(Semalam memandu dari rumah mertua, anak bertanya soalan KBAT, Kemahiran berfikir Aras Tinggi)
“Ayah, kenapa kita tak boleh fikir tentang zat Allah?”
“Anakku, sebab zat Allah di luar kemampuan otak kita, boleh
jadi gila jika nak fikir, Allah itu satu, tidak berawal dan tidak berakhir, dan
tiada satu pun yang sama dengan-nYA”
“boleh terangkan KENAPA tak boleh nak fikir?”
“Sebab otak kita tak mampu, sebagai contoh, ayah pernah di
tanya orang kafir, soalannya: Boleh tak Allah menciptakan perisai yang teramat
kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?”
“boleh”
“Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan
paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi”
“err, boleh, tapi tak boleh, eh boleh? Eh? Mustahil. Eh?”
“itulah paradox anakku, tidak berawal dan tidak berakhir
adalah cabang kepada paradox yang otak manusia tak mampu nak fikir, tidak
beranak dan tidak diperanakkan adalah cabang kepada paradox yang otak manusia
tak mampu nak fikir namun jika kita mahu guna otak kita, mustahil pedang dan
perisai tadi dapat duduk setempat, otak kita tak ada ruang untuk wujudkan keadaan
pedang paling tajam boleh potong apa sahaja dan perisai paling kuat sehingga
tak boleh di potong oleh pedang tajam tadi berada setempat, jadi rupanya,
pedang yang paling tajam dan perisai paling kuat rupanya adalah unsur yang
sama, mereka tak boleh dipisahkan, ianya hanya ada satu sahaja, jadi cuba
bayangkan bentuk pedang yang paling tajam dan
perisai yang paling kuat sebagai satu objek yang sama”
“err, tak mampu nak dibayangkan, bentuknya berubah rubah”
“tengok, nak bayangkan bentuk pedang dan bentuk perisai jika
keduanya objek yang samapun tak boleh nak di bayangkan padahal kita tahu bentuk
pedang dan perisai, apatah lagi nak dibayangkan zat Allah yang tidak berawal
dan berakhir, tidak beranak dan diperanakkan, LAGILAH otak kita tak mampu nak
bayangkan atau fikir, sebab tu Nabi larang fikit tentang zat Allah, sebab ia
boleh mudaratkan otak, faham?”
“faham ayah, ada satu soalan lagi, Boleh tak Allah cipta
satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk
Allah?”
“anakku, jika ayah tanya, boleh tak seorang Raja yang paling
berkuasa pakai mahkota yang dibuat dari tahik?”
“err, boleh tapi Raja tak akan buat”
“sebab?”
“perbuatan itu menghina Raja”
“Pandai, Jadi soalan tadi, bukan isu boleh buat atau tak sebab Allah
boleh buat apa sahaja, tapi Allah tak akan buat perkara yang menghina dirinya
sendiri”
“ya betul, dalam kelas ada kawan tanya, Allah boleh tak jadi
dua? Pening nak jawab, sebab jika jawab boleh, nanti akan jadi dua Tuhan, jika
jawab tak boleh, seolah-olah Allah itu lemah, padahal Allah Maha berkuasa, dan
salah satu tanda kuasa, adalah tidak menghina dirinya sendiri, saya faham ayah
jika orang tanya lepas ni, terima kasih”
“satu lagi anakkku, Apabila ada orang yang sengaja nak
rosakkan akidah dengan bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian
untuk tujuan menghina Allah,maka “boleh”
di dalam soalan itu telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti soalan
tadi, bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah
sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana
menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk...
Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita
fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang
kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan
masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah.
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah?.. sebenarnya sudah
salah, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, Allah punya ‘boleh’:
simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang
akal tak boleh terima. oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang
betul jika soalan sudah salah? Setakat soalan salah, semua orang gila boleh
tanya soalan yang salah, orang jahil apatah lagi-Woha!”
“terima kasih ayah”
“sama sama, semoga Allah bagi kita faham sampai syurga”
“Amin”