Jun 6, 2018

Apa yang korang Bantah membantah?

(hari ni kahwin, tak kan esok terus dapat anak!)

Bulan Puasa, moreh lepas tarawih, penyokong BN dan PH telah mulai tempoh berkempen untuk PRU untuk lagi 5 tahun akan datang. Antara perbualan mereka yang aku rasa rare!

*****
“Mujur PH menang, baru kita tahu Najib banyak buat hutang berbellion”

“baguslah korang siasat Najib, tapi siasatan skandal matawang Bank Negara yang mengakibatkan kerugian RM30 billion di zaman tun M tu bila nak siasat?”

“Yang lepas tu lepas lah, kita kena siasat yang terkini, ketua BN banyak simpan wang juta juta dalam rumah”

“Jangan nak sibuk dengan BN, PH Kata lepas PRU minyak turun harga? Tak turun pun?”

“relaxlah, tak kan lepas kahwin terus dapat anak?”

“Habis tu masa sebelum PRU hari tu janji terus dapat anak tu kira anak luar nikah ke?”

“please Bro, Kerajaan Rom nak jadi hebat bukan ambik masa sehari!”

“Tapi kerajaan Rom nak tumbang ambik masa satu hari jer”

“Masalah sekarang hutang negara satu trillion”

“Hutang negara ikut Menteri Kewangan sebenarnya 800 billion sahaja, Debt-to-GDP ratio baru 51%”
“eh? Kau ni lebih pandai dari Tun M, hutang keseluruhan 1 trilion, jadi ratio adalah 73%, ni semua salah BN”

“73% pun masih rendah, Rekod tertinggi dalam sejarah Malaysia ialah 103% pada tahun 1986, zaman Tun M, tapi tak kecoh pun”

“Apa pulak tak kecoh, negara kita dah nak bankrap”

“Bankrap apa ke jadah? korang kena rujuk agensi penarafan kredit antarabangsa seperti Moody's, S&P dan Fitch yang memberi penarafan 3A kepada sesebuah negara, tak kira berapa ratio-nya, 103% ke, 73%, 230% ke, maksudnya risiko bankrap itu adalah minima, tak perlu pun rakyat kena derma kat negara ni”

“bukan mintak derma, kita kena potong gaji untuk selamatkan hutang negara”

“Bayar hutang PTPTN pun nak tunggu sampai gaji rm4000 ada hati nak buat crowdfunding bayar hutang negara pulak”

“itu dah manifesto janji bayar PTPTN bila gaji rm4000”

“habis tu manifesto minyak bila nak turun? Tol bila nak mansuh?”


“eh? PH yang tak tunaikan janji Manifesto, kami penyokong PH tak bising pon, kenapa kau nak sibuk pulak?

“habis tu BN buat hutang berbillion, kami penyokong BN tak bising pon. Kau sibuk kenapa?”

“Woha!”


******

Nak tersembur air kopi aku tengok geng taksub PH dan BN bertekak. Adohai..

Tak payah lah nak gaduh gaduh isu negara nak bankrap dibulan Ramadan ni, karang habis pahala sebab bercakap benda yang boleh datangkan fitnah, baru tahu apa itu bankrap,

Biarkan kerjajaan buat kerja mereka, isu hutang negara tu, kerajaan dah tentu ada cara nak bayar balik, jika dulu guna GST dan lain lain cukai, nanti adalah tu cukai baru, kita bayar cukai jerlah, itulah salah satu cara nak selamatkan negara.

Rujuk negara negara maju yang banyak bagi kebajikan pada rakyat, tapi cukai mereka tinggi. Kita Malaysia nak ke arah negara maju kena faham-fahamlah.

Tapi itulah! Macam macam hal korang bincang di bulan puasa begini, baik lepas berbuka, waktu moreh, sebelum sahur, dan siang hari semua nak sembang isu politik siap perli, caci, maki dan sebagainya.

Adakah perbincangan korang akan membantu jiwa dalam meningkatkan iman?, sedang maksud kita puasa adalah untuk meningkatkan keimanan melalui peluang Rahmat di bulan ramadhan..

