Apr 18, 2016

Isteri cantik kena cerai?

(versi jangan kata abang tak payung emas-Woha!)

Tadi dapat notification dari Facebook bagitahu FB @Idd Farida ada mention nama aku, aku klik dan baca:


Copy Paste:

Saya tertarik dengan penulisan saudara Hamka (Kereta Mayat) mengenai topik ni.
Beliau tulis ada dua sebab mengapa isteri secantik artis pun kena cerai. Saya bagi satu sebab je ye, yang lagi satu uolls boleh baca kat buku beliau (Kamar Sutera dan Permata Yang Hilang Kini Dijumpai) sebab saya segan nak tulis kat sini takut ada kawan-kawan yang belum kawen lagi baca.
Sebab penceraian tu adalah tidak teman suami makan. Waa, ini pun boleh jadi sebab bercerai ye?.
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap.

Lalu makanlah suami seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Lepas saya baca tulisan beliau ni, memang setiap kali husband makan saya tunggu, tak kira dia nak makan pukul berapa.

So, uolls macam mana?

*****
Ok dah habis aku baca, dapat lagi satu notification dari FB, bagitahu @Ros Maria Rusli mention nama aku bawah video Ustaz Azhar Idrus yang mana sipenanya soalan, mungkin ada baca buku Hamka keretamayat, lalu bertanya kepada ustaz Azhar, betul ke jika isteri tak teman suami makan, syaitan akan teman? 





Ustaz azhar jawab, betul dan galakkan semua isteri teman suami makan.

So, pesan aku lagi sekali:




WAHAI SEMUA BINI, 
TEMANLAH LAKI MAKAN WALAU KORANG TAK ADA SELERA, 
SEBAB NANTI JIKA SUAMI MAKAN SORANG-SORANG, 
SYAITAN AKAN TEMAN SUAMI MAKAN DAN HASUT SUAMI KORANG CARI PEREMPUAN LAIN, 
JANGAN KATA ABANG TAK PAYUNG. 
WOHA! 

17 comments:

Anonymous said...

Assalam

Saya dah bertahun-tahun makan sorang diri...(Weekend husband)huhu...
Hujung minggu jer dapat makan bersama my other half.
Isteri saya paling cantik dalam dunia ni untuk saya; di dunia dan di akhirat.
Dia ibu kepada anak-anak saya dan saya redha kepadanya.

Wahai Allah kau lindungilah aku dari bisikan-bisikan syaitan....

CF

Muslim said...

Kawin ni amalan besar dlm hidup kita. Apa apa amalan pun bermula dgn niat. Niat kena betul, kerana Allah swt, kerana mentaati perintah Allah swt, kerana mematuhi suruhan Rasullullah saw, kerana menuruti sunnah Rasullullah saw. Mcm amalan amalan yg lain lain jugak, bila niat awal bermasalah, mmg bnyk masalah lah jadinya. Mana yg dah kawin tu, yg salah niat, betulkan balik niatnya. Bila niatnya betul, lillah, kita akan buat apa yg Tuhan suka, apa yg Nabi saw suka, bukan apa yg kita suka. Begitu juga ketika mencari calon, kita akan cari calon yg Tuhan suka, bukan yg kita suka.

Man said...

memalukan...ini menunjukkan tidak kuatnya iman penganut ajaran ahli sunnah wal jamaah...mudah diperdaya syaitan. tambahan, poligami hanyalah ajaran palsu 'ulamak2' utk kepuasan nafsu si lelaki...

ismimaizura said...

tak pernah lagi setakat ni biarkan suami makan sorang2..kecuali duduk berjauhan nak buat mcm mana kan..x sampai hati nak tengok suami makan sorang2..masa makan tu la boleh merapatkan hubungan suami isteri..layan suami macam raja..sediakan makanan, cedokkan makanan utk suami, sediakan air utk suami, seronok tau...hehe...

Anonymous said...

