Aug 2, 2018

Apa tahap Iman Korang?

(Kelas Tazkirah sambil memanah oleh Blogger keretamayat)


Ok, semalam cikgu dah ajar korang permainan catur dan rahsia kekuatan Permaisuri, hari ni cikgu nak ajar memanah pula.

Jika ada orang cakap, cikgu adalah seorang pemanah yang tepat?, korang percaya tak?
Mungkin ada yang percaya atau tak percaya.. terpulang.

Apa cikgu nak cakap, siapa yang percaya, jika ikut kaedah belajar ilmu tauhid, bila korang percaya pada Allah, maka IMAN korang baru tahap Percaya.

Bagi yang was was cikgu boleh memanah ke tidak? Dalam ilmu tauhid, IMAN korang baru tahap TAHU.

TAHU dan PERCAYA adalah dua perkara yang berbeza. Orang kafir ada yang Tahu Tuhan ada, tapi yang Percaya adalah orang Islam sahaja.

Ok, untuk pindahkan dari TAHU kepada PERCAYA, korang kena tengok cikgu memanah dulu! Tengok sekali mungkin nasib, tengok dua kali pun tepat, tiga kalipun tepat, maka barulah korang PERCAYA.

Jadi dalam Islam, Iman kita sekurang kurangnya pada tahap PERCAYA iaitu setelah kita saksikan sendiri Kehebatan dan Kebesaran Allah yang berlegar disekeliling kita, sungguh dalam alam ciptaanNYa ini, terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal.

Tengok burung keluar pagi perut kosong pulang petang perut penuh! Kita percaya Allah yang bagi rezeki, labah labah tidur di sarang 24 jam, sampai masa lalat datang terbang dan terlekat disarangnya, kita percaya: Allah bagi rezeki.

Kucing takut air, tapi suka makan ikan, kucing tak pernah keluat tangkap ikan, tapi hari hari makan ikan sampai muntah keluar tulang ikan: kita percaya Allah yang bagi rezeki!

Ular tak ada tangan dan kaki, tapi boleh kejar makhluk yang ada tangan dan kaki, dan kenyang makan- kita percaya Allah yang bagi rezeki!

OK, dah habis bab TAHU dan PERCAYA, sekarang cikgu nak cerota bab YAKIN.

Ok, katakan korang tengok cikgu panah lima kali dan semuanya tepat sasaran, katakanlah…

Baik! cikgu nak tanya: korang sekarang PERCAYA atau YAKIN dengan panahan cikgu?

Mungkin korang akan memilih dari PERCAYA kepada YAKIN, cikgu memang handal, lebih hebat dari Green Arrow atau Hawkeye.

Untuk itu, untuk buktikan keyakinankan korang, apa kata? sekarang cikgu nak letak sebiji epal atas kepala korang, dan biar cikgu panah epal tu?

Apa? Tak nak? Takut tersasar! Hah! Sekarang terbukti korang belum YAKIN! korang baru PERCAYA.

YAKIN dan PERCAYA adalah dua perkara berbeza.

Jadi balik dalam Islam, ramai yang Percaya pada Allah bagi rezeki, tapi tak ramai yang YAKIN Allah bagi rezeki, buktinya, korang masih solat lengah-lengah, atau tinggal solat, atau tinggalkan solat berjemaah sebab takut rezeki hilang…

Jadi renung renungkan, IMAN Korang kepada Allah, adakah tahap TAHU? PERCAYA? Atau YAKIN?

Jika Yakin, jom kita tinggalkan sekejap urusan kita, dan sama sama pergi masjid tunaikan solat berjemaah. Ada janji Allah, siapa yang menjaga solatnya, akan dimudahkan Rezekinya, andai korang YAKIN!

Sekian kelas “memanah hati” oleh Cikgu Hamka keretamayat.

Woha!

2 comments:

Anonymous said...

Wow... analogi yg menarik.. mudah nk bg budak2 paham.. sy nk pinjam idea, bley..?

ahmad adzim johari said...

Alhamdulillah