Jul 10, 2018

LGBT dan Sains?

(Hujah guna logik sains yang popular: Hari ni kahwin, tak kan esok terus dapat anak? Jom kita siasat)


Ada orang cakap, geng LGBT ada hujah sains yang menyokong mereka, manakala geng agama masih guna hujah zaman dulu menyebabkan generasi sekarang sukar menerima pegangan agama.
Aku kata: Sejak bila agama kena guna hujah sains dalam membenarkan hukum hakam?

Katakanlah, korang buat kajian, babi bagus untuk kesihatan, makan babi kulit bertukar jadi warna pink, makan usus babi bagus untuk pencernaan, sahur makan babi boleh kenyang sampai hari raya, katakanlah..

Maka pada waktu tu korang nak cakap perintah Allah haramkan babi tak releven? Gitu ke?
Kita orang islam, apapun hujah sains tentang kebaikkan makan babi, aku tetap tak makan babi!
Sebab?

Sebab…, Aku tak makan babi kerana taat perintah Allah, bukan kerana hujah sains yang mesti kena selari dengan perintah Allah baru nak patuh! Rujuk surah An Nur ayat 51: Kami dengar dan kami taat!

Aku solat berjemaah bukan sebab kajian sains cakap bila bergeser badan sesama manusia pada waktu rukuk dan sujud hasilkan cas positif dan macam macam hujah lagi, tapi aku solat berjemaah kerana itu adalah perintah Allah! Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!

Aku sujud lama lama bukan sebab nak darah positif turun ke kepala macam ada kajian sains cakap, tapi sebab waktu tu paling ‘hampir’ dengan Allah. Aku sujud kerana Allah. Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!

Aku puasa sebulan bukan sebab nak reset perut, atau nak diet, atau pulihkan imun badan ke apa istilah saintifik ke, Aku puasa kerana Allah. Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!

Jadi jika geng LGBT ada hujah sains yang menormalkan perlakuan mereka, aku peduli apa? Allah dah larang aku akan patuh! Allah larang Gay, dan azab mereka, kenapa kita nak lawan larangan Allah?

Dulu ada kaum yang Allah larang tangkap ikan hari sabtu, ikut logic sains zaman tu, ikan paling banyak hari sabtu, jadi apa salahnya kami tangkap ikan hari sabtu? Yer tak salah dari segi sains zaman tu, tapi akhirnya mereka semua disumpah menjadi kera!

Sebab itulah, buznama selalu pesan..

Untuk kemajuan dunia, kita kena tengok ke depan.
Untuk kemajian agama, kita kena tengok ke belakang.

Al faham ke idop?

Bab Gay ada hujah sains yang membenarkan aktiviti mereka, kenapa waktu derma darah pihak hospital tak nak ambik darah dari mereka yang buat aktiviti masukkan zakar dalam lubang jubor? Kenapa? Korangpun boleh jawab, ..

Rujuk sejarah, nama penyakit AIDS awalnya dulu adalah GRID- (Gay-related immune deficiency) sebab zaman tu, orang gay sahaja yang kena virus ni, tapi bila dah merebak pada bukan gay, maka diorang tukar kepada AIDS. So mana eloknya dari segi sains hubungan jenis? Mana eloknya aktiviti memasukkan zakar ke dalam laluan najis? Tak perlu hujah sainspun nak jawab sebab Tuhan buat laluan najis untuk najis keluar, simple..

Last hujah, meminjam kata kata Menteri Zimbabwe, pesalah gay ni kita kurung dalam penjara yang sama, dan akan dibebaskan jika mereka berjaya dapat anak. Barulah betul hujah sains!

Woha!

Ps: Hari ni kahwin, tak kan esok dapat anak? Kata pasangan gay yang cuba berhujah guna konsep sains. Adohai…
Bacaan Selanjutnya bagi mereka yang nak tahu isu GAY



Post a Comment