(Zaman sekarang jarang update blog, jadi aku copy paste artikel dari FB yang berlangsung sebelum dan selepas PRU-aku simpan sini sebab senang nak rujuk bila tiba PRU akan datang-Woha!)
Di Malaysia ada dua jenis manusia.
Pertama: Orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.
Kedua: Orang yang tak pernah kena tipu dengan skim cepat
kaya, tapi dia kenal dengan orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.
Jadi hidup kita ni dikelilingi oleh mangsa mangsa skim cepat
kaya, bermakna kita di kelilingi oleh manusia manusia yang mudah kena tipu
sebab.., mungkin budaya malas membaca dan mengkaji.
Ini PRU dah dekat, lagilah ramai yang malas mengkaji semua
berita. Lepas tu terus fitnah dan dimakan fitnah. Dosa ni bukan boleh delete
dan salahkan admin, tapi kena hadap malaikat Malik yang mahir menyeksa ahli
neraka, panjang cerita... elok korang pergi rajinkan diri beli dan baca buku,
cari buku terbitan BUKU POJOK, TARBIAH SENTAP, DUBOOK, PATRIOT, DAN WRITE AND
BRAVE.
Semua buku buku terbitan mereka ada nilai ilmiah, sebab tu
mereka sanggup terbit buku aku.
Woha!
NAK UNDI MANA?
Azwan Ali said...
Dah ada entry baru rupanya. Encik Hamka masih belum menjawab
soalan-soalan saya pada enry-entry yang lepas. Tak mengapa lah. Saya bawak ke
sini.
Encik Hamka yang budiman. Sebagai seorang tabligh (atau
cenderung tabligh - wallahu a'alam saya tak tahu), parti manakah yang harus
saya pilih dalam PRU yang akan datang? PH atau BN?
Saya tidak akan pilih PAS kerana saya sifatkan mereka
sebagai pengeluar fatwa kaum kera, ada ura-ura nak kunci masjid dan sekat
dakwah tabligh. Jadi antara PH dan BN, parti manakah yang harus saya pilih dan
mohon penerangan sebab-sebabnya.
Saya mohon jawapan yang tepat dan tiada samar-samar atau
korner-korner untuk menjadi panduan dalam PRU akan datang. Dakwah mesti terang
dan saya difahamkan golongan tabligh ni golongan yang kuat mujahadah.
Terima kasih.
******************
Hamka said:
Pas sejak tak gabung dengan DAP ni dah tak guna fatwa kaum
kera macam PRU yang lepas, so boleh undi PAS. Tahniah PAS sebab dah tak
bergabung dengan DAP yang jelas tak sokong Islam. Untuk BN dan PH juga ada
calon yang sokong islam, boleh undi mereka, namun jika ada calon mana mana
parti sokong wahabi, syiah, LGBT, dan lain lain yang bertentangan dengan
akidah, jangan pangkah calon tu tak kira dari parti manapun. Jadi tepuk dada
tanyalah iman.
Bab Tabligh pun sama, jika ada calon tak sokong usaha
dakwah, tak kira dari parti manapun, tak payahlah undi mereka.
Woha!
PESANAN KEPADA PENGUNDI ATAS PAGAR:
Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen
hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat
pahala dan sebagainya..
Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan,
Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab
aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama
korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina
keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak
lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela
sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang
buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...
Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita
rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya
kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus sebab tak tahu lagi
rakyat pilih yang mana, ha ha.
Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang
baik (ehem.. ehem..), jadi ketiga tiga parti aku nampak ada baik, (dan aku
jugak ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan ketiga tiga parti,
adohai..), so rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC, MNQ, dan XYZ datang
berlemah lembut merayu undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk
aku undi parti mereka dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang
ugama dengan lebih ‘deep’ pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro..,
politik! He he"
Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat
dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz tu.
“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi
mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan
Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas
pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a ,
adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”
Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:
“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You
dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You
ketiga kita parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun
ustaz bila Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang
duduk atas pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih
terer dari You:
"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya
dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat
dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat,
tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas
r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri
yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti
kau lain kali-ada tu tapi diam jer-Woha!).
