Jul 26, 2018
Peribahasa Malaysia Baru?
(Drama politik tanah air berdasarkan Kisah benar)
Aku sekarang sudah penat tegur salah laku jiran aku ini,
semua ini Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam Dimansuhkan, Bagai Menunggu Harga
Minyak Turun, Bagai Menunggu PTPTN mansuh.
Masalah sekarang dia bela ayam tapi dibiarkan bebas datang
rumah aku dan berak di sini sana, dia janji nak kurung, tapi janji PH semua
ini!
Aku bukannyan Bagai KJ Dalam Umno atau King Maker Malang.
Aku tahu, Kalau Kerusi Tak Cukup Banyak, King Maker Usah Diduga! Tapi janji si
jiran Bagai Membuat Manifesto Di Dalam PRU. Konon nak buat reban khas untuk
ayamnya. Tapi tak! Habis PRU, Manifesto Dibuang. Bercakap bohong lama-lama jadi
menteri!
Dulu aku dan jiran aku ni, Macam AMANAH dengan DAP, rapat
macam adik beradik, tapi sejak dia bela ayam, aku dan dia dah jadi Macam PAS
dengan AMANAH. Asyik bergaduh sahaja.
Aku setuju dia nak bela ayam, tapi buatlah reban dulu, tapi
tak, jiran aku ini ibarat Diberi Tommy Thomas, Nakkan Richard Malanjum.
Harapkan PM, PM Makan Wangyu!
Ayam dia pulak, selain berperangai seperti Mat Sabu Masuk
Istana, boleh pulak si ayam tu berak merata rata macam DAP Naik Kerajaan.
Sungguh Aku rindu halaman rumah aku yang bersih macam dulu
dulu tapi kini aku dah jadi Bagai Umno rindukan PAS.
Janji si jiran ni konon nak bina reban ayam serap bau
sebenarnya guna Lidah Menteri, dah jadi amalan seperti Parti Kencing Berdiri,
Macai Kencing Berlari. Aku sembelih ayam ni semua karang, ada yang Lompat Mulut
BN, Masuk Mulut PH.
Aku tak nak Menang Jadi PH, Kalah Jadi BN. Tapi itulah:
Mendengar Manifesto Ditabur, Undi Pangkah PH buat apa?
Kadang kadang aku berlagak Bagai PAS Di Dalam Parlimen,
sambil tunggu janji nak bina reban ayam untuk ayamnya, tapi itu semua Indah
Manifesto Daripada Pelaksanaan! Tun M pun boleh Jadi PM Dua Kali, tapi ayamnya
berak rumah aku berkali kali.
Aku kini dah jadi seperti Macai Kepanasan, Alang-alang
Menjadi PM, Biar Sampai Jadi Jutawan. Alang-alang Kencing Biar Basah. Aku terus
tangkap semua ayam tu, walaupun ayamnya liar, tapi Sepandai-pandai Jamal
Melarikan Diri, Akhirnya Ditangkap Polis Indonesia Juga.
Lepas tangkap semua ayam aku letak dalam guni, aku pergi
berleter sikit dan suruh dia kurung ayam dalam pagar rumahnya, tapi jiran aku
tak mengaku ayam tu dia punya? Adohai, ayam itu kini di ibarat Sudah Kalah
Ditinggalkan Parti Komponen, Habis tu ayam siapa? Kita dua sahaja rumah area
sini?
Malas nak gaduh, aku pergi buang ayam tu dalam semak
belakang rumah, ingat aku tak berani buang ayam? Aku ni walaupun kecil tapi
Kecil-kecil Parti AMANAH tau!
Aku sedar, walaupun tindakan aku Bagai SST Menggantikan GST,
tapi aku harap ayam tu ada-lah biawak atau ular sawa sudi makan, atau ayam tu
mampu hidup bebas berdikari. Aku bukan pembenci haiwan, tapi aku pecinta
kedamaian.
Semenjak hari itu, jiran aku tak bertegur sapa dengan aku,
aku senyum dia masam, aku bagi salam, dia pusing punggung!
Akupun siasat, panggil anak dia, terus si anak datang, nasib
baik anaknya tak ikut perangai mak nya, anaknya tak jadi seperti Ke Mana
Tumpahnya BN Jika Tidak Ke PH.
Terus aku tanya anak dia, kenapa mak kamu dah tak nak
bertegur sapa dengan pakcik?
Kata anaknya, mak marah sebab pakcik buang ayam dalam tong
sampah besar tepi jalan siap kurung dalam guni.
Alamak, ini fitnah ni, aku tanya dari mana mak dapat berita?
Dari mana lagi?,
Alamak, aku dah agak! Jauh-jauh MP Keluar Dewan, Akhirnya
Kembali Ke Dalam Dewan Jua. Takkan Lari MP Dikejar, dah tentu dari group
whatsapp membawang, siap ada gambar aku sedang buang guni dalam tong besar.
Adohai. Guni tu banyak rumah aku makcik oiiii, aku ada buat
isi pisang, isi tanah, dan isi sampah, betul lah gambar tu aku buang guni sampah,
bukan guni yang di isi ayam hidup hidup.
Nampaknya aku dah kena fitnah oleh penduduk kampung, aku
seperti PH Menang, Pembangkang Bertaut.
Aku kini kesedihan sambil menunggu Menteri Menteri bersidang
agar Akta berita palsu diluluskan segera.
Woha!
(kredit kepada Afyan Mat Rawi atas Pepatah Malaysia baru)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
habis semua dia sapu, ha ha
Ida Madiha Ramli :
Superb!! Siap jd cerita..adooyaaiii.. Hebatlah ilham kurniaan Allah ni.. Hahahahaha.. Kelakor wey..kena je peribahasa nge jln crta.. Berjaya pancing hatiku utk membeli bukumu.. InsyaAllah..
Post a Comment