Korang tahu tak apa maksud puasa? Selain merasai pengalaman orang susuah yang lapar, dari segi rohaninya ,maksud puasa adalah untuk membawa sifat ketaatan malaikat ke dalam diri, yang mana, semua tahu sudah, bahawa malaikat adalah makhluk yang paling taat beribadat pada Allah dan melalui ‘jalan’ malaikat ini, iaitu berpuasa, atau senang cerita, tak makan, tak minum dan tak bersetubuh, maka insyAllah akan mudahlah sifat malaikat datang ke dalam diri di bulan puasa yang mana ketaatan di bulan puasa ini akan di bawa pula ke sebelas bulan yang lain, atau dalam erti kata lain, membawa ketaatan dibulan puasa ke luar bulan puasa.. itulah maksud puasa

Oleh sebab itu, untuk membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri, adalah melalui dua cara, pertama adalah dengan berpuasa dan kedua adalah melalui beriktikaf..

Melalui puasa, iaitu tahan lapar, dan tahan nafsu, maka nafsu akan tunduk lalu terbukalan jalan malaikat ke dalam diri, sementara melalui beriktikaf di masjid, maka suasana malaikat yang sentiasa beribadat dalam masjid juga akan meresap ke dalam jiwa orang yang beriktikaf, sebab itulah dalam hadis banyak cerita fadhilat tentang puasa di siang hari dan fadhilat beriktikaf di malam hari, dan kedua dua amalan ini adalah pekej lengkap dalam membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri.. faham?

Untuk itu, Puasa kena betul betul macam malaikatlah, jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan.., begitu jugak waktu beriktikaf, kena jugak jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan… dan jika korang rujuk hadis, Nabi siap buat khemah dalam masjid lagi di bulan puasa.., dan amalan tidur di masjid sebelum tahajjud, bukanlah amalan kumpulan tabligh sri petaling sahaja, tapi semua orang Pas, Umno, Amanah dan persatuan so call Islamic yang lain..,

Lengkapkan pakej ‘menjadi malaikat’ dengan berpuasa di siang hari dan beriktikaf di malam hari.., semua tak nak jadi syaitan bukan? Semua nak jadi macam malaikat.. dan sebagai bonus, Allah dah tangkap syaitan di bulan Ramadhan supaya tak ganggu korang berpuasa dan beriktikaf.., mudah kan? Lepas tu Allah tambah lagi bonus raya lebih dari dua bulan, seribu bulan beb…!

Tapi korang, walaupun syaitan dah kena ikat, korang masih asyik bantah membantah di sini sana dengan berbagai bagai isu yang bukan sahaja tak boleh meningkatkan iman, tapi tambah dosa lagi ada.. ada masa jer terus kutuk penyokong kerajaan dengan kata kata nista, penyokong kerajaan pun kutuk pulak pembakang dengan kata kata nista.

Tapi tahniah pada mereka yang menegur dengan fakta, berbahas dengan ilmiah, sopan santun dan jaga akhlak terpuji, Alhamdulillah. Tak ada masalah pun nak hal politik tapi jangan sampauh gaduh sudah!

Namun dalam korang asyik bantah membantah, korang tahu apa yang malaikat di langit sana asyik bantah membantah?

Ha! Itulah korang.., tak tahu… asyik dengan isu hari ni kawin tak kan esok dapat anak tak habis habis, adohai..

Mari sini aku cerita.., tentang apa perkara yang malaikat bantah membantah dilangit sana, di beritakan ketika Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah dalam suasana yang begitu indah lalu Allah bertanya kepada Nabi akan apakah perkara yang malaikat di Malail a’la sedang bantah membantah?

Maka Nabi menjawab, “Tidak tahu”.

Kemudian Allah meletakkan ‘tangan’Nya yang mulia ke atas dada Nabi Muhammad SAW sehingga kedinginan terasa sampai ke dalam dada Baginda. Dengan keberkatanNya maka tersingkaplah seluruh alam kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas Allah bertanya “ Ya Muhammad, sekarang beritahulah apa yang menyebabkan para malaikat bantah membantah?”

Maka Nabi menjawab, “para malaikat bertelingkah tentang amalan yang meninggikan darjat, amalan yang menghapuskan dosa, ganjaran yang diperolehi bagi langkah seseorang yang pergi untuk menunaikan solat berjemaah, kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna ketika cuaca sejuk dan kelebihan duduk menunggu solat selepas menunaikan satu solat. Sesiapa yang dapat memelihara semua ini, akan hidup dan meninggal dunia dalam keadaan baik.”

*****

Maka duduk diam diam, berhentilah bincang isu politik sekejap, marilah ambik peluang untuk jaga solat kita terutama di bulan puasa begini, jadikan diri kita termasuk mereka yang melangkah kaki ke masjid, dan duduk menunggu waktu solat di dalam masjid. Al maklumlah nak masuk syurga, bukan macam “hari ni kahwin, esok terus dapat anak”

Woha!



Post a Comment