Sekian aku membebel hari ni.
Tutup entry dengan tasbih kafarah dan selamat mengundi!
BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN
Sedang mengeteh di Terengganu bersama kawan sekampung yang
sedang meraikan kemenangan PAS.
Antara topik mereka sembang:
Tentang teori RAHMAN:
Rahman
Abdul Razak
Hussein Onn
Mahathir
Abdullah
Najib
Jadi guna teori yang sama. Maka bermulalah teori MAHATDIR
Katanya lepas Mahadhir akan diganti Anwar. Dan lepas tu
HADI!
Woha!
Ada pulak kata H tu untuk Hishamuddin.
Tapi tak boleh blah ada orang sebut H untuk Hamka!
Woha sekali lagi!
Ps: Tahniah PAS berjaya tawan Wisma Terengganu dan tahniah
PH berjaya tawan Putrajaya. Bagi yang kalah terimalah takdir dari Allah yang
dah set from the top. Semua yang berlaku adalah dalam peraturan-Nya. Sungguh Keretamayat
itu sehala jalannya. Buat sehabis baik sebelum ditumpangkan.
UCAPAN WAKIL RAKYAT YANG TEWAS
Lepas kalah pilihan raya, wakil rakyat yang bertanding
mungkin akan kelu lidah nak bagi ucapan bila ditanya wartawan.
Terpanggil untuk bantu masalah ini, aku siapkan template
ucapan berhemah untuk di copy paste oleh wakil rakyat yang kalah.
*****
Asalamualaikum, saya ___________ (isi nama wakil rakyat)
Terima keputusan majoroti rakyat _________ (isi nama tempat
bertanding) dengan hati yang penuh Redha,
Saya REDHA dengan ketentuan ilahi.
Bak kat Lisa Sruyani dalam Ombak Rindu, redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu
Menyerah.
Saya redha sebab saya ikhlas.
Tanniah kepada ______________(isi nama calon yang menang)
Kami semua akan bantu anda berkhidmat kepada rakyat.
Ada rezeki lain kali, saya akan bertanding lagi.
InsyaAllah.
***
Ok kan ucapan macam ni, takde nak gaduh gaduh, selamat
berpuasa!
Woha!
PEPATAH MELAYU BARU:
Belum hilang dakwat dijari sudah mahu melompat parti
Woha!
Maksudnya korang tafsir sendiri.. huhuhu.
SELAMAT PULANG SEMUA
Gambar adik bongsu peluk abang sulung.
Hari ni dah habis cuti PRU. So hantar mereka naik bas balik
asrama yang kini dibawah pentadbiran baru(Tahniah pada parti yang menang)
Bini aku nasihat dan pesan berbagai perkara pada anak
seperti siapkan kerja sekolah. Jangan lewatkan solat. Basuh baju lepas pakai.
Gosok baju sebelum tidur. Sikat rambut cantik cantik. Jaga diri. Jangan lupa
baca al quran. Jangan main telefon dan pelbagai lagi nasihat yang berguna untuk
semua remaja.
Aku diamkan sahaja. Dah habis semua pesanan bini maka
giliran aku pulak bagi pesanan.
Pesan aku pendek sahaja, cukup empat patah perkataan:
"Anak... ikutlah semua nasihat bonda"
Woha!
Ps: Selamat Hari Ibu.
AKHIRNYA SEMUA AKAN MENJADI TANAH
Cuti PRU berkahir pada 13 Mei bersamaan hari ibu.
Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee,
Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku
Hamka, Mak ingin aku menjadi penulis macam Hamka apabila besar katanya..,
akhirnya mak berjaya pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak
sudah tiada, sudah kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang
sudah di makbulkan.., Semua buku Hamka Kereta mayat, aku dedikasikan kepada
arwah Cek Ku Teh..
Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima
kasih emak kerana telah membesarkan aku dari sekecil tapak tangan, sehingga
menjadi sebesar orang malaysia saiz standard.