Episod 1: Bayi yang Malang
Seorang ibu menolak pintu kecemasan dengan membawa anaknya yang lemah longlai. Bila melihat wajah ibu tersebut, kami kenal bahawa dia merupakan seorang yang memperjuangkan gentlebirth dan pernah post kejayaannya melahirkan bayi di rumah(homebirth) dalam Facebook. Ramai yang terinspirasi untuk melahirkan bayi di rumah disebabkan post Fb yang dibuat.
Bahkan setelah kelahiran bayi tersebut, dia melakukan lotus birth, menolak pemberian vaksin dan juga VITAMIN K.
(Nota: Lotus birth adalah perbuatan membiarkan uri terlekat pada bayi hingga ianya kering dan tercabut sendiri)
Semua keputusan ini dibuat atas dasar kepercayaan pada ilmu yang diberikan daripada 'pakar2' dalam Facebook. Ramai daripada mereka menyebarkan kefahaman yang salah dan sanggup membuat eksperimen pada anak mereka dan juga anak orang lain. Yang pastinya, Pakar-pakar daripada FB ini tidak akan bertanggungjawab ke atas komplikasi buruk yang bakal berlaku.

Anonymous said...

Anak yang dilahirkan secara homebirth ini dijaga rapi dan tidak diberi vaksin mahupun vitamin K yang fungsinya untuk mengelak pendarahan. Bagai menatang minyak yang penuh, penjagaan yang diberi kepada bayi tersebut dengan doa agar bayi tersebut mempunyai imun sistem yang kuat dan dikatakan lebih kuat daripada bayi yang dicucuk(iaitu dicucuk vaksin ataupun vitamin K).
Hari demi hari berlalu. Beberapa bulan kemudian, kanak tersebut mengalami muntah-muntah yang teruk. Ramai daripada kawan-kawan FB yang meng'inspirasi'kan ibu itu untuk melakukan Homebirth dan tidak memvaksinkan anak dia, cuba memberi nasihat bagaimana untuk mengatasi symptom muntah-muntah itu. Berbagai cara dilakukan, tetapi bayi tersebut masih mengalami muntah yang teruk. Anak yang sihat sudah menjadi anak yang tidak aktif. Apabila dibawa ke hospital, anak tersebut kelihatan sangat letih dan lemah. Kelihatan badannya mempunyai lebam di sana sini.
Jika melihat symptom-sympton seperti muntah yang teruk dan juga keletihan, selalunya para doktor akan meletakkan provisional diagnosis sebagai meningitis ataupun encephalitis. Ini kerana symptom tersebut sangat tipikal dengan keadaan bayi itu. Cumanya bayi tersebut tidak mempunyai symptom lain seperti demam.
Keadaan kanak-kanak yang sangat letih dan juga tahap kesedaran yang sangat rendah, membuatkan doktor di situ membuat keputusan untuk 'intubate' kanak-kanak tersebut. Ini merupakan salah satu procedure untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Dia diberi ubat tidur, agar procedure intubation dapat dilakukan dengan mudah. Bayi itu kemudiannya disambung pada mesin pernafasan dan dihantar ke PICU.
(Nota: Intubate merupakan procedure memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan)

Anonymous said...

Apa yang anehnya, mereka yang menjadi sahabat di FB dan meng'inspirasi'kan serta berkongsi ilmu berkenaan homebirth, vaksin, vitamin K dan segala informasi yang salah, tidak mampu membantu bayi tersebut. Malah doktor yang tidak dipercayai, dikatakan mendesak penggunaan vaksin, memberi info yang salah, mereka inilah yang bertungkus lumus membantu bayi tersebut.
Tak tahu ke mana 'Pakar-pakar FB' berkenaan hilang. Malah ada daripada kalangan Pakar FB ini menyatakan secara tidak langsung kepada ibu tersebut bahawa "jika hendak berbuat sesuatu, perlulah mempunyai ilmu". Alahaaaiii. Kan apa yang dia lakukan itu adalah sama dengan ajaran anda. Lepas tu nak salahkan balik ibu tu pula. Nampak sangat anda adalah manusia hipokrit. Kesesatan ini berasal daripada anda sendiri wahai Pakar jadian FB.
Kesimpulannya, anda akan dipersoal diakhirat kelak disebabkan kesesatan anda telah mengancam nyawa bayi tersebut
Sambung balik kisah bayi malang tadi.
Terdapat beberapa tanda lebam pada badan bayi itu. Apabila maklumat diambil daripada ibu tersebut, dia menyatakan yang anaknya tidak menerima vaksin dan juga vitamin K sewaktu dilahirkan.

Keadaan bayi itu yang sangat lemah dan tidak respons secara sepenuhnya membuatkan doktor mengambil keputusan untuk 'intubate' bayi itu. Setelah bayi itu ditidurkan, tiub dimasukkan ke dalam saluran pernafasan bayi tersebut dan disambungkan kepada mesin pernafasan. Kemudian, bayi itu dimasukkan ke dalam ward PICU untuk rawatan selanjutnya.

Menitis air mata ibubapa bayi itu melihat keadaan anaknya yang sedemikian rupa. Dengsn keadaan ysng tidak sedarkan diri, dimasukkan beberapa tiub ke dalam mulutnya, bersambung dengan pelbagai wayar dan sebagainya.

Anonymous said...

Nampaknya, Penyesalan ketika ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh menyelesaikan keadaan tersebut.

Di dalam wad PICU, keadaan bayi itu sangatlah tidak stabil. Pada ketika itu, bayi tersebut mempunyai tekanan darah yang rendah sehingga mana memerlukan 4 jenis ubat(inotrope) yang dimasukkan secara berterusan ke dalam saluran darah bayi agar tekanan darahnya menjadi normal. Tekanan darah yang tidak stabil dan menggunakan maksimum 4 jenis ubat inotrope ini menunjukkan prognosis penyakit tersebut adalah teruk(kesudahannya selalunya akan teruk).

Antibiotik juga diberikan kepada bayi itu untuk merawatkan penyakit meningoenchephalitis (jangkitan pada otak dan selaputnya) yang dikatakan sebagai provisional diagnosis.

Ketika mana keputusan blood investigation keluar, para doktor merasa pelik. Ini kerana keputusan tersebut menunjukkan seolah-olah bayi tersebut tidak mempunyai jangkitan kuman yang teruk. Dengan bacaan c-reactive protein yang normal dan fungsi organ-organ lain tidak terganggu, membuatkan mereka berfikir adakah kemungkinan penyakit ini disebabkan perkara lain.

(C- reactive protein merupakan salah satu jenis protein yang akan meningkat dalam darah apabila berlakunya jangkitan kuman bakteria)

Dan bacaan keputusan darah yang lain pula menunjukkan kebolehan darah membeku(coagulation profile) pula sangat tidak normal. Keputusan itu sangatlah tinggi bacaannya dan komplikasi daripada perkara ini boleh menyebabkan pendarahan secara spontan di mana-mana bahagian badan.

Pakar kanak-kanak berbincang antara satu sama lain dan mempunyai syak yang kuat bahawa pendarahan telah pun berlaku di dibahagian otak bayi itu. Pendarahan dalam otak boleh menjadi salah satu penyebab kepada simptom muntah-muntah yang teruk dan letih. Lebam-lebam pada badan bayi itu pula menunjukkan pendarahan yang berlaku secara spontan disebabkan darah tidak boleh membeku secara normal.

Anonymous said...

Melihat keadaan bayi yang tidak stabil, tidak memungkinkan CT scan otak untuk dibuat.

Setelah beberapa hari di dalam PICU, keadaan bayi masih sama dan beberapa hari berikutnya, bayi tersebut disahkan meninggal dunia.

Melihat kepada symptom dan keputusan darah yang ada, pakar kanak-kanak menukar diagnosis bayi yang malang itu kepada Haemorhagic Newborn Disease(Aka Vitamin K Deficiency bleeding).

