May 20, 2019

Apa Tujuan Hidup?

(Perenggang 17 sangat mengejutkan)
Baru-baru ni saya ada menonton interview pendaki gunung tertinggi di dunia, Everest (1996 Mount Everest disaster 12 killed)

Tanya wartawan, Jon Krakauer kepada para pendaki: kenapa bersusah payah mendaki gunung ini? Sebab dah ramai yang mati, dan kejayaan mendaki sudah tidak dipedulikan sebab dah ramai yang mampu ke puncak.

Maka jawab pendaki dari jepun, dia target nak daki tujuh gunung tertinggi di dunia, dan sekarang sudah berjaya mendaki enam gunung, tingal satu sahaja lagi, sebab itu dia nak daki gunung ini.

Bagi Wartawan itu, bukan jawapan itu yang dia cari, sebab tak berbaloi nak menggadai nyawa hanya untuk penuhi cita cita tujuh gunung, dan tidak berbaloi itu berlaku apabila pendaki dari jepun itu mati kerana ribut cuaca sejuk sebelum sampai ke puncak.

Pendaki lain, Seorang yang sudah tua menjawab, dia ada gaduh dengan bini sebab terlalu suka mendaki, dan bini suruh pilih antara gunung dan isteri pilih siapa? 

Maka dia pilih gunung Everest, lalu mereka bercerai, beliau ada anak perempuan dan niat mendaki ke puncak sebab nak tunjuk kepada anak perempuannya walaupun ayah sudah tua tapi mampu berjaya mendaki gunung yang paling tinggi di dunia. 

Bagi wartawan, itu bukan jawapan untuk menggadai nyawa, dan pendek cerita, pakcik ini berjaya sampai ke puncak, namun mati kerena tergelincir selepas kekurangan oksigen dan hilang imbangan badan.

Peserta lain pulak mengelak memberi jawapan yang deep dengan menjawab: "because it's there,"

Akhirnya, Beck Weathers, salah sorang yang terselamat dari ribut sejuk di puncak Everest memberitahu jawapan yang memuaskan hati wartawan iaitu, Mendaki gunung adalah terapi untuk dirinya, jika dia duduk di rumah, dia rasa stress, murung, dan seolah olah tiada tujuan hidup, tapi bila mendaki, ketenangan dalam diri datang dan kerana itulah dia mahu mendaki gunung tertinggi dunia.

Beliau terselamat, tapi hilang kedua dua tangan dan hidung akibat reput dilanda ribuk sejuk.

Wartawan itu juga selamat namun mengatakan betapa menyesal mengikuti ekspidisi itu dan pendek cerita, rujuk pada yang mati dan yang hidup, mari kita bincang, Apa tujuan hidup kita di dunia ini?

Adakah setakat nak daki gunung dan mati? Atau apa sahaja alasan korang yang bermakna atau ‘sangat bermakna’ untuk mati?

Straight to the point, Untuk jawab soalan ini, kena jawab dua seolah paling asas dahulu iaitu: Dari mana kita datang sebelum lahir?, dan kemana kita pergi selepas mati?

JIka kita tiada jawapan untuk dua soalan ini, maka tujuan hidup tidak akan dapat di capai maka isilah korang dengan apa-apa yang korang rasa seronok, atau betul, tapi akhirnya, berbaloi tak jika korang sanggup mati dengan daki gunung misalnya? Berbaloi tak?

Berbaloi tak kita bermati-matian mengejar tujuan hidup, namun akhirnya, mati dijalanan dan rupa-rupanya korang baru sedar sudah habiskan hidup dengan tujuan yang salah.

Rujuk Mat rempit yang mati ketika merempit, berbaloi tak?

Rujuk Perompak yang mati ditembak, berbaloi tak?

Rujuk orang yang mati ketika menyendiri dalam hutan berbaloi tak?

Rujuk orang yang mati ketika habiskan masa dengan hobi apa apa sahaja berbaloi tak?

Mudahkan cerita…

Kita sebenarnya terlalu kerdil dan kecil untuk abaikan dua soalan besar itu, iaitu Dari mana kita datang sebelum lahir?, dan kemana kita pergi selepas mati? Jika kita pilih saya datang dari big bang, dan tiada kehidupan selepas mati, maka apa ada pada tujuan hidup? Hanya pura pura bermakna dalam senyuman palsu sebab hidup ini penuh dengan ujian dan semakin lama ujian semakin berat.

Dari muda dan sihat kita akan tua dan lemah, jadi adakah hidup setakat hidup? Dari tua dan lemah kepada sakit dan nazak, apa lagi tujuan hidup waktu itu?

Sebab itu orang yang tak ada jawapan untuk soalan: Dari mana kita datang sebelum lahir?, dan kemana kita pergi selepas mati? Maka mudah untuk stress, mabuk, sesat, dan bunuh diri lalu terpaksa pergi terapi atau cipta kaedah meditasi hanya untuk tenangkan diri yang tak mampu jawab dua soalan tadi.

Jadi akuilah, kita terlalu kerdil dan kecil untuk berhadapan dengan alam semesta yang sudah sediakan jawapan untuk soalan Dari mana kita datang sebelum lahir, dan kemana kita pergi selepas mati? Cuma ego kita nak isi jawapan ikut nafsu dengan kemampuan berfikir yang terhad hingga akhirya maut menjengah dan tertanya tanya: berbaloikah semua ini?

Kita manusia ni memang lemah, mudah lupa, mudah buat silap, mudah stress, maka layakkah kita abaikan soalan tersangat penting ini: Dari mana kita datang sebelum lahir?, dan kemana kita pergi selepas mati?

Untuk itu, pendekkan cerita, dah nama blog ini keretamayat, maka jawapannya:

Kita datang dari Allah (alam roh) , dan kepada Allah kita pulang (alam akhirat), 

Bila dah ada dua jawapan ini maka tujuan hidup adalah sangat jelas, iaitu untuk BERIBADAT kepada NYA.

Firman Allah: Tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadat…

Tapi bukan setakat ibadat macam malaikat di langit, tapi kita melalui ibadat juga dalam bentuk ujian hidup, Allah sendiri bagitahu dalam Al quran, hidup ini adalah siri ujian, sebab itu design manusia ini adalah: Dari muda dan sihat kita akan tua dan lemah, Dari tua dan lemah kepada sakit dan nazak, dan selang waktu dari masa yang semakin sikit kita akan diuji dengan kelaparan, kesejukkkan, kepanasan, ketidak sihatan, masalah masyarakat, masalah cuaca, masalah itu ini begitu begini.

Maka ringkas cerita ibadat kita ada empat penjuru asas sahaja, iaitu untuk (1) Bersyukur dengan semua nikmat, (2) Bersabar dengan semua Ujian, (3) Ikhlas dalam setiap amalan , dan (4) Bertaubat dari segala dosa sebelum maut menjemput kita kerana yang pasti semua orang akan mati.

Simple sahaja tujuan hidup ini, (1) Bersyukur dengan semua nikmat, (2) Bersabar dengan semua Ujian, (3) Ikhlas dalam setiap amalan , dan (4) Bertaubat dari segala dosa sebelum maut menjemput kita.

Saya ulang: (1) Bersyukur (2) Bersabar, (3) Ikhlas dan (4) Bertaubat!

Dan bila bercerita bab ibadat, bukan setakat solat dan puasa sahaja, Ibadat terbagi kepada (4) empat juga, iaitu ibadat (1) tahap haiwan seperti bekerja dan berumah tangga, (2) ibadat tahap malaikat seperti solat, dan berzikir, (3) Ibadat tahap khalifah seperti sedekah, mengajar ilmu dan bantu orang susah, dan akhir sekali (4) ibadat tahap Nabi iaitu ajak orang bukan islam masuk agama islam dengan akhlak dan hikmah. Simple!

Pendek certa: tujuan hidup kita adalah ibadat, maka buat baiklah kepada anak bini dan keluarga juga ibadat, pergi solat berjemaah juga ibadat, tolong orang susah juga ibadat, dan berdakwah juga ibadat.

Jadi bila dah faham tujuan hidup adalah ibadat, maka celakalah orang yang abaikan anak bini, abaikan solat, abaikan orang susah dan abaikan dakwah.

So marilah kita menjadi orang yang paling baik pada keluarga, paling baik pada masyarakat, jaga solat dan rukun Islam yang lain dan tak lupa, jangan abaikan kerja dakwah kita sebab itulah tujuan hidup kita.

Sesunguhnya, mati itu tiba tiba, tapi mati tiada masalah bagi mereka yang faham tujuan hidup sebab tujuan hidup yang betul akan buatkan hari akhirat kita menjadi indah. Amin...

Akhir kata: Nak daki gunung tak salah, saya sendiri pernah daki gunung Kinabalu dan hampir tergelincir, tapi daki gunung orang islam itu lebih bermakna bila di isi dengan (1) Bersyukur (2) Bersabar, (3) Ikhlas dan (4) Bertaubat! Nampak tak?

Dan Daki gunung ini boleh jadi ibadat tahap haiwan jika just nak jalan jalan, tapi ibadat tahap malaikat bila atas puncak gunung pun solat subuh, dan ibadat tahap khalifah bila tolong orang susah (saya sempat sambut tangan pendaki dari cina yang tergelincir) dan Ibadat tahap Nabi bila kita berdakwah (saya sempat ajar sorang pendaki yang tinggal solat subuh dengan cara solat hormat waktu sebab waktu hujan dan kejar masa) 

So tujuan hidup kita adalah ibadah, tapi jangan setakat tahap haiwan dan Malaikat sahaja, biar sampai tahap Khalifah dan Nabuwwah!

Woha!


9 comments:

Sheila Adziz said...

Allahukahbar.... nak jawab tiga soalan tu cukup sukar kalau kita tak kenal siapa kita? tujuan kita dilahirkan ke dunia dan untuk apa kita dilahirkan... tapi diri yang kerdil ini selalu terpesong dgn apa persolan tersebut. Semoga bulan baik ini membawa diri ini ke satu destinasi yang benar kenapa diri ini dilahirkan ke dunia,,, amin... terima kasih atas perkongsian yang membuatkan otak ini berfikir....

Anonymous said...

Bg kita org Islam, semua yg kita buat, semestinyalah boleh jadi ibadah. Kerana "Dan tidaklah Aku (Tuhan) ciptakan jin dan manusia kecuali utk beribadah kpd Ku". Jika tak boleh jadi ibadah, mk samada ianya dosa atau lagho (sia sia). Bg org org beriman, "dan mrk dr perkara yg sia sia mrk berpaling (meninggalkannya)".
Mk apa pun yg kita buat, samada ianya pekerjaan, hobi, suka suka dsb seharusnyalah boleh jadi ibadah.
Jika minat, kehendak dan keinginan, hobi, cita cita kita, tak boleh jadi ibadah, sedang kita sgt sgt menginginkannya, mk itulah antara ujian atas keimanan kita kpd Allah swt.
"Tidak beriman seorg kamu, hingga tunduk nafsunya kpd apa yg aku (Nabi saw) bawa (ajaran Islam)".

Tertingginya derjat seseorg adalah utk menjadi "'abdan syakura - hamba Allah swt yg sentiasa bersyukur", dan "nazaro ila Rabbihi marratainiyaum - melihat Tuhannya dua kali sehari". Dan itulah yg seharusnya menjadi cita cita kita semua.

AzianKhalil said...

Saya baca sampai habis...

hamka said...

setuju

Anonymous said...

Seorg Islam yg bersyahadah, sentiasalah dia dlm keadaan beribadah, selagi tidak batal syahadahnya dgn melakukan perkara perkara kufur dan syirik, selagi tidak meninggalkan solat solat fardhunya, selama dia dlm ketaatan, tidak bermaksiat. Syahadah dan keIslamannya itu sendiri adalah ibadah.

Seorg muslim yg berpuasa, sentiasalah dia dlm keadaan beribadah, selagi dia dlm ketaatan, tidak bermaksiat, sehinggalah dia berbuka.

Seorg muslim yg berwudhuk, sentiasalah dia dlm keadaan beribadah, selagi dia dlm ketaatan, tidak bermaksiat, hinggalah bila terbatal wudhuknya.

Bila seorg muslim berpakaian menutup aurat, sentiasalah dia dlm keadaan beribadah, selama dia dlm keadaan sedemikian.

Bila seorg muslim, berpakaian menutup aurat, berpuasa, berwudhuk, kemudian membaca Al Quran, bersolat, berzikirullah, berselawat, atau ibadah ibadah lainnya, yg khusus atau yg umum, mk sesungguhnya dia beribadah dlm ibadah, dlm ibadah, dlm ibadah, dlm ibadah. Moga mendpt ganjaran setinggi tingginya, yg berganda ganda.

"Dan tidaklah Aku (Tuhan) ciptakan jin dan manusia, kecuali utk beribadah kpdKu".

Sekurang kurangnya kita, jgnlah sampai terbatal syahadah / keIslaman kita hinggalah ke saat matinya kita.
"Dan jgnlah kamu mati, kecuali kamu dlm keadaan Islam".
Alangkah terlbh baik lg jika mati kita dlm keadaan berpuasa, berwudhuk, bersugi, dan dlm keadaan beribadah samada yg khusus atau yg umum.

Anonymous said...

Walau ape pun moga2 kita dijauhkan dari putus asa atau megah dalam berdepan dengan sifat jaiz@harus Allah(Allah berkuasa mutlak berwenang2 buat ape saje sesuai mengikut kehendakNya).
InsyaAllah.

hamka said...

benar

Sanjau said...

hmmm

amy said...

Rasa tuhan dah jelas lihat ayat Lima fateha yang Jelaskan tujuan kita dunia dan is nya bukan lah ibadat