatangkan kebaikkan, yang buruk jadikan sempadan.

Nasihat saya itu benar, iklan buku juga benar, Selamat mencari Lailatul Qadar.

Woha!

1 comment:

weschairs said...

Yg dok tag pasangan masing masing dlm fb tu la sebenarnya mengaibkan pasangan masing2 tanpa sedar