Tiada apa yang paling sedih pada jiwa ibubapa melainkan kematian anak yang disayangi. Inilah anak yang dilahirkan secara homebirth. Inilah anak yang tidak divaksin dan tidak diberikan vitamin K.
Dan kesesatan anda telah membawa padah.

Maka, anak kecil yang tidak bersalah itu menjadi korban diatas kesesatan yang berlaku.

'Pakar-pakar FB' satu orang pun tidak mampu menjawab berkenaan kematian yang disebabkan oleh mereka. Malah pada ketika itu, saya ingat lagi, mereka masih lagi menolak bahawa keadaan yang terjadi adalah disebabkan ajaran mereka yang sesat.

Nah. Anda sudah nampak bukan. Perkara mudah yang anda anggap tidak memberikan apa-apa kesan kepada bayi anda sudah pun berlaku dan telah acap kali berlaku.

Oleh itu, terpulang kepada anda untuk percaya kepada pakar FB ataupun pakar yang bertauliah

Yang matinya anak anda, bukan anak pakar FB yg anda terpedaya tu.

Sumber emedicine

--Doktor Paracetamol—

Anonymous said...

eh? silap page, syya nak pos di page antivakx

Anonymous said...

Assalam,

Allah swt tidak jadikan sesuatu itu sia-sia.

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:

فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل

Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)

Semua manusia rasa seronok dan gembira dapat melihat anak-anak membesar dengan sempurna...dalam kehidupan yang sementara. Namun hakikatnya, belum tentu lagi kita dan mereka akan menjadi ahli syurga atau nauzubillah ahli neraka....lebih-lebih lagi akhir zaman seperti sekarang ini.

Kematian anak adalah sunnah, Nabi saw pun pernah diuji dengan kematian anak. Sabar dan redha seperti Nabi saw maka ganjarannya seumpama pahala 100 orang mati syahid.
Allah tidak pernah jadikan apa-apa pun sia-sia...

Bersabarlah wahai ibu bapa yang kematian anak kecil.
Yakinlah kematian anak anda telah ditetapkan sebagai penghuni syurga,
Jaminan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana ibu bapa di dunia.

Crying Fella
That will die soon..

Anonymous said...

Kita mengetahui, awal tahun ini akhbar terkenal negara iaitu Utusan Malaysia ada menerbitkan artikel mempromosi apa yang dinamakan sebagai Gentle Birth. Ini disusuli pula dengan baru-baru ini syarikat Karangkraf, melalui majalahnya Mingguan Wanita, menerbitkan kisah "Kelahiran Alami". Tidak dilupakan juga media massa elektronik seperti TV3 melalui rancangannya Nona, dan juga dikatakan Astro Oasis juga akan menerbitkan satu episod dalam sebuah rancangan televisyen terbitannya, menceritakan mengenai Gentle Birth, Kelahiran Alami.
Hakikatnya apa yang dijadikan contoh melalui artikel-artikel dan rancangan TV tersebut sebenarnya adalah "unassisted homebirth" yang sama sekali tidak diterima oleh mana-mana pihak di negara kita ini.
Tatkala sisi positif mengenai "kelahiran alami" itu ditonjolkan, tentulah "sisi gelap" Gentle Birth itu tidak pernah diberitahu kepada masyarakat secara umum. Kes-kes kecelakaan, akan disembunyikan oleh mereka para pejuang "Gentle Birth", kerana bagi mereka kes-kes buruk ini tidak ada "positive vibes". Padahal, jika ada kes-kes negatif melibatkan hospital atau premis kesihatan, laju sahaja mereka menyebarkannya bagi menunjukkan kelemahan bersalin di hospital.
Justeru untuk episod kali ini, kami di Pseudoscience Watch ingin membawakan kepada anda, bukan satu, tapi tiga kisah benar melibatkan "gentle birth". Ketiga-tiga ibu terlibat begitu meyakini bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah "gentle birth", padahal pilihan mereka itu mengundang bahaya dan risiko bukan sahaja melibatkan kesihatan, bahkan nyawa.
Bagi mengekalkan "anonymity" pihak terlibat, biarlah kami menggelarkan ketiga-tiga ibu malang yang terlibat sebagai Hamidah, Rafidah dan Ghasidah. Kes-kes mereka ini sangat terkenal, bahkan bukti-bukti perlakuan mereka masih lagi wujud di alam maya ini, jika anda pandai mencarinya.

Anonymous said...

HAMIDAH
Kisah Hamidah ini, sangat terkenal, berlaku pada penghujung 2012 kalau admin tidak silap. Kisahnya, Hamidah berhajat ingin bersalin di rumah, dengan hanya bertemankan suami dan seorang doula terkenal.
Menariknya, kisah ini kita tak perlu susah-susah hendak siasat mana sumbernya. Tak perlu kita tanya sana sini. Sebaliknya, Doula tersebut, telah menceritakan sendiri transkripsi situasi, minute by minute, dengan penuh dramatik di laman facebooknya. Walaupun penulisan beliau itu telah beliau delete, tetapi tentulah nothing ever gone in the Internet, ada orang sempat screenshot dan kita dapat baca penulisannya itu.
Dalam penulisan Doula ini, dia menceritakan bagaimana Hamidah yang melahirkan anak jam 11 pagi, tetapi menyebut bahawa plasenta hanya keluar selepas zuhur. Mana-mana doktor perubatan yang membaca cerita Doula ini pasti akan mengatakan bahawa ini adalah gila, kerana membiarkan plasenta selama dua jam didalam rahim!
Bukan itu sahaja, Doula tersebut menceritakan bagaimana Hamidah itu sendiri mengadu pening dan hampir pengsan, yang beliau (Doula) katakan adalah "biasa" dan sekadar memberi air dengan kurma untuk diteguk. Padahal pada situasi sebenar, apa yang dialami oleh Hamidah sebenarnya adalah simtom "shock" yang tentu sekali jika berlaku di hospital, akan membuatkan semua doktor berlari berkejaran untuk "resuscitate".
Lebih menarik lagi, Doula itu menceritakan bagaimana ketika Hamidah pengsan, beliau menghubungi hospital melalui telefon dan melakukan CPR dengan HANYA BERPANDUKAN TELEFON. Oh maiii..
Penceritaan Doula tersebut ditutup dengan jijik sekali apabila beliau mengatakan bahawa kononnya Hamidah masih memberikan refleks ketika sampai di hospital, dengan anggapan bahawa Hamidah masih hidup ketika dibawa ke hospital dan Doula tu telah melakukan yang terbaik menyelamatkan nyawa Hamidah. Ya, Hamidah meninggal dunia kerana disyaki mengalami pendarahan berlebihan, meninggalkan anak yang masih kemerahan. Doula tersebut pula tak habis-habis berbangga kerana kononnya telah berjaya menunaikan permintaan terakhir arwah Hamidah, dan tak sampai seminggu beliau sudah membuka kelas Gentlebirth nya dengan harga yang meningkat untuk mencari mangsa baru.
Admin baru-baru ini berkesempatan bertanya khabar kepada keluarga Hamidah, dan dapat melihat wajah anak Hamidah tersebut yang kini sudah besar, sudah berusia 3 tahun. Sangat persis wajah ibunya, bagaikan terselindung disebaliknya satu keazaman. Semoga beliau meningkat dewasa dengan sihat dan cerdas.

Anonymous said...

RAFIDAH
Kisah Rafidah, adalah sebuah kisah yang tragis. Sangat tragis sehinggakan apabila terkenangkannnya, admin masih menggetap bibir mengepal penumbuk. Sangat geram. Kisah yang menyatakan bagaimana seorang bayi menjadi mangsa akibat pilihan ibubapanya. Bukan ibubapanya yang menanggung kesan, tetapi bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa!
Terlebih dahulu biar admin cerita, bagaimana kisah ini "kantoi"! Ibubapa ini, memuat naik gambar majlis pengkebumian anaknya yang baru lahir, di laman Facebook mereka sendiri. Tanpa mereka sedari, ada diantara gambar tersebut mengandungi gambar wajah jenazah anak syurga tersebut, yang nampak "berlainan". Gambar ini menarik perhatian beberapa pengguna media sosial yang ada diantaranya bertugas sebagai doktor sama ada di jabatan forensik, jabatan perbidanan mahupun jabatan pediatrik. Gambar tersebut menunjukkan wajah yang dipenuhi "bruises", dipanggil "congested face", tanda-tanda seorang bayi mengalami perinatal asphyxia atau bahasa ringkasnya "sangkut" ketika bersalin.
Siasat punya siasat, akhirnya ceritanya terbongkar. Rafidah dan suaminya berhasrat untuk melahirkan anak di rumah, mengikut jejak langkah sebagaimana yang dipelajari dari group-group "Gentle Birth" kononnya.
Namun yang menjadi masalah adalah, kandungannya itu adalah BREECH! Ya, SONGSANG! Anak yang dilahirkan tidak keluar kepala dahulu, tetapi sebaliknya keluar kaki dahulu, diikuti dengan badan. Kepala bayi adalah bahagian terbesar pada seorang bayi..maka ditakdirkan cerita, ketika bersalin, kepala bayi SANGKUT di pintu rahim dan tidak lepas!
Rafidah dengan cemas menghubungi doula melalui telefon, bertanyakan apa yang perlu dilakukan. Nak tahu apa yang doula tersebut jawab?
"Ala..akak lupa nak ajar macam mana nak sambut bayi songsang!"
Kami admin PW ketika membaca cerita ini, bagaikan ingin mencarut apabila sampai part ini. Kami sangka, setakat ini yang "the worst", rupanya belum lagi.
Nak tahu berapa lama bayi tersebut sangkut di pintu rahim?
TIGA JAM. Ya, three long hours, yang mana Rafidah sikit pun tak terfikir hendak bergegas ke hospital mendapatkan rawatan atau memanggil ambulans. Yelah, dah doula tu sendiri berlepas tangan!
Akhirnya anak tersebut meninggal dunia. Rafidah secara senyap-senyap membawa jenazah anaknya itu merentasi dua negeri untuk dikebumikan. Kisah ini apabila ditanyakan kepada Rafidah, beliau akan cepat sahaja menafikan. Beliau mendakwa anak beliau tersebut sudah meninggal dalam kandungan sebelum dilahirkan lagi. Dakwaan beliau itu menimbulkan keraguan..pertamanya macam mana beliau tahu anak tersebut dah meninggal? Di rumahnya bukannya ada alat mengesan jantung bayi. Bukannya ada alat ultrasound. Bukannya ada CTG. Doktor sendiri pun terpaksa bergantung kepada alat-alat untuk mengesahkan bayi sudah meninggal dunia didalam perut. Keduanya, wajah anak yang bruises dan congested ketika meninggal dunia. Bruise dan congestion hanya boleh muncul antemortem. Apabila seseorang meninggal dunia, darah sudah tidak mengalir, justeru bruises tidak akan muncul lagi.
Maka bersemadilah sebuah jasad yang lebih disayangi Allah. Mujurlah Allah menyelamatkan bayi itu daripada terus-terusan menjadi bahan eksperimen ibubapanya sendiri.

Anonymous said...

