Aug 10, 2018

Histeria tu betul ke?


(Jika berjempa Hantu telekong, silalah kongsi gambarnya di Instagram)

Makluk yang aku sempat ambik gambar depan rumah
Semalam waktu Lunch, aku sempat berborak dengan Dr Nora seorang pakar perubatan dan dari UIA, beliau cerita tentang pesakitnya yang kena gangguan jin kafir sehingga Histeria.

Sewaktu Histeria, Jin itu memaki suami dan ibu mertua si pesakit tadi..

Alkisahnya bila pesakit tu jumpa Dr Nora, ada rasa sedih di hati DrNora bila tahu pesakit tu ada jumpa ‘ustaz’ tapi kena cas beribu ringgit nak keluarkan jin. Masalahnya ‘jini itu hilang sekejap dan kena ganggu lagi. Padahal ini hanyalah masalah Mental stress sahaja yang oleh diubat dengan kos yang lebih murah.

InsyaAllah ada ubat moden boleh rawat tapi kena berpantanglah, kena ikut terapi, yang mana jika makan ubat tapi masih percaya gangguan hantu, ada orang dengki, sangka buruk yang tinggi tak jadi juga, sama kes orang kencing manis makan ubat tapi semua makanan manis dia bedal tak berguna juga.

So Kata Dr, kamu tu lemah, sebab tu ada ‘jin’ ganggu. Minggu depan pesakit tu cakap, jin marah sebab cakap dia lemah.

Dr Nora bagitahu aku, bila siasat punca, sebenarnya histeria tu terjadi sebab terlalu lama memendam stress, lagipun orang perempuan lebih kerap kena mental stress ni, Dr cakap, dari 5 orang, satu mungkin akan kena stress. Jadi bila siasat punca, rupanya si pesakit ni tak suka dengan suami dan ibu mertuanya, dah lama pendam, sekali mengamok dengan cara histeria, maka terluahlah maki hamun kepada suami dan mak mertuanya, bila dr cakap dia lemah, dia pulak marah pada doctor,sebab sebagai pesakil mental stress, dia tak akan salahkan diri, dia akan tuduh jin yang maki suami dan ibu mertuanya, konon jin yang marah dr Nora.

Pendek cerita bila makan ubat dan ikut terapi doctor, sembuhlah pesakit ni. Dah takde lagi gangguan Histeria, Cuma yang lucu, pesakit ni bagitahu jin tu kirim salam dekat doctor,

Eh? Bukan ke jin tu kafir, ohhh, rupanya jin tu dah masuk islam katanya-woha!

Jelas doktor Nora lagi, bila pesakit dah sembuh atau stabil, barulah dia bagitahu bahawa memang betul jin tu wujud, tapi apa yang menimpa kamu adalah sakit mental stress yang boleh dirawat, bukan gangguan jin, syaitan atau buatan orang, memang betul kita sebagai orang islam percaya kewujdan jin, malah akan tetap guna doa, solat hajat, dan lain lain ihktiar, namun dengan makan ubat dan ikut sesi terapi, cari punca stress, hadapi stress dengan bijaksana, maka InsyaAllah boleh sembuh.

Banyak kes histeria dikalangan pelajar perempuan waktu nak exam sebab stress, dan berjangkit pulak dengan perempuan lain sebab dalam diri percaya ada hantu sedang mengacau, dan memang betul pun, Bila mental stress akan berlaku halusinasi, memang boleh ‘nampak’ hantu, nampak jin, Nampak syaitan, atau nampak apa yang otak paling takut, sampai tahap boleh dengar suara dan ada tahap boleh hidu bau busuk hantu!, tapi itu semua dari otak yang ada masalah mental. Tanpa ilmu yang betul, kita anggap ni hantu, atau ada orang bomohkan lalu datang rasa takut, trauma, yang melampau sehingga sanggup cederakan diri, dan menyusahkan orang.

Untuk info, bukan orang mental sahaja boleh nampak halusinasi, Orang tak minum air hingga sangat dahaga, juga boleh berhalusinasi, dan itu bukan gila. Orang kekurangan oksigen juga boleh berhalusinasi, Orang tua bila organ badan dah banyak tak berfungsi boleh berhalusinasi dan nyanyuk, itu bukan gila. Tapi orang mental stress, terlalu stress, boleh berhalusinasi, atau bila ada masalah mental siap dengar arahan suruh bunuh diri, suruh bunuh anak, suruh buat benda yang bukan bukan. Maka jangan kita marah pesakit ni, lekas lekas bawak jumpa doctor pakar.

Lagipun Ubatnya ada cerita dalam Al quran, yang mana ada ayat bagitahu, Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”, jadi bila kita ada sakit mental, pergilah jumpa pakar otak, InsyaAllah ada ubat dan kaedah rawatan sebab Allah dah bagitahu semua penyakit ada ubat kecuali mati, jika belum ada ubat, itu kelemahan ilmu kita yang belum jumpa.

Sudah pasti siapa sahaja  bila pertama kali ternampak hantu atau jin, maka akan rasa takut, Nabipun waktu mula mula jumpa Malaikat Jibril, menggigil takut, lari dan suruh isterinya selimutkan dia, takut adakah normal, terlalu takut itu yang masalah, lalu turun ayat, wahai orang berselimut, bangunlah!

Maka Allah dah ajar dalam Al quran, jika rasa takut, jangan duduk dalam selimut, masalah tak selesai, bangun dan selesaikan masalah itu, so jika nampak hantu jangan sembunyi dalam selimut sebab masalah tak selesai dari dalam selimut, bangunlah dan pergi siasat, dalam kes nabi, bukan halusinasi, itu Malaikat Jibril nak bagi wahyu, tapi dalam kes korang, itu hanyalah halusinasi, atau kerana terlalu penakut, kadang kadang objek putih yang korang nampak tu adalah kain telekong yang di tiup angin.

Dan andai betul lah, dah korang nak sangat kan, yang mana jika betul terjumpa hantu rambut panjang dan bercakap ”Nak.., mak teringin nak pakai telekung siti Khatijah” korang jangan lari, pergi tanya orang sebelah, nampak tak hantu telekong tu?, jika mereka tak nampak, korang sajer yang Nampak, maka sah korang ada masalah dalam mental illness, pergilah jumpa doctor pakar dan masalah selesai. Insyaallah.

Akhir kata, Terima kasih Dr Nora atas perkongsian ilmu yang sungguh bermanfaat, banyak nak sembang lagi tapi saya pergi dulu, bukan sebab sibuk, tapi sengaja buat buat sibuk atau perasan sibuk. Lagipun dr yang cakap, jika kita percaya kita sibuk, maka kita akan stress, tapi jika kita buat buat sibuk, maka tak lah stress sangat, maka maaf kerana tak habiskan Lunch bersama tadi sebab saya perasan sibuk.

Woha!

PS: Ok Hamka, jika saya sorang jer nampak hantu tu, saya ada sakit mental, tapi jika ada dua orang nampak hantu telekong tu macam mana Hamka? Alahai, korang bagi jerlah kain telekong siti khatijah tu, kah kah kah!


No comments: