Feb 9, 2018

Apa maksud Bahagia?


(Tiga soalan yang patut korang tanya pada pasangan hidup)

Pada satu hari, aku telah bertanya soalan pada Puan Bini:

“Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”

“Errr.. hmmm”

“Lama sangat tak sedih sampai lupa? Wow!”

“Ok, saya ingat lagi, waktu arwah mak abang meninggal, dan minggu berikutnya kita balik kampung tak ada arwah mak abang sambut menantunya macam biasa, bila masuk dapur tak ada orang, waktu itu sedih sangat, lepas tu abang bawak saya ziarah kubur mak, berlinangan air mata saya rindu pada mak mertua”

“Lama sangat tu, dah sembilan tahun”

“abang pula bila kali terakhir sedih?”

“Bila buku pertama abang siap, rasa sedih sangat sebab tak dapat tunjuk kat arwah mak, sebab mak nak sangat anaknya menjadi penulis, siap bagi nama HAMKA, tapi itulah, buku siap tahun 2012, arwah mak pergi tahun 2009, tapi abang ada jumpa arwah mak dalam mimpi update kisah hidup, siap mimpi arwah mak bagi saka lagi-ha ha”

“Saka tu lawak”

“Ok, bila kali terakhir awak gembira?”

“Sekarang, atau tadi waktu abang peluk saya bila sampai rumah”

“Apa erti bahagia pada awak?”

“Bahagia datang bila saya dapat gembirakan abang, gembirakan anak-anak, gembirkan orang lain, bahagia sangat dapat bantu orang bergembira"

"Itu kesan dari gembira, apa definasi gembira?"

"Nak definasi pulak, macam karangan bahasa melayu ni"

"Takpe, jawab jer, awak kan Clever Girl abang"

"Ok, takrif bahagia bagi saya adalah apabila saya ada hati yang sentiasa bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil-kecil nikmat dan mampu bersabar dengan semua ujian walau sebesar-besar ujian-itulah bahagia!”

“Tinggi awak punya ayat-izinkan abang update di blog keretamayat!”

“Silakan!”

Lalu akupun update kisah laki bini, sementara itu korang sila tanya pasangan masing-masing tiga soalan ini dan dapat jawapan nanti, renung renungkan. Soalannya berbunyi:

  1. “Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
  2. “Bila kali terakhir awak gembira?”
  3. “Apa makna bahagia bagi awak?”

 Apapun jawapan pasangan korang, aku hanya mampu kagum dari jauh!

Woha!

6 comments:

Hamdan Ahmad said...

1. Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis? Dua bulan lepas. Bila terpaksa pergi ke unit kecemasan hospital kerana terdapat simpton-simpton awal serangan strok. Masa tu, terbayang kematian di depan mata.

2. Bila kali terakhir awak gembira? Kalau gembira yang significant tu dua bulan lepas lah bila dapat recover daripada serangan strok, alhamdulillah. Kalau gembira yang kecil-kecil tu setiap hari ada. Dapat pergi solat subuh berjemaah di masjid setiap hari tu pun dah jadi perkara yang menggembirakan bagi aku.

3. Apa makna bahagia bagi awak? Bagi saya bahagia ni ialah perasaan redha dan syukur dengan kehidupan. Itu secara umum. Kalau yang sub-sub pula contohnya bahagia dalam rumahtangga, maknanya redha dan syukur dengan rumhtangga tu. Begitu juga dengan pekerjaan. Bila kita ingat semua tu kita jadi gembira. Of course di dalamnya pasti ada pahit manisnya. Tapi itu semua ditanggapi dengan redha dan syukur.

fffbbbb said...

1. Smlm.. teringat kat ayah yg xsihat kat kampung.πŸ’§
2. Xada yg terakhir.. sentiasa gembira kecuali dgr berita sedih.🌈
3. Syukur nikmat.. org yg berbahagia senantiasa syukur nikmat dan dlm istighfar.πŸ’•

Anonymous said...

Boleh plak tuan betulkan definisi bahagia bagi isteri tuan.adoiii.hahhaa.

Anonymous said...

Masalah sy adalah tgok cerita sedih nangis, baca kisah sedih nagis, dgr lagu rasulullah by hijjaz tk pernah tk nagis... Habes kalo dh hari2 dgr kompem nagis... Hahaahahhaha.... Hari hari gembira bler org yg kita syg gembira, bahagia hari2 bahagia.. Jd kalo mnta jawapan specifik susah nk jawab hahahahaha

Norazian Binti Abdol Rahman

Mijablur said...

1. Tak ingat laa
2. Beberapa minggu lepas, dinner dengan family
3. Bahagia bagi saya redha dengan ujian yang Allah swt bagi

hamka said...

Semua komen terbaik!

Semoga Allah kurnia syurga buat kita semua.