GHASIDAH
Kisah Ghasidah, adalah kisah yang baru sangat terjadi. Menariknya, Ghasidah ini sudah dikatakan "pro" dalam bab Gentlebirth ni. Kelahiran anaknya ini, bukannya first time. Anak sebelumnya ini pun dilahirkan secara unassisted homebirth, siap "lotus birth" lagi.
Justeru pada kelahiran kali ini, beliau nekad hendak homebirth dan lotus birth juga. Beliau mengatakan bahawa kononnya doktor di hospital dan jururawat di klinik semua menyokong pilihannya itu. Padahal ianya adalah dusta, tidak ada doktor mahupun staf yang mahu bertanggungjawab dengan pilihan beliau ini.
Yang silapnya dengan Ghasidah ini, adalah beliau tak sabar. Lepas anaknya bersalin, masih dalam pantang lagi, beliau tak sabar-sabar menulis pengalamannya "bersalin secara alami" tersebut. Beliau menghiaskan penulisannya dengan kata zikrullah, dengan kata tawakal, padahal tawakal yang beliau amalkan sama sekali tidak sama dengan apa yang Islam ajarkan (mengikat unta).
Beliau bangga menceritakan bahawa anaknya "bebas bahan kimia". Beliau tidak membenarkan dirinya sendiri ketika mengandung, untuk menerima transfusi darah walaupun paras hemoglobinnya 6. Beliau menolak semua jenis vaksin, beliau menolak antibiotik yang hendak diberikan kepada anaknya. Beliau menolak suntikan Vitamin K. Beliau menolak rawatan Exchange Transfusion apabila anaknya disahkan jaundis tahap sangat berbahaya. Pelik kan, kata mereka lotus birth mencegah jaundis. Oh ya, Ghasidah kata anaknya tak buat lotus birth. Tapi buat "DCC". Yelah tu, DCC sampai lebih 24 jam? Orang buat DCC paling lama pun sampai cord stop pulsating. Jangan nak tiba-tiba tukar cerita lah.
Dan pengalaman penulisannya itu dikongsikan oleh ribuan pengguna Facebook, dikatakan "inspiring". Entah berapa ramai ibu-ibu muda yang membaca, terpengaruh dengan penulisannya itu.
Namun "spotlight" yang Ghasidah terima, tidak lama. Lebih kurang sebulan usia, bayi Ghasidah mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Ia semakin tenat. Adakah kerana ianya tidak divaksin? Adakah kerana Ghasidah tak mahu potong tali pusat? Adakah kerana homebirth yang Ghasidah buat tidak dalam keadaan sterile?
Malangnya, hanya selepas segalanya terlambat, barulah doktor mengesyaki bahawa anak Ghasidah mengalami pendarahan dalam otak, akibat dari pilihan Ghasidah enggan memberikan suntikan Vitamin K kepada anaknya itu. Ghasidah mendakwa bahawa pakar yang merawat anaknya itu mengatakan apa yang terjadi kepada anaknya tidak ada kaitan dengan pilihan-pilihan yang Ghasidah buat. Kami di PW sudah mengesahkan, bahawa doktor pakar yang merawat anak Ghasidah, TIDAK PERNAH mengatakan sedemikian.

Anonymous said...