Mak, dalam kerinduan ini, izinkan Hamka cari dan memeluk
menantu emak sekejap. Hamka hendak mengelap hingus pada bahunya.
Al Fatihah.
P.S: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali
beliau akan datang rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak kamu dan cakap,
“Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab pernah mengkritik
masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan
masakan emak lagi buat selama-lamanya..
******
Jadi Begitulah catatan yang sempat aku dokumentasikan sepanjang PRU baru baru ini. Minta maaf jika ada sebarang kata kata yang terkasar, terumpat, tercela dan sebagainya. Aku juga manusia yang tak lepas dari silap dan dosa, yang betul boleh ikut, yang salah boleh tegur, sempena pentadbiran baru, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita membantu Negara dengan menyokong semua perkara yang baik baik. Tahniah kepada Kerajaan Baru, semoga Islam dan semua rakyat terbela dalam pimpinan baru yang telah ditakdirkan Allah kepada kita semua.
Tiada daya upaya melainkan dengan IZINYA.
Kita datang dari tanah, dan semua kita akan menjadi tanah.
Salam Satu Malaysia Baru!
Woha!
|
Buku Hamka Kereta Mayat |
9 comments:
Penyesalan mayat mayat ;
Mayat org kapir ; kenapalah dulu masa hidup tak jadi org Islam.
Mayat org fasik ; kenapalah dulu masa hidup tak taubat jadi org baik baik.
Mayat org beriman ; kenapalah dulu masa hidup tak memperbnykkan sedekah.
Mayat org soleh ; ruginya dulu masa hidup, masa masa yg terluang tanpa zikrullah.
Sempena bulan puasa tahun ni, tanamkan azam, perbnykkan istighfar dan taubat, dan sentiasalah dlm keadaan berzikrullah. Mudah mudahan tergolong golongan org bertaqwa.
Selamat berramadhan !
So, dah boleh undi pas balik lah ye?
Nasihat kalau datang dari bapa memang simple yang amat, by the way tak kisah sangat bab parti ni malas nak gaduh sebenarnya hahaa buat pening kepala je
Anom: Semoga kita ditakdirkan bertemu lailatul qadar dan memanfaatkannya. amin
Azwan Ali: Ya.
Erni: Gaduh-gaduh memang pening, woha!
Dulu, aku pun percaya parti ABC kata tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat pahala dan sebagainya. Tapi bila aku check daripada sumber, rupa-rupanya media yang fitnah mereka. Tak sangka, sehingga sekarang masih ramai yang termakan fitnah itu.
Ada Game Baru Lho Di Bolavita, Yaitu permainan WM555 Casino Online.
Hanya Dengan 1 User ID Anda Sudah bisa memainkan 7 jenis permainan di WM555 Live Casino:
• Baccarat
• Dragon Tiger
• Roulette
• Sic Bo
• Niu-Niu
• Sakong
• Fan Tan
Ingin Tahu Produk Terbaru WM555? Yuk Coba versi Gratis/Demo WM555 casino di link : http://wm777.net/
NB : klik bendera untuk ganti ke bahasa indonesia kemudian klik Demo.
Ayo segera hubungi CS kami untuk info lebih lanjut :
Wechat : Bolavita
WA : 0812-2222-995
Line : cs_bolavita
Link : www.bolavita88.com
Ayo Tunggu Apa Lagi... Segera Bergabung Bersama kami Dan Nikmati Bonus nya....
Depo Pulsa 25rb Dan Bonus Chip GratisRumus Dasar Dalam Baccarat Online
================================================
Deposit Via Pulsa Slot
Live Chat Agen S12888
ID303
Situs Poker Online Uang Asli
Situs Judi Online Uang Asli
Link Alternatif Fifapoker
Bonus Special Sabung Ayam Online Hari Natal dan Tahun Baru
Bonus Special Sabung Ayam Online Hari Natal dan Tahun Baru
Bonus Special Sabung Ayam Online Hari Natal dan Tahun Baru
================================================
Depo Pulsa 25rb Dan Bonus Chip Gratis Cara Tepat Bermain Judi
Post a Comment