TIGA ABDUL
Ironinya, ketiga-tiga kisah di atas ini, anda tidak akan dapat baca di laman-laman sosial diceritakan oleh Hamidah, Rafidah dan Ghasidah sendiri. Sebaliknya mereka ini seronok menceritakan "pengalaman positif", tetapi apabila terjadi sesuatu yang buruk, mereka segera menyembunyikannya. Apatah lagi untuk pengalaman sebegini, keluar di dada majalah atau akhbar atau di kaca televisyen.
Tetapi yang menjadi mangsanya, siapa? Siapa lagi kalau bukan masyarakat awam yang tidak tahu apa-apa. Membaca cerita yang Ghasidah tuliskan, atau menonton rancangan Nona, atau yang membaca artikel di Mingguan Wanita. Mereka tidak tahu apa sisi negatif di sebalik sesebuah cerita.
Kisah "Tiga Abdul" ini, jika ditanyakan kepada puak-puak Doula itu, pasti mereka akan tepis dengan cepat. "Ala kalau dah ajal nak mati, kat mana-mana pun boleh mati. Kat hospital kerajaan pun selalu ja ada kes mati ibu, mati anak, tapi tak kecoh pun. Hospital senyap-senyap macam tu sahaja."
Mereka pandai menimbulkan kesangsian orang awam kepada hospital. Suka kami nak ingatkan, kematian ibu dan anak (dipanggil maternal or perinatal death) adalah sesuatu yang sangat besar di hospital. Jika dibandingkan dengan bilangan keseluruhan ibu bersalin di hospital, yang easily mencecah belasan ribu bayi setahun, peratusannya adalah sangat sangat kecil. Tak sampai satu peratus.
Bahkan kalau benar keluarga meyakini wujudnya kelalaian atau kecuaian yang menyebabkan kecelakaan menimpa ibu atau anak, maka keluarga dialu-alukan membuat laporan atau menuntut tindakan undang-undang.
Tapi kalau geng GentleBirth ini? Dalam setahun, ada berapa kerat sahaja kes unassisted homebirth, tak termasuk yang "eksiden" "terberanak". Boleh dihitung, kan? Kalau kita kata ada 100 kelahiran homebirth pun, tiga kes di atas dah jadi tiga peratus.
Dan perlu kami sebutkan, yang ketiga-tiga kes Hamidah Rafidah dan Ghasidah ini melibatkan KORBAN NYAWA. Kami tahu ada banyak lagi kes-kes kecelakaan lain bahkan melibatkan kecacatan kekal akibat dari gerakan "gentlebirth". Kisah bleeding tak berhenti kat rumah sampai tak tahu nak buat apa bawak datang hospital yang akhirnya di transfuse berpint-pint. Kisah pintu rahim dan faraj terkoyak besar sampai perlu masuk dalam bilik bedah untuk dijahit. Kisah bayi patah tulang bahu kerana bersaiz besar (macrosomic). Ya, kami tahu semua kisah-kisah "behind the scene" ini yang tidak pernah geng-geng doula nak cerita kepada umum.
Begitu juga, kebanyakan kesan-kesan negatif terhadap anak-anak yang homebirth ini melibatkan proses perkembangan / developmental, yang mana kesannya hanya boleh dilihat apabila anak-anak ini meningkat dewasa. Contohnya seperti cerebral palsy, hearing impairment, klumpke paralysis, erb's palsy dan lain-lain. Itu pun kalau anak-anak ini sempat melepasi zaman jangkitan penyakit yang boleh dicegah vaksin seperti Polio dan Measles lah.

Anonymous said...

So kepada ibu-ibu perasan alami ini, jangan seronok sangat melihat kalian featured in magazines, newspapers, television. Your child still have a long way to go.
Manakala kepada ibu-ibu lain masyarakat awam, nasihat kami, janganlah mudah percaya kepada mereka-mereka ni. Kebanyakan mereka ni pun, cuma part time je jadi doula ni, bukannya full time study dalam bidang ni. Ada doula tu, degree dalam TESL, tapi menceburkan diri dalam bidang kedoulaan sebab bayaran lumayan kaching kaching. Ada yang kerja jadi navy, tak pernah bersalin normal pun, sibuk juga hendak bercakap mengenai bab ni. Ada lagi tu yang sudahlah lelaki, kerja sebagai engineer, puuuun nak jugak say something dalam bab yang bukan bidangnya ini!
Mereka ini yang nabi kata sebagai golongan ruwaibidhoh. Sebaliknya apa yang Allah ajar? Allah ajar kita untuk merujuk kepada orang yang ahli. Siapa orang yang ahli tu? Orang yang bertanggungjawab, yang memang kerja dia full time dalam bidang ni. Contohnya doktor pakar yang sudahlah bertahun-tahun belajar, bertahun-tahun kerja, bertahun-tahun sambung belajar dalam bidang OnG. Contohnya misi-misi yang hari-hari kerja mereka datang ke labor room, sambut kelahiran, balik, esok ulang perkara yang sama, yang sepanjang bekerja sudah entah ribuan bayi dah mereka sambut.
Buatlah pilihan yang betul. Jangan sampai anda menhgarap anak syurga sedang anda yang 'membunuh' mereka